air dan larutan

14
Air dan Larutan~ 5.8 PEMELIHARAAN KUANTITI AIR ^^ 6/7/2014 Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir 2 Al-yakin Guru Subjek Puan. Suzana Mahmud~ B6D4E1 Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan : Pencemaran air Pengawalan Pembersihan Cara penjimatan air

Upload: smk-jeram

Post on 20-Jun-2015

486 views

Category:

Science


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Air dan larutan

Air dan Larutan~5.8 Pemeliharaan kuantiti air ^^

6/7/2014Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir2 Al-yakin

Guru Subjek Puan. Suzana Mahmud~

B6D4E1 Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan :

Pencemaran airPengawalanPembersihanCara penjimatan air

Let’s read~

“ AIR SIHAT, HIDUP SIHAT ”

PENCEMARAN AIR

Page 2: Air dan larutan

a) Maksud pencemaran air Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di

sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

b) Contoh-contoh pencemar air

1. Bahan buangan industri

Sumber : Kilang industri Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktifKesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan hidupan tersebut

2. Bahan buangan domestik

Sumber : Kediaman Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahanKesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam air

3. Bahan kimia pertanian

Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi Kandungan : Baja kimia dan pestisidKesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain

4. Pengelodakan sungai

Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan 

Kandungan : Lumpur dan kelodakKesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek

5. Tumpahan minyak

Sumber : Kapal tangki minyakKandungan : Minyak

Page 3: Air dan larutan

Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan

c) Kesan pencemaran air ke atas benda hidup Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan

manusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibatkan pencemaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

Page 4: Air dan larutan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PENGAWALAN PENCEMARAN AIR

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

Page 5: Air dan larutan

Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, di peringkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini,

Page 6: Air dan larutan

maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Page 7: Air dan larutan

PEMBERSIHAN AIRa) PenurasanKaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semula jadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai..Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut..

b) PendidihanPendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Page 8: Air dan larutan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup..Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut..

c) PengklorinanPengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup..Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut..

d) PenyulinganPenyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Page 9: Air dan larutan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut..Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA-CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN AIRAir merupakan sumber asli yang terhad. Manusia sangat bergantung kepada air untuk hidup. Dengan populasi manusia yang semakin bertambah, maka keperluan terhadap bekalan air bersih juga sudah tentu meningkat. Oleh itu, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjimatkan air.

a) Mandi dengan air pancuran..

Page 10: Air dan larutan

b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan..

c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili air..

d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi..

e) Pasang tangki curahan air tandas dwi sistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis..

f) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh..

g) Baiki pili air atau paip yang bocor..

h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman..

Page 11: Air dan larutan

Text By:

Nur Irlyani Nawarah Mohd Samsir

Finally, I’m Done~~ !!