usrahversity remaja diy bab5... · sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran...

13
USRAH VERSITY

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • USRAHVERSITY

  • BAB 5

    MENGENAL ALLAH

    USRAHREMAJA

  • Pepatah mengatakan:

    AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

    (Permulaan belajar agama adalah dengan mengenal Allah)

    Bagaimana cara mengenal Allah?

  • Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran

    malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan

    keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

    (Ali Imran 3:190-191)

    Mengenal Allah (yang

    bersifat Maha Besar)

    dengan memperhatikan

    kejadian langit dan bumi.

  • Keluasan penciptaan adalah tanda kekuasaan & keagungan Allah…

    • Boleh bayangkan keluasan rumah anda?

    • Keluasan sekolah?

    • Keluasan bandar yang diduduki / Kuala Lumpur?

    • Keluasan Malaysia?

    ✓ Jarak Perlis ke Johor = 8 jam perjalanan

    • Keluasan Bumi?

    ✓ Ukurlilit bumi – 40,000 km

    ✓ = Jarak Perlis ke Johor (8 jam perjalanan) X 50 kali perjalanan

    ✓ = 17 hari perjalanan naik kereta tanpa henti

    ✓ Keluasan = 510 juta km persegi

    • Jarak ke matahari?

    ✓ = 150 juta km

    ✓ Kelajuan cahaya – 8 minit 20 saat

    ✓ Kelajuan cahaya = 299 792 km / s => 7.5 kali ukurlilit bumi sesaat

  • Bandingkan saiz anda dengan bintang..

    Masih mahu ingkar dengan Maha Pencipta?

  • Luasnya alam ciptaanNya..

  • (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka

    berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka

    pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):

    "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan

    sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

    (A-li'Imraan 3:191)

    َ قِيَاًما َوقُعُوًدا َوَعلَٰى ُجنُوبِهِ ْم َويَتَفَكَُّروَن فِي َخْلِق السََّماَواِت الَِّذيَن يَْذُكُروَن َّللاَّ

    ذَا بَاِطًًل ُسْبَحانََك فَِقنَ ََ النَّاِر َواْْلَْرِض َربَّنَا َما َخلَْقَت َهٰ ا َعذَا

  • Mengenal Allah dengan Nama-namaNya

    Apa erti Allah Maha Melihat?

    Apa erti Allah Maha Pemurah?

  • Maha Melihat

    Dapat melihat apa yang berada dibawah tapak kaki semut

    yang berwarna hitam,

    yang mana semut itu berada dibawah batu,

    dan batu itu berada di tengah-tengah padang pasir

    ketika waktu malam gelap gelita.

  • Maha Pemurah

    Sekiranya seluruh pohon yang ada di muka bumi ditebang dan dijadikan pena, dan seluruh tujuh lautan dijadikan dakwat, bagi menulis segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada manusia, nescaya ia tidak akan mencukupi walaupun ditambah dengan tujuh buah lautan lagi.

    Dan jika kamu menghitung Allah (yang dilimpahkannya kepada

    kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu;

    sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    (Al-Nahl 16:18)

  • MENGENAL ALLAH

    RUMUSAN

    Kenalilah Allah dengan merenung tanda-tanda

    kebesaranNya dan mengambil tahu tentang sifat-

    sifatNya melalui nama-namaNya.

    AWAL AGAMA adalah dengan MENGENAL ALLAH.