kepimpinan instruksional menjana keberkesanan sekolah

27
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG HOTEL SWISS INN SG PETANI 18 – 21 DISEMBER 2006

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

6.217 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

KEPIMPINAN INSTRUKSIONALMENJANA KEBERKESANAN

SEKOLAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

HOTEL SWISS INN SG PETANI18 – 21 DISEMBER 2006

Page 2: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Jatuh bangun sesebuah institusi / organisasi pendidikan sangat bergantung kepada

pengurus yang memimpin institusi / organisasi yang

berkenaan.

Page 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Kouzes dan Posner (1990) menyatakan bahawa pemimpin akan mencapai tahap terbaik apabila mereka dapat :- mencabar proses , - mencetuskan visi yang dikongsi bersama - berupaya menggerakkan orang lain untuk bertindak , - menjadi model serta memandu jalan , - mampu menggerakkan hati subordinat mereka untuk bekerja.

Page 4: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Kepimpinan didefinasikan sebagai “setiap tindakan

yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat

yang benar-benar bermanfaat.”

Page 5: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pemimpin perlu bertindak secara wajar

dan cepat untuk merebut peluang yang

ada di hadapannya.

Page 6: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

“ Segram contoh lebih bermanfaat

daripada sekilogram teguran ”

Page 7: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pemimpin patut menegaskan bahawa “apa yang dikata,

perlu dikota”

Page 8: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pemimpin harus mengambil kira perasaan , harapan

dan kecenderungan semua pihak dalam

membuat keputusan.

Page 9: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Kepimpinan Instruksionalditakrifkan sebagai adunan daripada

pelbagai tugas seperti pencerapan di bilik

darjah , pembangunan staf dan pembangunan

kurikulum.

(Smith & Andrews

, 1989)

Page 10: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pengetua / Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional perlu memberi tumpuan :

1. Arahan & tunjuk ajar2. Membina komuniti pembelajaran3. Berkongsi dalam membuat keputusan4. Memelihara dan mempertahankan perkara asas (basics)5. Memanfaat dan mengoptimumkan masa P&P

Page 11: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pengetua / Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional perlu memberi tumpuan :

6. Menyokong perkembangan staf yang berterusan 7. Menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program dan aktiviti sekolah8. Mewujudkan iklim integriti.9. Inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan (Brewer,2001)

Page 12: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

5 tugas seorang pemimpin Instruksional iaitu :

1. Sebagai pembimbing kepada guru2. Membangunkan kelompok3. Mengerakkan perkembangan staf4. Membangunkan kurikulum5. Menggerakkan kajian tindakan.

Glickman (1985)

Page 13: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Fokus kepada konsep pencerapan rakan sejawat dengan memberi tumpuan kepada sokongan , bimbingan dan galakan melalui pengajaran reflektif sesama rakan guru.

Schon (1989)

Page 14: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pemimpin Instruksional harus menterjemahkan peranan utama mereka sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran.

Michael E. Doyle & Donna M. Rice (2002)

Page 15: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

‘ If a school is to be instructionally successful as a learning community , it will be because of the leadership of the principal ’

Findley (1992)

Page 16: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Ciri-ciri pemimpin di sekolah:1. Berilmu2. Berkemahiran tinggi3. Cekap4. Berketrampilan5. Berwawasan6. Berfikiran positif

untuk meningkatkan prestasi sekolah dan memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Keberkesanan sesebuah sekolah

itu dinilai dari segi keupayaan menghasilkan kemenjadian

murid.

Page 18: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah:

1. Kepemimpinan yang mantap & positif2. Pengharapan yang tinggi3. Memantau kemajuan murid4. Tanggungjawab dan penglibatan murid di dalam aktiviti sekolah

Page 19: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah:

5. Ganjaran dan insentif 6. Penglibatan Ibu bapa di sekolah7. Penekanan kepada aspek pencapaian akademik

Page 20: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Tugas utama Pengetua / Guru Besar adalah

pemimpin pengajaran

Kemahiran kepimpinan Instruksional hendaklah

dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan

sesebuah sekolah.

Page 21: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :

1. Isi pengajaran yang berfokus2. Penekanan terhadap pencapaian akademik3. Matlamat pembelajaran murid yang jelas.4. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

Page 22: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :

5. Pengajaran mampu mencabar pelbagai tahap kebolehan murid6. Pengurusan bilik darjah yang berkesan7. Sasaran & jangkaan guru yang tinggi8. Mematuhi ketepatan waktu pembelajaran

Page 23: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

12 faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P :

9. Memantau kemajuan murid secara berterusan10. Melaksana dasar pentaksiran yang konsisten11. Memberi keutamaan kerja rumah

secara konsisten12. Guru mempunyai kepakaran dalam bidang pengajarannya.

Page 24: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Pengurus pendidikan perlu memainkan peranan

untuk membangkitkan kesedaran tentang peri

pentingnya amalan pengurusan dan

kepimpinan instruksional di semua peringkat.

Proses pembugaran perlu dilakukan segera.

Page 25: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Sesungguhnya , kita sama-sama bertanggungjawab mempelajari , mendalami dan menghayati ilmu kepimpinan instruksional serta melaksanakannya dengan penuh azam dan iltizam.

Page 26: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

Serlahkanlah Kepimpinan Instruksional bagi menjana keberkesanan sekolah , selaras dengan harapan kita…

‘ a principal makes a difference ’

Page 27: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH

TERIMA KASIH

DI ATAS KEBERSAMAAN ANDA