wanita & islam

14
AGAMA DAN WANITA DAMIRIL HABIEN BIN HOSNI 022481 MOHD SUHAIRUL BIN SAIDI 022666 MUHAMMAD AFFNAN BIN MOHD AZMIN 022477 1

Upload: ahmad-dhamiri

Post on 30-Jun-2015

3.216 views

Category:

Spiritual


3 download

DESCRIPTION

wanita umpama perhiasan,gilaplah & hiasilah mereka dengan perhiasan yang sangat baik.

TRANSCRIPT

Page 1: Wanita & islam

AGAMA DAN WANITA

DAMIRIL HABIEN BIN HOSNI 022481

MOHD SUHAIRUL BIN SAIDI 022666

MUHAMMAD AFFNAN BIN MOHD AZMIN 022477

1

Page 2: Wanita & islam

Asal kejadian wanita: "Saling pesan-memesanlah untuk

berbuat baik kepada perempuan, kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok... (HR At-Tirmidzi dari Abu Hurairah)

2

Page 3: Wanita & islam

Tamadun utama dunia : Yunani : terkenal dengan falsafah- wanita

hanya sebagai tempat memuaskan nafsu

Romawi : Wanita dibawah penguasaan ayah dan selepas berkahwin dibawah

penguasaan suami India : Hak kehidupan wanita akan berakhir

apabila kematian suami China : Kehidupan wanita akan

ditentukan oleh keluarganya Dari tamadun ini lahirnya agama: Yahudi, Nasrani, Buddha, Zoroaster dan

sebagainya.

3

Page 4: Wanita & islam

Yahudi : Martabat wanita sama dengan pembantu. Ayah berhak menjual anak perempuan jika dia tidak mempunyai saudara lelaki. Ajaran mereka menganggap wanita sebagai sumber laknat .

Nasrani : Wanita sebagai alat Iblis yang menyesatkan manusia. Mereka membuat kesimpulan bahawa wanita tidak mempunyai roh suci dan diciptakan semata-mata melayan lelaki.

4

Page 5: Wanita & islam

Zaman Perindustrian: Mengeksploitasi tenaga wanita sebagai sebahagian masyarakat mereka.

Selepas zaman pencerahan , golongan wanita bangkit melalui gerakan faminisme.

Kemunculan fahaman feminisme ini adalah untuk membawa perubahan kepada peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan seperti institusi keagamaan,institusi askekeluargaan, intitusi politik dan sebagainya.

5

Page 6: Wanita & islam

Firman Allah ; Maksudnya: Dan tiadalah kami mengutus

kamu ( Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Islam yang membawa manusia mengenal erti hak kemanusiaan diantara masyarakat. Islam tidak menindas yang miskin ,wanita dan kanak –kanak

Konsep kesamarataan yang diberikan oleh Islam diantara kedua –dua gender ini adalah meliputi pelbagai perkara seperti balasan di akhirat,hak-hak untuk merealisasikan kebebasan kebendaan menguruskan harta milik dengan bebas dan sebagainya.

6

Page 7: Wanita & islam

Sebagai Anak : Kewajipan mematuhi perintah ibu bapa ini boleh kita lihat pada seorang wanita yang tertulis kisahnya di dalam al-Quran (Surah al-Imran ayat 35-37). Walaupun tanggungjawab tersebut untuk anak lelaki, anak perempuan ini tetap mematuhi perintah ibu bapanya.

Sebagai Isteri : Islam mengangkat darjat dan nilai seorang wanita sebagai isteri dan menjadikan perlaksanaan hak-hak suami isteri sebagai satu jihad di jalan Allah.

Kedudukan Wanita

7

Page 8: Wanita & islam

Wanita sebagai Ibu: Allah menaikkan dan meninggikan martabat seorang ibu dalam Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi :

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya kepada baginda ;

“"Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu," orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ibumu, - orang itu bertanya, "Kemudian siapa lagi?" Nabi bersabda, "Ayahmu. (HR. Bukhan Muslim)

8

Page 9: Wanita & islam

Wanita sebagai dirinya: Sesungguhnya Islam telah memelihara sifat kewanitaan wanita secara fitrah dan mengakui kwujudannya.

Islam berusaha untuk menentang dan menolak segala usaha yang menghina dan merendahkan martabat wanita dan memeliharanya dari serigala-serigala manusia yang siap menerkam kaum hawa untuk dinikmati dagingnya dan dibuang tulangnya.

9

Page 10: Wanita & islam

Pertama, Islam telah memelihara kewanitaannya, sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan. Oleh kerana itu, Islam menghalalkan baginya sesuatu yang diharamkan bagi kaum lelaki yang itu sesuai dengan tabiat kewanitaannya dan fungsinya. Seperti memakai emas, sutera murni,

Kedua, Islam sentiasa memelihara kewanitaan wanita dan memelihara mereka dari kelemahannya. Sehingga mereka selamanya di bawah lindungan kaum lelaki, ditanggung nafkahnya, dicukupi keperluannya, ia berada di bawah asuhan ayahnya atau suaminya atau anak-anaknya dan saudaranya. Wajib bagi mereka (lelaki) untuk menafkahinya sesuai dengan syari'at Islam, sehingga wanita tidak sampai memaksakan dirinya untuk ikut tenggelam dalam lautan kehidupan dan bertarung dengan kehidupan itu, bercampur dengan kaum lelaki.

10

Page 11: Wanita & islam

Ketiga, Islam memelihara akhlak dan perasaan malunya serta berusaha untuk memelihara maruah dan kemuliaannya serta menjaga kebersihannya dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah mereka.Untuk itu Islam mewajibkan bagi wanita untuk:

1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya

2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.

3. Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya.

11

Page 12: Wanita & islam

4. Hendaklah sopan dalam berjalan dan berbicara.

5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. Kerana ini bukanlah akhlak seorang wanita yang bersih.

6. Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari fitnah manusia.

12

Page 13: Wanita & islam

Islam memandang berat kepada kecenderungan semula jadi dan kepada keperluan-keperluan masyarakat pada ketika Islam menentukan tugas-tugas tertentu kepada golongan wanita.

Jika dilihat agama telah memberi hak persamaan kepada golongan lelaki dan wanita, baik dari segi teori dan praktikal dalam syariat.

Sebetulnya apa yang berlaku dan dialami wanita Islam sekarang berpunca daripada faktor ekonomi, sosial dan psikologi yang harus diteliti dan diamati.

13

Page 14: Wanita & islam

Ketika zaman Rasulullah sendiri yang menjadi ukuran akhlak pada masa itu ialah layanan baik terhadap golongan wanita.

Penyelesaian utama dalam anjakan perubahan wanita dan lelaki itu sendiri ialah dengan kembali kepada manhaj atau sistem Islam.

14