usman awang- surat daripada masyarakat burung kepada datuk bandar

31
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar USMAN AWANG

Upload: zarulnaem

Post on 13-Apr-2017

765 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Surat dari

Masyarakat Burung kepada

Datuk Bandar USMAN AWANG

Page 2: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Sajak dan Maksud

Page 3: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk BandarKami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agungPada suatu pagi yang manis dan ranumDi atas bangunan parlimen yang kosongSeluruh kaum burung telah diwakiliOleh para cerdik pandainya, kecualiPerwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematianPenembakan, bangkai hanyut di Sungai Kelang

Page 4: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 1:• Mempersoalkan mengenai rakyat yang diwakili oleh cerdik pandai telah

mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu pihak atasan yang memungkiri janji. - Burung sebagai rakyat bawahan yang menghadapi masalah kesan pencemaran

daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang- Mereka mengadakan kata sepakat untuk menyatakan masalah pada pihak

berwajib yang sepatutnya bertanggungjawab mengatasi masalah pencemaran. - Pihak berwajib seharusnya melihat masalah ini dari akar umbi yakni

mengenalpasti punca berlakunya pencemaran bukannya mengambil tindakan melulu seperti membunuh burung gagak sedangkan ianya tidak akan mengubah apa-apa.

- Segala yang berlaku adalah kerana pembangunan yang tidak seimbang dan lestari alam.

Page 5: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undanganPerwakilan kupu-kupu yang ada kepentinganDengan persoalan yang kami bincangkan

Page 6: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 2:

• Mempersoalkan mengenai perwakilan kupu-kupu yang menjadi simbol kepada masyarakat yang berbilang bangsa bukan hanya setakat kaum burung dalam membincangkan isu pemimpin yang mungkir janji. • Kupu-kupu juga turut ditafsirkan sebagai ‘pelacur’ iaitu kumpulan yang aktif

bergerak pada waktu malam.- Penyair ingin memaparkan betapa seriusnya masalah alam sekitar sehingga

golongan ‘pelacur’ sendiri mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai isu ini. hal ini kerana, persekitaran yang kotor akan menjejaskan ‘aktiviti malam mereka’.

Page 7: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk BandarMeski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kamiKerana perbezaan fahaman taraf “Datuk” dan “cucu”Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu( tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran menyebutkan rambut pada diri tuan-tuan,sedangkan untuk kami tuan namakan perkataan ‘bulu’)Kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untukMENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Page 8: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 3:

• Penyair ingin menyindir pihak atasan atau pemimpin.- Iaitu kami sebagai orang bawahan tidak pernah menganggap Datuk sebagai

sesuatu yang tinggi seperti yang orang atasan angungkan.- Bahkan kami(rakyat) hanya menganggap ianya sebagai satu pangkat dalam sistem

keluarga.- Penyair menekankan bahawa walaupun istilah pangkat ‘datuk’ digunakan oleh

semua lapisan masyarakat namun setiap individu berpegang pada maksud yang berbeza.

Page 9: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN alamSemata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgitSejak lumpur kota ini menjadi batu-batuKami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisuMendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebahBurung merbuk telah ditipu dengan nama Padang MerbukSedangkan mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakanSangkar

Page 10: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 4:

• Mempersoalkan mengenai kekecewaan rakyat. Hal ini kerana, terdapat segelintir manusia yang sanggup mencemarkan alam sekitar kerana sikap tamak dan hanya mementingkan wang ringgit serta terlalu rakus mengejar pembangunan.• Burung merbuk digunakan sebagai alat untuk pihak atasan mendapat

pengiktirafan

Page 11: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Perwakilan burung pipit telah mengemukakan protesKerana menuduhnya sebagai“pipit pekak makan berhujan”Ia didokong kuat oleh perwakilan burung punaiBahawa tuan telah menghina kaum jenis merekaDatuk menamakan benda-benda rahsia, di tempat rahsia di tubuh DatukDengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’,sedangkan kami tahu‘pipit’ dan ‘punai’ Datuk tidak pandai terbang

Page 12: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 5:

• Mempersoalkan mengenai masyrakat burung yang berasa terhina kerana namanya digunakan untuk merujuk bahagian sulit manusia.• Mereka tidak pernah ambil tahu mengenai rakyatnya namun apabila mereka ingin

menutup sesuatu yang memalukan mereka bahkan menggunakan rakyat.

Page 13: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk BandarSurat ini merayu kebijaksanaan tuanPeliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhanTiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunanItulah rumah kami, kediaman kami turun-temurunMalah demi kesejahteraan manusiaKesihatannya, kebahagiaannya, kedamaiannyaAlam semula jadi seribu keindahan mekarDi bawah matahari bersinar

Page 14: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Maksud rangkap 6:

• Mempersoalkan mengenai rayuan rakyat yang disimbolkan melalui masyarakat burung agar pemimpin menepati janji untuk memelihara alam sekitar. • Penyair menggunakan burung kerana mereka merupakan spesis fauna yang

paling banyak menerima kesan akibat pembangunan yang tidak seimbang.

Page 15: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

pengenalan

• Puisi satira (karya menyindir atau mempersendakan orang)

• Nada Usman Awang marah

• Kepada manusia yang berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab

memelihara alam sekitar dengan baik

Page 16: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

• Surat yang dikarang masyarakat burung kepada Datuk Bandar yang gagal

menjalankan tanggungjawab melaksanakan pembangunan yang mesra

alam di lumpur kota

• Beliau menyindir sikap pemimpin yang gagal mengurus alam sekitar

dengan baik kerana keutamaan pembangunan bukan lagi kepda

kesejahteraan alam sekitar

Page 17: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tema

• TEMA ALAM

• Pokok merupakan unsur penting

bagi alam sekitar yang sihat

• Pembangunan yang dijalankan harus

diimbangi dengan pemeliharaan dan

penanaman pokok

Tuan Datuk Bandar,Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhanTiap helai daun, tiap helai kelopak bunga,tiap rimbunanItulah rumah kami, kediaman kami turun temurunMalah demi kesejahteraan manusia,Kesihatannya, kebahagiaannya,kedamaiannyaAlam semula jadi seribu keindahan mekarDi bawah matahari bersinar

Page 18: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tema

Kritikan terhadap sikap pemimpin yang memungkiri janji untuk manjaga dan memelihara alam sekitar dan hanya mementingkan wang ringgit (pembangunan)

Page 19: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

persoalan

Sikap pemimpin yang tidak adil dan gila kuasa yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat sekelilingnya

Perbezaan taraf yang ketara antara pemimpin dan rakyat biasa dari segi kedudukan dan kuasa

Ketamakan golongan manusia mengejar kekayaan wang ringgit hingga menusnahkan flora dan fauna

Kekejaman manusia yang menyekat kebebasan haiwan serta menjadikan haiwan sebagai bahan hiburan

Penindasan kaum manusia terhadap habitat flora dan fauna

Page 20: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

amanat

Pemimpin haruslah bertanggungjawab untuk mengotakan janji Manusia haruslah menghargai keindahan alam yang sedia ada

dengan tidak memusahkannya Pemimpin perlu memupuk nilai cinta akan alam sekitar dalam

diri setiap manusia agar masyarakat menghargai alam yang dipinjan dari generasi akan datang

Page 21: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Sikap dan perasaan Penyair melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang tidak

bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar terutamanya golongan pemimpin.

Penyair berasa marah dan kecewa terhadap manusia yang berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab memelihara alam sekitar dengan baik

Beliau menyindir sikap pemimpin yang gagal mengurus alam sekitar dengan baik kerana keutamaan pembangunan bukan lagi kepada kesejahteraan alam sekitar.

Page 22: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Unsur bunyi1. Aliterasi rangkap ke-2, baris ke-2, pengulangan huruf K

“Perwakilan kupu-kupu yang punya kepentingan” rangkap ke-7, baris ke 7, pengulangan huruf N

“Kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya”

2. Asonansi rangkap ke-2 baris pertama, asonansi huruf I

“Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan”

Page 23: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

3. Skema rima

Stanza pertama rima berpecah: pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua

baris yang sama, aabc, abca baris ke-5 dan ke-6

Seluruh kaum telah diwakili

Oleh para cerdik pandainya, kecuali

Stanza kedua rima rata: pola rima yang sama di setiap hujung setiap baris pada rangkap pola- aaaa

Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan

Perwakilan kupu-kupu yang punya kepentingan

Dengan persoalan yang kami bincangkan

Page 24: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Stanza ketiga rima berpecah: pola tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua

baris yang sama baris 3 dan 4

Kerana perbezaan fahaman taraf ‘Datuk’ dan ‘cucu’

Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu

Stanza keempat rima berpecah: pola tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua

baris yang sama baris ke-3 dan 4

Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu

Kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu

Page 25: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Stanza kelima rima berpecah: pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada

dua baris yang sama pola – abca, aabc baris ke-2 dan 4

Kerana menuduhnya sebagai

Ia didokong kuat oleh perwakilan burung punai

Stanza keenam rima berpecah baris 2 dan 3

Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,

Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan

Page 26: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Gaya bahasa1. Bahasa perbandingan Metafora

rangkap ke-4, baris ke-2

“Semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit”

Simbolik

rangkap ke-4, baris ke-3

“Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu”

batu-batu melambangkan pembangunan

Page 27: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

2. Bahasa sindiran Ironi

rangkap ke-5, baris ke-7&8

“ dengan nama pipit dan punai sedangkan kami tahu

pipit dan punai Datuk tak pandai terbang”

Page 28: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

3. Bahasa penegasan

Paralelisme: pengulangan perkataan sejajar dalam baris berikutan rangkap ke-3, baris ke-3 dan ke-4

“Kerana perbezaan fahaman taraf ‘datuk’ dan ‘cucu’

Kerana kelainan pendapat antara ‘rambut’ dan ‘bulu’”

Repitisi: mengulang kata-kata atau frasa beberapa kali dalam satu kalimat rangkap ke-7, baris ke-4

“Tiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunan”

Klimaks (hal berturutan dan semakin meninggi kata-kata) Rangkap ke-6, baris ke-4

“ tiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunan”

Page 29: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Teknik/bentuk

6 rangkap berbentuk bebas merangkumi 3 baris hingga 9 baris Stanza 1 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 2 mempunyai 3 baris- terzine Stanza 3 mempunyai 9 baris- sonate Stanza 4 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 5 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 6 mempunyai 9 baris- sonate

Page 30: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Nada NADA SINIS

Menggambarkan perasaan tidak puas hati dan marah terhadap golongan

atasan yang ada kuasa

Menyindir golongan berkuasa yang melaungkan kempen

‘ Menghijaukan Seluruh Wilayah’

Namun mereka yang meluluskan pembangunan

Semuanya disebabkan kekayaan dan kepentingan peribadi

Page 31: Usman Awang- Surat Daripada Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Secara keseluruhannya, penyajak telah berjaya menggunakan burung sebagai simbol atau

kiasan untuk menyindir sikap pemimpin yang telah memungkiri janji mereka untuk menjaga

dan memelihara alam sekitar. Selain itu, sajak ini juga dapat dilihat cuba menyindir sikap

pemimpin yang bersikap mementingkan diri dan tamak dalam menjalankan tugas. Melalui

sajak ini, pemimpin dilihat hanya mementingkan pembangunan kebendaan tanpa

mempedulikan kesannya kepada alam.

Melalui sajak ini juga dilihat bagaimana sikap masyarakat burung yang bersatu hati dalam

melaksanakan sesuatu. Usman Awang juga telah memilih watak kupu-kupu untuk diselitkan

dalam sajak beliau untuk menunjukkan kepelbagaian hidupan yang mendiami alam ini. Pada

pandangan saya, watak kupu-kupu ini menjadi simbol kepada masyarakat yang berbilang

kaum.