kajian tindakan sebenar

48
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Di dalam bab ini, beberapa isu akan disampaikan secara menyeluruh. Antara isu-isu yang akan dibincangkan ialah berkaitan latar belakang, masalah kajian, pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan dapatan bagi tajuk kajian. 1.1 Latar belakang masalah kajian Selepas hampir dua dekad Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, baru- baru ini Kurikulum Pendidikan Islam dikedua-dua peringkat disemak semula bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam kurikulum tersebut dan kesesuaian aspek pelaksanaan dengan keperluan semasa (Adnan Yusopp, 2002). Pada masa ini, berbagai-bagai masalah dan isu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran dibincangkan oleh pelbagai pihak. Perbincangan ini antara lain tidak dapat lari daripada persoalan proses pengajaran dan pembelajaran serta 1

Upload: ummu-latifah-muhamud

Post on 24-Jun-2015

4.237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Di dalam bab ini, beberapa isu akan disampaikan secara menyeluruh. Antara isu-isu yang

akan dibincangkan ialah berkaitan latar belakang, masalah kajian, pernyataan masalah, objektif,

persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan dapatan bagi tajuk kajian.

1.1 Latar belakang masalah kajian

Selepas hampir dua dekad Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, baru-baru ini Kurikulum Pendidikan Islam

dikedua-dua peringkat disemak semula bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam

kurikulum tersebut dan kesesuaian aspek pelaksanaan dengan keperluan semasa (Adnan Yusopp,

2002). Pada masa ini, berbagai-bagai masalah dan isu berkaitan proses pengajaran dan

pembelajaran dibincangkan oleh pelbagai pihak. Perbincangan ini antara lain tidak dapat lari

daripada persoalan proses pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran guru

Pendidikan Islam sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Perkara ini amat

penting memandangkan guru merupakan agen perangcang di peringkat sekolah dan pelaksana

perancangan yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kurikulum Pendidikan Islam Semakan mempunyai beberapa ciri penting yang perlu

dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam di sekolah, antaranya ialah ( Adnan Yusopp, 2002 ):

1- Mengekalkan kesinambungan dan keseimbangan KBSR dan KBSM.

2- Penyepadukan ilmu dijelmakan iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli.

1

Page 2: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

3- Penggabungan antara perkara fardu ain dan perkara fardu kifayah dalam kurikulum

Pendidikan Islam

4- Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan

menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara .

5- Penyampaian pengajaran guru distrukturkan mengikut tradisi pendidikan ilmu Islam

supaya ajaran Islam yang sebenar dapat dikuasai dan diyakini.

6- Menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar dan multimedia supaya penyampaian

guru lebih menyeronokkkan, mudah difahami dan berkesan.

7- Penilaian terhadap murid dibuat secara menyeluruh berdasarkan rujukan kriteria.

8- Pengajaran Pendidikan Islam tentang perkara wajib, sunat, haram, harus dan makruh

mesti diberi penjelasan dengan baik agar tidak timbul kekeliruan dalam menafsir sesuatu

hukum.

Bertitik tolak daripada ciri yang ke lapan yang dinyatakan di atas, kajian ini akan

berfokuskan kepada sejauh mana keberkesanan Permainan Dam Ular bagi mengatasi masalah

pelajar yang tidak tahu membezakan antara perkara rukun dan perkara sunat dalam solat fardu.

Kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk memperbaiki, mengukuhkan dan

meningkatkan mutu pemahaman pelajar terhadap kewajipan sebagai seorang Muslim

bersesuaian dengan tuntutan semasa Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.

Konsep kajian ini akan memungkinkan pembentukan jati diri yang akan mengikut

keperibadian kita sendiri. Tumpuan yang akan diberikan adalah terhadap generasi pelajar yang

bakal menjadi pewaris kepimpinan agama, bangsa dan negara agar berkeperibadian mulia dan

2

Page 3: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

luhur dapat diamalkan. Ini bersesuaian dengan tujuan solat untuk menjauhkan seseorang

daripada perbuatan keji dan mungkar. Adalah menjadi harapan kajian ini akan dapat memberi

panduan bagaimana Permainan Dam Ular dapat diimplementasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Pendekatan ini dianggap sesuai

kerana sifat sebahagian pelajar terutamanya pelajar yang lemah yang tidak gemarkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang terlalu serius. Justeru, pendekatan Permainan Dam Ular

diharap dapat membantu mereka melalui konsep bermain sambil belajar.

1.2 Pernyataan masalah

Solat atau sembahyang merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian umat

Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa. Namun, sudah beberapa tahun saya menghadapi

situasi murid-murid yang tidak menjadikan solat sebagai agenda penting dalam kehidupan

mereka. Sekiranya ada, hanyalah murid-murid yang kedua ibu bapa mereka yang mementingkan

didikan agama. Menjadi amalan seharian saya, sewaktu masuk ke kelas saya akan bertanya

mengenai solat subuh mereka. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mengaku melakukan

solat tersebut. Rupa-rupanya mereka tidak solat subuh kerana tidak boleh menghafaz doa qunut

sedangkan doa qunut adalah perkara sunat yang sekiranya tidak dilakukan solat masih sah.

Tahulah saya bahawa murid-murid ini tidak memahami konsep solat sepenuhnya.

Hakikatnya murid-murid sekadar tahu menunaikan solat tetapi tidak mengetahui konsep

yang terkandung dalam solat itu. Mereka tidak dapat membezakan antara perkara rukun (iaitu

perkara yang wajub ada) dengan perkara sunat (perkara yang diberi pilihan untuk

melakukannya). Melalui pengamatan saya, masalah ini berpunca daripada sikap ragu-ragu,

3

Page 4: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

keliru, cepat lupa dan malas. Manakala beberapa orang murid pula berpendapat setiap perbuatan

solat adalah sama menyebabkan timbul rasa keliru dalam membezakan kedua-dua perkara

tersebut. Melalui pemerhatian daripada kerja rumah yang diberi, terdapat 20 orang murid tidak

boleh menguasai kemahiran ini, sedangkan pengetahuan mengenai solat amat penting bagi

menjamin solat yang berkualiti. Kajian oleh Norhaya Isa, Tuan Rozaimi Tuan Rani, Norazman

Mohaimin dan Rokiah Muhamed (2006), mendapati para pelajar menghadapi masalah untuk

membezakan antara perkara rukun dan perkara sunat kerana para pelajar mempunyai tanggapan

bahawa semua perlakuan solat adalah wajib.

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat dan

menghafal, subjek ini amat membosankan, khususnya bagi murid yang lemah. Justeru, saya cuba

mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang mudah tetapi berkesan. Saya

berusaha untuk mengubah corak pelaziman pengajaran dan pembelajaran yang mungkin

membosankan murid dengan cara yang lebih menarik, di samping mampu menarik minat murid

dengan memberi keseronokan sewaktu belajar. Saya cuba membawa murid mengenali sebuah

permainan yang mengambil sebahagian konsep Permainan Dam Ular dan saya padankan dengan

meninggalkan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat.

1.3 Tujuan kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat dan mengetahui bagaimana aplikasi

Permainan Dam Ular dapat meningkatkan pemahaman dan ingatan murid terhadap tajuk yang

diajar. Kajian ini juga ingin melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan Permainan Dam Ular

ini kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak tahap dua sekolah rendah dalam

4

Page 5: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Pendidikan Islam di samping dapat meningkatkan keyakinan dan kualiti amalan murid dalam

menghayati kewajipan sebagai seorang muslim.

1.4 Objektif kajian

Secara umumkannya kajian ini akan melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan

Permainan dam bagi meningkatkan pemahaman murid dalam membezakan perkara rukun dan

perkara sunat solat. Secara khusus, objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. Untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap perkara-perkara rukun dalam

solat.

ii. Untuk meningkat pemahaman murid terhadap perkara-perkara sunat dalam solat.

iii. Untuk membolehkan para pelajar membezakan antara perkara rukun dan perkara

sunat dalam solat.

iv. Untuk meningkatkan minat murid bagi menghayati dan mengamalkan kewajipan

sebagai seorang muslim seperti yang ditetapkan oleh Islam.

v. Untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat

murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian terhadap keberkesanan pendekatan Permainan Dam Ular

dalam meningkatkan kemahiran murid membezakan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat

adalah seperti berikut:

i. Adakah proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan pendekatan Permainan

Dam Ular akan lebih meningkat pemahaman murid tentang perkara rukun solat?

5

Page 6: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

ii. Adakah proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan pendekatan Permainan

Dam Ular lebih meningkat pemahaman murid tentang perkara sunat dalam solat?

iii. Sejauh manakah murid dapat membezakan perkara rukun dan perkara sunat

melalui pendekatan Permainan Dam Ular?

iv. Sejauh manakah pemahaman dan kebolehan murid dalam membezakan perkara

rukun dan perkara sunat dapat meningkatkan amalan solat murid?

v. Sejauh manakah pendekatan Permainan Dam Ular dapat mengubah seterusnya

meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan-persoalan kajian di atas, hipotesis kajian yang akan diuji

kebenarannya adalah seperti berikut:

Ho1 :Tidak terdapat perbezaan antara proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan kaedah Permainan Dam Ular dengan peningkatan pemahaman murid tentang

perkara rukun dalam solat.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan kaedah Permainan Dam Ular dengan peningkatan pemahaman murid tentang

perkara sunat dalam solat.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan dalam pencapaian murid dalam membezakan perkara

rukun dan perkara sunat melalui pendekatan Permainan Dam Ular.

6

Page 7: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan antara kebolehan murid dalam membezakan perkara

rukun dan perkara sunat dengan peningkatan amalan solat.

Ho5 :Tidak terdapat perbezaan antara kaedah Permainan Dam Ular dengan perubahan

dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran membezakan antara perkara rukun

dengan perkara sunat dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenal pasti sekiranya

meninggalkan perkara rukun, maka solat menjadi tidak sah. Ini berbeza dengan perkara sunat

yang sekiranya tidak dilakukan, solat masih dianggap sah. Oleh itu sekiranya murid tidak dapat

membezakan antara kedua-duanya, maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid dalam

melaksanakan solat seharian. Dikhuatiri jika mereka meninggalkan salah satu daripada perkara

rukun yang dianggap sebagai perkara sunat, maka sembahyang tidak sah atau terbatal.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampong Relang, Batu Kurau, Perak.

Skop kajian ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4 seramai 24 orang. Murid-murid ini ialah

kumpulan yang mempunyai pencapaian sederhana dan kumpulan pelajar yang lemah dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam.

7

Page 8: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

1.9 Kerangka Konsep

1.10 Rumusan

Dalam bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang kajian, tujuan dan objektif

kajian, kepentingan, batasan kajian serta kerangka kajian. Bab-bab seterusnya akan

membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan perkara tersebut. Diharap kajian ini dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam memahami mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya

dalam perkara berkaitan perkara rukun dan perkara sunat solat.

8

SOLAT FARDHU

PERBEZAAN ANTARAPERKARA RUKUN DAN PERKARA SUNAT

PERKARA-PERKARASUNAT

PERKARA-PERKARARUKUN

Page 9: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

BAB 2

TINJAUAN BACAAN

2.0 Pendahuluan

Perbincangan berkaitan paradigma baru dalam Pendidikan Islam di seluruh dunia telah

dimulakan secara aktif sejak “The First Conference on Muslim Education” yang berlangsung di

Mekah pada tahun 1977 (Syed Ali Ashraf, 1994). Sejak dari tarikh tersebut, pelbagai usaha telah

dijalankan oleh Negara-negara Islam khususnya Malaysia bagi merangka dan melaksanakan

falsafah Pendidikan Islam. Di Malaysia, usaha murni ini telah dimulakan dengan penggubalan

falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan falsafah Pendidikan Islam (FPI) pada tahun 1987.

Kurikulum Pendidikan Islam telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai termasuk unsure-

unsur yang berkaitan dengan pembinaan Negara muslim, mereka diwajibkan mempelajari mata

pelajaran Pendidikan Islam bermula dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

2.1 Definisi Istilah

2.1.1 Kaedah

Ahli-ahli Pendidikan Islam telah mengemukakan pelbagai definisi terhadap istilah

ini. Al-Abrasyi (1970) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai jalan yang diikuti untuk

member kaahaman kepada pelajar. Menurut Gamal (2002), Ibnu Sahnun menelaskan maksud

kaedah pengajaran sebagai langkah atau cara yang dipedomani oleh pendidik agar anak didik

memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Al-Jumlathi dan Abu

Futuh al-Tunisi (1973) mendefinisikannya sebagai cara yang diikuti oleh guru bagi

menyampaikan maklumat kepada para pelajar.

9

Page 10: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Sungguhpun kaedah pengajaran merupakan satu cara untuk mencapai matlamat sesuatu

pengajaran, tiada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata

pelajaran. Mungkin terdapat suatu kaedah yang dilaksanakan oleh guru tertentu bagi mata

pelajaran tertentu. Namun kaedah yang sama belum tentu berjaya jika dilaksanakan oleh guru

lain terhadap kumpulan muridyang berbeza. Justeru, para guru perlu sentiasa bersifat kreatif dan

mempelbagaikan kaedah yang digunakan.

2.1.2 Permainan Dam Ular

Permainan dam adalah nama sejenis permaianan papan. Permainan dam datangnya

daripada sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat beberapa jenis

permainan dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular.

Kamus Wikipedia menyatakan Permainan Dam Ular Tangga telah diperkenalkan sekitar

tahun 1870. Ular tangga adalah permainan papan yang dimainkan oleh 2 orang atau lebih. Papan

permainan dibagi dalam kotak-kotak kecil dan dibeberapa kotak terdapat sejumlah “ular" dan

"tangga" yang menghubungkannya dengan kotak lain. Permainan Ular Tangga berasal dari India.

Awalnya, permainan ini adalah hasil ciptaan umat Hindu. Tujuan awalnya permainan ini adalah

untuk mengajar mengenai nilai-nilai moral.

Sebuah laman sesawang yang dihasilkan oleh seorang warga India, menjelaskan Dam

Ular Tangga atau dikenali dengan Snake and Ladder sebagai:

2.1.3 Perkara Rukun

10

Page 11: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Mengikut Kamus Dewan (2004), perkara rukun bermaksud dasar, pokok, asas,

sendi,nadi, akar, teras atau tiang.

Rukun solat boleh dibahagikan kepada 13 perkara iaitu:

1. Niat

2. Takbiratul-ihram (Allahu-Akbar yang pertama).

3. Berdiri bagi yang mampu.

4. Membaca sursh al-Fatihah.

5. Rukuk dengan tama’ninah (tama’ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).

6. Iktidal dengan tama’ninah.

7. Sujud dua kali dengan tama’ninah.

8. Duduk di antara dua sujud dengan tama’ninah.

9. Tasyahud/Tahaiyatakhir dengan membaca tasyahhud.

10. Duduk dalam tasyahhud akhir.

11. Selawat kepada nabi Muhammad s.a.w dalam tasyahhud akhir

12. Membaca salam

13. Tertib

2.1.4 Perkara Sunat

Berdasarkan Kamus Dewan (2004), perkara sunat beerti mendapat pahala jika dilakukan

tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama islam): puasa~;sembahyang~

Kamus Pelajar (2004) pula mendefinisi Perkara Sunat sebagai sesuatu yang digalakkan

11

Page 12: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

melakukannya tetapi tidak diwajibkan: ketika pergi ke masjid kita ~memakai bau-bauan yg

harum.

Perkara-perkara sunat semasa solat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Sunat Hai’ah

2. Sunat Ab’adh

Sunat Hai’ah pula terdiri daripada perkara iaitu:

1.Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun

pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat

tangan)

2.Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di

bawah dada atau di atas pusat.

3.Membaca doa tawujud/iftitah.

4.Membaca a’uzubillah

5.Membaca al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang

ditentukan.

6.Membaca amin selepas fatihah

7.Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan fatihah

8.Membaca tasbih ketika rukuk.

9.Membaca tasbih ketika sujud.

10.Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk

11.Meletakkan kedua tangan di atas paha dengan melepaskan jari kesemuanya.

12.Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri.

13.Duduk tawarruk

12

Page 13: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

14.Salam yang kedua.

Sementara itu, sunat Ab’adh ada 7 perkara iaitu:

1. Tahiyyat awal.

2. Selawat di dalam tahiyyat awal.

3. Duduk tahiyyat

4. Doa qunut dalam waktu subuh dan pada solat witir.

5. Selawat di dalam qunut.

6. Berdiri semasa qunut.

7. Membaca selawat ke atas keluarga nabi pada Tahiyyat akhir.

Sekiranya tertinggal sunat Ab’adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala

tertinggal sunat hai’ah tidak diperlukan sujud sahwi.

2.1.5 Solat Fardu

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan

dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat

tertentu. Perkataan-perkataan di dalam solat dikenali sebagai rukun qawliy. Manakala perbuatan-

perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi’liyy dan perlakuan selain daripada

perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy. Firman Allah:

13

Page 14: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

“Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan –

perbuataa) keji dan mungkar”( al- Ankabut )

Solat fardu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,

zohor, asar , maghrib dan isyak’. Dari Abu Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Allah

berfirman, ‘Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagu

umatmu. Aku telah berjanji dengan diriku barangsiapa yang mengerjakan solatnya pada

waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurg. Umatku yang tidak menjaga solatnya

tidak termasuk dalam perjanjian ini”. (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah).

Solat merupakan rukun islam yang kedua dan ia merupakan ibadah yang paling penting

berbangding ibadah-ibadah yang lain. Solat juga dilambangkan sebagai tiang agama. Nabi

Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Solat itu adalah sendi agama, barangsiapa mengerjakannya, beerti ia telah menegakkan

agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, beerti ia telah merobohkan agama”

(Riwayat Baihaqi)

Kefardhuan solat diterima secara terhormat oleh Rasulullah s.a.w dalam kisah Isra’

Mi’raj. Solat adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam

solat terdapat ubat, pil, tonik dan vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina

peribadi yang kuat, gagah dan mantap. Sungguhpun begitu, pembinaan peribadi melalui ibadah

solat hanya akan terhasil sekiranya seseorang itu memiliki ilmu yang membolehkannya

memahami, menghayatidan menjiwai ibadat tersebut.

14

Page 15: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

2.2 Pandangan-pandangan berkaitan tajuk kajian

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan

berkesan sekiranya para guru tidak memberikan penekanan yang khusus terhadap kaedah atau

pendekatan yang bersesuaian dengan situasi dan minat para murid. Keadaan ini amat ketara

terutamanya di sekolah rendah. Menurut al-Syaibani (1975), kaedah yang baik dapat membantu

para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap dan tingkah laku,

menanam minat dan nilai-nilai yang diingini.

Guru yang kreatif dan inivatif perlulah menyampaikan pelajaran menurut kecenderungan

dan peringkat kematanga pelajar berdasarkan peringkat umur dan kecergasan otak mereka.

Dalam hal ini, Imam al-Ghazali (1939) menyarankan agar guru menyampaikan pelajaran

menurut kadar kefhaman dan peringkat pencapaian akal pelajar. Sesuatu pelajaran yang

disampaikan tanpa menyampai kira peringkat dan pecapaian pelajar boleh membawa kerumitan

dan kebosanan sehingga akhirnya membawa kepada kegagalan.

2.3 Kajian-kajian berkaitan

Dalam kontek di Malaysia, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Abdullah (1995) mendapati 64% guru pendidikan

Islam sering menggunakan kaedah kiliah semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

15

Page 16: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Kajian oleh Hatifah (2000) mendapati kaedah syarahan sering digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kajian oleh ab Halim (2000) ke atas 27 pelajar mendapati lapan pelajar

menyatakan mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran yang diberikan. Antara factor

yang dikenal pasti ialah mereka tidakdapat mengaitkan apa yang dipelajari untuk diamalkan

dalam kehidupan seharian. Sehungan itu, Ab Halim (2003) berpendapat proses pengajaran dan

pembelajaran akan menarik jika terdapat suasana interaktif di dalam bilik darjah. Interaktif ini

boleh berkau antara guru dan pelajar, antara guru dan bahan pengajaran atau pelajar dengan

pelajar.

2.4 Rumusan

Jelasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting dalam memastikan

objektif pengajaran guru dapat diserap oleh pelajar dengan berkesan. Oleh kerana itu, guru perlu

sentiasa bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik.

Pemilihan permainan dam dalam kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian,

pemahaman dan amalan murid dalam perkara yang dikaji.

16

Page 17: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk eksperimen bagi melihat keberkesanan

kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya bagi meningkatkan

pemahaman dan amalan murid Tahun 4 untuk membezakan antara perkara rukun dan perkara

sunat dalam solat fardhu. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti sama ada permainan dam dapat

meningkatkan tahap penguasaan dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi

tajuk kajian yang dipilih.

Berdasarkan tujuan kajian tersebut, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk

kajian, respondenkajian, alat/instrument kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara

penganalisaan data yang bakal digunakan dalam kajian sebenar.

3.1 Rekabentuk Kajian

17

Page 18: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Kajian yang akan dijalankan adalah mengikut kaedah eksperimen di mana melibatkan 24 orang

murid. Rekabentuk kajian ini menjadi pilihan kerana ia boleh dijadikan kayu pengukur

keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Dapatan kajian jika didapati

positif dapat menunjukkan bahawa kaedah ini sesuai dan patut diaplikasikan secara meluas

terhadap para murid bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk yang dipilih untuk

kajian, tetapi juga tajuk-tajuk yang lain.

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian ini akan diambil daripada murid Tahun 4 yang berumur 10 tahun. Pemilihan

murid Tahun 4 menjadi sampel sasaran adalah berdasarkan pengalaman pengkaji yang

mendapati ramai daripada kalangan kumpulan murid ini yang tidak dapat menguasai tajuk sejak

beberapa tahun kebelakangan ini.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini instrument yang akan digunakan adalah terdiri daripada:

3.3.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dalam kelas dilakukan semasa P&P sedang berjalan. Pengkaji akan

memerhati gerak laku serta maklum balas yang diberikan semasa sesi P&P berlangsung.

Kumpulan sasaran ini juga dilihat melalui pemeriksaan buku tulis, kerjarumah dan ujian pra

3.3.2 Temu bual

Kaedah temu bual akan digunakan oleh pengkaji secara tidak formal. Secara tidak

langsungpenyelidik dapat mengesan punca sebenar murid tidak dapatmenguasai kemahiran

18

Page 19: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

menghafal dan mengingati, seterusnya tidak dapat membezakan antara perkara rukun dan sunat.

(Rujuk Lampiran A)

3.3.3 Soal selidik

Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk diisi secara jujur dan telus. Murid

diberi pilihan jawapan mengapa mereka tidak dapat menguasaai kemahiran membeza antara dua

perkara tersebut. (Rujuk Lampiran B)

3.3.4 Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam tajuk:

“Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat Dalam Solat”. Ujian Pra ini dijalankan

sebelum sesi bimbingan bermula. (Rujuk Lampiran C)

3.3.5 Ujian Pos

Ujian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengeasaan dalam menguasaitajuk:

“Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat Dalam Solat”. Ujian Pos ini

dilaksanakan selepas kaedah permainan dam dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(Rujuk Lampiran)

3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini akan dijalankan melalui tiga peringkat prosedur agar pengkajian dapat

dijalankan secara sempurna dan berkesan. Peringkat pertama, pengkaji akan

mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat kedua pula pengkaji akan

19

Page 20: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

mendapat kebenaran daripada guru besar bagi menjadikan murid Tahun 4 sebagai

responden kajian. Pengkaji akan menjelaskan maklumat mengenai tujuan serta cara

pengkajian yang akan dijalankan. Pengkaji juga akan menjelaskan bidang kajian

merupakan satu eksperimen serta memohon mendapatkan kerjasama daripada guru-guru

yang terlibat dalam Pendidikan Islam. Peringkat ketiga pula pengkaji akan menjalankan

kajian terhadap responden dengan menjelaskan perkara-pekara yang perlu seperti berikut:

i mengumpul responden dalam satu kelas.

ii Menerangkan denganjelas kepada responden bahawa pengkajian ini

bukanlah peperiksaan dan semua persetujuan yang diberikan adalah betul.

iii meminta responden menjawab dengan ikhlas dan jujur untuk membantu

pengkajian dalam mempertingkatkan kaedah pembelajaran.

iv responden dilarang untuk berbincang dan meniru semasa menjawab soalan

soal selidik.

v menjelaskan bahawa segala maklumat yang diberikan oleh responden

adalah rahsia terutama kepada guru-guru dan guru besar.

3.5 Prosedur Analisis Data

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan eksperimen. Data mentah

yang didapati daripada ujian pra dan ujian pos akan diproses menggunakan kaedah Microsoft

word dan Microsoft excel yang akan dipersembahkandalambentuk jadual dan graf bar. Hasil

maklum balas dalam bentuk data-data yang akan diterima daripada ujian pra dan ujian pos

serta soal selidik, temubual dan pemerhatian akan dirumuskan oleh pengkaji dengan teliti.

20

Page 21: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

3.6 Rumusan

Pengkaji berharap kajian yang akanndilaksanakan dengan menggunakan kaedah

eksperiman ini akan memperlihatkan keputusan yang positif. Ujian para dan ujian pos

dilaksanakan sebagai langkah milihat tahap penguasaan pelajar dalam menguasai tajuk yang

dipilih dapat menentukan keberkesanan kaedah yang dipilih. Kaedah pemerhatian dan temual

bual secara tidak formal bersama pelajar dapat memberikan gambaran awal kepada pengkaji

terhadap tahap penguasaan dan pemahaman murid mengenai tajuk yang dipilih. Akhir sekali,

soal selidik yang dilakukan tanpa memerlukan para pelajar menamakan identity masing-masing

memungkinkan pengkaji mendapat data yang benar dan jujur terhadap masalah yang dihadapi

murid dalam menguasai tajuk.

21

Page 22: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

BAB 4

ANALISA DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Hasil kajian ini didapati daripada ujian pra dan ujian pos. Kajian ini dijalankan

berdasarkan soalan yang diedarkan kepada para pelajar untuk menilai pemahaman dan kebolehan

mereka membezakan antara perkara yang membatalkan solat dan perkara yang membatalkan

wudhuk. Sebanyak sepuluh soalan diedarkan kepada lima murid bagi mendapatkan hasil kajian

sebelum dan selepas permainan Dam digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Analisa Tinjauan Masalah

4.1.1 Analisa Pemerhatian

Melalui pemerhatian terhadap lima orang murid sasaran, didapati murid-murid ini terlalu

lemah untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku

murid itu sendiri. Tiga orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak dapat

menyatakan kembali kerana keupayaan mereka terhad. Manakala dua orang murid lagi

menunjukkan mereka tidak berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa

guru mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.1.2 Analisa Soal Selidik

22

Page 23: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Jadual 1: Jadual Analisa Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus.

PERKARA BILANGAN MURID PERATUS

Tidak suka mata pelajaran Pend. Islam

Tidak tahu atau tidak faham

Malas hafal

Cuba hafal tapi lupa

0

2

1

2

0

40

20

40

JUMLAH 5 100

Jadual 1 menunjukkan 40% murid tidak tahu atau tidak faham perkara yang membatalkan

solat, 20% murid malas hafal, dan 40% lagi cuba hafal tetapi lupa.

4.1.3 Analisis Ujian Pra

Hasil dapatan daripada Ujian Pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang

diberikan bagi setiap latihan dapat dikelaskan seperti jadual di bawah:

Jadual 2 : Jadual Keputusan Ujian Pra

Skala Kekerapan Latihan 1 Latihan 2 Ujian Pra

Betul semua

Betul 7

Betul 5

Betul 3

Salah semua

-

-

1

2

7

-

-

1

3

6

-

1

1

3

5

JUMLAH 10 10 10

Jadual 2 menunjukkan 5 orang murid tidak dapat mengingati perkara-perkara

yang membatalkan solat dengan mendapat salah semua dalam Ujian Pra yang dijalankan.

23

Page 24: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

4.2 Tindakan yang Dijalankan

4.2.1 Pengkaji memberikan bimbingan klinikal kepada lima orang murid ini selama dua

minggu di bilik Pendidikan Islam. Masa yang diperuntukkan selama satu jam untuk setiap sesi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

i) Aktiviti 1 : NRS (Nasyid Rukun Solat)

ii) Aktiviti 2 : Permainan DAM SOLAT

iii) Aktiviti 3 : CD DAM

4.2.2 Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aktiviti:

i) Aktiviti 1

a) carta nasyid

ii) Aktiviti 2

a) Set permainan DAM SOLAT

• Papan DAM bersaiz kad manila

• Buah dadu

• Tutup botol atau ceper

• Kad-kad kecil mengandungi penerangan tentang rukun

solat, batal solat dan batal wuduk

iii) Aktiviti 3

a) set komputer

b) CD DAM

4.3 Pelaksanaan Tindakan

4.3.1 Aktiviti 1 – NRS (Nasyid Rukun Solat)

- Guru memaparkan carta Nasyid Rukun Solat

24

Page 25: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

- Guru menyanyi diikuti oleh murid

Niat, berdiri, takbiratulihram,

Fatihah, ruku’ iktidal,

Sujud serta tomakninah,

Duduk antara dua sujud,

Duduk Tahiyat Akhir dan baca Tahiyat Akhir,

Selawat ke atas Nabi,

Salam pertama dan juga Tertib,

Itulah Rukun Solat

Nota : mengikut lagu Selawat Nabi (Raihan)

- Guru meminta murid menyebut rukun solat yang terdapat dalam Nasyid

i Pemerhatian

Hasil pemerhatian setelah murid-murid bernasyid Rukun Solat didapati mereka mula

Menunjukkan minat untuk belajar. Murid-murid menjadi lebih berkeyakinan untuk menjawab

soalan berkaitan rukun solat.

ii Refleksi

Daripada aktiviti yang dijalankan murid-murid lebih mudah mengingati rukun solat. Secara tidak

langsung mereka juga dapat membezakan antara rukun dan sunat dalam solat.

4.3.2. Aktiviti 2 – Permainan DAM SOLAT

- Guru mengedarkan set permainan DAM kepada 2 kumpulan dan menerangkan cara

bermain.

- Cara-cara permainan DAM SOLAT

_ Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan enam, maka

ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat

bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.

25

Page 26: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

_ Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam semasa

lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi.

_ Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke atas tetapi

jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala ular, maka dia terpaksa turun

ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna setiap langkah naik dan turun

membawa maksudnya tersendiri.

_ Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menyatakan perkara-

perkara yang membatalkan solat, maka dia terpaksa turun pada petak niat, manakala jika ada

pemain yang berhenti di petak yang menyatakan batal wuduk, maka ia terpaksa turun pada petak

berwuduk semula.

- Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau lebih mengikut kumpulan yang bersesuaian

dengan keadaan.

- Undang-undang permainan DAM

- Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.

-Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya.

-Bergerak mengikut urutan nombor

-Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah

dadu sekali lagi.

-Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang

telah ditetapkan.

-Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang (sempurna

solatnya).

26

Page 27: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

NOTA : Apabila murid-murid berhenti pada petak yang mengandungi perkara-perkara yang

membatalkan solat, membatalkan wuduk atau rukun solat, mereka akan diberi kad-kad kecil

yang menerangkan tentang perkara tersebut.

- Guru akan menyoal murid secara lisan apabila buah berupa ceper berada pada petak tertentu

pada DAM. Guru juga bertindak sebagai fasilitator, memerhati sambil membantu mereka yang

masih tidak memahami cara bermain.

i Pemerhatian

Pada peringkat awal set DAM diedarkan kepada murid-murid, mereka sudah mendapat

gambaran bagaimana cara bermain. Guru menerangkan kaedah sebenar permainan ini dan

mereka bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kami dapati aktiviti ini menjadikan

murid lebih seronok dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria. Dengan cara

ini, murid-murid memperolehi ilmu secara tidak formal kerana pendekatan ini berbentuk dua

dalam satu iaitu belajar sambil bermain pada satu masa.

ii Refleksi

Kaedah DAM ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman tentang perbezaan perkara-

perkara yang membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Mereka

dapat menjawab soalan yang diajukan berpandukan pada permainan DAM SOLAT.

4.3.3 Aktiviti 3 – CD DAM

Aktiviti ini merupakan pengukuhan untuk murid-murid sasaran. Aktiviti ini dijalankan di

makmal komputer dengan menggunakan CD multimedia interaktif DAM. Cara permainan ialah

sama tetapi penggunaan dadu dan buah sebenar tidak diperlukan. Proses naik dan turun berlaku

secara automatik. Penerangan tentang rukun solat, batal solat dan batal wuduk akan terpapar

apabila buah CD DAM berada pada petak-petak tersebut.

i Pemerhatian

27

Page 28: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

Permainan ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran semakin menyeronokkan.

Murid-murid yang tidak pernah menggunakan komputer mendapat pendedahan melalui

permainan ini, manakala murid-murid yang tahu akan mengajar rakan mereka. Secara tidak

langsung terdapat bimbingan rakan sebaya dalam kalangan mereka.

ii Refleksi

CD DAM ini menambahkan lagi penguasaan murid terhadap rukun solat, batal solat dan batal

wuduk. Ia juga secara tidak langsung melahirkan murid yang celik IT.

4.4 Refleksi Kajian

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pos kepada murid-murid sasaran setelah tiga kali

latihan diberikan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos ini didapati murid-murid sasaran telah

menguasai kemahiran ini. Dapatan Ujian Pos ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah.

Jadual 3 : Jadual Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos

BIL NAMA MURID PRA (markah) POS (markah)

1 Mohd Ikhmal bin Ahmad 0 10

2 Hisyam bin Yusof 0 10

3 Mohd Mizam bin Abu 0 10

4 Nurul Isnani binti Rashid 0 10

5 Norhasanah binti Hasran 0 10

Jadual 3 menunjukkan perbandingan pencapaian murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos.

Ujian Pra menunjukkan mereka tidak dapat menjawab semua soalan. Melalui Ujian Pos, murid-

murid sasaran dapat menjawab kesemua 10 soalan dengan tepat.

28

Page 29: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

4.5 KESIMPULAN

Dalam pemerhatian perubahan tingkah laku murid, didapati murid menunjukkan minat

kerana mereka bukan sahaja dapat bermain, malah proses pembelajaran berjalan dengan baik. Ini

kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung kepada permainan menyebabkan

kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang minda murid-

murid yang lemah ini. Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar

sambil bermain. Selain daripada mendapat pengetahuan, murid-murid juga dapat berinteraksi dan

bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin permainan.

Kaedah ini dapat menarik minat murid-murid kerana ianya dapat mengelakkan seseorang

murid itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat

mereka laksanakan. Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan dari segi

pencapaian murid-murid dalam mengingat perkara-perkara membatalkan solat. Masa yang

diambil untuk memahami dan mengingati sesuatu perkara adalah lebih minima daripada belajar

secara biasa.

29

Page 30: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.0 PENGENALAN

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan

keberkesanan. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada murid-murid yang bermasalah dalam

mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran. Ia bukan setakat berbentuk permainan tetapi

perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak langsung ketika mereka bermain dalam kumpulan

masing-masing.

5.1 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian mendapati kaedah permainan Dam telah berjaya meningkatkan

pemahaman, pencapaian dan amalan murid terhadap perkara-perkara yang membatalkan solat

dan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Oleh kerana itu, kaedah ini wajar diperluaskan

penggunaannya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah bukan sahaja terbatas kepada topik yang

dikaji, tetapi juga topik-topik lain. Usaha ini mungkin dipandang kecil oleh sebilangan orang,

namun impaknya besar jika dilaksanakan dengan baik dan berterusan terutama terhadap

30

Page 31: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

golongan murid yang lemah dan bermasalah dalam memberikan tumpuan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

Sungguhpun begitu, kemungkinan terdapatnya kelemahan dalam kaedah ini tidak dapat

disangkal oleh sesiapapun. Kelemahan ini seharusnya dapat diatasi dengan cara mengadakan

penambahbaikan dari semasa ke semasa.

5.2 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan kaedah DAM ini yang digabungkan dengan kaedah-kaedah lain didapati

sangat berkesan. Pengkaji akan menggunakan kaedah ini kepada murid-murid lain pada tahun

hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Kaedah ini boleh diaplikasikan juga bagi tajuk-tajuk

lain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini berjaya mencapai objektifnya kerana

murid-murid kajian ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan

mereka dalam mengingati rukun solat seterusnya dapat membezakan perkara-perkara yang

membatalkan solat dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Dengan ini ianya dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim.

31

Page 32: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik ini bertujuan mendapat pandangan pelajar tentang kemahiran membezakan

antara perkara rukun dan perkara sunat dalam solat. Adalah diharapkan anda dapat memberi

kerjasama dengan menjawab soalan yang dikemukakan dengan jujur.

Sila tandakan ( / ) maklumat yang diperlukan dalam kotak yang disediakan.

BAHAGIAN A

1. Jantina;

Lelaki

Perempuan

2. Bilangan adik beradik;

Anak tunggal

2-4 orang

5-7 orang

3. Kaum;

Melayu

India

Lain-lain

4. Tempat tinggal;

Taman perumahan

Kampung

Kuarters

Lain-lain

32

Page 33: KAJIAN  TINDAKAN SEBENAR

33