pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya...

24
PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT DALAM MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

Upload: dinhhuong

Post on 26-Aug-2019

297 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT

DALAM MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK

GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2015

Page 2: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT DALAM

MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK

GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

Page 3: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL:

PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT

DALAM MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK

SESI PENGAJIAN: 2012/2013

Saya

GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. *sila tandakan

SULIT

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

____________________________

Tandatangan Penulis

Tarikh:

Disahkan

____________________________

Tandatangan Penyelia

Tarikh:

Alamat Tetap:

NO. 226, TAMAN SURIA 1,

LORONG 1-7

JLN DATUK MOHD MUSA,

94300 SAMARAHAN

SARAWAK

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD

Page 4: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

PENGAKUAN

Projek bertajuk Pemeliharaan Seni Budaya Warisan Gendang Pampat Dalam Masyarakat

Iban Di Sri Aman Sarawak telah disediakan oleh Gilligivray Augustine Anak Tawau dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana

Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh

_______________________________________

(Nama Penyelia)

Tarikh:

____________________________

Page 5: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan atas berkatNya terhasilnya kajian ini. Setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih diabadikan kepada semua pensyarah dalam Jabatan

Seni Liberal, Dr Noria Tugang selaku penyelia dalam menjalankan kajian ini.

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada buat keluarga

tersayang terutamanya kepada kedua-dua Ibubapa Puan Ida Anak Ajit dan Encik Tawau

Anak Bundak dan Abang Ipar Encik Lubong Anak Empulu sekeluarga yang tidak pernah

putus memberikan sokongan, dorongan, serta dalam perbelanjaan sepanjang menjalankan

kajian ini.

Bagi rakan-rakan seperjuangan, terima kasih yang tidak terhingga kerana turut

banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan dan perkongsian idea bernas sepanjang

menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, kepada informan dalam kajian ini, terima kasih yang tidak terhingga

kerana sudi meluangkan masa, memberikan informasi yang jelas dan kerjasama yang amat

tinggi semasa menjalankan temuramah bersama mereka. Hanya Tuhan yang dapat membalas

budi baik kalian semua.

Sekian, terima kasih

Page 6: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

ISI KANDUNGAN

HALAMAN TAJUK

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN 2

1.3 HIPOTESIS 2

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3

1.5 SKOP KAJIAN 3

1.6 LOKASI KAJIAN 3

1.7 BATASAN KAJIAN 3-4

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL 4-5

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN 5-6

1.10 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA

MENJALANKAN KAJIAN 6

Page 7: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 PENGENALAN 7-12

2.1 SEJARAH GENDANG 12

2.2 JENIS-JENIS GENDANG 13

2.2.1 GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK 13

2.2.2 GENDANG JAWA/ GENDANG MELAYU 13

2.2.3 GENDANG SEMBILAN/ GORDONG SEMBILAN 14

2.2.4 GENDANG SABAH 14

2.2.5 GENDANG SEMARANG 14-15

2.3 GAWAI KENYALANG 16-18

2.4 SEJARAH SRI AMAN 18

2.4.1 PEMERINTAHAN BATANG LUPAR SEBELUM

PEMERINTAHAN RAJA BROOKE 18-19

2.4.2 KRONOLOGI PEMERINTAHAN SRI AMAN 19-20

2.4.3 SRI AMAN SELEPAS MERDEKA TAHUN 1963 21

2.5 RUMUSAN 21-22

Page 8: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN 23

3.2 LOKASI KAJIAN 23

3.3 SUMBER DATA 24

3.3.1 DATA PRIMER 24-26

3.3.2 DATA SEKUNDER 26

3.4 INSTRUMEN KAJIAN 27

3.5 RUMUSAN 27

BAB EMPAT ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN 28

4.2 ANALISA DATA 29-48

4.2.1 TEMUBUAL BERSAMA EN. TAWAU BUNDAK

4.2.2 TEMUBUAL BERSAMA EN. TAJAK ANAK SUANG

4.2.3 TEMUBUAL BERSAMA EN. SAWING ANAK KANDAU

4.3 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 48-53

4.4 RUMUSAN 54

Page 9: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN 55-56

5.2 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 57-59

5.3 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG 60

GLOSARI 61

SENARAI RUJUKAN 62

LAMPIRAN 63-66

Page 10: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

ABSTRAK

Gendang Pampat merupakan salah satu medium komunikasi dalam upacara ritual yang

diamalkan dalam upacara Gawai ritual seperti Gawai Kenyalang, Gawai Sandau Ari dan

diamalkan dalam upacara Gawai ritual yang lain. Jika zaman dahulu, Gendang Pampat

dikenali dengan nilai ritual yang sangat tinggi. Namun, tidak untuk masa kini. Pendedahan

terhadap seni budaya warisan amat kurang didedahkan. Hal ini kerana, masyarakat Iban kini

menganut agama Kristian. Rentetan dari itu, maka Gendang Pampat ini kurang didedahkan

kepada genarasi kini.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan seni budaya warisan ini

semakin dilupakan dan mengkaji kaedah pemeliharaan seni budaya warisan Gendang

Pampat di Sri Aman, Sarawak. Pengumpulan data melalui temubual. Hasil kajian mendapati,

seni budaya ini dipersembahkan dalam kebudayaan dan dianggap sebagai medium

komunikasi masyarakat Iban dalam upacara ritual. Tercetusnya inspirasi dalam memilih

kajian ini adalah daripada budaya bermukun melalui pengalaman pengkaji.

Kepentingan kajian adalah kepada industri pelancongan Negara. Pelancong-pelancong luar

negara khasnya, mereka menginginkan sesuatu yang menarik untuk ditontonkan serta

mencari seni warisan budaya yang penuh dengan sifat ritualnya dan estetikanya.

Pemeliharaan dari segi seni budaya warisan ini adalah, kajian ini bakal menjadi bahan

rujukan pada masa akan datang dan memberikan kesedaran kepada semua pihak bahawa seni

budaya warisan Gendang Pampat dalam masyarakat Iban penting untuk dikenali agar seiring

dengan seni budaya persembahan Tarian Ngajat yang sering diberikan perhatian hingga

sekarang.

Page 11: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

ABSTRACT

Gendang Pampat is one medium of communication in ritual ceremonies practiced in devices

such elaborate ritual, Sandau Ari and practiced in other ritual ceremonies devices. If the

olden days, four drum known as the ritual is very high. However, not for the present.

Exposure to cultural heritage is less exposed. This is because, Iban community is now

embracing Christianity. The sequence of the four drum is less exposed to the current

generation.

This study aims to identify factors that lead to cultural heritage is increasingly forgotten and

study cultural heritage preservation method Drums four in Sri Aman, Sarawak. Collecting

data through interviews. The findings, presented in art and culture and is regarded as a

medium of cultural communication Iban community in ritual ceremonies. The onset of

inspiration in choosing this study is from bermukun culture through experience researcher.

The importance of the study is the national tourism industry. Foreign tourists in particular,

they wanted something exciting to watch and find art and cultural heritage that is full of

ritual and aesthetic properties. Preservation of cultural heritage is, this study will become a

reference in the future and provide awareness to everyone that the cultural heritage in the

four drum Iban community is important to recognize that along with the cultural arts Dance

performances are often given attention to now

Page 12: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Gendang Pampat merupakan satu upacara ritual dalam masyarakat Iban di

Sarawak. Gendang Pampat ini dilakukan ketika upacara-upacara besar dalam masyarakat

Iban seperti Gawai Sandau Ari, Gawai Kenyalang, dan Gawai-Gawai lain yang diraikan

oleh etnik Iban di Bumi Kenyalang. Upacara Gendang Pampat dilakukan dalam Gawai-

Gawai tertentu adalah berkaitan dengan pemujaan dan menyeru semangat Kumang dan

Keling. Jika dalam kepercayaan masyarakat Iban, Kumang dan Keling ini merupakan

orang yang paling disegani yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib, memiliki rupa paras

yang tampan dan mempunyai tubuh yang tegap. Manakala Kumang pula seorang wanita

yang menjadi pujaan kaum lelaki pada zaman dahulu dengan siftanya yang lemah

lembut, cantik serta mahir dalam segala pekerjaan wanita pada zaman dahulu. Mereka

juga dipercayai mempunyai ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit

yang yang dihidapi oleh masyarakat Iban. Selain itu, Gendang pampat, merupakan salah

satu upacara yang menyeru semangat orang-orang dari Panggau Libau bagi

mendapatkan perlindungan dan dianugerahkan kesejahteraan dalam hidup. Oleh itu,

Gendang Pampat merupakan salah satu seni budaya warisan kaum Iban yang harus

dimartabatkan dalam kalangan generasi muda kaum Iban kini agar seni budaya warisan

ini tetap utuh dalam dunia seni budaya warisan.

Page 13: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

2

1.2 Permasalahan Kajian

Pada abad ini upacara ritual ini tidak kurang diberikan pendedahan atau

diendahkan. Malah, ia telah digantikan dengan aktiviti-aktiviti moden. Kadang-kadang

sekiranya sambutan Gawai Dayak disambut menjelang 1 Jun setiap tahun, Gendang

Pampat tidak diperkenalkan kepada generasi baru. Ini kerana, kini generasi muda kaum

Iban sememangnya sinonim dengan gaya hidup moden. Segelintir daripada mereka

hanya berniat untuk pulang ke kampung halaman tetapi tiada mempunyai semangat ingin

mengetahui seni budaya warisan kaum sendiri. Oleh itu, seni budaya warisan ini tidak

dikuasai oleh golongan muda sekarang apatah lagi dikenali oleh generasi muda kaum

Iban khususnya, sehingga perkara ini boleh menimbulkan ancaman terhadap seni budaya

warisan gendang pampat kelak. Dari zaman dahulu hinnga sekarang, hanya warga emas

yang hanya mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya dan menguasai sepenuhnya

ilmu bergendang pampat ini. Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji harus

mengembalikan seni budaya warisan Gendang Pampat ini ke pentas kesenian,

kebudayaan dan warisan agar terpelihara nilai estetikanya.

1.3 Hipotesis Kajian

Jika generasi pada abad ke-21 ini tidak memelihara seni budaya warisan ini,

maka seni budaya warisan Gendang Pampat ini akan pupus ditelan arus pemodenan

kelak.

1.4 Objektif Kajiian

a) Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan seni budaya warisan ini

semakin dilupakan

Page 14: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

3

b) Mengkaji langkah-langkah pemeliharaan seni warisan budaya Gendang Pampat

di Sri Aman

1.5 Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan Kepada Pemelihara Seni Budaya Warisan Gendang

Pampat Dalam Masyarakat Iban Di Sri Aman, Sarawak. Sehubungan dengan itu,

pengkaji perlu menjelaskan faktor-faktor yang menjadi penyebab seni budaya warisan

ini semakin tidak diendahkan pada zaman meningkat pesat dalam arus pemodenan.

Selain itu, pengkaji juga mengkaji langkah-langkah yang perlu diambil bagi

mengekalkan seni budaya warisan ini agar terpelihara nilainya.

1.6 Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih Bahagian Sri Aman sebagai lokasi bagi menjalankan

penyelidikan dijalankan. Hal ini kerana, Sri Aman merupakan kampung halaman

pengkaji. Sehubungan dengan itu memberikan peluang pengkaji menjalankan

penyelidikannya bagi mendapatkan maklumat dari informan. Tambahan pula, informan

pengkaji merupakan orang tempatan yang menetap di perkampungan Bahagian Sri

Aman.

1.7 Batasan Kajian

Pengkaji mengalami batasan kajian dalam penemuan informan kajian. Hal ini

kerana penduduk setempat merupakan warga emas yang mahir serta mempunyai

pengalaman dalam Gendang Pampat ini. Hal ini kerana, kebanyakkan dari meraka yang

telah meninggal dunia. Kini, hanya pengkaji dapat mengenalpasti beberapa orang sahaja,

warga emas yang dahulunya pernah belajar dan pernah menyaksikan upacara ritual

Page 15: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

4

Gendang Pampat ini dilakukan semasa meraikan Gawai-Gawai tertentu. Tambahan pula,

di Sri Aman, tidak mempunyai Gendang yang asli untuk dipertontonkan kepada pengkaji

malah, jika mereka ingin aktif kembali dalam mengendalikan Gendang Pampat ini,

mereka harus membeli di kedai-kedai yang menjual alat tradisional Iban, serta pengkaji

mengalami masalah dalam membuat rujukan ilmiah. Hal ini kerana, tidak ramai penulis-

penulis akademik yang menulis mengenai Gendang Pampat ini.

1.8 Kerangka Konseptual.

Merujuk kepada rajah di atas merupakan kerangka konseptual yang digunakan

oleh pengkaji agar menjadi garis panduan dalam membuat kajian ini. Berdasarkan kerangka

tersebut, pengkaji telah menggunakan lima istilah penting dalam kajiannya. Istilah

pemeliharaan dan gendang pampat merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Ini kerana,

kedua-dua istilah tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri jika tiada sokongan dari istilah

Pemeliharaan

Gendang Pampat

Seni Budaya Warisan

Masyarakat Iban

Sri Aman, Sarawak

Page 16: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

5

lain. Ini akan menyebabkan tajuk kajian akan menjadi kabur serta maklum balasnya menjadi

masalah. Oleh itu, istilah masyarakat Iban dan Sri Aman, Sarawak merupakan pemboleh

ubah yang bersandar. Hal ini kerana, tanpa masyarakat Iban dan mempunyai tempat khusus,

pemeliharaan Gendang Pampat ini tidak akan berlaku. Di Sri Aman, seni budaya warisan

Gendang Pampat ini harus dimartabatkan oleh generasi muda. Hal ini kerana, jika tiada

usaha dilakukan oleh generasi muda untuk memartabatkannya dikhuatiri nilai seni budaya

warisan ini akan pupus. Gendang pampat ini pada asalnya merupakan salah satu medium

dalam upacara ritual apabila masyarakat Iban pada dahulunya menjalankan perayaan Gawai

ritual. Kini, apabila masyarakat Iban telah memegang agama Kristian sebagai pegangan

hidup maka, amalan bergendang dalam ritual kurang diketengahkan. Oleh itu, Gendang

Pampat kini menjadi salah satu seni persembahan bagi masyarakat Iban di Sri Aman

khususnya. Oleh kerana usaha pemeliharaannya diperkenalkan oleh Menteri Muda

Pemodenan Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) negeri, Datuk Mong Dagang, beliau

telah menganjurkan satu pertandingan Gendang Pampat agar menarik minat masyarakat

setempat untuk turut serta dalam pertandingan ini secara tidak langsung, beliau telah

membuka suatu jalan usaha dalam memelihara dan memartabatkan seni budaya warisan ini.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian Pemeliharaan Seni Budaya Warisan Gendang Pampat ini amat penting

bagi generasi kini. Hal ini kerana, bagi memelihara seni budaya warisan bagi sesebuah

etnik di Sarawak bukan merupakan suatu usaha yang mudah untuk dijalankan. Hal ini

disebabkan oleh permasalahan dalam mencari bahan-bahan dan juga maklumat yang

boleh digunapakai dalam suatu kajian yang dijalankan. Selain itu, kepentingannya juga

adalah kepada industri pelancongan Negara di mana pelancong-pelancong asing

Page 17: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

6

khasnya, mereka menginginkan sesuatu yang menarik untuk ditontonkan serta mencari

seni warisan budaya yang penuh dengan sifat ritualnya. Pemeliharaan dari segi seni

budaya warisan ini adalah, kajian ini bakal menjadi bahan rujukan pada masa akan

datang serta memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa seni budaya warisan

Gendang Pampat dalam masyarakat Iban penting untuk diketahui.

1.10 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian

Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini adalah,

pengkaji berhadapan dengan masalah dari segi bilangan informan yang arif dan

mahir dalam mengendalikan Gendang Pampat ini. Selain itu, informan merupakan

penduduk kampung yang tidak berpendidikan. Jadinya, agak sukar bagi pengkaji

mengedarkan borang soal selidik.

Page 18: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

7

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan

Sorotan kajian merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas

mengenai sesuatu hasil kajian. Penyelidik memerlukan sumber dalam mencari bahan bukti

untuk mengukuhkan lagi kesasihan bahan sokongan yang dijalankan oleh penyelidik.

Sumber rujukan atau kajian lepas yang dipilih pengkaji adalah melalui buku, majalah, Surat

khabar, internet, jurnal dan buku.

Penghasilan sesuatu idea memerlukan idea dan kandungan topik. Kandungan umum

merupakan penjelasan ringkas mengenai topik yang menjadi fokus buku atau bahan yang

dijadikan sumber rujukan. Manakala kaitan dengan kajian pula pengkaji dapat menyatakan

pendekatan yang digunakan oleh pengarang mengenai topik yang dikaji. Kedua-dua

kandungan tersebut akan menghuraikan permasalahan kajian penyelidik. Antara buku-buku

dan rujukan yang digunakan oleh pengkaji adalah:

Makna pemeliharaan mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga tahun 2000, ialah

pembuatan memelihara, pembelaan dan perawatan. Selain itu, kamus Dewan Edisi terbaru

terbitan tahun 1993 menyatakan bahawa pemeliharaan bermaksud pembuatan memelihara,

pembelaan, perawatan dan mengamalkan langkah-langkah asas. Di samping itu penjagaan

dari segi pengolahan, penyelenggaraan. Pemeliharaan membawa maksud pembuatan atau

hal memelihara, penjagaan, pembelaan (Kamus Pelajar, 2006 Ogos 08)”.

Pemeliharaan dalam konteks kajian ini adalah, Gendang Pampat merupakan suatu

seni budaya warisan yang mengalami era dipinggirkan dalam masyarakat Iban khususnya.

Oleh itu, pengkaji mempunyai hasrat bagi memelihara seni budaya ini agar tidak luput

Page 19: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

8

ditelan arus pemodenan kelak. Dengan adanya kajian ini dilakukan, langkah-langkah bagi

pemeliharaan seni budaya warisan ini dapat diketengahkan agar seni budaya ini terpelihara

daripada ancaman kepupusan. Selain mengetengahkan Gendang Pampat sebagai seni budaya

warisan bagi masyarakat Iban amalan memelihara adat serta peraturannya harus terjaga. Hal

ini kerana, Gendang Pampat tidak boleh dimainkan jika tiada sebab dan tujuan. Dapat

diketahui bahawa seni budaya warisan Gendang Pampat ini sangat mementingkan adatnya

seperti sebelum bergendang dilakukan para pemainnya harus melakukan upacara buka

panggung iaitu dengan menyediakan Elum sebagai satu medium untuk menghormati Petara

(Tuhan) dalam masyarakat Iban.

Merujuk kepada buku yang ditulis oleh Syed Zainol Abidin Idid, Pemeliharaan

Warisan Rupa Bandar menyatakan bahawa, pemeliharaan merupakan istilah yang umum

yang membawa maksud segala kaedah yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi

tujuan memelihara kepentingan budaya. Dalam pemeliharaan tindakannya adalah termasuk

perawatan dan mengikut keadaan tertentu termasuk pengekalan, pemulihan, pembangunan

semula dan penyesuaiguna. Jika dikaitkan dengan kajian ini, pemeliharaan adalah

bermaksud memelihara kepentingan budaya. Sekiranya Gendang Pampat tidak didedahkan

kepada generasi pada hari ini, tidak mustahil jika seni budaya warisan gendang pampat ini

akan pupus pada suatu hari nanti.

Dalam buku Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malysia yang ditulis oleh

Abdul Aziz Hussin Definisi warisan berdasarkan seksyen 2, perkara taksiran dalam Akta

Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) membawa maksud warisan membawa maksud

Warisan kebudayaan termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara bagi harta, struktur atau

artifak kebudayaan dan ia merangkumi objek, butiran, artifak, struktur pembentukan,

persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan iaitu perkara-perkara yang penting dalam

Page 20: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

9

hidup kehidupan rakyat Malaysia dari aspek sejarah atau semasa, atas atau dalam tanah atau

warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara, tetapi ia tidak merangkumi warisan

semula jadi.

Menurut beliau, warisan kebudayaan tidak ketara ia merangkumi mana-mana bentuk

ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik

yang boleh diperdengarkan, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian

sebagaimana yang dilakukan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi

dan muzik, seni mempertahankan diri, iaitu yang telah wujud atau wujud berhubung dengan

warisan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan warisan

masyarakat Malaysia.

Menurut Mohd Fauzi Bin Sedon @ M. Don dalam buku Pendidikan Seni Visual dan

Muzik editornya Mohd Johari Ab. Hamid seni merupakan hasil buatan manusia yang

menggunakan bahan yang diatur dengan mahir untuk menyuarakan pengalaman manusia.

Jika dilihat kepada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, Gendang Pampat merupakan salah

satu medium komunikasi dalam upacara miring masyarakat Iban. Pada awalnya, Gendang

Pampat merupakan seni persembahan ritual yang amalkan dalam upacara Gawai. Dalam

masa yang sama Gendang ini merupakan salah satu seni budaya warisan yang mampu

menjadi identiti masyarakat Iban di Sarawak. Tambahan pula, Gendang Pampat ini jika

diamalkan pada masa kini ianya sudah menggambarkan suatu pengalaman dari masa lampau

iaitu sebagai satu permainan untuk mengekspresikan pengalaman dalam memainkan

Gendang Pampat. Selain itu, seni juga merupakan alat cerminan sosiobudaya masyarakat

yang merangkumi segala bentuk pengetahuan dan kepercayaan, nilai dan adat resam serta

berbagai aktiviti-aktiviti lain. Dalam masyarakat Iban, salah satu seni yang juga mampu

untuk mencerminkan sosiobudaya masyarakat ini adalah menerusi Gendang Pampat.

Page 21: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

10

Gendang Pampat merupakan salah seni yang mempunyai kreadibiliti untuk diketengahkan

kerana seni budaya ini merangkumi segala bentuk pengetahuan dan kepercayaan. Pada

zaman dahulu, masyarakat Iban tidak menganut mana-mana agama dalam kehidupan

mereka. Oleh itu mereka percaya dengan persekitaran sekelilingan seperti bunyi burung,

kepercayaan setiap batu mempunyai semengat (roh) serta mempunyai nilai dan adat resam

serta berbagai aktiviti-aktiviti untuk dikelola di samping itu, seni juga merupakan wadah

kepada penyampaian makna budaya yang disampaikan melalui nilai estetik.

Dalam Bahasa Jawa Gendang dikenali sebagai Kendhang, manakala bahasa Melayu:

ialah Gendang. Gendang merupakan salah satu alat bunyian yang diperbuat daripada kulit

binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Gendang merupakan salah sebuah alat muzik

dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai

gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan

kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang

digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau

pertabalan Diraja. Gendang biasanya dipakai untuk mengiringi permainan gitar dambus,

campak, atau bedaek. Gendang juga dipakai untuk mengiringi perarakan pengantin, upacara

menyambut tamu, dan lain-lain. Keberadaan gendang dalam sejarah musik Melayu sudah

lama ada seiring dengan perkembangan muzik Melayu.

Gendang adalah jenis alat muzik pukul dalam kelompok genderang yang paling

dikenali di muka bumi. Alat muzik ini dibuat daripada kulit binatang yang diregangkan pada

mulut tabung kayu dengan pelbagai variasi bentuk dan ukuran. Setiap bangsa sejak Afrika

sampai Asia Timur dan benua Amerika, dapat dikatakan memiliki gendang dengan bentuk,

bunyi, kegunaan, dan nama tersendiri.

Page 22: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

11

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa warisan adalah harta

peninggalan, harta pusaka atau sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun atau

sesuatu peninggalan.

E.B.Tylor menyatakan bahawa budaya adalah suatu keseluruhan kompleks yang

meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, kesusilaan, hukum, adat istiadat, serta

kesanggupan dan kebiasaan lainnya yang dipelajari manusia sebagai anggota masyarakat.

Manakala Linton pula mendefinisikan budaya adalah keseluruhan dari pengetahuan, sikap

dan pola perilaku yang merupakan kebiasaan yang dimiliki dan diwariskan oleh anggota

suatu masyarakat tertentu.

Selain itu, menurut Kluckhohn dan Kelly budaya adalah semua rancangan hidup

yang tercipta secara historis (sejarah), baik yang eksplisit mahupun implisit, rasional,

irasional, yang ada pada suatu waktu, sebagai pedoman yang potential untuk perilaku

manusia.

Menurut Marven Harris dalam bukunya Cultural Anthropology, Seventh Edition

Budaya merujuk kepada belajar mengenai tradisi yang diperolehi daripada pemikiran sosial

dan tingkah laku yang terdapat dalam masyarakat. Ia juga merupakan gaya hidup yang

diperoleh secara sosial, perulangan dalam pemikiran, perasaan dan tindakan. Takrif budaya

terdiri daripada corak tindakan (tingkah laku) dan juga pola pemikiran dan perasaan teladan

yang ditetapkan oleh Sir Edward Burnett Tylor, pengasas antropologi akademik dalam

berbahasa Inggeris dunia dan pengarang buku teks antropologi umum yang pertama:

Budaya dalam erti kata yang luas etnografi ialah keseluruhan kompleks yang

merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan apa-apa

keupayaan dan tabiat yang lain yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Page 23: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

12

Keadaan budaya dalam kalangan pelbagai masyarakat manusia, setakat mana ia mampu

disiasat prinsip umum, adalah subjek yang sesuai untuk kajian semula undang-undang

pemikiran manusia dan tindakan. (Tylor 1871: 1)

Menurut Abdul Samad Bin Ahmad menyatakan dalam bukunya kebudayaan pada

umumnya, kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal daripada bahasa

Latin iaitu cultura. Dalam bahasa Mandarin disebut Wen Hua dan bahasa Arab disebut

Thaqafah. Pokok kata kebudayaan ialah budaya. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita

menyatakan bahawa perkataan budaya adalah berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan

itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang

dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal,

jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.

2.1 Sejarah Gendang

Menurut Lee Elaine (2006), menyatakan bahawa gendang di bawah category

mambranophone. Menurut beliau lagi, suku kaum Sakai dan Jakun dari Perak mempunyai

gendang yang mempunyai persamaan dengan etnik Melayu. Gedang ini diukir dan dibuat

darpada kayu yang diapit dengan kulit rusa yang disalut diantara dua bahagian. Gendang ini

.Gendang dibuat dengan mengorek sebatang pokok dan menuju pada tiap-tiap penghujung

yang telah dilekatkan dengan kulit Pelanduk. Gendang ini dikategorikan di bawah alat

Membranophone. Istilah ini biasanya digunakan untuk mana-mana jenis gendang yang

bersilindir dikenali sebagai Membranophone. Gendang ialah satu daripada alat-alat

masyarakat Melayu tradisional yang paling dominan. Gendang Melayu mempunyai pelbagai

saiz reka bentuk seperti silinder panjang, bercembung panjang, dan silinder pendek (pendek

silinder).

Page 24: PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya warisan gendang pampat dalam masyarakat iban di sri aman sarawak gilligivray augustine

13

2.2 Jenis-Jenis Gendang

2.2.1 Gendang Ibu dan Gendang Anak

Gendang Ibu merupakan yang mempunyai saiz agak besar yang berkepala dua dan

berbentuk seperti kendi atau tong dan badannya diperbuat daripada kayu keras seperti pokok

Nangka. Instrumen ini terkenal di Negeri Kelantan bagi mengiringi teater tradisional atau

adat istiadat dalam Istana dan penggunaannya dalam tarian klasik. Semasa dipersembahkan,

kedudukan yang betul untuk memegang instrumen ini adalah meletakkan Gendang Ibu ini

di atas riba pemain dan memukulnya dengan menggunakan dua belah tangan. Keunikan di

dalam berongga kerana bagi memastikan kualiti bunyi yang terbaik. Gendang Ibu adalah

berpasangan dengan Gendang Anak untuk bermain dalam irama yang saling membina setiap

struktur irama mematuhi disiplin muzik seperti dalam Wayang Kulit, Mak Tong, Menora

dan Silat. Dari segi pembuatannya pula, proses yang melibatkan regangan kulit yang lembap

dan berbingkaikan rotan, kemudian dilekatkan, dan kemudian diikat bersama dalam bentuk

"Y". Ini digunakan sebagai alat penalaan. Proses yang kedua, kulit lembu menjangkau lebih

besar dari permukaan gendang. Manakala Kulit Kambing lebih besar atas permukaan yang

lebih kecil. Akhir sekali, apabila mengeringkan kulit yang lembap, ia sesuai dalam bingkai

rotan. Dalam proses resonan bunyi, Ikat pinggang rotan (juga sebagai item hiasan)

mengelilingi Gendang untuk memastikan bahawa ketegangan yang kekal.

2.2.2 Gendang Jawa/Gendang Melayu

Gendang Jawa atau Gendang Melayu terdapat dalam kumpulan Gamelan Jawa di

Negeri Johor. Ia merupakan sejenis gendang tong panjang berkepala dua dengan teo

skinhead saiz yang berbeza, dibuat daripada kulit Lembu atau Kambing. Gendang ini

dimainkan dalam pasangan untuk menghasilkan rentak yang menarik