bab 03_pemancangan tanda

8
BAB 3 : PEMANCANGAN TANDA 3.1 PENGENALAN Pemancangan merupakan satu proses peralihan titik kedudukan yang menggunakan pancang, profail dan penanda-penanda lain dimana pengukuran titik-titik kedudukan relatif ufuk aras rekabentuk atau pelan diterjemahkan ke atas kawasan pembinaan. Pemancangan tanda merupakan tulang belakang kepada semua kerja yang melibatkan bidang kejuruteraan awam dimana ia menjadi rujukan kepada anggota lain dalam kumpulan binaan bagi menjalankan kerja-kerja mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya kerja pemancangan tanda dalam kerja-kerja pembinaan struktur bangunan. Oleh itu, pemancangan tanda perlu dilaksanakan dengan teliti bagi membolehkan penandaan dapat dibuat dengan tepat. Sebarang selisih yang berlaku dalam pemancangan akan memberikan implikasi yang negatif dimana ia akan menyebabkan berlakunya pertambahan kos bagi pembinaan dan kelewatan dalam perlaksanaan projek pembinaan. Berikut adalah kerja-kerja yang terlibat dalam pemancangan tanda: i. Bangunan ii. Saluran paip dan perparitan iii. Pembentungan iv. Jalanraya.

Upload: hafiz-nurahim

Post on 12-Dec-2014

1.838 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 03_Pemancangan Tanda

BAB 3 : PEMANCANGAN TANDA

3.1 PENGENALAN

Pemancangan merupakan satu proses peralihan titik kedudukan yang menggunakan

pancang, profail dan penanda-penanda lain dimana pengukuran titik-titik kedudukan relatif

ufuk aras rekabentuk atau pelan diterjemahkan ke atas kawasan pembinaan. Pemancangan

tanda merupakan tulang belakang kepada semua kerja yang melibatkan bidang

kejuruteraan awam dimana ia menjadi rujukan kepada anggota lain dalam kumpulan binaan

bagi menjalankan kerja-kerja mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya kerja

pemancangan tanda dalam kerja-kerja pembinaan struktur bangunan. Oleh itu,

pemancangan tanda perlu dilaksanakan dengan teliti bagi membolehkan penandaan dapat

dibuat dengan tepat. Sebarang selisih yang berlaku dalam pemancangan akan memberikan

implikasi yang negatif dimana ia akan menyebabkan berlakunya pertambahan kos bagi

pembinaan dan kelewatan dalam perlaksanaan projek pembinaan. Berikut adalah kerja-

kerja yang terlibat dalam pemancangan tanda:

i. Bangunan

ii. Saluran paip dan perparitan

iii. Pembentungan

iv. Jalanraya.

Page 2: Bab 03_Pemancangan Tanda

Pemancangan tanda juga merupakan asas dalam pembinaan bagi projek-projek

perumahan dimana penandaan yang dilakukan di sesuatu tapak haruslah menepati

ukuran yang telah diberikan oleh juruukur. Tujuan utama pemancangan tanda ialah

mendirikan struktur bangunan yang telah dirancang pada tempat yang bertepatan.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, pemancangan tanda juga digunakan

sebagai panduan kepada pekerja-pekerja binaan yang lain dalam menjalankan kerja-

kerja pengorekan dan pembinaan bangunan. Pemancangan dibuat sekurang-

kurangnya 1 meter daripada garisan binaan dimana lebar dinding dan peparit asas

ditandakan dengan jelas di atas pemancang tanda dengan menggunakan paku.

Hasil daripada pemancangan ialah pentafsiran dokumen kontrak yang betul dari

segi kedudukan, saiz, bentuk dan aras. Hal ini menunjukkan pemancangan perlu dibuat

dengan teliti supaya penandaan dapat dibuat dengan tepat dimana ketetapan

merupakan unsur penting dalam pemancangan bagi memastikan kerja bangunan dapat

dibina sebagaimana yang dikehendaki dalam kontrak dokumen.

Rajah 3.1.1 : Kerja pemancangan sedang dilakukan.

Page 3: Bab 03_Pemancangan Tanda

3.2 PRINSIP AM DALAM KERJA PEMANCANGAN

Kerja pemancangan hendaklah dilaksanakan dengan mengambil pendekatan

yang sistematik. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menjamin darjah ketetapan yang

tinggi tetapi juga memudahkan kerja pemancangan yang dibuat. Setiap kerja

pemancangan perlu dilaksanakan secara tersendiri bergantung kepada keadaan tapak

dan darjah ketepatan yang diperlukan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil

sebagai keperluan dalam kerja-kerja pemancangan ialah seperti berikut:

i. Tentukan titik pusat dan garis dasar yang akan dijadikan rujukan bagi

pengukursn dan penandaan yang seterusnya.

ii. Titik pusat garis dasar perlu dirujuk kepada sesuatu objek yang kekal dan

selamat untuk memudahkan penentuan semula titik pusat dan garis dasar

tersebut sekiranya hilang.

iii. Pastikan supaya setiap tanda ataupun sebahagian besarnya mempunyai titik

rujukan yang mencukupi. Ini akan menjadikan pemancangan tersebut dapat

disemak dengan sendirinya.

iv. Lakarkan titik rujukan dengan jelas dalam buku padang dimana jarak dan sudut

antara titik rujukan hendaklah ditunjukkan dengan jelas melalui titik pancang

v. Pancang utama mungkin perlu diperkukuhkan dengan menggunakan konkrit

supaya tidak mudah tercabut dan hilang apabila diikat dengan dasar konkrit.

vi. Tandakan semua pancang dengan cara tertentu supaya mudah dikenali

vii. Apabila kembali ke tapak, pastikan bahawa titik rujukan dan pancang tidak

teralih daripada kedudukan asalnya.

3.3 PROSEDUR PEMANCANGAN TANDA

i. Menyemak Rekabentuk

Maklumat rekabentuk mestilah disemak sebelum pemancangan dibuat.

Kadangkala ianya tidak mungkin untuk memancang sebahagian

rekabentuk berdasarkan kepada rintangan di kawasan tapak dan ini

mesti dirujuk semula kepada perekabentuk.

Page 4: Bab 03_Pemancangan Tanda

Rajah 3.3.1 : Meninjau kawasan tapak sebelum melakukan pemancangan

tanda

ii. Peninjauan

Pemeriksaan kawasan tapak adalah sangat penting seperti dalam rajah

di atas. Melihat pada pelan di pejabat sahaja tidak mencukupi. Sebarang

perbezaan di antara kawasan dan pelan harus dicatatkan. Semasa

peninjauan, kedudukan yang sesuai untuk tanda-tanda rujukan boleh

ditanda secara sementara dengan pancang jajar atau piket kayu.

iii. Stesen Ukur

Stesen-stesen ukur yang digunakan untuk menghasilkan pelan ukur

boleh digunakan sebagai rujukan bagi kawasan ufuk di tapak bina. Ianya

dibina di tempat yang tidak terdapat gangguan yang boleh mengubah

kedudukan asalnya.

iv. Tanda Aras Yang Dipersetujui

Ia digunakan untuk menyediakan asas kawalan pugak. Semua aras

laras di tapak bina akan dilaraskan ke tanda ordinan yang berhampiran.

Tanda aras tersebut digunakan sebagai rujukan untuk menentukan aras

laras sementara (TBM) ke kawasan pembinaan struktur yang

berhampiran. Ketepatan nilai TBM mesti lebih kurang 0.01m.

Page 5: Bab 03_Pemancangan Tanda

3.4 PENGUKURAN LELURUS

Pengukuran lelurus bertujuan untuk menentukan jarak sebenar antara dua titik.

Walaubagaimanapun, sekiranya dua titik tersebut terletak pada aras yang berbeza,

jarak sebenar akan diukur mengikut aras mendatar.

i. Peralatan

Pengukuran lelurus ini biasanya dilakukan dengan menggunakan pita

dimana pita hendaklah dibuat mengikut BS 4884 Alat Pengukuran bagi Kerja

Binaan. Untuk mendapatkan pemancangan yang tepat, pita keluli hendaklah

digunakan. Pita keluli biasanya terdapat dalam ukuran 3,5,20,30,50 dan 100

meter panjang. Pita ini paling sesuai untuk kegunaan umum di tapak.

Pita tiruan jugaboleh digunakan dalam pengukuran ini dimana ia boleh

didapati dalam ukuran 20 meter dan 30 meter panjang. Walaubagaimanapun,

pita ini hanya sesuai untuk pemancangan yang kurang tepat. Hal ini disebabkan

jumlah pengecutan dan peregangan yang besar yang mungkin terjadi pada pita

tiruan tersebut.

Rajah 3.4.1 : Pita ukur yang digunakan untuk pemancangan

Selain itu, penggunaan alatan tangan seperti tukul, paku, pancang

stesen atau rujukan dan tali pembenang diperlukan dalam kerja-kerja

pemancangan tanda. Walaubagaimanapun, kerja-kerja pemancangan tanda di

Page 6: Bab 03_Pemancangan Tanda

tempat saya menjalani latihan industri iaitu HC Hidayah Construction tidak

mengaplikasikan penggunaan pancang stesen sebaliknya menggunakan kayu

pancang yang telah diukur dalam beberapa projek pembinaan dibawah mereka.

Rajah 3.4.2 : Penukul digunakan untuk menukul paku terhadap kayu pancang

ii. Pengiraan

Sebelum turun ke tapak, pengiraan jarak akan dibuat terlebih dahulu dimana

pengiraan ini menggunakan pelbagai kaedah Matematik. Antara pengiraan

mudah yang biasa dibuat adalah seperti berikut:

a. Menentukan Sudut Tepat (90 darjah)

Pengiraan Sudut Tepat terbahagi kepada dua jenis iaitu pengiraan

kaedah Segi tiga Pithagoras dan Segi tiga dua sama kaki. Berikut adalah

contoh pengiraan Sudut Tepat:

Page 7: Bab 03_Pemancangan Tanda

Segi tiga Pithagoras

Rajah 3.4.3 : Segi tiga Pithagoras

x=?, y=?, z=?

Nisbah nilai yang sesuai digunakan dalam kaedah ini ialah nisbah 3,4,5 , nisbah

5,12,13 dan nisbah 7,21,25

Segi tiga dua sama kaki

Rajah 3.4.4 : Segi tiga dua sama kaki

Dalam segi tiga ADC pada rajah di atas, panjang AD adalah

bersamaan dengan panjang DC. Sekiranya dasar AC dibahagi

dua di B, maka panjang AB bersamaan dengan panjang BC,

apabila B disambung kepada D,

Sudut ABC = Sudut CBD iaitu 90 darjah

Page 8: Bab 03_Pemancangan Tanda

b. Kaitan antara sisi dengan Sudut dalam Segi Tiga Bersudut Tepat

Rajah 3.4.5 : Segi tiga bersudut tepat

Katakan x sebagai jarak mendatar sebenar

Maka,

kos a= xz

, oleh itu x = z kos a

sina= yz

tan a= yx

Dimana z merujuk kepada jarak yang diukur manakala y merujuk kepada

perbezaan tinggi antara A dan B

3.5 KOMEN DAN CADANGAN

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kerja pemancangan tanda bertujuan

untuk memastikan bangunan yang akan dibina tidak terpesong daripada ukuran yang

ditetapkan di dalam lukisan pelan. Pekerja menjalankan kerja pemancangan dengan

berkesan.