kesan latihan pliometrik berkala kepada · pdf filejudul: kesan latihan pliometrik dan...

24
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN ROHANA BINTI HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dokhuong

Post on 06-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP

KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN

ROHANA BINTI HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya ROHANA BINTI HASHIM ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaannya seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 6. * * Sila tandakan ( )

Disahkan oleh

……………………………………. ……………………………………… (TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

288 FELDA KERTEH SATU, 23300 BANDAR KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU.

HAFIZAH HJ HARUN

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”

Tandatangan : …………………………………………............... Nama Penyelia : HAFIZAH HJ HARUN Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP

KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN

ROHANA HASHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ......................................... Nama Pelajar : ROHANA BT HASHIM Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

iii

DEDIKASI

Untuk Keluarga Tersayang,

Mak & Ayah

Kak, Abang dan Kak Ma

Terima kasih atas segala pengorbanan dan dorongan serta nasihat yang diberikan

Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam tempoh

menyiapkan kajian ini

Kamil, Izwyn, Mas, Ida, Syida, Adah, Roshan, Arol, Apis dan Uming serta rakan-rakan

yang lain yang membantu secara langsung atau tidak langsung

Kenangan bersama rakan-rakan sekalian tidak akan dilupakan buat selamanya

Page 7: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hafizah bt. Haji Harun

selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan

telah banyak membantu saya dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda.

Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah Sains Sukan yang banyak

memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik

Hisham di Makmal Kecergasan Sains Sukan.

Disamping itu, terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri

Johor (MSNJ) dan jurulatih hoki wanita Sukma Johor iaitu Encik Kenny Low Joo Hwa

di atas kerjasama dan kebenaran yang diberikan untuk menjalankan pengujian kepada

pemain. Tidak lupa juga kepada pemain hoki wanita Sukma Johor dan pemain UTM di

atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan Projek Sarjana Muda ini.

Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kalian. Insyaallah.

Page 8: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

v

ABSTRAK

Objektif latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan

eksplosif sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kajian ini bertujuan

untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot

bahagian atas badan. Seramai 33 orang pemain hoki wanita terlibat dalam kajian (19

pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang dibahagikan secara rawak kepada 3

kumpulan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K).

Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-Station dan 1RM biceps-

curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan.

Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada aras p<0.05)

bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan LP dan LB subjek

UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-dua kumpulan

kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam

meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain hoki boleh

mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan latihan

pliomerik dan latihan bebanan.

Page 9: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

vi

ABSTRACT

The objective of plyometric training is to increase the explosive power and

strength, while weight training increase muscle size. The purpose of this study is to

examine the effectiveness of plyometric and weight training which are used to increase

muscle strength of the upper body. 33 female hockey players are involved in this

research (19 Sukma Johor player and 14 UTM player) and they were allotted randomly

into three groups; plyometric, weight training and control. 1RM arm-curl testing using

S3.45 Strength Multi-Station and 1RM biceps-curl using free weight were used to

measure the training effect. T-test result shows increases (significant difference

p<0.05) in 1RM strength scores; 25%, 18.1%, 28%, 34.3% in the LP and LB groups for

both the UTM and Sukma Johor players respectively. The increment in scores for the

both groups shows that plyometric and weight training are effective and can increase

muscle strengths of the upper body. Therefore, athletes can gain added benefit if they

combine both plyometric and weight training in their programs.

Page 10: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Kepentingan Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Hipotesis 9

1.6 Skop Kajian 10

1.7 Definisi Istilah 10

1.8 Limitasi Kajian 13

Page 11: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Lampau 14

2.2.1 Pliometrik Bahagian Atas

Menggunakan Objek (Medicine Ball) 15

2.2.2 Pliometrik Melalui Berat Badan Sendiri

(Plyometric Push-up / Press- up) 17

2.3 Kesimpulan 18

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 20

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 20

3.3 Tempat Kajian 21

3.4 Rekabentuk Kajian 21

3.5 Perancangan Program Latihan Pliometrik

menggunakan MedicineBall 23

3.6 Prosedur Kajian 24

3.6.1 Sebelum Menjalankan Pengujian 24

3.6.2 Semasa Menjalankan Pengujian 25

3.6.3 Selepas Menjalankan Pengujian 26

3.7 Prosedur Ujian 26

3.7.1 Pengujian 1RM Arm-curl 27

3.7.2 Pengujian 1RM Biceps-curl 28

3.8 Instrumen Kajian 29

3.9 Pembolehubah Kajian 30

3.10 Pengumpulan Data 30

3.11 Kajian Rintis 30

3.12 Analisis Data 31

3.13 Jangkamasa Kajian 32

Page 12: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

ix

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Deskriptif 34

4.3 Analisis Inferensi 34

4.3.1 Analisis Subjek UTM 35

4.3.2 Analisis Subjek Sukma Johor 36

4.4 Graf Analisis Inferensi 37

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 39

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 39

5.2.1 Perbincangan Analisis Deskriptif 41

5.2.2 Perbincangan Analisis Inferensi 42

Subjek UTM 42

Subjek Sukma Johor 42

5.3 Rumusan 46

5.4 Cadangan 48

5.4.1 Persampelan 48

5.4.2 Alat Pengujian 48

5.4.3 Kajian Latihan Pliometrik Bahagian Atas

Badan 49

5.4.4 Langkah Mengurangkan Kecederaan 50

5.5 Kesimpulan 51

RUJUKAN 53

LAMPIRAN 59

Page 13: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

x

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Perancangan Program Latihan

(Reynolds, 2006) 23

4.1 Data Antropometrik Subjek Mengikut

Umur, Berat dan Tinggi 34

4.2 Dapatan Kajian Mengikut Kumpulan 35

5.1 Perbandingan Ujian 1RM Arm-curl dan

Ujian 1RM Biceps-curl 44

Page 14: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

xi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengujian 1RM Arm-curl menggunakan

Alat S3.45 Strength Multi-Station 27

3.2 Pengujian 1RM Biceps-curl menggunakan

free weight 28

3.3 Alat S3.45 Strength Multi-Station 29

3.4 Barbell (Free Weight) 29

3.5 Medicine Ball (Modify) 29

4.1 Perbandingan Ujian 1RM Biceps-curl bagi

Subjek Sukma Johor 37

4.2 Perbandingan Peratus Perubahan Ujian 1RM

Biceps-curl Bagi Subjek Sukma Johor 37

4.3 Perbandingan Ujian 1RM Arm-curl bagi

Subjek UTM 38

4.4 Perbandingan Peratus Perubahan Ujian 1RM

Arm-curl bagi Subjek UTM 38

Page 15: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Perancangan Program Latihan 60

A1 Borang Latihan Subjek 62

B Latihan Pliometrik Dan Latihan Bebanan 64

C Surat Lantikan 66

D Surat Perjanjian 68

E Borang Maklumat Diri Dan Rekod Kesihatan 69

F Lakuan Pengujian (1RM Arm-Curl dan

1RM Biceps-curl) 71 G Borang Skor 73 H Jadual Keputusan SPSS Bagi Subjek UTM 74

I Jadual Keputusan SPSS Bagi Subjek Sukma Johor 76

J Graf Penolakan Hipotesis Nol (Ho) 78

K Jadual Nilai Genting Bagi Ujian-t 80

L Lain-lain 81

Page 16: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Hoki ialah salah satu permainan yang popular untuk lelaki dan wanita dan

dipertandingkan di peringkat dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia,

Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia,

antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India, Pakistan dan

negara kita dari Asia. Pasukan hoki kebangsaan menunjukkan peningkatan yang baik

setelah menjadi naib johan dalam Sukan Komanwel 1998.

Permainan hoki mempunyai persamaan dengan permainan bola sepak iaitu dari

segi saiz padang dan bilangan pemain dalam padang. Tempoh masa permainan juga

hampir sama iaitu 70 minit permainan dan 5-10 minit rehat. Dalam permainan hoki,

pemain perlu mempunyai kuasa aerobik yang tinggi dan tenaga anaerobik dalam

kemahiran mengawal bola dengan kayu hoki. Antara kemahiran asas dalam permainan

hoki ialah kemahiran mengelecek, menolak, menguis, memukul, menyerkap, mengawal

dan merebut bola (Teng, 2001).

Page 17: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

2

Pada kejohanan Sukan Malaysia 2006 (Sukma Kedah), pasukan hoki wanita

Sukma Johor tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kedua setelah tewas kepada

pasukan Terengganu dengan pukulan penalti (flick) bagi menentukan pasukan yang

layak ke pusingan yang seterusnya bersama pasukan Sarawak. Hasil temubual

penyelidik bersama jurulatih hoki wanita Sukma Johor (Encik Kenny Low Joo Hwa,

2007-2008), ia disebabkan oleh faktor kecergasan pemain, iaitu apabila keupayaan daya

tahan otot dan kekuatan menurun semasa dalam permainan, maka ia akan

mempengaruhi prestasi pemain dari segi hantaran dan pukulan. Kekuatan bahagian atas

badan penting bagi mengekalkan kepantasan pukulan dan ketepatan hantaran semasa

dalam tempoh permainan.

Oleh itu, persediaan teknikal, taktikal, psikologikal dan fizikal adalah tunjang

utama dalam meningkatkan prestasi dalam sukan. Kecergasan fizikal memainkan

peranan penting bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat

meningkatkan kualiti pergerakkan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat

mengelakkan daripada berlakunya kecederaan (Dick, 2002). Kecergasan fizikal yang

optimum tidak mungkin dicapai tanpa latihan yang berterusan. Kepentingan kecergasan

fizikal dalam sukan sangat penting untuk mencapai tahap prestasi yang maksimum.

Bagi atlet yang berprestasi tinggi, kejayaan dalam sukan bersifat kompetetif

sangat bergantung pada kekuatan dan kuasa eksplosif otot. Oleh itu, keperluan

kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola

keranjang, bola tampar, bola jaring, ragbi dan bola sepak merupakan tunjang untuk

mencapai kejayaan (Kroon, 2000; Rahimi & Behpur 2005). Kemampuan atlet

menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan

potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakkan

memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007).

Page 18: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

3

Kuasa1 boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa yang

diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah kerja yang

dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada daya yang

bertindak dengan jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan

kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara

komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa

otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan daripada kerja otot

menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999).

Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa

eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa

terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot

antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996;

Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000).

Salah satu daripada komponen kecergasan fizikal yang penting untuk dilatih

ialah kekuatan otot. Menurut Wilmore dan Costill (2004), kekuatan merupakan faktor

penting dalam setiap aktiviti pergerakkan yang melibatkan penggunaan otot. Kekuatan

otot dalam aktiviti fizikal berperanan dalam melaksanakan keupayaan melompat,

merejam, melontar, menyepak dan aktiviti yang melibatkan lari pecut. Kunci kejayaan

seseorang jurulatih melahirkan atlet terbaik adalah dengan melatih kekuatan otot

(Hooks, 1974).

Dick (2002) pula menyatakan bahawa kekuatan adalah komponen asas dalam

menentukan keberkesanan pencapaian dalam bidang sukan. Manakala Coleman (2002)

menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran,

kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang kuat pada tubuh badan, atlet tidak

mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi.

1 Kuasa (P) = Kerja (W) = Daya (F) X Jarak (d) = Kekuatan (Strength) X Kelajuan (Speed) Masa (t) Masa (t)

Page 19: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

4

Selain itu, tanpa asas kekuatan yang baik, atlet juga tidak mampu untuk melakukan

latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan otot

(Asmadi, 2007).

Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan

otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau

kerja. Baechle (1994) mendefinisikan kekuatan otot sebagai kemampuan otot atau

sekumpulan otot menghasilkan daya pada tahap kelajuan tertentu. Bompa (1999) pula

menyatakan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi

mengatasi rintangan. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa

kekuatan otot adalah merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk

mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi, 2007).

Dari itu, satu latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan

menggunakan latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan

menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis

pegerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu, 1983). Fred Wilt

menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakkan

otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot.

Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang membolehkan otot sampai

pada tahap maksimum atau boleh menghampiri kekuatan maksimum dalam tempoh

masa yang singkat. Ia menggunakan simpanan tenaga elastik (keanjalan) daripada

eccentric contraction kepada concentric contraction.

Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan kekuatan dengan

beban tetap (berat badan) dan latihan yang mendorong kepada pergerakkan yang pantas

dan isipadu (set dan ulangan latihan) (Hedrick, 2003). Latihan pliometrik adalah subset

kepada stretch-shorten cycle yang menekankan peningkatan julat regangan pergerakkan

yang pantas dan maximal ballistic activation of muscle (LaChance, 1995).

Page 20: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

5

Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan

eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau

menggunakan alatan seperti medicine ball dan kotak pelbagai ketinggian.

Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik

bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik

bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball (Sport Fitness Advisor,

2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota bahagian

atas ialah medicine ball chest pass, ballistic push-up dan tire throw (Starzynski,

Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa melakukan

latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi.

Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan pliometrik bahagian atas

badan bermula dengan medicine ball yang ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan

peningkatan secara berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat. Sekiranya tidak

mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan dinding atau lantai untuk

membalingkan medicine ball tersebut.

Jurulatih yang melaksanakan program latihan pliometrik harus memikirkan

prinsip latihan asas apabila merancang program latihan tersebut. Latihan pliometrik

mestilah spesifik untuk setiap atlet berdasarkan jenis sukan yang diceburi. Jurulatih

akan memberi tindakbalas kepada atlet bagaimana prestasi dalam melaksanakan latihan

tersebut. Kaedah latihan yang berkesan hendaklah melalui suatu proses perancangan

latihan yang sistematik bagi mendapatkan kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky,

1995).

Perkara paling penting ialah atlet mesti mengetahui dan memahami bahawa

hubungan ground contact time dalam tempoh masa yang singkat diperlukan. Jurulatih

akan menilai tahap keupayaan atlet dan membuat perubahan latihan sekiranya atlet

Page 21: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

6

mengambil masa yang terlalu lama semasa mendarat pada permukaan atau prestasi atlet

merosot, maka latihan tersebut harus ditukar atau diberhentikan (Plyometric Overview

Article, 2002).

Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan

kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan

ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan

ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.

Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM),

Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan bebanan

dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan peralatan yang

berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan otot tangan,

kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza, 2007).

Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation

Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan

maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga

otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara

(temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi

mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007).

1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara

2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu,

bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah

lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai

2002).

Page 22: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

7

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan latihan

bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada pelaku.

Antaranya ialah :-

1. Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan

kekuatan otot.

2. Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligamen sebelum meningkatkan

kekuatan otot.

3. Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian teras badan sebelum

meningkatkan kekuatan bahagian kaki atau tangan.

4. Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot sinergi dan pengimbang

sebelum otot agonis (Rohaniza, 2007).

1.2 Pernyataan Masalah Kekuatan adalah salah satu komponen yang penting dalam program latihan hoki.

Walaubagaimanapun, pemain tidak memerlukan aktiviti fizikal yang mencabar jika

dibandingkan dengan multi-sprint dan sukan yang lain. Pemain hoki hanya memerlukan

kuasa dalam pecutan serta kelajuan dan kepantasan dalam perubahan arah. Kekuatan

bahagian atas membenarkan pemain untuk memukul bola dengan lebih berkuasa dan

menghantar bola kepada pemain lain pada julat jarak yang lebih jauh (Sports Fitness

Advisor, 2007).

Di dalam permainan hoki, kekuatan anggota bahagian bawah (kaki) dan anggota

atas (tangan) mestilah seimbang bagi menghasilkan prestasi yang baik. Ini kerana,

kedua-dua bahagian tersebut digunakan iaitu kekuatan bahagian bawah badan untuk

pergerakkan dan kekuatan bahagian atas badan untuk melakukan hantaran dan pukulan

semasa dalam permainan.

Page 23: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

8

Kecergasan merupakan komponen penting bagi seorang pemain dalam mencapai

tahap prestasi yang maksimum dalam sukan. Apabila tahap kecergasan pemain

menurun semasa dalam permainan, maka ia boleh mempengaruhi tahap prestasi pemain

dari segi pergerakkan, pukulan dan hantaran.

Bagi pemain hoki, kekuatan bahagian atas badan pemain mempengaruhi dari

segi kepantasan dan ketepatan hantaran semasa dalam permainan. Dalam tempoh

permainan selama 70 minit, kekuatan pemain semakin menurun dan ini memberi kesan

kepada prestasi pemain iaitu hantaran menjadi kurang tepat dan pukulan lemah.

1.3 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pemain hoki dalam meningkatkan

kekuatan otot bahagian atas badan melalui latihan pliometrik dan latihan bebanan.

Kedua-dua latihan ini memberi kesan dalam meningkatkan kekuatan otot dan ia hanya

dibezakan dengan teknik lakuan semasa latihan. Teknik lakuan latihan pliometrik

menggunakan medicine ball adalah lebih bebas dan fleksibel jika dibandingkan dengan

teknik lakuan latihan bebanan yang tegar dan tetap.

Selain itu, kepentingan kajian ini adalah untuk membantu jurulatih dalam usaha

meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan pemain supaya kepantasan dan

ketepatan hantaran dapat dikekalkan dalam tempoh permainan selama 70 minit.

Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum

melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Disamping itu, tanpa asas kekuatan

yang baik, pemain tidak mampu melakukan latihan yang berulang-ulang untuk

meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diceburi.

Page 24: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BERKALA KEPADA  · PDF filejudul: kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan sesi pengajian : 2007/2008 saya

9

Kajian ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang latihan pliometrik

bahagian atas badan dalam semua jenis sukan kerana kebanyakkan kajian latihan

pliometrik menumpukan pada bahagian bawah badan iaitu anggota kaki untuk

meningkatkan kuasa dalam aktiviti lompatan. Selain itu, latihan pliometrik memerlukan

peralatan dan kos yang minimum, iaitu hanya menggunakan medicine ball atau

ubahsuai medicine ball sekiranya tidak mempunyai peralatan jika dibandingkan dengan

latihan bebanan yang memerlukan peralatan yang mahal.

1.4 Objektif Kajian

Untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan

otot bahagian atas badan bagi pemain hoki wanita.

1.5 Hipotesis 1.5.1 Hipotesis Nol :-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian

atas badan selepas 6 minggu latihan pliometrik dan latihan bebanan.

1.5.2 Hipotesis Alternatif :- Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan

selepas 6 minggu latihan pliometrik dan latihan bebanan.