wanita dalam islam sebenar

25
8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 1/25 Wanita dalam Islam sebenar (seperti di dalam al-Qur'an) Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa  peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an. Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang  bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Ciptaan Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka  berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-  Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan  pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata  banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1). Pengasihan Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71).  Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah  perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia

Upload: blalang-biru

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 1/25

Wanita dalam Islam sebenar(seperti di dalam al-Qur'an)

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka

dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa

 peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka

menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang

digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang

dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan

yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang

dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah

mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin

terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang

 bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu

daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang

sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk 

menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta

semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum

lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka

 berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-

 Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang

mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan

 pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata

 banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul

"Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71).

 Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah

 perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia

Page 2: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 2/25

mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan

 pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan

 perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu

dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Inidisimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata

ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu

 perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka

dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan

 perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada

mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnyaia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja

keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam

masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi,

seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua

ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan

 jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan

adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara

Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya(21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang

terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang

mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga

kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin

supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan

mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak 

dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan

empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2).

Sekirannya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada

hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut

ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan

Page 3: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 3/25

disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah

masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat

saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima

selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke

atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong

tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had

maksimumnya.

Tanpa bapa

Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka

lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah,seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya

 pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana

ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an.

Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan

cercaan seperti ini.

Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang

yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan

 butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat

 beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkankelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa

yang dilahir tanpa bapa!

Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat

 beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang

sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan

selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan

 perempuan-perempuan lain.

Anak angkat

Bagi kanak-kanak, menurut al-Qur’an, seharusnya diketahui siapa bapa-bapa

mereka, kerana sekiranya mereka dijadikan anak-anak angkat, maka mereka

hendaklah dibinkan menurut nama bapa-bapa mereka yang sebenar. Firman-

 Nya, "Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya

anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang

Page 4: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 4/25

sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-

 bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan

 peliharaan" (33:4-5).

Hukum

Malang menimpa lagi pada kanak-kanak yang lahir daripada perzinaan, kerana

wujud pula dalam ajaran "Islam" suatu hukum yang menetapkan mereka (yang

 perempuan) boleh membatalkan air sembahyang bapa-bapa mereka dengan

hanya menyentuh kulit mereka. Kedudukan mereka sama dengan perempuan

lain yang halal berkahwin dengan bapa mereka.

Kesopanan

Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti.

Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagaisahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan

menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana

kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di

dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka

menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan

tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak 

daripadanya;

Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada

dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada

suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak 

lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki

mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara

 perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan

mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan

seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian- bahagian sulit) perempuan" (24:31).

Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka

kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata

 perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan

 perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa

Page 5: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 5/25

supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ,

khumur  , adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia

adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya

tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah

kepada 'penudung', yang bermaksud "pakaian luar; gaun panjang yang

menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara" [The

 Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia

 bukan tudung kepala.

Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau

dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.

(Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah 'mandil' dalam

 bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam

 bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur'an.)

Tudung Kepala

Apa yang dikatakan perhiasan itu tidak termasuk bahagian-bahagian anggota di

kepala seperti rambut, mata, mulut, hidung, telinga, dan pipi wanita. Andaikata

 bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala

supaya tidak dilihat oleh lelaki (seperti yang diwajibkan dalam ajaran agama

ulama palsu), maka kaum lelaki pun patut menutup bahagian-bahagian tersebut

kerana kaum wanita juga boleh berkeinginan pada lelaki dengan hanya melihat

 bahagian-bahagian tersebut. Kemungkinan ini dibayangkan Allah di dalam al-

Qur'an dengan sebuah cerita mengenai Nabi Yusuf yang digoda oleh wanita-wanita, termasuk isteri pembesar, kerana dia kelihatan begitu menawan (iaitu

daripada bahagian-bahagian anggotanya yang dapat dilihat).

Perhiasan wanita boleh bermaksud payudaranya. Payudara perempuan

yang lanjut usia pun tidak seharusnya dinampakkan seperti perempuan

lain. Firman-Nya, "Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur

mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke

atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-

nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi

mereka" (24:60).

Malah, dalam sebuah ayat yang terdahulu di dalam al-Quran, mengenai pakaian

manusia, Allah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan "pakaian untuk 

menutupi bahagian-bahagian aib" (7:26). Tentu sekali maksud kata bahagian

aib itu tidak termasuk bahagian-bahagian di kepala wanita, mahupun lelaki.

Page 6: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 6/25

Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang

sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala.

Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat yang panjang tadi (24:31)

 bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks

meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanak-kanak kecil. Kata ini memangsudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam. (Sila rujuk 

Kalimat aurat di dalam al-Qur'an.)

Lesbian

Selain zina, seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu

 berahinya pada yang sejantina dengannya. Bagi kesalahan ini, pesalah

dikurung, yang ada kalanya sampai mati. Firman-Nya, "Dan perempuan-

 perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat di antara

kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan,tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan

mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan" (4:15).

Hukuman bagi lesbian adalah tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan ke

atas penzina.

Sama

Beralih kepada soal sama ada lelaki dan perempuan itu sama. Sebenarnya,

mereka adalah sama di sisi Allah. Kesamaan mereka adalah pada:

1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, "Bagi

orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan

 bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka

mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).

2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, "Lelaki yang

muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan

 perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang

 patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yangsabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan

 perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan

 perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan

yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan

 perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan

Page 7: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 7/25

 banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah

menyediakan keampunan dan upah yang besar" (33:35).

Pendek kata, seperti kata Allah juga, "Sesiapa membuat kerja-kerja

kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan

masuk Taman (syurga), dan tidak dizalimi satu bintit pun" (4:124). Katamukmin bererti believer dalam bahasa Inggeris.

3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik 

 bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-

lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita

yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan

lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (24:26), dan,

4. hukum, seperti hukum zina yang berbunyi, "Perempuan yang berzina,

dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada merekadengan seratus sebatan" (24:2), dan hukum bagi pencuri, berbunyi "Dan

 pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya

sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan" (5:38).

Hak 

Begitulah juga dengan hak. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan

kaum lelaki. Hak yang sama ini diberikan Allah kepada mereka dengan firman-

 Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas

lelaki" (2:228).

Perbezaan

 Namun begitu, mungkin kerana perbezaan pada kromosom antara lelaki dan

 perempuan membuatkan ada sedikit perbezaan, dan perbezaannya adalah dalam

tanggungjawab. Ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskannya adalah seperti di

 bawah:

1. "Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka” (2:228).

Darjat di sini, menurut konteksnya, adalah hak suami untuk mengambil balik isteri yang diceraikan apabila mereka ingin membetulkan antara

mereka.

2. "Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan

sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain,

dan kerana mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada harta

Page 8: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 8/25

mereka" (4:34). Kaum lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pengurus

urusan perempuan kerana kaum lelakilah yang membelanjakan. Kaum

lelaki menyara hidup kaum perempuan, dan bukan sebaliknya.

Pada sebuah ayat yang lain pula, Allah menyatakan, "Adalah atas bapa

untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik" (2:233). Ayatini bersangkut hal perceraian; sehingga dalam keadaan begini pun bapa

dipertanggungjawabkan menyara anak-anaknya.

3. "Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian

 perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang

 perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah

seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan

mengingatkannya" (2:282). Walaupun dua tetapi hanya seorang yang

memberi kesaksian. Yang seorang lagi mengingatkannya jika dia sesat,

seperti berkahwin dengan saksi lelaki, atau kerana hormon yang mudahmempengaruhi emosi. Kesaksian terdedah kepada tekanan pihak lelaki,

dan dengan Allah menetapakan dua perempuan, Dia memberi

 perlindunagn kepada mereka daripada manipulasi kaum lelaki. Inilah

satu-satunya kesaksian yang memerlukan dua perempuan (perjanjian

 perdagangan tanpa tulis). Dalam yang lain tidak, seperti "Dan orang-

orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi,

kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada

mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia

termasuk orang-orang yang benar." (24:6)

4. "Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki

serupa dengan bahagian dua perempuan ..." (4:11). Ini adalah bunyi

 permulaan ayat yang menetapkan bahagian-bahagian yang diterima oleh

kaum lelaki dan perempuan dalam pembahagian harta pesaka. Akan

tetapi, ia tidak semestinya dibahagi begitu. Sila rujuk Wasiat dan

Pembahagian Harta Pusaka.

Demikian beberapa ketidaksamaan antara lelaki dan perempuan yang tersurat

di dalam al-Qur’an.

Dipuja

Seperti pada ciptaannya, yang disifatkan Allah sebagai satu daripada ayat-ayat-

 Nya, atau satu daripada kebesaran-Nya (30:21), kaum wanita memang

istimewa. Mereka dipuja, dan ada pula yang dijadikan sebagai:

Page 9: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 9/25

1. tuhan, atau dewi, atau goddess, dengan dipuja, diseru, dan dijadikan

tempat untuk memohon. Firman-Nya, "Tiadalah yang mereka seru selain

daripada Dia melainkan perempuan" (4:117). Mungkin ayat ini ditujukan

 juga kepada sesetengah manusia (lelaki terutamanya) yang

mengutamakan perempuan lebih daripada keutamaan kehendak Allah ke

atasnya. Lelaki seperti ini bertuhankan perempuan.

2. satu tanda kesenangan hidup di dunia. Firman-Nya, "Dinampakkan

indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada

 perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan

emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan

tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia" (3:14).

Begitu kuat sekali pengaruh perempuan ke atas lelaki sehingga Nabi sendiri

telah dapat ditewaskan apabila baginda melalaikan hukum Allah dan

mengutamakan kehendak isteri-isterinya. Kisah ini diriwayatkan Allah didalam al-Qur'an berbunyi, "Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa

yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri

kamu?" (66:1). Tentulah Nabi sangat sayang pada isteri-isterinya.

Perkahwinan

Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan

Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu,

dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi

sunnah semua Rasul (13:38), termasuk Nabi Isa.

Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta.

Mereka dicari bukan untuk perzinaan, tetapi untuk diikat dalam ikatan

 perkahwinan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu .... adalah bahawa kamu

mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan

dalam perzinaan ..." (4:24).

Manakala bagi lelaki yang tidak berharta tetapi ingin mengahwini perempuan

mukmin yang merdeka, mereka akan mengahwini hamba yang mukmin, atau

mereka bersabar. Firman-Nya, "Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita

merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang

tangan kanan kamu memiliki .... dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar"

(4:25).

Page 10: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 10/25

Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. Firman-Nya, "Dan

daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada

diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup (isteri), supaya kamu berehat pada

mereka" (30:21).

Keselesaan, kemesraan, dan kepuasan yang dinikmati bersama antara suamidan isteri dirakamkan lagi di dalam al-Qur’an dengan sebuah ayat yang

 berbunyi, "Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi

mereka" (2:187).

Selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan,

 perkahwinan juga melepaskan mereka daripada dijadikan teman rahsia (secret

lover). Kata “teman rahsia” terbit dua kali di dalam al-Qur'an, iaitu pada ayat

4:25 dan 5:5. Allah melarang menyimpan teman rahsia.

Halal

Orang-orang yang halal dikahwini telah disenaraikan Allah di dalam al-Qur’an.

Senarai itu kini disusun seperti di bawah ini:

1. bujang. Firman-Nya, "Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di

kalangan kamu" (24:32),

2. janda. Firman-Nya, "Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran

kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari" (2:235),

3. ahli Kitab. Firman-Nya, ".. dan menikahi wanita-wanita daripada mereka

yang diberi al-Kitab sebelum kamu" (5:5),

4. hamba yang mukmin. Firman-Nya, "maka dia mengambil (sebagai isteri)

 pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki" (4:25),

5. anak yatim, dan kanak-kanak yang ditindas. Firman-Nya, "... mengenai

anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa

yang ditetapkan untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan

kanak-kanak yang ditindaskan" (4:127),

6. anak tiri daripada isteri yang belum dimasuki. Firman-Nya, "... dan

(diharamkan berkahwin) anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu

daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum

memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu" (4:23),

Page 11: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 11/25

7. bekas isteri anak angkat. Firman-Nya, "tidak ada kesalahan ke atas orang-

orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak-anak angkat mereka" (33:37),

8. wanita mukmin yang lari daripada suami yang kafir. Firman-Nya, "... dan

tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka (yang lari daripada

suami yang kafir)" (60:10), dan

9. sepupu, seperti yang disebut di dalam sebuah ayat yang khusus bagi Nabi

 berbunyi, "Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri- isteri

kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan

kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan

anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-

emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-

emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana

 perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika

 Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukanuntuk orang-orang mukmin yang lain" (33:50). Kelebihan Nabi dalam memilih

isteri ialah dia dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang menyerahkan

dirinya kepada dia.

Haram

Begitu juga Allah telah menyenaraikan beberapa golongan yang haram

dikahwini. Mereka terdiri daripada:

1. yang enggan. Firman-Nya, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa" (4:19),

2. bekas isteri bapa. Firman-Nya, "Dan janganlah mengahwini

 perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini" (4:22),

3. ibu bapa, anak-anak sendiri, adik-beradik, ibu atau bapa saudara dan

anak-anak saudara. Firman-Nya, "Diharamkan kepada kamu adalah ibu-

ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara

 perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah

ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu" (4:23),

4. perempuan yang menyusukan, dan yang sesusuan. Firman-Nya, "dan

ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan

kamu yang sesusuan" (4:23),

Page 12: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 12/25

5. mertua, dan anak-anak tiri yang ibunya sudah dimasuki. Firman-Nya,

"dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam

 penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki"

(4:23),

6. menantu. Firman-Nya, "dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu" (4:23),

7. dua adik-beradik. Firman-Nya. "dan kamu himpun dua perempuan

adik-beradik” (4:23),

8. isteri orang. Firman-Nya, "Dan perempuan-perempuan yang

 bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki" (4:24),

9. penzina. Firman-Nya, "Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali

 perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang

 berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-

orang mukmin" (24:3),

10. yang jahat bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk 

untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk 

wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki

yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik"

(24:26),

11. yang ditalak (dicerai) sebanyak dua kali. Firman-Nya, "Jika dia

menceraikannya (buat kali kedua), dia (isteri) tidak halal baginya

sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain" (2:230),

12. yang menyekutukan Allah (yang mengadakan selain daripada Allah

untuk menetapkan dalam gama). Firman-Nya, "Janganlah mengahwini

 perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka

mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik 

daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati

kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yangmenyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin

adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia

menarik hati kamu" (2:221), dan akhirnya,

13. yang tidak percaya (kafir) kepada Allah dan Kitab-Nya. Firman-

 Nya, "Mereka (yang mukmin) adalah tidak halal bagi orang-orang yang

Page 13: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 13/25

tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi

mereka" (60:10).

Izin

Terdahulu sekali dalam perkahwinan ialah persetujuan daripada pihak diri perempuan itu sendiri. Allah jelas apabila menetapkan ini dengan firman-Nya

yang berbunyi, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan

dengan paksa" (4:19).

Perkahwinan juga dilangsungkan dengan izin keluarga perempuan. Ini

diisyaratkan Allah apabila Dia menentukan iaitu, bagi perempuan yang

 berstatus hamba pun, sekiranya hendak dikahwini, adalah dengan izin

keluarganya. Firman-Nya, "Maka kahwinilah mereka (yang tangan kanan kamu

memiliki) dengan izin keluarga mereka" (4:25).

Akad

Izin daripada keluarga perempuan dilafaz seperti pada akad nikah. Sebagai

contoh akad daripada al-Qur'an ialah lafaz bapa mertua Nabi Musa tatkala dia

menyerahkan anaknya kepadanya (Musa) untuk dikahwinkan, berbunyi "Aku

menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak 

 perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan

tahun" (28:27). Turut disebut di dalam lafaznya ialah mas kahwin, yang berupa

 perkhidmatan Nabi Musa kepadanya dalam tempoh masa yang ditentukan. Mas

kahwin yang begini rupa adalah kerana Nabi Musa pada ketika itu seorangfakir.

Hadiah

Perempuan yang dikahwini diberi hadiah, atau mas kahwin, atau upah (menurut

kata al-Qur’an), atau seperti kata yang selalu disebut orang Melayu, iaitu

hantaran. Hantaran adalah suatu ketentuan menurut hukum Allah (4:24), dan

diberi kepada semua perempuan yang dikahwini, termasuk kaum hamba (4:25).

Mas kahwin adalah sesuatu hadiah yang rela. Firman-Nya, "Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela,

tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu

daripadanya, maka makanlah ia dengan selera yang sihat" (4:4).

Muafakat

Page 14: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 14/25

Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat.

Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. Allah

menunjukkan suatu muafakat dalam rumah tangga antara suami dan isteri

dengan ayat berbunyi, "Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun

genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan.

Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik ....

Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan

 perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka.

Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu,

tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu

 beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa

yang kamu buat" (2:233).

Suatu yang menarik mengenai ayat tersebut ialah ia berkontekskan penceraian.

Sehingga dalam krisis begini pun Allah menyuruh supaya berunding dengan

 baik antara (bekas) suami dan isteri!

Atau, dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian,

 juga disuruh-Nya bergaul dengan baik. Mungkin apa yang dibenci itu adalah

suatu yang baik. Firman-Nya, "Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau

 jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah

membuatkan padanya banyak kebaikan" (4:19).

Bercampur

Kenikmatan hidup sepasang suami-isteri memuncak apabila mereka bercampur dengan baik. Masing-masing adalah pakaian bagi satu sama lain. Pakaian ini

 juga dipakai pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu,

 pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah

 pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka" (2:187).

Digambarkan lagi kenikmatan ini dengan firman-Nya yang berbunyi,

"Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah

tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki" (2:223).

 Namun, percampuran ini ada hadnya. Malah, ia diharamkan pada beberapakeadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan itu adalah:

1. apabila bertekun di masjid, seperti pada malam bulan Ramadan.

Firman-Nya, "dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun

(iktikaf) di masjid" (2:187),

Page 15: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 15/25

2. dalam Haji. Firman-Nya, "sesiapa yang menetapkan untuk Haji

 padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya" (2:197),

3. semasa dalam haid. Firman-Nya, "maka hendaklah kamu menjauhkan

daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah

mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telahmembersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana

Allah memerintahkan kamu" (2:222). Tidak terdapat larangan lain bagi

 perempuan yang dalam haid di dalam al-Qur'an; tidak disebut-Nya

mengenai larangan mendirikan solat, berpuasa, atau menyentuh dan

membaca al-Qur’an.

4. memantangkan diri selama empat bulan. Selepas tempoh ini

 percampuran diharamkan, dan mereka dianggap seperti bercerai.

Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri

daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun,

Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka

sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui." (2:226-227), dan

akhirnya,

5. menzihar isteri (berkata kepada isteri, "Kamu, padaku, adalah seperti

 punggung ibuku"), dan tidak pula mengadakan tebusan apabila ditarik 

 balik apa yang telah dikatakan. Percampuran diharamkan dalam situasi

seperti ini. Firman-Nya, "Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri

mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah

mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum

keduanya menyentuh satu sama lain ... Tetapi sesiapa yang tidak 

mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut

sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang

tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang

miskin" (58:3-4).

Khatan 

Menyentuh sedikit mengenai suatu yang berkaitan, yang agak sensitif, iaitu alat

kelamin. Alat ini, baik bagi perempuan mahupun lelaki, tidak disuruh Allah

agar ia dicacatkan, atau dikhatan. Justeru pendapat manusia berbeza

mengenainya. Ramai tampil ke hadapan dengan hujah masing-masing. Ada

golongan yang bersetuju, dan ramai pula yang menolak. Sungguh menarik 

 perdebatan mengenainya. Para doktor turut memberi sumbangan dalam bentuk 

hasil kajian. Begitulah banyaknya artikel yang tersimpan di internet (lihat

Page 16: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 16/25

circumcision) mengenai khatan. Kebanyakan penyumbang didapati tidak 

 bersetuju dengan khatan, terutamanya bagi perempuan, dan mereka

menggunakan istilah mutilation (mencacatkan) bagi amalan ini. Lagipun,

sekiranya hendak direnungkan ayat-ayat al-Qur’an mengenai ciptaan-Nya,

maka terserlahlah dua buah ayat di mana, yang pertama, Allah telah

menyatakan yang Dia “mencipta segala sesuatu dengan baik” (32:7), dan satu

lagi iaitu apabila syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia berbunyi "aku

akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah" (4:119).

Poligami

Poligami adalah halal. Amalan ini bertujuan untuk berlaku adil terhadap anak-

anak yatim. Firman-Nya, "Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku

adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang

nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat" (4:3). Maksud kata

“perempuan-perempuan” di sini ialah ibu-ibu, atau waris, atau penjaga anak-anak yatim tersebut.

Ayat tersebut seterusnya memberi nasihat, atau amaran, berbunyi "tetapi jika

kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja ... ia lebih

dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya". Ketidakadilan dalam poligami

mengakibatkan penganiayaan ke atas kaum wanita. Allah benci penganiayaan.

 Namun, ketidakadilan terhadap isteri-isteri tetap berlaku dalam poligami.

Firman-Nya, "Kamu tidak akan boleh berbuat adil di antara isteri-isteri kamu,

walaupun kamu ingin sekali" (4:129). Maka, jauhi amalan poligami!

Cara berbuat adil pada isteri-isteri pula ditunjukkan Allah di dalam ayat yang

sama, berbunyi "maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan

sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung" (4:129). “Gantung tak 

 bertali” kerana suami condong pada madu. Itu sering berlaku. Ia dilarang Allah.

Pertelingkahan

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pulak suami isteri! Demikian kata dalam

sebuah lagu Melayu evergreen. Pertelingkahan antara suami dan isteri dilaluidengan baik, iaitu dengan cara berunding dan bergaul dengan baik, seperti yang

telah disebut di bawah tajuk Muafakat. al-Qur'an memberi dua lagi contoh

 pertelingkahan, dan cara-cara menyelesaikannya:

1. menuduh melakukan zina. Bagi tuduhan ini Allah menunjukkan cara

 penyelesaiannya yang berbunyi, "Dan orang-orang yang membalingkan kepada

Page 17: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 17/25

(menuduh) isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka

sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan

Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar. Dan yang

kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk di antara

 pendusta-pendusta. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia

(isteri) menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah di

antara pendusta-pendusta. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah

ke atasnya (isteri) jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar" (24:6-9).

2. kederhakaan suami atau isteri. Bagi kederhakaan suami (yang hampir tidak 

disebut orang mengenai kewujudannya), Allah menjelaskan dengan ayat yang

 berbunyi, "Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan

daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka

membetulkan di antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa

condong kepada kehalobaan" (4:128).

Bagi isteri yang derhaka pula, tindakan yang diambil oleh suami adalah seperti

 pada ayat yang berbunyi, "dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka,

tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka,

dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka

 janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka" (4:34).

Perhatian tertumpu pada kata pukul, iaitu memukul isteri yang derhaka yang

disebut di dalam ayat ini. Beberapa persoalan telah timbul. Pelbagai tafsiran

telah diketengahkan. Akan tetapi, terdapat satu penjelasan yang ingin

diutarakan di sini mengenai kata asal wadribu (pukul) yang terakam di dalam

ayat tersebut. Sebuah terjemahan, AL-QUR’AN a contemporary translation,

oleh Ahmed Ali (1984), mencatat di nota kaki (halaman 78) berbunyi antara

lain ialah “wadribu , in the original, translated here ‘have intercourse’ … see

Raghib, Lisan al-‘Arab and …. daraba metaphorically means to have

intercourse, and quote the expression darab al-fahl an-naqah, ’the stud camel

covered the she-camel,’ which is also quoted by Lisan al-‘Arab. It cannot be

taken here to mean ‘to strike them (women).’"

Maka pukul di sini adalah seperti pada kata halus, bercampur, masuk, atau

sentuh, bagi kata have intercourse. Lantas, isteri-isteri yang derhaka pun harus

dicampuri, bukan disepak, atau ditendang, atau ditumbuk, atau dipukul dengan

tuala, kain dan sebagainya.

Pendamai

Page 18: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 18/25

Pertelingkahan suami-isteri didamaikan oleh wakil kedua-dua buah pihak 

sebelum berlaku perceraian. Firman-Nya, "Jika kamu takut akan perpecahan

antara keduanya, bangkitkanlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan

daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka menghendaki

untuk memperbetulkan, Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka"

(4:35). Dewasa ini, para peguamlah pendamai yang dianggap paling adil.

Sekiranya cara yang Allah tunjukkan diguna oleh pihak-pihak tertentu, maka

wanita-wanita Islam yang dizalimi suami-suami mereka dapat dilepaskan

daripada kezaliman itu dengan tanpa menunggu lama dalam penderitaan.

Nabi

 Nabi juga telah mengalami krisis rumah tangga. Krisis itu, menurut al-Qur'an

(66:3), berpunca dari salah seorang daripada isteri-isterinya yang membawa

mulut, setelah Nabi memberitahunya sesuatu rahsia. Kemudian, dua daripadaisteri-isterinya bergabung untuk menentangnya. Lantaran Allah turunkan

amaran kepada mereka, dan sebahagian daripadanya berbunyi, "Mungkin, jika

dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya (Tuhannya) akan menukarkan

dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang

mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda,

dan yang dara" (66:5). Dalam krisis seperti ini jua diingatkan-Nya tentang

 perceraian. Diingatkan-Nya jua tentang adanya wanita-wanita lain yang lebih

 baik daripada isteri-isteri Nabi.

Penceraian

Istilah talak satu, seperti yang lazim digunakan, sebenarnya bermaksud sekali

cerai, kerana kata talak dalam bahasa Arab bermakna penceraian. Maka, dua

kali bercerai dengan pasangan yang sama adalah talak dua. Oleh itu, lafaz talak 

tiga pada penceraian yang pertama adalah hanya karut.

Apabila perceraian tidak dapat dielakkan lagi, maka Allah akan memberi

 pertolongan kepada kedua-dua pihak. Firman-Nya, "Tetapi jika keduanya

 bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada

keluasan-Nya" (4:130). Allah memahami.

Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian.

Kemudian, Dia didapati pula menolong kedua-dua belah pihak. Akan tetapi,

 bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau

digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah

Page 19: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 19/25

kedua-dua belah pihak perlu ditolong? Tidak, sebaliknya ada pula orang yang

melafazkan cerai didenda seribu ringgit!

Penceraian yang dibenarkan adalah sebanyak dua kali. Firman-Nya,

"Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau

melepaskan dengan baik ... Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika

dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk 

kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan

melakukan had-had Allah" (2:229-230). Ini kes "cina buta".

Idah

Dalam penceraian ada tempoh, atau idah (masa menanti). Syarat-syarat dalam

idah telah dihuraikan Allah dengan empat ayat yang berikut:

1. "Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri

selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan

apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka

mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka

adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka

menghendaki untuk memperbetulkan" (2:228),

2. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka

sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau

lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi

dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-

olokan" (2:231),

3. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka

sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada

mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling

mempersetujui di antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan

sesiapa di antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu

lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui" (2:232),

Saksi

4. "Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah

mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan

Page 20: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 20/25

adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu;

dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan

sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa

kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar" (65:2).

 Nabi sendiri mungkin telah menceraikan isteri-isterinya, dan beliau jugadisuruh Allah agar menjagai tempoh dan syarat-syaratnya. Firman-Nya,

"Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka

ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh

itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka

dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali

mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah;

sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak 

mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru" (65:1).

 Namun, tempoh bagi perempuan yang putus haid, dan perempuan yangmengandung, adalah berbeza daripada perempuan lain. Firman-Nya, "Bagi

 perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika

kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak 

datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila

mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia

akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah" (65:4).

Sementara idah bagi wanita-wanita yang kematian suami ditetapkan Allah lebih

lama daripada yang dikenakan ke atas wanita-wanita yang diceraikan. Firman-

 Nya, "Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-

isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari"

(2:234).

Peruntukan

Wanita-wanita yang diceraikan diberi peruntukan, tempat tinggal, dan nafkah,

sementara harta yang telah diberi kepada mereka tidak diambil balik. Dan

mereka tidak ditekan untuk menyusahkan mereka. Ayat-ayat Allah yang

 berikut menjelaskannya:

1. "Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu

telah memberikan mereka (isteri) kecuali keduanya takut bahawa mereka

tidak dapat melakukan had-had Allah. Jika kamu takut mereka tidak 

dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka

untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah

Page 21: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 21/25

mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-

orang yang zalim" (2:229).

Terdapat satu lagi ayat mengenai larangan mengambil balik harta yang

telah diberi kepada isteri yang diceraikan, dan ayat itu berakhir dengan

satu pertanyaan berbunyi, "Apa, adakah kamu mengambilnya dengancara umpat, dan dosa yang nyata?" (4:20).

2. "Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik 

sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa" (2:241).

3. "Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut

kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan

keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah

mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka

menyusukan untuk kamu, berilah mereka upah mereka, dan bermuafakatlah di antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui

kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya" (65:6).

Ayat tersebut disusuli sebuah ayat yang menjelaskan mengenai nafkah,

iaitu diberi mengikut kemampuan masing-masing, dan dalam apa

keadaan jua pun, sama ada senang atau susah. Ia berbunyi, "Hendaklah

orang yang mempunyai keluasan menafkahkan menurut keluasannya.

Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia

menafkahkan daripada apa yang Allah memberinya. Allah tidak 

membebani sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Diamemberikannya. Sungguh, Allah akan membuatkan, setelah kesukaran,

yang mudah" (65:7).

Luar biasa

Al-Qur'an ada juga menyebut mengenai beberapa cara bercerai yang saya

anggap luar biasa. Sememangnya ia, seperti kata-Nya, adalah sebuah kitab

yang cukup jelas, atau terperinci, apabila ia turut menyebut tentang segala

kemungkinan, seperti apa yang mungkin berlaku, bagi sesuatu perkara. Bagi

 penceraian, disebut-Nya empat, iaitu:

1. Memantangkan diri daripada menyentuh pasangan:

Ini mungkin berlaku dalam keadaan marah dan benci pada pasangan.

Sekiranya sumpah itu berpanjangan, iaitu lebih daripada empat bulan,

maka pasangan suami-isteri itu adalah seperti dalam keadaan bercerai.

Page 22: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 22/25

Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri

daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat

 bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun,

Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka

sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui" (2:226-227). Pasangan

 bercerai setelah berpantang empat bulan.

2. Belum sentuh:

Bagi yang mungkin bercerai tanpa menyentuh pasangannya, Allah

menurunkan tiga ayat yang menggariskan syarat-syaratnya.

i. "Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-

 perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan

sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk 

mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskinmenurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi

orang-orang yang berbuat baik" (2:236),

ii. "Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka,

dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka

 berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika

mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan

 perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa.

Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat

apa yang kamu buat" (2:237), dan akhirnya,

iii. "... apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan

kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah

tempoh (idah) bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah

 peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang

manis" (33:49).

3. Zihar:

Seperti yang telah dimaklumkan, di bawah tajuk Bercampur, menzihar isteri bermaksud menyifatkan isteri sebagai punggung ibunya (suami)

sendiri. Pada hemat saya, bahagian anggota yang disebut itu adalah suatu

 petunjuk bagi bahagian-bahagian sulit ibu yang lain, yang juga tidak 

 boleh disamakan dengan isteri, atau suami. Kata-kata ini hendaklah

ditarik balik.

Page 23: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 23/25

Sekiranya kata-kata itu ditarik balik, maka Allah mengadakan tebusan

sebelum pasangan itu menyentuh satu sama lain. Tebusannya ialah

memerdekakan seorang hamba, atau sesiapa yang tidak 

mendapatkannya, maka dia berpuasa dua bulan berturut-turut, atau

memberi makan enam puluh orang miskin (58:3-4).

Pasangan ini berada dalam keadaan bercerai sekiranya kata-kata itu tidak 

ditarik balik, atau tebusannya tidak dilakukan.

4. Isteri lari:

Dengan cara automatik, apabila isteri lari kepada orang-orang yang tidak 

 percaya (kafir kepada Allah dan Kitab-Nya), maka gugurlah "talak satu".

Firman-Nya, "Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari

daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian

kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri merekatelah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan.

Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin (mempercayai)"

(60:11). Dalam kes ini, tersebut mengenai bayaran balik kepada bekas

suami atas apa yang dia telah menafkahkan (membelanjakan) kepada

isterinya.

Kematian

Perpisahan yang paling menyedihkan, atau tahap stress yang tertinggi sekali,

ialah apabila teman hidup meninggal dunia. Berpisahlah pasangan suami-isteriitu buat sementara waktu, menunggu Akhirat, di mana mereka akan bersatu

semula selama-lamanya. Isteri yang kematian suaminya ditinggalkan

 peruntukan untuk setahun, dan peruntukan ini ditulis di dalam wasiat suami.

Perintah Allah mengenai ini berbunyi, "Dan orang-orang di antara kamu yang

mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk 

isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi

 jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang

mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik" (2:240).

Baik 

Sememangnyalah, orang-orang yang takut kepada Allah akan berusaha

 bersungguh-sungguh untuk menjadi orang-orang yang salih, atau orang-orang

yang baik. Mengenai wanita-wanita yang disifatkan baik, Allah telah

menjelaskannya dengan ayat berbunyi, "Wanita-wanita yang salih (baik) ialah

yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya" (4:34).

Page 24: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 24/25

Allah seterusnya menyebut di dalam al-Qur'an mengenai sifat-sifat wanita yang

 baik, yang antaranya, adalah yang muslim, mukmin, benar, sabar, merendah

hati, bersedekah, berpuasa, mengingat Allah dengan banyak, menyuruh yang

 baik, melarang yang mungkar, melakukan solat, memberi zakat, atau yang

membuat kerja-kerja kebaikan. Wanita-wanita ini tentu menemui kebahagian.

Dituduh

Tersebut juga di dalam al-Qur’an mengenai wanita-wanita yang sudah

 berkahwin, lagi baik, atau yang mukmin, tetapi kerana kelalaian mereka,

mereka dituduh yang bukan-bukan dan menjadi bahan tomahan orang lain.

Orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap wanita-wanita tersebut

dilaknati di dunia dan di akhirat. Firman-Nya, "Sesungguhnya orang-orang

yang membalingkannya (menuduh) kepada wanita-wanita yang berkahwin,

yang lalai, tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi

mereka, azab yang besar” (24:23).

Amaran daripada Allah yang seterusnya mengenai perbuatan memburuk-

 burukkan wanita yang baik berbunyi, “Dan orang-orang yang menyakiti orang-

orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang

mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata”

(33:58). Begitulah kedudukan orang-orang yang baik di sisi Allah.

Akhirat

Kebahagian hidup bersama antara suami dan isteri di dunia ini akan disambungsemula pada Hari Akhirat, di mana mereka akan bersatu sekali lagi, untuk 

duduk kekal dalam kebahagian. Inilah idaman yang sebenarnya bagi suami dan

isteri, iaitu kebahagian bersama di dunia dan di akhirat. Allah menyebut

mengenai kebahagian mereka di syurga di dalam beberapa ayat al-Qur'an, dan

antaranya berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Jannah (syurga) pada hari ini

sibuk dalam kegembiraan mereka. Mereka dan isteri-isteri mereka bersandar di

atas sofa di tempat teduh. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi

mereka apa yang mereka minta. “Salam” ialah perkataan daripada Pemelihara

(Tuhan) yang Pengasih" (36:55-58).

Sepertimana syurga itu kekal bagi orang-orang yang baik, begitulah juga

dengan neraka bagi orang-orang yang jahat. Mereka yang dimasukkan ke

dalam neraka tidak dikeluarkan darinya, walaupun mereka melafazkan

 persaksian terhadap Allah dan Rasul semasa mereka hidup di dunia untuk 

menunjukkan keislaman mereka. Lafaz sahaja tidak mencukupi. Syurga tidak 

semurah itu.

Page 25: Wanita Dalam Islam Sebenar

8/14/2019 Wanita Dalam Islam Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/wanita-dalam-islam-sebenar 25/25

Doa

Kebahagian hanya datang daripada Allah, maka mohonlah kepada-Nya. Allah

Yang Pemurah, dan Yang Pengasih, telah mengajar suami dan isteri sebuah doa

untuk kebahagian mereka sekeluarga, dan untuk mereka mendahului dalam

ketakwaan, berbunyi "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraandaripada isteri-isteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami

ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)" (25:74). Mudah-

mudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh

dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia

hidup di dunia dan di akhirat.

Penulis Bacaan

Ogos 1996

(dikemaskini Ogos 2008)