usul fiqh, nasakh

7

Click here to load reader

Upload: jimoh370

Post on 12-Jul-2015

2.886 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usul fiqh, nasakh

USUL FIQH.

NASAKH.

PENGERTIAN. DARI SEGI BAHASA :

Nasakh berasal daripada perkataan al-Naskh yang membawa maksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Nasakh juga bererti penghapusan.

Nasakh bermaksud berpindah dari suatu tempat. DARI SEGI ISTILAH :

Terhentinya sesuatu hukum syarak dengana ada dalil syarak lain yang membatalkannya atau wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yang terdapat dalam wahyu terdahulu.

Nas yang menghapus hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumnya dengan dalil syarak atau nas yang baru. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksud ayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yang dihapuskan hukumnya.

Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengan sebab ada perubahan hukum daripada nas lain. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 234 : “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu enahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari..”

Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contoh nasakh yang berlaku terhadap syariat Nabi Musa : Di mana umatnya dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi pekerjaan tersebut diharuskan kepada umat Muhammad.

Dalam kitab Taurat ada menyatakan, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengan anak perempuan, tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang ia tidak boleh.

Selain itu juga Allah enegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkan semua agama sebelumnya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 85 : “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya.

DALIL BERLAKU NASAKH.

Page 2: Usul fiqh, nasakh

DALIL AL – QURAN : HADITH RASULULLAH :

SYARAT – SYARAT NASAKH.

Hukum yang dinasakhkan itu adalah hukum syarak yang bukan ditetapkan atau bukan telah diwajibkan kerana zatnya.

Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yang dinasikhkan atau al-Mansukh.

Hukum yang dinasakhkan adalah sabit dengan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan untuk selama-lamanya.

Cara nasakh mestilah berdasarkan syarak dan dengan hukum syarak.

Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.

Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.

Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.

Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan dari sudut kekuatan sabit dan dilalahnya.

Menurut pendapat imam Syafi’e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama dari segi jenis.

Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan di samping menasakhkan hukum sebelumnya.

CARA MENGETAHUI NASAKH.

Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui salah satu daripada cara berikut :

1. Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh.

2. Salah satu daripada dua nas nasikh dan mansukh itu terbukti datangnya terkemudian di antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat leh Nabi.

3. Penegasan melalui ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas nasikh dan mansukh itu memang datang kemudian di antara satu sama lain.

4. Melalui perbuatan dan amalan nabi.

BAHAGIAN – BAHAGIAN NASAKH.

Page 3: Usul fiqh, nasakh

Terbahagi kepada EMPAT bahagian : 1. Nasakh secara terang atau soreh. 2. Nasakh secara kandungan atau dhimmi. 3. Nasakh keseluruhan atau kulli. 4. Nasakh sebahagian atau juz’i.

NASAKH SECARA TERANG ATAU SOREH. Syarak menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syariat kemudian membatalkan atau menasakhkan syariat terdahulu. NASAKH SECARA KANDUNGAN ATAU DHIMMI. Syarak mensyariatkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu sehingga tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut melainkan dengan dibatalkan salah satu daripadanya. Hukum yang terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu walaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkan hukum terdahulu. NASAKH KESELURUHAN ATAU KULLI. Syarak membatalkan keseluruhan hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf. NASAKH SEBAHAGIAN ATAU JUZ’I. Syarak telah mensyariatkan hukum secara umum yang merangkumi setiap mukallaf, kemudiannya syarak telah membatalkan hukum itu untuk atau terhadap sebahagian mukallaf sahaja.

CARA – CARA BERLAKU NASAKH. Terbahagi kepada DUA bahagian :

1. Nasakh Ada Ganti. 2. Nasakh Tiada Ganti.

NASAKH ADA GANTI.

Dengan menasakhkan hukum terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baru. Cara nasakh ini dapat dipecahkan kepada TIGA bahagian :

1. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan. 2. Ganti hukum lebih ringan daripada yang dinasakhkan. 3. Ganti hukum lebih berat daripada yang dinasakhkan.

GANTI HUKUM SAMA DENGAN YANG DINASAKHKAN. Berlaku sebagaimana contohnya : dinasakhkan hukum menghadap kiblat ke Baitul-Muqaddisdan digantikan dengan mengadap kiblat ke Baitullah (Kaabah) ketika sembahyang. Sebagimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 :

Page 4: Usul fiqh, nasakh

“Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.” GANTI HUKUM LEBIH RINGAN DARIPADA YANG DINASAKHKAN. Hukum awal dan dahulu ada dalam nas al-Quran. Contohnya, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 65 : “Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.” Daripada dalil tersebut Allah mewajibkan orang islam emlawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh 200 orang. ……………………………………………………………………………………………. GANTI HUKUM LEBIH BERAT DARIPADA YANG DINASAKHKAN. Berlaku sebagaimana firman Allah tentang hukumpengharaman arak. Iaitu konsep pengharaman arak yang diturunkan dalam tiga peringkat :

1. Peringkat pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudah dunyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya.

2. Peringkat kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak mengerjakan sembahyang. Hal itu kerana ada sahabat yang menunaikan sembahyang dalam keadaan mabuk, menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap.

3. Peringkat ketiga : Arak diharamkan terus.

NASAKH TIADA GANTI.

Ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi hukumnya dan tidak ada apa-apa gantian dengan hukum baru. Contohnya sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap rasulullah (mengenai sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu memulakan pengadapan itu.” Dalam ayat ini Allah mmenyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemui Rasulullah perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut hukumnya dimansukhkan melalui ayat berikutnya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Majadalah, ayat 13 : “Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi sedekah sebelum memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu)..”

Page 5: Usul fiqh, nasakh

Dalam ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah tidak perlu membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya dinasakhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum lain.

MASA BERLAKU NASAKH.

Jumhur ulama sepakat mengatakkan nasakh hanya berlaku semasa Nabi Muhammad masih hidup sahaja. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu sahaja dan wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja.

Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama sekali kerana wahyu tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat nabi dan tidak pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap walaupun selepas kewafatan baginda. Hal itu kerana baginda adalah Rasul terakhir.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 40 : “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-nabi.”

DALIL – DALIL YANG MENASAKHKAN.

1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran atau Hadith.

Ulama sepakat mengatakan al-Quran HARUS menasakhkan nas al-Quran yang lain apabila dilalah kedua-duanya adalah sama kerana ia dikira sama di segi kekuatan. Manakala penasakhan al-Quran dengan Hadith, ulama berselisih pendapat tentang keharusannya : (a) Pendapat jumhur ulama : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir

kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan.

(b) Pendapat ulama Hanafi : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir dan Hadith masyhur kerana Hadith Masyhur dikira hampir setaraf dengan al-Quran dari segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Quran tidak boleh dinasakhkan dengan Hadith Ahad kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih.

(c) Pendapat sebahagian ulama dan Imam Syafi’ie : Tidak Harus dinasakhkan al-Quran dengan Hadith walaupun Hadith Mutawatir atau hadith Masyhur.

2. Nasakh Hadith dengan Hadith.

(a) Pendapat jumhur ulama : Mereka sepakat mengatakan HARUS hadith menasakhkan

hadith juga jika kedua0duanya setaraf dari segi sabit dan dilalahnya. Dalam perkara ini, ulama sepakat mengatakan hadith mutawatir dapat menasakhkan hadith mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya hadith Ahad hanya dapat menasakh hadith Ahad sahaja dan tidak dapat menasakh hadith Mutawatir.

(b) Pendapat Ulama Hanafi : Hadith Ahad HARUS dinasakh dengan Hadith Mutawatirdan Hadith Masyhur kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadith Ahad.

Page 6: Usul fiqh, nasakh

3. Nasakh Hadith dengan al-Quran.

- Jumhur ulama berpendapat al-Quran HARUS menasakhkan Hadith.

- Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah baitul Muqaddis ketika sembahyang.

- Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : “Sesungguhnya nabi pernah mengadap ke arah Baitul Muqaddis sebagai kiblat ketika sembahyang selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan nabi diarahkan menukar kiblat ke Kaabah pula.”

Nas al-Quran yang menasakhkan hadith tersebut sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 : “Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah).”

4. Nasakh dengan Ijmak.

Jumhur ulama mengatakan Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan nas al-Quran dan Hadith kerana apabila sesuatu nas itu qat’I maka tidak mungkin berlaku ijmak yang menyalahinya. Seandainya pula ia Zanni, maka kemungkinan berlaku ijmak menyalahinya. Namun begitu, ijmak hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan ulama yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.

5. Nasakh Ijmak dengan al-Quran atau Hadith. Sebagaimana TIDAK HARUS ijmak manasakhkan al-Quran atau Hadith, begitu juga al-Quran atau Hadith tidak harus menasakhkan ijmak. Hal itu kerana yang enasakhkan itu mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Quran dan Hadith mendahului ijmak, kerana ijmak diperlukan selepas kewafata Nabi.

6. Nasakh Ijmak dengan Ijmak. Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan ijmak yang lain. Hal tersebut kerana apabila ijmak terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.

7. Nasakh al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas. TIDAK HARUS dinasakhkan al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas, begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Quran atau Hadith atau Ijmak. Hal tersebut kerana syarat sah qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Quran dan hadith dan Ijmak. Sekiranya qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.

8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas. TIDAK HARUS Qiyas menasakhkan Qiyas lain.

Page 7: Usul fiqh, nasakh

NAS YANG TIDAK BOLEH DINASAKH.

Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperti sifat-sifat Allah, kekuasaanNya, perkara-perkara Samiyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya tentang alam Barzakh, syurga, neraka dan sebagainya.

Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat Islam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu.

Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w serta melalui ijmak ulama.

Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya keadilah, kebenaran, sifat amanah, menzalimi dan lainnya.

Hukum-hukum tentang furu’ atau cabang syarak yang telah dijelaskan berkekalnya oleh syarak. Contohnya berjihad.

HIKMAT NASAKH.

Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.

Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkan secara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerima pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. Contohnya terhadap hukum pengharaman riba.

Untuk mengemaskinikan hukum syarak dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu memandangkan ada sesetengah hukum-hukum Islam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.

Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Quran secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syariat dengan lebih senang.

Hikmat lain juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam, khususnya masyarakat Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliah meninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur.

Hasil kerja Jimoh S. ♥