unit 6 kemahiran komunikasi guru

Upload: wanis75

Post on 03-Jun-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    1/15

    UNIT 6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

    6.0 PENGENALAN

    Komunikasi bermakna penghantaran sesuatu mesej sama ada secara tulisan lisan atau bukan

    lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan akan berlaku tindak balas daripada penerima

    mesej. Komunikasi yang berkesan adalah apabila sesuatu mesej yang disampaikan dapat

    diterima oleh penerima dengan jelas. Selain menghantar mesej, komunikasi juga adalah

    sesuatu yang berkaitan dengan kemahiran menerima mesej.Sesuatu mesej yang diterima perlu

    difahamai dan berupaya memberikan tindak balas yang paling tepat walau dalam apa jua

    keadaan. Komunikasi juga merupakan interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan

    dan perasaan sama ada secara pertuturan mahupun melalui gerak isyarat atau simbol.Komunikasi berkesan dapat digunakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan,

    penulisan, juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.

    Komunikasi sangat penting dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan interaksi

    merupakan kunci penting antara kejayaan guru dan murid di dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu menggunakan kecekapan kemahiran

    berkomunikasi untuk mempengaruhi muridnya supaya mengekalkan tahap motivasi dalam

    pembelajaran

    6.1 Kepentingan kemahiran k m!nika"i kepa#a G!r!

    Sebagai seorang guru, aset yang paling penting ialah mahir dalam menyampaikan mesej, bijak

    mentafsir mesej yang diterima dan menganalisis mesej tersebut sehingga mampu memberi

    tindak balas yang berkesan terhadap sesuatu mesej. Kemahiran seorang guru melambangkan

    pemikirannya dapat dijelmakan melalui komunikasi apabila idea dan pemikiran tersebut

    diterima, difahami dan diberi tindak balas yang sewajarnya. Tugas guru bukan sahajamenguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah semata-mata, malah tugas

    guru turut mencakupi hal-hal lain yang melibatkan pihak lain untuk dihubungi. enyampaian

    kandungan pelajaran tidak bergantung semata-mata pada isi pelajaran yang disampaikan oleh

    guru, sebaliknya cara guru menyampaikan isi pelajaran tersebut sangat penting dalam

    menentukan keberkesanan pengajaran yang sedang dilaksanakannya.

    1

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    2/15

    Guru perlu peka terhadap murid istimewa dan murid pelbagai etnik. Guru mesti sensitif dan

    pastikan mereka mampu menyampaikan mesej tersebut difahami dan diterima oleh murid.

    Setiap guru perlu memahami bahawa ruang lingkup kerjaya seorang guru adalah melebihi

    ruang persekitaran bilik darjah terutama guru pada masa kini. Kepentingan guru menguasaikemahiran komunikasi dapat dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh guru dalam

    menunaikan tanggunjawab yang berikut!

    6.1.1 Penga$ar

    Guru perlu mahir dalam menyampai dan menjelaskan fakta sejarah semasa pengajaran dan

    pembelajaran kepada murid-muridnya. encapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan

    adalah bergantung kepada kebolehan guru menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepadamuridnya. "ni adalah disebab komunikasi antara guru dengan murid merupakan antara faktor

    terpenting yang mempengaruhi proses pembelajaran. Guru harus sentiasa peka akan

    persekitaran dan latar belakang murid dan menentukan bentuk dan strategi komunikasinya

    ketika bersama-sama murid.

    #oolfolk$%&&'!(() menyatakan, guru mampu mengekalkan minat pembelajaran murid di

    samping dapat mengembangkan keupayaan murid dalam menguasai sesuatu ilmu dan

    kemahiran yang dipelajari sekiranya guru sentiasa sedar persekitaran pembelajaran murid.

    6.1.% Pen#i#ik

    Selain mengajar, tugas utama guru adalah mendidik. eranan mendidik penting dalam

    membentuk manusia menjadi insan yang sempurna seperti yang dituntut oleh agama dan selari

    dengan kehendak keluarga, masyarakat dan negara .*usteru itu peranan guru dalam

    melaksanakan tugas tersebut memerlukan kehebatan guru berkomunikasi dengan golongan

    yang dididik . Sebagai pendidik guru mesti menjadi contoh terbaik dan yang paling rapatdengan murid. +ara guru berkomunikasi mempengaruhi murid-muridnya. Setiap tindakan dan

    perlakuan guru diperhatikan oleh murid dan cara guru menjalinkan hubungan dengan pihak lain

    turut diperhatikan dan hal ini menjadi ikutan murid. +ara guru berkomunikasi dengan murid

    dapat mempengauhi murid menerima peraturan dan bersemangat dalam pelajaran mereka. al

    tersebut menyebabkan kita mendapati bahawa terdapat guru yang mampu mengawal bilik

    2

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    3/15

    darjah dan masalah disiplin murid boleh diatasi berbanding sesetengah guru yang hilang

    kawalan dan murid sentiasa menggaggu proses pengajaran dan pembelajaran.

    6.1.& Agen Per!'ahan

    Guru adalah agen perubahan. Sebagai agen perubahan, guru perlu berjaya mempengaruhi

    murid agar berubah dari bersikap malas kepada rajin, lemah kepada cemerlang dan tiada

    bermotivasi keapada bermotivasi. Sebagai agen perubahan, kebolehan guru dalam

    menerangkan kepentingan sesuatu perubahan, contohnya berubah daripada malas kepada

    rajin menyebabkan ramai kalangan murid miskin di luar bandar berjaya mengubah nasib

    mereka apabila guru berjaya menasihati, memberikan semangat dan perhatian,serta tunjuk ajar

    dengan ikhlas. Sebagai agen perubahan, guru harus pandai menyuntik semangat untuk

    berubah, mencari strategi komunikasi dalam mempengaruhi pemikiran murid agar menerimaperubahan yang disarankan oleh guru. "a bukan terbatas kepada anak murid sahaja malah

    kepada ibu bapa yang di pedalaman di mana mereka bertugas.

    6.1.( Pemimpin

    Sebagai pemimpin adalah penting bagi seorang guru menguasai kemahiran berkomunikasi

    dalam memastikan kepimpinannya diterima oleh ibu bapa dan masyarakat. enurut *an

    ieger$%&&/), hubungan guru dengan ibu bapa banyak menyelesaikan masalah muriddisekolah. Kemahiran komunikasi guru sewaktu berbincang dengan guru mempengaruhi

    pandangan ibu bapa terhadap peranan dan kepimpinan guru. Seorang guru yang bijak

    berkomunikasi akan dihormati oleh ibu bapa dan hal ini mempengaruhi perkembangan murid

    dalam pembinaan sahsiah dan kemajuan akademik. 0egitu juga apabila guru dapat

    mempengaruhi ibu bapa agar turut terlibat dengan aktiviti sekolah, kemahiran komunikasi guru

    menentukan sejauh mana aktiviti yang dirancang menerima sokongan dan kerjasama

    daripada ibu bapa.

    3

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    4/15

    6.1.) Agen H!'!ngan S "ia*

    Guru ialah penggerak hubungan sosial terutama dalam kalangan murid. Kemahiran komunikasi

    seseorang guru membolehkannya mengendalikan aktiviti yang menjurus ke arah pemupukan

    kesedaran dan tanggugjawab sosial dengan nilai-nilai negara alaysia yang melayan setiapperbe1aan dan menjadikan sebagai satu nilai yang dikongsi bersama.

    Goodfellow dan 2amy$'333) menekankan intersaksi kontinjen dalam model hubungan sosial

    yang memberikan peluang sama rata kepada anggotanya untuk terlibat, untuk berkomunikasi

    dan memberikan peluang kepada setiap anggotanya mengambil bahagian dan memainkan

    peranan yang dimainkan oleh guru begitu besar dan oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran

    komunikasi bagi membolehkan setiap mesej, arahan dan penerangannya difahami oleh setiap

    murid dengan pelbagai latar belakang.

    6.1.6 M #erat r

    Guru ialah moderator dalam menyampai sesuatu falsafah dan pemikiran berhubung kehidupan

    yang benar dan betul. eranan ini sangat penting dalam menerangkan sesuatu yang perlu

    dikuasai dan dicapai oleh murid melalui pengajaran guru. Guru perlu dapat membe1akan

    bentuk komunikasinya terhadap murid mengikut tahap mereka. "ni adalah untuk mengelak

    implikasi yang negatif pada perkembangan pembelajaran dan sosioemosi murid. Selainberperanan dengan murid, guru juga menjadi moderator kepada ibu bapa dan komuniti.

    Keupayaan guru berkomunikasi dengan ibu bapa akan membina kefahaman yang baik dalam

    kalangan ibu bapa berhubung sisitem pendidikan negara. Keupayaan guru memberikan

    penerangan banyak bergantung kepada kemahiran guru dalam berkomunikasi dengan pihak

    ibu bapa dan komuniti. Seandainya guru tidak mampu melaksanakannya, maka segala

    matalamat yang hendak disampaikan kepada masyarakat berhubung dasar pendidikan negara

    tidak akan berjaya.

    6.% E*emen +a*am Kemahiran K m!nika"i

    Kemahiran komunikasi merangkumi beberapa kemahiran asas yang lain. 4alam berkomunikasi,

    beberapa elemen begitu penting dan setiap komunikator perlu sedar bahawa kemahiran

    komunikasi tidak akan menjadi lengkap dan sempurna hanya bergantung semata-mata pada

    4

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    5/15

    keupayaan bertutur sahaja. 0eberapa elemen kemahiran perlu dikuasai untuk melengkapkan

    kemahiran komunikasi seseorang. 5ntara elemen yang perlu dikuasai dalam kemahiran

    komunikasi adalah seperti yang berikut!

    6.%.1 Kemahiran Men#engar

    endengar adalah satu kerja yang seni. Komunikasi menjadi lebih berkesan dengan orang

    yang setia mendengar. Tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. atlamat

    utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. endengar dengan aktif dan

    reflektif melibatkan proses pengesahan maklumat yang diterima betul dan tepat. keadaan ini

    memastikan penerima faham apa yang ingin disampaikan oleh penutur. enjadi pendengar

    yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh

    penutur.

    Guru perlu menguasai kemahiran mendengar secara aktif dan reflektif untuk menjamin

    komitmen bagi mencari kebenaran. Guru juga perlu menunjukkan minat terhadap segala yang

    ingin disampaikan oleh kanak-kanak dengan mendengar percakapan mereka dengan sepenuh

    hati. 5ntara perlakuan yang perlu ditonjolkan guru untuk menunjukkan bahawa guru sedang

    mendengar percakapan murid adalah!

    0ersikap terbuka6 7lakkan diri daripada bersikap negatif dan prejudis. Sentiasaberprasangka baik. 7lakkan halangan emosi dan terima dengan hati yang

    terbuka.

    4engar dari awal6 mendengar dengan aktif dan reflektif. 0erhenti melakukan

    kerja dan beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diperkatakan.

    Gunakan kontak mata dan prihatin dengan gerak geri orang yang bercakap

    Tunjukkan empati dan jangan menilai

    *ujur6 5pabila keliru dan tidak faham, secara jujur beritahu kepada murid kita

    tidak faham dan minta dia menerangkan sekali lagi dengan cara lain.

    aklum balas6 kadangkala murid memberi maklum balas dalam bentuk

    persoalan sebenar sekadar meluahkan perasaan dan tidak pula mengharapkan

    jawapan. *adi guru yang peka, perlu mengelakkan daripada menjawab soalan

    yang tidak mengharapkan jawapan.

    5

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    6/15

    0eri tumpuan pada apa yang dikatakan6 4engar secara aktif setiap perkataan

    yang diluahkan. 7lakkan berfikir terlalu jauh daripada apa yang diucapkan.

    Sabar melayan kerenah murid terutama murid yang masih ada peringkat kanak-

    kanak.

    *angan memotong percakapan murid sesuka hati seolah-olah murid telah

    menyebut perkara yang salah. Sebaliknya guru perlu menunujukkan tindak balas

    bahawa cerita atau perkara yang sedang disampaikan oleh murid menarik

    perhatian guru.

    *angan gopoh6 7lakkan memberi respon melulu kerana ia mengganggu

    pemikiran dan emosi pelajar. "ni dapat mengelakkan guru daripada membuat

    interpretasi yang salah dan sebaliknya dapat membantu mencari makna sebenar

    yang tersirat. Gunakan kemahiran menyoal menggunakan soalan terbuka dan tertutup6

    Guna bahasa tanpa lisan6 7kspresi muka yang mesra dan mengalakkan

    menjamin hubungan yang mesra. "a dapat membina keyakanan diri serta

    memberi motivasi kepada murid.

    embiarkan kanak-kanak bercerita atau bercakap tentang sesuatu yang ingin

    disampaikannya sehingga kanak-kanak itu berpuas hati kerana telah berkongsi

    dengan orang lain tentang ceritanya.

    6.%.% Kemahiran Menarik Minat Pen#engar

    Kehebatan seseorang dalam berkomunikasi akan menyebabkan pihak lain tidak jemu malah

    apa sahaja mesej yang disampaikannya akan diikuti dengan penuh minat. +iri-ciri komunikasi

    yang berkesan!

    8nsur-unsur kecindan! guru perlu menyelitkan isu kecindan dalam pengajarannya

    bagi menggembirakan murid, asalkan tidak menyentuh dan menyinggung perasaan

    murid. "su kecindan boleh membuat murid ketawa di samping mereka belajar

    sesuatu .

    6

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    7/15

    Kenal pasti minat murid dan pilih sesuatu tajuk berkait rapat dengan minat murid.

    eka terhadap keinginan pihak yang mendengar untuk turut memberikan

    pandangan tentang isu yang sedang diperbualkan.

    Guru perlu sentiasa membenarkan murid menyoal apa-apa sahaja yang mereka

    mahu tahu. 0ukan itu saja malah memberikan ruang dan peluang kepada murid

    untuk bertanya dan setiap soalan murid mampu dijawab oleh guru akan menjadikan

    pembelajaran lebih bermakna dan murid gembira mengikuti pembelajaran.

    6.& Kemahiran Li"an

    Keupayaan berbicara atau berkata-kata merupakan kemahiran berbahasa yang paling awal

    dikuasai oleh manusia. ada 1aman manusia belum menguasai kemahiran menulis, golongan

    tua menyampaikan cerita mereka kepada generasi muda melalui kemahiran lisan. asyarakat

    tradisional bergantung seratus peratus kepada keupayaan lisan untuk menyampaikan sesuatu

    mesej dan cerita. 9leh sebab itu, setiap bangsa mula berkembang melalui sastera lisannya

    yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. anya setelah manusia berupaya

    mencipta huruf dan mula menulis, sesuatu mesej dan cerita itu boleh diperturunkan melalui

    bacaan.

    Kemahiran berbahasa bagi seseorang kanak-kanak bermula apabila kanak-kanak

    menggunakan bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial. 4alam interaksi sosial, seseorang

    kanak-kanak belajar berinteraksi melalui kemahiran lisan yang dikuasainya terlebih dahulu

    melalui aktiviti bercakap dengan dirinya sendiri$self talk). 0ercakap dengan diri sendiri melalui

    suatu proses pengembangan dan merupakan satu evolusi apabila bahasa percakapan dalaman

    berubah menjadi bahasa sosial apabila kanak-kanak mula berinteraksi dengan pihak

    lain$:ygotsky!'3;/). Kemahiran lisan dalam kalangan kanak-kanak berkembang dalam dua

    cara, iaitu menerusi percakapan dalaman dan komunikasi sosial di mana kanak-kanak mula

    menghubungkan dan mengawal aktiviti melalui pemikiran dengan menggunakan unsur-unsur

    perlambangan yang difahami.

    7

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    8/15

    Kemahiran komunikasi kanak-kanak berkembang apabila kanak-kanak menemui orang lain

    sama ada dalam keluarga, kejiranan atau semasa berada di sekolah. Keupayaan seseorang

    manusia dalam kemahiran lisan didahului dengan kemahiran mendengar. al ini bermakna

    bahawa sesuatu aktiviti lisan keutamaan bukan sahaja dalam kemahiran mengujarkan sesuatu

    ujaran, bahkan kemahiran mendengar juga adalah penting.

    6.( Kemahiran Li"an G!r! +a*am Pem'inaan Per"ekitaran ,i*ik +ar$ah Me"ra

    ,!#a-a

    urid-murid belajar melalui peniruan. Kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial mereka

    melalui interaksi sosial dengan pihak lain apabila mereka mula mempraktikkan setiap perkara

    yang ditiru oleh mereka daripada orang sekeliling terutama ibu bapa dan guru. 9leh itu guru

    perlu menguasai kemahiran lisan yang cemerlang dan keupayaan guru dalam bertutur danmengujarkan kata-kata dengan menggunakan strategi yang berkesan memainkan peranan

    yang sangat penting kepada setiap muridnya. 5ntara kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru

    dalam kemahiran lisan adalah seperti yang berikut!

    6.(.1 Se'!tan

    Seorang guru di alaysia akan berdepan dengan murid pelbagai etnik dan latar belakang. 9leh

    sebab itu, guru perlu menghubungkan murid-muridnya daripada pelbagai etnik melalui bahasa,terutama bahasa elayu sebagai bahasa perantaraan rakyat alaysia. Sebutan guru mestilah

    jelas dan tepat dan hal ini tidak terbatas hanya kepada guru yang mengajarkan subjek bahasa

    elayu sahaja, malah semua guru tanpa mengira subjek apa perlu menguasai sebutan yang

    tepat dan betul. al ini selaras dengan dengan konsep

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    9/15

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    10/15

    Guru perlu memahami tentang unsur perlakuan bukan lisan bagi memboleh guru mewujudkan

    persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kemahiran komunikasi bukan setakat melibatkan

    bahasa lisan semata-mata, sebaliknya komunikasi melibatkan banyak unsur budaya yang lain.

    "a adalah luas dan melibatkan setiap diri manusia walau di mana jua mereka berada.Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. 5ntaranya adalah seperti

    yang berikut!

    6.).1 ,aha"a T!'!h

    0ahasa yang terdiri daripada ekspresi muka, gestur atau pergerakan tubuh badan yang

    memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak

    mata dan renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar dan juga sentuhan. Sesuatu etnik mempunyai bahasa tubuh yang meyampai mesej yang berbe1a-

    be1a dan juga mempunyai nilai yan berbe1a-be1a. 0ahasa tubuh mempunyai tiga peranan

    utama iaitu, membantu manusia menyamaikan mesej tanpa ujaran, menggantikan peranan

    bahasa verbal dalam menyampaikan maksud dengan lebih berkesan dan juga untuk

    menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak memapu diucapkan melalui kata-

    kata. 0agi orang Timur, terdapat perbe1aan status dan kedudukan antara kaum lelaki dengan

    perempuan dan mesej ini menjelaskan bahawa masing-masing mempunyai tugas dan peranan

    yang berbe1a.

    7kspresi muka boleh menggambarkan keadaan seseorang itu sama ada dia tidak gembira,

    tidak ceria atau sesuatu yang membosankan atau merunsingkanya. Gestur atau pergerakan

    tubuh badan juga mempunyai tafsiran yang berbe1a-be1a. Guru perlu berhati-hati

    menggunakan gestur bagi mengelakkan salah sangka murid yang mentafsir gestur mengikut

    pemahaman budaya dalam kelompok mereka. urid-murid perlu didedahkan dan diterangkan

    tentang perlakuan yang tidak disengajakan tetapi merupakan larangan dalam masyarakat

    tertentu dan penerapan nilai-nilai menghormati dan memahami sangat penting kepada muriddaripada pelbagai etnik.

    Sentuhan juga memberikan makna yang mendalam dalam kehidupan manusia. onggosok-

    menggosok belakang murid sebagai tanda kemesraan dan mengambil berat bagi

    memotivasikan murid mungkin sesuai dilakukan oleh seorang guru lelaki kepada murid lelaki,

    10

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    11/15

    atau seorang guru perempuan kepada murid>murid lelaki pra sekolah . Tetapi perlakuan

    tersebut perlu terbatas memandangkan masyarakat Timur sangat teliti tentang sentuhan

    terutama antara lelaki dengan perempuan.

    Selain itu, kontak mata turut memainkan peranan dalam menyampaikan makna tertentu. Guruperlu kerap menerapkan nilai kesejagatan dan nilai yang mewujud persamaaan dan

    kesepakatan. erlakuan yang sesuai dengan konteks perlu dipilih bagi mengelakkan lebih

    banyak kekeliruan dalam kalangan murid berlaku.

    6.).% Me"e$ Me*a*!i Lam'ang #an Arti/ak

    5rtifak memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang jelas dan diterima dengan

    mudah oleh masyarakat. kemahiran lisan juga berkaitan dengan lambang. Sesebuahmasyarakat mempunyai lambang yang memberi makna dan maksud yang tersirat. Setiap guru

    perlu memahami makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan

    etnik muridnya atau komuniti diamana guru tersebut bertugas bagi mengekalkan kekeliruan

    dan terlanggar adat dan fahaman.

    Selain itu, pakaian juga merupakan satu bentuk komunikasi bukan lisan apabila pakaian yang

    dipakai juga boleh membawa makna atau mesej tertentu. +ara berpakaian menjadi satu kod

    atau etiket yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan bermasyarakat. 0erpakaian yangsesuai dengan kebudayaan dan amalan serta kepercayaan sesuatu masyarakat adalah penting

    dan menjadi antara ciri yang memboleh diri seseorang dinilai. "mej guru juga bergantung pada

    cara berpakaiannya dan setiap guru perlu ada kemahiran memilih pakian yang sesuai dengan

    tempat dan komuniti .

    6.).& Me"e$ Me*a*!i M! ik #an ,!n-i '!n-ian

    ?ada atau bunyi-bunyian, sama ada bunyi-bunyian daripada sesuatu peralatan seperti gongatau gendang boleh menunjukkan perasaan sesuatu masyarakat atau etnik. 0agi masyarakat

    iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkahwinan dipercayai membawa maksud tertentu,

    sama ada petanda baik atau buruk dan la1imnya masyarakat "ban mempercayainya. 0egitu

    juga dengan masyarakat lain, masing-masing membawa maksud yang tertentu.

    11

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    12/15

    6.6 Lara" ,aha"a

    aliday$'3/@)membahagikan laras bahasa kepada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, strategi

    penyampaian dan gaya penyampaian. Terdapat dua bentuk laras bahasa, iaitu laras bahasa

    biasa dan laras bahasa khusus. erbe1aan antara kedua-dua bentuk laras bahasa tersebutterletak pada pemilihan kosa kata, tatabahasa dan gaya penyampaian. 2aras bahasa biasa

    ialah laras bahasa yang digunakan dalam keadaan biasa, kurang penggunaan imbuhan tiada

    istilah tenikal serta mudah difahami. anakala laras bahasa khusus ialah laras bahasa yang

    berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. 5bdullah asan $'33/) membahagikan laras bahasa

    kepada beberapa jenis iaitu umum, teknikal, undang-undang, agama, himbauan, klasik, kreatif,

    kanak-kanak dan iklan.

    Guru perlu memilih laras bahasa yang bersesuaian dengan tahap murid yangdiajar. enggunaan laras bahasa tersebut hendaklah bertumpu pada penggunaan istilah yang

    sesuai dengan subjek tersebut sebagai pendedahan dan pemahaman paling asas kepada

    murid. Guru boleh meningkatkan penggunaan laras bahasa sekiranya murid semakin maju,

    kandungan pelajaran bertambah dan aras penguasaan subjek semakin tinggi. +iri-ciri laras

    bahasa kanak-kanak!-

    Kosa kata yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkirit kata kerja dan kata

    adjektif

    0ilangan atau jumlah kosa kata yang kurang berbanding dengan kosa kata yang

    mampu digunakan oleh golongan dewasa.

    bilangan imbuhan yang terhad dan penggunaan imbuhan untuk membentuk kata

    abstrak tidak terdapat dalam laras ini.

    Struktur ayat terdiri daripada struktur ayat aktif bentuk tunggal.

    0ahasa perlambangan dan bahasa bunga serta tersirat tidak digunakan.

    12

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    13/15

    6.2 Ke"ant!nan +a*am K m!nika"i

    Kesantunan merupakan nilai yang ditetapkan atau ditentukan oleh sesuatu masyarakat dan

    imej seseorang itu banyak bergantung pada nilai kesantunan yang ada di dalam diri seseorang.Seseorang yang sentiasa menjaga muka sendiri dari muka orang lain sewaktu berkomunikasi

    berjaya mengelakkan gangguan dalam komunikasi dan menjadi proses komunikasi

    berlangsung dalam keadaan harmoni.

    6.21 G!r! #an Ke"ant!nan

    Kesantunan adalah salah satu ciri utama dalam kemahiran komunikasi. Guru kena peka

    dengan pantang larang rakan daripada etnik yang berbe1a. Guru perlu juga bijak mengurusdirinya dan meletakkan perlakuan yang santun sebagai perkara utama yang perlu diamalkan

    Kesantuanan bahasa perlu dikuasai . Selain itu guru perlu menguasai kesantunan bahasa yang

    mencakupi perkara-perkara seperti pemilihan kata, penggunnaan kata nama dan sistem

    panggilan, strategi berhabasa mengikut kontek, ayat yang gramatis, susunan yang yang lancar

    dan jelas

    Guru perlu menjadi contoh pengguna bahasa yang sempurna dan tidak membiarkan murid

    menggunakan bahasa yang tidak betul. Guru perlu tahu gaya berbahasa dan strategi yangdigunakan kepada murid-muridnya mengikut konteks dan situasi komunikasi. Keupayaan guru

    menggunakan bahasa yang santun melalui pemilihan kata yang tepat dan berkesan, intonasi

    suara yang lembut dan tidak beremosi marah atau membenci serta renungan mata yang iklhlas

    akan membolehkan guru mengatasi masalah murid dengan lancar. Konsep penjagaan muka

    yang digarap dalam teori kesantunan perlu dikuasai oleh guru dalam memastikan

    keesempurnaan guru dalam berkomunikasi.

    13

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    14/15

    6.3 R!m!"an

    Kemahiran komunikasi begitu penting kepada guru dalam menjalankan tugas dan peranan

    guru. Kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar ditekankan sebagai aspek utama dalamkomunikasi. 2aras bahasa bagi memastikan kemahiran komunikasi guru lengkap dan

    sempurna serta aspek kesantunan yang di nilai dari segi kesantunan berbahasa turut dibincang.

    14

  • 8/12/2019 Unit 6 Kemahiran Komunikasi Guru

    15/15

    Salhah 5bdullah 5inon ohd, Guru sebagai entor. TS rofesional,%&&(=

    www.ums.edu.my/webv3/a (Tajuk '&)

    www.ipgkpm.edu.my/po !a"/.../view!# ead.p#p A...

    15

    http://www.ums.edu.my/webv3/a%20%20%20%20(Tajukhttp://www.ipgkpm.edu.my/portal/.../viewthread.phphttp://www.ums.edu.my/webv3/a%20%20%20%20(Tajukhttp://www.ipgkpm.edu.my/portal/.../viewthread.php