unit hem

Upload: ahmad-nadzlee

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Unit HEM

    1/6

    Bidang Tugas Unit-Unit HEM

    SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI

    JALAN TENGAH,11950 BAYAN BARU

    PULAU PINANG

    PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

    2010

    BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID

    1. Unit Pengurusan Pengawas dan Disiplin Murid

    1.1 Bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas sekolah.

    1.2 Bertanggungjawab terhadap perlantikan Ketua Pengawas dan Penolong KetuaPengawas.

    1.3 Merancang dan menentukan jadual bertugas untuk pengawas.1.4 Merancang dan melaksanakan kursus,seminar dan bengkel bagi tujuan

    memantapkan tahap ketugasan para pengawas.

    1.5 Mengawal dan bertanggungjawab terhadap penggunaan Buku Pemantauan Kelasdalam bahagian sistem merit/demerit.

    1.6 Merekod dan melaporkan markah merit/demerit dalam fail merit/demerit kelas

    sebulan sekali dan hantar kepada Guru Besar /PK Hem.1.7 Membantu Guru Besar /PK Hem dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.

    1.8 Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

    1.9 Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan merujuk kes-kes tersebutkepada Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.

    1.10 Mengenalpasti murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mengambil

    tindakan susulan. Serupa juga dengan murid-murid yang selalu lewat ke sekolah.

    1.11 Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Pas Kebenaran Keluar Kelas.1.12 Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diperlukan dari

    semasa ke semasa.

    1.13 Mendapatkan bantuan pihak polis sekiranya murid terlibat dalam kes jenayah.1.14 Membantu Guru Besar/PK Hem dalam surat-menyurat atau melalui telefon

    menghubungi ibu bapa/waris murid-murid yang bermasalah disiplin.

    1.15 Bertanggungjawab ke atas penghantaran data kes disiplin ke JPN dan PPD.

    1.16 Menubuhkan Kelab Pencegah Jenayah dan bertanggungjawab ke ataspelaksanaannya.

    1.17 Bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah supaya keadaan kondusif untuk pengajaran

    dan pembelajaran pada setiap masa.1.18 Bersama-sama bertanggungjawab dengan guru bertugas mingguan untuk

    mengawal disiplin murid semasa perhimpunun pagi dan semasa rehat.

  • 7/29/2019 Unit HEM

    2/6

    2. Unit Skim Pinjaman Buku Teks

    2.1 Bertanggungjawab ke atas pengedaran dan pengumpulan semula buku teks muriddi bawah SPBT.

    2.2 Mengendalikan SISTEKS.

    2.3 Memastikan keselamatan dan penjagaan buku baik dengan mengarahkan muridmembalut buku, menulis nama di bahagian berkenaan dan sebarang buku yang hilang harus

    digantikan.

    2.4 Merekod,mengemaskini dan menyimpan semua stok buku dan inventori di bawahSPBT.

    2.5 Bertanggungjawab ke atas memesan dan menerima bekalan buku teks di bawah

    SPBT.

    2.6 Bertangggungjawab mewujudkan dan menyelenggarakan BOSS.2.7 Bertanggungjawab terhadap pelupusan buku-buku teks di bawah SPBT.

    2.8 Menubuhkan Kelab SPBT dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannnya.

    3. Unit Bimbingan dan Kaunseling

    3.1 Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah

    disiplin.

    3.2 Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan, kaunseling danmotivasi untuk murid-murid sekolah ini.

    3.3 Mewujudkan, merekod, mengemaskini serta menyimpan profil murid-murid yang

    dikenalpasti bermasalah disiplin oleh badan disiplin sekolah.

    3.4 Membantu Jawatankuasa Pengawas dan Disiplin dalam mewujudkan suasanadisiplin yang baik di sekolah ini.

    3.5 Bertanggungjawab memesan dan menyimpan buku stok serta bahan-bahan lain

    di bawah bimbingan dan kaunseling.3.6 Membantu dalam urusan memberi kaunseling dan permohonan murd-murid

    Darjah 6 ke sekolah asrama penuh.

    3.7 Membantu murid-murid yang memerlukan pertolongan cemas seperti murid sakit,atau cedera semasa di sekolah.

    3.8 Menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan bertangggungjawab ke atas

    pelaksanaannya.

    4. Unit Rancangan Makanan Tambahan

    4.1 Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT.

    4.2 Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang

    menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu.4.3 Merekod, mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak

    menerima bantuan di bawah RMT.

    4.4 Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid

    di bawah RMT.

  • 7/29/2019 Unit HEM

    3/6

    4.5 Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang

    teratur dan tersusun.

    4.6 Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanankepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun.

    4.7 Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat selalu

    menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid.4.8 Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan.

    4.9 Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari.

    5. Unit Kebajikan Murid

    5.1 Mengenalpasti murid-murid miskin dan murid anak yatim dan yatim piatu.

    5.2 Merekod,mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid miskin yang memerlukan

    bantuan.5.3 Bertanggungjawab ke atas pengedaran semua jenis bantuan sama ada dari dalam

    atau luar sekolah berdasarkan kelayakan murid.

    5.4 Bertanggungjawab ke atas mengenalpasti dan memilih murid murid yang

    dikehendaki untuk menerima bantuan KWAPM, menghadiri kursus, seminar ,bengkel dan sebagainya.

    5.5 Mengurus dan mengutip derma kilat untuk murd-murid yang ditimpa kemalangandan bencana.

    5.6 Membantu dalam penyeliaan kutipan Insuran Takaful murid oleh guru kelas.

    6. Unit Keselamatan Sekolah

    6.1 Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah Selamat.6.2 Bertanggungjawab ke atas dan melaksanakan cirri-ciri keselamatan di kawasan sekolah

    seperti pemeriksaan berskala alat pemadam api, peralatan elektrik, pili pemadam api, laluan

    keselamatan dan lain-lain.6.3 Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan Peraturan dan Pelan Latihan

    Kebakaran/Kecemasan di papan kenyataan dan bilik darjah.

    6.4 Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran dua kali setahun.6.5 Merancang serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah keselamatan

    dan kesejahteraan murid seperti ceramah,taklimat dan sebagainya.

    6.6 Menyediakan borang pelawat dan memastikan pengawal pondok keselamatan hanya

    membenarkan mereka masuk ke kawasan sekolah selepas mendaftar namadi pondok pengawal keselamatan.

    6.7 Memastikan murid-murid tidak dibenarkan berehat, makan dan minum dalam

    pondok pengawal keselamatan.6.8 Mengatur jadual tugas untuk mengawas murid-murid bersama-sama dengan guru

    bertugas mingguan selepas murid-murid bersurai setiap hari di tempat menunggu

    kenderaan.

    7. Unit Pemantauan Kantin

  • 7/29/2019 Unit HEM

    4/6

    7.1 Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard

    kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

    7.2 Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungibahan yang tidak halal.

    7.3 Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam

    perjanjian.7.4 Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta

    menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

    7.5 Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.7.6 Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan dan

    menjalani pemeriksaan kesihatan.

    7.7 Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

    7.8 Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yangbersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.

    7.9 Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak

    didedahkan kepada lalat.

    7.10 Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi.7.11 Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan

    aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu.7.12 Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,

    selamat dan sesuai.

    7.13 Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat untuk ahli-ahlijawatankuasa kantin.

    7.14 Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan.

    7.15 Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untu dihantar kepada

    PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.7.16 Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggar

    mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung

    dalam perjanjian kantin.

    8. Unit Perkhidmatan Kesihatan

    8.1 Bertanggungjawab mengumpul dan menguruskan buku dan kad kesihatan murid

    dengan kerjasama guru kelas.8.2 Mengenalpasti dan merekod murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan

    seperti sawan,jantuing berlubang, lelah ,asma dan penyakit lain yang mudarat.

    8.3 Merancang dan melaksanakan program-program kesihatan seperti lawatan, ceramahatau pameran yang memberi faedah kepada murid-murid.

    8.4 Bekerjasama dengan petugas-petugas kesihatan apabila mereka datang untuk

    memberi suntikan kepada murid-murid sekolah ini.8.5 Bekerjasama dengan petugas-petugas klinik gigi sekolah untuk memastikan murid-

    murid mempunyai tabiat kesihatan mulut(oral hygiene) yang baik.

    8.6 Peka kepada isu-isu kesihatan semasa dan memaklumkan kepada murid-murid

    tentang langkah-langkah mencegah penyakit/wabak dari semasa ke semasa.

  • 7/29/2019 Unit HEM

    5/6

    9. Unit Kebersihan dan Anti Denggi

    9.1 Memastikan setiap kelas mempunyai jadual tugas harian dan murid-muridmenjalankan tugas kebersihan setiap hari mengikut sesi.

    9.2 Memastikan setiap kelas memiliki alat-alat /perkakas untuk membersihkan kelas.

    9.3 Memastikan Buku Pemantauan Kelas diletakkan di kelas setiap waktu dan hari untukguru memantau kebersihan kelas dan mengisinya dengan lengkap dan jujur.

    9.4 Mengelolakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

    9.5 Menghantar laporan kebersihan kepada GuruBesar/PK Hem setiap hujung minggu/bulan

    untuk pemeriksaan.9.6 Bekerjasama dengan pekerja sekolah dan membantu memeriksa dan memastikan

    kawasan sekolah bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik

    9.7 Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi.

    9.8 Membantu mengelolakan gotong royong di sekolah.

    10. Unit Sistem Maklumat Murid

    10.1 Menyelia dan menyemak input data peribadi murid oleh guru kelas dalam sistem

    maklumat murid.

    10.2 Memastikan data dan maklumat sahih,lengkap,tepat dan kemaskini tanpa

    kekeliruan dengan bantuan dan kerjasama guru kelas.10.3 Menggabungkan semua data maklumat sekolah dan menghantar SMM terkini

    kepada PPD/JPN pada masa yang ditetapkan. (Jan dan Jun)

    10.4 Menghadiri taklimat dan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mendapatkanmaklum balas SMM terkini.

    11. Unit Lawatan Sambil Belajar

    11.1 Merancang dan melaksanakan program untuk menggalakkan murid-muridmenabung.

    11.2 Mengelolakan lawatan sambil belajar yang membawa faedah kepada murid

    murid.11.3 Menyediakan segala urusan surat-menyurat dan mendapatkan kebenaran ibu

    bapa/waris murid.

    11.4 Menyediakan laporan lawatan untuk sekolah dan PPD/JPN.

    12. Unit RIMUP

  • 7/29/2019 Unit HEM

    6/6

    12.1 Merancang dan mengendalikan program-program RIMUP di peringkat sekolah

    dan peringkat kelompok.12.2 Merancang aktiviti-aktiviti untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan

    murid pelbagai kaum, bangsa budaya dan agama di sekolah ini.

    13. Unit Pendidikan Pencegah Dadah

    13.1 Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah

    pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah.

    13.2 Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah , pameran dan

    pertandiangan-pertandingan bertemakan anti dadah.13.3 Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalah-

    gunaan dadah seperti merokok, menghidu glu dan melaporkan kes-kes tersebut

    kepada pihak sekolah.

    14.4 Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya.

    14. Unit Pencegah Jenayah

    14.1 Menubuhkan Kelab Pencegah Jenayah dan bertanggungjawab ke ataspelaksanaannya.

    14.2 Menganjur dan mengendalikan program-program pencegahan jenayah di-

    kalangan murid.

    14.3 Melaporkan unsur-unsur jenayah di kawasan sekolah kepada pihak berkuasa.

    15. Unit-unit Perayaan Dan Sambutan15.1 Orientasi Tahun 115.2 Hari Guru

    15.3 Bulan dan Hari Merdeka

    15.4 Hari Kanak-kanak

    - Semua di atas dirancang dan dilaksanakan selepas dibentuk ahli-ahli jawatankuasanyadan aturcara dengan programnya di peringkat sekolah.