upa jilid 8 no2 2012 belia di era media sosial

16
Utusan Pembangunan AZAM PPK 300/04/2012 (029744)(029744) Angkatan Zaman Mansang Sarawak JILID 8 NO.2 2012 “BELIA DI ERA MEDIA SOSIAL” Facebook: Beri Impak Maksima Pembangunan Menuntut Hubungan Interaktif Di Antara Agen Pembangunan Dan Belia FOKUS TINJAUAN PERSPEKTIF Jurang Usia Bukan Penyebab Jurang Digital Teknologi Dan Pelajar: Kawan Atau Lawan? Memupuk Penggunaan Media Sosial Yang Beretika AgriBazaar Perniagaan Online: Menceburi Dunia Keusahawanan Kerana Sukan Kegemaran Minda Positif: Minat Membawa Kepada Inspirasi Belia Sarawak Sepintas Lalu Program Belia Azam 2012

Upload: mark-nyambang

Post on 28-Nov-2014

1.482 views

Category:

News & Politics


8 download

DESCRIPTION

Utusan Pembangunan AZAM - A newsletter produced by Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak). This issue focuses on the social media and how it has influenced the youths, particularly in Sarawak.

TRANSCRIPT

Page 1: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Utusan PembangunanAZAM PPK 300/04/2012 (029744)(029744)

Angkatan Zaman Mansang Sarawak

JILID 8 NO.2 2012

“BELIA DI ERA MEDIA SOSIAL”

Facebook: Beri Impak Maksima

Pembangunan Menuntut Hubungan Interaktif Di Antara Agen Pembangunan Dan Belia

FOKUS

TINJAUANPERSPEKTIFJurang Usia Bukan Penyebab Jurang DigitalTeknologi Dan Pelajar: Kawan Atau Lawan?Memupuk Penggunaan Media Sosial Yang BeretikaAgriBazaarPerniagaan Online: Menceburi Dunia Keusahawanan Kerana Sukan Kegemaran

Minda Positif: Minat Membawa Kepada Inspirasi Belia Sarawak

Sepintas Lalu Program Belia Azam 2012

Page 2: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Media Sosial, seperti media massa, mengalami evolusi yang ketara semenjak 10 tahun yang lalu. Bermula dengan Multiple Internet Relay Chat (MIRC) , perkhidmatan pertukaran teks atas talian (online), media sosial telah mengadaptasikan penggunaan imej, bunyi dan juga video dalam aplikasinya untuk memaksimakan kapasiti jalur lebar yang sedia ada.

Salah satu media sosial telah mengumumkan 1 billion pengguna pada bulan Oktober (The Borneo Post, 5 October 2012) yang lepas dan ini secara tidak langsung menunjukkan sudah ramai yang mempunyai akses kepada Internet. Pada pembentangan Budget Negara yang lalu, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi rebet sebanyak RM200 kepada golongan belia untuk pembelian telefon pintar. Ini sudah semestinya akan menggalakkan penggunaan Internet, khususnya media sosial.

Media sosial ini telah menjadi suatu tren di kalangan masyarakat dan telah terbukti untuk menjadi medium perhubungan dan saluran maklumat yang berkesan. Antara jaringan sosial yang sering digunakan hari ini adalah seperti Facebook, blog dan Twitter yang mempunyai kelebihan masing-masing. Media sosial tersebut juga dijadikan sebagai media utama untuk mencari sebarang maklumat, kegunaan dalam alam pekerjaan, pendidikan, perniagaan, peribadi, hiburan, berkongsi pendapat, berita dan promosi bagi sesuatu produk atau aktiviti.

Pada isu kali ini, Utusan Pembangunan AZAM yang bertemakan “Belia di Era Media Sosial” menyelami dengan lebih mendalam mengenai pengertian media sosial dan juga impaknya kepada masyarakat. Antara lain, media sosial ini dilihat berperanan dalam merapatkan jurang antara generasi, malah merapatkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar.

Interaksi yang positif dan membina melalui media sosial ini juga mampu mengukuhkan keharmonian kaum, memperkasakan keupayaan individu, dan mampu meningkatkan sumber ekonomi dari aspek perniagaan, promosi pelancongan dan seterusnya ke arah masyarakat prihatin khususnya di negeri Sarawak.

Semoga penerbitan Utusan Pembanguan AZAM untuk isu media sosial kali ini boleh mengajak orang ramai terutamanya para belia supaya lebih bijak menapis informasi yang mudah perolehi secara atas talian agar tidak menjadi medium yang boleh mendatangkan impak yang negatif, akan tetapi menjadikan media sosial sebagai alat yang berkesan untuk pembangunan diri dan negeri.

Sidang Pengarang

HAK CIPTA TERPELIHARABahan-bahan yang terkandung di dalam terbitan ini hanya boleh diulang guna setelah mendapat izin bertulis dari AZAM. Usaha pengumpulan maklumat yang terkandung di dalam majalah ini adalah dilakukan dengan rapi dan berhati-hati dan dipastikan tepat dan terkini. Maka dengan itu, Jawatankuasa Penerbitan AZAM tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kesilapan yang berlaku jika maklumat yang diterima itu tidak tepat dan terkini.

Permit Percetakan: PPK 300/04/2012(029744)

PENASIHATYang Berbahagia Datu Aloysius Dris

KETUA PENYUNTINGRosalind Yang Misieng

PENULISMark NyambangCecilia Jeffery TokTracy JambolBelinda WilsonEdward MinggatHaji Syahrul NizamCyril DasonSelva Sivanaesvaran

JURU ALIH BAHASA (Bahasa Iban)Bana Jimbat

TERBITANAngkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM)Kompleks AZAM, Jalan Crookshank,93000 Kuching, SarawakTel:082-411799 Faks:082-258372Facebook: http://www.facebook.com/groups/azaminfo/

Dicetak oleh: Bumi Serasi, 242E, Lorong 3, Jalan Green, 93150 Kuching, Sarawak, Malaysia.

SIDANG PENGARANG

SEJENAK BERSAMA

3 • Facebook: Beri Impak MaksimaFOKUS •

5 •

5 •

6 •

7 •

7 •

Jurang Usia Bukan Penyebab Jurang DigitalTeknologi Dan Pelajar: Kawan Atau Lawan?

Memupuk Penggunaan Media Sosial Yang Beretika

AgriBazaar

Perniagaan Online: Menceburi Dunia Keusahawanan Kerana Sukan Kegemaran

PERSPEKTIF •

8 •

10 •

12 •

13 •

Gegaran Belia Niah

Pembangunan Menuntut Hubungan Interaktif Di Antara Agen Pembangunan Dan Belia

Minda Positif: Minat Membawa Kepada Inspirasi Belia Sarawak

Sepintas Lalu Program Belia Azam 2012

TINJAUAN •

14 • Facebook: Meri Pangka Ti BesaiRUANGAN BAHASA IBAN •

16 • TAHUKAH ANDA....? •

SENARAI KANDUNGAN

2

Page 3: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Revolusi Facebook pada 2004 telah berjaya mengubah gaya hidup kita. Semenjak itu populariti Facebook mencanak naik. Kini Facebook menjadi laman sosial paling diminati di dunia. Daripada remaja kulit putih di restoran Starbucks di Broadway, New York hinggalah remaja kulit sawo matang di restoran Sugar Bun di Satok, Kuching, mereka sama-sama menggilai Facebook. Sama-sama mereka menikmati impak maksima Facebook. Malah kini kita bukan sekadar menyampai maklumat dan berita melalui Facebook. Kita turut bekerja dan berniaga sambil tetingkap Facebook dibuka. Namun di sebalik kegilaan tersebut, timbul soalan penting. Apakah magnet yang ada pada Facebook yang menjadikannya begitu menarik? Namun sebelum Facebook menjadi buah mulut, MySpace terlebih dahulu menjadi siulan pada tahun 2003. Kemudian ‘kicauan’ pertama Twitter kedengaran pada 2006. Selepas itu gergasi carian, Google tidak mahu ketinggalan. Kewujudan Google+ dicanang pada 2011 sebagai usaha menyekat populariti Facebook. Sejarah Facebook tercipta hasil ilham geliga pengasasnya Mark Zuckerberg. Pada masa itu beliau hanya mahasiswa biasa di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Pada awalnya Facebook hasil ciptaan geniusnya terhad untuk berhubung dengan rakan sekampus. Selepas itu barulah laman itu dibuka bagi mahasiswa Universiti Yale dan Massachusetts Institute of Technology (MIT). Hasil ciptaan dari bilik asrama itu kini tiba-tiba mencatat sejarah besar. Pada pagi 14 September 2012 yang dingin di Willow Road, Menlo Park, California, Facebook secara rasmi mengumumkan jumlah penggunanya mencecah 1 bilion orang. Malah jika Facebook diumpamakan negara berdaulat, jumlah penduduknya adalah ketiga tertinggi di dunia (selepas China dan India). Jauh meninggalkan Amerika Syarikat dengan hanya 313 juta penduduk. Kini 600 juta pengguna dengan santai mengakses Facebook melalui telefon bimbit, bersandar di sofa sambil minum petang dengan cakoi atau pisang goreng. Tidak cukup dengan itu, dalam siaran media rasminya Mark Zuckerberg menambah, “Saya berharap satu hari nanti kita sama-sama dapat menghubungkan baki keseluruhan penduduk dunia.” Pengajaran ini dapat kita jadikan motivasi. Belia sehebat beliau tidak cepat berpuas hati. Walau berjaya

mengumpul satu bilion pengguna, beliau masih dahagakan kejayaan lebih besar. Di samping itu, statistik rasmi menyatakan secara purata, umur pengguna Facebook adalah remaja 22 tahun. Mereka dengan rela hati (tanpa perlu diupah), memuat naik 219 bilion keping gambar. Mereka memainkan 62.6 juta lagu sebanyak 22 bilion kali - bersamaan 210,000 tahun tanpa henti! Walaupun Facebook merupakan tembok tempat lepak bagi remaja, statistik Februari 2009 menunjukkan segmen pengguna Facebook yang berkembang paling pantas ialah wanita 55 tahun ke atas. Mereka tidak mahu ketinggalan membaca status rakan sebaya mereka. Mereka tidak mahu dituduh masih hidup pada zaman Pak Kadok. Di Malaysia, statistik Oktober 2012 menunjukkan lebih separuh warganya mempunyai akaun Facebook. Majoriti berumur 18-24 tahun. Laman Upin & Ipin menjadi laman paling popular dengan lebih 6 juta peminat. Laman selebriti Lisa Surihani, Zizan Raja Lawak dan Scha Alyahya menduduki antara lima carta teratas laman dengan peminat paling ramai.

Impak utama Facebook ialah ia menjadi platform mengemaskini maklumat yang pantas dan mudah. Belum pun sempat berita itu disiarkan di televisyen dan radio, terlebih dahulu ia disiarkan di Facebook oleh pemberita ‘tidak rasmi.’ Tanpa kita minta, perkembangan terkini tentang kesesakan lalu lintas, jualan murah mahupun model terkini telefon pintar dikemaskini rakan-rakan Facebook.

Artikel ini ditulis oleh Tuan Haji Syahrul Nizam, seorang Pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS

BERI IMPAK MAKSIMA

• Pengasas... MarkZuckerberg dan rakan-rakannya memulakan idea hebat menghasilkan Facebook (Sumber Wikipedia)

3

Page 4: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Selain turut menawarkan platform pengiklanan percuma, terdapat juga fungsi page, group dan event yang berkesan apabila kita gunakannya dengan betul.Namun elakkan membuat iklan produk di wall rakan-rakan. Iklan ini boleh dikira spam yang mengotorkan wall mereka.

Selain perniagaan, Facebook tempat kita bersosial dan menambah kenalan. Walaupun Facebook mengehadkan jumlah rakan kepada 5,000, namun kualiti rakan lebih penting berbanding kuantiti. Apa gunanya ribuan kenalan yang asyik meninggalkan komen mengecilkan hati di wall. Matlamat bersosial gagal. Semakin lama wall ditatap, semakin hati meluat. Sehubungan itu, kita wajar pastikan wall rakan kita bersih daripada komen negatif dan provokatif. Di sebalik pelbagai impak positif Facebook , terselit kesan negatif. Di Amerika Syarikat, seorang wanita sengaja menukar kenyataan statusnya daripada berkahwin kepada bujang. Hasilnya dia dibunuh kekasihnya. Di Sibu, Sarawak pula, pada pukul 1 pagi hari kejadian seorang lelaki diserang dengan pisau oleh isterinya. Isterinya tiba-tiba naik angin apabila lelaki itu meminta diajar cara membuka akaun Facebook.

Kesannya jualan akhbar dan majalah bercetak terancam. Sebagai bukti, majalah Newsweek yang terbit 80 tahun lalu secara mengejut mengumumkan bahawa edisi bercetaknya akan berkubur mulai 2013. Selain itu, bagi kita yang berminat menceburi bidang usahawan, Facebook menawarkan ruang niaga percuma di pasar maya. Hasil penyelidikan Universiti Rice, Amerika Syarikat terhadap 1,700 responden mendapati Facebook berjaya menaikkan jualan produk. Dalam hal ini Facebook membuka peluang menjual pelbagai produk. Sudah tentu permintaan produk unik seperti kek lapis Sarawak dan ikan terubuk masin dapat dipenuhi. Mula-mula hasilkan laman khas di Facebook. Ambil gambar produk itu. Kemudian muatnaikkannya. Selepas itu tuliskan ‘ayat-ayat cinta’ dengan tujuan promosi di ruangan status. Kemudian tunggu tempahan daripada rakan-rakan yang terliur melihat gambar kek lapis yang tampak lazat. Promosi melalui Facebook juga seolah-olah mengancam peranan iklan di televisyen. Berbanding kosnya yang mencecah belasan ribu ringgit, iklan di Facebook percuma. Sebab itu Paul Dunay, Pengarah urusan Avaya mengatakan bahawa Facebook berjaya mengubah landskap proses pemasaran produk.

Di samping itu, Facebook dapat menyebabkan ketagihan. Laporan Edison Research menyebut 23% peratus pengguna terkena candu Facebook. Buktinya mereka mengakses laman itu sekurang-kurangnya lima kali sehari. Hati rasa gelisah apabila tidak menyemak mesej Facebook. Ketagihan Facebook menjadikan mereka umpama ayam berak kapur.

Selain itu, Facebook menjadikan kita leka terhadap tugas harian. Disangka madu rupa-rupanya racun. Apabila kita tidak senang duduk sepanjang hari selagi tidak dapat mengemaskinikan status Facebook , itu tandanya kita terkena sihir magis Facebook . Justeru bagi menanganinya, tetapkan matlamat kita menggunakannya. Apabila kita tahu kita tidak dapat mengawal diri semasa “ber-Facebook”, penyelesaian berkesan ialah dengan tidak mengaktifkan akaun. Apabila terdengar bisikan, cepat-cepat nafikannya. Lakukan aktiviti luar seperti jogging atau futsal. Sudah tentu kita tidak dapat menggunakan Facebook sambil berlari-lari. Elakkan memasang perisian Facebook di telefon pintar. Kesimpulannya, Facebook berjaya menguasai hidup kita. Impak maksima dapat kita rasai. Maka gunakan Facebook sebaik mungkin. Perlu diingat bahawa Facebook membawa tempias negatif apabila tidak diurus sempurna. Mahu pilih Facebook atau tidak? Tepuk dada tanya iman!

4

Page 5: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Apa itu media sosial atas talian (online) Media sosial adalah satu cara bersosial yang baru dengan menggunakan media online, seperti menggunakan blog, jejaring sosial, wiki, forum dan dunia virtual (sumber Wikipedia). Media sosial sering mendapat tempat pada dewasa ini dan telah mendapat reaksi baik negatif mahupun positif berkenaan kepenggunaannya dan punca kepada tanggan negatif ini adalah kerana kurang pendedahan mengenai media sosial di kalangan golongan lebih tua.

Persepsi yang “membunuh” Golongan muda sering dipersalahkan kerana wujudnya banyak berita palsu dan masalah daripada penggunaan media sosial yang kurang cermat. Hal ini mendorong sesetengah pihak menyeru agar pengguna media sosial mengurangkan penggunaan media tersebut agar semua masalah ini boleh dikurangkan dan dibanteras. Wujud juga seruan sesetengah golongan yang lebih gemar pelbagai sekatan dikenakan ke atas mana-mana media sosial kerana beranggapan sekatan mampu mengekang media sosial dan mengajar penggunanya agar lebih bertanggungjawab. Seruan seperti inilah yang menjadi dalang kepada kemarahan pengguna media sosial yang acap kali mengambil jalan pintas untuk melakukan bantahan dengan menggunakan media sosial yang mereka guna, dan sekaligus mengakibatkan jurang digital antara kedua-dua golongan tua dan muda semakin jauh. Hal ini adalah kerana, kedua-dua pihak saling menunding jari dan cuba

TEKNOLOGI DAN PELAJAR: KAWAN ATAU LAWAN?

Semua pelajar saya mahukan komputer riba 1Malaysia. Ada juga pelajar yang meminta ibu bapa mereka

untuk berbincang dengan pihak sekolah untuk memperolehi komputer riba ini. Program pemberian komputer riba 1Malaysia yang diberi secara percuma ini bagaikan hadiah dari pihak kerajaan. Dalam pada itu, sering kali saya terfikir, adakah hadiah ini merupakan “kawan” atau “lawan” kepada pelajar saya? Sebagai seorang guru, saya dapat lihat banyak kebaikan yang boleh pelajar saya perolehi seperti membuat rujukan mata pelajaran, membuat tugasan dan sebagainya. Ini juga boleh merapatkan jurang digital khususnya dikalangan pelajar luar bandar.

Namun ada di kalangan mereka yang menggunakannya komputer riba ini bagi tujuan lain. Antaranya adalah seperti penggunaan aplikasi seperti Facebook dan lain-lain aplikasi media sosial oleh para pelajar. Saya tidak berkata penggunaan aplikasi sosial ini tidak sesuai untuk pelajar tapi bagi sesetengah golongan muda, mereka sering melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan aib kepada mereka sendiri seperti memuatnaik gambar peribadi yang kurang sopan, menggunakan kata-kata yang tidak sesuai serta melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka. Pada pandangan saya, capaian internet yang mudah melalui penggunaan komputer riba ini ini diibaratkan seperti mancis, ada yang menggunakannya bagi tujuan menyalakan dapur

tapi pada masa yang sama ada yang menggunakannya membakar diri sendiri. Sebagai guru, kami hanya boleh membimbing pelajar-pelajar di bawah kami mengenai penggunaan teknologi maklumat dan Internet secara berhemah tapi masih ada di antara penerima komputer riba ini yang masih memerlukan bimbingan. Saya berharap lebih banyak program-program dan bengkel kesedaran penggunaan medium teknologi maklumat dan Internet yang berhemah dapat dianjurkan untuk para pelajar. Dengan cara ini, para pelajar dan belia secara amnya, akan dibimbing untuk menjadi lebih berhemah dan berhati-hati apabila berada di dalam dunia digital.

menegakkan kepercayaan masing-masing, yang akhirnya tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Media sosial sebagai medium “penyatu” Hakikatnya, penggunaan media sosial, khususnya Facebook , Twitter dan blog boleh membantu mengurangkan jurang digital dan sekaligus mendekatkan lagi masyarakat kita, sekiranya dilakukan dengan cara ‘matang’ dan lebih baik. Hal ini adalah benar kerana semua medium media sosial tidak menekankan umur, jantina, fahaman politik dan agama seseorang yang menggunakannya, tetapi lebih menumpukan kepada informasi yang dikongsi. Hal ini adalah satu perkara yang amat positif kerana maklumat yang dikongsi mampu merapatkan hubungan sesama pengguna media sosial kerana wujud satu ‘common ground’ yang mana akan seterusnya boleh menjadi mangkin kepada merapatkan hubungan komuniti setempat. Sebagai contoh acara seperti “tweet-up kuching” atau dalam ayat pendek #twtupkch yang dijalankan oleh Persatuan Bloggers Sarawak pada tahun lepas telah berjaya mengumpulkan lebih 461 pengguna media sosial atas satu tujuan, yakni bersatu-padu dan pada masa yang sama saling mengenali antara satu sama lain dengan cara lebih rapat.” Sememangnya diakui bahawa golongan yang berumur sering memberi alasan dan memberi respon negatif terhadap pembelajaran penggunaan media sosial yang mana mereka anggap sebagai adalah sesuatu yang mengambil masa, dan sukar dilakukan.

Akan tetapi alasan yang sedemikian juga tidak boleh digunapakai sekiranya mereka sendiri gagal untuk mengambil minat, dan mengambil tahu berkenaan kaedah penggunaan media ini. Sikap golongan muda yang sering enggan mengajar golongan lebih tua juga merupakan satu faktor umum kenapa media sosial sukar difahami oleh golongan lebih tua. Hal ini bertambah buruk apabila mereka yang sanggup menyumbangkan ilmu berkenaan media sosial ini sering kurang sabar ketika memberikan didikan, dan sekaligus mengakibatkan kurangnya semangat dan moral untuk mempelajari sesuatu yang baru itu akan terhapus.

Sanggup “mengiktiraf” Dalam pada itu, adalah penting bagi kedua-dua golongan saling berinteraksi dan saling memahami berkenaan keperluan masing-masing bagi membolehkan media sosial digunakan dengan lebih meluas dan efektif kerana jurang usia bukanlah penghalang utama kepada jurang digital yang sedang dialami, tetapi disebabkan oleh ketidaksanggupan kedua-dua pihak untuk mengiktiraf dan seterusnya memberikan sokonganterhadap keperluan golongan lawan.

DIGITALJURANG

JURANG BUKAN PENYEBAB

Artikel ini disumbangkan oleh saudara Selva Sivanaesvaran, seorang guru yang mengajar di Sarawak

Artikel ini ditulis oleh saudara Cyril Dason, seorang guru dan Pengasas Sarawak Bloggers

• Gambar para ahli “tweet-up kuching” pada tahun lepas 10 Disember 2011. Pada tahun ini “tweet-up kuching” akan diadakan 8 Disember 2012 bertempat di Sarawak Tourism Complex, Kuching.

5

Page 6: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

MEMUPUK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG BERETIKA

Berbeza dengan media cetak, penyebaran maklumat atas talian berlaku pada kadar yang amat pantas

dan media sosial atas talian menawarkan sumber maklumat yang amat meluas. Dengan kewujudan talian jalur lebar, maklumat yang diperolehi bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti kerja seharian, malah ianya membolehkan pengguna di seluruh dunia mengetahui berita terkini. Namun demikian, kesahihan maklumat atas talian khususnya menerusi media sosial seperti rangkaian sosial, blog dan video atas talian sukar untuk dipastikan. Ini adalah kerana kebanyakan maklumat tersebut adalah pandangan peribadi seseorang individu dan maklumat tersebut tidak melalui proses penapisan seperti yang dilakukan oleh media cetak dan elektronik seperti radio dan televisyen.

Etika dalam penyebaran maklumat atas talian Menurut statistik laman web, socialbakers.com, lebih 13 juta rakyat Malaysia aktif menggunakan laman sosial, Facebook.com (Oktober 2012). Daripada jumlah itu, 18 peratus pengguna berumur sekitar 25-34 tahun tergolong dalam golongan belia. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat-maklumat di Internet, kerana ia mampu membentuk pemikiran dan idealogi pengguna, khususnya golongan belia. Walaupun media sosial seperti Facebook, Google+, laman blog seperti Wordpress dan Bloggers, blog-mikro seperti Twitter membolehkan kita berbincang mengenai sesuatu perkara, tetapi pengguna perlu menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut berlandaskan etika dan budaya kita supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Perkara ini telah dinyatakan oleh Dr. Danilo Arao, seorang pensyarah dari University of The Philippines semasa Seminar on Social Media: Promoting Responsible “Netizenship” atau Seminar Media Sosial : Menggalakkan Penggunaan Internet yang Bertanggungjawab, anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak di Kuching pada tahun lepas. Menurutnya, penulis blog dan pengamal media sosial merupakan pihak yang boleh mempengaruhi pemikiran serta anggapan pengguna-pengguna Internet

terhadap sesuatu perkara. Oleh itu mereka harus memberi maklumat berpandukan

“Adakah khabar angin dianggap kanser yang boleh mengugat kewibawaan Internet dan kestabilan masyarakat? Penulis-penulis blog telah mencadangkan agar pihak berkuasa memberi panduan kepada penulis-penulis blog, memberi kesedaran mengenai etika penggunaan media sosial dan perlunya undang-undang untuk penyebaran bahan berunsur fitnah. Sosial media harus dilihat sebagai “jambatan” yang dapat merapatkan jurang generasi dan juga merapatkan jurang antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Ini penting agar masyarakat akar umbi dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan tidak ada yang ketinggalan dalam arus pembangunan.

Penapisan maklumat dan kestabilan sosio-ekonomi Kewujudan undang-undang yang sedia ada perlulah dilihat dari segi sudut positif. Ianya penting untuk dijadikan garis panduan dan juga penanda sempadan antara betul dan salah. Maklumat yang disediakan oleh organisasi media seperti media cetak perlu melalui beberapa peringkat penyuntingan dan kelulusan sebelum maklumat tersebut disiarkan. Bagi pengamal media sosial seperti penulis blog, maklumat yang diterbitkan dalam blog tidak perlu melalui proses tersebut tetapi ianya perlu ditapis mengikut kesesuaian dan sensitiviti maklumat terhadap masyarakat. Kewujudan media sosial dan

blog membolehkan kita untuk berhubung, berkongsi pendapat dan meluahkan perasaan mengenai sesuatu topik. Kegagalan sesetengah pengguna untuk mengawal emosi telah menyebabkan mereka melanggar kod etika penulisan. Karya atau bahan-bahan yang ingin dikongsi bersama atas talian harusnya diteliti terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan dengan sikap yang jujur dan penuh integriti. Penggunaan media sosial dan undang-undang untuk mengawalnya juga perlu dilihat dari segi positif. Seperti mana kita memandu di lebuh raya, pengunaan media sosial perlulah digunakan berdasarkan etika, budaya dan tanggungjawab kita sebagai pengguna Internet.

kepada etika seorang penulis profesional, dengan menyalurkan maklumat yang sahih.

M e n u r u t p e m b e n t a n g a n Dr. Danilo, para penulis blog yang bertanggungjawab perlu memahami bahawa setiap

penulisan yang diterbitkan dalam blog boleh dicapai oleh mana-mana pihak. Oleh kerana itu, penulis perlulah bertanggungjawab terhadap kesannya pada para pembaca, individu atau topik yang disentuh dan juga terhadap masyarakat secara keseluruhannya.

Perkara yang sering dianggap remeh seperti menerbitkan semula bahan-bahan hak milik orang lain tanpa kebenaran dan plagiarisma juga boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas kita, sekiranya kita tidak berhati-hati.

“Be Mindful of What You Post” Dari perspektif undang-undang pula, Profesor Salleh Buang, bekas Peguam Persekutuan di Pejabat Peguam Negara telah mengatakan bahawa kebebasan bersuara melalui blog atau media sosial perlu diimbangkan dengan kekangan dan had undang-undang yang sedia ada. Hal ini mampu mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh menyebabkan ketidakstabilan sosial di negara ini.

Media Sosial: Alat untuk menyebar khabar angin? Selain penulis blog, pengamal media sosial terutamanya pengguna laman sosial tidak terkecuali daripada memastikan paparan maklumat dalam bentuk penulisan, grafik dan multimedia dibuat dengan penuh tanggungjawab. Ini adalah penting kerana sesuatu isu yang dibangkitkan mungkin dianggap sebagai perkara yang remeh tetapi mungkin boleh menyinggung perasaan pihak lain. Kes ini sering kita lihat melalui lakaran kartun yang mencuit hati tetapi pada masa yang sama boleh menimbulkan rasa tidak senang hati bagi sesetengah masyarakat. Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan rangkaian sosial dan blog untuk menyebar maklumat palsu atau memaparkan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya demi untuk kepentingan diri sendiri dan kumpulan tertentu.

Page 7: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

tempatan seperti Sibling, Thieves, Dvine dan juga Heelbent Clothing & Principle. Di samping itu RJ Extreme SkateShop juga turut menawarkan produk import seperti Shake Junt, Girl, Chocolate, Spitfire, Jart dan Antiz. Selain peralatan skateboard RJ Extreme SkateShop juga turut menjual baju dan juga topi yang diimport dari United State, misalnya baju dan topi berjenama Krew, Lakai, Alien Workshop, Supra, Venture dan Baker. Bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka, RJ Extreme SkateShop kini dalam usaha mempelbagaikan produk untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan. Beliau dan rakan kongsinya kini telah menyewa sebuah premis perniagaan untuk memasarkan produk koleksi RJ Extreme SkateShop. Menurut Roy, sasaran pasaran perniagaan mereka adalah para peminat sukan skateboard terutamanya golongan belia dalam lingkungan umur 15 hingga 25 tahun. Hal ini adalah kerana pada kebiasaannya golongan belia pada tahap umur ini lebih cenderung terhadap aktiviti ataupun sukan lasak misalnya skateboard. Oleh yang demikian, pemilihan tren promosi melalui media sosial adalah langkah bijak yang telah digunakan oleh Roy dan rakan-rakannya dalam mengendalikan RJ Extreme SkateShop. Hal ini adalah kerana pada kebiasaannya golongan belia pada umur ini juga cenderung untuk melayari media sosial untuk mendapatkan maklumat berkenaan minat mereka.

Selain itu, RJ Extreme SkateShop juga telah beberapa kali menjadi penaja hadiah kepada pertandingan sukan skateboard yang dianjurkan di sekitar Kuching. Di samping menjual peralatan sukan skateboard Roy melalui RJ Extreme SkateShop, Roy dan rakan-rakan perniagaannya juga

turut menjadi pengedar majalah Popper majalah tempatan berkenaan sukan skateboard. Anak muda tempatan ini bercita-cita tinggi untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan beliau bukan hanya secara online. Dalam masa yang sama, beliau juga akan sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan demi menyumbang kepada komuniti.

AGRIBAZAARberinteraksi antara satu sama lain.

Komunikasi adalah penting dalam m e m b a n g u n k a n dunia pertanian. Semakin ramai orang menggunakan laman “Agribazaar” ini, maka semakin ramai orang akan disatukan untuk memperkembangkan sektor ini dan lebih banyak untung akan diraih untuk sektor pertanian dan juga negara. Sektor pertanian akan kekal sebagai salah satu teras ekonomi dan pemangkin kepada perkembangan pengeluaran Negeri Sarawak. Kita berharap agar para belia terutamanya para graduan lepasan pusat pengajian tinggi awam dan swasta termasuk institusi latihan kerajaan yang lain dan para pelajar lepasan sekolah memilih menceburi bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Belia perlu merebut peluang dan bijak menggunakan kemudahan yang ada untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dan juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri ini. Adalah diharapkan bahawa dengan peluang yang terbuka kepada semua pihak dalam sektor pertanian, masyarakat terutamanya golongan belia akan lebih bersemangat dalam membantu membangunkan sektor pertanian negara pada masa hadapan.

Sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada bidang ekonomi yang strategik, bukan sahaja kerana hasil kekayaan semulajadi tetapi juga kerana potensinya untuk memastikan pembangunan lebih seimbang di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Sektor pertanian mampu menawarkan pelbagai peluang perniagaan yang menguntungkan baik di peringkat pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian. Melihat kepada pentingnya peranan sektor pertanian kepada ekonomi negeri Sarawak, maka satu transformasi yang ketara dan menyeluruh perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada peringkat pengeluaran sehingga ke pemasaran hasil tani. Aspek pemasaran merupakan salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh golongan petani untuk memasarkan produk mereka. Kewujudan orang tengah atau dikenali dengan pemborong menyebabkan hasil yang diterima adalah kurang. Disebabkan tiada pilihan lain maka sistem pemborong masih diamalkan. Namun kini amalan tersebut telah berubah dan sejajar dengan perkembangan

PERNIAGAAN ONLINE: MENCEBURI DUNIA KEUSAHAWANAN KERANA SUKAN KEGEMARAN

Roy Augustine, 30, adalah pengasas kepada RJ Extreme SkateShop. Roy memulakan perniagaan berkaitan sukan papan selaju (skateboard) semenjak Jun 2011. Bermula dengan minat dan hobi bermain skateboard yang sangat mendalam ianya mendorong Roy berkongsi minat bersama dua orang rakan beliau iaitu Jeffery Kelimbang dan Fidelis dengan memulakan perniagaan secara kecil kecilan secara online iaitu melalui laman sosial Facebook. Mereka telah menyedari peluang perniagaan barangan tersebut kerana kurangan peniaga dan juga pembekal barangan sukan skateboard adalah terhad terutamanya di negeri ini. Dengan hanya mengunakan modal perniagaan sebanyak RM1500, Roy telah memulakan perniagaan RJ Extreme SkateShop. Di mana produk yang ditawarkan oleh RJ Extreme SkateShop adalah terdiri daripada produk jenama

Dalam kesibukan menceburkan diri dalam perniagaan, pengasas RJ Extreme SkateShop ini juga turut melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan. Misalnya, beliau telah telibat sebagai sukarelawan dalam program “Skate4Community” yang telah dianjurkan oleh pihak AZAM Sarawak. Kini beliau juga telah menjadi salah seorang daripada ahli kelab Persatuan Papan Selaju Kuching iaitu lebih dikenali sebagai SD Skateboarding Club.

teknologi Internet tanpa sempadan, kini semua aktiviti harian boleh dilaksanakan hanya menggunakan hujung jari termasuklah urusan jual beli dan pengiklanan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Mimos Berhad telah menyediakan infrastruktur berasaskan Internet telah dirasmikan pada Jun 2004 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bertujuan untuk memudahkan pengeluar dan pembekal mempromosi dan memperdagangkan hasil pertanian mereka. Dikenali sebagai AgriBazaar yang diwujudkan bagi menyediakan infrastruktur Internet dan landasan untuk pembeli dan penjual mengumpul serta melakukan transaksi perniagaan mereka dengan lebih pantas. AgriBazaar juga menjadi satu medium alternatif bagi aktiviti promosi dan urusniaga produk berasaskan pertanian.

Melalui sistem online ini, boleh dilawati di http://www.agribazaar.moa.gov.my di mana penjual dan pembeli akan dihubungkan secara terus tanpa melibatkan orang tengah sekali gus dapat menghapuskan kos yang biasa dikenakan oleh mereka dan produk pertanian dapat dijual pada harga yang lebih rendah.

Kewujudan landasan tersebut pastinya memberi impak yang besar kepada industri pertanian kerana ia membolehkan peruncit, pemborong, pengumpul, pengedar, petani, pengeksport dan pengimport dapat

Page 8: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

• Ezra Tekola, seorang pemain Sape muda yang begitu meminati dan menghargai keunikan alat musik tradisional. Di hujung sekali (kiri), Adruce Azman, ketua kumpulan SonarTribal ketika Konsert Ekspresi Belia yang merupakan salah satu aktiviti pada malam hari yang menampilkan pemenang-pemenang “Tribal Music Boot Camp” di kalangan pelajar SMK Subis untuk membuat persembahan mereka.

• Salah seorang sukarelawan AZAM dan juga penyanyi muda tempatan Ir Razi memberi motivasi kepada peserta muda semasa sesi “Tribal Music Bootcamp”.

• Belia muda yang mula berjinak-jinak dengan sukan papan selaju. “Skateboarding” merupakan salah satu sukan yang boleh mengajar para belia untuk meningkatkan keyakinan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

• “Skate4Community”, mengajar para belia SMK Subis menggunakan papan selaju, bengkel ini dikendalikan oleh SD Skateboarding Club Association dan beberapa orang pemain papan selaju dari Miri, Nexy’s Skateboarding Club.

8

Page 9: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

• Keistimewaan pemain papan selaju wanita yang jarang kita lihat berbanding belia lelaki, saudari Elizabeth menunjukkan cara-cara bermain papan selaju kepada pelajar wanita ini dan mendapat sambutan yang hangat dikalangan pelajar wanita yang ingin mencuba suatu sukan yang baru bagi mereka.

Belia Niah• 23 SEPTEMBER 2012

• Irama rentak kreatif yang merupakan kreativiti para belia SMK Subis yang menghasilkan musik dari barangan terpakai dan boleh dikitar semula seperti botol minuman, baldi, kayu dan yang paling menarik adalah talam aluminium bagi meletakkan makanan harian mereka ketika di kantin asrama.

• Kemesraan Yang Berhormat Puan Rosey Binti Yunus, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak (tengah) bersama-sama para belia SMK Subis ketika Konsert Ekspresi program “Gegaran Belia Niah”. Turut serta Encik Mohammad Ariff (kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penglibatan Belia AZAM Sarawak, Kapitan Jong Kui Lian (kanan bersebelahan YB Puan Rosey) dan Pegawai Tadbir Daerah Niah, Encik Awang Mohammad Bin Awang Sahdan (kanan bersebelahan dengan Kapitan).

• Muzik mampu menjadi penghubung para belia bandar dan luar bandar, minat dalam seni muzik ini membolehkan sukarelawan belia AZAM , salah seorang sukarelawan program “Tribal Music Bootcamp” berkongsi ilmu dan teknik bermain Sape di samping memberi motivasi kepada kumpulan belia ini. Selain minat yang mendalam bagi mempelajari alat muzik tradisional ini juga merupakan salah satu usaha belia-belia masa kini untuk memelihara keunikan budaya dan warisan tradisional pada zaman moden kini.

GEGARAN

9

Page 10: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

41% daripada penduduk negeri Sarawak merupakan golongan belia yang berusia antara 15-41 tahun iaitu 1.01 juta.

Daripada jumlah tersebut, 58% adalah belia yang berada di kawasan bandar manakala 42% lagi belia adalah di luar bandar.

Sebagai belia yang dilahirkan di alaf baru ini sememang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang semakin berat dan mencabar bukan sahaja untuk berjaya dalam meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga malah kita juga bertanggungjawab terhadap kehidupan masyarakat sekeliling dan juga bertanggungjawab dalam meneruskan agenda pembangunan di negeri kita Sarawak ini. Adakah kita sebagai belia alaf baru telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut??? Perhatikan sejenak, adakah sikap kita selama ini membolehkan kita menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri? Cuba tanyakan diri sendiri, adakah ini yang terbaik boleh saya lakukan?. Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik?. Sebenarnya tiada yang menghalang kecuali diri kita atau diri anda sendiri.

PEMBANGUNAN MENUNTUT HUBUNGAN INTERAKTIF DI ANTARA AGEN PEMBANGUNAN DAN BELIA

Dalam perlaksanaan program pembangunan belia terdapat lapan elemen penting yang cuba diterapkan dalam program pembangunan belia negeri misalnya pendidikan, sukan, kesukarelaan, kesenian dan kebudayaan termasuk tiga lagi elemen yang sangat dititikberatkan pada masa kini iaitu keusahawan, kemahiran teknikal dan juga inovasi. Penekanan terhadap elemen-elemen ini amat penting dalam usaha memperkasakan pembangunan belia negeri ini.

Menyedari akan keperluan tersebut maka baru-baru ini Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan landasan untuk para belia dengan menganjurkan program GOVnU : Youth as Partner in Development dengan matlamat agar golongan belia akan lebih memahami peranan dan fungsi setiap agensi kerajaan yang terlibat pembangunan negeri kita ini. Memahami dasar-dasar kerajaan adalah amat penting kerana ia membantu kita mendapatkan gambaran yang jelas mengenai agenda pembangunan seterusnya membolehkan kita untuk menyebarkan maklumat pembangunan yang tepat kepada golongan masyarakat yang lain. Dengan adanya pengetahuan mengenai fungsi kerajaan dan agen pembangunan yang lain, para belia ini diharap agar mampu untuk menjadi penyumbang atau rakan kongsi dalam menganjurkan acara bermanfaat yang boleh membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berkebolehan pada masa akan datang.

Di samping itu terdapat tiga teras pelaksanaan program belia iaitu Y2 Youth Engagement di mana program tersebut akan melibatkan belia di kesemua peringkat, seterusnya Y2G Government Engagement iaitu program yang memerlukan penglibatan belia sebagai rakan kongsi dalam perancangan, pelaksana dan menilai program yang dianjurkan. Y2C Community Engagement di mana para belia perlu melibatkan diri dalam melaksanakan program bersama komuniti.

Melalui pembentangan daripada pihak Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sarawak mengambil bahagian dalam program ini di mana, Encik Bujang Budin, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Belia) telah berkongsi mengenai program-program pembangunan belia negeri Sarawak. Menurut beliau, KPS Sarawak telah merancang dan melaksanakan program kualiti dengan

tujuan untuk melahirkan belia yang bersemangat dinamik. Tambahan beliau lagi pihak mereka memerlukan penglibatan dan sumbangan idea daripada para belia dalam merancang Program Pembangunan Belia dalam mencapai Wawasan 2020. Menyediakan program pembangunan belia yang dinamik merupakan persiapan dalam mengorak langkah mencapai Agenda Pembangunan Negeri.

Belia sebagai pemangkin dan agen perubahan melalui pembangunan SCORE.

Melalui program GOVnU: Youth as Partner in Development tersebut, para peserta yang terdiri daripada golongan belia yang masih menuntut di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi juga telah berpeluang mendengar pembentangan kertas kerja berkenaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) daripada

• Peserta program GOVnU bersama pihak penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM

Sarawak, YBhg. Datu Aloysius Dris dan Encik Bujang Budin dari Kementerian

Pembangunan Sosial Sarawak (Bahagian Belia).

10

Page 11: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Encik Buckland Bangik iaitu Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Melalui pembentangan kertas kerja tersebut, beliau telah memberi gambaran mengenai perkembangan SCORE pada masa kini. Matlamat Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) ditubuhkan adalah untuk memacukan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sarawak dan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di negeri ini.

Menurut beliau pembangunan SCORE memerlukan penglibatan yang kritikal daripada semua pihak terutamanya golongan belia negeri kita agar telibat sama dengan mengambil bahagian seterusnya sama-sama mengambil peluang dalam pembangunan ekonomi tersebut bukan sekadar menjadi pemerhati kepada pembangunan tersebut. Hal ini kerana SCORE yang merupakan peneraju masa depan Sarawak menjelang 2020. Kini pelaksanaan SCORE telah mewujudkan banyak peluang keusahawanan serta peluang pekerjaan dari segi tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

Dari segi keperluan tenaga kerja pula di jangka permintaan dari SCORE akan melebihi penawaran dan dalam jangka pendek, Sarawak masih memerlukan tenaga kerja asing untuk menampung keperluan. Maka belia perlu mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam kerja-kerja teknikal. Kita perlu mempertingkatkan pembangunan modal insan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Peluang keusahawanan pula memberi ruang kepada golongan belia untuk menggunakan kreativiti bagi merebut peluang dalam meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan pekerjaan sebaliknya kita boleh membina kerjaya sendiri dengan menjadi majikan kepada diri sendiri.

Semai semangat kesukarelaan, menyumbang bakti kepada komuniti

Puan Kartina Zamhari, Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam usaha DBKU membantu meningkatkan taraf hidup bukan sahaja daripada aspek pembangunan fizikal malah pembangunan sosial turut dititikberatkan. Misi DBKU ialah untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif, penglibatan wargakota dan penyampaian perhidmatan terunggul. Pelbagai program dan aktiviti sosial seperti Kejiranan Mesra, Let Share the Road, program Berambeh Bergendang, Earth Hour, Musical Sunday dan sebagainya telah diadakan bagi meningkatkan kehidupan sosial masyarakat setempat terutamanya di bawah bidangkuasa pihak DBKU. Menurut beliau lagi, pihak DBKU memerlukan sokongan dan penglibatan daripada generasi muda secara sukarela untuk bersama-sama dalam usaha perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang yang berkonsepkan kesukarelaan atau volunteerism.

Belia kreatif, inovatif dan dinamik

Peserta program GOVnU: Youth as Partner in Development bukan sahaja mendengar perkongsian m a k l u m a t d a r i p a d a agensi yang berkenaan namun mereka turut terlibat dalam aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti tersebut para peserta telah dibahagikan dalam kumpulan dinamik bagi tujuan membincangkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan proses pembangunan. Melalui perbincangan kumpulan tersebut, para belia telah berpeluang untuk memberi pandangan dan menyumbang idea mengenai tindakan yang perlu dititikberatkan dalam usaha menangani sebarang isu dan juga masalah yang berlaku.

Daya kreativiti para peserta telah ditampilkan melalui persembahan

sketsa dan juga pembentangan kumpulan mengenai isu-isu yang telah mereka bincangkan. Melalui pembentangan dan juga persembahan tersebut, para peserta telah berupaya membayangkan dan cuba meletakan diri mereka dalam situasi sebenar sebagai pihak bertanggungjawab sekiranya masalah dan juga isu-isu yang telah dibincangkan itu berlaku.

Adalah diharapkan agar melalui usaha ini, kita sebagai belia tidak seharusnya selesa dengan keadaan yang ada sekarang sebaliknya kita harus terus berusaha agar usaha pembangunan akan berterusan untuk generasi belia yang akan datang.

11

Page 12: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

MINAT MEMBAWA KEPADA INSPIRASI BELIA SARAWAKPernahkah anda mendengar mengenai 4 nama penghibur tempatan kita yang merupakan kumpulan anak-anak jati Sarawak ini? SonarTribal, ReadySteadyGo, Aysraf Hardy dan The Sharpest.

Mereka ini adalah di antara belia yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai medium untuk berhubung dan mempromosikan perkembangan terkini mereka.

Para belia ini telah melibatkan diri secara langsung dengan Program Belia AZAM, bermula dengan Pelancaran Program “Young Souls & the City” serta “Gegaran Belia” untuk bahagian Kuching dan Miri.

MINDA POSITIF:

Mungkin ramai juga di kalangan belia kita yang meminati lagu-lagu Rap (lagu yang bernada berbicara tetapi dengan irama yang laju) telah mengenali Asyraf Hardy. Pada permulaannya agak sukar bagi beliau memulakan jejaknya dalam dunia hiburan, kini beliau boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadi seorang penyanyi Rap sudah tercapai. Namun perjalanan bukan setakat untuk bergelar seorang artis tetapi juga untuk membantu memberikan semangat dan berkongsi pengalamannya bersama-sama para belia lain iaitu ketika program “Gegaran Belia Niah”. Asyraf Hardy turut bergabung dengan kumpulan SonarTribal dalam persembahan mereka di mana persembahan duet mereka akan digelar sebagai SonarInstinct.

ReadySteadyGo (RSG), pemuzik berkumpulan yang bergiat aktif dalam persembahannya di sekitar Bandar Raya Kuching antaranya Hitz.fm Kuching Birthday Invasion yang telah berlangsung baru-baru ini. RSG ini juga telah terlibat secara langsung

dengan program Pembangunan dan Penglibatan Belia AZAM Sarawak pada awal tahun ini iaitu bersempena dengan Majlis Pelancaran salah satu Program Belia AZAM iaitu program “Gegaran Belia” dan telah membuat persembahan di “Absolute Youth Quake Concert” di Kuching pada bulan May 2012 dan juga di Miri pada bulan Jun 2012. RSG adalah sebuah band tempatan yang telah wujud semenjak Ogos 2008. Ahli-ahlinya terdiri daripada Kadak, Marky, E-Jump, Kurty dan Charles yang merupakan 5 orang belia tempatan yang berbakat besar dalam dunia hiburan dengan genre lagu Power pop mereka.

http://www.facebook.com/SonarTribalhttps://twitter.com/sonartribal

http://www.facebook.com/asyrafhardyhttps://twitter.com/asyrafhardy

http://www.facebook.com/pages/The-Sharpesthttps://twitter.com/theresharpest

S o n a r Tr i b a l , sebuah nama yang tidak asing lagi bagi seluruh k o m u n i t i U n i v e r s i t i M a l a y s i a S a r a w a k ( U N I M A S ) . Sonar Tribal merupakan suatu projek berasaskan muzik dalam membangunkan masyarakat di samping mempromosikan budaya melalui seni muzik kreatif.

SonarTribal merupakan pemenang tempat kedua pertandingan akhir “DIGI Challenge for Change 2011” yang lalu dan mengatasi kumpulan lain dari seluruh Malaysia.SonarTribal juga merupakan sebahagian belia sukarelawan AZAM dan telah terlibat dalam menjayakan program “Gegaran Belia Niah” pada 23 September 2012 lalu iaitu “Tribal Music Bootcamp” yang telah memberi menyampaikan ceramah motivasi dan mengajar sesi bengkel muzik kepada pelajar-pelajar SMK Subis. Objektif program ini adalah untuk meneroka peluang pembangunan diri bagi menjamin masa depan yang cerah dan berbakti kepada masyarakat dengan memperkukuhkan keharmonian sosial, meningkatkan kualiti hidup serta memelihara

warisan budaya dan menjaga alam sekitar. Diketuai oleh Adruce Azman dan ahli-ahlinya terdiri daripada Razali, Saiful, Ezra Tekola dan ramai lagi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan SonarTribal ini.

SonarTribal

The Sharpest, pemuzik berkumpulan yang dianggotai oleh empat anak muda, Xee, Mohd Hafiz, Mohd Zaqwan dan Amey. Mereka memperjuangkan muzik alternatif moden dengan menerapkan nilai-nilai kebaikan, kerohanian dan kesedaran di dalam karya muzik mereka, misalnya memandang berat terhadap masalah penglibatan belia di negeri ini dengan gejala dadah dan berharap suatu hari nanti mereka dapat berkarya sambil menyampaikan mesej yang berguna terhadap golongan belia yang sebaya mereka. The Sharpest telah terlibat secara langsung dengan program belia AZAM ketika majlis pelancaran “Young Souls & the City” dan “Gegaran Belia”, Miri.

Mereka telah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan seperti Juara Battle of the Band (BOTB) Politeknik Mukah, Juara Karnival Malam Nostalgia BOTB 2012, Juara Kaul Music Fest 2012, Juara 1Malaysia Sibu Base Jump BOTB dan baru-baru ini telah memenangi BOTB Pesta Konvo Unimas. Antara lagu popular mereka ialah Propaganda yang telahpun menembusi Carta radio tempatan sekaligus melayakan mereka untuk dicalonkan sebagai Artis Paling Popular XPAX 2012 dalam Anugerah Carta Borneo Era 2012. Mereka juga telah tersenarai dalam sebuah laman sesawang antarabangsa reverbnation iaitu sebuah laman sesawang yang mengumpul data dan maklumat kumpulan-kumpulan muzik dari seluruh dunia.

Asyraf Hardy

12

Page 13: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Pada tahun 2012 AZAM meneruskan lagi pelbagai program belia AZAM yang berkenaan pembangunan dan penglibatan belia. Seiring dengan hasrat kerajaan untuk memupuk bandar raya dan bandar-bandar utama menjadi lebih meriah, hidup dan masih menyelitkan unsur budaya dan tradisi walaupun ke arah kemajuan yang pesat, AZAM telah dan akan menjalankan pelbagai program dan aktiviti-aktiviti khas untuk para belia melalui 2 program utamanya iaitu “Young Souls & the City” bagi belia di sekitar kawasan Bandar dan juga “Gegaran Belia” untuk belia di kawasan luar bandar. Program-program ini menyediakan landasan kepada para belia untuk melibatkan secara aktif dalam program pembangunan belia yang merangkumi pelbagai aspek ini. Antara aspek tersebut adalah motivasi belia untuk memperkasakan pembangunan belia dan penglibatan mereka dalam pelajaran melalui sesi perbincangan terhadap isu-isu

semasa, lawatan sambil belajar, ceramah mengenai industri kreatif dan inovatif, ekspresi berkenaan dengan minat para belia seperti mengenengahkan konsep masyarakat prihatin, peka kepada alam sekitar, kebudayaan tradisional iaitu melalui pembentangan berkumpulan, pembacaan puisi, bernyanyi, berlakon dan sebagainya. Di samping itu, belia AZAM ini turut memasukkan aspek sukan seperti Pertandingan serta klinik Papan Selaju. Secara langsungnya juga, program AZAM ini dilihat sebagai peluang untuk mengenengahkan bakat-bakat belia berdasarkan minat mereka seperti muzik, nyanyian, tarian dan seni lukis. Input dan idea daripada belia amatlah penting dalam memastikan pendekatan program belia yang berkesan. Oleh itu, belia sering diajak berbincang dari masa ke masa untuk memastikan objektif dan mesej akan sampai kepada para peserta program belia AZAM.

• Younite Against Crime (Miri)

• “GOVnU: Youth as Partner in Development”

BIL AKTIVITI TARIKH LOKASI

1. Kuching Youths Day Out 31 Mac 2012 Kuching

2.Perasmian Program “Young Souls & the City”, Kuching

26 Mei 2012 Kuching

3. Younite Against Crime (Kuching) 26 Mei 2012 Kuching

4.Perasmian Program “Gegaran Belia” (Kuching)

26 Mei 2012 Kuching

5.Perasmian Program “Young Souls & the City” dan Program “Gegaran Belia”, Miri

15 Jun 2012 Miri

6 Younite Against Crime (Miri) 15 Jun 2012 Miri

7. “Post-Gawai Showcase in the City” 6 Julai 2012 Kuching

8.“Soul2soul 1.0-Multi-Religious Forum on Fasting from Youth’s Perspective”

8 Ogos 2012 Kuching

9.“Gegaran Belia Niah” : Tribal Music Bootcamp, Skate4Community dan Konsert Ekspresi Belia

23 September 2012

Niah, Miri

10.Youth Leadership Bootcamp & Senior Staff Retreat 2012

12-14 Oktober 2102

Kuching

11.“GOVnU: Youth as Partner in Development”

24 Oktober 2012

Kuching

12.“Gegaran Belia Kapit” : Tribal Music Bootcamp, Skate4Community dan Konsert Ekspresi Belia

10 November 2012

Kapit

• “Post-Gawai Showcase in the City”

• Younite Against Crime (Kuching)

• Perasmian Program “Gegaran Belia” (Kuching)

• “Soul2soul 1.0-Multi-Religious Forum on Fasting from Youth’s Perspective”

• “Gegaran Belia Niah” : Tribal Music Bootcamp, Skate4Community dan Konsert Ekspresi Belia

• Youth Leadership Bootcamp & Senior Staff Retreat 2012

• Perasmian Program “Young Souls & the City”, Kuching

13

PROGRAM BELIA AZAM 2012SEPINTAS LALU

• Kuching Youths Day Out

Page 14: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

MERI PANGKA TI BESAI

Ubah tauka ‘revolusi’ ti datai ari Facebook dalam taun 2004 udah mujur ngubah gaya pengidup kitai. Kenyau ari nya Facebook majak pegari nama. Diatu

Facebook nyadi ‘laman sosial’ ti pemadu dikerinduka dalam dunya tu. Ari nembiak bekulit burak di restoran ‘Starbucks’ di Broadway, New York nyentukka nembiak ‘Kulit sawo matang’ di restoran Sugar Bun di Satok, Kuching. Diatu kitai ukai semina ngerembaika penerang enggau berita ngena Facebook . Kitai mega gawa enggau berdagang sambil ningkap nunga Facebook . Beratika ulah orang ti gian Facebook , kitai nanya diri empu. Nama jayau ti bisi ba Facebook ti ngasuh kitai tetarit ati? Sebedau Facebook , dalam taun 2003 MySpace nyadi buah kenang orang ditangkan Twitter dalam taun 2006. Enggai alah mega nangkan ke nya, pansut ga Google. Penatai Google dalam taun 2011 siti ari cara kena nyekat pemansang Facebook . Facebook ditengkebang Mark Zuckerberg siku pelajar ba University Harvard, Amerika Syarikat semina dikena antara sida sekaban ba kampus. Udah nya baru ‘laman sosial’ nya dikerembaika ngagai pelajar ba Universiti Yale enggau Massachusetts Institute Of Technology (MIT). Nadai kitai nyangka, asil barang ti digaga ba bilik asrama nya, diatu tau nempa cerita lama (sejarah). Kena pagi 14 September 2012, ti chelap ba Jalai Willow, Menlo Park, California, Facebook madahka penyampau pengguna iya manggai 1 bilion iku. Enti sema Facebook disebaka ke enggau menua ti ‘berdaulat’, iya ngembuan rayat ti ketiga pemadu mayuh (nangkan China & India). Jauh ninggalka Amerika Syarikat ti ngembuan 313 juta iku. Diatu 600 juta iku orang ti ngena Facebook, akses Facebook ngena talipon binching duduk

ba sofa sambil ngirup lemai makai cakoi tauka goreng pisang. Ukai naka nya aja, ba sebengkah penerang dalam surat kabar, Mark Zuckerberg madahka “juluk ati iya dudi hari ila ka meda semua orang dalam dunya tu, ti apin muka akaun Facebook ulih selampul ngena Facebook ”. Pekara tu, tau diambi kitai nyadika peransang. Iya siku nembiak ti enda kala terpantup ati. Taja ulih narit 1 bilion iku orang ti ngena Facebook tang iya ingin ke pemujur ti lebih besai. Berebak enggau nya, nitihka statistik, pupu rata umur orang ti ngena Facebook , iya nya nembiak ti beumur 22 taun. Sida sanggup (enda ibuh dibayar) ‘download’ 219 bilion kepin gambar. Sida masang 62.6 juta iti lagu lalu penyuah iya 22 bilion kali, sama enggau 210, 000 taun enda ngetu. Taja pan Facebook endur alai nembiak berandau sereta betanya ke berita ngagai pangan diri, statistik dalam bulan Februari 2009, ‘Segmen Pengguna Facebook

’ ti pemadu mayuh iya nya orang indu ti beumur tuai ari 55 taun. Sida enggai tinggal maca ‘status’ kaban ti serambau enggau sida. Sida mega enggai dikumbai orang agi idup maya jeman Pak Kadok. Di Malaysia, statistik Oktober 2012, ngayanka lebih separuh rayat Malaysia bisi ngembuan akaun Facebook . Tebal agi sida beumur 18-24 taun. ‘Laman Upin’ & Ipin iya nya ‘laman’ ti pemadu tebilang, ngembuan lebih 6 juta iku peminat. ‘Laman selebriti’ Lisa Surihani, Zizan Raja Lawak enggau Scha Alyahya antara lima ‘laman’ ti pemadu atas dalam carta ke ngembuan peminat ti pemadu mayuh.

Tanggungpengawa Facebook, iya nya nyadi ‘platform’ alai ngerembaika berita ti pemadu jampat sereta muntang. Apin sempat berita nya ditaburka ba televisyen enggau radio tang berita nya udah ayan dalam Facebook ari pemberita ti enda ‘rasmi’. Enda ibuh dipinta, berita ti pemadu baru pasal penyekut jalai alun, pengawa bejual murah sereta model talipon binching ti pemadu baru, bisi magang diayanka bala kaban Facebook. Tempias iya, surat kabar enggau majalah majak enda laku. Bukti iya majalah Newsweek ti dicelak kenyau 80 taun ke udah, madahka sida deka ngetu nyelak majalahnya berengkah ari taun 2013.

•Penengkebang... Mark Zuckerberg enggau bala kaban iya bekunsi penemu ngaga Facebook (ari Wikipedia)

Page 15: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

Kelimpah arinya, ngagai orang ti rindu nguji kediri dalam pengawa dagang, Facebook meri peluang alai kitai ngelakuka dagang percuma di ‘Pasar maya’ (dalam internet). Pansik Universiti Rice, Amerika Syarikat ari 1,700 iku responden terang bendar ngayanka Facebook perengka ti manah kena ngelakuka barang. Tu ngayanka Facebook muka peluang alai nyual mayuh bansa barang. Enggau nya, peminta ngagai produk ti nyelaie baka kek lapis Sarawak enggau ikan terubuk masin deka majak mayuh. Keterubah iya gaga ‘laman khas’ di Facebook. Ambi gambar produk / barang nya. Udahnya ‘download’, lalu tulis ‘jaku ti bebungai’ kena promosi ba ‘status’. Anti aja bala kaban ti mesan udah sida meda penyamai kek lapis dalam gambar. Ngelakuka barang ngena Facebook meri tempais besai ngagai iklan di televisyen, ketegal kos iya ti nyau manggai berbelas ribu ringgit tang iklan di Facebook pecuma. Nya kebuah Paul Dunay, Pengarah Urusan Avaya madahka Facebook mujur ngubah cara sida ngelakuka barang.

Kelimpah ti meri peluang ngelakuka barang enggau percuma, bisi mega ‘fungsi page’, ‘group’ enggau ‘event’ ti ulih mantu kitai, enti dikena enggau meruan. Anang masang iklan produk ba ‘wall’ bala kaban. Iklan nya dikumbai ‘spam’ semina ngamahka ‘wall’ sida.

Kelimpah kena berdagang, Facebook endur kitai berandau sereta ngiga kaban. Taja pan Facebook ngeletak penyampau kaban semina 5000 iku, tang kualiti kaban lebih beguna enti dibandingka enggau pemayuh (kuantiti) kaban. Nama guna ngembuan kaban ti mayuh enti semina mansutka komen ti tau nelihka ati kitai ba ‘wall’. Tuju kitai ti ka berandau sereta betanyaka berita enggau pangan diri deka puntan!. Makin lama ‘wall’ dipeda ngujungka ati makin pedis. Ari nya, kitai patut nentuka ‘wall’ kaban kitai nadai ngembuan komen ti jai (negatif) sereta ngasuh ati ringat (provokatif).

T a j a Facebook tu mayuh mai pemanah (positif), tang bisi mega iya ti enda manah (negatif). Di Amerika Syarikat, siku indu ti udah belaki sengaja nukar penerang tauka ‘status’ iya nyadi orang bujang / dara. Ketegal nya, iya dibunuh pangan lelaki iya. Di Sibu, Sarawak, pukul 1 pagi, siku lelaki di serang bini iya ngena pisu, ketegal bini iya ringat enggai ngajar laki iya muka akaun Facebook .

Berebak enggau nya, Facebook tau ngasuh gian. Riport Edison Research ngayanka 23 peratus pengguna Facebook nyadi gian. Bukti iya, sida akses laman Facebook, pemadu kurang lima kali sehari. Ati tusah enti enda meda mesej dalam Facebook. Sida ti gian Facebook, enda nyalah-nyalah baka sempama manuk ‘berak kapur’.

Kelimpah ari nya, Facebook tau ngasuh kitai terunda-runda / limpang ngereja pengawa kitai besari-sari. Dikumbai madu nemu nya racun. Bisi sekeda enda terenah duduk sepemanjai hari, seagi apin bisi peluang ‘mengemaskini status Facebook ’, nya tanda kitai kena pukau Facebook .

Kena mutarka penanggur nya, tentuka tuju kitai ngena iya. Enti sema kitai nemu diri empu enda ulih nagang diri maya “ber-Facebook ”, cara ti pemadu manah, tejuka akaun nuan enda aktif. Gaga aktiviti bukai baka jogging tauka main futsal. Anang masang perisian Facebook dalam talipon binching. Simpul, Facebook mujur ngubah gaya idup kitai baka ti diasai kitai kemaia haritu. Nya alai kena meh Facebook enggau betul. Anang enda ngadang laban Facebook tau mai tempias ti enda manah, enti nadai atur ti meruan. Ka ngena Facebook tauka enda ? Tempap dada tanya ati !

Page 16: Upa jilid 8 no2 2012   belia di era media sosial

3. “Roti Canai Goreng”, yang mempunyai rasa unik boleh didapati di Bahagian Kapit dan jarang didapati di tempat lain.

TAHUKAH ANDA........?

12

4

56

http://www.facebook.com/groups/azaminfo/ dan Twitter AZAM di @azamsarawak.

2. Jumlah pengguna Facebook kini mencecah 1 bilion orang jika diumpamakan negara berdaulat, jumlah penduduknya adalah ketiga tertinggi di dunia selepas Negara China dan India.

• Logo Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM SARAWAK)

4. 1AZAM adalah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala AZAM Sarawak adalah badan bukan kerajaan yang bertempat hanya di Sarawak.

5. Persatuan Bloggers Sarawak (Sarawak Bloggers Society) telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 September 2012

http://twitter.com/swkblogshttp://fb.com/sarawakbloggers

6. Persatuan Papan Selaju Kuching (Spoil Devils) telah ditubuhkan secara rasminya pada 8 Oktober 2012.

http://www.facebook.com/groups/spoildevils/http://www.twitter.com/spoildevilsYoutube Channel: spoildevils tv

11. Bahawa generasi belia kini

dikenali sebagai generasi-i

(internet) atau i-generation

kerana kemunculan teknologi

internet yang begitu menguasai

minda generasi kini.

16