menganalisis unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan sebagai instrumen perpaduan

24
Menganalisis Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan George Boniface

Upload: gbb21

Post on 12-Feb-2015

174 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Menganalisis Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai

Instrumen Perpaduan

George Boniface

Page 2: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Perpaduan penting?

Kenapa?

Keharmonian negara

Mengelakkan semangat kekitaan

Membangunkan ekonomi negara

Page 3: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Bahasa Melayu

Agama Islam

Raja Berpelembagaan

Kedudukan Istimewa Orang

Melayu dan Bumiputera Sabah

dan Sarawak

Page 4: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

BAHASA MELAYU

Kedudukan Bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Bahasa Melayu

mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi.

Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak

ada sesiapa pun yang dilarang menggunakan

bahasa lain.

Jika ada pihak yang menggunakan isu bahasa di

khalayak ramai, ia boleh dituduh melakukan

kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Page 5: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Bagaimana?

Laporan Razak 1956

Menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem

pendidikan kebangsaan dengan menggunakan

bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar.

Hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak

boleh dipaksa secara mendadak.

Page 6: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Bagaimana?

Laporan Rahman Talib

1960

Kedudukan sekolah rendah ditukar kepada

sekolah kebangsaan dan

jenis kebangsaan.

Tujuannya adalah untuk mengukuhkan perpaduan

kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa

Melayu secara berperingkat dalam sistem

pendidikan kebangsaan

Page 7: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Isu Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

PPSMI diperkenalkan pada Januari 2003.

Merupakan cetusan idea Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri

yang keempat Malaysia.

Selepas enam tahun program ini dilaksanakan timbul pelbagai

rungutan dan ketidakpuashatian di kalangan individu, ibu bapa, para

cendikiawan dan tidak ketinggalan juga para pejuang bahasa.

Saban hari polimek ini tidak pernah padam kerana ia menghakis dari segi kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan, Perkara 152.

Page 8: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Isu Papan Tanda Dalam Pelbagai Bahasa

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Permohonan Majlis

Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan

raya dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja.

Ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi

sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan.

Tujuannya untuk membantu ramai pelancong mengetahui bahawa

Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk

berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.

Tindakan itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan

masyarakat setempat. Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

Page 9: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

AGAMA ISLAM

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan agama Islam sebagai agama

Persekutuan.

Perkara 3 (1) memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamal

agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-

mana bahagian Persekutuan.

Setiap agama mempunyai hak untuk• Menguruskan hal ehwal

agamanya sendiri.• Menubuhkan dan

menyelenggara institusi bagi maksud agama.

• Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Page 10: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Bagaimana?

Setiap rakyat bebas mengamalkan amalan agama mereka asalkan

tidak menganggu hak dan kebebasan kaum lain.

Amalan yang diamalkan sesuatu kaum tidak menimbulkan fitnah kepada kaum lain.

Page 11: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Kes Murtad Siti Fatimah Tan Abdullah

Pada 8 Mei, Mahkamah Tinggi

Syariah Pulau Pinang telah

membenarkan permohonan Siti

Fatimah Tan Abdullah @ Tan

Abdullah, 39, untuk

mendapatkan pengisytiharan keluar daripada

agama Islam.

Beliau tidak pernah yakin

dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk

mencukupkan syarat bagi

membolehkannya berkahwin

dengan seorang lelaki warga negara Iran.

Sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala agama

asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan

Majlis Agama Islam Pulau

Pinang (MAIPP) membatalkan sijil

memeluk Islam wanita itu.

Page 12: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

RAJA BERPELEMBAGAAN

Konsep raja berpelembagaan ialah raja-raja bertindak hendaklah mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah di tetapkan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara yang menyentuh mengenai isu raja-raja Melayu ialah Perkara 32.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem Raja Berperlembagaan.

Kuasa rakyat terletak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri.

Page 13: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Bagaimana?

Menjadikan Raja sebagai role model.

Program raja dengan rakyat (sering turun

padang supaya sentiasa tahu masalah yang

dihadapi oleh rakyat).

Membawa masalah yang dihadapi rakyat ke

peringkat yang lebih tinggi.

Page 14: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Karpal Singh dengan Sultan Perak

Bermula sejak Menteri Besar Perak Datuk Seri

Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua

kerajaan negeri Perak telah memindahkan

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Tindakan ini mencetuskan polimek

apabila diberi perhatian oleh media arus

perdana.

Selaku peguam veteran dan Pengerusi DAP,

Karpal Singh mempersoalkan campur

tangan pihak istana dalam urusan

pentadbiran kerajaan negeri. Polimek tercetus

apabila wujud ketidakserasian antara

kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR di Perak

dengan pegawai kerajaan negeri yang

dilantik sebelum pilihan raya.

Karpal juga bertanya siapakah yang menjadi

penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong

semasa pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Beliau bagaikan mempersoalkan

keupayaan Seri Paduka untuk berfikir sendiri.

Page 15: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Dato ’ Nizar Jamaluddin Derhaka Kepada Sultan Perak

Konflik itu berlaku apabila Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak melalui pintu belakang. Situasi itu tidak dapat diterima oleh pihak

pembakang. Manakala pihak Barisan Nasional cuba mengapi-apikan rakyat supaya menganggapkan Dato’ Nizar sebagai penderhaka

Isu Dato’ Nizar yang dilabelkan penderhaka kepada Sultan Perak oleh Parti Barisan Nasional. Beliau dilabelkan begitu kerana ingkar atas titah

baginda dalam perlantikan menteri besar Perak yang baru.

Page 16: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU & BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak ialah:

Perkhidmatan awam

Ekonomi

Pendidikan

Keistimewaan yang diberi ini terkandung dalam Perkara 153.

Hak-hak ini tidak boleh di pertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948

(Pindaan 1971)

Page 17: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Bagaimana?

Dengan adanya peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan kaum-kaum ini dapat mengenali kaum yang lain.

Dengan adanya hak keistimewaan yang diberikan, kaum-kaum lain dapat memajukan diri sendiri seiring dengan kaum yang lain.

Dasar pecah dan perintah telah menyebabkan masyarakat berrpecah dan setiap kaum menjalankan ekonomi berdasarka penempatan mereka.

Page 18: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Isu Meminta Hak Keistimewaan Orang Melayu DiHapuskan

November 2000, Timbalan Pengerusi Perundingan

Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua

meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan

dibawah dasar penyusunan semula

masyarakat.

Telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara

yang dianggap amat sensitif di dalam negara

ini.

Para pemimpin UMNO meluahkan rasa tidak

senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap

akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan

mencetuskan perbalahan kaum.

Page 19: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Isu Apartied

Dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau telah

mengemparkan seluruh negara.

Dr. Boo mendakwa, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang

diamalkan di negeri ini menyamai ideologi Apartheid kerana berasaskan politik perkauman

iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.

Page 20: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Langkah-langkah

• Negara kita adalah negara yang kompleks.• Rakyat seharusnya memahami apa yang terkandung

dalam Rukun Negara. Walaupun Rukun Negara bukan undang-undang, tetapi ia memerlukan iltizam atau komitmen untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang boleh memandu proses pemikiran dan perilaku rakyat.

• Kerajaan perlu bertindak adil keatas semua rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi rakyat. Kewujudan akta-akta bertujuan untuk menjaga keamanan negara dan jangan disalahgunakan.

Page 21: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Langkah-langkah

• Parti-parti memainkan peranan dalam menjaga hubungan kaum di negara. Jangan sesekali membangkit sentimen perkauman dalam memancing undi.

• Media massa dan media cetak seharusnya tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Setiap isu sensasi yang hendak diterbitkan itu sepatutnya dinilai kesan baik buruknya kepada masyarakat. Setiap berita yang hendak dipaparkan mesti tepat dan betul bagi mengelakkan salah faham dikalangan masyarakat kita.

Page 22: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Langkah-langkah

• Sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini.

Page 23: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Kesimpulan

• Secara tuntasnya, unsur-unsur tradisi perlulah difahami supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan.

• Perkara ini sekaligus akan menghindarkan kita daripada konflik yang dinamakan isu perkauman. Sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya lagi mempertikaikan perkara-perkara yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara dan apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara. Sama-samalah kita akui bahawa kita adalah rakyat Malaysia.

Page 24: Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Sebagai Instrumen Perpaduan

Sekian, terima kasih…