universiti teknologi malaysia borang …adahap0… · latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti...

20
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESAN LATIHAN PLIOMETRIK TERHADAP PRESTASI ATLET KAYAK SESI PENGAJIAN : 2007/2008/2 Saya : (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falfasah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis ini adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh : (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No 100, Jalan Orkid 1/1, Nama Penyelia: Hafizah bt Hj. Harun Taman Orkid, 09000, Kulim, Kedah Darulaman. Tarikh : April, 2008 Tarikh : April, 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. NURUL SA’ADAH BINTI SABDIN

Upload: vandieu

Post on 07-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KESAN LATIHAN PLIOMETRIK TERHADAP PRESTASI ATLET KAYAK

SESI PENGAJIAN : 2007/2008/2

Saya : (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falfasah) ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis ini adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama

dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan Universiti Teknologi Malaysia.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

6. ** Sila Tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: No 100, Jalan Orkid 1/1, Nama Penyelia: Hafizah bt Hj. Harun

Taman Orkid, 09000,

Kulim, Kedah Darulaman.

Tarikh : April, 2008 Tarikh : April, 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

NURUL SA’ADAH BINTI SABDIN

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

ii

PENGAKUAN PENYELIA

Saya akui saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan :

Nama penyelia : Hafizah Hj. Harun

Tarikh : April, 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

iii

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK TERHADAP PRESTASI ATLET KAYAK

NURUL SA’ADAH BINTI SABDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahgian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2007/2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

iv

PENGAKUAN PELAJAR

Saya akui tesis yang bertajuk Kesan Latihan Pliometrik Terhadap Prestasi Atlet Kayak

ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya

telah saya perjelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama pelajar : Nurul Sa’adah Binti Sabdin

Tarikh : April, 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

v

Untuk Ayahanda, Bonda dan Keluarga Tersayang,

Sabdin Bin Basir

Che Bashah Binti Puteh

Suhana Binti Sabdin

Mashitah Binti Sabdin

Mohamed Suhail Bin Sabdin

Nurul Nazwa Binti Sabdin

Nurul Nazirah Binti Sabdin

Mohd Fadzli Zikry Bin Sabdin

Muhammad Adam Bin Sabdin

Alif Bin Sabdin

Buat Semua Pensyarah Sains Sukan UTM Khasnya Puan Hafizah Binti Harun

Rakan-Rakan Sepejuangan 4SPS

Teristimewa Buat Cik Shaireena Binti Ja’afar.

Tidak dilupakan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak

dalam membantu saya menyiapkan tesis ini

Terima kasih atas pengorbanan dan motivasi yang diberikan.

Jasa kalian tidak akan di lupakan.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur ke atas

segala limpah rahmat kurniaan-Nya, kerana saya dapat menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Puan Hajah Hafizah binti Haji

Harun selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar

yang beliau berikan telah banyak membantu saya dalam manyiapkan Projek Sarjana

Muda ini.

Tidak dilupakan penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan

seperjuangan, pihak MSNJ dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak

langsung sehingga saya manyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Teristimewa ucapan penghargaan buat ibubapa, keluarga dan pensyarah-

pensyarah Sains Sukan UTM serta khasnya buat Cik Shaireena Binti Ja’afar.

Sekian , terima kasih

Jasa kalian dikenang selamanya.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan latihan pliometrik terhadap kekuatan

otot dalam mempengaruhi prestasi atlet kayak. Sepuluh orang atlet kayak lelaki berusia

(mean±sp) 20.6±0.52 tahun dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan (kumpulan

A, B dan kawalan). Kumpulan A menjalani gabungan latihan rutin dan latihan

pliometrik (baling bola dengan satu tangan dan baling bola dari sisi ke sisi dengan dua

tangan). Kumpulan B menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (baling

bola aras dada dan tekan tubi pliometrik) manakala, kumpulan kawalan hanya menjalani

latihan rutin. Subjek menjalani ujian Cable Seated Row dan ujian masa Kayak Pecut 15

Meter sebelum (pra) dan selepas (pos; setelah menjalani latihan selama enam minggu).

Dua bentuk analisis statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis

data mentah yang diperolehi. Ujian Cable Seated Row menguji kekuatan otot

manakala, ujian Kayak Pecut 15 Meter menguji tahap kelajuan. Kumpulan A dan B

menunjukkan perubahan yang signifikan (p≤0.05) dalam Ujian Cable Seated Row.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan catatan masa.bagi ketiga-tiga kumpulan; A, B

dan Kawalan dalam ujian masa Kayak Pecut 15 Meter. Walaupun analisa data

menunjukkan tiada perubahan prestasi yang signifikan tetapi pengurangan catatan masa

kumpulan A (-8.59%) dan B (-1.61%) jelas meningkat. Kesimpulannya latihan

pliometrik boleh digabungkan dengan latihan kayak rutin untuk meningkatkan kekuatan

otot atlet kayak dan seterusnya memberi pengaruh yang positif terhadap prestasi

mereka.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

viii

ABSTRACT

The purpose of this study was to examine the effects of plyometric training on

muscle strength which influence the athletes’ performance. Ten male kayak athletes

aged (mean±sp) 20.6±0.52 were randomly divided into three groups (group A, group B

and control group). Group A had undergone combination of routine and plyometric

training (single-arm throw and two-hand side-to-side throw). Group B had undergone

combination of routine and plyometric training (chess pass and plyometric push-up),

while the control group only did the routine training. The Cable Seated Row and Kayak

Sprint 15 Meters were measured pre and post 6 week training interventions. Data were

analyzed using descriptive and inference statistics. The Cable Seated Row test was

used to evaluate muscle strength while the Kayak Sprint 15 Meters test was used to

measure speed. Group A and group B have shown significant changes in the number of

lifting repetition in the Cable Seated Row test (p≤0.05). While all three groups: group

A, B and control group did not show any significant changes in the Kayak Sprint 15

Meters test. Even though the result did not indicated any significant changes but there

were a decrease in the time recorded by the training groups A (-8.59%) and B (-1.61%).

In conclusions, plyometric training can be useful if combined with routine kayak

training as it can improve the athlete’s muscle strength and furthermore positively

influence their performance.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGAKUAN PENYELIA ii

TAJUK iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

x

1.7 Limitasi Kajian 6

1.8 Delimitasi Kajian 6

1.9 Definisi Operasional 7

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kajian Berkaitan Latihan Pliometrik 9

2.3 Kajian Berkaitan Pengujian 18

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Populasi dan Persampelan 19

3.3 Tempat Kajian 20

3.4 Instrumen Kajian 20

3.5 Prosedur Kajian 21

3.6 Protokol Ujian 23

3.7 Pembolehubah Kajian 25

3.8 Pengumpulan Data 25

3.9 Penganalisaan Data 26

3.10 Penutup 26

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

xi

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisa Keputusan Ujian

4.2.1 Analisis Deskriptif 28

4.2.2 Analisis Inferensi 33

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 35

5.2 Perbincangan 35

5.3 Kesimpulan 40

5.4 Cadangan 40

5.5 Rumusan 42

RUJUKAN 44

LAMPIRAN 49

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Latihan Pliometrik 25

(Essentials Of Strength And Conditioning, 1994)

4.1 Pembahagian Kumpulan Mengikut Kategori 27

4.2 Data Antropomerti Subjek Mengikut Umur, Berat, 28

Tinggi, Dan Pengalaman Berkayak

4.3 Peratusan Bilangan Atlet Mengikut Acara 29

4.4 Keputusan Mean/Purata Ujian Cable Seated Row 30

4.5 Keputusan Mean/Purata Ujian Masa Kayak Pecut 31

15 Meter

4.6 Keputusan Ujian Cable Seated Row 45

4.7 Keputusan Ujian Masa Kayak Pecut 15 Meter 46

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratusan Bilangan Atlet Mengikut Acara 41

4.2 Mean/Purata Keputusan Ujian Cable Seated 42

Row

4.3 Peratus Perubahan Keputusan Ujian Cable 43

Seated Row

4.4 Mean/Purata Keputusan Ujian Masa Kayak 44

Pecut 15 Meter

4.5 Peratus Perubahan Keputusan Ujian Masa 44

Kayak Pecut 15 Meter

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Borang Perakuan Pelepasan Tanggungjawab 50

2 Borang Maklumat Diri 51

3 Pembentukan Program Latihan 52

4 Baling Bola Dari Sisi Ke Sisi Dengan Dua Tangan 54

(Two-Hand Side-To-Side Throw)

5 Baling Bola Dengan Satu Tangan 55

(Single-Arm Throw)

6 Baling Bola Aras Dada (Chess Pass) 56

7 Tekan Tubi Pliometrik (Plyometric Push-Ups) 57

8 Ujian Cable Seated Row 58

9 Ujian Masa Pecutan Kayak 15 Meter 59

10 Jadual Aktiviti Atlet Kayak Tahun 2008 60

11 Latihan Latihan 2008 61

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

xv

12 Borang Skor 62

13 Gambarajah Otot Pandangan Hadapan 63

14 Gambarajah Otot Pandangan Belakang 64

15 Analisis SPSS Kumpulan A: Ujian Cable Seated 65

Row

16 Analisis SPSS Kumpulan B: Ujian Cable Seated 66

Row

17 Analisis SPSS Kumpulan Kawalan: Ujian Cable 67

Seated Row

18 Analisis SPSS Kumpulan A: Ujian Masa Kayak 68

Pecut 15 Meter

19 Analisis SPSS Kumpulan B: Ujian Masa Kayak 69

Pecut 15 Meter

20 Analisis SPSS Kumpulan Kawalan: Ujian Masa 70

Kayak Pecut 15 Meter

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara umumnya, sukan merupakan aktiviti yang mengandungi latihan

kemahiran secara rekreasi dan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk

pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,

kecemerlangan, dan sebagainya. Penglibatan secara aktif dalam sukan tidak boleh

dianggap sebagai kegiatan riadah, mengisi masa lapang, berseronok, atau menjaga

kesihatan semata-mata.

Sukan juga mengandungi peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar

kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi

tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh kemahiran sukan di air yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan ialah

sukan kayak. Sukan ini menggunakan sifat-sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan,

dan beberapa kemahiran lain. (Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

Sukan kayak merupakan aktiviti di air yang melibatkan kayak. Kayak

didefinisikan sebagai sejenis kenderaan air yang kecil (bot), biasanya terbuka kepada

udara dan boleh dijana oleh angin, jentera atau tenaga manusia. Kayak dicipta oleh

penduduk asal kawasan Arktik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

2

sebagai Inuit atau Eskimo (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Menurut Mead (1998),

kayak boleh dikategorikan sebagai salah satu aktiviti luar yang tertua bermula di

Amerika Selatan.

Terdapat tiga jenis jarak yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia (World

Championship Events) dalam sukan kayak iaitu 200 meter, 500 meter dan 1000 meter.

Acara kayak ini dibahagikan kepada K1 (kayak perseorangan), K2 (kayak

berpasangan), dan K4 (terdiri daripada empat orang atlet). Kesemua acara ini

dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai

kuasa maksima dalam masa yang pantas (Baechle dan Earl, 2000). Pliometrik

merupakan perkataan Greek yang bermaksud untuk meningkatkan ukuran (plio

bermaksud lebih; sementara metrik bermaksud untuk mengukur). Tujuan melakukan

latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dalam pergerakan dengan

menggunakan kedua-dua komponen elastik semulajadi otot dan tendon serta reflek

regangan (Wilk et al. 1993). Latihan pliometrik menjana daya graviti yang

membolehkan otot mencapai kekuatan maksimum secepat mungkin.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai jenis latihan dijalankan oleh jurulatih untuk meningkatkan prestasi

atletnya. Antara latihan yang dijalankan adalah latihan bebanan, latihan litar, latihan

pliometrik, dan banyak lagi. Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji

kesan latihan pliometrik terhadap anggota atas badan (upper body). Latihan pliometrik

yang melibatkan anggota atas badan, biasanya dikaitkan dengan sukan baseball,

softball, tenis, dan acara-acara balingan yang lain. Apa yang menjadi persoalannya

adakah latihan pliometrik yang diberikan tersebut boleh mempengaruhi prestasi

seseorang atlet kayak? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kesan latihan

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

3

pliometrik terhadap kekuatan otot-otot anggota atas badan (bisep, trisep, deltoid,

pectoralis major, latissimus dorsi, dan trapezius) dalam meningkatkan prestasi atlet

kayak.

Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kajian A dan B

yang menjalani gabungan latihan rutin dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan

penyelidik) manakala, kumpulan kawalan hanya menjalani latihan rutin. Latihan

pliometrik kumpulan A ialah baling bola dengan satu tangan (single-arm throw) dan

baling bola dari sisi ke sisi dengan dua tangan (two-hand side-to-side throw).

Kumpulan B melakukan latihan baling bola aras dada (chess pass) dan tekan tubi

pliometrik (plyometric push-up).

1.3 Pernyataan Masalah

Sukan kayak dikategorikan sebagai sukan yang memerlukan kekuatan anggota

atas badan (Tesch, 1983). Menurut Knuttgen dan Kraemer (1987), kekuatan boleh di

terjemahkan sebagai daya otot atau kumpulan otot yang maksimum yang boleh dijana

pada halaju tertentu. Menggunakan terjemahan ini, pelbagai ujian penghasilan daya

dijalankan seperti statik dan dinamik menggunakan beberapa prinsip utama dalam

memahami latihan asas untuk latihan kekuatan.

Menurut Pickard dan Pyke (1981), atlet kayak yang berjaya memerlukan kuasa

aerobik dan tenaga anaerobik yang tinggi serta kekuatan otot. Otot yang kuat

membolehkan individu melakukan aktiviti dengan lebih baik. Mengikut Newton et al.

(1997), latihan pliometrik kurang digunakan untuk melatih otot anggota atas badan

berbanding otot bahagian bawah badan dan perkaitan antara latihan pliometrik dengan

acara kayak juga amat kurang dibincangkan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

4

Sehubungan itu, pengkaji ingin membuat kajian untuk mencari jawapan kepada

persoalan tentang adakah latihan pliometrik yang dijalankan memberi kesan kepada

kekuatan otot anggota atas badan dalam mempengaruhi prestasi atlet kayak?

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Membandingkan kekuatan otot melalui ujian Cable Seated Row di antara tiga

kumpulan kajian iaitu kumpulan A dan B yang menjalani gabungan latihan rutin

dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan penyelidik) manakala, kumpulan

kawalan hanya menjalani latihan rutin.

1.4.2 Membandingkan prestasi masa melalui ujian Kayak Pecut 15 Meter di antara

tiga kumpulan kajian iaitu kumpulan A dan B yang menjalani gabungan latihan

rutin dan latihan pliometrik (mengikut ketetapan penyelidik) manakala,

kumpulan kawalan hanya menjalani latihan rutin.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG …ADAHAP0… · Latihan pliometrik merujuk kepada aktiviti yang membolehkan otot mencapai ... latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa

5