wanita dalam islam

25
WANITA DALAM ISLAM

Upload: nor-syahirah-norizan

Post on 14-Jul-2015

408 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

WANITA DALAM ISLAM

WANITA…

“Berlaku baiklah terhadap kaum wanitalantaran mereka diciptakan dari tulangrusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas jika kamu cuba untukmeluruskanya kamu akan mematahkanyadan jika kamu membiarkanya ia akantetap bengkok maka berlaku baiklahterhadap mereka...” - Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim.

WANITA: SEBELUM & SELEPAS

Terdapat banyak perbezaan yang ketaraantara kehidupan wanita sebelum dan selepas

kedatangan Islam

SEBELUM…

Kaum wanita telah hilang identitinya begitujuga dengan peranan dalam masyarakat

Taraf wanita pada masa itu paling rendah

Lelaki bukan sahaja menggunakan merekasebagai alat memuaskan nafsu tetapi jugadijual menjadi pelacur untuk mencarikeuntungan.

SELEPAS…

Wanita sangat dimuliakan dalam Islam

Wanita dikurniakan dengan pelbgaikeistimewaan dan dijanjikan denganpelbagai ganjaran

Wanita mendapat pelbagai keistimewaansebagai seorang anak perempuan, isteridan ibu

PERANAN WANITA ZAMAN RASULULLAH S.A.W Mereka yang memelihara Rasulullah s.a.w:

i. Aminah (ibu baginda)

ii. Halima As-Sa´diyah (ibu susuan)

iii. Ummu Aiman r.a. dari Habsyah- (`hadina´ / pengasuh)

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bahawa diaadalah ibuku sesudah ibuku sendiri.´

Siti Khadijah binti Khuwailid-wanita pertama yang beriman danmembantu Baginda s.a.w

Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lain, dari UmmahaatulMukminiin (ibu daripada kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi s.a.w, danisteri-isteri para sahabat Rasulullah s.a.w.

KELEBIHAN WANITA DALAM ISLAM…

Wanita sangat dimuliakan dalam Islam

Wanita mendapat pelbagai kemuliaan danganjaran sebagai seorang anak, isteri dan

ibu

ANAK PEREMPUAN

Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanandari pasar ke rumah lalu diberikan kepadakeluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuandaripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.

Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diujidengan sesuatu daripada anak-anak perempuanlalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada apineraka."

ISTERI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepadasuaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu nerakadan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang diakehendaki dengan tidak dihisab.

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memeliharakehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga manasahaja yang dikehendaki.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal duniasedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".

IBU

Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? JawabRasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadaplelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifatpenyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanyakepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Bagindas.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

KEWAJIPAN SEORANG ISTERI

Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.

Tidak khianat terhadap suaminya ketikaketiadaannya termasuk juga hartanya.

Menunaikan hajat suami apabila diajak olehsuaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah(Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)

Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.

TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI

TAAT

- Tanggungjawab utama seorang isteri: taat dan patuhkepada suaminya.

- Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakanterlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnyasendiri.

- Sabda Rasulullah s.a.w:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akanmenyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

- Isteri hendaklah mematuhi perintah sisuami yang tidak bertentangan denganajaran Islam. Andaikan suamimenyuruhnya melakukan dosa maka isteridibenarkan membantah.

- Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkaraberdurhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

- Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Olehsebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.

- Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah danhari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

- Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkankerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayani kemahuansuami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalahsangat penting.

MELAYANI SUAMI

- Isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik.

- Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Olehsebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendaksuaminya.

- Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia engganmelayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktumalam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

- Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteriperlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

- Isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlakterutamanya apabila keluar dari rumah.

- Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebabtertentu (bekerja, berkunjung sanak saudara ataukeluar), pakaian yang dipakai hendaklah menutupaurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan carayang tidak menarik perhatian serta berkelakuanbaik.

- Si isteri perlu menundukkan pandangan sertamenjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkinakan berlaku.

- Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakperempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruhtubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebihmudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang."

(Al-Ahzab: 59)

- Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklahdirahsiakan untuk mengelakkan perasaan aib timbulyang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentuperbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana iaboleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

LARANGAN BUAT ISTERI…

Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapansuaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapatmembuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohonkerelaannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkatakepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu samasekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.“

Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripadasuaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlahbau syurga ke atasnya.“

Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat kepadaseorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

PERINGATAN BUAT ISTERI

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di nerakaialah

Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiadadi rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya iamengherdiknya.

Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luarkemampuan si suami.

Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah s.w.t danenggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifatbegini akan dilaknati Allah s.w.t kecuali bertaubat).

Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluarrumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakankecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).

JODOH WANITA

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

- Rasullullah SAW bersabda: "Tiada si bujang di dalam syurga" – (HR Muslim).

- Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

- akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

- akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuksyurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

- akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminyamasuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

- akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranyasuaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

- akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kiraberapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

o Rasullullah SAW bersabda:"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

RUJUKAN

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=we&cd=1&ved=0CFQQFjAA&url=http%3A%2F%2Ffida-faisal.org%2Fartikel%2FTANGGUNGJAWAB%2520ISTERI.doc&ei=T2DuT6yaKYPprAfGkOi9DQ&usg=AFQjCNG8Pxg32CsaHUJk-imrED6RHTsjhQ&sig

http://hewikuin.blogspot.com/2011/01/19-hadis-tentang-kelebihan-wanita.html

http://keruak.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1591:peranan-wanita-islam&catid=41:pengarang

Roziyah Mahamad (2012). http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/4492-semoga-kita-berbahagia-hingga-ke-akhir-hayat.html

SMAHADZIR (2012). http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=138

http://wacana-muslimah.blogspot.com/2010/03/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami.html

DISEDIAKAN OLEH:

NOR SYAHIRAH BINTI NORIZAN

HKR111D

2011828104

LG220

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ JOHARI BUDIN