unit 6penyediaan larutan

7
UNIT 6: PENYEDIAAN LARUTAN 6.1 Objektif 6.2 Pengenalan 6.3 Tujuan Menyediakan Larutan 6.4 Langkah Berjaga-jaga Semasa Menyediakan Larutan 6.5 Penyediaan Larutan Reagen Biasa 6.6 Penyediaan Larutan Piawai 6.7 Mencairkan Larutan 6.8 Ringkasan 6.9 Penilaian Kendiri

Upload: popowani13

Post on 29-Nov-2015

355 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 6penyediaan Larutan

UNIT 6: PENYEDIAAN LARUTAN

6.1 Objektif

6.2 Pengenalan

6.3 Tujuan Menyediakan Larutan

6.4 Langkah Berjaga-jaga Semasa Menyediakan Larutan

6.5 Penyediaan Larutan Reagen Biasa

6.6 Penyediaan Larutan Piawai

6.7 Mencairkan Larutan

6.8 Ringkasan

6.9 Penilaian Kendiri

Page 2: Unit 6penyediaan Larutan

6.1 Objektif

Selepas mengikuti unit dengan sempurna anda akan dapat:

Amalkan langkah berjaga-jaga semasa penyediaan larutan.

Menyediakan larutan reagan biasa dan larutan piawai dengan kepekatan yang betul.

Membuat pencairan yang betul daripada larutan piawai.

6.2 Pengenalan

Terdapat berbagai jenis bahan kimia di dalam makmal sekolah. Ada bahan kimia dalam

keadaan pepejal dan dalam keadaan cecair. Kebanyakan bahan kimia ini adalah

berbahaya. Bahan kimia yang tidak berbahaya juga dianggap berbahaya jika disimpan

di makmal bersama bahan kimia yang lain. Terdapat bahan kimia yang mudah terbakar,

mengakis, beracun, mudah meletup, mudah meruap dan kesan lain yang mempunyai

gabungan bahaya yang disebut di atas. Kesedaran dan pengetahuan tentang sifat-sifat

bahan kimia ini amatlah perlu sebelum guru memulakan kerja degnan bahan kimia di

dalam makmal sains.

Salah satu kerja penting yang melibatkan bahan kimia adalah penyediaan larutan.

Apakah yang anda faham dengan larutan? Larutan ialah satu bahan yang terbentuk

apabila suatu bahan kimia dilarutkan dalam sesuatu pelarut.

Bahan larut + pelarut larutan

Bahan larut mungkin sejenis pepejal dan boleh jadi sejenis cecair. Pelarut adalah

sejenis cecair. Contoh pelarut ialah air, alkohor, turpentin dan lain-lain. Jika sesuatu

bahan larut dilarutkan dalam air, larutan dikenali sebagai larutan berair atau larutan

akues.

Bahan larut + pelarut larutan

(pepejal) (air) (larutan berair/akues)

Page 3: Unit 6penyediaan Larutan

Untuk kerja amali sains di sekolah menengah, larutan berair sahaja yang diperlukan. Bahagian

ini tertumpu kepada penyediaan larutan berair sahaja.

6.3 Tujuan Menyediakan Larutan

Penyediaan larutan di dalam makmal adalah bertujuan untuk:

Melarutkan bahan larut pepejal di dalam air untuk kegunaan dalam aktiviti amali

sains.

Mencairkan larutan stok yang pekat. Larutan kimia yang pekat adalah amat

merbahaya. Ia mungkin sangat menghakis, sangat mudah terbakar dan beracun.

Oleh itu pencairan perlu dilakukan.

6.4 Langkah Berjaga-jaga Semasa Menyediakan Larutan

Kita mesti sentiasa berhati-hati apabila melakukan kerja penyediaan larutan. Seboleh

mungkin cuba patuhi peraturan-peraturan kerja atau prosedur kerja yang ditetapkan

seperti berikut:

a. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal di botol. Jangan cuba

memegang dengan tangan anda.

b. Pastikan sebelum tangan anda memegang leher botol dan sebelah tangan lagi

memegang bahagian bawah botol semasa membawa botol larutan stok.

c. Apabila menuang larutan pekat ke dalam air, kita seharusnya menuangkan sedikit

demi sedikit.

JANGAN MENUANG AIR KE DALAM

LARUTAN PEKAT

Page 4: Unit 6penyediaan Larutan

JANGAN TUANG AIR KE DALAM

ASID PEKAT TETAPI

TUANGKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM ASID

Aktiviti

1. Apakah yang harus anda lakukan jika berlaku tumpahan larutan pekat di atas meja. 2. Jelaskan mengapa kita dilarang menuang air ke dalam larutan pekat seperti asid pekat.

Rujukan: Sila rujuk Unit 4 Penggunaan dan Pengendalian Alatan dan Bahan Sains ____________________________________________________________________________ 6.5 Penyediaan Larutan Reagen Biasa

Reagen Biasa dalam makmal sains

Asid Alkohol Reagen

Asid Hidroklorik, HCL Asid Sulfarik, H2SO4 Asid Nitrik, HNO3

Natrium Hidroklorik, NaOH Amonia Hidroklorik NA4OH

KM4O4 (dalam botol gelap) K2Cr2O7(dalam botol gelap) Kalium maksasimoforat (I) Kalium maksasimoforat (II) Kalium Kalium iodida Reagen Wessler Ferum (II)Sulfat Ferum (III) Klorida Barium Klorida Barium Nitrat

6.6 Penyediaan Larutan Piawai

Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai?

Larutan piawai ialah larutan yang dilarutkan kepekatannya dengan tepat. Kepekatan diukur dalam unit gdm-3(g/dm3) atau mol dm-3 (mol/dm3)

Page 5: Unit 6penyediaan Larutan

Unit yang biasa digunakan dalam makmal ialah mol dm-3 atau molar Bolehkah anda nyatakan apa yang dimaksudkan daya molar (M)? 1M = 1 mol/dm3 = 1 mol bahan dilarutkan dalam air sehingga menjadi 1dm3

Oleh itu, md/lom א = M3א

mol bahan dilarutkan dalam air sehingga menjadi 1dm3 א = NOTA: Kepekatan dalam molar biasanya disebut kemolaran Anda tentunya telah mengetahui bahawa mol = jisim jisim molekul relatif (JMR) mol = kemolaran (M) x isipadu (dm3) = mol/ dm3

JMR ialah jumlah JAR bagi semua unsur yang terdapat dalam sesuatu sebatian/bahan ÷ JMR bahan larut kepekatan dalam gdm3 kepekatan dalam mol/ dm3

x JMR bahan larut Aktiviti 1. Bolehkah anda menyatakan apakah alat radas yang digunakan untuk menyediakan

satu larutan piawai.

2. Senaraikan saiz kelalang volumatrik yang biasa didapati dalam makmal kolej anda.

Page 6: Unit 6penyediaan Larutan

Tugasan:

Dengan menggunakan pengurusan grafik, tunjukkan langkah-langkah untuk anda

menyediakan 250cm3 larutan piawai Natrium hidroksida berkepekatan 2M.

Nyatakan berapakah jisim pepejal NaOH yang anda perlukan.

Apakah saiz kelalang volumatrik yang anda gunakan.

6.7 Mencairkan Larutan

Dimakmal sains biasanya larutan asid seperti asid hidroklorik, asid sulfurik, asid nitrik dan

kebanyakan asid lain serta larutan alkali seperti larutan ammonia hidroksida adalah dalam

berkepekatan yang lebih tinggi.

Pada botol larutan-larutan pekat (larutan stok) ini biasanya dinyatkan peratus ketulinan,

ketumpatan relatif dan jisim molekul relatifnya.

Berdasarkan maklumat pada botol bahan ini, bagaimanakah anda boleh mengira kepekatan

larutan itu.

Contoh

satu botol larutan stok asid sulfurik pekat berlabel

Peratus ketulenan 96% Ketumpatan relatif 1.84 Jisim molekul relatif 98 i. Dapatkan berat asid sulfurik pekat dalam 1 ml = 1.84 x 96 = 1.77g 100 ii. Dapatkan berat asid sulfurik pekat dalam 100ml (1dm3) = 1.99 x 1000 = 1770g Oleh itu, Bilangan mol asid sulfurik pekat dalam 1dm3 = 1770 98 = 18mol Keputusan asid sulfurik pekat ialah = 18M

Page 7: Unit 6penyediaan Larutan

Aktiviti Dengan menggunakan formula M1V1 = M2V2 di mana M1 = kemolaran larutan stok V1 = isipadu larutan stok M2 = kemolaran larutan yang diperlukan V2 = isipadu larutan yang diperlukan Tunjukkan langkah-langkah bagaimana anda boleh menyediakan 500ml larutan piawai 0.2m asid hidroklorik daripada larutan stok asid hidroklorik 5M. nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil. Senaraikan alat radas yang anda gunakan untuk mencairkan larutan stok itu. 6.8 Ringkasan Adalah penting mengamalkan langkah berjaga-jaga semasa menyediakan larutan dalam

makmal. Setiap guru perlu ada kesedaran dan pengetahuan tentang sifat-sifat bahan kimia sebelum

menjalankan kerja dengan bahan kimia. Penggunaan kuantiti bahan yang tepat dan alat yang sesuai serta pengiraan yang betul

adalah penting dalam penyediaan larutan.