unsur unsur kumpulan 1

12
C Unsur – unsur Kumpulan 1

Upload: mimah-zakaria

Post on 01-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tingkatan 4, kimia

TRANSCRIPT

C

C

Unsur unsur Kumpulan 11-Unsur-unsur dalam kumpulan satu dikenali sebagai logam alkali.2-Ini adalah kerana logam dalam kumpulan ini membentuk oksida dan hidroksida yang akan membentuk alkali apabila larut di dalam air.

3-Seperti yang ditunjukkan di rajah sebelah kanan, unsur-unsur kumpulan logam alkali termasuk litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium.4-Semua unsur kumpulan 1 mempunyai 1 elektron valens. Kesamaan ini menyebabkan mereka menunjukkan sifat kimia yang sama.5-Semua logam alkali adalah sangat reaktif. Mereka mesti disimpan di dalam minyak parafin supaya tidak bertindak dengan oksigen atau wap air di udara.

4

Logam-logam metal, disimpan di dalam minyak parafinCONTOH:SIFAT FIZIK UNSUR KUMPULAN 1

Pepejal lembut kelabu-kelabu berkilat pada keadaan bilik.

Takat lebur dan takat didih rendah kerana ikatan logam kurang kuat.

Secara keseluruhan mempunyai ketumpatan yang rendah tetapi semakin bertambah menuruni kumpulan kerana pertambahan jisim atom adalah lebih cepat daripada pertambahan jejari atom (isi padu atom)

d) Konduktor elektrik yang baik kerana merupakan logam yang mepunyai elektron yang bergerak bebas untuk membawa cas-cas elektrik

e) Konduktor haba yang baik kerana mempunyai logamSIFAT KIMIA UNSUR KUMPULAN 1

1. Semua atom logam alkali mempunyai satu elektron valens, iaitu satu elektron di petala luar.

2. Logam-logam alkali adalah sangat reaktif dan dapat bertindak balas dengan air, klorin dan oksigen.

3 Elektron valens menentukan sifat kimia unsur. Tindak balas kimia yang berlakunya melibatkan elektron valens.

4. Unsur-unsur kumpulan 1 mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valens yang sama iaitu satu elektron di petala luar.

5. Semasa tindak balas kimia, atom-atom logam alkali cenderung melepaskan elektron tunggal dala petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil (susunan elektron duplet atau oktet). Ion positif (kation) terhasil. 6. Oleh kerana elektron tunggal pada atom mudah dilepaskan unsur logam alkali adalah sangat reaktif dan bertindak balas secara cergas dngan unsur-unsur lain seperti:- oksigen- air

7. Semua unsur kumpulan 1 menunjukkan sifat kimia yang sama tetapi kereaktifan yang berbeza

8. Kereaktifan logam alkali bertambah apabila menuruni kumpulan. Hal ini dapat diterangkan seperti berikut:a) Saiz atom semakin bertabahb) Elektron valens semakin menjauhi tarikan nukleusc) Tarikan nukleus terhadap elektron valens menjadi semakin lemahd) Elektron valens ini lebih mudah dilepaskan dalam tindak balas kimia untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.THE END-SELAMAT MENGULANGKAJI