usman awang-gadis di kuburan

18
USMAN AWANG 1953 GADIS DI KUBURAN

Upload: zarulnaem

Post on 13-Apr-2017

1.041 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usman Awang-Gadis di kuburan

USMAN AWANG1953

GADIS DI KUBURAN

Page 2: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 1

Keadaan menceritakan bagaimana seorang gadis sedang menangis sedih di kawasan perkuburan di mana kelihatan batu nisan condong dan tegak bertaburan menandakan kubur-kubur yang lain.

Page 3: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 2

Si gadis berlari namun terjatuh menyembam ke tanah dalam kesedihan yang teramat sehinggakan tangisannya menyebabkan bahunya tergoncang. Pahlawan meninggal dengan penuh ketenangan dan digambarkan bahawa senyuman terakhirnya sangat tenang.

Page 4: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 3

Gadis teringat akan kenangan beliau dan si pemuda serta saat-saat pelukan dan kucupan mereka. Sungguh besar kasih dan cinta kedua mereka. Kedua-dua mereka melafazkan janji untuk hidup bersama.

Page 5: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 4

Si pemuda menanyakan bagi mendapatkan kepastian samada si gadis sanggup menjadi teman sehidup beliau. Si gadis bersetuju dan mereka merancang untuk berkahwin dalam tempoh satu tahun lagi.

Page 6: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 5

Lalu si pemuda berjumpa kedua ayah dan ibu si gadis untuk melamar si gadis dengan penuh budi bahasa dan adab. Ibu bapa si gadis merupakan golongan orang berada. Tetapi pemuda merupakan orang biasa sahaja. Lalu pinangan beliau ditolak dan janji mereka berdua untuk hidup bersama tidak dapat ditunaikan.

Page 7: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 6

Hari itu mendung menyelebungi bumi, orang-orang yang datang pulang dengan membawa usungan sahaja. Air di kendi kekeringan lalu si gadis tersedar dari menungan.

Page 8: Usman Awang-Gadis di kuburan

Stanza 7

Si gadis berjalan sambil menahan kesedihan dan memandang buat kali terakhir ke nisan si pemuda yang dikebumikan. Sekuntum bunga kemboja gugur dan suasana senja membuatkan pandangan menjadi gelap.

Page 9: Usman Awang-Gadis di kuburan

ASPEK DALAMAN

Page 10: Usman Awang-Gadis di kuburan

Tema

• Sajak ini bertemakan hubungan percintaan yang terhalang akibat perbezaan taraf sosial dalam masyarakat.

Page 11: Usman Awang-Gadis di kuburan

PERSOALAN

• Sikap masyarakat yang mementingkan harta benda

• Keperitan yang dialami selepas kehilangan seseorang yang disayangi.

• Tanggungjawab ibubapa dalam memilih jodoh anak-anak.

• Peranan individu dalam memelihara kehormatan masing-masing

Page 12: Usman Awang-Gadis di kuburan

AMANAT PENGARANG

Pengarang berharap agar masyarakat melayu berjuang untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Pengarang juga berharap agar masyarakat melayu berusaha untuk keluar daripada sistem sosial dan ekonomi yang berat sebelah.

Page 13: Usman Awang-Gadis di kuburan

SIKAP DAN PERASAAN

Pengarang ingin memerangi memerangi unsur penindasan di kalangan masyarakat melayu melalui kata puitis dan nilai-nilai romantis.

Pengarang juga ingin menunjukkan sikap mementingkan darjat yang boleh menghancurkan keutuhan masyarakat melayu.

Page 14: Usman Awang-Gadis di kuburan

ANALISIS PUISI

Jenis Sajak: Elergi (Sedih)-Kisah percintaan dua orang ihsan yang terhalang disebabkan perbezaan darjat.

Nada: Melankolik (Suasana hati yang murung) Teknik/bentuk - 4 untai serangkap (quatrain)

Page 15: Usman Awang-Gadis di kuburan

UNSUR BUNYI

Aliterasi NISAN condong tegak bertaburan (n) Merangkak senja menutup pandangan (n) Tertolaklah lamaran, terurailah janji (t)

Asonansi Senyum terakhir tenang tersembunyi (e) Tapi pemuda emas sesaga (a) ‘Benar, kanda,’ sahutnya manja (a)

Page 16: Usman Awang-Gadis di kuburan

SKEMA RIMA

Rangkap 1,6, dan 7, rima rata = aaaa Rangkap 2, rima berpecah = abcc Rangkap 3, rima berpecah = abaa Rangkap 4, rima berpecah = aabc Rangkap 5, rima bersilang = abab

Page 17: Usman Awang-Gadis di kuburan

GAYA BAHASA

Bahasa Perbandingan:-Metafora Padang perjuangan Laut hidup Kucupan kasih

-Pesonafikasi Kenangan lama bermain Matahari bersembunyi Merangkak senja

Page 18: Usman Awang-Gadis di kuburan

Parafrasa Dipeluk bumi

-Hiperbola Tidak ada garisan tepi

-Eufemisme Emas sesaga Gugur tergelimpang