unit psi ko log i 11032015

5
UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Upload: masterupsi2014

Post on 28-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laporan tahunan hospital

TRANSCRIPT

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING29.1 PENGENALAN

Perkhidmatan kaunseling secara formal telah bermula dari tahun 1960-an. Dari perspektif psikologi, kaunseling boleh disifatkan sebagai, suatu proses yang melibatkan aktiviti pertolongan mengunakan pengetahuan dan teknik psikologi untuk tujuan menolong individu berubah daripada keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya.Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang masih baru di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Objektif utama penubuhan unit ini adalah untuk membantu pesakit/ klien meningkatkan kesihatan emosi mereka secara berterusan dan konsisten dalam membantu serta melihat potensi individu ke arah memahami diri sendiri dari segi perubahan tingkahlaku, perasaan dan pemikiran. Kaunseling kesihatan dilihat sebagai satu bidang spesialiti yang boleh memainkan peranan "complementary" dalam program-program ke arah "wholistic health". Perkhidmatan sesi kaunseling dan runding cara diberikan kepada para pesakit/ anggota hospital. Rujukan daripada Pegawai Perubatan adalah diperlukan bagi pesakit untuk tujuan mendapatkan temujanji sesi kaunseling manakala bagi anggota hospital pula sama ada ianya dirujuk oleh Ketua Jabatan atau hadir secara sukarela.

29.2 OBJEKTIF Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang profesional dan holistik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi dan kaunseling dalam mencegah, merawat dan memulih kehidupan klien agar lebih sejahtera .

Membimbing klien agar lebih bersikap terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan untuk membangunkan potensi yang sedia ada pada diri klien ke arah kemajuan diri klien tersebut.

Menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada klien yang memerlukan ke arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum.29.3 PERJAWATAN UNITJadual 1: Perjawatan Di Unit Psikologi KaunselingJAWATANPERJAWATANDIISIKEKOSONGAN

Pegawai Psikologi S 41110

29.4 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKANOutput utama unit ini merangkumi aspek pertumbuhan, aspek pencegahan, intervensi, rawatan dan pemulihan psikososial untuk klien dan warga hospital. Perkhidmatan yang disediakan di unit ini secara umumnya merangkumi senarai seperti di bawah:-

Mengendalikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi kes-kes seperti berikut:

cubaan bunuh diri

rogol/ sexual assault

pra dan pos pembedahan

kemurungan/ kebimbangan

ibu tanpa nikah/ single mother

rendah keyakinan diri

keganasan rumah tangga

penderaan kanak-kanak

HIV positif

Mengendalikan sesi kaunseling individu, keluarga atau kelompok

Mengadakan/ menganjurkan CME (Psikologi) dan ceramah serta bengkel

Menyimpan semua rekod sesi yang telah dijalankan untuk tujuan tindakan susulan dan

statistik.

Mentadbir ujian-ujian / inventori Psikologi yang bersesuaian

Menjalankan aktiviti kaunseling bagi peserta program metadon.

29.5 PENCAPAIAN

29.6 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Program / aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014BILPROGRAM/ AKTIVITITARIKHJUMLAH PESERTA

1.Inventori Personaliti Warna 15 Ogos 201455

2.Pemikiran Kreatif & Inovatif30 September 201425

3.Bengkel Pemikiran Kreatif & Inovatif31 Oktober 201455

4.Pengurusan Emosi - Art Theraphy28 November 201430

Inventori Personaliti Warna29.7 CADANGAN PENAMBAHBAIKANStatistik tahunan unit ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun serta menunjukkan bahawa perkhidmatan ini makin diterima masyarakat. Penyediaan ruang atau bilik kaunseling berasingan yang terapeutik dan kondusif sudah tentunya akan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan selesa kepada klien.

29.8 PENUTUP

Kemajuan bidang psikologi dan kaunseling adalah hasil daripada permintaan masyarakat terhadap satu perkhidmatan yang dapat membantu masalah sosial dan peribadi akibat kemajuan ekonomi dan teknologi yang pesat serta era perubahan yang pantas dan dinamik yang dibawa oleh kuasa globalisasi dan perkembangan komunikasi teknologi. Kaunseling merupakan satu perkhidmatan dan pengalaman yang diperlukan oleh setiap insan, dalam semua keadaan dan pada mana-mana tahap perkembangannya. Kerjasama dari semua jabatan/ unit diperlukan dalam menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang berterusan demi melahirkan modal insan berketrampilan dan pemangkin kesejahteraan insan. _1488026657.xlsChart1

328

401

417

JUMLAH SESI KAUNSELING BAGI TAHUN 2012- 2014

JUMLAH STATISTIK SESI KAUNSELING BAGI 2012-2014

Sheet1

JUMLAH SESI KAUNSELING BAGI TAHUN 2012- 2014Column1Column2

2012328

2013401

2014417