era transformasi pertanian sarawak

48

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Era Transformasi Pertanian Sarawak
Page 2: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Era Transformasi Pertanian Sarawak Tahun 2030YB Datuk Amar Douglas Uggah EmbasTimbalan Ketua Menteri SarawakMenteri Kewangan IIMenteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

Pertanian moden akan meningkatkan produktiviti dan kualiti produk pertanian. Pertanian pada skala komersial akan mampu menarik penyertaan sektor swasta yang lebih besar dari segi pelaburan modal, pengurusan moden, teknologi terkini dan akses pasaran yang luas.

Beberapa inisiatif utama perlu dilaksanakan. Inisiatif pertama, mengukuhkan keupayaan modal insan untuk melahirkan petani berpengetahuan luas dari segi kepakaran teknikal, perniagaan dan pemasaran.

Inisiatif kedua, memperluas rangkaian pemasaran melalui hub perdagangan, menaik taraf sistem pengangkutan dan logistik serta memperluas dan menaik taraf Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) yang lengkap dengan infrastruktur dan teknologi digital.

Inisiatif ketiga, menubuhkan badan khas untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta dan mempromosikan perdagangan untuk membolehkan produk pertanian dari negeri ini memasuki pasaran antarabangsa.

Inisiatif keempat, memperkukuh model pembiayaan untuk sektor pertanian, bukan sahaja melalui perbankan konvensional tetapi juga melalui Modal Teroka.

Inisiatif kelima, melibatkan aktiviti pelaburan dan promosi perdagangan yang agresif dan bersistematik bagi mempromosikan Sarawak sebagai destinasi ideal untuk industri pertanian.

Inisiatif keenam, mengenal pasti model perniagaan yang sesuai untuk perniagaan menyeluruh dalam semua bidang pertanian bagi meningkatkan pembangunan dan daya saing sektor pertanian.

Inisiatif ketujuh, menggunakan teknologi moden dan digital termasuk fertigasi, pertanian pintar dan inseminasi atau pembenihan ‘artificial insemination’ untuk meningkatkan pengeluaran dan standard kualiti terutamanya untuk memenuhi keperluan pasaran eksport.

Inisiatif kelapan, memperkukuh penguatkuasaan agar pengurusan sumber marin kekal lestari selain mempromosi industri pemprosesan hiliran.

Inisiatif kesembilan, memperluas kawasan tanaman untuk komoditi dan tanaman makanan selain kelapa sawit seperti getah, lada, sagu, koko, kelapa, nanas, durian dan rambutan.

Inisiatif kesepuluh jelasnya, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan memberikan tumpuan kepada bidang yang telah dikenal pasti yang boleh menghasilkan produk nilai tambah pertanian yang bernilai tinggi.

Page 3: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Inisiatif ke-11 pula ialah menyediakan program inkubator pertanian dan menggalakkan R&D di lapangan yang menggunakan teknologi digital untuk mengumpul dan menganalisis data kritikal.

Inisiatif ke-12 ialah membangunkan dan menguruskan rantaian bekalan industri pertanian “farm to table” dan rantaian nilai yang melibatkan industri hiliran berasaskan pertanian.

Inisiatif terakhir adalah dengan menubuhkan agensi pembangunan serantau seperti Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (Highland Development Agency, HDA) dan Agensi Pembangunan Hulu Rejang (Upper Rejang Development Agency, URDA), selain melaksanakan projek-projek pembangunan serantau lain seperti ‘Food Basket’ Betong-Sarikei, Agropolitan Bukit Sadok dan Hub Halal Tanjung Manis.

Kita perlu menukar tanggapan ramai, terutamanya golongan belia yang memiliki persepsi bahawa pertanian adalah industri yang bergaji rendah, berintensif buruh, mengamalkan kaedah pertanian tradisional, kurang modal, tidak terurus, miskin dan dikaitkan dengan kawasan luar bandar. Pemikiran ini perlu diubah kerana pertanian pada hari ini lebih bernilai tinggi dan menguntungkan. Pertanian moden adalah berteraskan ilmu, berpendapatan tinggi, menggunakan teknologi digital amalan pengurusan moden, berintensifkan modal dan yang paling penting, mempunyai akses pasaran yang tidak terhad.

Page 4: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Dr. Alvin Chai Lian KuetPemangku PengarahJabatan Pertanian Sarawak

Jabatan Pertanian Sarawak (Department of Agriculture, DOA) komited dalam menggunakan teknologi pertanian untuk meningkatkan pengeluaran makanan di Sarawak. Penggunaan teknologi tinggi ini, merangkumi semua bidang dalam sektor pertanian termasuk akuakultur dan industri asas tani.

Aplikasi bioteknologi dan penggunaan baja organik juga menyumbang kepada pembangunan pertanian dan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan. Baja organik yang digunakan untuk tanaman sayur-sayuran dapat mengurangkan penggunaan baja kimia dan memperbaiki kesuburan tanah.

DOA juga akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada golongan tani. Petani moden juga perlu mempunyai pengetahuan tentang tanaman yang ingin diusahakan, termasuk dari segi modal, kaedah awal penyediaan bahan, cara penanaman, teknik pembajaan, sistem fertigasi, kehendak pasaran dan jaringan pemasaran. Petani harus menguasai teknik penanaman dan membuat pemantauan setiap hari tanpa bergantung kepada pekerja semata-mata.

DOA akan mempromosikan sektor pertanian dengan memperkenalkan Agropelancongan. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan disediakan kepada para pelancong. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam Agropelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang ternakan, plot demonstrasi penyelidikan, homestay dan sebagainya.

Dari Meja Pemangku Pengarah Pertanian

Page 5: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Sikap ambil tahu amat penting bagi memastikan mereka menyedari permasalahan sebenar tanaman yang diusahakan seperti penyakit, kualiti dan perkembangannya, sekaligus mengelakkan risiko serta kerugian. Petani harus mempunyai minat mendalam, modal mencukupi, perancangan tersusun, matlamat jelas, sabar menghadapi masalah, berani mengambil risiko, menggunakan inovasi berkesan dan bijak mencari peluang pemasaran.

Kerjaya sebagai petani mempunyai cabaran besar walaupun menawarkan pendapatan lumayan, masa bekerja fleksibel dan urusan semakin mudah dengan penggunaan teknologi automasi. Antara risiko utama yang ditanggung oleh petani ialah impak cuaca buruk seperti kemarau dan serangan serangga perosak.

Dengan kegigihan dan kesabaran, pengalaman yang dilalui dapat menyuntik ilmu yang mampu mempertingkatkan kemahiran untuk meraih hasil tanaman yang berkualiti. Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia.

Page 6: Era Transformasi Pertanian Sarawak
Page 7: Era Transformasi Pertanian Sarawak
Page 8: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Informasi Agro Kenyalang

PENAUNGYB Datuk Amar Douglas Uggah EmbasTimbalan Ketua Menteri SarawakMenteri Kewangan IIMenteri Pemodenan Pertanian,Tanah Adat & Pembangunan WilayahSarawak

PENASIHATYB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji IsmailMenteri Muda Pertanian

YB Datuk Roland Sagah Wee InnMenteri Muda Pembangunan Tanah Adat

PENGERUSIYBhg. Encik Awang Johari Bin Awang MustaphaSetiausaha TetapKementerian Pemodenan Pertanian,Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak

Jabatan Pertanian Sarawak memberi nafas baru dengan mengeluarkan majalah yang penuh informasi mengenai maklumat tani bagi tujuan penyampaian teknologi pertanian kepada golongan sasar tani.

Majalah ini dinamakan “ AGRO KENYALANG “ iaitu bermaksud Jabatan Pertanian Sarawak menjadi penggerak utama sektor pertanian di Bumi Kenyalang. Terbitan majalah ini mempunyai dua (2) Edisi sahaja setahun.

8

Page 9: Era Transformasi Pertanian Sarawak

PENGARAHDr. Alvin Chai Lian Kuet

KETUA EDITORRosahhajah Binti Mohidi

PENOLONG KETUA EDITOR/ PEREKA GRAFIKMuhammad Aiman Wee @ Kong Tek WeeMuriani Binti Harry

JURUBAHASANicholas Ningkan NanangFrankie LanyingAndrew LingSiren LinggangAicher Joseph Toyat

JURUFOTOZamri AbdullahAmalor Jihem

SIDANG EDITORAbdul Wahab Murni Bahagian Sumber ManusiaIrine ak Mirid Bahagian Sumber ManusiaAwang Abdul Rahim Bin Awang Boni Bahagian Industri TanamanNur Falihin Bin Junit Bahagian Industri TanamanClare Hennevessa Hendrik Bahagian Industri Asas Tani & Ekonomi KeluargaLaila Sogan Bahagian Industri Asas Tani & Ekonomi KeluargaAnuar Seli Bahagian Institusi PeladangPearlycia Brooke Pusat Penyelidikan Pertanian SemongokDanny Raymond Awang Bahagian Biosekuriti Tumbuhan & KuarantinHayes ak Nonging Bahagian Biosekuriti Tumbuhan & KuarantinMariana Binti Eddie Cawangan Pengurusan TanahJuni Alin Cawangan Pengurusan TanahAdrian Liaw Wen Jye Cawangan Kejuruteraan & InsfatrukturDayang Zuraida Binti Hussein Institut Pertanian SarawakJohan Bin Ubey Bahagian Kota SamarahanHarina Binti Muhd Ali Bahagian Kota SamarahanPhilip Kapia Minan Bahagian SerianChris Owen Bahagian SerianFreddy Paul Giang ak Engie Bahagian Sri AmanMariane Aut Bahagian Sri AmanAbg Shah Rizan Bin Abg Sakawi Bahagian BetongRainy Bin Yaman Bahagian SarikeiChieng Tung Hung Bahagian SarikeiJustin Leo Bin Lewis Bahagian SibuPriscilla Binti Sisin Bahagian MukahMaziana ak Jabu Bahagian KapitAnggang ak Jimbun Bahagian BintuluEmpenai ak Adang Bahagian BintuluJackson Nanta Bernabas Baie Bahagian MiriMohamad Majehin Bin Manan Bahagian MiriSherlina Kiri Bahagian Limbang

AHLI LEMBAGA PENERBITAgro Kenyalang 2019

9

Page 10: Era Transformasi Pertanian Sarawak

KELAPA PANDANOleh Awang Abdul Rahim bin Awang Boni

Tanaman kelapa (Cocos nucifera) tergolong dalam keluarga Palmae. Tanaman ini berasal dari kepulauan Pasifik dan tersebar luas hampir di 90 buah negara tropika. Tanaman kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. Tanaman kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. Terdapat beberapa jenis kelapa yang ditanam di Malaysia seperti Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall), kelapa hibrid MAWA, kelapa hibrid MATAG dan Kelapa Pandan.

Kelapa Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai “Makprow Nam Horm” dan di peringkat antarabangsa dikenali

sebagai “aromatic dwarf”. Kelapa Pandan ini mempunyai keistimewaan seperti isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok Kelapa Pandan boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buahnya berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Bilangan buah setandan di antara 10 – 22 biji. Anak pokok Kelapa Pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar yang dihancurkan dan melayur bahagian bawah lai daun. Bagi petani yang hendak menanam pokok Kelapa Pandan ini, jarak tanaman yang disyorkan adalah 6.5 m x 6.5 m dengan kaedah segi tiga dan ini akan menghasilkan kepadatan 272 pokok sehektar.

Pengeluaran buah kelapa adalah mengikut jenis kelapa seperti jadual yang berikut :-

Manakala untuk kelapa jenis tinggi pengeluaran buah menjadi seragam selepas berumur 15 tahun dan jangka hayat ekonomik ialah selama 40 tahun. Untuk kelapa jenis rendah seperti Kelapa Pandan dan kelapa hibrid (MATAG dan MAWA), hasil buah adalah seragam selepas berumur 80 tahun dan jangka hayat ekonomik ialah antara 20-25 tahun.

Jenis Kelapa Masa Berbunga Dari Tanam

(Bulan)

Kepadatan Tanaman Sehektar

Potensi hasil Biji/Ha/Tahun

Kelapa Tinggi Malaya

72-84 124 6,000-8,000

Kelapa Rendah Malaya

30-36 272 27,000-30,000

Kelapa MATAG/MAWA

30-36 178 20,000-25,000

Kelapa Pandan 30-36 272 27,000-30,000

10

Page 11: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Buah kelapa matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah. Buah matang boleh kita kenali dengan melihat kepada perubahan pada warna kulit iaitu daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.

Panduan Untuk Ketulenan Kelapa Pandan( A ) Pokok Induk( 1 ) Ujian Daun

• Contoh daun diambil dari pelepah yang muda• Bahagian bawah daun dilayur dengan menggunakan api

sehingga kelihatan berminyak• Hidu bau bahagian daun yang dilayurkan dan tentukan baunya

berbau pandan.( 2 ) Ujian Air Kelapa Muda

• Petik buah yang berumur melebihi 195 hari• Buah dibelah untuk mendapatkan air• Ujian rasa menggunakan skala 1-5 dibuat oleh 3 orang ahli

panel Skala 1 : Tiada aroma pandan dan tawar Skala 2 : Sedikit aroma pandan dan tawar Skala 3 : Sedikit aroma pandan dan kurang manis Skala 4 : Beraroma pandan dan kurang manis Skala 5 : Beraroma pandan dan manis

• Skala yang diterima adalah skala 4 dan skala 5 sahaja• Menggunakan alat Refractometer untuk ujian kemanisan

(Bacaan brix 4.5-7)

Kelapa Pandan : Lokasi Kpg Serayan Hilir, Lundu.

Kelapa Pandan

11

Page 12: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Encik Ngu Nge Kiong adalah seorang usahawan kopi yang berjaya dan dikenali bersama dengan syarikatnya Ngu’s Brother Trading Company. Syarikat beliau dikenali oleh penduduk negeri Sarawak dengan kopinya yang berkualiti daripada hasil pemprosesan biji kopi secara tradisi menggunakan kayu dan arang bagi proses pemanasan. Produk kopi beliau sekarang telah dijual ke hampir seluruh Sarawak merangkumi Sarikei, Bintangor, Betong, Kuching, Miri, Bintulu dan juga Sri Aman.

Perusahaan ini telah dikendalikan oleh bapa beliau sejak tahun 1970 lebih 48 tahun yang lalu. Pada mulanya bapa beliau bekerja memproses biji kopi dengan orang lain di kedai kopi. Di situlah titik permulaan bapa beliau mempelajari secara manual dan praktikal.

Selepas itu, bapa beliau cuba memproses biji kopi sendiri dengan pengalaman yang telah diperolehi. Bapa beliau mula memproses dalam kuantiti yang kecil dengan 20 hingga 30 guni biji kopi yang dibelinya dari Kuching. Pada masa yang sama juga, bapa beliau mula membeli peralatan-peralatan memproses kopi secara sedikit demi sedikit. Ngu Nge Kiong juga tidak ketinggalan untuk membantu bapanya semenjak kecil lagi (1980).

Keluarganya bercadang untuk mengembangkan lagi perusahaan yang berpotensi besar tersebut. Mereka menempah biji kopi dari Kuala Lumpur dan akan dibawa terus melalui Pelabuhan Klang sebelum dibawa ke Sibu. Apabila barang tempahan mereka tiba di Sibu, ia akan dibawa menerusi Pasar Jakar menggunakan lori kontena. Kemudiannya, mereka menyewa sebuah lori dari Pasar Jakar untuk mengangkut dan memunggah biji kopi tersebut ke tempat pemprosesan.

Beliau juga ada menempah serbuk teh. Pada suatu tahap dia hanya perlu mencampur pelbagai jenis teh dan membungkusnya sebelum dihantar kepada pelanggan. Produk ini adalah sampingan bagi menambahkan pendapatan. Beliau telah mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian dan menyertai projek-projek yang membantu beliau mengembangkan perusahaan kopinya seperti mendapat bantuan untuk membeli sebuah mesin membungkus produk kopinya. Beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang dan telah dianugerahkan dengan Anugerah Usahawan Jaya Industri Asas Tani.

AROMA

Emas Hitam JakarOleh Chieng Tung Hung

12

Page 13: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Lawatan dari Foo Chow Association Malaysia.

Lawatan dari Yb Ding Kuong Hing.

Lawatan dari Polis DirajaMalaysia (PDRM) Sarawak.

Lawatan dari MOMA Kuala Lumpur.

13

Page 14: Era Transformasi Pertanian Sarawak

PROFIL LADANGNama Pengusaha Ishak Bin DawiLokasi Projek Kpg Muhibah, Niah, MiriJenis Tanaman Buahan (Salak)Keluasan Kawasan 1.6 ha

PROFIL PENGUSAHANama Pengusaha Juliana Abu BakarLokasi Projek Miri WaterFront, MiriJenis Usahawan Membuat Kek Lapis

Suara Bahagian Miri

14

Page 15: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian SerianPROFIL LADANGNama Pengusaha Puan Puri Anak JohanLokasi Projek Kampung Taee, Jalan

Kuching / Serian, SerianJenis Perusahaan Ternakan Ikan Dalam Tangki (Ikan Empurau)Keluasan Kawasan 936 m2

PROFIL LADANGNama Pengusaha Chong Kong FuiLokasi Projek Kampung Triboh,

Serian, SarawakJenis Perusahaan Tanaman Sayur-Sayuran (Jenis Buah)Keluasan Kawasan 6.5 Ha

15

Page 16: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian LimbangPROFIL LADANGNama Pengusaha Timbang @ C Hitam Bin TengahLokasi Projek Kampong Hujung Awat-Awat, LawasJenis Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar

PROFIL LADANGNama Pengusaha Lollyta TubaLokasi Projek Kpg Belangai Cina, Lawas, LimbangJenis Perusahaan Ternakan Itik Penelur (Telur Asin)

16

Page 17: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian MukahPROFIL LADANGNama Pengusaha Tiong Kung SingLokasi Projek Jalan Dalat-Sg. Kut Dalat MukahJenis Perusahaan Fertigasi (Sayur Berbuah), Terung, Cili & TimunKeluasan Kawasan 3.0 ha

PROFIL LADANGNama Pengusaha Hajah Masinah Binti ParisLokasi Projek Kampung Medong, Dalat MukahJenis Perusahaan Memproses Produk Makanan Berasaskan Rumbia

17

Page 18: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian SarikeiPROFIL LADANGNama Pengusaha Rumah LisaLokasi Projek Rumah Lisa, Sungai Ilas Bintangor, SarikeiJenis Perusahaan Honey PameloKeluasan Kawasan 50 ha

PROFIL LADANGNama Pengusaha Lau Chee ChiewLokasi Projek Ulu Minus, JakarJenis Perusahaan Ternakan Ikan KolamKeluasan Kawasan 2.7 ha

18

Page 19: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian SarikeiPROFIL LADANGNama Pengusaha Kedu Ak JupongLokasi Projek Rumah Jilap, Batu 6 Jalan Entabai, Pakam, SarikeiJenis Perusahaan Sayur-sayuranKeluasan Kawasan 1.0 ha

PROFIL LADANGNama Pengusaha Wong Mee ChingLokasi Projek Sungai Maradong, Bintangor SarikeiJenis Perusahaan Ternakan Ikan KolamKeluasan Kawasan 1.4 ha

19

Page 20: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian SibuPROFIL LADANGNama Pengusaha Jackson Ngumbang Ak BruihLokasi Projek Rumah Jackson Ngumbang Rantau Dangih Ulu Oya, SibuJenis Perusahaan Tanaman NanchemKeluasan Kawasan 0.5 ha

PROFIL LADANGNama Pengusaha Rendi Ak LintangLokasi Projek Stapang Selangau, SibuJenis Perusahaan Tanaman Sayur-sayuranKeluasan Kawasan 1.0 ha

20

Page 21: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Suara Bahagian BintuluPROFIL PENGUSAHANama Pengusaha Emayati KadirLokasi Projek Kampung Kamunting, BintuluJenis Perusahaan Memproses Mee Kuning

PROFIL PENGUSAHANama Pengusaha Hajah Siti Muslihat BujangLokasi Projek No. 11, JS 2/72, ABF Housing, Kidurong, BintuluJenis Perusahaan Memproses Hasil Laut

21

Page 22: Era Transformasi Pertanian Sarawak

GOTONG-ROYONG

BANTERASOlehAdrian Liaw Wen Jye

Satu gotong-royong pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes di premis Cawangan Kejuruteraan dan Infrastruktur Pertanian telah diadakan pada 28 Jun 2019. Aktiviti ini dilaksanakan atas arahan dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak berikutan peningkatan kes dan kematian akibat wabak denggi di seluruh negara yang semakin membimbangkan. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan surau, bengkel, stor dan pejabat telah melibatkan seramai kira-kira 30 warga kerja. Selain itu, Sudut Bebas Denggi turut diwujudkan dengan menampal poster-poster dan brosur-brosur di kawasan pejabat untuk memupuk kesedaran warga kerja mengenai bahayanya Aedes dan langkah-langkah mencegah denggi. Gotong-royong yang bermula pada jam 9:00 pagi telah berakhir pada jam 1:00 tengah hari, diikuti dengan jamuan ramah tamah sempena Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfiltri.

WABAK DENGGI

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan .

Diharapkan aktiviti-aktiviti sedemikian boleh menggalakkan kesedaran warga kerja tentang kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran, di samping memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga kerja. Harapan kami juga agar aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai agenda tetap bagi setiap kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

22

Page 23: Era Transformasi Pertanian Sarawak

DurianPesta

Kabuloh 2019Buat pertama kalinya Stesen Penyelidikan Pertanian Kabuloh dan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Bahagian Miri telah mengadakan Pesta Durian Kabuloh pada 7 hingga 8 September 2019 bertempat di Kabuloh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 8 September 2019. Turut hadir Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Alvin Chai Lian Kuet serta beberapa YB tempatan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan selama dua hari. Ini termasuklah pameran dan jualan Miri Kitchen, lawatan ke Plot Durian, demo membuat baja organik, demo masakan berasaskan durian dan cabutan bertuah. Turut diadakan pertandingan kepelbagaian durian dan demo tanaman durian. Lebih menarik lagi, pesta makan durian secara percuma turut diadakan bagi penggemar durian.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap ketika Majlis Perasmian Pesta Durian Kabuloh.

Simbolik Penyerahan anak pokok Mou’sang King kepada penerima.

Demo masakan berasaskan durian.

Antara pameran yang diadakan semasa Pesta Durian Kabuloh diadakan.

Oleh Muhamad Majehin Bin Manan

23

Page 24: Era Transformasi Pertanian Sarawak

PEROSAKDuRIaNNAMA BIASA Pengorek biji durianNAMA SAINTIFIK Mudaria magniplaga WalkerORDER Lepidoptera

SIMPTOM DAN KEROSAKAN

Rama-rama bertelur pada permukaan kulit buah muda hingga matang dan larva mengorek ke dalam kulit buah, isi dan biji. Lubang serangan berukur 5-8 mm dalam diameter dan dipenuhi dengan fras yang kasar. Fras yang basah menunjukkan larva masih hidup di dalam buah manakala fras yang kering menunjukkan larva telah keluar dari buah menjadi kepompong di dalam tanah.

Larva berwarna perang kemerah-merahan dan berukuran 3.5 cm apabila matang.

Lubang serangan dipenuhi fras yang kasar dan berwarna coklat.

OlehFelicia Kueh-Tai FuiNur Najwa Hamsein

24

Page 25: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Rama-rama berwarna coklat dan mempunyai tiga tompok kuning di bahagian sayap hadapan.

Serangan pada biji buah. Biasanya larva

hanya menyerang satu atau dua pangsa

dalam sebiji buah.

25

Page 26: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Telur (5 hari) (pada kulit buah)

Larva (14-21 hari)

Dewasa (15-20 hari)

Kepompong (21 hari – 10 bulan)

KITARAN HIDUP

KAWALAN

Kultur • Bagi pokok rendah, bungkus buah dengan karung kertas yang tebal.

• Menggunakan perangkap cahaya untuk memerangkap rama-rama.

• Amalan sanitasi yang baik seperti menanam buah yang rosak.

Kimia • Bagi pokok yang rendah, sembur racun seperti lambda-cyhalothrin. Biasanya kawalan tidak dibuat untuk pokok yang tinggi.

26

Page 27: Era Transformasi Pertanian Sarawak

NAMA BIASA Pengorek buah durianNAMA SAINTIFIK Mudaria magniplaga WalkerORDER Lepidoptera

SIMPTOM DAN KEROSAKAN

Larva mengorek putik dan bunga muda dan memakan kulit dan keratan rentas buah. Terdapat fras hitam yang halus di celah-celah duri. Serangan biasanya hanya pada bahagian kulit buah dan ini menurunkan nilai kosmetik buah.

Rama-rama bersayap kuning dengan bintik-bintik hitam.

Keratan rentas buah yang diserang.

Larva berwarna merah pucat dan berukuran 1.5 cm panjang.

KAWALAN

Kultur • Bagi pokok rendah, bungkus buah dengan karung kertas tebal.

• Menggunakan perangkap cahaya untuk memerangkap rama-rama.

• Amalan sanitasi yang baik seperti menanam buah yang rosak.

Kimia • Bagi pokok yang rendah, sembur racun seperti lambda-cyhalothrin. Biasanya kawalan tidak dibuat untuk pokok yang tinggi.

27

Page 28: Era Transformasi Pertanian Sarawak

NAMA BIASA Pengorek batangNAMA SAINTIFIK Synanthedon sp.ORDER Lepidoptera

SIMPTOM DAN KEROSAKAN

Larva mengorek kulit batang yang merekah atau batang yang dijangkiti penyakit cerana. Fras coklat kemerahan kelihatan pada lubang serangan.

Permukaan yang merekah mudah diserang.

Larva berwarna putih dalam batang.

KAWALAN

Kultur • Pada peringkat awal serangan, sekeping wayar boleh dicucukkan ke dalam lubang serangan untuk membunuh larva.

Kimia • Bagi pokok yang rendah, kikis bahagian rekahan kulit dan sapu dengan racun serangga.

28

Page 29: Era Transformasi Pertanian Sarawak

KAWALAN

Kultur • Mencantas dahan dan ranting yang diserang.• Tutup lubang masuk dengan tanah atau plastisin.

Pupa terbentuk di dalam lubang serangan.

Larva berwarna kuning kemerahan dengan kepala hitam dan terdapat bintik-

bintik hitam pada badan.

Fras berwarna coklat kemerahan.

Rama-rama berwarna putih kelabu dengan bintik-bintik hitam di sayap hadapan.

NAMA BIASA Pengorek batangNAMA SAINTIFIK Zeuzera coffeaeORDER Lepidoptera

SIMPTOM DAN KEROSAKAN

Perosak bertelur pada celah-celah kulit dahan atau ranting. Larva mengorek terowong secara melingkar dan tinggal di dalam empulur dan menyebabkan dahan dan ranting menjadi mudah patah, layu dan akhirnya mati. Terdapat fras berwarna coklat kemerahan pada lubang serangan.

29

Page 30: Era Transformasi Pertanian Sarawak

NAMA BIASA Teritip ORDER Hemiptera

SIMPTOM DAN KEROSAKAN

Perosak menghisap sel cairan daun, ranting dan buah menyebabkan keguguran daun dan ranting menjadi kering. Teritip menghasilkan rembesan manisan yang menggalakkan pertumbuhan kulat kelapuk hitam. Kehadiran teritip dan kulat boleh menjejaskan nilai kosmetik buah. Semut boleh membantu memindahkan teritip ke ranting yang lain.

KAWALAN

Kimia • Semburan racun biasanya tidak diperlukan. Serangan kulat kulapuk hitam boleh dikawal dengan racun kulat.

Teritip pada daun.

30

Page 31: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Program Family Day Jabatan Pertanian Bahagian Mukah pada 23 Februari 2019 (Sabtu) bertempat di Petanak Beach Resort, Mukah.

Family Day 2019 Jabatan Pertanian Bahagian Mukah telah diadakan pada 23 Februari 2019 bertempat di Petanak Beach Resort, Mukah. Seramai 100 orang yang hadir termasuk ahli-ahli keluarga masing-masing.

Objektif penganjuran adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan bagi semua kakitangan termasuk ahli keluarga. Tetamu kehormat adalah Pegawai Pertanian Bahagian Mukah, Puan Malissa Bonaventure Lutong.

Beberapa aktiviti diadakan bagi memeriahkan Family Day tersebut. Antaranya adalah senaman pagi, sukan bawa bola ping pong, bowling kelapa, lari dalam guni, cabutan bertuah dan lain-lain aktiviti. Program berakhir pada jam 4.30 petang.

OlehPriscilla Binti Sisin

31

Page 32: Era Transformasi Pertanian Sarawak

SARAWAK AGROFEST2019OlehMuhammad Aiman Wee

Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) menganjurkan Sarawak Agrofest 2019 di Dataran Perayaan Stadium Kuching, Sarawak pada 21 November sehingga 1 Disember 2019. Sarawak Agrofest, festival pertanian terbesar di negeri ini bertemakan “Transformasi Pertanian Melalui Teknologi Pintar”.

Program Sarawak Agrofest menghimpunkan 300 pempamer dari seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan peningkatan seramai 100 pempamer berbanding festival pada tahun 2018. Agensi-agensi serta institusi pertanian yang berkaitan telah mempromosikan pertanian dan perkhidmatan sokongan industri berkaitan pembangunan sektor pertanian negeri Sarawak.

Tujuan penganjuran Sarawak Agrofest adalah untuk menyediakan landasan dinamik kepada peladang, usahawan tani, pembekal pertanian dan pemain industri mempamerkan produk-produk dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Hal ini juga membolehkan para pelabur meneroka peluang-peluang perniagaan serta pelaburan dalam industri pertanian di Sarawak.

Program ini merupakan inisiatif penting di bawah Pelan Transformasi Pertanian Negeri menerusi pemodenan

dan pengkomersialan, menjadikan Sarawak hub pertanian di wilayah ini.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak menjenamakan semula Hari Peladang, Penternak dan Nelayan kepada Sarawak Agrofest untuk mempamerkan teknologi pertanian pintar dalam mempromosikan Sarawak sebagai negeri pertama melaksanakan pertanian moden.

Penganjuran Sarawak Agrofest 2019 sarat dengan pengisian program oleh agensi awam dan swasta antaranya pameran, jualan produk, pameran pertanian moden termasuk rumah hijau, konvensyen, seminar, kursus dan ceramah. Antara acara dan aktiviti utama sepanjang 10 hari festival itu ialah Pavilion Agensi Agro, Pavilion Perdagangan Agro, Pavilion Teknologi Agro, Zoo Sarawak, Anugerah Tani Jaya (ATJ) dan Pavilion Pertanian Pintar. Pelajar institusi pengajian tinggi menyertai Agro Hackhaton yang merupakan pertandingan dalam kalangan pencipta aplikasi web dan digital.

Pengunjung juga berpeluang merasai makanan tradisional dan minuman tempatan Sarawak di Pavilion Makanan Sarawak. Persembahan artis jemputan seperti Amelina (Dangdut), Zarul Husin (Umbrella), Wany Hasrita, Andi Bernadee, Rickie Andrewson, Eyqa Saiful, Claudia Geres dan Felicia Gek memeriahkan lagi Sarawak Agrofest 2019.

32

Page 33: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Rosahhajah Binti Mohidi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan & Korporat Komunikasi

(dua dari Kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan Karaoke Suara Agrofest 2019.

Pintu Utama Sarawak Agrofest 2019.

Ilmu tiada noktah untuk dipelajari.

Penyanyi popular Malaysia, Wany Hasrita turut menghiburkan peminat

di Sarawak Agrofest.

Antara pengunjung Sarawak Agrofest 2019 yang tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke booth Sarawak Agrofest.

Otai masih berbisa, Zarul Husin (Umbrella) menghangatkan malam

Sarawak Agrofest 2019.

Benih tanaman yang tulen.

YB Datuk Roland Sagah (dua dari kiri) dan Dr. Gluma Saban (kiri sekali) menyertai

Sarawak Agrofest Run 2019.

Pertandingan Ratu Sarawak Agrofest 2019.

33

Page 34: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Hari Keusahawanan merupakan salah satu program pembelajaran untuk pelajar yang berbentuk kokurikulum dan dijalankan di luar kelas. Untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif, beberapa aspek penting perlu dititikberatkan dan diberi tumpuan terutamanya dari segi aspek nilai kompetensi keusahawanan yang perlu dipupuk dari akar umbi seseorang usahawan muda.

Hari Keusahawanan Institut Pertanian Sarawak telah diadakan pada 20 Februari 2019 (Rabu) bertempat di parkir Institut Pertanian Sarawak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Massumi binti Bojeng selaku Pemangku Pengetua, Institut Pertanian Sarawak sekitar jam 10.00 pagi dan program telah berlangsung hingga jam 2.00 petang.

Seramai 216 orang telah menyertai hari jualan yang terdiri daripada 200 pelajar Sijil Pertanian Malaysia dan 16 pelajar pelatih Sijil Kemahiran Malaysia. Dengan adanya Hari Keusahawanan seperti ini, mereka dapat diterap serta dipraktikkan

OlehDayang Zuraida Binti Hussein

Hari KeusahawananInSTITuT PERTAnIAn SARAWAK

nilai-nilai kompetensi keusahawanan bagi meningkatkan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran dan halangan perniagaan. Selain itu, program ini dapat memperkukuhkan kemahiran komunikasi dengan pelanggan dalam mengendalikan perniagaan.

Terdapat lapan tapak jualan telah dibuka yang terdiri daripada Ternakan, Sayuran dan Kontan, Herba dan Cendawan, Sijil Kemahiran Malaysia, Holtikultur, Teknologi Memproses Hasil Ternakan, Graduan dan Kelab Pertanian Institut Pertanian Sarawak. Produk pertanian yang telah dijual adalah daging, puyuh, ikan tilapia, telur, pelbagai sayur buah dan daun, cendawan, bahan tanaman, baja, cocopeat, tanah campuran, bunga-bungaan, kerepek, serta pelbagai makanan dan minuman.

Pengunjung yang dijemput hadir adalah terdiri daripada mereka yang tinggal berdekatan dan kakitangan Institut Pertanian Sarawak. Sebanyak RM 5,210.00 telah berjaya dikutip semasa jualan tersebut. Harapan pada masa akan datang, lebih

Jualan produk hasil pertanian oleh Kumpulan Pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

34

Page 35: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Pelajar Kumpulan Ternakan menjual ikan tilapia.

Pengunjung yang hadir semasa Hari Keusahawanan Institut Pertanian.

Perasmian Hari Keusahawanan oleh Pemangku Pengetua Institut Pertanian Sarawak.

Pelajar Kumpulan Teknologi Memproses Hasil Pertanian menjual pelbagai makanan dan

minuman.

banyak produk hasil pertanian yang akan dijual supaya hari jualan usahawan boleh dibuka kepada orang ramai. Selain itu, program ini juga diharap agar mendapat lebih ramai sambutan daripada orang ramai pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, program ini dapat berjalan dengan jayanya. Program ini secara tidak langsung telah mewujudkan semangat keusahawan dalam diri pelajar dan pelatih, melahirkan golongan remaja untuk berfikir lebih kritis dan inovatif dalam menjalankan sesuatu bidang perniagaan, seterusnya dapat menjana pendapatan di samping menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara. Ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak Institut Pertanian yang telah banyak membantu dalam menganjurkan aktiviti seperti ini.

35

Page 36: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Kreativiti biasanya merujuk kepada aktiviti dalam menghasilkan idea baharu, pendekatan atau tindakan manakala inovasi merupakan suatu proses menterjemah sesuatu idea atau reka cipta menjadi barangan atau perkhidmatan yang bernilai kepada pengguna. Inovasi bertujuan membawa perubahan positif kepada cara kehidupan manusia melalui idea dan reka cipta.

Pertandingan Reka Cipta Peringkat Institut Sarawak adalah satu program yang dirangka khas untuk meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian. Pembentangan projek reka cipta telah diadakan pada 21 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Kuliah Begonia Institut Pertanian Sarawak.

Seramai 13 orang peserta terdiri daripada empat kumpulan pelajar Sijil Pertanian dan satu kumpulan pelatih Sijil Kemahiran Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut. Tujuh projek telah dipertandingkan iaitu Alat Mengasing Isi daripada Biji Durian, Fertigasi Mini Pertanian, Alat Pemetik Buah, Alat Mengisi Tanah dalam Polibeg (Amepo), Smart Mix 3.0, Penebuk Lubang dan Penyukat Beroda dan Perfect Holder.

Para peserta telah menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang pertanian. Hasil reka cipta oleh kumpulan Lucas Emmanuel ak. Mundan dan Sifson Kaja ak. Aliang bagi reka cipta Alat Mengasingkan Isi Durian daripada Biji Durian telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan.

Kumpulan Alan Des ak. Jack, Asrul Afifi bin Ahok dan Rony ak. Rumpang yang mereka cipta Amepo telah merangkul Naib Johan manakala Smart

OlehDayang Zuraida Binti Hussein

Pertandingan reka CiPtaPERInGKAT InSTITuT PERTAnIAn SARAWAK

Mix 3.0 hasil reka cipta oleh kumpulan Mohd. Shamiza bin Mohtadza, Badruzzaman bin. Mohamad dan Leonardo Kelly bin Maluni pula telah mendapat Tempat Ketiga. Pertandingan ini telah mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi membangunkan produk reka cipta yang kompetitif.

Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan dan Johan akan menerima wang sebanyak RM500, Naib Johan sebanyak RM400, Tempat Ketiga sebanyak RM300 dan Sagu Hati pula mendapat wang sebanyak RM100.

Program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar. Harapan tahun akan datang akan ada program serupa ini supaya dapat melahirkan ramai pelajar serta pelatih yang kreatif dan berinovatif, seterusnya merealisasikan idea baharu yang juga sebagai penemuan baru menuju ke arah yang lebih realiti. Selain itu, harapan untuk program ini di masa hadapan ialah lebih ramai penyertaan daripada pelajar serta pelatih supaya cetusan-cetusan idea baharu lebih banyak dalam menghasilkan teknologi baharu dalam bidang pertanian.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah memberi peluang kepada para pelajar dan pelatih yang berbakat, berkebolehan serta berpotensi mencipta dan menghasilkan teknologi yang baharu dalam bidang pertanian menggunakan kemahiran imaginasi melalui keupayaan berfikir secara kritikal.

Pertandingan ini secara tidak langsung juga telah memupuk semangat bekerjasama dalam berkumpulan di kalangan peserta dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

36

Page 37: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Kumpulan Reka Cipta Perfect Holder.

Demonstrasi menggunakan Alat Penebuk Lubang dan Penyukat Beroda.

Demonstrasi menggunakan Alat Mengasingkan Biji Durian daripada Isi .

Peserta dan Juri Pertandingan Reka Cipta Institut Pertanian Sarawak.

Kumpulan Reka Cipta Smart Mix 3.0.

Kumpulan Reka Cipta Alat Mengisi Tanah dalam Polibeg (Amepo).

37

Page 38: Era Transformasi Pertanian Sarawak

SAFARI RAKIT BALLEHKAPIT EDISI KE-24 TAHUN 2019Oleh

Maziana Anak Jabu

Safari Rakit Balleh-Kapit adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kumpulan Kerja Pelancongan Bahagian Kapit yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di Daerah Kapit; dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Kementerian Pelancongan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sarawak.

Pada 06 hingga 07 April 2019 Safari Rakit Balleh – Kapit Edisi Ke-24 Tahun 2019 telah diadakan di Rh. Lugat, Sungai Majau Mujong dan Rh. Ekau, Nanga Mujong, Balleh. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, ADUN N.64 Balleh.

Terdapat enam kategori pertandingan rakit yang diadakan iaitu:

1. Kategori Rakit Buluh Lelaki Terbuka Terbuka kepada pasukan-pasukan lelaki sahaja dan menggunakan rakit yang diperbuat

daripada buluh atau gabungan buluh dan batang kayu (tidak melebihi 4 batang kayu).

2. Kategori Rakit Buluh Tertutup Lelaki Terbuka kepada lelaki dari agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan

bukan kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dan menggunakan rakit yang diperbuat daripada buluh atau gabungan buluh dan batang kayu (tidak melebihi 4 batang kayu).

3. Kategori Rakit Bebas Terbuka Terbuka kepada semua pasukan yang menggunakan apa-apa jenis rekaan dan bahan

binaan rakit.

4. Kategori Rakit Buluh Wanita Terbuka Terbuka kepada semua pasukan wanita sahaja dan menggunakan rakit yang diperbuat

daripada buluh atau gabungan buluh dan batang kayu (tidak melebihi 4 batang kayu).

5. Kategori Perahu Kayuh Terbuka MINIMUM Lima (5) orang dan MAKSIMUM enam (6) orang peserta dalam sesebuah

pasukan. Peserta bebas menggunakan apa sahaja jenis perahu asalkan digerakkan oleh pendayung manusia.

6. Kategori Rakit Tercantik Terbuka kepada semua pasukan yang bertanding. Setiap rakit pasukan yang bertanding

akan dinilai dari segi kecantikan, kreativiti dan keunikan reka bentuk.

Jabatan Pertanian Bahagian Kapit telah terlibat dalam Safari Rakit Balleh – Kapit Edisi Ke-24 Tahun 2019 sama ada AJK Makanan Muslim mahupun menyertai pertandingan berakit yang melibatkan pegawai dari Daerah Kapit, Song dan Belaga. Nama kumpulan peserta rakit jabatan ialah Tekura Nyemerai yang sebelumnya dikenali sebagai Sempulang Gana. Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Tekura Nyemerai telah menyertai pertandingan rakit kategori Rakit Buluh Tertutup Lekaki yang mendapat tempat kedua. Perlepasan rakit bermula dari Rh. Ekau, Nanga Mujong, Balleh sehingga ke Pekan Kapit.

Penyertaan ini membawa seribu satu erti bagi Pejabat Pertanian Kapit kerana dengan aktiviti ini semua kakitangan di semua peringkat bergabung bekerjasama dalam persiapan membuat rakit dan juga merangka jawatankuasa pengurusan bagi kelangsungan penyertaan ini.

38

Page 39: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Semua peserta membaiki rakit yang akan dipertandingkan.

Pameran daripada PERKESO .

Perlepasan rakit bagi peserta rakit dari Sungai Mujong ke Pekan Kapit.

Upacara Miring Ngalu Temuai di Ruai Tuai Rumah Ekau, Nanga

Mujong, Balleh, Kapit.

Kumpulan Tekura Nyemerai mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Rakit 2019.

Pertandingan memancing di Sungai Mujong, Balleh, Kapit.

Sambutan tetamu jemputan YB Encik Wilson Nyabong Anak Uang ADUN N.61 Pelagus ke Rh. Ekau Nanga Mujong, Balleh, Kapit.

Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai Kesihatan Kapit.

Sesi bergambar beramai-ramai bersama semua peserta Jabatan Pertanian Bahagian Kapit.

Sesi Taklimat bagi peserta rakit oleh Pegawai daripada

Pejabat Residen.

39

Page 40: Era Transformasi Pertanian Sarawak

BORNEOa q u a p o n i c s & o r g a n i c f a r m

BORnEO AQuAPOnICS & ORGAnIC FARM SDn BHDTHE FIRST AQUAPONICS & ORGANIC FARM IN BINTULU Office Address Lot 16427, Junction 5 Commercial Centre Jalan Tun Hussein Onn,

97000 Bintulu Sarawak, Malaysia

Farm Address Lot 213, Lot 214, Lot 215, Lot 217 and Lot 218 of Block 33, Kemena Land District 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Telephone No. +6086 344480

Fax No. +6086 343642

Email [email protected]

Advantages of Aquaponics• Hydroponics+Aquaculture=AquaponicsHydroponics system grow plants without soil and Aquaculture creates a habitat where fish can live and thrive. Aquaponics takes the best of both systems and combines them. • UsesMuchLessWater+EnvironmentalFriendlyAquaponics system use about 20-40% of the water that it takes to grow using traditional means of growing plants on the soil-grounds. The water is recycled and used for plant growth so that there is no waste in the form of runoff into rivers. Water is also used in a closed system without chemicals and circulated effectively, reducing the consumption and the water bills. • FarmPlants&FishIf an edible fish, such as tilapia or perch, is used to fertilize the plants, then the fish can be eaten as well. This creates a much larger yield than plants alone. • NoAddedChemicalsAs long as the fish are being fed, there is no need to add fertilizer. Regular gardening pesticides or other chemicals can’t be used because they would harm the fish. Thus this results in Healthier and Organic Vegetables. • GrowAlmostEverywhereAquaponics system can produce food almost everywhere. You can utilize indoors, or grow plants in a limited small places where the soil cannot support plant growth. You won’t experience any soil borne diseases in aquaponics because there is no soils.

Oleh Muhammad Aiman Wee

40

Page 41: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Simplify Structure of an Aquaponics System

41

Page 42: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Location & Layout

Aerial Farm View. Farm View.

Constructing greenhouse planting tents.

Borneo Aquaponics & Organic Farm Sdn Bhd was progressively built up during year 2017 on an approx. 5 acres of land at Mile 8, Bintulu – Miri Road (Opposite to Sg. Tisang School). Currently the farm consists of below facilities:

• 2 units of Modern Designed Staff Quarter & Multipurpose Workshop, • Nursery Fish Pond zone;• Worms breeding zone;• Chicken barn zone;• Fish rearing zone;• 1 unit of aquaponics research & experiment covered tent; • 10 unit of greenhouse planting tents.

Future Plans: Eventually our farm wishes to add on approx. 30 - 50 set of greenhouse planting tents within 2 years period provided there are financial supports in expanding the farm.

42

Page 43: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Photos taken in Borneo Aquaponics & Organic Farm

Self-designed aquaponics growing bed.

Tilapia Fish.

Green Onions grown by the Aquaponics Dripping System.

Bintulu Divisional Office of Department of Agriculture

made a courtesy visit to our farm and sharing of some good agricultural ideas.

Checking the roots growth underneath the growing bed .

Vegetables that are ready to supply to supermarket.

Grow Bed – a remote grow bed allows the plants to grow

in nutrient rich water, while being kept separately from the fish that may otherwise

damage the roots.

Filtering system.

Interior view of the planting tents.

Green Onions - Planting Beds made by recycled building materials with Aquaponics

Water Dripping System.

Fish Pond raising Tilapia & Jade Perch.

Fish Ponds made of fiber materials.

43

Page 44: Era Transformasi Pertanian Sarawak

Farm visit by Deputy Chief Minister and Minister of Agriculture Modernisation, Native Land and Regional Development Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas and Chief

Minister Political Secretary Dr Richard Rapu.

Farm visit by Assistant Minister of Agriculture YB Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail and his team.

Bintulu Member of Parliament Office had organized Taiwan Yunlin County Government & Associates came for an Agricultural Study Tour to our farm.

Farm visit by Acting Director of Agriculture Sarawak Dr. Alvin Chai Lian Kuet and his team.

44

Page 45: Era Transformasi Pertanian Sarawak

SOS NANAS BERCILI

Dari Dapur AGRO

HASIL : 2-3 Botol (300g / botol)

Jenis Pembungkusan:Botol Kaca / Botol Plastik (PP).

Nota :Xanthan gum dan Modified Corn Starch (MSC) perlu digaul dengan gula dan air supaya ianya tidak berketul.

Oleh Bahagian Industri Asas Tani & Ekonomi Keluarga

Buah nanas dipilih dan dibersihkan. Kulit, empulur dan mata nanas dibuang. Isi ditimbang dan dikisar menjadi puri.

↓Cili kering dibuang biji sebelum direbus dan

dikisar menjadi puri dan timbang. Bawang putih dibuang kulit, dibersihkan dan

timbang sebelum dikisar halus.

↓Sedia dan timbang bahan-bahan lain ikut

sukatan.

↓Gaul xanthan gum dengan sebahagian

gula. Bancuh MCS dengan air yang disukat.

↓Masukkan puri nanas, cili kering, bawang

putih dan garam ke dalam periuk dan kacau rata.

↓Kemudian masukkan xanthan gum yang

telah digaulkan bersama gula secara berperingkat sambal dikacau rata dan

masukkan baki gula.(Periksa nilai Brix, 40 Brix).

↓Masukkan larutan MCS dan kacau rata.

Masak sos sehingga pekat dan mendidih.(Periksa nilai Brix 48 – 50 Brix).

↓Akhir sekali masukkan larutan asid asitik dan bahan pengawet. Didihkan dan kacau rata.(Periksa suhu 88 °C, nilai Brix 48 – 50 Brix dan pH 4.5) sebelum dibotolkan menggunakan

kaedah ‘hot filling’.

↓Botolkan.

KAEDAH PEMPROSESANFORMULASI

Bahan-Bahan Berat (gram)

Puri Nanas 560g

Cili Kisar 20g

Gula 280g

Xanthan Gum 1g

Garam 25g

Bawang Putih Kisar 18g

Asid Asitik 8g

Air 78g

Modified Corn Starch (MCS) 10g

Jumlah : 1000g

45

Page 46: Era Transformasi Pertanian Sarawak

SOS CILI

Dari Dapur AGROOleh Bahagian Industri Asas Tani & Ekonomi Keluarga

Cili kering dipotong ayak buang sebahagian biji, basuh dan direndam semalaman dan

sekali sekala digaul supaya rata. (untuk melembutkan kulit cili dan senang dikisar)

AtauRendam dalam air panas selama 15-30 minit

untuk melembutkan kulit dan tos.

↓Bawang putih dikupas kulit dan dikisar halus

dengan secukup air (guna sebahagian air yang telah disukat).

↓Cili dikisar halus dengan secukup air.

Guna stone grinder atau blender. Masuk cili kisar dan bawang putih kisar ke

dalam periuk stainless steel. Masuk bahan lain kecuali bahan pengawet

dan MCS.

↓Panas dengan api sederhana sambal digaul

supaya gula tidak hangus. Sementara itu bancuh MCS bersama air

hingga sebati (guna air yang telah disukat)

juga bahan pengawet dengan air sehingga hancur.

↓Sos mula mendidih, masuk bahan pengawet

dan gaul rata.Akhir sekali masuk MCS dan gaul rata biar

mendidih sebentar.

↓Sos cili yang sudah masak tuang ke dalam

botol yang telah disterilkan,ketika masih panas isi dalam botol hingga ke

rim botol dan tutup ketat.

↓Botol ditutup, dilabel,

disusun dan sedia untuk dipasarkan.

KAEDAH PEMPROSESAN

FORMULASI

Bahan-Bahan Berat (gram /Liter)

Cili Kering 1000g

Gula Pasir 4850g

Garam 370g

Bawang Putih 185g

Bahan Pemekat Kanji Khas MCS(MCS=Modified Corn Starch)

370g

Pengawet Natrium Benzoat(Pengawet yang dibenarkan)

12g

Air 8 L

Cuka (asid asitik 10%)( 9.5 liter = (8 L air +1.5 L cuka )

1.5 L

JIKA GUNA

Asid Asitik 99.9% 150 mL

Air( 9.5 liter–150ml asid asitik)

9.350 L

JIKA GUNA

Cuka buatan (asid asitik 3%) 5 L

Air(9.5 L - 5 L)

4.5 L

HASIL :54 botol (300g / botol)

NOTA :Jika sos cili terlalu pedas tukar cili dengan varieti yang kurang pedas dengan tidak menukar kuantiti.Kandungan cili untuk mendapat isi padu yang sama.Untuk mendapat asid asitik 10% (air 900 ml + asid asitik tulen 10 ml =1 lit = 10% =9:1)

46

Page 47: Era Transformasi Pertanian Sarawak

FORMULASI

Bahan-bahan Berat (gram / liter )

Tepung Gandum 1000g

Tepung beras 250g

Gula apong 1000g

Air 1 L

HASIL :

45 biji

Nota:

Kalau kurang manis boleh tambah 2 sudu makan gula. Kalau terlalu pekat boleh tambah air sedikit

Dari Dapur AGROOleh Bahagian Industri Asas Tani & Ekonomi Keluarga

KUIH PENYARAM GULA APONG

KAEDAH PEMPROSESAN

Gaul tepung gandum, tepung beras dan air, pukul guna mixer hingga rata dan tapis.

↓Biar adunan semalaman.

↓Guna kuali jenis besi dan kecil.

↓Tuang minyak secukupnya untuk satu keping

kuih. Guna api kecil.

↓Apabila sudah berbentuk, terbalikkan atau

pindah ke dalam kuali lain yang berisi banyak minyak panas dan biar hingga masak.

↓Cucuk tengah dengan lidi untuk mengangkat

kuih.

↓Sejukkan

↓Bungkus

47

Page 48: Era Transformasi Pertanian Sarawak