kajian pliometrik

65
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MOHD ROSHAN BIN SARKARSI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh Alamat tetap: Nama Penyelia NO.12, JALAN SS 5/8, HAFIZAH HJ. HARUN TAMAN SERI SAUJANA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 3 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: amierul-ardanie

Post on 07-Aug-2015

442 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PLIOMETRIK

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya MOHD ROSHAN BIN SARKARSI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

Alamat tetap: Nama Penyelia NO.12, JALAN SS 5/8, HAFIZAH HJ. HARUN TAMAN SERI SAUJANA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: KAJIAN PLIOMETRIK

KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN

LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH

MOHD ROSHAN BIN SARKARSI

Tesis ini di hantar untuk memenuhi kelayakan anugerah

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 3: KAJIAN PLIOMETRIK

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai

dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatanga n :

Nama Penyelia : HAFIZAH HJ. HARUN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: KAJIAN PLIOMETRIK

ii

“Saya akui karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya sendiri

kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama : MOHD ROSHAN BIN SARKARSI

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 5: KAJIAN PLIOMETRIK

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat ibu tersayang…

MISKIMAH BINTI HJ. ZAINAL ABIDIN

Serta

Keluarga tercinta

Kau amat ku sayangi dan sanjungi. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan aku

lupakan hingga ke akhir hayat.

Tidak lupa buat Pensyarahku...

Kalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu. Segala ilmu akan ku

simpan di dada dan tak luput dalam ingatan.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-sahabat Seperjuangan.

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian.

Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku

buat selama-lamanya.

Akhir kata

Terima kasih pada semua...

Terima kasih atas sokongan kalian...

Inilah hadiahku untuk kalian semua...

Page 6: KAJIAN PLIOMETRIK

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah akhirnya kajian projek sarjana muda ini dapat disiapkan

pada masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan projek ini banyak pihak telah

terlibat yang turut sama membantu dari awal sehingga akhir penyiapan kertas kerja ini.

Saya ingin sekali mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya

iaitu Puan Hafizah Binti Hj Harun kerana telah banyak membantu dari segi bimbingan

dan kritikan yang membina. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

ketua jurulatih olahraga SUKMA Johor iaitu Encik Mohd Nordin Bin Jadi di atas

bantuan dan kerjasama yang telah diberikan bersama-sama dengan atlit lompat jauh di

bawah bimbingannya.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah sains sukan lain yang turut membantu dalam membimbing saya menyiapkan

kertas kerja ini. Selain itu penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang

bersama-sama membantu dari segi pengumpulan data dan lain-lain sokongan.

Akhir sekali kepada ibu dan keluarga saya yang telah sekian lamanya membantu

saya dari segi kewangan dan sokongan moral untuk saya terus berjaya dalam pelajaran.

Tanpa dorongan dan sokongan dari semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung, saya percaya projek ini gagal disiapkan. Maka dengan itu segalanya

amatlah dihargai.

Page 7: KAJIAN PLIOMETRIK

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan latihan

pliometrik bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif otot kaki atlit lompat jauh.

Seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh Sukan Malaysia

(SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan pelajar sains

sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16 tahun). Subjek

dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan latihan pliometrik

Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1 kumpulan sebagai

kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2 kali seminggu

selama 4 minggu. Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump (VJ) digunakan

untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yang diberi. Data kajian yang diperolehi

dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel Office 2003. Dapatan kajian

menunjukkan kedua-dua jenis latihan pliometrik yang diberikan iaitu death drop jump

(DDJ) dan lunge jump (LJ) adalah signifikan bagi kedua-dua ujian yang telah dijalankan

iaitu (SLJ dan VJ). Hasil keputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ

(M±SD), 202.56±4.01cm dan keputusan ujian pos, 205.69±4.32cm menunjukkan

peningkatan sebanyak 3.13cm atau 1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusan ujian VJ, pula

menunjukkan ujian pra, 44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkat

sebanyak 2.05cm atau 4.6% dengan nilai p=0.018. Ini menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan

pliometrik (p≤0.05). Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat

membantu meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing

long jump) dan lompatan menegak (vertical jump).

Page 8: KAJIAN PLIOMETRIK

vi

ABSTRACT

This experimental studies, was to determine the effectiveness of 2 types of

plyometric trainings for leg strengths and explosive muscles power of athletes. Fifteen

male subjects (N=15) completed the training which consisted of Sukan Malaysia

(SUKMA) Johor and UTM athletes and sports science students. Their age ranged from

17 to 23 years old (M=20.3±2.16 years old). The subjects were divided into 3 groups, 2

groups of plyometric exercises: Death Drop Jump (DDJ, N=5) and Lunge Jump (LJ,

N=5) while the third as control group (K, N=5). The plyometric groups performed

exercises two times per week for four weeks. The Standing Long Jump (SLJ) and

Vertical Jump (VJ) were used to evaluate the effectiveness of the plyometrics training.

The data were analyzed by using Microsoft Excel Office. The analysis for the SLJ test

shows that (M ± SD), 202.56±4.01 for the pre-test and 205.69cm±4.32 for the post-test

at p=0.00. This result shows that it has increased by 3.13cm or 1.5%. Meanwhile the

analysis for the VJ test shows pre-test score of 44.35±0.88cm and 46.4±1.73cm for the

post-test at p=0.018 which has increase 2.05cm or 4.6%. As a conclusion, the analyses

showed that are significant the plyometric training groups changes for both specific

plyometric training programs can improve the standing long jump (SLJ) and vertical

jump (VJ) performance.

Page 9: KAJIAN PLIOMETRIK

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

DEKLARASI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xi SENARAI LAMPIRAN xii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Hipotesis Kajian 4 1.5 Skop Kajian 5 1.6 Definisi Operasional 5

Page 10: KAJIAN PLIOMETRIK

viii

1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 7 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Latihan Pliometrik 9 2.1 Kajian Berkaitan 11 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 13 3.2 Populasi dan Persampelan 13 3.3 Tempat Kajian 14 3.4 Prosedur Kajian 14 3.5 Instrumen Kajian 18 3.6 Pengumpulan Data 20 3.7 Penganalisaan Data 20 3.8 Kajian Rintis 20 4 ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 21 4.2 Penganalisisan Data 23 4.3 Perbandingan Keputusan Ujian dan Norma 26

Page 11: KAJIAN PLIOMETRIK

ix

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 28 5.2 Kumpulan Latihan Death Drop Jump (DDJ) 29 5.3 Kumpulan Latihan Lunge Jump (LJ) 30 5.4 Kumpulan Kawalan (K) 30 5.5 Kesimpulan 31 5.6 Cadangan 31 5.7 Penutup 33 RUJUKAN 34 LAMPIRAN 36

Page 12: KAJIAN PLIOMETRIK

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1

4.2

4.3

4.4

4.6

Taburan bilangan subjek umur, berat, tinggi dan pengalaman. Keputusan ujian lompat berdiri (standing long jump) Keputusan ujian lompat menegak (vertical jump) Perbandingan keputusan dengan norma bagi ujian standing long jump. Perbandingan keputusan dengan norma bagi ujian vertical jump

22

23

24

26

27

Page 13: KAJIAN PLIOMETRIK

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1

4.2

Min / purata keputusan ujian standing long jump (SLJ) Min / purata keputusan ujian vertical jump (VJ)

24

25

Page 14: KAJIAN PLIOMETRIK

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

G

H I J

K

L

M

N

Borang skor latihan pliometrik Kad skor ujian vertical jump Kad skor ujian standing long jump Latihan lunge jump (LJ) Latihan death drop jump (DDJ) Ujian vertical jump (VJ) Ujian standing long jump (SLJ) Norma ujian SLJ dan VJ Keputusan ujian SLJ: kumpulan death drop jump (DDJ) Keputusan ujian SLJ: kumpulan lunge jump (LJ) Keputusan ujian SLJ: kumpulan kawalan (K) Keputusan ujian VJ: kumpulan death drop jump (DDJ) Keputusan ujian VJ: kumpulan lunge jump (LJ) Keputusan ujian VJ: kumpulan kawalan (K)

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

47

48

Page 15: KAJIAN PLIOMETRIK

iii

Page 16: KAJIAN PLIOMETRIK

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi

beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi

seperti berlari,melompat dan membaling (Wee Eng Hoe dalam buku ditulis Mohd Ramli

Nordin, 1993). Pertandingan olahraga yang terawal dalam sukan Olimpik Kuno

melibatkan acara larian yang di kenali sebagai ‘stade’ dengan jarak melibatkan 192

meter. Manakala menurut The Encyclopedia Of Sports, seorang ahli Chionis telah

dicatatkan sebagai orang pertama yang membuat acara lompat jauh pada 656 sebelum

Masihi dengan ukuran 7.0485 meter.

Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau

’broad jump’. Ianya merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek kelajuan,

kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat pelepasan.

Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas permukaan yang bergetah sebagai trek

larian dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan

sebagai tempat takeoff dan mendarat di atas pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda

dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan.

Page 17: KAJIAN PLIOMETRIK

2

Sukan lompat jauh ini di bahagikan kepada empat bahagian yang berlainan.

Ianya meliputi teknik larian (run), cara lonjakan (takeoff), layangan badan di udara

(flight) dan teknik mendarat (landing). Larian yang laju dan lompatan yang tinggi

semasa membuat pelepasan adalah asas kepada kejayaan dalam acara lompat jauh.

Dengan sebab itu maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat ada pelari pecut boleh

berjaya dalam acara ini contohnya Carl Lewis.

Sememangnya tidak dapat dinafikan sekiranya sesuatu kemahiran digilap

bakatnya sejak di peringkat akar umbi atau pada usia muda akan dapat melahirkan juara

apabila dia dewasa kelak. Walau bagaimanapun berapa ramai atlit yang melalui proses

ini berjaya di persada sukan tanah air kita? “To become an Olympic athlete, choose your

parents well” ini yang diperkatakan oleh Per-Olaf Astrand, seorang pengkaji sukan

dunia. Sesetengah penulis mencadangkan agar lompatan sederhana boleh diberikan

kepada atlit kecil dalam program latihan (Lohman, 1989).

Walau bagaimanapun penjagaan yang baik diperlukan dalam mengaplikasikan

teknik yang baru ke atas atlit kecil. Ini kerana struktur tulang dikalangan kanak-kanak

masih belum sekuat seperti atlit dewasa dan daya yang kuat yang dikenakan semasa

latihan intensif lompatan mestilah dielakkan. Oleh itu sesuatu program latihan yang

khusus dan terancang perlu diwujudkan bagi melahirkan atlit berbakat dengan lebih

menumpukan kepada kemahiran teknikal yang diperlukan dalam sukan terbabit. Prestasi

seseorang atlit itu adalah berdasarkan kepada kemampuan fizikal dan psikologi atlit

mengikut jenis latihan, bebanan dan juga intensiti yang diberi dalam program latihannya.

Selaras dengan itu, latihan pliometrik boleh dimasukkan dalam program latihan

sukan ini untuk menghasilkan kuasa eksplosif kepada pemain dan atlit. Perkembangan

dalam bidang Sains Sukan mengenai latihan pliometrik ada menyatakan, latihan ini

diiktiraf sebagai teknik latihan yang sangat berguna untuk meningkatkan kuasa

eksplosif. Latihan ini telah diperkenalkan bermula pada 1960-an di negara Russia dan

Page 18: KAJIAN PLIOMETRIK

3

Eropah Timur yang cemerlang dalam acara olahraga. Yuri Veronshanski adalah orang

yang bertanggungjawab memperkenalkan latihan pliometrik kepada atlitnya. Beliau

adalah seorang jurulatih olahraga terutama dalam acara lompat jauh.

Sepanjang tahun kebelakangan ini latihan lompatan tidak diragui kerana telah

digunakan dalam pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi atlit. Perkembangan dalam

bidang sukan melalui kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kemahiran dalam

permainan sukan juga memerlukan kuasa iaitu kombinasi antara kelajuan dan kekuatan

yang boleh diperolehi hasil daripada latihan pliometrik.

Walaupun latihan ini mudah untuk dipelajari, tetapi ia perlu dilakukan dengan

betul untuk mengelakkan daripada seseorang itu mendapat kecederaan terutamanya

kecederaan otot yang melibatkan bahagian atas dan bawah badan. Latihan ini

sebenarnya dapat meningkatkan kemampuan sekumpulan otot untuk bertindak balas

dengan cepat dan berkuasa bagi mengendur dan mengecut dalam masa yang singkat

(stretch-shortening cycle). Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan tindakan

saraf otot semasa atlit yang aktif menjalani latihan dan terdapat juga kajian mengenai

kesan latihan ini terhadap sistem saraf otot manusia biasa.

Perkembangan otot-otot dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh bidang sukan

yang diceburi melalui latihan yang bersesuaian. Kebanyakan permainan sukan sekarang

ini memerlukan latihan pliometrik bagi meningkatkan kuasa eksplosif. Sukan bola

sepak, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, renang contohnya adalah sukan-sukan

yang memerlukan kekuatan kaki secara keseluruhannya. Otot gastrocnemius, quadriceps

dan hamstring adalah sebahagian daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan

khusus. Dalam menyempurnakan kemahiran lonjakan, kuasa eksplosif kaki amat

diperlukan untuk membantu atlit membuat lonjakan badan ke atas.

Page 19: KAJIAN PLIOMETRIK

4

1.2 Pernyataan Masalah.

Acara sukan lompat jauh lebih banyak menumpukan kepada teknik larian dan

teknik layangan badan di udara dalam sesi latihan berbanding teknik lonjakan (takeoff).

Antara faktor kebarangkalian mengapa teknik lonjakan tidak di ambil tumpuan mungkin

disebabkan teknik ini sukar untuk di kenalpasti tahap kelajuan larian atlit dalam jangka

masa yang pendek semasa membuatnya.

Lonjakan badan adalah teknik yang dilakukan pada fasa lonjakan sebelum

melayangkan badan di udara. Oleh itu pengkaji ingin melihat bagaimana latihan

pliometrik dapat membantu subjek dalam meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Dua

latihan pliometrik iaitu lunge jump dan death drop jump serta dua jenis ujian iaitu

vertical jump dan standing long jump di gunakan ke atas subjek.

1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk:

i) Mengukur tahap keberkesanan latihan kuasa dan kekuatan eksplosif bagi otot

kaki yang terlibat.

1.4 Hipotesis Kajian Berdasarkan masalah kajian yang dikenalpasti, penyelidik menyenaraikan

hipoptesis seperti berikut:-

Page 20: KAJIAN PLIOMETRIK

5

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lompatan menegak dan

mendatar subjek sebelum dan selepas menjalani latihan pliometrik.

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lompatan menegak dan

mendatar subjek sebelum dan selepas menjalani latihan pliometrik.

1.5 Skop Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang atlit (N=15) yang terdiri daripada atlit

lompat jauh Universiti Teknologi Malaysia, SUKMA Johor dan pelajar sains sukan

yang berusia antara (mean umur 20±2.16 tahun). Pengkaji menggunakan ujian standing

long jump dan vertical jump semasa ujian pra dan ujian pos program latihan ke atas

kekuatan eksplosif kaki tanpa mengambil kira faktor fizikal yang lain. Jangkamasa yang

diambil untuk menjalani latihan pliometrik yang diberikan adalah selama empat

minggu.

1.6 Definisi Operasional 1.6.1 Fasa lonjakan Penghasilan daya menegak melalui pusat graviti seseorang dalam masa yang

sama mengekalkan tahap imbangan dan kawalan badan.

Page 21: KAJIAN PLIOMETRIK

6

1.6.2 Kekuatan otot Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-

ulang bagi sesuatu jangkamasa tertentu (Buku sumber kecergasan fizikal tahap 1).

1.6.3 Kesan latihan Istilah yang dilakukan untuk menghuraikan pelbagai perubahan pada fisiologi

badan yang terhasil daripada mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.

1.6.4 Kuasa eksplosif Kebolehan atau keupayaan seseorang mengeluarkan daya yang maksimum dalam

tempoh masa yang singkat (Mohd Ramli Nordin, 1993).

1.6.5 Pliometrik Latihan yang diambil daripada perkataan Greek, ‘plio’ yang membawa maksud

lebih atau meningkatkan dan ‘metrik’ membawa maksud jarak.

1.6.6 Ujian lompatan menegak Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kuasa kaki dalam melakukan lompatan

secara menegak (vertical jump).

1.6.7 Ujian lompatan mendatar

Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kuasa kaki dalam melakukan lompatan

secara mendatar (standing long jump).

Page 22: KAJIAN PLIOMETRIK

7

1.6.8 SUKMA Sukan Malaysia yang diadakan dua tahun sekali (Majlis Sukan Negara). 1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini menunjukkan keberkesanan latihan pliometrik untuk meningkatkan

kekuatan kuasa eksplosif kaki. Ianya diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru

atau jurulatih bagi memberikan latihan yang sesuai kepada atlit mereka. Latihan

pliometrik ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian program latihan sukan yang

memerlukan kemahiran lompatan dalam masa yang singkat.

Hasil kajian ini diharap dapat dikongsi bersama jurulatih di Majlis Sukan Negeri

Johor dalam meningkatkan tahap prestasi atlit lompat jauh pasukan olahraga SUKMA

Johor 2008.

1.8 Batasan Kajian Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:- 1.8.1 Kajian hanya tertumpu kepada program latihan pliometrik dalam teknik lonjakan

sahaja.

1.8.2 Jangkamasa latihan untuk melihat keberkesanan program latihan selama empat

minggu sahaja.

Page 23: KAJIAN PLIOMETRIK

8

1.8.3 Kesukaran pengkaji untuk mengawal subjek yang menjalani latihan sendirian di

kawasan masing-masing.

1.8.4 Keikhlasan subjek untuk melakukan sedaya upaya yang boleh semasa menjalani

ujian.

1.8.5 Kemungkinan terdapat perbezaan di antara ujian pra dan ujian pos berlaku bukan

disebabkan oleh keberkesanan latihan tetapi pengalaman atlit dalam menjalani

latihan dan ujian.

Page 24: KAJIAN PLIOMETRIK

9

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Latihan Pliometrik

Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu ‘pleythein’ yang

bermaksud menambah atau meningkatkan, manakala ‘metric’ bermaksud ukuran

(Chu,1983). Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan ‘hopping’, ’jumping’ dan

‘leaping’ yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee,

1998). Latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan

selaras dengan perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui

kajian saintifik (Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah

latihan yang menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada

program latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak

diterangkan dalam buku Jumping Into Plyometric yang boleh di dapati melalui Human

Kinetik. Perkara yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk

mengaplikasikan kepantasan dalam kekuatan. Ia juga didapati boleh membantu

dalam meningkatkan pecutan kelajuan, menukar arah pergerakan dengan cepat dan

mempunyai banyak kelebihan di atas gelanggang (Chu,1995).

Page 25: KAJIAN PLIOMETRIK

10

Kesan latihan pliometrik dapat membantu menghalang daripada berlakunya

kecederaan pada lutut dalam sukan yang memerlukan kemahiran melompat terutamanya

bagi atlet wanita yang terlibat dalam permainan sukan yang memerlukan kemahiran

melompat seperti bola tampar (Hewet,T.E.,A.L. Stroup,T.A. Nance dan F.R Nayas,

1995). Program latihan pliometrik ini dicipta untuk mengurangkan daya hentakan

semasa mendarat dengan memberikan pendidikan kawalan saraf otot pada bahagian

anggota bawah (kaki). Caranya ialah dengan meningkatkan kestabilan lutut dan

kawalan otot semasa mendarat. Selain itu, ia juga membantu memperbetulkan

keseimbangan kuasa otot hamstring dan quadrisep. Prestasi atlit boleh ditingkatkan dan

potensi untuk mendapat kecederaan dapat dikurangkan jika memasukkan teknik

mendarat dalam program latihan pliometrik.

Pliometrik dikatakan boleh menyebabkan paha atlit mengalami pengecutan yang

berterusan (Mullin et.al.,1995). Ia boleh membantu atlit dalam mengurangkan daya

hentakan semasa melompat. Ia melesukan otot dengan cepat dan boleh dikembalikan

dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung latihan pliometrik ini boleh

meningkatkan daya tahan otot dan membina keseimbangan.

Permainan bola sepak dan bola keranjang merupakan antara permainan yang

memerlukan latihan berintensiti tinggi seperti latihan pliometrik. Ini kerana dalam

kedua-dua permainan tersebut, latihan yang digunakan haruslah mempunyai ciri-ciri

lompatan dan mengacah. Pergerakan yang terhasil daripada latihan lebih kepada

pergerakan kekuatan otot bahagian anggota bawah badan (A.Zakas, 2000). Latihan

pliometrik dicadangkan supaya dijadikan sebagai latihan tambahan terutamanya bagi

individu yang terlibat dengan sukan yang memerlukan peningkatan pada kuasa eksplosif

(R.Wagner dan M.Settar Kocak, 1997).

Page 26: KAJIAN PLIOMETRIK

11

2.1 Kajian Berkaitan

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang atlit lompat jauh mengalami

masalah untuk berjaya dalam melakukan teknik lonjakan ini. Sebenarnya dalam fasa

lonjakan, terdapat tiga perkara yang perlu diambil tahu iaitu jarak lonjakan, jarak

layangan dan jarak untuk pendaratan (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985). Setiap

satu daripada perkara ini akan memberi kesan kepada perubahan fasa lonjakan. Dalam

hal ini fizikal atlit tidak boleh diubah sebaliknya atlit perlu mengawal pergerakan leher,

kepala dan badannya semasa fasa tersebut (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985).

Semasa berlakunya proses lonjakan kaki, atlit harus menghasilkan daya dari

berat badan mereka ke atas permukaan tanah untuk mengoptimakan kelajuan yang

mendatar. Pada waktu yang sama sentiasa berlaku pertukaran kelajuan menegak dan

mendatar sepanjang fasa ini yang mana daya akan bertindak balas dengan masa yang

juga dikenali sebagai ‘impulse’ (Ramey dalam kajian James, 1985). Secara tidak

langsung aplikasi daya akhirnya akan memberi kesan ke atas pergerakan otot yang

berkaitan (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985). Pergerakan kaki dan kayuhan

tangan juga akan memberi kesan ke atas pelompat kerana ia membantu dalam mengawal

kadar putaran badan (Ramey dalam kajian Robert, 1985).

Pengukuran kuasa kerja di dalam kajian ditumpukan kepada otot-otot

yang spesifik sahaja. Contoh instrumen ujian yang digunakan adalah ‘Vertical Power

Jump’ (Glencross 1960). Alat ini adalah permulaan kepada kaedah menguji kuasa pada

otot manusia. Di samping itu Counsilman (1980) telah menggunakan ujian ‘Vertical

Jump’ sebagai satu garis panduan dalam memilih dan mengklasifikasikan perenang bagi

acara pecut, jarak sederhana dan jarak jauh di dalam sesuatu pertandingan. Melalui

kajian ini jelas penggunaan instrumen ujian ‘Vertical Jump’ digunakan memilih atlet

mengikut keupayaan kuasa kakinya. Di dalam kajian tentang kedudukan atlet apabila

menjalankan ujian lompatan menegak, didapati bahawa kedudukan terbaik bagi lutut

Page 27: KAJIAN PLIOMETRIK

12

adalah dengan dibengkokkan sebanyak 115 darjah (Martin dan Stull, 1965). Manakala

bagi jarak antara kedua dua kaki adalah 5-10 inci. Ini bermakna kaedah melompat

secara menegak dengan menggunakan bacaan di dinding adalah lebih berkesan

berbanding dengan penggunaan karpet ujian seperti alat HELMAS ‘Vertical Jump’

version 4.0.

Page 28: KAJIAN PLIOMETRIK

13

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan latihan

pliometrik ke atas kuasa kaki dalam melakukan lompatan menegak.

3.2 Populasi dan Persampelan. Seramai 15 orang subjek dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini.

Sampel terdiri daripada 5 orang atlit yang mewakili Negeri Johor dalam pertandingan

Sukma 2008 Terengganu, 5 orang atlit UTM dan 5 orang dari kalangan pelajar Sains

Sukan Universiti Teknologi Malaysia.

Page 29: KAJIAN PLIOMETRIK

14

3.3 Tempat Kajian. Kajian dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Majlis Sukan

Negeri Johor (MSNJ).

3.4 Prosedur Kajian. 3.4.1 Reka bentuk kajian Pengambilan data dijalankan semasa ujian pra dan pos. 3.4.2 Jenis latihan

Subjek melakukan 2 jenis latihan pliometrik iaitu lunge jump dan death drop

jump. Latihan pliometrik lunge jump ialah subjek membuat 1 langkah ke hadapan

(contohnya kaki kanan) sebelum melompat dan menukar kaki pada fasa layangan badan

ke udara dan mendarat pada kaki kiri. (Rujuk pada lampiran D muka surat ). Manakala

latihan death drop jump pula, subjek berdiri di atas kotak yang berukuran 30cm tinggi.

Kemudian subjek menjatuhkan satu kaki ke hadapan seterusnya melompat sejauh

mungkin. (Rujuk pada lampiran E muka surat )

3.4.3 Prosedur latihan Subjek diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang

diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang

diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat

perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan yang

Page 30: KAJIAN PLIOMETRIK

15

diberikan adalah selama 4 minggu dan ujian yang digunakan untuk melihat

keberkesanan program latihan pliometrik adalah ujian lompatan menegak (vertical jump)

dan ujian lompat berdiri (standing long jump).

JADUAL PROGRAM LATIHAN

Minggu Latihan

1 LJ (2x15)

DDJ (2x15)

2 LJ (2x25)

DDJ (2x25)

3 LJ (3x30)

DDJ (3x30)

4 LJ (3x40)

DDJ (3x40)

Latihan diadakan 2 kali seminggu selama 4 minggu (Kent Adams et. al , 1992)

Intensiti latihan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Latihan pliometrik ini dijalankan

pada setiap hari Isnin dan Khamis.

3.4.4 Prosedur ujian lompatan menegak (Vertical Jump). Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu

dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki

untuk melakukan ujian lompatan menegak yang tidak diambil kira sebagai percubaan

terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih

bersistematik. Penguji melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada

berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.

Page 31: KAJIAN PLIOMETRIK

16

Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta

pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :

Jadual 1 : Prosedur Ujian Lompatan Menegak, Sargent 1921.

Objektif - Untuk mengukur kuasa eksplosif kaki dalam

teknik lompat menegak (ke udara).

Kebolehpercayaan - Tinggi iaitu r = .93

Kesahan - Kesahan adalah tinggi iaitu r = .78

Keobjektifan - Koefisien r = .98 telah diperolehi oleh Jack

Clayton,Northeast,Louisiana

University,Monroe,1969.

Prosedur ujian - Subjek yang melakukan ujian ini hendaklah berdiri

disisi dinding, kedua-dua tumit dirapatkan, tangan

yang bersebelahan dengan dinding memegang

kapur berukuran 1 inci.

- Subjek meluruskan tangan keatas dan menandakan

titik akhir hujung jari dengan keadaan berdiri yang

sempurna iaitu kedudukan tumit dan tapak kaki

diatas lantai.

- Subjek kemudiannya melompat keatas (menegak)

dan tangan yang memegang kapur tadi hendaklah

menandakan titik tertinggi yang dapat dicapai

semasa lompatan dilakukan.

- Subjek hanya perlu melakukan 3 percubaan

Skor - Skor dikira ialah beza antara kedua-dua jarak iaitu

jarak lompatan tertinggi di tolak dengan tandaan

jarak sebelum lompatan di lakukan.

Petunjuk tambahan - Subjek hanya dibenarkan melompat menegak

sekali sahaja untuk membuat tandaan.

Page 32: KAJIAN PLIOMETRIK

17

- Kapur yang dipegang mestilah berukuran satu inci

sahaja untuk mengelakkan kesilapan dalam

mendapatkan ukuran.

- Kesahan dan kebolehpercayaan ujian boleh

dipertikaikan jika sampel telah melakukan latihan

lompatan sebelum ujian sebenar dijalankan.

Gambarajah - Rujuk lampiran muka surat 41.

3.4.5 Prosedur ujian lompatan berdiri (Standing Long Jump). Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu

dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki

untuk melakukan ujian lompatan berdiri yang tidak diambil kira sebagai percubaan

terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih

bersistematik. Penguji melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada

berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta

pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :

Tujuan : Ujian dijalankan untuk menguji kuasa eksplosif di kaki

Prosedur : Subjek dikehendaki berdiri di belakang garisan putih

yang telah di tandakan. Apabila subjek bersedia, subjek

dikehendaki melompat ke hadapan sejauh mungkin dan

mendarat sama ada dengan kedua-dua kaki atau salah satu

kaki sahaja. Subjek dikehendaki membuat 3 kali

percubaan.

Page 33: KAJIAN PLIOMETRIK

18

Skor : Ukuran jarak akan diambil daripada garaisan putih

permulaan lompatan sehingga ke tempat subjek mendarat.

Catatan yang paling jauh akan direkodkan dan penguji

hanya akan mengambil skor yang paling baik dari 3

percubaan yang telah dilakukan.

3.5 Instrumen kajian.

Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah :

3.5.1 Borang skor latihan pliometrik.

Borang skor latihan ini digunakan untuk mencatatkan bilangan set dan

ulangan setiap bentuk latihan yang dijalankan (Rujuk lampiran A muka

surat 36).

3.5.2 Kad skor ujian lompat menegak.

Kad skor ini digunakan untuk mencatatkan skor ujian pra dan pos

lompatan menegak. Keputusan bagi ketiga-tiga percubaan akan diambil

kira secara purata, min untuk mendapatkan skor terbaik (Rujuk lampiran

B muka surat 37).

Page 34: KAJIAN PLIOMETRIK

19

3.5.3 Kapur tulis.

Kapur yang digunakan berukuran 1 inci untuk menanda puncak tertinggi

yang boleh dicapai oleh atlit semasa menjalani ujian lompatan menegak.

3.5.4 Pita ukur

Alat ini digunakan untuk mengukur jarak bagi setiap lompatan dalam

ujian standing long jump.

3.5.5 Pembaris

Alat ini digunakan untuk menentukan ukuran jarak ketinggian secara

menegak dan ukuran jauh lompatan mendatar bagi kedua-dua ujian

vertical jump dan standing long jump.

3.5.6 Latihan.

LungeJump (LJ) dan Death Drop Jump (DDJ).

3.5.7 Ujian

Vertical Jump dan Standing Long Jump.

Page 35: KAJIAN PLIOMETRIK

20

3.6 Pengumpulan Data Butiran diri diambil bertujuan untuk mengenali latar belakang, umur dan

pengalaman subjek dalam sukan yang diceburi. Data yang diperolehi dicatat sebagai

skor mentah pada boring yang telah disediakan. Subjek diberi tiga kali percubaan bagi

setiap ujian yang dijalankan dan skor yang terbaik diambil.

3.7 Analisa Data. Tahap pencapaian subjek ditentukan melalui norma yang disediakan. Program

Microsoft Office Excel 2003 digunakan dan untuk menganalisis keupayaan dan

kebolehpercayaan latihan yang telah diberikan (latihan pliometrik). Data pra dan pos

yang telah dianalisis dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dari segi

keberkesanan program latihan yang diberi ataupun tidak menunjukkan sebarang

perubahan.

3.8 Kajian Rintis Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu sebelum melaksanakan

kajian yang sebenar. Kajian telah dijalankan ke atas enam orang pelajar lelaki (M=6)

yang berumur di antara 15-17 tahun (M ± SD = 16±0.71 tahun) dari Sekolah Menengah

Taman Seri Saujana, Kota Tinggi. Kajian rintis ini dilakukan adalah untuk mengenal

pasti masalah-masalah yang bakal timbul semasa melakukan latihan dan ujian yang

sebenar. Ini bagi mengelakkan menghadapi sebarang masalah di masa akan datang.

Kajian rintis telah dijalankan pada bulan Disember 2007. Hasil daripada kajian rintis

yang telah dijalankan, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan

kajian dengan p < 0.05, dan latihan ini relevan untuk meningkatkan ketinggian

lompatan.

Page 36: KAJIAN PLIOMETRIK

21

BAB 4

PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan

Tumpuan perbincangan berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat ke atas

dapatan kajian hasil ujian pra dan ujian post lompatan menegak (vertical jump) dan

lompatan berdiri (standing long jump) bagi dua kumpulan latihan dan juga satu

kumpulan kawalan. Keputusan yang diperolehi adalah hasil daripada analisis data

dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2003.

Seramai 15 orang (N=15) subjek yang terdiri daripada 5 orang kumpulan kajian

yang melakukan latihan LJ (Lunge Jump), 5 orang dari kumpulan latihan yang

melakukan DDJ (Death Drop Jump) sahaja dan juga 5 orang yang tidak melakukan

apa-apa latihan pliometrik dipanggil kumpulan kawalan. Subjek terdiri daripada atlit

lompat jauh SUKMA Johor, pelajar Sains Sukan Universiti dan atlit Universiti

Teknologi Malaysia yang berumur antara 17-23 tahun (M±SD = 20.3±2.16 tahun)

dengan ketinggian dan berat yang berbeza-beza.

Page 37: KAJIAN PLIOMETRIK

22

Data mentah yang diperolehi dianalisis melalui dua bentuk analisis statistik iaitu

analisis diskriptif dan analisis inferensi. Analisis data yang berbentuk diskriptif

membincangkan purata min dan sisihan piawai bagi keputusan pencapaian setiap subjek.

Manakala analisis inferensi pula menentukan sama ada nilai ujian-t dan nilai signifikan

untuk menguji hipotesis kajian pada tahap p ≤ 0.05.

Jadual 4.1: Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat, tinggi dan pengalaman

dalam sukan.

Kategori Min ± Sisihan Piawai

Subjek (N) 15

Umur (tahun) 20.3±2.16

Berat (kg) 66.8±3.6

Tinggi (cm) 173.3±0.00

Pengalaman (bulan) 48±18.75

Jadual 4.1 menunjukkan taburan data bagi 15 orang subjek yang terlibat di dalam

menjalankan kajian ini. Berdasarkan analisis data yang dibuat umur, berat, tinggi dan

pengalaman dalam sukan olahraga terutamanya bagi acara lompat jauh (Min ± SP)

adalah seperti berikut; umur (20.3±2.16 tahun), berat (66.8±3.6 kg), tinggi (173±3.0

cm), dan pengalaman (48.0±18.75 bulan).

Page 38: KAJIAN PLIOMETRIK

23

4.2 Keputusan Penganalisaan Jadual 4.2: Keputusan Ujian Lompat Berdiri (Standing Long Jump)

Kumpulan Pra (cm) Pos (cm) % perubahan DDJ * 170.8±5.22 193.7±3.45 1.8 LJ * 168.5±2.11 203.9±1.77 21

Kawalan 193.7±3.45 193.9±2.14 0.1 Min 202.56 205.69 7.63 SP 4.01 4.32 11.61

* Signifikan p ≤ 0.05 T-test = 0.00

Jadual 4.2 di atas menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi keputusan ujian

standing long jump yang dicatatkan oleh subjek kajian bagi ujian pra dan pos.

Keputusan menunjukkan terdapat peningkatan dari segi jarak jauh lompatan yang

dilakukan oleh subjek bagi ketiga-tiga kumpulan (kumpulan DDJ, LJ dan Kawalan)

(Min±SP).

Hasil kajian bagi ujian standing long jump ini menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan bagi kumpulan latihan DDJ iaitu 170.75±5.22cm semasa

ujian pra dan 193.7±3.45cm semasa ujian pos pada aras signifikan yang diterima

p=0.0004 ≤ p=0.05.

Hasil kajian bagi kumpulan latihan LJ pula menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan iaitu 168.52±2.11cm untuk ujian pra dan 203.9±1.77cm untuk

ujian pos pada aras signifikan yang diterima p=0.02 ≤ p=0.05.

Manakala bagi kumpulan kawalan pula menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan iaitu 193.7±3.45cm bagi ujian pra dan 193.9±2.14cm bagi

ujian pos dengan aras signifikan yang diterima p=0.81 ≥ p=0.05.

Page 39: KAJIAN PLIOMETRIK

24

170.75 168.52193.7

173.8

203.9 193.9

0

50

100

150

200

250

DDJ LJ Kawalan

Kumpulan

Jara

k ja

uh (c

m)

PrePost

Rajah 4.1: Min / purata keputusan ujian standing long jump.

Jadual 4.3: Keputusan Ujian Lompat Menegak (Vertical Jump)

Kumpulan Pra (cm) Pos (cm) % perubahan DDJ * 44.4±1.14 46.8±2.08 5.40 LJ * 44.3±0.67 46.0±1.41 3.84

Kawalan 43.8±1.30 44.1±1.16 0.68 Min 44.4 46.4 3.31 SP 0.88 1.73 2.40

*Signifikan p ≤ 0.05 T-test = 0.02

Jadual 4.3 di atas menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi keputusan ujian

vertical jump yang dicatatkan oleh subjek kajian bagi ujian pra dan pos. Keputusan

menunjukkan terdapat peningkatan dari segi jarak tinggi lompatan yang dilakukan oleh

subjek bagi ketiga-tiga kumpulan (kumpulan DDJ, LJ dan Kawalan) (Min ± SP).

Hasil kajian bagi ujian vertical jump ini menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan bagi kumpulan latihan DDJ iaitu 44.4±1.14 semasa ujian pra

dan 46.8±2.08 semasa ujian pos pada aras signifikan yang diterima p=0.007 ≤ p=0.05.

Page 40: KAJIAN PLIOMETRIK

25

Hasil kajian bagi kumpulan latihan LJ pula menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan iaitu 44.3±0.67 untuk ujian pra dan 46±1.41 untuk ujian pos

pada aras signifikan yang diterima p=0.018 ≤ p=0.05.

Manakala bagi kumpulan kawalan pula menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan iaitu 43.8±1.30 bagi ujian pra dan 44.1±1.6 bagi ujian pos

dengan aras signifikan yang diterima p=0.53 ≥ p=0.05.

44.4 44.343.8

46.8

46

44.1

4242.5

4343.5

4444.5

4545.5

4646.5

4747.5

DDJ LJ Kawalan

Kumpulan

Jara

k Ti

nggi

(cm

)

PrePost

Rajah 4.2: Min / purata keputusan ujian vertical jump

Page 41: KAJIAN PLIOMETRIK

26

4.3 Perbandingan keputusan ujian dengan norma Hasil keputusan yang diperolehi dari data yang telah dianalisis dan

diperbandingkan dengan norma bagi ujian standing long jump (rujuk pada lampiran H,

muka surat 43) yang telah ditetapkan menunjukkan terdapatnya peningkatan positif bagi

kedua-dua kumpulan latihan pliometrik latihan yang telah diberikan.

Jadual 4.4 : Perbandingan Keputusan dengan Norma Ujian Standing Long Jump

Kumpulan Keputusan Keputusan Pra (cm) Norma Pos (cm) Norma

DDJ 170.8 Sangat Lemah 193.7 Lemah LJ 168.5 Sangat Lemah 203.9 Sederhana

Kawalan 193.7 Lemah 193.9 Lemah Data yang diperolehi semasa ujian pra menunjukkan subjek bagi kumpulan

pliometrik DDJ mencatatkan 170.8cm dan LJ (168.5cm) adalah pada tahap sangat lemah

iaitu berada di bawah paras norma yang ditetapkan, kurang daripada 191cm. Manakala

bagi kumpulan kawalan mencatatkan 193.7cm di tahap lemah.

Walau bagaimanapun semasa ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan bagi

kedua-dua kumpulan latihan pliometrik. Kumpulan latihan DDJ mencatatkan keputusan

193.7cm berada di tahap lemah (norma 191-200cm) dan kumpulan LJ mencatatkan

203.9cm pada tahap bawah sederhana (norma 211-220cm). Bagi kumpulan kawalan pula

menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 193.9cm dan masih berada di tahap lemah.

Page 42: KAJIAN PLIOMETRIK

27

Jadual 4.5 : Perbandingan Keputusan dengan Norma Ujian Vertical Jump Kumpulan Keputusan Keputusan

Pra (cm) Norma Pos (cm) Norma DDJ 44.4 Sederhana 46.8 Sederhana LJ 44.3 Sederhana 46 Sederhana

Kawalan 43.8 Sederhana 44.1 Sederhana

Jadual 4.5 di atas menunjukkan data perbandingan keputusan kajian dengan

norma yang ditetapkan. Hasil kajian bagi ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra dan

ujian pos menunjukkan keputusan pada aras sederhana. Norma yang ditetapkan pada

aras sederhana adalah 40-49cm. Pada ujian pra, kumpulan latihan pliometrik DDJ

mencatatkan 44.4cm, kumpulan LJ mencatatkan 44.3cm dan kumpulan kawalan

sebanyak 43.8cm.

Hasil kajian ujian pos pula menunjukkan terdapat peningkatan bagi kedua-dua

kumpulan latihan pliometrik. Kumpulan latihan DDJ mencatatkan keputusan 46.8cm

dan kumpulan LJ mencatatkan 46cm. Walaubagaimanapun keputusan tersebut masih

pada aras sederhana. Bagi kumpulan kawalan pula menunjukkan sedikit peningkatan

iaitu 44.1cm sahaja. Norma bagi ujian vertical jump boleh dirujuk pada lampiran H,

muka surat 43.

Page 43: KAJIAN PLIOMETRIK

28

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan

kesan latihan pliometrik ke atas kuasa kaki dalam melakukan lompatan menegak dan

lompatan berdiri. Latihan ini dilakukan dengan memerlukan subjek mengikuti program

latihan yang telah ditetapkan iaitu Death Drop Jump (DDJ) , Lunge Jump (LJ) dan

kumpulan kawalan (K) tidak mengikuti apa-apa latihan.

Hasil kajian diharapkan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih,atlit dan pihak

terbabit secara langsung dalam menyediakan jadual program latihan untuk memilih

latihan yang sesuai, berkesan dan mudah untuk meningkatkan kuasa kaki. Seramai 15

orang subjek dipilih untuk kajian ini iaitu 5 orang atlit lompat jauh SUKMA Johor

2008, 10 orang yang terdiri daripada atlit lompat jauh UTM dan pelajar sains sukan

UTM.

Page 44: KAJIAN PLIOMETRIK

29

Hasil daripada kajian ini kemudian dirumuskan untuk menjawab persoalan

kajian yang terkandung dalam Bab 1. Selain itu, kesimpulan juga dibuat berdasarkan

data-data yang diperolehi selepas analisis dijalankan. Oleh yang demikian kesimpulan

yang menyeluruh bagi hasil dapatan kajian dapat dibuat.

5.2 Kumpulan latihan death drop jump (DDJ) Perbandingan keputusan latihan death drop jump dibuat berdasarkan kepada dua

siri ujian yang telah dijalankan pada masa yang berlainan iaitu ujian pra dan pos.

Keputusan yang diperolehi menunjukkan adanya peningkatan dalam 2 jenis ujian yang

diberikan iaitu ujian standing long jump (SLJ) dan ujian vertical jump (VJ) ke atas

latihan ini.

Kumpulan DDJ telah mencatatkan purata peningkatan sebanyak 3.05cm (1.79%)

dalam ujian standing long jump dan berada pada tahap sangat lemah mengikut pada

norma standing long jump (kurang 191cm). Manakala dalam ujian vertical jump, subjek

kumpulan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.4cm (5.4%) dan berada pada tahap

sederhana (40-49cm).

Latihan pliometrik death drop jump (DDJ) ini boleh membantu subjek dalam

mengurangkan daya hentakan semasa melompat. Walaupun di dapati keputusan ini

menunjukkan prestasi subjek berada pada tahap yang lemah tetapi masih ada

peningkatan hasil ujian yang diberikan. Ini kerana apabila menjalani latihan DDJ, ia

melesukan otot dengan cepat dan boleh dikembalikan dalam masa yang singkat kerana

otot gastrocnemius mengalami pengecutan berterusan semasa latihan dijalankan (Muller,

1995).

Page 45: KAJIAN PLIOMETRIK

30

5.3 Kumpulan latihan lunge jump (LJ) Keputusan bagi latihan lunge jump dari data yang telah dianalisis menunjukkan

terdapat juga peningkatan sebanyak 35.38cm (21%) dalam ujian standing long jump.

Peratus perubahan yang dicatatkan menunjukkan nilai peningkatan yang besar

berbanding keputusan 2 kumpulan lain tetapi berpandukan kepada norma ujian SLJ, ia

masih di tahap sangat lemah. Latihan ini memerlukan subjek melompat dan semasa

berlakunya lonjakan kaki, ia menghasilkan daya dari berat badan subjek ke atas

permukaan tanah untuk mengoptimakan kelajuan yang mendatar. Pergerakan kaki dan

kayuhan tangan akan memberi kesan ke atas pelompat kerana ia membantu dalam

mengawal kadar putaran badan (Ramey, 1973).

Hasil keputusan ujian vertical jump pula mendapati kumpulan latihan ini berada

pada aras sederhana (40-49cm) dengan mencatatkan perubahan sebanyak 1.7cm

(3.84%). Program latihan pliometrik ini diberikan kepada subjek untuk mengurangkan

daya hentakan semasa mendarat. Pergerakan yang terhasil daripada latihan ini

menunjukkan ia lebih kepada pergerakan kekuatan otot bahagian bawah badan

(A.Zakas, 2000).

5.4 Kumpulan kawalan (K) Hasil keputusan bagi kumpulan kawalan pula mendapati terdapat peningkatan

yang sedikit dalam ujian standing long jump dan ujian vertical jump. Subjek dalam

kumpulan ini mencatatkan purata sebanyak 0.2cm (0.1%) dan berada pada tahap lemah

bagi ujian standing long jump. Keputusan dalam ujian vertical jump pula mencatatkan

perubahan sebanyak 0.3cm atau 0.68% sahaja dan berada pada aras sederhana juga sama

seperti 2 kumpulan pliometrik.

Page 46: KAJIAN PLIOMETRIK

31

5.5 Kesimpulan

Selepas melakukan ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua ujian iaitu lompatan

menegak (vertical jump) dan lompatan berdiri (standing long jump) bagi melihat

peningkatan kuasa kaki selepas 4 minggu program latihan, keputusan ujian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan p≤0.05 terhadap peningkatan kuasa

kaki dalam melakukan lompatan secara menegak dan mendatar. Daripada keputusan

yang diperolehi, menunjukkan bahawa program latihan pliometrik dapat meningkatkan

ketinggian dalam lompatan. Ia juga dilihat sesuai untuk sukan yang memerlukan aspek

ketinggian dan juga pergerakan tangan yang selari. Latihan pliometrik ini dilakukan

mengikut variasi intensiti dan isipadu latihan berdasarkan penekanan prinsip

penambahan beban ansur maju.

Berdasarkan dapatan kajian juga, penyelidik merumuskan bahawa latihan

pliometrik memberi kesan peningkatan lompatan menegak ke atas kuasa kaki pemain

dan atlit. Kajian ini berjaya memenuhi objektif kajian iaitu terdapat kesan positif

program latihan tambahan. Walaubagaimanapun, latihan pliometrik ini perlu

dikendalikan dalam jangka masa yang panjang untuk mendapatkan keberkesanan yang

lebih baik.

5.6 Cadangan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan di

kenal pasti dan perlu diperbaiki bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih baik.

Oleh yang demikian antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini pada masa akan

datang adalah seperti berikut:

Page 47: KAJIAN PLIOMETRIK

32

5.6.1 Memasukkan latihan kedalam program latihan

Program latihan yang dilihat praktikal dan relevan seharusnya dijadikan salah

satu keperluan latihan kepada atlit. Intensiti latihan yang diberikan perlu di tambah

dengan mengikut ansur maju kerana untuk melihat keberkesanan dan melalui

pemeringkatan terutamanya kepada yang baru hendak bermula kepada program latihan

ini.

5.6.2 Alat pengukur ujian

Untuk pengujian kuasa kaki, pengkaji-pengkaji akan datang boleh juga

menggunakan Depth Jump Height atau Box Jump Test.

5.6.3 Kecederaan Disarankan agar mengkaji tahap kecederaan yang dialami jika atlit menggunakan

program latihan DDJ dan LJ sebagai tambahan kepada latihan dalam meningkatkan

kuasa kaki. Ini penting untuk melihat sejauh mana program latihan dapat mengelakkan

atlit atau pemain dari risiko kecederaan. Penyelidikan ini juga diharapkan dapat

memberi satu panduan kepada sesiapa yang terlibat dalam bidang sukan dalam

penyediaan program latihan kepada atlitnya, walaupun program latihan yang akan

digunakan bukanlah dari sukan yang mereka ceburi.

Page 48: KAJIAN PLIOMETRIK

33

5.7 Penutup

Latihan pliometrik amat praktikal dan sesuai digunakan untuk meningkatkan

kuasa kaki kerana latihan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk

menyediakannya terutamanya dari segi peralatan dan kos. Latihan ini juga senang untuk

dikendalikan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tetapi perlukan perhatian pakar

agar kecederaan dapat dielakkan.

Page 49: KAJIAN PLIOMETRIK

34

RUJUKAN

Andrew D. Lyttle ,Grey J. Wilson dan Karl J. Ostrowski (1996).”Enhancing

Performance: Maximal Power Versus Combined Weight And Plyometrics Training.”

Southern Cross University, Lismore, Australia.

A. Zakas,K. Mandroukas, E. Vamrakuodis,K. Cristoulas,N. Anggelopous (1995).”Peak

Tourque Of Quadriceps And Hamstrings Muscles in Basketball and Soccer Player Of

Different Divisions.”The Journal of Sport Medicine and Physical Fitness.

Donald A. Chu (1983).”Plyometrics:The link Between Strenght and Speed.”National

Strenght and Conditioning Association Journal.

Hetoler,R.K.,C.DeRenne,B.P Buxton,K.W.Ho, D.X.Chai dan G.Seichi(1997).”Effect of

12 Weeks of Streght Training on Anaerobic Power in Prebubescent Male

Athletes.”Journal of Streght and Condition.Res.11 (3):174-181.

Hewett,T.EA.L.Strouppe,T.A.Nance dan F.R.Noyes (1996).”Plyometric Training in

Female Athlete.Decreased Impact Forced and Increased Hamstrings

Torques.”Am.J>Sports med.24(6):765-773.

James C.Radcliffe dan Robert C.Farentinos (1985).”Plyometrics:Explosive Power

Training (2nd Ed).”University of Colorado,United State.

Page 50: KAJIAN PLIOMETRIK

35

Kent Adams,John P.O’Shea dan Mike Climstein (1992).”The Effect of Six Weeks of

Squat,Plyometrics and Squat-Plyometrics Training on Power Production.”Journal of

Applied Sport Science Research.Oregon State University,Corvallis,Pregon.

Mejan Mejia (1998).”Men’s Health.”Rodale Press Inc.

Megon Othersen (1992).”Hops,Skips and Jumps.”Runner World.

Mohd Ramli Nordin (1993).”Pendidikan Jasmani untuk Kecergasan (Cetakan

kedua).”Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

R.Wagner dan Setter Kocak (1997).”Cultivariate Approach to Assessing Anaerobic

Power Following a Plyometric Training Program.”Ankara Military Band High

School,Ankara,Turkey,Centre for Exercise and Applied Human Physiology,University

of New Mexico.

Therese Iknoian (1993).”Jump School.”Men’s Health.Rodale Press Inc.

Yuri Veronshanski (1974).”Jumps in The Training of Sprinter.Track and Field.”Review

of Soviet Physical Education and Sports.62-66.

Page 51: KAJIAN PLIOMETRIK

36

LAMPIRAN A : BORANG SKOR LATIHAN PLIOMETRIK NAMA : UMUR : ACARA : TARIKH DEATH DROP JUMP LUNGE JUMP

set ulangan set ulangan

Page 52: KAJIAN PLIOMETRIK

37

LAMPIRAN B: KAD SKOR

UJIAN LOMPAT MENEGAK (VERTICAL JUMP)

NAMA : UMUR : TINGGI : BERAT :

UJIAN PRA / POS : SEBELUM / SELEPAS LATIHAN PLIOMETRIK Ujian : Lompat Menegak Purata P i ) E 1 R ii ) C U i ) B 2

A ii ) A N i )

3 ii ) Skor terbaik

Page 53: KAJIAN PLIOMETRIK

38

LAMPIRAN C

KAD SKOR

UJIAN LOMPAT BERDIRI (STANDING LONG JUMP)

NAMA : UMUR : TINGGI : BERAT :

UJIAN PRA / POS : SEBELUM / SELEPAS LATIHAN PLIOMETRIK Ujian : Lompat Berdiri Purata P i ) E 1 R ii ) C U i ) B 2

A ii ) A N i )

3 ii ) Skor terbaik

Page 54: KAJIAN PLIOMETRIK

39

LAMPIRAN D

Latihan Lunge Jump

Page 55: KAJIAN PLIOMETRIK

40

LAMPIRAN E

Latihan Death Drop Jump

Page 56: KAJIAN PLIOMETRIK

41

LAMPIRAN F

Ujian Vertical Jump

Page 57: KAJIAN PLIOMETRIK

42

LAMPIRAN G Ujian Standing Long Jump

Page 58: KAJIAN PLIOMETRIK

43

LAMPIRAN H: Norma Ujian Standing Long Jump Dan Vertical Jump Norma : Ujian Standing Long Jump

CATATAN LELAKI (cm) WANITA (cm) Cemerlang > 250 >200

Baik 241-250 191-200 Atas Sederhana 231-240 181-190

Sederhana 221-230 171-180 Bawah Sederhana 211-220 161-170

Lemah 191-200 141-160 Sangat Lemah < 191 < 141

Rujukan dari www.topendsports.com Norma : Ujian Vertical Jump

CATATAN LELAKI (cm) WANITA (cm) Cemerlang > 65 > 58

Baik 50-65 47-58 Sederhana 40-49 36-46

Bawah Sederhana 30-39 26-35 Lemah < 30 < 26

Rujukan dari prosedur ujian lompat menegak, Sargeant 1921.

Page 59: KAJIAN PLIOMETRIK

44

LAMPIRAN I: Keputusan Ujian SLJ – kumpulan latihan DDJ UJIAN STANDING LONG JUMP

Bil. Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan

Latihan (cm) (cm) (cm)

1 207 210.4 3.4

2 DDJ 196.2 199.8 3.6

3 210.1 214.5 4.4

4 203.4 207.6 4.2

5 202.8 205.3 2.5

Min 170.75 173.76667 SP 5.215361924 5.5124405 t-test = 0.000417268

UJIAN SLJ

185

190

195

200

205

210

215

220

1 2 3 4 5

Atlit DDJ

Nila

i (cm

)

pre-testpost-test

Page 60: KAJIAN PLIOMETRIK

45

LAMPIRAN J : Keputusan Ujian SLJ – kumpulan latihan LJ

Bil.

Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan Latihan (cm) (cm) (cm)

1 199 202.7 3.7

2 LJ 202.3 204.4 2.1

3 199.8 202.3 2.5

4 204.3 206.7 2.4

5 200.7 203.2 2.5

Min 168.5166667 203.86 SP 2.113527856 1.7728508 t-test = 0.028890993

Page 61: KAJIAN PLIOMETRIK

46

LAMPIRAN K : Keputusan Ujian SLJ – kumpulan latihan K

Bil.

Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan Latihan (cm) (cm) (cm)

1 189.3 191.4 2.1

2 K 197.8 195.2 -2.6

3 196.4 196.8 0.4

4 193.2 192.5 -1.3

5 191.7 193.6 1.9

Min 193.68 193.9

SP 3.453548899 2.1447611

t-test = 0.813130007

Page 62: KAJIAN PLIOMETRIK

47

LAMPIRAN L : Keputusan Ujian VJ – kumpulan latihan DDJ

UJIAN VERTICAL JUMP

Bil. Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan

Latihan (cm)

1 45 49 4

2 46 49 3

3

DDJ 44 46 2

4 43 44.5 1.5

5 44 45.5 1.5

Min 44.4 46.8 SP 1.140175 2.07966343 t-test = 0.007757

Page 63: KAJIAN PLIOMETRIK

48

LAMPIRAN M : Keputusan Ujian VJ – kumpulan latihan LJ

Bil. Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan Latihan (cm)

1 44 46 2

2 LJ 45 48 3

3 45 46 1

4 43.5 44 1.5

5 44 46 2

Min 44.3 46 SP 0.67082 1.41421356 t-test= 0.01754

Page 64: KAJIAN PLIOMETRIK

49

LAMPIRAN N : Keputusan Ujian VJ – kumpulan latihan K

Bil. Kumpulan Pre-Test Post-Test Perubahan Latihan (cm)

1 45 46 1

2 K 45 45 0

3 43 44.5 1.5

4 42 42 0

5 44 43 -1 Min 43.8 44.1 SP 1.30384 1.59687194 t-test = 0.529133

Page 65: KAJIAN PLIOMETRIK