· web viewsepanjang saya mengajar tahun 1 budi di sk seri pinang sungai petani,saya telah...

11
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan negara kita. Bahasa ini menggunakan sistem ejaan dalam penulisan sejak kedatangan pengaruh barat Tulisan ialah lambang- lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan ialah terjemahan simbol- simbol bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan bunyi- bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak- kanak. Kanak- kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak- kanak ini akan mampu menyusun ayat- ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak- kanak belajar menulis ialah untuk meluaskan pengetahuan dalam kosa kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Di samping itu, ia juga membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang

Upload: hathien

Post on 17-Mar-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan negara kita. Bahasa ini menggunakan

sistem ejaan dalam penulisan sejak kedatangan pengaruh barat Tulisan ialah lambang-

lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi melahirkan

perasaan, fikiran dan idea. Tulisan ialah terjemahan simbol- simbol bahasa dalam

bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis

pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan

melahirkan bunyi- bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan

tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak- kanak. Kanak- kanak perlu

didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak- kanak ini akan

mampu menyusun ayat- ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu,

tujuan kanak- kanak belajar menulis ialah untuk meluaskan pengetahuan dalam kosa

kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Di samping itu, ia juga membolehkan mereka

mengeja perkataan dengan lebih pantas dan membolehkan mereka melahirkan fikiran

dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan yang lebih teratur dan kemas di

atas garisan. Bagi membentuk tulisan yang kemas, murid-murid haruslah mahir dalam

membentuk huruf. Huruf atau aksara rumi ini juga disebut sebagai huruf latin. Aksara

latin merupakan sistem tulisan yang paling meluas digunakan di dunia pada hari ini.

Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam seperti tulisan yang bengkang bengkok

dan tidak berada di atas garisan akan menyukarkan guru menyemak tugasan. Selain

itu, murid tersebut juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan

tersebut. Oleh demikian, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu

murid- murid dalam kelas 1 Budi menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti

Page 2: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah ini. Masalah

tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN YANG LALU

Sepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya

telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam

pembelajaran Bahasa Malaysia. Berdasarkan pemerhatian awal saya, saya mendapati

terdapat beberapa orang murid di kelas tersebut tidak menguasai kemahiran menulis

dengan baik.. Masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid ini telah

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan

sempurna. Walaupun kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan

menulis dengan kemas dan teratur, namun disebabkan oleh jumlah murid yang agak

ramai di dalam kelas 1 Budi iaitu seramai 37 orang , menyebabkan saya tidak dapat

memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap pelajar. Oleh kerana bilangan murid

yang ramai dan ingin mengikut silibus yang telah ditetapkan, saya mengajar murid-

murid dengan menyuruh mereka membaca petikan dan menyalin semula petikan atau

ayat-ayat pendek yang ditulis di papan hitam. Semasa menyemak latihan penulisan

mereka, saya dapati terdapat dua orang murid yang masih tidak dapat menulis dengan

kemas. Selepas mendapati tulisan murid yang tidak teratur dan bengkang bengkok,

Saya telah membuat latihan penulisan ejaan sebagai aktiviti pemulihan kepada murid-

murid tersebut. Namun begitu, tulisan dalam bentuk ayat pendek masih tidak kemas

dan bengkang-bengkok. Selain itu, sikap saya yang terlalu mengejar silibus

menyebabkan saya tidak mengambil berat terhadap tulisan mereka ,tambahan pula

saya dikehendaki mengajar dengan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah ( KSSR ),saya mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri

Page 3: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

dengan kurikulum baharu ini, Dalam KSSR juga, kemahiran menulis diajarkan khusus

untuk satu proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) dan berbeza sama sekali

dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) yang membenarkan

seseorang guru itu memilih sama ada ingin menggunakan kemahiran tersebut dalam

PdP ataupun tidak.

Sebagai guru yang diamanahkan untuk mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu Budi,

saya bertanggungjawab untuk memastikan murid- murid saya dapat menulis dengan

baik, kemas dan teratur sama ada dalam bentuk huruf, ejaan dan ayat pendek. Di sini

saya memfokuskan masalah dua orang murid daripada kelas Satu Budi iaitu tulisan

cakar ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang- bengkok, tidak menulis mengikut

garisan yang terdapat pada buku latihan, dan saiz antara perkataan yang tidak sama.

Saya sering menghadapi kesulitan ketika memeriksa buku latihan mereka. Oleh

demikian, saya telah mengenal pasti punca yang menyebabkan mereka tidak dapat

menulis dengan elok dan kemas.

Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini

ialah cara memegang pensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten,

ruang antara perkataan yang tidak tepat dan kesukaran menulis perkataan dengan

betul. Situasi ini berlaku disebabkan murid tidak didedahkan dengan teknik- teknik

atau strategi penulisan yang betul sejak pra sekolah lagi. Cara memegang pensel

mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Saya mendapati murid ini tidak

memegang pensel dengan cara yang betul. Ini antara faktor bentuk tulisan yang

dihasilkan tidak elok dan kemas.

Justeru, saya terfikir bagaimanakah caranya untuk saya membantu murid-murid ini

agar dapat menulis dengan teratur dan kemas. Berdasarkan kajian yang dijalankan

Page 4: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

oleh Norizan binti Esa (2005) yang bertajuk “Kemahiran menulis secara kaedah ansur

maju” menunjukkan bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-

kanak menggunakan kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis

dengan lebih kemas, teratur serta kurang melakukan kesilapan. Kajian ini dijalankan

berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey dan

Pressey (1926).

1.3 PENGUMPULAN DATA AWAL

a) Kaedah Temu bual

Berdasarkan temu bual dengan salah seorang guru yang mengajar di kelas berkenaan,

murid-murid tersebut menghadapi masalah yang sama iaitu tulisan yang tidak tidak

kemas, bengkang-bengkok, dan tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada

buku latihan dan saiz perkataan yang tidak sama.

b) Kaedah pemerhatian

Kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian dilakukan bagi melihat tahap

perkembangan murid. Tinjauan juga sering dilakukan kepada murid yang dikesan

mengalami masalah dalam kemahiran menulis dan memerlukan bimbingan.

c) Semakan Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid disemak oleh guru setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran

selesai dijalankan. Saya memilih hasil kerja murid yang belum dapat menguasai

kemahiran menulis dengan baik. Hasil kerja murid dipantau dan disemak dari semasa

ke semasa untuk mendapat kesahan darinya. Hasil kerja murid merupakan bukti yang

jelas kepada tahap perkembangan kemahiran menulisnya

Page 5: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

2.0 FOKUS KAJIAN

Saya telah memilih untuk memfokuskan kajian ini kepada masalah tulisan yang tidak

kemas dan teruk seperti cakar ayam iaitu tulisan yang bengkang bengkok dan tidak

berada di atas garisan dan saiz huruf yang tidak sama besar. Ia bermula apabila

membuat ujian awal ketika awal tahun persekolahan. Hasil dapatan ujian tersebut

mendapati bahawa murid- murid ini dapat membaca dengan baik tetapi bermasalah

dengan tulisan. Tulisan yang tidak kemas ini juga kmenyukarkan guru- guru mata

pelajaran menyemak hasil kerja murid- murid ini.

2.1 Huraian Fokus Kajian

Setelah mengesan masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya telah

memfokuskan kajian ini kepada tulisan yang bengkang bengkok dan tidak berada di

atas garisan serta tidak kemas dan saiz huruf yang tidak sama besar. Kesilapan yang

sering dilakukan oleh murid ialah teknik memegang pensel secara menggenggam

menyebabkan murid merasa sakit pada jarinya. Selain itu, mereka juga mengalami

Page 6: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

kesukaran untuk menggerakkan jari bagi membentuk huruf yang dikehendaki. Levine

(1987) menegaskan bahawa cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman

yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin ( lancar ).

Jika situasi ini berlaku, tulisan yang dihasilkan tidak cantik.

Di samping itu, saya dapat mengenal pasti kelemahan murid menulis dengan

mencampur- adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam tulisan. Ini menyebabkan

tulisan mereka kelihatan agak berserabut dan tidak tersusun. Apabila disoal, mereka

hanya mengetahui satu jenis huruf sahaja sama ada huruf kecil atau huruf besar

sahaja.

Dengan membantu murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan baik, saya

yakin murid dapat menulis dengan kemas dan teratur di atas garisan. Hal ini

diharapkan dengan kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan kemahiran menulis

murid agar lebih kemas dan teratur dalam lembaran kerja atau dalam penulisan akan

datang.

2.1.1 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

2.1.1.1 Kebolehtadbiran

Murid perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran menulis dengan cara yang

betul dan tepat mengikut kaedah-kaedah pengajaran kemahiran menulis.Kajian ini

dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang dirancang dengan memberi

perhatian dan penekanan pada setiap langkah pengajaran dan pembelajaran bagi

membentuk tulisan yang kemas.

2.1.1.2 Kepentingan

Kajian ini adalah penting bagi membantu murid mempelajari kemahiran menulis

secara beransur- ansur dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada

langkah yang lebih sukar sehungga mereka menguasai kemahiran menulis.

Page 7: · Web viewSepanjang saya mengajar Tahun 1 Budi di SK Seri Pinang Sungai Petani,saya telah melakukan pemerhatian terhadap masalah murid-murid terutama dalam pembelajaran Bahasa Malaysia

2.1.1.3 Kebolehgunaan

Hasil kajian dapat membantu guru memeriksa hasil kerja murid dengan mudah

dan lancar. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca ialah aset yang sangat berharga

dalam kehidupan seseorang. Menulis mengikut peraturan yang ditetapkan dapat

mendisiplinkan murid dan seterusnya melahirkan generasi murid yang mempunyai

tulisan yang cantik sekata dan seragam.

2.1.1.4 Kawalan

Skop kajian adalah kecil. Murid dikehendaki melakukan aktiviti menulis secara

ansur maju mengikut kemahiran murid. Murid berada di bawah kawalan guru untuk

melakukan aktiviti- aktiviti berkaitan kemahiran menulis.

2.1.1.5 Kolaboratif

Usaha kolaboratif dijalankan bersama-sama dengan guru kelas dan guru mata

pelajaran yang lain bagi mendapatkan maklumat mengenai murid yang menjadi bahan

kajian. Selain itu, sesi intervensi juga dijalankan untuk mata pelajaran lain seperti

Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat

berkaitan pemerhatian tingkah laku dan cara penulisan murid.

2.1.1.6 Kerelevanan kepada sekolah

Saya merasakan bahawa kebolehan menulis dengan tulisan yang kemas adalah

salah satu keperluan akademik di sekolah. Kebolehan menulis diperlukan untuk

semua mata pelajaran di sekolah. Dengan kaedah penulisan yang betul dan terancang,

murid dapat menjalani pembelajaran dengan lebih berkesan pada masa akan datang

disamping dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid khasnya bagi mata

pelajaran yang mementingkan kemahiran penulisan.