unit 6 krb 3023

11
KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan 1 UNIT 6 FORMAT DAN ASPEK PENTING PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Menguasai kemahiran sintesis 2. Sistem ejaan, tanda baca, ayat gramatis dan lambang-lambang bahasa. 3. Wacana dan pemerenganan PENGENALAN Perlu diingat bahawa kemahiran mengarang adalah kemahiran yang luas konsepnya. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran dan aspek- aspek penting yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar sekiranya kita mahukan mereka menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara sub kemahiran yang penting ialah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi penulisan dan penyampaian idea. Paragraf-paragraf yang baik mungkin tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang baik dan efektif bagi menyampaikan maksud penulisnya dalam paragraf tersebut. Oleh itu, kemahiran pelajar-pelajar membina. ayat, menggabung ayat, dan memanipulasi ayat seharusnya dianggap sebagai salah satu sub kemahiran asas dalam membina kemahiran menulis dan mengarang. Idea-idea yang baik tidak mungkin dapat disampaikan oleh pelajar tanpa ayat-ayat atau ekspresi yang berkesan. Berikut ini diperlihatkan format atau aspek-aspek penting penulisan yang perlu diberi perhatian untuk membantu penulis menghasilkan karya-karya mereka secara berkesan. ISI KANDUNGAN Pembinaan ayat-ayat yang gramatis Ayat-ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dan sempurna, mengandungi paling kurang satu subjek dan satu predikat. Ayat yang begini dinamakan sebagai ayat dasar atau ayat inti. Ayat dasar ini boleh dikembangkan sehingga terbentuk ayat-ayat transformasi satu dasar. Untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan persoalan yang diungkapkan perlu diberi perhatian. Kegramatisan ayat-ayat menjadi ukuran penentu kepada keberhasilan sesebuah penulisan. Sekiranya bahasa tidak diolah dengan baik dan ayat-ayat

Upload: lehskss

Post on 29-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Prinsip pengajaran penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

1

UNIT 6

FORMAT DAN ASPEK PENTING PENULISAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Menguasai kemahiran sintesis 2. Sistem ejaan, tanda baca, ayat gramatis dan lambang-lambang bahasa. 3. Wacana dan pemerenganan

PENGENALAN

Perlu diingat bahawa kemahiran mengarang adalah kemahiran yang luas konsepnya. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran dan aspek-aspek penting yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar sekiranya kita mahukan mereka menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara sub kemahiran yang penting ialah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi penulisan dan penyampaian idea. Paragraf-paragraf yang baik mungkin tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang baik dan efektif bagi menyampaikan maksud penulisnya dalam paragraf tersebut. Oleh itu, kemahiran pelajar-pelajar membina. ayat, menggabung ayat, dan memanipulasi ayat seharusnya dianggap sebagai salah satu sub kemahiran asas dalam membina kemahiran menulis dan mengarang. Idea-idea yang baik tidak mungkin dapat disampaikan oleh pelajar tanpa ayat-ayat atau ekspresi yang berkesan. Berikut ini diperlihatkan format atau aspek-aspek penting penulisan yang perlu diberi perhatian untuk membantu penulis menghasilkan karya-karya mereka secara berkesan.

ISI KANDUNGAN

Pembinaan ayat-ayat yang gramatis

Ayat-ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dan sempurna, mengandungi paling kurang satu subjek dan satu predikat. Ayat yang begini dinamakan sebagai ayat dasar atau ayat inti. Ayat dasar ini boleh dikembangkan sehingga terbentuk ayat-ayat transformasi satu dasar. Untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan persoalan yang diungkapkan perlu diberi perhatian.

Kegramatisan ayat-ayat menjadi ukuran penentu kepada keberhasilan sesebuah penulisan. Sekiranya bahasa tidak diolah dengan baik dan ayat-ayat

Page 2: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

2

yang terbina pula tidak gramatis, ditambah pula dengan kesalahan ejaan; karangan itu sukar dianggap sebagai karangan yang bermutu.

Biasanya, ayat yang berkesan terdiri daripada dua puluh hingga dua puluh lima perkataan. Ayat-ayat yang pendek lebih mudah difahami. Ayat-ayat yang panjang boleh membuat pendengar, pembaca, penutur dan penulis sendiri jadi keliru. Ayat kompleks mungkin betul dari segi tatabahasa tetapi sukar difahami.

Salah satu faktor yang menyebabkan karya sukar difahami ialah jumlah perkataan yang digunakan dalam ayat. Untuk menyelesaikan masalah seperti ini, ayat-ayat yang panjang boleh dipecah-pecahkan menjadi ayat-ayat yang lebih pendek. Dengan cara. ini makna yang terkandung dalam ayat panjang tersebut akan difahami dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun, ini tidak bererti karangan mesti ditulis menggunakan ayat yang pendek-pendek. Kemahiran berbahasa yang baik melibatkan kecekapan menggunakan pelbagai struktur ayat untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan pada masa yang sama memberi kepuasan membaca gaya bahasa yang menarik.

Dalam penulisan yang baik, ayat-ayatnya terdiri daripada pelbagai jenis dan kepanjangan yang berbeza-beza. Ada ayat dasar, ayat majmuk dan ayat majmuk campuran. Struktur Ayat

Isi atau struktur ayat atau susunan perkataan mempunyai pengaruh terhadap keberkesanan gaya yang digunakan. Biasanya, dalam, susunan sesuatu ayat, yang pertama sekali ia mestilah mempunyai subjek, diikuti oleh kata kerja, objek atau unsur keterangan. Ini adalah cara yang biasa, dan cara ini mungkin lebih berkesan apabila susunan perkataannya disongsangkan.

Struktur aktif lebih berkesan daripada struktur pasif. Ciri ayat aktif yang utama adalah adanya pelaku yang melakukan sesuatu kata kerja. Dari segi susunannya, pelaku disebut lebih awal, diikuti oleh apa yang dilakukannya. Fungsi Ayat

Ayat mempunyai dua ciri, iaitu bentuk dan makna. Ayat ‘Boleh ambilkan saya secawan kopi?’ mempunyai bentuk soalan, tetapi berfungsi sebagai ayat suruhan. Ayat ‘Siapa kata saya bodoh? juga berbetuk soalan tetapi berfungsi sebagai ayat cabaran. Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Dari sudut ini, ayat-ayat bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu:

1. Ayat maklumat (informatif). 2. Ayat arahan (imperatif). 3. Ayat perasaan (emotif).

Page 3: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

3

Pemilihan Perkataan Yang Tidak Tepat

Gunakan sesuatu perkataan hanya apabila perkataan itu perlu. Pembaziran perkataan merupakan kesilapan yang kerap berlaku. Akibatnya, ucapan atau tulisan kita sukar difahami dan pendengar atau pembaca akan cepat terasa bosan.

Jalinan fikiran yang logik harus dibuat secara bersepadu. Kesepaduannya dapat dilakukan dengan pemilihan kata-kata yang sesuai dan tepat. Sebaliknya, pemilihan perkataan yang tidak tepat akan menjadikan hasil tulisan tidak mempunyai kekuatan. Ia mungkin boleh menyebabkan berlakunya tidak logik daripada satu idea kepada satu idea, daripada satu perenggan kepada perenggan yang berikutnya, malahan daripada satu ayat kepada satu ayat. Perbendaharaan kata

Bahasa tulisan menggunakan pelbagai jenis leksikal daripada bahasa pertuturan. Dalam situasi Pertuturan harian antara. seseorang dengan keluarga atau kawan-kawan dan sahabat, perbendaharaan kata yang digunakan sangat terhad. Penulis memerlukan masa untuk memproses apa yang hendak dilahirkan kerana ia memerlukan ketepatan makna. Inilah yang menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar. Walaupun begitu, banyak perkataan boleh ditelah maknanya daripada konteks ayat ataupun boleh diramal jika dibaca secara. keseluruhannya. Oleh itu, pelajar tidak perlu sering menggunakan kamus bagi merujuk makna perkataan.

1. Memiliki kemampuan penalaran (fikiran Yang bijak atau intelek) sehingga fikiran penulis dapat disajikan dalam suatu urutan yang teratur dan logik

2. Mengenal ketentuan-ketentuan teknik penyusunan komposisi tertulis sehingga mudah dibaca dan difahan-~, di samping hentuknya dapat menarik pernbaca.

Penggunaan Gaya Tidak Tepat dan Sepadan

Gaya yang tidak tepat dan sepadan dengan tajuk karangan akan menghasilkan karangan yang rendah mutunya dan tidak menarik. Gaya yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan pemberatan isu yang diketengahkan. Isi yang berat, tegas dan bernas menuntut gaya yang tegas dan jitu pula. Pemilihan gaya penulisan juga hendaklah sesuai dengan topik dan wacana yang dipilih.

Pilihan kata hendaklah tepat dan dapat mendukung maksud yang dibawa. Kalau maksudnya hendak mengungkapkan sesuatu ketegasan dan kejituan, gaya dan nada yang sesuai digunakan adalah yang bernada dan bergaya tegas juga. Kalau persoalan yang hendak diungkapkan itu bernada lembut dan merendah seperti dalam puisi-puisi dan hasil prosa kreatif, gaya dan nada yang sesuai diterapkan adalah rendah dan lembut pula. Dengan kata lain, pemilihan kata dan

Page 4: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

4

frasa akan menentukan nada dan nada itu pula sekali gus akan mencerminkan gaya.

Penggunaan Tanda Bacaan Yang Tidak Betul

Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam sesebuah tulisan ialah penggunaan tanda bacaan yang tidak betul. Contohnya, dua ayat yang bercanturn dan berselarian satu sama lain sehingga seolah-olah menjadi satu ayat yang lengkap. Hal ini terjadi disebabkan pelajar terlupa hendak membubuh tanda bacaan ataupun kata penghubung yang tertentu. Misalnya, terlupa atau tertinggal tanda koma (,), tanda noktah (), tanda koma bernoktah (;) dan seumpamanya.

Apabila sesebuah karangan yang dihasilkan tidak memenuhi ciri-ciri yang disarankan, mutu karangan tersebut akan terjejas. Selain tidak dapat memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan, terdapat juga pelajar yang tidak memahami konsep pemerengganan. Kegagalan pelajar memahami konsep ini akan menimbulkan masalah dalam penulisan karangan.

Pengolahan karangan jenis esei yang baik memerlukan isi karangan disusun mengikut perenggan-perenggan tertentu. Pada asasnya, setiap perenggan mewakili satu kesatuan isi utama. Biasanya, sesebuah karangan esei memerlukan kira-kira lima isi utama. Oleh itu, harus ada lima perenggan untuk isi utama ini. Dengan perkataan lain, seluruh karangan ini harus terkandung dalamnya tujuh perenggan, iaitu satu untuk pengenalan, lima untuk isi utama dan satu lagi untuk penutup. Jumlah perkataan bagi setiap perenggan mungkin lebih atau kurang sedikit bergantung pada kepentingan isi. Namun, tiap-tiap satunya tidak harus terlalu panjang berbanding dengan perenggan-perenggan yang lain. Jumlah perkataan yang terlalu berlebihan akan menyebabkan perenggan lain terpaksa dipendekkan ataupun mungkin kepanjangan bagi karangan melebihi had yang dibenarkan. Begitu juga sebaliknya perenggan yang terlalu pendek pula akan memerlukan perenggan lain dipanjangkan ataupun menyebabkan seluruh karangan menjadi terlalu panas.

Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan organisasi perenggan dalam karangan menjadi tidak seimbang. Ketidakseimbangan ini boleh menjejaskan markah yang akan diterima oleh calon berkenaan kerana biasanya pemberian markah bagi setiap isi utama adalah lebih kurang sama. Perenggan yang panjang tidak akan membolehkan pemeriksa memberikan markah lebih. Sebaliknya, pula, ruang penghuraian secara relatif yang terlalu pendek besar kemungkinan boleh mengurangkan markah yang diberi untuk isi yang berkaitan.

Selain faktor yang dinyatakan di atas, organisasi sesebuah karangan harus juga menunjukkan pertalian atau perkaitan antara semua bahagian karangan. Dari sudut organisasi, perenggan harus ada pertalian yang kukuh antara:

Page 5: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

5

1. Kesemua bahagian dalam perenggan itu sendiri. 2. satu perenggan dengan perenggan yang lain terutama yang berdekatan, iaitu

sebelumnya selepas atau kedua-dua sekali dengan tajuk atau topik karangan

Sistem Ejaan (Orthography)

Dalam bahasa lisan terdapat fonem-fonem yang berkaitan dengan grafem-grafem penulisan. Terdapat juga tekanan-tekanan suara, rentak dan intonasi untuk mempercepatkan sesuatu. pesanan atau arahan yang diminta. Dalam penulisan, terdapat grafern yang kadang-kadang dibantu oleh gambar atau carta. Seseorang boleh menuliskan kunci-kunci fonologikal seperti contoh berikut:

" Dengan suara yang kuat, bercampur dengan rengekan kesakitan, dia mengisut keluar dari kawasan kemaraan api .... ..

Simbol-simbol penulisan di atas membentuk satu set isyarat yang harus difahami oleh pembaca. Oleh sebab terdapat beberapa ambiguiti dalam penulisan, pembaca haruslah tahu untuk mengenal pasti apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

Mod Wacana

Setiap penulisan seperti karangan, esei, artikel, laporan, minit mesyuarat dan seumpamanya mempunyai tujuan tertenw. Tujuan sesuatu penulisan itu (the purpose of writing) boleh jadi untuk menggambarkan sesuatu, menceritakan atau melaporkan sesuatu, mendedah atau memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu, atau membincang dan membahas tentang sesuatu tajuk atau perkara.

Berhubung dengan tujuan penulisan itu ialah mod wacana (mode of discourse) bagi menyampaikan isi (mesej dan maksud) penulisan tersebut. Oleh yang demikian, dalam penulisan prosa terdapat mod wacana yang berbentuk naratif, deskriptif, eksposisi dan perbincangan/perbahasan (argumentative). Kesedaran tentang tujuan penulisan dan mod wacana penulisan amat penting kerana aspek yang pertama itu akan mempengaruhi atau menentukan aspek yang kedua. Tugas utama para guru bahasa yang mengajar penulisan adalah menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang tujuan penulisan dan mod-mod wacana yang berkaitan dengan penulisan tersebut. Kesedaran itu penting bagi para pengajar dan para pelajar.

Berdasarkan tajuk atau tujuan seseorang im menulis, dia mempunyai beberapa pilihan dalam mod wacana penulisannya, iaitu:

Permerengganan

Perenggan ialah sekumpulan unit idea. Tiap-tiap perenggan hendaklah mengandungi satu idea sahaja. Perenggan disusun mengikut jalinan idea. Jika ada

Page 6: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

6

idea yang perlu dihuraikan dengan panjang lebar dalam satu perenggan, pecahkan perenggan itu, kepada dua atau tiga perenggan yang lebih pendek.

Dari satu segi, perenggan ialah esel yang kecil. Tiap-tiap, perenggan mempunyai pembukaan, badan dan penutupnnya sendiri. Idea-idea yang terkandung di dalarn sesuatu perenggan boleh difahami dengan tidak bergantung kepada perenggan lain. Seperti esei lengkap, perenggan memiliki idea utama dan idea sampingan. Dalam perenggan tersebut, idea utama terkandung pada ayat pertama dan kedua. Idea-idea sampingan terdapat pada ayat lain yang mengandungi contoh yang menyokong idea utama.

Kata pernerengganan berasal daripada kata dasar perenggan. Perenggan ditakrifkan dalam Kamus Dewan sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris, paragraf. Dalam sesebuah penulisan, perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan lainnya mempunyal hubungan dari segi makna dan tatabahasa.

Pemerengganan penting dalarn menyampaikan idea-idea yang konkrit dan tersusun. Idea atau isi yang ingin disampaikan oleh pengarang dapat disampaikan dengan lebih jelas dan tersusun. Ini mernudahkan para pernbaca mengikuti ideaidea penulis dengan licin dan memperlihatkan pecaban-pecahan fikiran penulis itu dengan lebih jelas. Oleh yang demikian, perenggan-perenggan dalam sesebuah karangan pernah dikatakan sebagai karangan-karangan kecil (compositions in miniature) kerana setiap isi atau idea utama ditulis dan dihuraikan dalam perenggan yang berasingan. Namun demikian, perkembangan dari satu perenggan ke satu perenggan yang lain (atau dari satu isi ke satu isi) hendaklah dilakukan secara sistematik dan logik supaya terlihat pertalian antara idea-idea dan isi-isi tersebut. Kesetnua isi atau idea itu hendaklah bertalian pula dengan tajuk karangan supaya pembaca mudah memahaminya, selain memperlihatkan karangan itu sebagai satu komposisi yang benar-benar tersusun dan terkarang.

Setiap perengaan merupakan ayat yang membicarakan tentang satu idea. Idea ini dikenali sebagai topik perenggan. Baris pertama setiap perenggan bermula jauh sedikit daripada garisan sebelah kiri jika dibandingkan dengan baris-baris lain dalarn sesuatu perenggan.

Perenggan boleh diumpamakan seperti sandwich. Lapisan atas dan lapisan bawah, iaitu ayat pertama dan ayat terakhir merupakan penyataan unnun tentang topik yang dibincangkan. Intinya, iaitu ayat-ayat di tengah-tengah merupakan penyataan tentang isi-isi dan contoh-contoh. Lapisan atas dan lapisan bawah, mengikat atau menyatukan keseluruhan perenggan.

Setiap perenggan lazimnya berbeza dari segi kepanjangan, iaitu bergantung kepada tujuan dan fungsinya ditinjau dalam konteks keseluruhan penutisan itu. Setiap perenggan yang baik mestilah mempunyai pertalian antara satu sama lain, iaitu berkesinambungan untuk membentuk satu kesatuan yang jitu sebagai sebuab penulisan. Oleh yang dernikian, isi yang dibentangkan dalam setiap perenggan itu

Page 7: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

7

mestilah mempunyai pertalian yang erat dengan judul yang menjadi fokus perbincangan, di samping mempunyai kesatuan dalaman. Dengan erti kata bahawa unit-unit dalam perenggan itu scndiri mesti dipertalikan dengan idea utama. supaya dapat memberikan sumbangan untuk menjelaskan atau menghuraikan judul.

Setiap perenggan juga haruslah mempunyai pernyataan tesis atau idea utama clan diikuti dengan idea-idea sokongan untuk memperkukuh idea utama itu. Kalau terdapat sesuatu yang perlu dalam sesuatu perenggan, penekanan terhadap unsur-unsur itu mestilah diperlihatkan dengan jelas, jaitu dengan Cara menerapkan teknik-teknik tertentu seperti mengulang kata-kata kunci yang menclukung idea utama, menggunakan kata-kata yang bersifat antitesis, atau menunjukkan dengan jelas bahawa penulisnya menolak idea-idea yang bertentangan dengan idea yang diketengahkannya. Setiap perenggan itu juga mestilah menggalurkan ayat-ayat secara berperingkat-peringkat sehingga sampal ke bahagian kemuncak.

Pemerengganan dalam konteks kajian ini merupakan kernahiran membentuk unti karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan lainnya mempunyai hubungan dari segi makna clan tatabahasa. Ciri-ciri Pemerengganan

Pemerengganan yang baik harus mempunyai ciri-ciri kesatuan, pertautan dan penekanan. 1. Kesatuan

Kesatuan (unity) dimaksudkan sebagai tumpuan atau pernusatan kescluruhan penulisan kepada judul dominan yang merupakan fokus perbincangan penulisan itu. Ini bermakna penulis mestilah menyusun dengan kemas, rapi dan berkesinambungan akan bahan-bahan yang ditulisnya dalam satu kesatuan yang mantap clan jitu. Dengan perkataan lain, dapat dikatakan bahawa ciri-ciri kesatuan merujuk ketepatan isi yang dikemukakan yang berfokus kepada tajuk atau isi yang diketengahkan oleh penulisnya. Semakin tepat dan mantap setiap isi itu menyentuh judul atau topik, semakin kukuh sifat kesatuan penulisan tersebut.

Terdapat tiga kaedah yang boleh cligunakan untuk memperkukuhkan ciri-ciri kesatuan bagi sesebuah penulisan: a. Penulis hendaklah mentakrifkan pengertian atau maksud judul dengan jelas

sebelum ia memulakan penulisannya kerana dengan memberilkan takrifan yangjelas terhadapjudul, penulis akan dapat menentukan isFisi yang benar-benar berkaitan dengan judul tersebut. Dengan ini, dia tidak akan mernuatkan sesuatu yang menyunpang daripada judul dalam esei atau karangannya itu.

b. Setelah judul dapat ditakrifkan dengan jelas dan tepat, penulis haruslah

mernikirkan isi-isi yang mempunyai kaitan erat dengan judul. Isi-isi itu

Page 8: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

8

hendaklah diperkukuh dengan bukti-bukti dan contoh-contoh yang jelas, disusun dan dipersembahkan, dengan kernas sejajar dengan tujuan penulisan.

c. Isi-isi yang bukan isi utarna hendaklah didominasikan ke dalarn isi utarna

dan diberi fungsi untuk memperkukuh isi utarna. Janganlah dibiarkan isi-isi sampingan menguasai ruang yang lebih besar daripada isi utarna. Setiap isi yang dikernukakan itu pula hendaklah dipertalikan dengan jelas d~n tepat kepada judul yang menjadi fokus penulisan itu. Tegasnya, seluruh kandungan esei An mestilah menuju ke satu arah yang sama, iaitu memperjelaskan atau membicarakan terna yang menjadi pusat atau matlarnat penulisan.

2. Pertautan

Dalam sesuatu perenggan juga perlu ada. ciri pertautan. Penautan dimaksudkan pertalian antara satu unsur dengan unsur lain yang terdapat dalarn sesuatu penulisan itu. Jadi, dalarn sesebuah penulisan, bukan sahaja setiap isi yang hendak dikernukakan harus mempunyai hubungan erat dengan judul, tetapi juga antara satu ayat dengan ayat yang lainnya. Malah antara satu perenggan dengan perenggan yang lainnya atau antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya mestilah memperlihatkan hubungan juga. Tegasnya, antara satu unsur dengan unsur yang lainnya itu mestilah mempunyai kesinambungan yang logik, yang jelas dapat memperlihatkan pertautan yang kukuh clan erat sehingga penulisan itu terbentuk sebagai satu satuan yang jitu, bukan sahaja dari segi idea tetapi juga bahasa dan pengolahannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa antara kesatuan dengan pertautan memang ada persamaan. Tetapi, sesebuah karangan yang mempunyai ciri-ciri kesatuan tidak sernestinya dapat juga memperlihatkan ciri-ciri pcrtautan. Isi-isi yang dikernukakan sememangnya berfokus pada judul utarna tetapi mungkin isi-isi itu tidak dipertautkan dengan kukuh dan mantap antara satu sama lain menyebabkan penulisan An menjadi longgar dan seolah-olah tidak mempunyai kesinambungan. Cara untuk mempertautkan antara satu ayat dengan ayat yang lainnya atau antara satu perenggan dengan perenggan yang lainnya dalarn sesebuah penulisan adalah dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. Terdapat empat jenis pertautan yang lazim kedapatan dalarn sesuatu penulisan dan setiap jenis itu ditandai dengan penggunaan penanda wacana yang berlainan. Pertautan yang dimaksudkan ialah, pertautan dari segi logik, waktu, ruang dan emosi.

Pertautan dari segi logik memperlihatkan hubungan yang munasabah dari segi logik filciran. antara satu unsur dengan unsur yang lainnya.Hubungan itu mungkin berbentuk sebab dan akibat, bukti dan kesimpulan, fakta dan ulasan atau sebagainya. Antara satu penyataan dengan penyataan yang seterusnya itu dipertautkan oleh penggunaan penanda wacana atau kata penyarnbung ayat seperti oleh yang demikian, walau bagaimanapun, namun begitu, berhubung dengan itu.

Page 9: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

9

Pertautan waktu pula ialah pertautan yang dapat memperlihatkan kesinambungan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain dari segi masa. Pertautan ini dapat diperlihatkan melalui pengunaan katakata penghubung seper-ti pada masa dahulu, sebelum itu, kini, lantas, selepas itu, kemudian, sejak zaman Sriwijaya.

Pertautan dari segi ruang pula ialah urutan yang memperlihatkan pertalian keduclukan benda-benda yang terclapat dalarn ruang alarn ini. Lazimnya, ini terclapat dalam penulisan berbentuk penceritaan. Antara kata-kata atau frasa yang clapat menunjukkan hubungan tersebut adalah seperti di dalam, di atas, di betakang, di kiri, ke kanan, disamping, kesana, ke. hujung, di belakang.

Pertautan dari segi emosi pula ialah pertautan yang dapat memperlihatkan hubungan perasaan terhadap sesuatu peristiwa yang dialarni. Ini juga lazim terclapat dalarn penulisan berbentuk penceritaan clan antara ungkapan yang dapat memperlihatkan hubungan tersebut adalah seperti dengan perasaan marah, terialu geram, amat sedih, begitu jemu. Seseorang pengarang itu mestilah cekap memilih perkataan-perkataan yang dapat menggambarkan dengan tepat perasaan yang sesuai dengan sesuatu peristiwa yang diutaranya.

Perlu disebutkan di sini bahawa dalam setiap penulisan, tidak semestinya dapat kita kesani penggunaan penanda-penanda wacana yang merangkumi keempat-empat jenis pertautan di atas. Dalam penulisan berbentuk penceritaan, mungkin hal ini dapat dibuktikan tetapi mungkin tidak untuk sebuah penulisan yang berbentuk penjelasan, hujahan, kritikan dan seumpamanya.

Jelasnya, untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik dan berkesan serta memperlihatkan ciri pertautan dalam sesuatu perenggan, seseorang itu mestilah berkeupayaan menggunakan penanda-penanda wacana yang tepat dan sesuai dengan perkara yang diperkatakan.

3. Penekanan Selain ciri kesatuan clan pertautan, ciri penekanan juga perlu ada dalarn

sesuatu perenggan yang baik. Penekanan dimaksudkan kepada penyusunan sernua unsur dalarn sesebuah penulisan dengan cara yang paling sesuai, yang difikirkan dapat mencapai matlamat penulisan tersebut. Sekiranya penulis ingin menonjolkan sesuatu, ia mestilah memberi penekanan yang sewajamya pada bahagian yang ingin clitonjolkannya itu dengan cara-cara tertentu supaya pernbaca dapat menyedari clan mengenalpastinya.

Ciri-ciri Pemerengganan Esei

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mencapai ciri ini dalam penulisan sesebuah esei atau karangan. Antaranya:

Page 10: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

10

1. Sesuatu unsur yang hendak diberikan penekanan itu mestilah dinyatakan dengan tegas, jelas dan ter-us terang dalam karangan tersebut. Maksudnya, sesuatu itu janganlah dinyatakan secara implisit, tersembunyi atau pun cuba diimplikasikan melalui penyataan-penyataan yang kabur kerana cara ini mungkin akan menenggelarnkan isi utama yang hendak ditonjolkan tadi sehingga sukar dike;an oleh pernbaca.

2. Dengan menyatakan atau meletakkan ' unsur yang ingin diberikan penekanan pada posisi tertentu, misalnya pada bahagian awal karangan, atau pada bahagian akhir akan dapat menarik perhatian dan tumpuan pembaca.

3. Memberikan ruang yang luas pada unsur yang ingin ditonjolkan dalam penulisan itu. Ini dapat dilakukan dengna membincangkan secara lebih terperinci akan unsur tersebut melebihi isi atau unsur-unsur yang lain.

4. Mengulang sebut idea yang hendak ditekankan itu, khususnya pada bahagian penutup. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pembaca meningkatkan bahagian yang hendak ditonjolkan itu yang sebenamya telahpun dibicarakan sebelumnya.

5. Mempersembahkan unsur tersebut dengan cara yang paling menarik, dengan hujah yang arnat menyakinkan dan dengan menggunakan gaya bahasa yang mempesonakan.

6. Mengumukakan isi yang hendak ditonjolkan, itu dalam perenggan yang pendek dan terpisah, iaitu seperti yang lazim terdapat dalam laporan atau berita-berita akhbar.

Soalan-soalan

1. Pemerengganan adalah merupaka salah satu elemen yang penting dalam menulis sesebuah karangan. Bincangkan ciri-ciri pemerengganan dengan contoh yang sesuai

Page 11: UNIT 6 KRB  3023

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

11

RUJUKAN

Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.

Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning. London: Thousand Oak, Clif: Chapman.

Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill.

Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.