usman awang-gadis dan ayat suci

21
Usman Awang Gadis dan ayat suci

Upload: zarulnaem

Post on 13-Apr-2017

386 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Usman Awang

Gadis dan ayat suci

Page 2: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Maksud sajak

Page 3: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Stanza 1Suara yang manis dalam bisik daun-daun,Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam,Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi,Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci.

Penyajak mendengar alunan ayat suci al quran daripada jirannya yang buta. Walaupun buta, namun hatinya celik kerana dapat mengingati ayat – ayat al quran. Keadaan ini berbeza dengan kebanyakan manusia yang mempunyai mata, namun tidak celik dengan kebesaran Tuhan.

Page 4: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Stanza 2 dan 3Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya,Di mana lagu dan suara menjangkau pula,Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata,Disaputnya langit di atas awan berarak,Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunungMelayang manis mencapai bukit-bukit gundukMenurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucukDan ranum dalam kembang-kembang segar senyum,Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Page 5: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Menunjukkan bahawa al quran ialah satu mukjizat yang menceritakan secara terperinci mengenai semua perkara.

Merangkupi semua aspek dalam kehidupan, (Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata,Disaputnya langit di atas awan berarak, Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung, Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk)

- Asal usul kejadian manusia daripada air mani, sehinggalah kewujudan alam.

Page 6: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Stanza 4Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga,(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)Penyajak menceritakan bahawa gadis buta itu semakin banyak membaca al-quran di bulan puasa.

Membawa para malaikat menjengah dada manusia,Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta,Orang yang membaca alquran akan mendapat ketenangan dan kedamaian. Al-quran juga merupakan cahaya petunjuk yang menerangi hati manusia.

Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali.Ayat suci alquran mampu melembutkan hati sesiapa

pun.

Page 7: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Stanza 5Suara yang manis dalam bisik-bisik daun,Gadis cacat dan ayat suci beralun,Meski tidak melihat, malah itulah pula,Kesucian syurga hidup perdamaian manusia,Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali.

Penyajak memberi penegasan bahawa al quran merupakan petunjuk bagi manusia. Meskipun gadis itu tidak dapat melihat, namun dia mampu melihat kebesaran Tuhan. Jika manusia beramal dengan al quran, kesepakatan dan kedamaian dapat dicapai sesama manusia. Sekali lagi ditekankan oleh penyajak, bahawa alquran mampu melembutkan hati sesiapapun.

Page 8: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Jenis sajak : Gita / Puja * sajak keagamaan yang memuja kebesaran

Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Tema :Keagamaan/ Ketuhanan

Page 9: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Bahasa yang digunakan puitis dan berkesan, sesuai dengan pemikiran dan suasana harmoni yang cuba digarapkan oleh penyajak.

Pemilihan katanya puitis dan indah contoh: beralun, bertirai, arakan, ranum dan sebagai nya.

Ungakapan atau rangkaikata yang digunakan juga puitis dan indahcontoh: beralun lagu, di sayap angin malam, langit bertirai sepi, mengocak ke bintang terserak

Page 10: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Persoalan • Keindahan al-quran yang ditonjolkan

melalui penggunaan unsur alam.• Menggambarkan manusia yang mempunyai

mata tetapi tidak celik dengan kebesaran Tuhan

• Menunjukkan kebesaran alquran yang merupakan panduan hidup untuk manusia.

Page 11: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Sikap dan perasaan

Penyajak menyatakan kembali bahawa dia berasa kagum akan gadis itu kerana walaupun tidak mampu melihat, dia celik hati dan mampu menghafaz al-quran.

Penyajak melahirkan rasa simpati kepada gadis buta, yang juga merupakan jirannya yang sedang duduk mengalunkan bacaan Al-Quran.

Penyajak menggambarkan perasaan kagum akan kebesaran al-quran.

Page 12: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Unsur bunyiAliterasi (n)

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung (3:1)

Asonansi (i)Berdetiklah di hati, meski menusia paling ganas sekali (4:5, 5:5)

Page 13: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Gaya bahasa

Page 14: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Bahasa perbandinganMetafora

sayap angin malambertirai sepibibir syurga

Memberi sentuhan atau mengindahkan sajak,maksud yang ingin disampaikan tidak secara terus, tetapi berbunga-bunga.

Page 15: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Personifikasi

Bisik daun-daunMengusap puncak gunungDi mana lagu dan suara menjangkau pula

Page 16: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Hiperbola

gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

lalu melayah menurun mengusap puncak gunung

Memperlihatkan keagungan dan kehebatan al-quran sebagai petunjuk

Page 17: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Alusi

Ayat suci – al-quranSemakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga

– alunan ayat al-quran, syurga digambarkan sebagai tempat hidup yang paling bahagia di akhirat nanti, ia dibayangkan untuk memberi maksud betapa gadis buta itu seringkali mengalunkan ayat alquran walaupun tidak dapat melihat.

Page 18: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Bahasa penegasanRepitisi

suara yang manis dalam bisik daun-daun (1:1,1:5)

berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali (5:4,5:5)

Page 19: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Bentuk 5 ungkai serangkap ( Quint )Baris panjang-panjang menunjukkan

ketenangan dan lembut sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak.

Skema rima :Rima akhir bebas

Stanza 1 : abcdcStanza 2 : aaabbStanza 3 : aaaabStanza 4 : aaaabStanza 5 : aabbc

Page 20: Usman Awang-Gadis dan ayat suci

Nada Nada romantis

Menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan

Sesuai untuk mengemukakan persoalan yang berhubung denagn peristiwa indah dan menggembirakan

Pemilihan kata-kata membawakan kesan kelembutan serta kemerduan

Page 21: Usman Awang-Gadis dan ayat suci