unsur tradisi

9
1.0 Pengenalan Perlembagaan Yang Diguna Pakai Hari Ini Mengandungi 4 Unsur Yang Dikekalkan daripada Kontak Sosial 1948. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan Malaysia digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur lama ini pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama dahulu dan dikekalkan dalam Kontrak Sosial tersebut. Faktor kerjasama kaum dan tolak ansur yang tidak ternilai daripada orang Melayu akhirnya melahirkan kontrak sosial tersebut. Menurut Mohd Salleh Abas (1987), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Bagi memenuhi tuntutan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. 1.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Menurut Aziz Bari (2008), orang Melayu dan orang asli adalah penduduk asal yang menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Buktinya, Institusi Beraja Melayu telah wujud berabad lamanya dan menjadi sebuah sistem pemerintahan yang unggul sehingga berjaya menempa nama yang agung seperti Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, semasa zaman penjajahan British, Sultan-sultan masih diterima sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh

Upload: peningla

Post on 24-May-2015

141 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur tradisi

1.0 Pengenalan

Perlembagaan Yang Diguna Pakai Hari Ini Mengandungi 4 Unsur Yang Dikekalkan

daripada Kontak Sosial 1948. Unsur-unsur lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan

Malaysia digolongkan sebagai “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British. Unsur lama ini

pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama dahulu dan dikekalkan

dalam Kontrak Sosial tersebut. Faktor kerjasama kaum dan tolak ansur yang tidak ternilai

daripada orang Melayu akhirnya melahirkan kontrak sosial tersebut. Menurut Mohd Salleh Abas

(1987), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa

Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Bagi memenuhi tuntutan rakyat pada masa itu,

pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya

menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya

berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya.

1.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

Menurut Aziz Bari (2008), orang Melayu dan orang asli adalah penduduk asal yang

menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Buktinya, Institusi Beraja Melayu telah wujud berabad

lamanya dan menjadi sebuah sistem pemerintahan yang unggul sehingga berjaya menempa nama

yang agung seperti Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, semasa zaman penjajahan

British, Sultan-sultan masih diterima sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh

dalam negeri masing-masing walaupun pada masa yang sama mereka perlu menerima nasihat

daripada pegawai-pegawai British sebagai Residen atau Penasihat British. Namun begitu,

pelaksanaan Malayan Union menyebabkan kebanyakan sultan-sultan kehilangan kuasa. Hal ini

telah menyebabkan orang Melayu bersatu dan menentang Malayan Union dan hasilnya pada

tahun 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Perlembagaan ini sedikit

sebanyak telah mengembalikan Raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.

Menurut Mohd Salleh Abas (1984) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah

memperuntukkan agar Majlis Raja-raja ditubuhkan. Majlis ini yang terdiri daripada Sultan-sultan

dan Yang Dipertua Negeri dengan fungsi seperti berikut:

Page 2: Unsur tradisi

i. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menurut

peruntukan Jadual Ketiga;

ii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya sebarang perbuatan, amalan atau

upacara agama meliputi seluruh Persekutuan: dan

iii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang dan membuat

nasihat ke atas sebarang perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini memerlukan

persetujuan Majlis ini atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding

dengan majlis itu.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan

dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yakni termasuklah Perkara

32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Perlembagaan

juga memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa jua

perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Berhubung dengan Raja-raja lain, kedaulatan

prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tidak ada tindakan dalam mana-

mana mahkamah.

1.2 Agama Islam

Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama

rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).

Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh

undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika

pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa agama Islam yang diamalkan oleh Penduduk Tanah Melayu

sejak 500 tahun lalu masih menjadi unsur terpenting dalam membentuk sebuah negara berdaulat.

Lantaran itu, Perlembagaan Malaysia menetapkan orang Melayu sebagai orang beragama Islam

dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu,

peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi

dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza.

Page 3: Unsur tradisi

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama pula telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris

campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor

1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain

daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris. Setelah

merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara,

kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk

pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus,

membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama

lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam

1.3 Bahasa Melayu

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan bahasa

Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-menyurat, penulisan

minit, juga dalam prosiding perundangan dan mahkamah.

Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan sedikit demi

sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih cenderung untuk

memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu. Hal in terjadi kerana

sistem common law British dan sistem Kerajaan British hasil dari Malayan Union dan Perjanjian

Persekutuan. Apabila Malayan Union dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Melayu yang

menggantikannya masih mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau

ditukar ke dalam bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, Perlembagaan Kemerdekaan telah mengusulkan bahawa bahasa Melayu

menjadi ”bahasa rasmi” Persekutuan atau ”bahasa bagi Persekutuan”, dengan cara yang sama

sebagaimana agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan tanpa istilah `rasmi’ atau

istilah `kebangsaan’. Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat memuaskan hati para

pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) diluluskan untuk menguatkuasakan bahawa

bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Persekutuan.

Mohd Salleh Abas (1984) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada

bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya

Page 4: Unsur tradisi

sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini secara langsung telah

menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan bahawa semua

bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan “selain

daripada maksud rasmi”. Selain itu, bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan,

dan menjadi bahasa pengantar di negara ini sejak sekian lama.

1.4 Kedudukan Istimewa orang Melayu

Yang di-Pertuan Agong telah diberi tanggungjawab yang berat untuk memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan juga

kepentingan sah kaum-kaum lain. Hal ini termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Menurut sejarah, perjanjian awal antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British, tiada

peruntukan untuk mengutamakan penduduk bangsa Melayu kerana Tanah Melayu pada ketika

itu hanya dihuni oleh orang Melayu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkan akan hak dan

kedudukan istimewa orang Melayu. Namun keadaan telah berubah kerana terdapat ramai imigran

dari China dan India dibawa masuk oleh pihak British untuk menjalankan kegiatan-kegiatan

ekonomi mengikut kaum dengan orang China di lombong, orang India di ladang serta orang

Melayu di kampung sebagai petani. Rentetan daripada peristiwa tersebut, orang Melayu

merasakan mereka tidak dapat bersaing dengan para imigran ini baik dari segi pendidikan mahu

pun ekonomi.

Kedudukan orang Melayu seterusnya tergugat apabila Perlembagaan Malayan Union

dilaksanakan pada 1 April 1946. Di bawah perlembagaan ini, hak dan keistimewaan orang

Melayu bukan sahaja tidak disebut malah, kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu

semuanya dikurangkan kepada hanya untuk maksud formaliti dan dalam perkara kecil-kecil

sahaja. Keadaan ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kehilangan sepenuhnya kedudukan

orang Melayu, akan tetapi memberi keuntungan bagi kaum imigran disebabkan pengiktirafan

mereka oleh perlembagaan ini.

Walau bagaimana, setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948, orang Melayu berjaya mendapatkan semula kedudukan dan tempat mereka

di negara ini. Dengan itu, tugas melindungi ”kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan

sah kaum-kaum lain” diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dan akhirnya diberi

Page 5: Unsur tradisi

kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga ke hari ini. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara

160) ”Melayu” ditakrifkan sebagai lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu, menganuti agama

Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Setelah Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan pada tahun 1963, kedudukan

istimewa bumiputera kedua-dua negeri ini turut berada di bawah tanggungjawab Yang di-

Pertuan Agong. Tanggungjawab ini turut merangkumi batas-batas Perlembagaan dan Undang-

undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan di

dalam perkhidmatan awam, dan pemberian biasiswa dan bantuan atau lain-lain kemudahan

pelajaran dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan. Baginda

juga diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan-arahan perlu kepada pihak berkuasa yang sesuai

untuk memastikan dasar tersebut dipatuhi.

Perkara 86 dan 90 iaitu tanah rizab orang Melayu juga memberi kedudukan istimewa

orang Melayu. Perkara ini bertujuan melindungi tanah rizab orang Melayu daripada di

selenggara oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh

Perkara 8(5) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Kedudukan

istimewa orang Melayu ini tidak mutlak tetapi diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum-

kaum lain dan ianya dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kontrak sosial yang dipersetujui oleh pemerintah, golongan elit dan

pembangkang semasa awal penggubalan Perlembagaan Merdeka 1956 lalu, telah menjadi unsur

tradisi yang terus dikekalkan dan diamalkan dalam perlembagaan hari ini. Sungguhpun unsur

tradisi ini menjadi alat sensitiviti kaum bagi golongan rasis, namun, sejarah negara tidak boleh

dinafikan. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum harus bersyukur dan akur terhadap

kontrak sosial ini demi mengekalkan keamanan dan kesepaduan rakyat. Oleh itu, unsur

berkaitan Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan

Istimewa orang Melayu harus dipelihara dan diakui oleh kaum bukan Melayu.

Page 6: Unsur tradisi

RUJUKAN

Mohd Salleh Abas. (1985) Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari (2008) Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Arah

Publication.