wanita berjaya dan kufu dari perspektif islam

14
WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy PENDAHULUAN Kejayaan (al-Falah) adalah suatu tuntutan yang amat digalakkan dalam Islam. Tuntutan supaya masyarakat Islam berusaha untuk mencapai kejayaan, malah kecemerlangan umpamanya, terkandung dalam bacaan azan itu sendiri. Dalam usaha memperolehi kejayaan, Allah tidak menghadkannya kepada golongan, bangsa atau peringkat manusia tertent~. Ia adalah aspirasi dan visi utama kehidupan yang perlu di~sahakan oleh semua insan termasuklah kaum wanita. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, Islam telah menggariskan metode utama untuk mencapainya iaitu melahi penguasaan ilmu pengetahuan. Setiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu, khususnya ilmu yang dikategorikan oleh pemikir-pemikir Islam sebagai ilmu fardhu ain yang meliputi ilmu syariah, usuluddin dan akhlak (al-Ghazaliyy 1990: 23). penegasan kepada tuntutan ini terdapat dalam sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: jlMenuntLlt ilmu itu difardhukan ke atas setiap umat Islam, sama lelaki mahupun perempuan". (Hadis Hasan Riwayat Ibn Majah). Kejayaan juga hendaklah dipertingkatkan dengan penguasaan ilmu- ilmu yang berada dalam kategori ilmu fardhu kifayah iaitu yang bersifat P elengka~ kepada akidah, syariat dan akhlak serta bersifat kontem- porari. Ilmu yang dimaksudkan adalah seperti ilmu falsafah, psikologi, matematik, sains dan teknologi, ekonomi, politik, sains kemasyarakatan, teknologi maklumat dan sebagainya, yang semakin berkembang luas kbi. Metode utama inilah yang telah meletakkan wanita khususnya di Malaysia dalam kedudukan berjaya pada hari ini, sama ada bagi yang bekerjaya mahupun yang tidak.

Upload: phungnga

Post on 21-Dec-2016

267 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh: Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy

PENDAHULUAN Kejayaan (al-Falah) adalah suatu tuntutan yang amat digalakkan dalam Islam. Tuntutan supaya masyarakat Islam berusaha untuk mencapai kejayaan, malah kecemerlangan umpamanya, terkandung dalam bacaan azan itu sendiri. Dalam usaha memperolehi kejayaan, Allah tidak menghadkannya kepada golongan, bangsa atau peringkat manusia t e r t e n t ~ . Ia adalah aspirasi dan visi utama kehidupan yang perlu di~sahakan oleh semua insan termasuklah kaum wanita. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, Islam telah menggariskan metode utama untuk mencapainya iaitu melahi penguasaan ilmu pengetahuan. Setiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu, khususnya ilmu yang dikategorikan oleh pemikir-pemikir Islam sebagai ilmu fardhu ain yang meliputi ilmu syariah, usuluddin dan akhlak (al-Ghazaliyy 1990: 23).

penegasan kepada tuntutan ini terdapat dalam sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

jlMenuntLlt ilmu itu difardhukan ke atas setiap umat Islam, sama lelaki mahupun perempuan". (Hadis Hasan Riwayat Ibn

Majah). Kejayaan juga hendaklah dipertingkatkan dengan penguasaan ilmu-

ilmu yang berada dalam kategori ilmu fardhu kifayah iaitu yang bersifat

P e l engka~ kepada akidah, syariat dan akhlak serta bersifat kontem-

porari. Ilmu yang dimaksudkan adalah seperti ilmu falsafah, psikologi, matematik, sains dan teknologi, ekonomi, politik, sains kemasyarakatan, teknologi maklumat dan sebagainya, yang semakin berkembang luas kb i . Metode utama inilah yang telah meletakkan wanita khususnya di Malaysia dalam kedudukan berjaya pada hari ini, sama ada bagi yang bekerjaya mahupun yang tidak.

Page 2: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Kajian Syan'uh dun Undang-Undang - Siri 2 / 20051

Dengan pencapaian pendidikan atau kemahiran tertentu yang berasaskan pengetahuan serta pengalaman telah membuka pelbagai peluang kerjaya, termasuklah kepada kaum wdnita yang mendapat peluang samarata dalam sistem pendidikan dan ke rjaya di Malaysia. Dari sudut ke jaya, semakin ramai wanita Islam yang kini berminat dan berkemampuan untuk mengusahakan profesion mereka dari rumah (work from home). Hal ini yang juga kian menjadi trend wanita berjaya dewasa ini yang perlu dilihat sebagai suatu pencapaian.

Selain daripada itu, dengan adanya peluang pendidikan yang semakin meluas dalam pelbagai cara perolehan iaitu sama ada secara formal atau tidak formal seperti kelas-kelas agama dan lain-lain yang diadakan di masjid, surau, balai raya, atau yang diperolehi melalui media cetak dan elektronik telah meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan seterusnya peranan wanita terhadap dirinya dan keluarga masing- masing.

Kejayaan melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada diri dan keluarga perlu diingatkan sebagai kategori teratas dalam senarai wanita yang berjaya dalam Islam walaupun tidak berkerjaya, iaitu apabila seseorang individu itu berjaya melaksanakan perintah Allah sebagai wanita solehah dan berjaya dalam melaksanakan tanggung- jawab kepada rumahtangganya, kepada suami, anak-anak, ibubapa dan keluarga. Di sinilah letaknya kejayaan wanita yang hakiki di sisi suami menurut Islam.

Namun begitu, kejayaan wanita sama ada di luar rumah sebagai wanita berkerjaya mahupun di dalam rumahtangga sendiri bukan sekadar ditentukan oleh faktor ilmu pengetahuan dan kefahaman semata-mata. Malah juga oleh faktor sokongan, khasnya daripada suami, iaitu ekoran daripada keserasian (kufu) yang wujud dalam pelbagai aspek sesama mereka. Keserasian atau kesecocokan pasangan ini adalah antara faktor yang mendorong kejayaan dan kebahagiaan rumahtangga tersebut. Hal ini telah dibincangkan oleh para ulama di bawah perbahasan yang bertajuk 'kafa'ah' (kufu). Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan mengupas aspek kejayaan wanita menurut Islam dan sejauh manakah faktor kufu menjadi penentu kepada kejayaan tersebut, khususnya dalam suasana wanita beke rja di Malaysia.

Page 3: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dun Kufu Dan Perspektif Islam

WANITA BERJAYA DI SISI ISLAM Secara umumnya, kejayaan dilihat oleh Allah S.W.T dengan t h a p keimanan dan ketaqwaan seseorang individu. Firman-Nya:

~ a k s u d n y a , "Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu di sisi Allah S.W.T adalah orang yang lebih bertaqwaM. (al-Hujurat 49: 13).

Malah, dalam vat-ayat-Nya yang lain, Allah S.W.T turut rnenjanjikan kejayaan bagi orang-orang yang bertaqwa, antaranya dalam firman-Nya:

Maksudnya, "Dan Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang memelihara dirinya dari kejahatan) ke tempat kejayaan, mereka tidak ditimpa dengan keburukan dan mereka tidak menjadi orang yang berdukacita". (al-Zumar 39: 61).

Maksudnya, "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan rnematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya) nescaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesuIitan) d a n Dia (Allah) akan memberikan rezeki kepadanya dari

yang tiada diduga". (al-Talaq 65: 2-3). Namun begitu, persoalan keimanan dan ketaqwaan ini diperincikan

lagi dengan perlaksanaan kewajipan bagi setiap individu. Begitu juga bagi wanita, mereka dianggap berjaya apabila pertama, berjaya melaksanakan kewajipan kepada Allah S.W.T dengan sempurna dan ikhlas melalui khususnya ibadat-ibadat wajib seperti solat, zakat, puasa dan haji. Kedua, berjayanya wanita apabila ia berjaya melaksanakan kewajipannya dengan berkualiti kepada rumahtangga iaitu kepada ,Uami dan anak-anak. Ketiga, berjayanya wanita apabila ia dapat memberi sumbangan ke arah kebaikan masyarakat dan menghalang keburukan tanpa menjejaskan kualiti sumbangannya kepada institusi rumahtangga, iaitu antaranya melalui kerjaya yang diceburi.

Page 4: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Knjian Symiah dan Undang-Undang - Siri 2 1 20051

Kedudukan wanita berjaya ini telah dibincangkan dengan terperind antaranya dalam penulisan-penulisan terkini oleh ulama Islam seperti el-Sheikh Khalid Abdur Rahman (2001) dalam bukunya bertajuk Bina' al-Usrah al-Muslimah Fi Daw' al-Quran wa al-Sunnah, Muhammad ~ b d u l Qader Abu Faris (1999) dalam bukunya Huquq al-Mar1ah al-~adaniyyah Wa al-Siyasiyyah Fi al-Islam dan Hibah Rauf Izzah (1995) dalam al-Mar'ah Wa al-CAmal al-Siyasiyy ru'yatun Islamiyyah.

Pandangan-pandangan yang memperincikan kedudukan wanita berjaya menurut Islam ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat al- Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Antara firman-Nya ialah:

Maksudnya, "Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka ke rjakan". (al-Nahl 16: 97).

0 -4 r J'd r Sod

6 . 5 &+JG 00 4b -1 $) 0 C

p@l" &&,$j -3 +J -3 0 0 0

@*l~lji;?i:r3;'fiT&f Maksudnya, "Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang beriman, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki dan perempuan yang banyak berzikrullah, Allah S.W.T telah

Page 5: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dun Kufu Dari Perspektif Islam

rnenyediakan untuk mereka keampunan d m pahala ymg besarm. (a]-Ahzab 33: 35).

Martakala sabda Rasulullah S.A.W yang menerangkan kedudukan wanita yang solehah sebagai yang berjaya ialah antaranya yang bermaksud;

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang solehah". (Hadis Riwayat Muslim).

KEDUDUKAN WANITA BERJAYA DI SISI SUAMI bagi rnernperincikan kedudukan wanita yang berjaya di sisi suami rnenurut Islam, Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam beberapa buah hadis sebagaimana berikut:

l1Jika seseorang wanita itu melaksmakan solat lima waktu, puasa d i bulan Ramadhan, mentaati suami dan memelihara kehormatannya, maka katakan kepadanya: "Masuklah kamu dalam man&-maria pintu syurga yang kamu suka". (Hadis ~ i w a y a t Ahmad & al-Tabraniyy).

" ~ a h u k a h kalian jika ku beritahu tentang isteri-isteri yang tergolong sebagai penghuni syurga? Tentu, wahai Rasulullahl, jawab kami. Rasulullah S.A.W bersabda; iaitu wanita yang ramai anak (subur) dan sangat penyayang. Bila ia marah atau d i p r l a k u k a n tidak baik, atau suaminya memarahinya, ia berkata: Inilah tmganku memegang tanganmu. Sekejap pun aku tidak dapat tidur sampai engkau reda". (Hadis Riwayat al- ~abraniyy) . ciri-ciri wanita solehah dalam hadis-hadis di atas adalah gambaran

kejayaan wanita yang asas kepada Allah S.W.T dan suami, yang perlu ada kepada setiap wanita. Justeru, nilai solehah itu dibalas dengan ganjaran syurga, sudah tentulah ia menggambarkan kejayaan dan kecemerlangan. Malah kejayaan itu jugalah yang diingini oleh setiap yang bergelar suami, iaitu isteri yang berperanan sebagai isteri dan ibu dengan menjaga keharmonian rumahtangga melalui kepakaran utama

yang dimiliki secara semulajadi seperti mengurus makan dan pakaian suami, susunatur perabut atau dekorasi dan kebersihan rumah, kekemasan diri serta pendidikan anak-anak.

Page 6: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Kajian Syariah dan Undang-Undang - Siri 2 / 20051

Garnbaran bahawa kewajipan ini adalah sesuatu yang dekat dengan kebolehan wanita yang apabila dilakukan dengan baik untuk suatu tempoh masa yang lama akan melayakkannya menjadi pakar suri rumahtangga adalah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggung-jawab atas apa yang dipimpin, wanita adalah penguasa dalam rumahtangga suami dan anaknya dan ia bertanggungjawab ke atas mereka". (Hadis muttafaq calayh). Selain daripada berjaya melaksanakan kewajipan asas ini, wanita

kini juga ramai yang berjaya dalam pelbagai lapangan kerjaya yang mereka ceburi. Malah, kejayaan tersebut sama ada secara langsung atau tidak telah menjadi faktor penentu keharmonian rumahtangga iaitu faktor ekonomi dan sosial. Penguasaan ilmu, kemahiran dan pengalaman telah membuka ruang dan peluang Sara hidup kepada wanita. Dalam perkembangan dunia hari hi, penguasaan ini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang pelik atau negatif bagi kaum wanita sekiranya mereka tergolong di kalangan orang yang berjaya dan menyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan bukan yang membawa kepada lebih banyak keburukan.

Penguasaan kerjaya ini dari satu sudut mampu mewujudkan kebahagiaan rumahtangga apabila mereka mampu membantu meringankan beban tanggungan rumahtangga yang semakin meningkat setaraf dengan perkembangan semasa. Persoalan kewangan dalam rumahtangga untuk menyara keperluan asas yang bukan lagi tertumpu kepada makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja tetapi kesihatan, pengangkutan dan pendidikan telah menjadi ringan dan selesa dalam kebanyakan rumahtangga apabila bebanan ini dikongsi bersama oleh isteri yang beke rja. Hal ini adalah suatu realiti. Sehinggakan terdapat segelintir suami yang tidak bertanggungjawab telah berlepas tangan pula dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah apabila dilihat isteri mempunyai pendapatan yang mampu untuk menyara keluarga.

Dari aspek sosial pula memperlihatkan bagaimana wanita yang berjaya dalam kerjaya mampu menjadi teladan kepada anak-anak. ~ ~ ~ k - ~ n a k bukan sekadar melihat bapanya sebagai individu yang gigih ikhlas dan dedikasi kepada kerjaya dan rumahtangga, tetapi juga ibu

Page 7: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dun Kufu D a n Perspektif Islam

yang boleh dibanggakan, walaupun yang bekerja di rumah. hi dapat rnemberikan rangsangan dan motivasi diri untuk anak-anak menjejaki d m mencontohi kejayaan kedua ibubapa mereka.

Penguasaan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh si ibu dalam kerjaya yang diceburi akan dapat dikongsi bersama dengai anak-mak, bukan sekadar dari sudut hasilnya (pendapatan) tetapi proses ymg dilalui. Ini adalah pendidikan tambahan yang dapat disumbmgkm oleh wanita berkerjaya yang be jaya kepada anak-anak. Pengalaman dan pengetah~an yang mampu diperturunkan oleh ibu berjaya ini akan rnematangkan anak dan mewariskan kejayaan kepada mereka.

W a i n daripada itu, hubungan yang dijalinkan oleh ibu yang berkerjaya dengan rakan-rakan sekerja perlu dilihat sebagai sesuatu ~ a n g boleh memberi manfaat kepada pengurusan rumahtangga. Networking yang dibina secara sihat oleh wanita bekerjaya akan lebih membuka minda mereka untuk mempertingkatkan pendidikan anak- anak khasnya secara bijaksana dan efektif. Ramai wanita yang mengetahui tentang kaedah bijak belajar dan mengajar anak-anak rnelaluj rakan sekerja yang lebih berpengalaman. Ramai juga wanita yang matang dalam menangani kerenah anak-anak remaja, anak-anak bermasalah dan istimewa melalui networking yang ada. Hal ini adalah realiti yang berlaku hari-hari yang dialami oleh ramai wanita, walaupun tanpa data berasaskan penyelidikan untuk menyokongnya.

I ~ U yang berjaya juga akan lebih terdedah dan lebih memahami trend atau gaya hidup semasa masyarakat yang boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak mereka. Contohnya trend berpakaian dan pergauIan muda-mudi yang tidak sihat. Memahami keadaan ini dengan

akan membolehkan ibu memberi nasihat dan kawalan serta mengambil bentuk tindakan berhati-hati dalam mendidik anak-anak. lnilah kedudukan wanita berkerja yang berjaya dari kacarnata Islam, iaitu yang berjaya dengan kerjanya dan membawa masuk kejayaan itu ke &lam persekitaran rumahtangga.

Walau bagaimanapun, kesemua gambaran sihat dari sudut ekonomi dan ~os ia l ini tidak akan dapat direalisasikan dengan mudah jika tanpa sokongan dan dokongan dari rakan kongsi rumahtangga tersebut yang rnerupakan nakhodanya iaitu suami. Setelah memahami kedudukan wanita berjaya di sisi suami dalam Islam, maka aspek kedua terpenting

Page 8: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Isrnail [Kajian Syariah dan Undang-Undang - Siri 2 / 20051

adalah membincangkan antara faktor penentu kepada kejayaan tersebut iaitu faktor kufu.

KEPENTINGAN KUI;U DALAM RUMAHTANGGA DAN KEJAYMN WANITA Pada bahasa kufu bererti setaraf atau sepadan (Umar Abdullah 1963: 237). Perkataan ini antaranya terkandung dalam firman Allah S.W.T:

Maksudnya, "Dan tiada seorangpun yang setara dengan-Nya (Allah S.W.T)". (al-Ikhlas 112: 4).

Manakala Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Orang Islam adalah sama darah mereka". (Riwayat al- Tirmiziy y).

Kufu adalah istilah yang digunakan oleh ulama dalam bab perkahwinan iaitu bagi membawa erti kesepadanan atau kesecocokan antara suami dan isteri yang telah diterima secara majoriti oleh ulama sebagai pra syarat dalam pernikahan (Zaleha & Raihanah 2002: 61-62).

Mereka berpendapat jika kesecocokan antara kedua pasangan tidak wujud maka si isteri atau walinya berhak untuk menuntut fasakh selepas perkahwinan. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu (secocok) dengannya". (Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Kahwinilah kamu dengan orang-orang yang sekufu dan kahwinilah mereka". (Riwayat Muslim).

Dari sudut hukum syarak, ulama telah memberikan pelbagai aspek yang perlu dilihat dari sudut kufu bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia. Menurut Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie, persamaan suami dan isteri perlu dilihat dari aspek keturunan,

Page 9: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dun Kufu Dari Perspektif Islaw1

keagamaan, pekerjaan, fizikal (yang sempurna), keilmuan dan harta (al- Jaziriyy 1969: 54 & Ibn Qudamah t.th: 35).

panclangan majoriti ulama ini adalah berasaskan dalil-dalil al-Quran dan a l - ~ u n n a h dan kernaslahatan perkahwinan itu sendiri yang bertujuan untuk melahirkan kasih sayang dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. DaliI-dalil tersebut adalah sebagaimana berikut: . Kufu Agama

Firman Allah S.W.T:

~ a k s u d n y a , "Adakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang fasiq, mereka itu tidak sama". (al-Sajdah 32: 18).

Firman-Nya lagi:

~ a k s u d n y a , "Lelaki yang penzina tidak berkahwin kecuali dengan perempuan penzina". (al-Nur 24: 3). Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud:

" ~ a h w i n i l a h wanita itu kerana 4 perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama dan akan beroleh keberuntungan". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Jika datang kepadamu mereka yang kamu redai agamanya, rnaka nikahkanlah dia". (Riwayat al-Tirmiziyy).

sayyid Sabiq (1980: 24) menakalkan kata-kata Ibn Taymiyyah:

~ ~ e l a k i yang selalu melakukan dosa tidak sewajarnya dijadikan suami". Daripada dalil-dalil dan kenyataan, jelas bahawa yang mampu

menjamin kebahagiaan dan kesecocokan antara pasangan bukan sekadar seagarna, tetapi pegangan dan kefahamannya tentang agama Islam itu sangat ~ent ing . Hasil penyelidikan tentang punca perceraian di Wilayah pe,sekutuan dan Kelantan juga menyebut antaranya ialah kefahaman

Page 10: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Kajian Syarinh dan Undang-Undang - Siri 2 / 20051

agama yang rendah. Hal ini dapat dirumuskan melalui hasil kajian yang ditulis oleh Shamsiah Mustaffa tentang "Perceraian di Kalangan Orang Kaya dan Kenamaan di Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan" yang merujuk kepada 3 kes utama; iaitu dari fail mahkamah no.708191, no.953194 dan no.128195. Selain hasil yang diperolehi melalui temubual yang dilakukan bersama hakirn dan pendakwa Mahkamah serta pakar- pakar kaunseling (Shamsiah 1996: 55-65).

Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Saudah Abdullah (20011 2002) tentang "Faktor Perceraian Umat Islam Masa Kini: Kajian di Kubang Krian, Kelantan", pula mendapati bahawa punca perceraian yang disebabkan oleh sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab agama. Dalam tempoh antara Febuari hingga Disember 1999 tercatat sejumlah 6 kes iaitu sebanyak 4.8%. Manakala yang berpunca daripada tidak memberi nafkah zahir dan batin pula adalah sejumlah 9 kes iaitu sebanyak 7.3%. Manakala yang disebabkan oleh faktor kaki judi dan penagih dadah adalah sejumlah 5 kes iaitu sebanyak 4.1%.

Puma-punca yang sama juga berlaku di mana-mana negeri di Malaysia yang membawa kepada pembubaran perkahwinan. Di sinilah, Pencarian dan usaha untuk mewujudkan kesecocokan melalui konsep hfa'd (kufu) ini dianjurkan oleh para ulama.

Kufu ilmu Firman Allah S.W.T:

Maksudnya, "Allah telah mengangkat da jat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa da rjat". (al-Mujadalah 58: 11).

Ayat di atas menunjukkan kedudukan orang yang berilmu adalah lebih baik dari yang tidak berilmu. Daiarn aspek perkahwinan perbezaan kedudukan ini boleh mendorong perselisihan faham dan percanggahan ide dan gaya berfikir, seterusnya gaya hidup yang boleh menggoncangkan kehidupan rumahtangga. Perbeiaan cara berfikir disebabkan antaranya faktor ilmu ini juga telah dikenalpasti sebagai faktor perceraian dalam kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas.

Page 11: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dan Kufu Dan Perspektif Islam

. Kufu Pekerjaan Firman Allah S.W.T:

~ a k s u d n y a , "Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari ~ebahagian yang lain dalam ha1 rezeki". (al-Nahl 16: 71).

~ a l i l ini telah dijadikan asas pemikiran sebahagian ulama khasnya Imam Syafie, Hanafi dan I3anbali untuk melihat faktor peke rjaan sebagai antara aspek yang boleh mewujudkan kufu antara suami dan isterj (al- ~ ~ ~ ~ w i y y t.th: 185). . ~ u f u Kekayaan Dalam meletakkan kekayaan sebagai salah satu aspek penentuan kufu, hanya rnazhab Syafie dan Abu Hanifah yang mengambilkira. Sedangkan ulama yang lain lebih cenderung untuk tidak menganggapnya sebagai faktor kufu dengan alasan harts itu boleh ditambah dan boleh pula berkurangan (dalam tempoh perkahwinan) (al-Kasaniyy t.th: 319).

selain daripada as@-aspek di atas, aspek-aspek lain yang juga rnenjadi perbincangan ulama ialah aspek umur, hubungan kekeluargaan (dari nasab yang dekat) dan gaya hidup. Ini menunjukkan bahawa pencapaian isteri, malah kehidupannya sendiri amat dipengaruhi oleh faktor kesecocokan ini atau kufu. Kenyataan ini bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam penerimaan ramai hari ini, malah sosiologis garat, Ira Reiss mengatakan bahawa antara peringkat-peringkat yang rnernpengar~hi cinta seseorang ialah apabila wujudnya penggantungan

satu sama lain (mutual dqendency) dan apabila keinginan diri dipenuhi ( p e ~ n a l i @ / needfulfllment) (Richard 1995: 169-170).

Apa yang beliau maksudkan sebagai "mutual dependency" ialah: ##Where the two individuals become interdependent. They are a union, a couple. One tells a joke, the other listens and laughs. They share rewarding activities and experiences". ~ ~ a k a l a yang dimaksudkan "personality need fulfillment" ialah:

he need to love and to be loved, the need to someone to confide in, the need for understanding and support, the need to feel ~orthwhile are fulfilled through the relationship" (Richard 1995:

170).

Page 12: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Kajian Symiah dun Undang-Undang - Siri 2 / 20051

Apa yang digambarkan di atas adalah hasrat yang terkandung dalam perbincangan kufu yang selaras dengan tuntutan perkahwinan dalam Islam iaitu untuk mewujudkan kasih sayang dan ketenteraman. Wanita bagi lelaki dan lelaki bagi wanita diibaratkan seperti pakaian yang saling memerlukan, mengukuhkan, menyokong dan memberi kasih sayang antara satu dengan yang lain. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 187.

Walaupun begitu, terdapat segelintir ulama yang tidak bersetuju untuk menjadikan kufu ini sebagai pra syarat yang perlu diambilkira dalam perkahwinan, Antara mereka yang berpendapat sebegini ialah Sufyan al-Thawriyy, Hassan al-Basriyy dan Ibn Hazm (Ibn Hazm t.th: 214 & Ibn Qudamah t.th: 372). Pandangan ini adalah berasaskan kepada pandangan bahawa semua umat Islam adalah setaraf dan bersaudara. Ketinggian mereka dari yang lain itu ditentukan oleh Allah berasaskm ketaqwaan dengan merujuk dalil daripada firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hujurat ayat 13. Selain itu, Rasulullah S.A.W dalam sabdanya Yang bermaksud: "Tiada kelebihan antara orang Arab dun Ajam (bukan Arab) kecuali dengan ketaqwaan" telah dijadikan asas bagi mengukuhkan pandangan mereka bahawa kufu tidak perlu dalam perkahwinan.

Asas pemilihan suami dan isteri berasaskan kufu yang dibahaskan oleh ulama bukan menjurus kepada memandang seseorang sebagai lebih tinggi atau rendah atau lebih baik atau kurang baik dari yang lain, tetapi tujuannya adalah untuk menambah eratkan la@ kasih sayang dan persefahaman melalui kufu dan mengelakkan pelbagai bentuk perselisihan dan persengketaan dalam perkahwinan.

Dalam fenomena hari ini, ramai wanita kian mengorak langkah ke hadapan untuk terus berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Untuk itu, persoalan kufu bukan lagi menjadi faktor penentu kebahagiaan sebelum berumahtangga tetapi merupakan faktor kejayaan wanita, setemsnya keharmonian rumahtangga selepas berumahtangga. Bahkan, ia amat penting dalam usia yang semakin meningkat apabila kerjaya biasanya berada di puncak kejayaan. Hanya suami yang memahami kerjaya isterinya dapat memberikan sokongan moral dan dokongan dalam pelbagai aspek. Keserasian perasaan dan kefahaman yang mendalam antara suami isteri adalah antara faktor yang mernbolehkan wanita terus be rjaya.

Page 13: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Wanita Berjaya dun Kufu Dan' Perspektv Llam

KESIMPULAN Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mewujudkan keserasian ini bagi wanita berjaya ialah:

1. ~aksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan berkualiti.

2. Bijak melontarkan idea dan emosi dalam hubungan dengan suami bagi mengelakkan ego dalam rumahtangga.

3. Tidak memandang rendah kepada suami (khususnya jika isteri lebih berjaya dalam kerjaya), sebaliknya hendaklah sentiasa memberi pandangan yang positif, dan mampu meningkatkan self- esteem.

4. Urusan dan perbelanjaan rumahtangga dilaksanakan secara kolektif.

5. Ikhlas dan sabar dijadikan etika dalam segala urusan. ~ a l a m ha1 ini, kufu juga perlu menjadi suatu elemen yang

diusahakan secara bersama antara suami dan isteri. Bagi rnereali~asika~ hal ini ia banyak bergantung kepada faktor kefahaman agama, ilmu dan

P ,rnikiran; selain personaliti atau akhlak yang baik seperti sifat suka rnembantu atau ringan tulang, sanggup berkorban, hormat menghormati, ambil tahu dan ambil berat, penyabar dan pemaaf. sekiranya sifat-sifat ini dapat disuburkan dalam perkahwinan, segala

Y ang berat akan menjadi ringan, fikiran yang kusut akan dapat ditenteramkan, masalah dapat dileraikan bersama dan kejayaan isteri akan menjadi milik bersama dan tiada ahli keluarga yang menjadi rnangsa korban persengketaan suami isteri khususnya anak-anak. Di sinilah faktor kufu amat penting untuk menentukan kejayaan wanita di

sisi suarninya.

Page 14: WANITA BERJAYA DAN KUFU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Sharifah Hayaati Syed Ismail [Kajian Syariah dan Undang-Undnng - Siri 2 / 20051

BIBLIOGRAFI

al-Jaziri, Abdul Rahman. 1969. Kitab al-Fiqh 'Ah al-Mazahib al-Arbdah. Jil. 4. Beirut: Dar IhyaJ al-Turath al-'Arabiyy.

Abdul Rahman Taj. 1952. al-Sharicah al-Islamiyyah Fi al-Ahwal al-Shakhsiyyah. Mesir: Dar al-Kitab al-chabiyy.

Abu Muhammad Ali bin Ahmad Said bin Hazm. t.th. al-Muhalla. Jil. 10. Beirut: Maktabah al-Tijari Li al-Tibacat Wa al-Nashr wa al-Tawzic.

Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. t.th. d-Mughni wa al-Syarh al-Kabir. Jil. 7. Dar al-Kitab al-'Arabiyy.

Muhammad bin Ali al-Shawkani. t.th. Nay1 al-Awtar. Jil. 6. ~ a k t a b a h al-Babiyy al-Halabiyy.

Muhammad bin Hamid al-Ghazzaliyy. 1990. Ihyal 'Ulurn al-Din. Jil. 1. Beirut: Dar al-Khayr.

Mdmmmad Abdul Qader Abu Faris. 1999. Huquq al-Mar'ah al-Madaniyah Wa al-siyasiyyah Fi al-Islam. Jordan: Dar al-Furqan.

Richard J. Gelles. 1995. Contemporary FamiliesI A Sosiobgid View. London: Sage Publications.

Sayyid Sabiq, 1980. Fiqh Sunnah. Jil, 7. Dar al-Kitab al-'Arabiyy Wa al-Nashr Wa al-Tawzic.

Sheikh Khaled Abdul Rahrnan. 2001. Bina' al-Usrah al-Muslimah Fi Daw' al-@ran wa-al-Sunnah. Beirut: Dar al-MaCrifah.

Shamsiah binti Mustaffa. 1996. Perceraian Di Kalangan Orang Kaya Dan Kenamaan di Mahkamah Syariah: Kajian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Muda, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Saudah Abdullah. 200112002. Faktor Perceraian Umat Islam Masa Kini: Kajian di Kubang Kerian, Kelantan. Tesis Sarjana Muda. Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Umar Abdullah. 1963. Ahkam al-Syaricah al-Islamiyyah Fi al-~tlhwal al-Shakhsiyyah. Dar al-Macarif.

Yahya bin Sharaf al-Nawawiyy. t.th. al-Majmuc Sharh al-~uhadhdhab. Jil. 16. t.p.

Yahya bin Sharaf al-Nawawiyy. t.th. Rawdah al-Talibin. Jil. 7. al- Maktabah al-Islamiyyah.

Zaleha Kamaruddin 8r Raihanah Abdullah. 2002. Kamus ~stilah Undang- undang Kelumga Z s h . Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.