kesan latihan pliometrik dalam kemahiran2

22
KUASA OTOT KAKI DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4 Mohd Shahidan Bin Ismail IPG: JAN 08-02157 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan 2010 BAB 1 1.1 Pengenalan Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Falls (1980), mencadangkan; "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya". Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan 1

Upload: muniza-hamzah-bachup

Post on 26-Dec-2015

155 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

KUASA OTOT KAKI DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4

Mohd Shahidan Bin Ismail

IPG: JAN 08-02157Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

2010

BAB 1

1.1 Pengenalan

 Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan

aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan

aktiviti kesenggangan. Falls (1980), mencadangkan;

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang   berkaitan dengan

fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan

dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit

jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk

prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang

membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa,

kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya".

Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. 

Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen

kecergasan.   Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman

yang boleh meningkatkan daya kardiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. 

Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu; komponen kecergasan perlakuan motor

yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang

diklasfikasikan sebagai kecergasan motor. Manakala komponen kedua ialah komponen

kecergasan kesihatan yang melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan

aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.

1

Page 2: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa yang

diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah kerja yang dilakukan

dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada daya yang bertindak

dengan jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan

kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen

kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot.

Manakala Bompa, (1999). Mencadangkan bahawa kuasa eksplosif gerakan pula dapat

diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan

Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa

eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa

terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot

antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet,

1996;Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000).

1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan pemahaman teori awal dan situasi masalah, antara persoalan

kajian ini adalah seperti di bawah :-

i. Apakah faktor yang menyebabkan lompatan jauh murid-murid tahun 4 ini tidak

mencapai tahap yang ditetapkan?

ii. Apakah latihan pliometrik dapat menyelesaikan masalah murid tahun 4 terbabit?

iii. Adakah latihan pliometrik sesuai untuk meningkatkan kuasa otot kaki?

iv. Apakah kemungkinan tahap keberkesanan latihan pliometrik dapat meningkatkan

tahap kuasa kaki?

1.3 Pernyataan Masalah.

2

Page 3: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Ismail Petra (2) tidak dapat melakukan lompat

jauh berdiri pada tahap yang ditetapkan iaitu pada jarak 1.5 meter dan juga lompatan

menegak pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 1.8 meter. Latihan ini dibuat untuk

meningkatkan kuasa otot kaki bagi pelajar terbabit. Oleh itu pengkaji ingin melihat

bagaimana latihan pliometrik dapat membantu subjek dalam meningkatkan kuasa

eksplosif otot kaki. Satu latihan pliometrik One-legged reactive jumps over boxes untuk

meningkatkan kuasa otot kaki pelajar. manakala satu jenis ujian dijalankan untuk

mengkaji keberkesanan latihan pliometrik yang diberikan iaitu vertical jump dan standing

long jump di gunakan ke atas subjek.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengukur tahap keberkesanan latihan kuasa eksplosif bagi otot kaki yang terlibat

selepas menjalankan latihan pliometrik iaitu latihan One-legged reactive jumps

over boxes.

2. Membolehkan murid melakukan ujian standing long jump dan vertical jump pada

jarak yang ditetapkan.

3. Meningkatkan tahap kuasa kaki murid.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid yang berada di kelas 4 Bestari. Pengkaji

menggunakan ujian standing long jump dan vertical jump semasa ujian pra dan ujian pos

3

Page 4: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

program latihan ke atas kuasa eksplosif kaki tanpa mengambil kira faktor fizikal yang

lain. Jangkamasa yang diambil untuk menjalani latihan pliometrik yang diberikan adalah

selama empat minggu.

1.6 Kepentingan Kajian

Keberkesanan latihan pliometrik dapat ditunjukkan melalui kajian ini sebagai

kaedah meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan

panduan kepada guru atau jurulatih bagi memberikan latihan yang sesuai kepada atlit

mereka. Latihan pliometrik ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian program

latihan sukan yang memerlukan kemahiran lompatan dalam masa yang singkat.

Peringkat sekolah umumnya tidak menekankan penggunaan latihan yang

bersesuaian dengan acara yang bakal disertai pelajar, justeru kemampuan dan pencapaian

murid tidak dapat diukur dengan baik. Dengan adanya kajian seperti ini, guru di sekolah

dapat menggunakan latihan ini untuk meningkatkan prestasi murid secara optima dan

seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam bidang sukan. Kajian ini juga bukan

semata-mata digunakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang olahraga sahaja.

Hasil kajian juga boleh digunakan untuk bidang atau sukan yang lain yang banyak

menggunakan kuasa kaki, contohnya seperti permainan bola keranjang, bola sepak dan

sebagainya.

. Kajian ini juga bertujuan memupuk nilai dan minat generasi muda pada zaman

ini dalam memajukan diri dan juga sukan. Ini kerana, dengan menggunakan latihan yang

betul, prestasi atlit akan meningkat. Atlit akan berfikiran positif dan mengetahui diri

mereka masih berpotensi dalam bidang yang diceburi seterusnya meningkatkan minat

mereka untuk terus berusaha memperbaiki dan meningkatkan pencapaian mereka.

4

Page 5: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Kajian ini juga bertujuan untuk menambahkan pengetahuan guru dan

mendedahkan guru kepada latihan yang betul dan bersesuaian kepada murid. Selain

dapat meningkatkan prestasi, latihan yang betul juga dapat mengurangkan risiko

kecederaan yang bakal di alami oleh murid. Selain itu, guru-guru lain juga boleh

menggunakan kajian ini sebagai pemangkin untuk penambahbaikkan latihan dan dapat

membuat kajian yang lebih mendalam terhadap bidang sukan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:-

1.7.1 Kajian hanya tertumpu kepada program latihan pliometrik menggunakan sebelah

kaki sahaja.

1.7.2 Jangkamasa latihan untuk melihat keberkesanan program latihan selama empat

minggu sahaja.

1.7.3 Kesukaran pengkaji untuk mengawal subjek yang menjalani latihan sendirian di

kawasan masing-masing.

1.7.4 Keikhlasan subjek untuk melakukan sedaya upaya yang boleh semasa menjalani

ujian.

5

Page 6: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Latihan Pliometrik

Pliometrik adalah latihan-latihan atau ulangan yang bertujuan menghubungkan

gerakan kecepatan dan kekuatan untuk menghasilkan gerakan-gerakan eksplosif. Istilah

ini sering digunakan dalam menghubungkan gerakan lompat yang berulang-ulang atau

latihan reflek regang untuk menghasilkan reaksi yang eksplosif. Radcliffe dan Farentinos

menyatakan latihan pliometrik adalah suatu latihan yang memiliki ciri khusus, iaitu

kontraksi otot yang sangat kuat yang merupakan respons dari pembebanan dinamik atau

regangan yang cepat dari otot-otot yang terlibat.

Kesan latihan pliometrik dapat membantu menghalang daripada berlakunya

kecederaan pada lutut dalam sukan yang memerlukan kemahiran melompat terutamanya

bagi atlet wanita yang terlibat dalam permainan sukan yang memerlukan kemahiran

melompat seperti bola tampar (Hewet,T.E.,A.L. Stroup,T.A. Nance dan F.R Nayas,

1995). Program latihan pliometrik ini dicipta untuk mengurangkan daya hentakan semasa

mendarat dengan memberikan pendidikan kawalan saraf otot pada bahagian anggota

bawah (kaki). Caranya ialah dengan meningkatkan kestabilan lutut dan kawalan otot

semasa mendarat. Selain itu, ia juga membantu memperbetulkan keseimbangan kuasa

otot hamstring dan quadrisep. Prestasi atlit boleh ditingkatkan dan potensi untuk

mendapat kecederaan dapat dikurangkan jika memasukkan teknik mendarat dalam

program latihan pliometrik. Pliometrik dikatakan boleh menyebabkan paha atlit

mengalami pengecutan yang berterusan (Mullin et.al.,1995). Ia boleh membantu atlit

dalam mengurangkan daya hentakan semasa melompat. Ia melesukan otot dengan cepat

dan boleh dikembalikan dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung latihan

pliometrik ini boleh meningkatkan daya tahan otot dan membina keseimbangan.

6

Page 7: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Manakala dari aspek biomekanik, pliometrik banyak diterangkan dalam buku

Jumping Into Plyometric yang boleh di dapati melalui Human Kinetik. Perkara yang

penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk mengaplikasikan

kepantasan dalam kekuatan. Ia juga didapati boleh membantu dalam meningkatkan

pecutan kelajuan, menukar arah pergerakan dengan cepat dan mempunyai banyak

kelebihan di atas gelanggang (Chu,1995).

Permainan badminton dan bola tampar merupakan antara permainan yang

memerlukan latihan berintensiti tinggi seperti latihan pliometrik. Ini kerana dalam kedua-

dua permainan tersebut, latihan yang digunakan haruslah mempunyai ciri-ciri lompatan

dan mengacah. Pergerakan yang terhasil daripada latihan lebih kepada pergerakan

kekuatan otot bahagian anggota bawah badan (A.Zakas, 2000). Latihan pliometrik

dicadangkan supaya dijadikan sebagai latihan tambahan terutamanya bagi individu yang

terlibat dengan sukan yang memerlukan peningkatan pada kuasa eksplosif (R.Wagner

dan M.Settar Kocak, 1997).

Dapat disimpulkan bahawa latihan pliometrik adalah kaedah latihan untuk

meningkatkan daya ledak otot dengan bentuk gabungan latihan isometrik dan isotonik

(eksentrik-kosentrik) yang memanfaatkan pembebanan dinamik. Ketegangan yang

berlaku tiba-tiba sebelum otot mengecut semula atau suatu latihan yang membolehkan

otot untuk mencapai kekuatan maksimum dalam waktu yang sesingkat mungkin.

2.1 Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian

Asmadi(2007) menyatakan Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakkan

otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks

ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk

menghasilkan kuasa otot.

7

Page 8: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Menurut Hall (2004) Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan

dengan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah

kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada

daya yang bertindak dengan jarak. Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan

kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Manakala Bompa

(1999) menyatakan gabungan antara komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan

kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula

dapat diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan.

Menurut Zatsiorsky, (1995); Hewet, (1996); Scott, (1999); Rimmer & Slievert,

(2000). Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa

eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa

terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot

antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik

Chu(1983) dalam jurnalnya; Plyometrics:The link Between Strenght and Speed.

juga menyatakan satu latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan menggunakan

latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan menghubungkan

kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis pergerakan yang reaktif)

iaitu merujuk kepada kuasa.

Sakurai (2000), dalam kajiannya mengenai otot dengan persembahan dalam sukan

badminton merumuskan bahawa hubungan antara aktiviti kuasa otot kaki dan pelakuan

smesy dalam badminton adalah penting. Jika kemahiran ini tidak dapat dilakukan dengan

sempurna, maka keberangkalian untuk seseorang pemain atau pasukan itu untuk

mengalami kekalahan adalah tinggi. Pemain badminton juga selalu terdedah kepada

kecederaan terutamanya pada bahagian Achilles Tendon dan jika otot-otot pada bahagian

bawah badan dapat dikuatkan, kemungkinan untuk pemain mendapat kecederaan

tersebut adalah rendah.

8

Page 9: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan latihan pliometrik ke

atas kuasa kaki dalam melakukan lompatan menegak.

3.2 Populasi dan Persampelan.

Seramai 10 orang subjek dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini. Sampel

terdiri daripada pelajar lelaki kelas 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Ismail Petra (2).

3.3 Tempat Kajian.

Kajian dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2, Jalan Long Yunus,

15200 Kota Bharu, Kelantan.

3.4 Prosedur Kajian.

3.4.1 Reka bentuk kajian

Pengambilan data dijalankan semasa ujian pra dan pos.

3.4.2 Jenis latihan

Subjek melakukan 1 jenis latihan pliometrik iaitu One-legged reactive jumps over

boxes. Latihan pliometrik One-legged reactive jumps over boxes ialah kotak-

9

Page 10: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

kotak disusun dan subjek berdiri di belakang kotak dan melompat melepasi kotak

secara berturutan menggunakan hanya sebelah kaki sahaja.

3.4.3 Prosedur latihan

Subjek diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang

diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang

diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat

perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan

yang diberikan adalah selama 8 minggu dan ujian yang digunakan untuk melihat

keberkesanan program latihan pliometrik adalah ujian lompatan menegak

(vertical jump) dan ujian lompat berdiri (standing long jump).

JADUAL PROGRAM LATIHAN

Minggu Latihan

1 O-LRJOB (2 x 10)

2 O-LRJOB (2 x 10)

3 O-LRJOB (2 x 15)

4 O-LRJOB (2 x 15)

Latihan diadakan 4 kali seminggu selama 4 minggu. Intensiti latihan ditingkatkan

dari semasa ke semasa. Latihan pliometrik ini dijalankan pada setiap hari Ahad,

Selasa dan Khamis dan Sabtu.

3.4.4 Prosedur ujian lompatan menegak (Vertical Jump).

Aktiviti regangan dipastikan telah dilakukan oleh kesemua subjek untuk

memastikan mereka bersedia untuk melakukan ujian di samping untuk

10

Page 11: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

mengelakkan kecederaan ketika pelaksanaan ujian dilakukan. Subjek dikehendaki

untuk melakukan ujian lompatan menegak yang tidak diambil kira sebagai

percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran

ujian agar lebih bersistematik. Penguji melakukan demo kepada subjek untuk

mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian

yang sebenar.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta

pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :

Bateri ujian

Lompat  Menegak (Sargent Chalk Jump).

Objektif

Untuk mengukur kuasa kaki dalam lompatan menegak.

Alatan

Kayu pengukur/pita pengukur, kapur dan dinding  menegak  yang bersesuaian

(sekurang-kurangnya 10  kaki tinggi)

Objektiviti

Nilai objektiviti 0.93 telah dicapai oleh Jack Clayton, Northeast Louisiana

University, Monroe (1969).

Prosedur

1. Subjek berdiri dengan bahagian sisi badan menghadap dinding.

2. Rapatkan bahagian tumit kedua belah kaki.

3. Sebelah tangan yang rapat dengan dinding memegang kapur.

4. Subjek membuat tanda pada dinding setinggi yang boleh dalam keadaan

berdiri dengan kedua-dua tumit kaki rapat pada lantai.

11

Page 12: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

5. Subjek kemudian melompat setinggi yang boleh dengan melonjak kedua- dua

belah kaki serentak dan membuat tanda dengan kapur  setinggi yang  boleh.

6. Sebanyak 3 kali cubaan diberikan.

Skor

Skor dikira dengan mengukur jarak (dalam inchi atau sentimeter) di antara tanda

tertinggi pada dinding yang dilakukan tanpa melompat dengan tanda yang

tertinggi dilakukan semasa melompat. Jarak tertinggi (terbaik) daripada ketiga-

tiga cubaan dicatat sebagai skor.

3.4.5 Prosedur ujian lompatan berdiri (Standing Long Jump).

Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu

dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek

dikehendaki untuk melakukan ujian lompatan berdiri yang tidak diambil kira

sebagai percubaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses

pentadbiran ujian agar lebih bersistematik. Penguji melakukan demo kepada

subjek untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan apabila subjek

memulakan ujian yang sebenar.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta

pengumpulan data adalah seperti jadual berikut :

Bateri ujian

Lompat Jauh Berdiri

Objektif

Untuk mengukur kuasa kaki dalam lompatan ke hadapan.

Alatan

12

Page 13: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

Lantai  ditanda dengan kapur atau pita pelekat (untuk menanda garisan

permulaan) dan pita ukur menegak di hadapan (untuk menanda jarak tempat

mendarat lompatan)

Objektiviti

Nilai objektiviti 0.96 telah diperolehi oleh Jack Clayton, Northeast Louisiana

University, Monroe (1969).

Prosedur

1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.

2. Kedua-dua kaki dirapatkan.

3. Dengan membengkokkan kedua-dua lutut dan menghayun kedua-dua belah

tangan ke hadapan, subjek akan melompat ke hadapan sejauh yang boleh

dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan.

4. Sebanyak 3 kali percubaan diberikan.

Skor

Skor dikira dengan mengukur jarak (dalam sentimeter) di antara garisan

permulaan dengan tumit kaki yang paling hampir sekali. Jika subjek jatuh ke

belakang ketika mendarat, pengukuran dibuat dari garisan permulaan ke bahagian

badan yang menyentuh lantai. Jarak tertinggi (cm) daripada 3 kali cubaan dicatat

sebagai skor.

3.5 Instrumen kajian.

Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah :

3.5.1 Borang skor latihan pliometrik.

Borang skor latihan ini digunakan untuk mencatatkan bilangan set dan ulangan

setiap bentuk latihan yang dijalankan.

13

Page 14: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

3.5.2 Kad skor ujian lompat menegak.

Kad skor ini digunakan untuk mencatatkan skor ujian pra dan pos lompatan

menegak. Keputusan bagi ketiga-tiga percubaan akan diambil kira secara purata,

min untuk mendapatkan skor terbaik.

3.5.3 Kapur tulis.

Kapur yang digunakan berukuran 1 inci untuk menanda puncak tertinggi yang

boleh dicapai oleh atlit semasa menjalani ujian lompatan menegak.

3.5.4 Pita ukur

Alat ini digunakan untuk mengukur jarak bagi setiap lompatan dalam ujian

standing long jump.

3.5.5 Pembaris

Alat ini digunakan untuk menentukan ukuran jarak ketinggian secara menegak

dan ukuran jauh lompatan mendatar bagi kedua-dua ujian vertical jump dan

standing long jump.

3.5.6 Latihan.

One-legged reactive jumps over boxes (O-LRJOB)

3.5.7 Ujian

Vertical Jump dan Standing Long Jump.

14

Page 15: Kesan Latihan Pliometrik Dalam Kemahiran2

3.6 Pengumpulan Data

Butiran diri diambil bertujuan untuk mengenali latar belakang, umur dan pengalaman

subjek dalam sukan yang diceburi. Data yang diperolehi dicatat sebagai skor mentah pada

boring yang telah disediakan. Subjek diberi tiga kali percubaan bagi setiap ujian yang

dijalankan dan skor yang terbaik diambil.

3.7 Analisa Data.

Tahap pencapaian subjek ditentukan melalui norma yang disediakan. ‘Statistical Package

For Social Science (SPSS), version 16 for Windows’ digunakan untuk menganalisis

keupayaan dan kebolehpercayaan latihan yang telah diberikan (latihan pliometrik). Data

pra dan pos yang telah dianalisis dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat

perbezaan dari segi keberkesanan program latihan yang diberi ataupun tidak

menunjukkan sebarang perubahan.

15