al farabi pecahan no2

22
1.0 Pengenalan Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Dunia Islam dan Dunia Eropah Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah di dalam bidang keilmuan. Sumbangan lain ialah dalam aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan. 1 Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sejagat dan tidak terbatas-batas kepada bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam telah dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. 2 Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi panduan yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga- ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang merangkumi roh, akal dan jasad. 3 Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama ini 1 Harun Hashyim, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia, penerbit: Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka , 1975, hlm 120. 2 Ibid, hlm, 121-122. 3 Ibid, Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia , 1975, hlm 201-204. 1

Upload: kamal-omr

Post on 20-Jun-2015

283 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Still Amatur..........sila beri tunjuk ajar.......

TRANSCRIPT

Page 1: Al Farabi Pecahan No2

1.0 Pengenalan

Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Dunia Islam dan Dunia Eropah

Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban

dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah di dalam bidang

keilmuan. Sumbangan lain ialah dalam aspek agama kerana agama Islam

membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi

akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali

Tuhan.1 Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas

dan jujur. Oleh sebab sifatnya sejagat dan tidak terbatas-batas kepada bangsa,

kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam telah dapat diterima

oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam

berkembang di seluruh dunia.2 Di samping itu, agama Islam juga menyediakan

undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang

Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi

aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah

menunjuk ajar serta memberi panduan yang jelas kepada asas pembinaan

tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan

aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan

ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang

merangkumi roh, akal dan jasad.3 Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat

Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan

sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka

menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama ini diamalkan oleh

pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah

dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh

pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam.

Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu

yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan

aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu

gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M.

1 Harun Hashyim, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia, penerbit: Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan

Pustaka , 1975, hlm 120.2 Ibid, hlm, 121-122.3 Ibid, Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia , 1975, hlm 201-204.

1

Page 2: Al Farabi Pecahan No2

Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-

Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd.4

Al- Farabi adalah seorang tokoh yang wujud pada abad ke sepuluh. Bersama

dengan itu selaras dengan tokoh terkenal iaitu seperti Al Junaid (910 M), Al

Hallaj (921 M), Al Thabari (839-923 M), Abu Bakar al- Razi (856-925 M), Al Battani

(858-929 M), Abu Hasan al-Asy’ari (873-935 M), al-Mas’udi (956 M),

Abdurrahman al-Nashir (891-961 M), Al-Mutanabbi (915-965 M), Abu Al-Faraj al-

Isfahani (897-967 M), Abu al-Wafa’ al-Bawzajani (940-998 M), Muhammad bin

Ahmad al-Maqdisi (948-1000 M).

Kesimpulannya, umat Islam telah memberikan sumbangan yang besar terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan. Ilmu yang yang dipelajari bukan sahaja

merangkumi aspek Aqidah malahan juga merangkumi bidang-bidang seperti

muzik, falsafah, perubatan, politik dan sebagainya. Kesedaran manusia untuk

mendalami ilmu pengetahuan telah meningkatkan usaha mereka untuk

mempelajari. Misalnya, masyarakat Eropah setelah ketibaan ajaran Islam,

masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja

Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka

menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama ini diamalkan oleh

pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai. Selaras dengan itu

telah melahirkan tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn

Tufayl dan Ibn Rushd dan sebagainya.

4Ibid, begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi olehgolongan terpelajar di Itali, hlm 500-505.

2

Page 3: Al Farabi Pecahan No2

2.0 Riwayat hidup Al-Farabi

Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al

Farabi (AL-FARABI)

Nama asal Al-Farabi ialah Abu nasr Muhammad Bin Muhammad Tarkhan Al-

Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij iaitu di wilayah Transosiana di Negara

Turkestan. Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi pada

zaman pemerintahan kerajaan Samaniah. Al-Farabi dikatakan berketurunan

Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki.5

Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai

seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui

dengan jelas. Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru

persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun

beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Seterusnya

beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Al-Farabi

tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau

tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang

lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi

dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi,

ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar

berbagai-bagai ilmu.

Al-Farabi juga dikatakan mahir menguasai beberapa bahasa asing, antaranya

ialah bahasa Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi.6 Sebagaimana yang

telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan

Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi. Al-Farabi

juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ialah ilmu

Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya. Selain itu beliau juga mahir dalam

pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik.7

5 Ikoko, Riwayat hidup Al-farabi, Penerbit; Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm 56-59.

6 Ibid, dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-

bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah, Riwayat hidup Al-farabi , hlm 100-102.7 Ibid, dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab, hlm 113-114.

3

Page 4: Al Farabi Pecahan No2

Walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik

ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-

Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru

pertama. Ini berlaku disebabkan beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang

dihasilkan oleh Aristotle di samping kajian mengenai diri Aristotle. Al-Farabi

dikatakan mempunyai ramai guru, namun yang paling utama dan masyhur ialah

Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus. Kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang

logik dan falsafah.

Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan

pertama Al-Farabi ke negara luar iaitu Baghdad dan bersama gurunya yang tidak

asing lagi ialah Ibnu Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya

adalah untuk mempelajari dan menajamkan pemikiran terhadap bidang logik

dan falsafah.8 Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau

telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya

meneruskan perjalanan ke Constentinople. Tujuan beliau ke sana adalah untuk

mempelajari falsafah dengan lebih mendalam dan gurunya iaitu Ibnu Hailan

bertindak sebagai penyelia beliau dalam proses pembelajaran tersebut.

Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke

Baghdad. Sekembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar dan

mengkaji buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis karyawan. Pada

tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi, Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu

satu daerah di negara Syria. Perpindahan ini berlaku adalah di akibat kekacauan

dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad pada ketika itu. Manakala

pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi ke

Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan sebab kegiatan beliau di sana.

Tetapi menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah,

beliau telah mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai

politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.

8 Ibid, misalnya dalam bidang falsafah kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi

layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali, 115-116.

4

Page 5: Al Farabi Pecahan No2

Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembali

semula ke Damsyik. Sekembalinya beliau di sana adalah untuk menghabiskan

sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana berlokasi di

Aleppo. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang

amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau juga lebih

menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan

duniawi. Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang

putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah yang tertarik dengan kebijaksanaan

dan kepandaian beliau pada waktu itu. Terdapat sesetengah pendapat yang

menganggap sebagai seorang ahli sufi, namun anggapan itu adalah tidak benar.

Di dalam bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah

meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah

dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan

atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri telah mengetuai para

pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang

cendiakiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan

tetamu di istana Saf Al-Daulah.

Kesimpulannya, Al-Farabi sepanjang kisah perjalanan hidupnya telah berhadapan

dengan pelbagai cabaran. Namun ketekalan dan keazaman yang tinggi yang

dimiliki oleh beliau telah membantu meningkatkan ilmu pengetahuannya di

dalam bidang-bidang berkaitan. Selain itu, Al-Farabi dikatakan pernah mendapat

pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di

rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid

yang terdapat di Wasij. Kebolehan beliau di dalam menguasai kepelbagaian

bahasa asing seperti Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi telah

memudahkan terhadap proses penguasaan suatu ilmu dan berinteraksi dengan

masyarakat pada ketika itu. Al-Farabi juga terdidik dengan sifat qanaah serta

telah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan

cintakan dunia. Beliau juga lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu

daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Namun setelah beberapa tahun

kemudian beliau telah meninggal dunia yang bertempat di Damsyik. Beliau telah

dianggap sebagai seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal dan telah

memberikan banyak sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu

5

Page 6: Al Farabi Pecahan No2

pengetahuan manusia. Beliau bukan sahaja disegani oleh masyarakat Islam

malahan juga masyarakat barat serta kebanyakan karyawan beliau telah

digunakan oleh mereka sebagai bahan rujukan dan masih sehingga kini.

3.0 Sumbangan Al-Farabi

Muzik

Antara sumbangan farabi pertama ialah dalam bidang muzik. Beliau telah

dianggap sebagai seorang ahli muzik yang handal. Sebagai bukti, kebanyakan

muzik yang dihasilkannya dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap

pendengarnya. Selain itu, beliau turut mempunyai kemahiran dalam bermain

alat muzik di samping kemahiran beliau di dalam membuat alat-alat muzik,

contohnya penciptaan Gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula

menyatakan bahawa Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik

daripada alat rabah dan qanun. Malah, beliau turut menghasilkan sebuah buku

yang mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa”

(Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap

sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang tersebut.

Menurut Mahayudin (2004), beliau juga turut dikenali menerusi karyanya yang

telah diterjemahkan iaitu bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On

The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada

karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Karangannya tentang

muzik, ‘Kitab al-Musiqa’ amat terkenal.Selain itu,beliau juga memberi

sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik. Beliau mahir dalam

muzik dan menyumbang karyanya seta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi

adalah seorang tokoh falsafah yang serba boleh dan banyak daripada hasil

pemikirannya adalah masih relevan dengan perkembangan serta kehidupan

manusia hari ini.

Kesimpulannya, kemahiran dan kehandalan Al-farabi di dalam bidang muzik

begitu amat terserlah kerana setiap muzik yang dihasilkan beliau mampu untuk

meninggalkan terhadap pendengar. Selain itu, beliau turut memiliki kemahiran di

dalam menghasilkan beberapa peralatan berkaitan dengan muzik. Misalnya,

penciptaan gambus, rabah dan qanun. Beliau turut menghasilkan sebuah buku

yang mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa”

6

Page 7: Al Farabi Pecahan No2

(Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap

sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang tersebut. Buku-buku lain

ialah Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm.

Buku-buku telah diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan

penting di Eropah. Akibat daripada penghasilan buku-buku ini telah

menyebabkan revolusi perkembangan di dalam bidang muzik secara meluas

pada waktu itu.

4.0 Falsafah

Kemampuan Al-Farabi bukan sahaja terhad terhadap bidang muzik malahan juga

di dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Walaubagaimanapun

keterampilan beliau sebagai ahli ilmuan lebih menyerlah di dalam bidang

falsafah. Kemahiran beliau, di dalam bidang ini, telah mengatasi ahli falsafah

Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Di dalam bidang politik, beliau

mempunyai teori yang tersendiri di dalam menjelaskan sesuatu fenomena dan

kemuskilan. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa

akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Menurut beliau lagi, pemisahan

kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang pincang

dan kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar

terhadap pembinaan sebuah Negara yang kuat, stabil dan makmur.

Selain itu, beliau juga banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori yang

dikemukakan Socrates, Plato dan Aristotle bersesuaian dengan kajian beliau

mengenai konsep kebahagian. Maka tidak hairanlah jika Al-Farabi dikatakan

orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Beliau juga merupakan ilmuan

terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur di dalam bahasa

Arab. Meskipun pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah

Yunani tetapi beliau amat menentang pendapat plato yang menganjurkan

konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya

daripada sains dan politik. Sebaliknya seseorang ahli falsafah perlu menguasai

kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains ,

seorang ahli falsafah tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk dieksplotasi

7

Page 8: Al Farabi Pecahan No2

untuk kepentingan individu lain. Justeru itu, seorang ahli falsafah yang tulen

tidak akan merasakan terdapat jurang perbezaan besar antara diri mereka

dengan pemerintahan tertinggi.

Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua individu ini saling lengkap-melengkapi di

antara satu sama lain. Di dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan

sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh falsafah. Oleh itu, pandangan

falsafahnya yang bersifat kritikal telah meletakannya sebaris dengan dengan ahli

falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam beliau, juga

dikenali sebagai Aristotle ke-2. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segalanya dan para

ilmu harus diletakkan di peringkat kedudukan tertinggi Negara. Pandangan Al-

Farabi ini hampir mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius

yang meletakkan golongan ilmuan pada tingkat hierarki tertinggi di dalam

sistem sosial sesebuah negara.

Kesimpulannya pengetahuan Al-farabi bukan sahaja terhad di dalam bidang

muzik malahan juga merangkumi bidang falsafah. Kemahiran beliau, di dalam

bidang ini telah mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu

Rusyd. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal

dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Selain itu, pemisahan kedua-dua

elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang pincang dan kacau-

bilau. Oleh itu, akal dan wahyu adalah perlu sebagai dasar terhadap pembinaan

sebuah Negara yang kuat, stabil dan makmur. Beliau juga turut mengkaji

mengenai falsafah dan teori yang dikemukakan Socrates, Plato dan Aristotle

bersesuaian dengan kajian beliau mengenai konsep kebahagian pada waktu itu.

Walaupun pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani.

Namun beliau amatlah menentang pendapat plato yang menganjurkan konsep

pemisahan di dalam kehidupan manusia secara khususnya. Beliau turut,

berpendapat bahawa seseorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan diri

dari kedua-dua konsep tersebut. Pengetahuan dalam aspek ilmu sains adalah

amat diperlukan di dalam memahami peristiwa atau fenomena yang berlaku.

Fakta dan bukti merupakan elemen utama yang harus dicapai oleh ahli falsafah

tulen di samping mengelakkan unsur-unsur peribadi dalam kajiannya. Keadaan

ini penting dalam mengelakkan penghasilan kajian yang tidak bermutu. Aliran

falsafah yang dimiliki beliau juga hampir memiliki kesamaan yang sebagaimana

yang telah diterapkan dalam oleh aliran Confuciusme. Golongan ini meletakkan

8

Page 9: Al Farabi Pecahan No2

bahawa golongan ilmuan seharusnya berada pada peringkat hierarki tertinggi di

dalam sistem pemerintahan sesebuah negara secara keseluruhannya.

6.0 Perubatan

Sebagai seorang ilmuan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

kecenderungan beliau di dalam menghasilkan kajian dalam bidang perubatan.

Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikan sebagai seorang yang

masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan besar terhadap

perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya yang

menarik ialah mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam

kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung berfungsi sebagai sistem yang

mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia serta menghangatkannya.

Manakala otak pula hanya berfungsi dalam menyelaraskan aliran darah itu

mengikut keperluan anggota tubuh manusia.

Kesimpulannya, bukan itu sahaja segala pengetahuan yang dimilliki oleh Al-

Farabi tidak terhad kepada bidang muzik, falsafah, sains, matematik dan sejarah

malahan juga di dalam aspek perubatan. Walaupun penglibatan beliau di dalam

bidang perubatan dilihat sebagai tidaklah sebegitu menyerlah. Namun beliau,

masih mampu memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan

Islam. Misalnya, kajian beliau mengenai kepentingan jantung berbanding dengan

otak dalam kehidupan manusia. Beliau menganggap bahawa jantung

memainkan peranan penting berbanding dengan peranan otak sebagai pusat

integrasi sistem saraf manusia. Jantung adalah penting terutamanya dalam

mengepam darah keseluruhan tubuh badan manusia mengikut keperluan kadar

9

Page 10: Al Farabi Pecahan No2

kerja atau aktiviti yang dilakukan manusia. Justeru itu, kebolehan beliau di dalam

bidang ini tidak harus di pandang ringan selaras dengan kebolehan beliau

sebagai tokoh keilmuan yang unggul bangun bersama-sama dengan tokoh Islam

dan setanding dengan dunia Eropah.

7.0 Politik

Dalam falsafah politik yang diajukan oleh al-Farabi ini, didapati beliau

meletakkan tugas yang berat kepada pemimpin, iaitu mentadbir dan

menguruskan hal-ehwal Negara dan hal-hal yang berkaitan dengan

kemasyarakatan. Selain itu, nasib negara dan kehidupan rakyat turut diletakkan

di bahu seseorang pemimpin. Di samping itu, ketua negara atau pemimpin

merupakan sebagai pusat kuasa yang bertugas dalam menentukan segala-

galanya di dalam organisasi negara. Ini disebabkan, bagi al-Farabi, beliau kurang

memberi perhatian terhadap kuasa rakyat dalam membentuk perubahan. Ini

bermaksud beliau cenderung mengajukan sistem monarki, iaitu di mana,

seorang ketua negara yang memerintah, sama ada bergelar raja, sultan,

khalifah, atau yang seumpama dengannya.9 Ilham ini diperolehi oleh beliau

dalam satu situasi politik pada zaman beliau, dimana pusat kuasa berada dalam

tangan seorang khalifah.

Melalui sistem ini persefahaman antara pemerintah dan rakyat dapat diwujudkan

kerana masyarakat, politik, dan kuasa yang stabil terletak di tangan seorang

pemerintah melalui sokongan rakyat sendiri. Walau bagaimanapun, menurut

sistem ini kadang kala terdapatnya juga pemerintah yang zalim dan tidak

9 Idris Zakaria, Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 178.

10

Page 11: Al Farabi Pecahan No2

berlaku adil terhadap rakyatnya.10 Memandangkan al-Farabi amat memandang

seruis terhadap institusi kepimpinan, maka, atas sebab tersebutlah beliau

meletakkan semua kuasa kepada seorang pemimpin. Oleh kerana beliau sangat

yakin terhadap kuasa, pengarah dan keberkesanan pemimpin maka, berlakunya

satu perbahasan yang agak serius dalam kalangan tokoh-tokoh falsafah.

Menurut al-Farabi sebagai ketua negara atau ketua kerajaan, mestilah memiliki

kesempurnaan dalam aspek-aspek fizikal, mental dan spiritual atau akhlak,

melebihi rakyat atau orang ramai.

Oleh itu, inilah faktor yang menyebabkan beliau menyusun kriteria

kepimpinannya merangkumi semua aspek. Selain itu, al-Farabi turut

menekankan persoalan kesempurnaan anggota tubuh badan, menyintai ilmu dan

para ilmuan, serta memiliki fikiran yang tajam, berhemah tinggi dan bercita-cita

tinggi , bencikan sifat-sifat negatif, pembela keadilan serta kebenaran dan

tentunya seorang yang berani. Sifat-sifat yang beliau sebutkan ini adalah selaras

dengan konteks situasi politik orang Melayu. Dengan itu, konteks tersebut

merupakan satu kebenaran malah turut diterima di mana-mana pun, dan

maksud al-Farabi di sini ialah sebagai seorang ketua atau pemimpin politik

bukanlah manusia yang sembarangan oleh itu, pemilihan tersebut mestilah

berdasarkan criteria kelayakan yang cermerlang.

Walaupun begitu, sekiranya semua sifat kelayakan tersebut tidak dipunyai oleh

seorang insane, maka al-Farabi memberikan alternatif lain, yang juga tertakluk

kepada beberapa criteria kelayakan, antaranya seorang yang alim dalam agama,

hingga melayakannya berijtihad, mempunyai anggota tubuh badan yang

sempurna, berakal cerdik dan sihat serta berani berjihad. Dalam bagaimana

situasi sekalipun, al-Farabi masih menekankan soal ilmu dan kebijaksanaan,

prihatin terhadap terhadap penderitaan rakyat dan teguh dalam soal

keselamatan rakyat dan negara, dan semestinya seorang pemimpin yang

bertanggungjawab dalam membentuk kerajaan. Dilihat dari segi mana sekalipun,

didapati al-Farabi cuba untuk memperpadukan tiga kriteria kemanusiaan iaitu

ilmu dan kebijaksanaan, sempurna fizikal, akhlak mulia dan keberanian.11

Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah seperti

Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya. Sekiranya

diteliti betul-betul teori al-Farabi dan membandingkan dengan konsep temokrasi,

10 K. Ramanathan Kalimutuhu, Asas Politik Sains, Petaling Jaya; Fajar Bakti, 1987, hlm. 239.11 Ibid, hlm 180.

11

Page 12: Al Farabi Pecahan No2

demokrasi dan tiranni semua ini mengaitkan dengan pemikiran Plato. Walau

bagaimanapun, perkara ini tidaklah berlaku secara sepenuhnya, di mana al-

Farabi telah melakukan kelainan dengan menambahkan idea-idea daripada

Plato. Di tempat lain mengakui bahawa teori al-Farabi sama dengan konsep Plato

namun, al-Farabi telah membuat perbezaan dan perbezaan tersebut merupakan

atas pengaruh Islam. Perbezaan tesebut membuktikan bahawa al-Farabi juga

mempunyai idea yang tersendiri dalam perancangan teori politiknya.

Berdasarkan teori-teori al-Farabi tersebut dapatlah kita mengetahui

bagaimanakah kaedah untuk memilih seseorang untuk menjadi seorang

pemimpin dalam dunia politik. Oleh itu, sumbangan beliau dalam bidang politik

merupakan satu sumbangan yang agak cermerlang. Dengan itu, kepada individu

terutama sekali kepada mewreka yang melibabtkan diri dalam politik secara

sepenuh masa dalam gelanggang politik, bolelah melihat persoalan kriteria-

kriteria kepimpinan yang menjadi satu isu yang serius dalam kalangan

pembicara-pembicara sosial pada zaman dahulu. Atas sebab inilah, mengapa

diadakan pemilihan secara saintifik bagi sesiapa yang ingin menjadi pemimpin

dalam dunia politik oleh pihak-pihak yang tertentu dalam era moden sekarang

ini.

Kedua, kepada mereka juga boleh belajar daripada pemikiran tersebut.

Umpamanya betapa perlunya seorang pemimpin memiliki ilmu pengetahuan

yang tinggi, berfikiran positif, serta mempunyai akhlak yang terpuji. Pendek

kata, aspek kedua yang ditekankan oleh al-Farabi ini merupakan aspek dalaman

individu seseorang pemimpin. Maka, sesuailah al-Farabi mengabungkan

kecenderungan tiga dimensi iaitu mental, fizikal, dan spiritual sebagai aset yang

cukup penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang cermerlang dan

sistematik. Dalam hal ini pendukung dan pengerak jentera politik negara serta

juga rakyat perlu menyedari betapa pentingnya ketiga-tiga faktor itu dilihat

serentak dalam proses penyediaan atau perlantikan kepimpinan pemimpin

negara.

Walaupun kriteria-kriteria ini amat ideal namun, ia bukanlah sesuatu yang

mustahil. Di samping itu, dengan pemimpin yang berkriteria seperti ini

perjalanan pembangunan negara akan berlaku dengan cepat oleh idea-idea

pemimpin yang cukup cemerlang. Sebaliknya, perjalanan pembangunan negara

12

Page 13: Al Farabi Pecahan No2

akan berlaku dengan lambat jika para pemimpin ketandusan idea-idea yang

bernas terhadap bagaimana hendak membangunkan negara. Sebenarnya

perkara ini sudah pernah berlaku khususnya terhadap negara dan bangsa

manusia. Rakyat khasnya yang kebanyakannya kaya dengan pelbagai

kelemahan dalam pelbagai demensi kehidupan amat mengharapkan

kecemerlangan daripada pemimpin untuk membela nasib dan masa depan

mereka. Dengan ini telah berlakunya kesilapan yang merugikan kemajuan

negara sendiri yang sebenarnya rakyat pun boleh menentukan bagaimana

sebuah negara dikendalikan oleh seorang pemimpin yang telah dipilih daripada

sistem demokrasi negara.

Kesimpulannya, pencapaian yang dicapai oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam

khususnya Al-Farabi tidak terhad terhadap ilmu berbentuk keagamaan semata-

mata malahan juga merangkumi dalam aspek sains dan teknologi. Antaranya

ialah dalam bidang politik Al-farabi telah memberikan sumbangan yang besar di

dalam bidang ini. Contohnya, pengamalan sistem monarki dalam sesebuah

negara, beliau beranggapan seorang pemimpin yang baik seharusnya memiliki

sifat-sifat seperti sifat kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan, sempurna

fizikal, akhlak mulia dan keberanian. Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan

daripada tokoh-tokoh falsafah seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-

Ghazali dan sebagainya. Beliau juga beranggapan bahawa rakyat harus

memainkan peranan di dalam menentukan pemimpin mereka menlalui kaedah

demokrasi. Ini amat penting di dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan

negara yang diperintah.

5.0 Sumbangan lain

Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku yang tidak dapat

disiapkan ketika itu. Buku-buku tersebut ialah “ Kunci Ilmu” yang telah

disiapkan oleh anak muridnya iaitu Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976

masihi dan “ Fihrist Al-Ulum” telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun

988 Masihi. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato

serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Karangannya, Kitab al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan

klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Al-Farabi juga turut menghasilkan

13

Page 14: Al Farabi Pecahan No2

sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang

diberikan judul “ Al-Musiqa” serta telah dianggap sebagai sebuah buku

terpenting dalam bidang berkenaan.

Sumbangan Al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi.

Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu

hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga turut mengarang ensiklopedia.

Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan

membahagikan subjek kepada 2 kategori; iaitu Takhayyul (pendapat/ idea)dan

Thubut (bukti /dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan

teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi

mengemukan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau

menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia,

manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat

semula jadi tersebut. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai

falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah".

Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, “Ara Ahl al-

Madina al-Fadila’ (Bandar Contoh) adalah yang terkenal.Ia adalah sumbangan

terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku

untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi

menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan

kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain.

Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain

untuk melakukan sesuatu perkerjaan, justeru mencapai kesempurnaan. Setiap

manusia perlu tinggal bersama-sama dengan masyarakat di sekelilinginya.

Dalam karangannya yang lain pula,beliau menulis;

“arahan dan fatwa dalam teori sains patut diserahkan kepada imam dan perintah

negara atau kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains...”merekalah

yang kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains…. merekalah yang

sepatutnya disuruh memburu ilmu tersebut dan membentuk sifat-sifat mereka

daripada zaman kecil hingga mereka besar dan matang.

Kesimpulannya, kepesatan manusia di dalam mengejar ilmu dan pengetahuan

mereka mengenai idea-idea baru telah mendorong mereka untuk menghasilkan

buku. Usaha untuk menghasilkan buku didorong kepesatan perkembangan ilmu

yang di pelajari manusia di samping mengekalkan kewujudan ilmu bidang yang

diterokai serta disebabkan usia manusia yang begitu singkat. Justeru itu usaha

14

Page 15: Al Farabi Pecahan No2

untuk membuku ini telah memberikan kesan yang besar dalam aspek

perkembangan ilmu pengetahuan manusia secara umumnya. Antara buku yang

terkenal ialah Kunci Ilmu , Fihrist Al-Ulum, Ihsa al-Ulum, Kitab al-Jam, Al-Musiqa,

Madinah al-Fadhilah dan sebagainya.

Kesimpulan

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap

peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah di dalam

bidang keilmuan di samping merangkumi bidang keagamaan Islam seperti

pengajaran ilmu akidah iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa dan

sebagainya. Dalam bidang falsafah dan pemikiran daripada pengaruh Islam,

15

Page 16: Al Farabi Pecahan No2

orang Eropah telah dapat membebaskan corak pemikiran mereka yang selama

ini telah dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan

manusia dengan alam. Keadaan ini telah membawa kepada perluasan bidang

keilmuan di dalam kehidupan manusia sejagat merentasi sempadan iaitu tanpa

mengira jantina, warna kulit, bangsa dan sebagainya. Selain itu, bidang keilmuan

bukan sahaja terhad terhadap aspek akidah malahan juga merangkumi bidang-

bidang lain seperti muzik, politik, falsafah, perubatan lain-lain. Tokoh-tokoh

keilmuan ini telah memberikan sumbangan besar terhadap bidang keilmuan

manusia sejagat secara keseluruhannya. Kebanyakan idea-idea dan sumbangan

tokoh keilmuan ini turut ditulis di dalam beberapa buah buku. Antara buku yang

terkenal ialah “ Kunci Ilmu ” yang ditulis oleh Muhammad Al Khawarismi pada

tahun 976 masihi dan “ Fihrist Al-Ulum ” telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim

sekitar tahun 988 Masihi. Al-Farabi juga turut menghasilkan sebuah buku yang

mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberikan judul “ Al-Musiqa

” serta telah dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan.

Tokoh-tokoh falsafah Islam yang telah dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi,

al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Al- Farabi adalah seorang tokoh yang wujud

pada abad ke -10. Antara tokoh terkenal lain ialah seperti Al Junaid (910 M), Al

Hallaj (921 M), Al Thabari (839-923 M), Abu Bakar al- Razi (856-925 M), Al Battani

(858-929 M), Abu Hasan al-Asy’ari (873-935 M), al-Mas’udi (956 M),

Abdurrahman al-Nashir (891-961 M), Al-Mutanabbi (915-965 M), Abu Al-Faraj al-

Isfahani (897-967 M), Abu al-Wafa’ al-Bawzajani (940-998 M), Muhammad bin

Ahmad al-Maqdisi (948-1000 M).

Rujukan

Alha. 1977. Tokoh-tokoh Islam, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Page 17: Al Farabi Pecahan No2

Harun Hashyim. 1975. Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia, penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ikoko. 1987. Riwayat hidup Al-farabi, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Zakaria. 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husain ahmad amin. 1997. 100 Tokoh dalam Sejarah Islam, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

K. Ramanathan Kalimutuhu. 1987. Asas Politik Sains, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Rahmah Ismail & Mohd.Shukri Haji Noor. 2003. Dimensi Ekonomi Pembangunan

Teori & Realiti. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

17