kebijaksanaan rasulullah s.a.w

2
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat penawar. (Riwayat al-Bukhari) Adik-adik secara logiknya, lalat dikenali sebagai serangga pengotor dan pembawa penyakit. Hai ini telah diterangkan dalam hadis dia atas. Namun adik-adik, terfikirkah kita mengapa kekotoran iaitu bakteria-bakteria yang ada pada lalat itu tidak membawa penyakit kepadanya? Dan bagaimana mungkin lalat mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya? Jawapannya : Lalat memiliki daya tahan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut. Toksin ini bertindak sebagai penawar terhadap bakteria yang dibawa oleh lalat yang terjatuh dalam minuman. Apabila lalat direndamkan keseluruhan badannya ke dalam minuman tersebut tentunya air terdedah kepada banyak bakteria lalat tetapi pada waktu yang sama toksin lalat tersebut akan membunuh bakteria yang dibawanya. Kajian sains mendapati bahawa lalat mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil dinamakan bacteriphages iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Di tempat ini juga tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh. Lalat KEBIJA KSANAA N Kajian Sains

Upload: lieya-azzahra

Post on 12-May-2017

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara

kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat penawar.

(Riwayat al-Bukhari)

Adik-adik secara logiknya, lalat dikenali sebagai serangga pengotor dan pembawa penyakit. Hai ini telah diterangkan dalam hadis dia atas. Namun adik-adik, terfikirkah kita mengapa kekotoran iaitu bakteria-bakteria yang ada pada lalat itu tidak membawa penyakit kepadanya? Dan bagaimana mungkin lalat mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Jawapannya :

Lalat memiliki daya tahan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Toksin ini bertindak sebagai penawar terhadap bakteria yang dibawa oleh lalat yang terjatuh dalam minuman. Apabila lalat direndamkan keseluruhan badannya ke dalam minuman tersebut tentunya air terdedah kepada banyak bakteria lalat tetapi pada waktu yang sama toksin lalat tersebut akan membunuh bakteria yang dibawanya.

Kajian sains mendapati bahawa lalat mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil dinamakan ‘bacteriphages’ iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Di tempat ini juga tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh.

Penyelidik Kajian

Lalat

KEBIJAKSANAAN

Prof. Brefild, Ilmuwan

Jerman dari

Kajian Sains

Page 2: Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w

Lalat memerlukan air secara berterusan. Ini

kerana lalat sering mengeluarkan najis

berbentuk cecair dan apabila air yang keluar ini tidak digantikan dengan segera, lalat akan mati.

INFO

Prof. Brefild, Ilmuwan

Jerman dari

Menemui mikro organisma jenis ‘Fitriat’ yang dinamakan ‘Ambaza Mouski’. Hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. ‘Ambaza Mouski’ berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar kemudian sel-sel berpecah mengeluarkan sitoplasma yang membunuh kuman-kuman penyakit.

Mendapati ada kuman-kuman virus di dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Lalat mengandungi virus Bacteriophage yang dapat membunuh bakteria seperti Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa.

Shope 1927, dan Glaser

1938

Prof. Kock, Famer

(Inggeris), Rose,

Etlengger (German) dan

Blatner (Switzerland)

Kesimpulan kajian mereka sama tentang mikro organisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Mikro organisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikro organisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikro organisma istimewa ini.

Adik-adik, maka ternyatalah bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar iaitu

saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikro organisma penolak kuman dari badan lalat tersebut supaya dapat diminum dengan selamat. Subhanallah, betapa

hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w .

Kebenaran Hadis Terbukti