unit 10 perancangan dan perlaksanaan program aktiviti kesihatan

35
Program Kesihatan Sekolah Perancangan dan Pelaksanaan Perkhi PERAN PROG HASIL PEMBELAJA Di akhir unit ini, anda dihara 1. Menganalisis progra 2. Menjelaskan peran penjagaan kesihata 3. Menilai pelaksanaan masa depan PETA KONSEP TAJ Perancangan dan Pelaksanaan Program / Ak PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN idmatan Kesihatan Sekolah Unit Kesihatan Sekolah Kesihatan Diri Kesihatan Persekitaran Aktiviti dan Program Semasa PBSS Kawalan Pemakanan Komponen Program Kesihatan Sekolah Pendidikan Kesihatan Perkhidmatan Kesihatan Hidup Sihat di Sekolah Kolaborasi Sekolah dan Masyarakat UNIT 10 NCANGAN DAN PELAKSANAAN GRAM / AKTIVITI KESIHATAN ARAN ap dapat : am / aktiviti kesihatan sekolah yang dilaksanakan nan Akta dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan an jangka panjang n Program Kesihatan Sekolah semasa dan perubaha JUK 270 ktiviti Kesihatan h Akta dan Peraturan Kesihatan dalam annya pada

Upload: zuraida-ariff

Post on 25-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

Program Kesihatan Sekolah

Perancangan dan

Pelaksanaan

Perkhidmatan Kesihatan

PERANCANGAN DAN PROGRAM / AKTIVITI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

1. Menganalisis program / aktiviti 2. Menjelaskan peranan Akta dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan dalam

penjagaan kesihatan jangka panjang3. Menilai pelaksanaan Program Kesihatan Sekolah semasa dan perubahannya pada

masa depan

PETA KONSEP TAJUK

Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti

PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Unit Kesihatan Sekolah

Kesihatan Diri

Kesihatan Persekitaran

Aktiviti dan Program Semasa

PBSS

Kawalan Pemakanan

Komponen Program Kesihatan Sekolah

Pendidikan Kesihatan

Perkhidmatan Kesihatan

Hidup Sihat di Sekolah

Kolaborasi Sekolah dan Masyarakat

UNIT 10

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

Menganalisis program / aktiviti kesihatan sekolah yang dilaksanakanMenjelaskan peranan Akta dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan dalam penjagaan kesihatan jangka panjangMenilai pelaksanaan Program Kesihatan Sekolah semasa dan perubahannya pada

TA KONSEP TAJUK

270/ Aktiviti Kesihatan

Hidup Sihat di Sekolah

Akta dan Peraturan Kesihatan

Menjelaskan peranan Akta dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan dalam

Menilai pelaksanaan Program Kesihatan Sekolah semasa dan perubahannya pada

Page 2: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

271Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

PENGENALAN

Kesihatan yang baik penting untuk kebahagiaan dan kesejahteraan manusia. Populasi yang

sihat memiliki jangka hayat yang lebih lama, lebih produktif, dan sebagai penyumbang utama

kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Masa depan yang mampan akan dihuni oleh

orang yang sihat, hidup dalam masyarakat yang sihat, dan dalam lingkungan peluang sumber

dan had persekitaran semula jadi yang sihat.

Pandangan holistik ini bermakna bahawa kesihatan rakyat, kesihatan komuniti dan kesihatan

alam semula jadi berkait rapat - pada skala tempatan, nasional dan global. Hubungan yang

kompleks antara faktor-faktor sosial, ekonomi, ekologi dan politik dan lain-lain aspek

kesejahteraan sosial memberikan pengaruh kepada kesihatan manusia seterusnya

menentukan kualiti hidup mereka.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa isu-isu alam sekitar, pembangunan, dan kesihatan berkait

rapat dan saling mempengaruhi di antara satu dengan yang lain. Justeru, pra-syarat untuk

masa depan yang mampan perlu dicirikan oleh penduduknya yang sihat dan persekitaran

yang selamat.

Pada awal abad ke-21, pendidikan ramai kanak-kanak dan orang muda di seluruh dunia

terjejas oleh keadaan dan tingkah laku yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi.

Kebuluran, malnutrisi, malaria, polio, penyalahgunaan dadah dan alkohol, keganasan dan

kecederaan, kehamilan tidak dirancang, HIV, AIDS dan penyakit kelamin merupakan antara

beberapa masalah kesihatan yang terpaksa dihadapi.

Justeru, pembuat dasar pendidikan dan guru perlu menerapkan aktiviti promosi kesihatan

kepada kanak-kanak untuk mencapai matlamat penghuni dunia yang mampan pada masa

hadapan. Sekolah dilihat bukan sahaja sebagai tempat untuk pembelajaran akademik semata-

mata, tetapi lebih daripada itu sebagai asas dalam penyediaan perkhidmatan dan pendidikan

kesihatan.

Page 3: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

272Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

ISI KANDUNGAN

Apa itu Program Kesihatan Sekolah?

Program Kesihatan Sekolah boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan prosedur-prosedur

yang digunakan di dalam pendidikan kesihatan, perkhidmatan kesihatan, kehidupan sihat di

sekolah dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Justeru, program kesihatan yang

diwujudkan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan murid,

kakitangan sekolah dan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan dengan sekolah.

Secara tradisinya, kesihatan ditakrifkan sebagai ketiadaan penyakit. Walau bagaimanapun,

takrifan ini tidak menyeluruh, sebagaimana kita mengatakan ‘keamanan’ sebagai ‘tiada

peperangan’ ataupun ‘kebahagian’ itu sebagai ‘ketiadaan duka’. Sudut pandangan yang

positif mengenai kesihatan telah berkembang sejak dua dekad yang lalu hasil daripada

perbincangan antara bangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menurut WHO, “health is a state of complete physical, mental and social well-being – and not

merely the absence of disease or infirmity”. Pandangan ini berlandaskan pendekatan sosio-

ekologi berbanding bio-perubatan, dikenali sebagai New Public Health yang bukan sahaja

melihat kesihatan daripada sudut yang positif, tetapi turut memberikan pandangan yang lebih

luas skopnya dan pelbagai dimensi.

Pandangan dan pendekatan baru dalam aspek kesihatan kini, jika diteliti dengan lebih

mendalam adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, yang juga

bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) selaras dengan FPK.

Sejarah perkembangan Program Kesihatan di sekolah-sekolah di Malaysia

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan

strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, akses dan peluang

pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan

infrastruktur terutama di kawasan luar bandar.

Page 4: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

273Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan, beberapa program sokongan

antaranya kemudahan asrama, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa dan pinjaman,

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), Program Pemakanan Sekolah, Rancangan

Makanan Tambahan (RMT), dan program kesihatan telah dipertingkatkan. Program sokongan

meliputi pelbagai jenis program dan skim yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) untuk meningkatkan taraf kesihatan, keselamatan, disiplin, dan kesejahteraan

pelajar bagi mencapai pendidikan berkualiti.

Latar belakang Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Telah dimulakan pada tahun 1967 sebagai Rancangan Kesihatan Sekolah. Perkhidmatan

Kesihatan Sekolah (PKS) merupakan satu perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh

KKM di sekolah rendah dan menengah untuk menjadikan warga sekolah dan persekitaran

berkualiti dari aspek sihat, ceria dan selamat.

Matlamat Program Pendidikan Kesihatan Sekolah adalah untuk membantu para pelajar

meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan, menyemai sikap positif terhadap kesihatan, dan

menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Hal ini bermakna Kurikulum Pendidikan Kesihatan di

Malaysia yang digubal adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan

individu untuk melahirkan dan membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup

sihat. Umumnya, Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia yang digubal dibahagikan

kepada 3 tunjang pembelajaran yang utama iaitu:

Kesihatan Diri dan Keluarga

Gaya Hidup Sihat

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

Perancangan serta perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang teratur dan terancang

serta persekitaran yang kondusif akan dapat menggalakkan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Bagi mencapai tujuan

tersebut, satu mekanisme perlu digerakkan untuk menyokong dan menyeimbangkan antara

keperluan individu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan persekitarannya. Oleh

itu, perancangan yang teliti, di samping pelaksanaan yang konsisten serta penambahbaikan

Page 5: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

274Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

berterusan dalam aspek penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada warga sekolah

keseluruhannya akan dapat memberikan impak positif dalam semua aspek kehidupan.

Penekanan Program Pendidikan Kesihatan Sekolah yang bukan sahaja ditujukan kepada

murid-murid, malah secara keseluruhannya kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, staf

sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah sudah

pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Suasana dan

persekitaran sekolah yang bersih dan ceria pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran

yang kondusif serta menyeronokkan. Gabungan ciri-ciri tersebut merupakan satu kaedah atau

formula untuk mencapai hasrat kesihatan untuk semua. oleh itu, program-program kesihatan

sekolah perlu dirancang dan dilaksanakan secara berterusan agar semua mampu dan

bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Perancangan dan Perlaksanaan Program Kesihatan Sekolah

Secara umumnya, perancangan program kesihatan di sekolah adalah selaras dan merujuk

kepada pakej perkhidmatan kesihatan yang terdiri daripada tiga komponen utama.

Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah.

Program Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar Sekolah.

Di bawah program perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid akan menerima perkhidmatan

kesihatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau

hospital. Tujuan program perkhidmatan kesihatan sekolah ini adalah:

Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum melalui promosi

kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di

sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan

penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.

Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi

yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

Page 6: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

275Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Rajah 10.1 : Contoh pelaksanaan program kesihatan yang diterjemahkan melalui misi dan visi

Sebagai warga sekolah yang prihatin, amatlah digalakkan jika kita terlibat secara

langsung dalam pelaksanaan setiap program atau aktiviti kesihatan yang telah dirancang oleh

kerajaan. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh melalui aktiviti atau program

tersebut?

Apakah fungsi Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Unit ini bernaung di bawah Bahagian Kesihatan Awam, bertanggungjawab merancang,

melaksana, menyelaras dan menilai program pendidikan kesihatan sebagai program khusus, di

samping memberi sokongan dalam aspek pendidikan kesihatan untuk semua program

kesihatan di Jabatan Kesihatan.

Objektif

Objektif utama unit ini adalah untuk memberi pengetahuan, mengubah sikap dan tingkah laku

sekali gus memberi kesedaran dan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan individu,

keluarga dan masyarakat melalui usaha - usaha seperti berikut:

Page 7: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

Pendidikan Kesihatan

Perkhidmatan

• Menyemai minat di kalangan masyarak

kesihatan dan cara hidup sihat.

• Meningkatkan kesedaran tentang langkah

memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.

• Memberi kesedaran tentang prasarana kesihatan se

kemudahan tersebut.

• Mendorong masyarakat beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan

amalan cara hidup sihat.

Komponen-komponen Program Kesihatan Sekolah

Rajah

(Sumber : National Commission for He

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan kesihatan telah diwujudkan dengan objektif:

Mengembangkan pengetahuan tentang kesihatan dalam usaha mengubah sikap

dan membentuk amalan yang baik melalui proses pengajaran dan pembelajaran

yang terancang sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Meningkatkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan mur

kemajuan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Memberi bimbingan dan pendedahan untuk meningkatkan kepekaan murid

terhadap masalah dan keperluan kesihatan.

Membantu murid

dengan masalah dan keperluan kesihatan.

Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti

Program Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Kesihatan

Hidup sihat di sekolah

Kolaborasi sekolah dan masyarakat

Menyemai minat di kalangan masyarakat terhadap keutamaan dan kepentingan

kesihatan dan cara hidup sihat.

Meningkatkan kesedaran tentang langkah - langkah pencegahan penyakit dan

bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.

Memberi kesedaran tentang prasarana kesihatan serta menggalakkan penggunaan

kemudahan tersebut.

Mendorong masyarakat beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan

cara hidup sihat.

komponen Program Kesihatan Sekolah

Rajah 10.2 : Komponen Program Kesihatan Sekolah

Sumber : National Commission for Health Education Crendentialing [NCHEC

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan kesihatan telah diwujudkan dengan objektif:

Mengembangkan pengetahuan tentang kesihatan dalam usaha mengubah sikap

dan membentuk amalan yang baik melalui proses pengajaran dan pembelajaran

yang terancang sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Meningkatkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan murid-

kemajuan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Memberi bimbingan dan pendedahan untuk meningkatkan kepekaan murid

terhadap masalah dan keperluan kesihatan.

Membantu murid-murid untuk membuat keputusan yang baik dan bijak berhubung

dengan masalah dan keperluan kesihatan.

276/ Aktiviti Kesihatan

Kolaborasi sekolah dan masyarakat

at terhadap keutamaan dan kepentingan

langkah pencegahan penyakit dan

rta menggalakkan penggunaan

Mendorong masyarakat beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan

NCHEC], 1980 )

Mengembangkan pengetahuan tentang kesihatan dalam usaha mengubah sikap

dan membentuk amalan yang baik melalui proses pengajaran dan pembelajaran

-murid tentang

Memberi bimbingan dan pendedahan untuk meningkatkan kepekaan murid-murid

murid untuk membuat keputusan yang baik dan bijak berhubung

Page 8: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

277Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pendidikan kesihatan merupakan pengalaman yang mempengaruhi pengetahuan, sikap

dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan sama ada individu dan masyarakat yang

boleh dilaksanakan di sekolah sama ada secara formal atau tidak formal semasa di dalam

atau luar bilik darjah. Pendidikan kesihatan terbahagi kepada pendidikan secara

berkelompok dan juga individu yang memberikan penekanan dan perhatian kepada

pengetahuan, sikap, amalan dan kemahiran kesihatan.

Pendidikan kesihatan secara berkelompok lebih mengutamakan masalah kesihatan awam

yang berkaitan dengan golongan murid sekolah seperti saringan talasemia, ‘Tak Nak

Merokok’, dan gaya hidup sihat. Melalui kempen atau kem-kem kesihatan yang diadakan

di sekolah, murid-murid dijangka akan memperoleh pengetahuan hasil daripada pameran,

ceramah dan tunjuk cara oleh pegawai kesihatan.

Program pendidikan kesihatan secara individu pula lebih menekankan kepada khidmat

nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu kesihatan yang

biasanya dibincangkan adalah berkaitan dengan sola pemakanan, pelbagai jenis penyakit

kulit, penjagaan kebersihan diri dan lain-lain. Selain itu, pendidikan kesihatan juga

memberi penekanan kepada pengetahuan, sikap, amalan kesihatan yang meliputi tajuk-

tajuk seperti:

Kesihatan diri dan pemakanan

Pertolongan cemas

Kesihatan konsumer / pelanggan

Kesihatan mental

Kesihatan komuniti dan persekitaran

Dadah

Pendidikan kehidupan berkeluarga

Pendidikan keselamatan.

Sebagai rumusannya, pendidikan kesihatan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk

memupuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan

murid-murid sekolah untuk memajukan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui

pendidikan kesihatan, adalah diharapkan agar murid-murid akan lebih peka terhadap

masalah dan keperluan kesihatan dan dapat membuat keputusan yang baik bagi

menentukan gaya hidup yang sihat.

Page 9: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

278Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Di Sekolah

Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,

memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran

perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang

terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap

optimum (KPM,1999)

Objektif Pendidikan Kesihatan

Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.

Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.

Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran ini

Kempen anti denggi

Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan

dan kesihatan diri.

Mengadakan hari kesihatan

Program anti rokok dan dadah

Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan

Tandas bersih

Kantin bersih & selamat

Pertandingan kelas terbersih

Pameran kesihatan

Melukis poster

Kempen kebersihan

Kitar semula

Melukis mural

Page 10: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

279Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pendidikan Seks sebagai satu cabang yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Seks telah mula diperkenalkan pada murid tahun satu bermula 2011

dan tahun dua 2012. Melalui KSSR yang akan diperkenalkan kepada murid Tahun

1 mulai tahun 2011, murid hanya diajar tentang disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.

Walau bagaimanapun dalam Pendidikan Kesihatan terdapat elemen berkaitan

pendidikan reproduktif dan sosial.

Pendidikan Kesihatan dalam KSSR merupakan salah satu disiplin ilmu dalam

Modul Teras Asas di Tahap 1. Disiplin ini akan diajar mengikut tiga modul utama

iaitu Kesihatan Fizikal, Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial, dan Kesihatan

Persekitaran. Pendidikan Kesihatan pada Tahap 2 akan diajar dalam bentuk mata

pelajaran untuk murid tahun 4 hingga 6. Pendidikan Kesihatan yang diajar di

dalam kedua-dua tahap ini berfokus kepada pecahan pendidikan kesihatan

reproduktif dan sosial (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%).

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat

untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan

terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan kesihatan

reproduktif dan sosial juga mencakupi pengetahuan dari aspek biologi,

sosiobudaya, psikologi dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat

dalam kehidupan.

Bagi murid Tahun 1, tahap pendedahan dalam elemen Pendidikan Reproduktif

dan Sosial hanya sekadar mengenali bahagian tubuh dan berkata ‘TIDAK /

JANGAN’ kepada sentuhan tidak selamat. Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan

persekolahan setahun, bersamaan 30 minit dalam seminggu diagihkan untuk

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap

Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Rasional Pendidikan Kesihatan diajar dari tahun satu lagi adalah untuk

membolehkan murid mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan

persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan

bersikap positif. Oleh itu KPM telah mengenal pasti guru yang sesuai dan terlatih

Page 11: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

280Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

dalam melaksanakan P&P Pendidikan Kesihatan di dalam dan luar darjah

Penilaian dibuat melalui berasaskan sekolah dengan pelbagai kaedah iaitu

pemerhatian dan penilaian berterusan, penilaian fizikal secara berkala, penilaian

hasil kerja, senarai semak dan lisan.

Perkhidmatan Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi

memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-

murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah

dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan

sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah

menengah di Malaysia.

Perkhidmatan kesihatan boleh ditakrifkan sebagai prosedur-prosedur yang digunakan oleh

doktor, doktor gigi, jururawat, guru dan individu yang berkaitan bertujuan untuk menilai,

melindungi dan menggalakkan kesihatan optimum murid-murid sekolah dan kakitangan

sekolah yang lain. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (PKS) merupakan satu perkhidmatan

yang disediakan secara percuma oleh KKM di sekolah rendah dan menengah untuk

menjadikan warga sekolah dan persekitaran berkualiti dari aspek sihat, ceria dan selamat.

Antara perkhidmatan kesihatan yang diberikan di sekolah adalah seperti berikut:

Pentaksiran keadaan kesihatan murid-murid sekolah.

Pemeriksaan perubatan atau pergigian murid-murid sekolah.

Pengubatan dan rawatan.

Imunisasi atau kawalan penyakit berjangkit.

Tindakan dan tindakan susulan.

Pentaksiran kesihatan murid

Pentaksiran ini merupakan suatu proses kerjasama dengan tanggungjawab yang

dipikul bersama oleh doktor, jururawat, doktor gigi, guru dan lain-lain. Pentaksiran

Page 12: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

281Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

dibuat melalui cara-cara seperti pemeriksaan perubatan, pemeriksaan pergigian,

ujian-ujian makmal, sejarah kesihatan dan pemerhatian guru.

Maklumat yang diperoleh melalui prosedur penilaian ini akan digunakan oleh guru

untuk tujuan seperti; memahami murid-muridnya, mengenal pasti individu yang

memerlukan program pendidikan yang diubahsuai, mengadakan kaunseling

kesihatan dan tindakan susulan.

Pemeriksaan kesihatan, pergigian, dan persekitaran

Jadual 10.1 di bawah menunjukkan jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan oleh

PKS terhadap kumpulan sasaran yang telah ditetapkan.

Jadual 10.1: Jenis-jenis pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak kesihatan

Jenis Pemeriksaan Kumpulan Sasar

Pemeriksaan kesihatan Prasekolah

Tahun 1

Tahun 6

Tingkatan 3

Pemeriksaan kesihatan Pergigian

Semua murid

Kesihatan Persekitaran Bangunan sekolah

Kawasan sekolah

Pengendali makanan di kantin sekolah

Pemeriksaan kesihatan bertujuan untuk memperoleh maklumat bagi menentukan

status kesihatan murid-murid. Ianya dijalankan oleh kakitangan kesihatan yang

bertauliah seperti doktor perubatan dan doktor pergigian dan dilakukan secara

berkala. Walau bagaimanapun, pemeriksaan juga boleh dilakukan mengikut

keperluan bagi setiap murid.

Page 13: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

282Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan dijalankan mengikut tiga peringkat. Peringkat pertama iaitu

kajian sejarah atau latar belakang bertujuan untuk memperoleh maklumat bagi

mengetahui keadaan dan kedudukan sebenar, mendapatkan maklumat keluarga,

masyarakat, persekitaran dan mendapatkan suatu gambaran menyeluruh.

Peringkat kedua (pemeriksaan klinikal atau fizikal) merupakan peringkat untuk

mengenal pasti tanda atau simptom sama ada dengan menggunakan alat

pemeriksaan atau cara lain. Pemeriksaan klinikal atau fizikal melibatkan

pemeriksaan telinga, hidung dan tekak; tekanan darah; jantung; gigi dan gusi; dan

pemeriksaan kulit. Pada peringkat kedua ini keputusan akan dibuat untuk

menentukan sama ada pemeriksaan lanjut iaitu peringkat ketiga diperlukan.

Manakala, pada peringkat ketiga ialah ujian-ujian pengesahan pemeriksaan yang

melibatkan usaha untuk memastikan punca masalah kesihatan yang timbul tetapi

belum dikesan atau untuk membuat pengesahan ke atas masalah yang telah

dikenal pasti. Secara amnya terdapat tiga ujian yang biasa dijalankan iaitu;

a. Ujian darah

Bertujuan untuk mengetahui struktur darah iaitu bilangan sel darah merah,

sel darah putih, bahan pepejal dan bahan-bahan boleh larut lain dalam

kalangan murid sekolah.

Bertujuan untuk mengenal pasti penyakit berjangkit dan penyakit tidak

berjangkit dalam kalangan murid sekolah.

b. Ujian air kencing

Menentukan keadaan fungsi badan murid-murid secara keseluruhannya.

Mengenal pasti penyakit murid-murid.

c. Ujian mata

Ujian mata yang biasa dijalankan ialah ujian daya penglihatan jarak jauh. Ujian

ini dinamakan Ujian E Snellen. Selain itu, ujian jarak lain juga digunakan untuk

mengesan rabun dekat dan astigmatisme. Di samping itu, ujian yang

menggunakan alat khas digunakan untuk mengesan penyakit-penyakit seperti

katarak, glaukoma dan konjunktivitis.

Page 14: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

283Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Sekolah dilaksanakan oleh pasukan

pergigian sekolah yang melawat semua sekolah rendah dan menengah di

Malaysia. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun

1985. Lazimnya, program pemeriksaan kesihatan pergigian sekolah diadakan 4

kali setahun. Dengan adanya program seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak

akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian

biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Jururawat pergigian akan merawat dan

memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor

pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa

dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

Program perkhidmatan persekitaran sekolah lazimnya dilaksanakan secara

bersepadu oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. Pemeriksaan

persekitaran sekolah bermaksud pemeriksaan infrastruktur sekolah, kebersihan,

pengawalan penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan

pengendalian kantin sekolah. Antara jenis pemeriksaan persekitaran yang

dijalankan dengan kerjasama dua pihak tersebut adalah seperti:

Pemeriksaan Am - bekalan Air

Keselamatan Makanan

Pemeriksaan Kualiti Makanan

Sekolah Bebas Denggi

Sekolah Bebas Asap Rokok

Program Kawalan Lipas, Lalat dan Tikus (LILATI)

Laporan kendiri kantin sekolah

Laporan kendiri Dewan Asrama Sekolah

Perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini juga adalah tertakluk di bawah

beberapa akta seperti Akta Kawalan Tembakau dan Akta Kawalan Penyakit

Bawaan Vektor yang boleh membawa kepada denda sekiranya pihak pengurusan

sekolah didapati gagal mematuhi akta-akta tersebut. Pihak pengurusan sekolah

biasanya akan merancang dan melaksanakan program kesihatan persekitaran

sekolah secara menyeluruh. Antara programnya ialah:

Page 15: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

284Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Program Kesihatan Kebersihan Kantin Sekolah yang bermatlamat untuk

mewujudkan persekitaran kantin lebih bersih, ceria dan selamat dan

tatacara penggunaan kantin yang betul.

Program Kesihatan Kebersihan Tandas Sekolah yang bertujuan mewujud

serta melahirkan warga sekolah yang berupaya mengamalkan budaya

menjaga kebersihan tandas, menggunakan dan menjaga setiap

kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin, dan memastikan

tandas sentiasa dalam keadaan yang sempurna, ceria dan selesa pada

setiap masa.

Program Kesihatan Kebersihan Saliran dan Perparitan untuk memastikan

aliran air dapat berjalan dengan lancar dan longkang dan saliran dalam

keadaan bersih dan sentiasa dibubuh ubat penyahkuman. Pada masa

sama ia juga bertujuan untuk memastikan longkang dan saliran sentiasa

dipantau untuk menentukan tahap kebersihan dan keselamatannya.

Pengubatan dan rawatan

Masalah penyakit dan kecederaan yang dialami memerlukan pengubatan dan rawatan

segera. Rawatan yang dijalankan bukan sahaja mampu menyembuhkan pesakit malah

dapat mengawal penyakit daripada merebak. Sehubungan itu, murid yang memerlukan

pengubatan dan rawatan ini hendaklah berjumpa dengan doktor yang bertauliah. Murid-

murid perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara:

Semasa berjumpa doktor, hendaklah mengingat kembali tentang tanda dan

simptom, minuman dan makanan yang diambil dan perkara-perkara lain yang

perlu diambil kira.

Semasa berjumpa dengan doktor, perlu memberikan gambaran yang

sebenarnya dengan menjawab dengan jujur dan tepat berkaitan soalan yang

ditanya oleh doktor.

Selepas berjumpa dengan doktor, hendaklah mematuhi arahan terutamanya

berkaitan dengan kaedah memakan ubat. Di samping itu, murid-murid juga perlu

mengawasi gaya hidup mereka supaya penyakit yang dihidapi tidak melarat dan

menjadi serius.

Page 16: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

285Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Imunisasi atau kawalan penyakit berjangkit

Imunisasi merupakan satu proses kesihatan yang dilaksanakan untuk mencegah penyakit

berjangkit. Imunisasi boleh dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah melalui dua cara

iaitu secara suntikan dan secara oral. Secara umumnya, imunisasi adalah penting untuk

dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah. Sebagai kesinambungan kepada imunisasi

alam kanak-kanak, murid-murid sekolah juga akan diberi imunisasi. Contohnya, rujuk

jadual imunisasi murid-murid sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia di bawah:

Jadual 10.2: Program imunisasi murid-murid sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Tahun 1

BCGsekiranya tiada parut

Diptheriadan

PertussisPolio

Mumps, measles dan

rubella-

Tingkatan 3

- - - - Tetanus

Suntikan imunisasi dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan

juga Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung pelbagai penyakit yang mungkin

dihidapi oleh murid-murid sekolah bila dewasa kelak. Oleh itu pelbagai jenis suntikan

imunisasi diperkenalkan dan telah pun dijalankan di sekolah rendah dan di sekolah

menengah.

Sekiranya anak-anak didapati tidak mendapat pelalian di atas kerana tiada kebenaran ibu

bapa atau anak tidak hadir ke sekolah pada masa lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah,

ibu bapa murid-murid tersebut boleh membawa anak mereka ke klinik-klinik kesihatan

yang berhampiran untuk mendapatkan pelalian-pelalian ini. Suntikan HPV diperkenalkan

pada tahun 2012 ekoran peningkatan kadar penyakit kanser serviks sebanyak 10.7%

pada 2007 dan merupakan salah satu kanser yang menjadi pembunuh senyap wanita.

Oleh itu langkah member suntikan kepada pelajar sekolah menengah telah dilaksanakan.

Imunisasi boleh mencegah penyakit-penyakit seperti yang berikut:

Page 17: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

286Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Jadual 10.3: Imunisasi boleh mencegah penyakit-penyakit seperti yang berikut

Imunisasi Penyakit

Hepatitis B Hepatitis B

BCG Cacar

Triple Antigen (Tiga serangkai)

Difteria, batuk kokol dan kancing gigi.

Double Antigen (Dua serangkai)

Difteria dan kancing gigi.

Polio Polio lumpuh

Campak Campak

Rubella Rubella

Tetanus Toxoid Kancing gigi

HPV Kanser rahim

Program imunisasi yang dilaksanakan terhadap murid-murid sekolah telah memainkan

peranan yang penting untuk mencegah penyakit. Pendidikan kesihatan dan pencegahan

telah menolong ibu bapa untuk memahami bahawa imunisasi adalah perlu untuk kanak-

kanak sejak mereka lahir, seterusnya di sekolah rendah dan sehingga mereka

meninggalkan bangku sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, ibu bapa selalu terlupa tentang imunisasi terhadap anak-anak

mereka. Selain itu, para doktor juga kadang kala tidak mengambil berat terhadap proses

imunisasi sehingga ramai yang tidak berjaya memanggil kembali kanak-kanak untuk

menjalani imunisasi. Tambahan pula, masyarakat juga ada yang tidak memandang serius

terhadap penyakit murid-murid atau kanak-kanak kerana mereka tidak tahu tentang

imunisasi. Masyarakat juga lupa hingga terlalu bergantung kepada perubatan moden untuk

merawat semua penyakit. Sikap negatif yang ditunjukkan oleh masyarakat adalah

berpunca daripada kejahilan dan sikap acuh tak acuh terhadap perubatan.

Page 18: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

287Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

perkhidmatan kesihatan sekolah

Pentaksiran kesihatan

Pemeriksaan perubatan / pergigian

Pengubatan dan rawatan

Imunisasi / kawalan penyakit

berjangkit

Tindakan dan tindakan susulan

Tindakan dan tindakan susulan

Tindakan yang berkaitan dengan masalah kesihatan perlu diambil dengan segera. Hal ini

demikian kerana kelewatan dalam mengambil tindakan boleh membawa kesan yang lebih

buruk. Kelewatan bertindak mungkin boleh menyebabkan penyakit tidak dapat diubati lagi.

Tindakan yang diambil mestilah mengikut kategori masalah kesihatan yang dialami seperti:

Masalah pemakanan seimbang.

Penyakit-penyakit difisiensi.

Penyakit-penyakit berjangkit.

Selepas tindakan diambil, maka rawatan susulan harus diberikan. Oleh itu, perkhidmatan

rawatan tindakan susulan adalah diperlukan untuk memastikan rawatan dapat diteruskan

supaya masalah kesihatan tidak akan berulang.

Rajah 10.3: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Page 19: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

288Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Hidup Sihat di Sekolah

Hidup sihat di sekolah merujuk kepada keadaan persekitaran yang selamat dan selesa.

Perkara yang diberi perhatian adalah berkaitan dengan kesihatan individu murid dan

merancang peraturan-peraturan bilik darjah supaya dapat mendorong kesihatan emosi,

sosial dan fizikal yang baik. Program ini merupakan komponen yang menitik beratkan

persekitaran sekolah yang memelihara dan memupuk kesihatan murid-murid sekolah.

Program ini telah dianggap sebagai sebahagian daripada pendidikan kesihatan kerana

menyumbang ke arah kefahaman murid-murid tentang kesihatan dan memupuk semangat

menghargai kesihatan dalam kalangan mereka. Oleh itu, menjadi tanggung jawab pihak

pentadbir sekolah untuk membekalkan segala kemudahan yang dapat digunakan untuk

menghasilkan suasana yang baik untuk pembelajaran dan kesihatan.

Penyediaan kemudahan fizikal sahaja tidak mencukupi tanpa mengambil kira penyediaan

persekitaran yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan

berkesan. Oleh itu, dalam perlaksanaan program hidup sihat hendaklah mengambil kira

beberapa perkara:

Penggunaan persekitaran yang selamat dan selesa

Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, maka pihak pentadbir

sekolah harus bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang sesuai. Guru

juga berperanan dalam mendidik murid-murid untuk mengamalkan hidup dengan

selamat di persekitaran sekolah. Aspek keselamatan adalah begitu dititikberatkan

merangkumi bilik darjah, koridor bangunan, kantin, makmal, padang permainan dan

semasa menggunakan bas sekolah.

Persekitaran

Pengurusan persekitaran adalah bermakna penjagaan kebersihan kawasan

persekitaran seperti bilik darjah dan koridor serta kawasan luar bangunan seperti

padang permainan dan sukan, tandas, perabot, lantai dan dinding serta tempat

simpanan pelbagai peralatan.

Page 20: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

289Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pertimbangan kesihatan

Dalam aspek ini, pembekalan air yang selamat untuk kegunaan murid sekolah adalah

amat penting kerana pembekalan air yang mencukupi dapat memenuhi keperluan

minuman, pembersihan diri dan untuk membuang kotoran.

Merancang peraturan bilik darjah

Persekitaran bilik darjah juga penting dalam usaha untuk mencapai hidup sihat di

sekolah. Guru harus bersama-sama dengan murid-murid dalam menetapkan peraturan

penjagaan kebersihan bilik darjah dengan mengadakan jadual tugas seperti menyapu

lantai, membersihkan tingkap, membersihkan papan tulis, membuang sampah,

menyusun kerusi meja dan menghias papan kenyataan dan bilik darjah.

Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan pandangan anda bagaimanakah

kolaborasi antara sekolah dan masyarakat dapat dibentuk dalam menjayakan program hidup

sihat di sekolah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Kolaborasi Sekolah Dan Masyarakat

Dalam usaha menangani masalah kesihatan murid, sekolah tidak boleh bertindak sebagai

entiti terasing kerana sekolah wujud dalam komuniti masyarakat. Hal ini juga demikian

kerana sekolah itu sendiri merupakan agensi masyarakat. Lantaran itu, sekolah

memainkan peranan yang penting dan saling melengkapi usaha-usaha agensi masyarakat

yang lain.

Page 21: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

290Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Program kesihatan komuniti masyarakat dan sekolah saling berkaitan melalui dua cara:

Sumber-sumber komuniti masyarakat digunakan oleh sekolah untuk memenuhi

keperluan kesihatan murid-murid sekolah.

Sekolah akan menolong murid-murid untuk menjalani kehidupan bermasyarakat

dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh

masyarakat.

Adalah diharapkan murid-murid sekolah akan menjadi anggota masyarakat yang

bertanggungjawab selepas meninggalkan bangku sekolah. Namun demikian, program

kesihatan bersama antara komuniti masyarakat dan sekolah adakalanya sukar untuk

dilaksanakan. Pertamanya ialah guru dan pentadbir sekolah perlu mengetahui komuniti

masyarakat itu dengan mendalam. Di samping itu, mereka perlu memahami tujuan agensi

masyarakat, mekanisme operasi agensi berkenaan selain mengenali kakitangan yang

akan terlibat dengan projek atau aktiviti masyarakat.

Dengan adanya kerjasama sedemikian rupa murid-murid telah didedahkan kepada struktur

sosial komuniti yang mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih. Justeru,

sekiranya pelaksanaan program kesihatan dilakukan dengan jayanya maka murid-murid

akan membesar dengan sifat penuh bertanggungjawab terhadap komuniti masyarakat.

Peranan Unit Kesihatan Sekolah

Peranannya dalam merancang dan melaksanakan program-program kesihatan di sekolah

Jawatankuasa Unit Kesihatan di Sekolah berperanan memastikan Program Kesihatan dapat

dilaksanakan secara bersepadu melalui sokongan dan kerjasama semua pihak termasuklah

PIBG, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi

peringkat kebangsaan, seterusnya negeri, daerah dan sekolah. Penstrukturan Jawatankuasa

Unit Bertindak Kesihatan merupakan satu usaha mengemaskinikan semua tugas dan

tanggungjawab supaya menjadi lebih efisien dan sempurna. Semoga aduan dan tindakan akan

diselesaikan secara bersama agar kualiti hidup murid di sekolah dapat ditingkatkan dan

berkualiti

Page 22: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

291Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah yang semakin berkembang memerlukan strategi dan

kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai

kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-ciri

baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya

hidup sihat. Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan

sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peraturan dan garis panduan, akan memberi

impak kepada kesihatan murid-murid.

Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat

setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di

sekolah yang berobjektifkan dan bermatlamatkan untuk melahirkan warga sekolah secara

keseluruhannya yang sihat, berkualiti dan berkeperibadian unggul merangkumi gaya hidup

sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Situasi

memberangsangkan ini dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya

dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.

Terdapat banyak perancangan dan pelaksanaan program-program kesihatan semasa yang

telah berjaya dijalankan oleh Jawatankuasa Unit Kesihatan Sekolah dan telah banyak memberi

impak yang positif kepada murid di sekolah. Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh

mengklasifikasikan program atau aktiviti kesihatan menurut kategori seperti berikut:

Kesihatan diri

Kesihatan persekitaran

Aktiviti dan program semasa

Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS)

Kawalan pemakanan di sekolah

a. Kesihatan Diri

Pengetahuan kesihatan / Kit kesihatan

Pengurusan diri

Pemakanan sihat dan selamat

Kesihatan mental / emosi

Kesihatan kerohanian

Kesihatan reproduktif dan seksual

Page 23: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

292Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Gaya hidup sihat

Kawalan penyakit berjangkit / tidak berjangkit

Pertolongan cemas

b. Kesihatan Persekitaran

Kantin sekolah sihat

Bilik darjah sihat

Tandas sekolah sihat

Asrama sekolah sihat

Bilik kesihatan sekolah

Peti pertolongan cemas

Sekolah Bebas Denggi

Sekolah Bebas Dadah.

Sekolah Bebas Asap Rokok

Kata-kata hikmat

Halwa Telinga

Bekalan air yang bersih dan selamat

c. Aktiviti dan program kesihatan semasa

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Program Susu Sekolah (PSS)

Pemakanan Asrama dan Kantin Sekolah

Kursus Pengendalian Makanan Kantin Sekolah / Pengendali Makanan Asrama

Kempen Pemakanan Seimbang, Sihat dan Selamat

Seminar Pengurusan Warden Asrama

Penambahbaikan dan Peningkatan Perkhidmatan Bilik Kesihatan Sekolah

Program Pendidikan Sekolah Sihat

Gotong-Royong Perdana KPM

Karnival Kesihatan

Seminar Pembangunan Kesihatan Murid

Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah

Pertandingan 3K

Seminar Pengurusan dan Kualiti Makanan

Page 24: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

293Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

d. Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS)

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Ceramah kesihatan secara individu dan berkumpulan

Penyaringan pertumbuhan kesihatan murid sekolah

Penyaringan kesihatan seperti pemeriksaan ketajaman penglihatan, masalah

pendengaran dan lain-lain

Imunisasi - BCG

Menerima rujukan kes daripada guru dan sekolah

Memberi rawatan ringan di sekolah

Merujuk murid ke Klinik Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan.

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian

Ceramah Kesihatan

Pameran Kesihatan

Promosi Kesihatan Mental untuk kanak-kanak dan remaja

Kempen Gaya Hidup Sihat

Menyebarkan maklumat kesihatan melalui buku, risalah, pamplet dan poster

Doktor Muda

PROSTAR sekolah

Pemeriksaan tempat pembiakan aedes di sekolah

Pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah

Mengeluarkan Sijil Pengendali Makanan

Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah

Bekalan air beriodin di kawasan-kawasan yang mengalami Gangguan Akibat

Kekurangan lodin (GAKI)

Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat untuk anggota kesihatan dan guru-guru

sumber PBSS di sekolah

Quality Assuarance Programme untuk pengesanan masalah ketajaman penglihatan

kalangan murid-murid Tahun 1 di seluruh negara

Page 25: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

294Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

e. Kawalan pemakanan di sekolah

Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah

Sijil Pengendali Makanan

Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan

Menu makanan dan kos harga jualan - makanan dan minuman yang boleh / tidak

boleh dijual

Proses penyajian makanan

Kualiti makanan

Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah

Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah

Kemudahan bekalan air bersih

Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stok

basah dan kering

Susun atur dan penyelenggaraan premis - Jadual berkala pembersihan premis

kantin

Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan

Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan

terhindar daripada LILATI)

Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas

Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar kawasan

sekolah

Pengurusan Penamatan Perkhidmatan Kantin Sekolah

Melanggar perjanjian Perkhidmatan Kantin Sekolah

Kes keracunan dan kes disita

Berdasarkan kepada senarai program atau aktiviti kesihatan yang dirancang dan dilaksanakan

di sekolah-sekolah seluruh negara, kita boleh mengatakan bahawa pihak kerajaan benar-benar

menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan warga sekolah. Pada bahagian

seterusnya, Modul ini akan cuba menjelaskan tentang beberapa program dan aktiviti kesihatan

yang terpilih berdasarkan kepada senarai-senarai di atas.

Page 26: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

295Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Pernahkah anda terfikir mengapa terdapat program atau aktiviti yang telah dirancang

tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya? Malah ada di antaranya seolah-olah seperti projek

gajah putih. Sebenarnya, kejayaan dan keberkesanan sesuatu program melibatkan pelbagai

faktor. Antaranya kesedaran individu, penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak, faktor

kos dan masa, kesediaan masyarakat untuk berubah dan sebagainya.

Faktor penguatkuasaan dan undang-undang juga dilihat sangat memberikan sumbangan yang

signifikan terhadap kejayaan sesuatu program yang telah dan ingin dilaksanakan. Justeru itu,

perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan Akta-akta dan peraturan yang berkaitan

dengan kesihatan.

Akta dan Peraturan Kesihatan

Bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga sepanjang masa dan mencapai kesihatan yang

optimum, kerajaan melalui beberapa agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia

telah menjalankan serta menguatkuasakan akta serta peraturan berkaitan dengan kesihatan.

Ia adalah sebahagian daripada usaha serta peranan yang telah, sedang, dan akan kerajaan

laksanakan demi memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selamat, harmoni, dan

sejahtera sepanjang masa.

Penguatkuasaan akta serta peraturan kesihatan juga merupakan langkah yang boleh dianggap

sebagai serampang dua mata kerana kerajaan dapat memastikan rakyat secara amnya

mematuhi amalan kesihatan dan keselamatan dengan mengikuti dan mematuhi peraturan yang

dilaksanakan dan pada masa yang sama memperoleh keuntungan daripada hasil kutipan

denda bagi sesetengah individu yang telah/akan melanggar akta dan peraturan kesihatan.

Tanpa penguatkuasaan akta dan peraturan kesihatan, adalah agak sukar bagi kerajaan

mengawal serta memastikan keadaan kesihatan rakyatnya terjaga baik daripada ancaman

jangkitan penyakit, penularan masalah sosial, serta ancaman lain yang berkaitan dengan

kesihatan. Akta dan peraturan kesihatan merupakan satu penegasan kepada usaha murni

kerajaan dalam menangani risiko penyakit dan aspek kesihatan lainnya.

Page 27: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

296Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Akta dan Peraturan Kesihatan yang digubal oleh kerajaan bertujuan menjadi panduan semasa

melaksanakan tugas penguatkuasaan bagi mengelak perlanggaran etika kerja serta sikap

prejudis. Selain itu, akta dan peraturan juga sebagai panduan orang awam yang berada di

Malaysia dalam usaha mengelak dan mencegah jangkitan penyakit. Kebanyakan Akta dan

Peraturan Kesihatan yang dikuatkuasakan ini digubal dalam bahasa Inggeris. Antara yang

telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

Poisons Act 1952 (Akta Racun 1952)

Akta ini mula dikuatkuasakan bertarik 1.9.1952 di Malaysia Barat dan 1.6.1978 di

Malaysia Timur. Di bawah Seksyen 8. Kawalan Pengimportan Bahan Beracun

menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dibenarkan untuk mengimport apa juga

bentuk bahan beracun dari mana-mana di luar Malaysia kecuali yang telah diberikan

lesen untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana individu yang datang

dari luar Malaysia dan membawa bersamanya ubat untuk kegunaan peribadi atau ahli

keluarganya atau mengimport ubat berkenaan untuk kegunaan peribadi atau

keluarganya dalam kuantiti yang munasabah bagi kegunaan dalam tempoh sebulan

untuk seorang individu . Ini adalah bagi mencegah mana-mana individu yang tidak

bertanggungjawab daripada menyalahgunakan kemudahan yang diberikan oleh

kerajaan dengan menjual ubat atau bahan beracun kepada rakyat tempatan atau

untuk tujuan jenayah khasnya penjualan haram pil psikotropik.

Seksyen 18 menegaskan tentang larangan untuk menjual ubat (bahan beracun)

kepada individu yang di bawah umur 18 tahun. Seksyen 24 menegaskan tentang

keperluan untuk membekalkan buku panduan [prescription book] tentang kandungan

[ingredient], cara penggunaan ubat, tarikh pengeluaran/mengilang ,tarikh luput,

kuantiti, nombor siri , dan nama penerima. Oleh yang demikian, melalui Seksyen 18

dan 24 ini, diharap pihak penjual ubat menjalankan tanggungjawab sosial mereka

dengan amanah tanpa memikirkan keuntungan semata-mata semasa menjual ubat.

Sementara Seksyen 26 pula menegaskan tentang tanggung jawab Pengarah

Kesihatan Awam atau Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan di mana-

Page 28: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

297Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

mana negeri untuk mengeluarkan lesen mengikut keperluan / kesesuaian iaitu Lesen

Jenis A, Jenis B, Jenis C, Jenis D, atau Jenis E yang berdaftar. Dengan yang demikian

dapat mengawal penjualan ubat-ubatan tanpa lesen. Ini juga bagi memudahkan

kerajaan untuk mengawasi kedai-kedai ubat atau farmasi swasta di seluruh negara

demi keselamatan orang ramai.

Seksyen 28 pula mewajibkan kedai-kedai ubat atau farmasi untuk disenaraikan dan

diterbitkan dalam Gazette kerajaan pada bulan Februari setiap tahun atas arahan

Pengarah Kesihatan Awam. Tindakan ini adalah sebagai prima facie bagi segala

maklumat urus niaga berkenaan penjualan ubat-ubatan atau bahan berkaitan

kesihatan.

Sale of Drugs Act 1952 (Revised 1989)

Tarikh kuat kuasa adalah pada 1.11.1952 (Malaya); 1.9.1989 (Wilayah Persekutuan

Labuan), 1.9.1999 di Sabah & Sarawak dan Edisi Pindaan ialah pada 1.7.1989. Di

bawah Seksyen 4 akta ini, memberi kuasa kepada seorang pegawai atau inspector

untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang beliau rasakan ada ubat

yang hendak dijual. Seterusnya beliau berhak menanda, membungkus atau

mengambil ubat bagi tujuan menimbang, menyukat, serta memeriksa cara penyediaan

ubat yang beliau rasakan menyalahi akta berkenaan.

Beliau juga berhak untuk merampas ubat yang difikirkan berbahaya kepada kesihatan

atas alasan serta bukti yang munasabah. Selain itu, beliau berhak memusnahkan

dadah yang didapati sudah tamat tempoh serta rosak. Seksyen 4 ini amat bertepatan

dengan kehendak dalam Akta Racun 1952 kerana ia saling melengkapi dalam

memastikan penjualan ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai bahan berbahaya

(poisonous) dapat diselia dan dikawal dengan baik demi keselamatan orang ramai.

Seksyen 5 pula memberi kuasa kepada pegawai untuk mengambil atau meminta

sampel ubat untuk dianalisis dan keengganan penjual ubat untuk berbuat demikian

adalah satu kesalahan. Di bawah Seksyen 9 mana-mana pegawai yang dilantik boleh

meminta penjual ubat untuk menyerahkan buku atau salinan atau sebahagian [extract]

daripada rekod dalam buku atau dokumen urusan penerimaan, penyimpanan,

Page 29: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

298Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

pembelian, penjualan atau penghantaran mana-mana ubat atau bahan yang disyaki

telah melanggar akta ini.

Akta Penjualan Ubat 1952 (Pindaan 1989), merupakan satu panduan yang amat perlu

dalam memastikan setiap urusan pembelian dan penjualan ubat-ubatan mematuhi

peraturan yang ditetapkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan rakyat

Malaysia mendapat khidmat kesihatan yang berkualiti dan memuaskan. Selain itu,

melalui akta ini juga kerajaan melalui pihak berwajib dapat mengawasi, memeriksa,

dan mengawal penjualan ubat-ubatan yang berbahaya kepada kesihatan atau yang

menyalahi undang-undang. Akta ini juga merupakan satu daripada cara kerajaan untuk

memastikan setiap penjual ubat tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan

perniagaan ubat-ubatan serta bahan yang berkaitan dengan kesihatan.

Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-penyakit Berjangkit 1988(Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988)

Pelaksanaan dan penguatkuasaan akta ini yang bermula pada 1 April 1989 bertujuan

memberi pemahaman tentang maksud penyakit berjangkit, faktor penyebab dan

langkah mengubat, mengawal serta mencegahnya, serta pihak yang diamanahkan

untuk bertindak dalam penguatkuasaan akta ini demi keselamatan serta kesihatan

rakyat Malaysia. Berdasarkan akta ini, pihak kerajaan telah menggariskan panduan

tentang beberapa perkara penting, antaranya adalah:

perlantikan pegawai yang ditauliahkan (authorized officer) untuk bertindak bagi

maksud penguatkuasaan akta ini di bawah Seksyen 3 dan menjalankan

tugasnya dengan amanah. Seksyen 5 pula menetapkan tentang keperluan

bagi pegawai polis, kastam dan imigresen serta pegawai dari jabatan kerajaan

yang lain harus menghulurkan bantuan apabila diminta berbuat demikian oleh

pegawai yang dilantik (authorized officer) bagi membolehkannya

melaksanakan tugas serta kuasa yang telah diamanahkan kepadanya bagi

maksud menguatkuasakan akta ini.

perisytiharan kawasan yang dijangkiti wabak (infected area) di bawah

Seksyen 6 seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Kesihatan Antarabangsa

(International Health Regulation) oleh kerajaan (KKM) di dalam Gazette /

Page 30: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

299Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

warta kerajaan dan seterusnya menjelaskan langkah-langkah pencegahan

bagi mengelakkan jangkitan daripada kawasan yang dijangkiti wabak.

Penguatkuasaan Seksyen 3 dan 5 merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam

memastikan pegawai kerajaan bertindak bersama-sama dalam membendung

penularan jangkitan sesuatu wabak seperti SARS, HFMD, dan sebagainya daripada

menjangkiti rakyat Malaysia.

Melalui Seksyen 6 pula, memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat

daripada kerajaan dan bukannya membuat sebarang spekulasi atau cerita dari mulut

ke mulut. Dengan itu, orang ramai dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi

mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang telah diisytiharkan dijangkiti

wabak penyakit. Penduduk yang tinggal di kawasan yang dijangkiti pula dapat

bertindak dengan mengawal serta mengurangkan aktiviti berkunjung ke kawasan lain

atau keluar daerah bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak. Jadi , di sini kita

dapat melihat betapa pentingnya akta ini dalam memberi panduan bertindak kepada

kerajaan dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada orang ramai.

Dalam Seksyen 7 pula menjelaskan kuasa pegawai yang dilantik untuk membuat

pemeriksaan kesihatan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia pada bila-bila

masa, orang perseorangan, haiwan, atau artikel di atas kenderaan. Seterusnya

mendapatkan sampel bagi maksud sanitasi ke atas kenderaan, orang perseorangan,

haiwan, dan artikel berkenaan dengan mengasingkannya untuk di kuarantin atau

diperhatikan sehingga penyakit berkenaan tidak lagi berbahaya atau berjangkit kepada

orang lain.

Sementara Seksyen 10 menegaskan tentang perlunya memaklumkan tentang

sebarang kejadian wabak penyakit berjangkit kepada agensi kesihatan seperti klinik

dan hospital berdekatan bagi maksud tindakan rawatan, imunisasi, dan sebagainya. Ini

bagi mengelakkan penyakit berkenaan daripada berjangkit (Seksyen 12).

Seksyen 13 hingga 19 merupakan langkah-langkah pengawalan, pengasingan,

pemerhatian, pemeriksaan ke atas mayat, pelupusan mayat, disinfeksi dan penutupan

premis, serta perobohan struktur dalam usaha mencegah jangkitan wabak. Namun

Page 31: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

300Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

demikian, amat jarang tindakan perobohan struktur dilakukan kecuali setakat menutup

premis seperti tadika, pusat asuhan kanak-kanak, dan sekolah rendah pernah diambil

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mencegah jangkitan penyakit SARS dan

HFMD yang telah tercetus tidak lama dahulu.

Bagi individu yang didapati menghalang atau mengganggu tugas-tugas pegawai yang

berkenaan, ingkar terhadap peraturan yang ditetapkan serta enggan memberikan

maklumat diminta atau memberi maklumat palsu adalah melanggar akta ini dan boleh

dikenakan penalti iaitu di penjara tidak melebihi dua tahun untuk kesalahan pertama

atau denda dan penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan kedua atau didenda

atau kedua-duanya sekali. Denda yang dikenakan biasanya tidak melebihi

RM1000.00.

Malaysian Health Promotion Board Act 2006 (1 April 2007)

Dalam Seksyen 14, Akta Majlis Mempromosikan Kesihatan Malaysia 2006 bahawa

objektif nya adalah untuk:

meningkatkan kapasiti keupayaan pertubuhan yang berkaitan dengan

kesihatan serta pertubuhan komuniti yang mempromosikan kesihatan.

merancang dan melaksanakan program-program serta aktiviti yang

bermanfaat kepada pertubuhan, komuniti khasnya belia.

membangunkan serta menyokong strategi yang pelbagai dalam

mempromosikan gaya hidup sihat serta persekitaran yang selamat melalui

berbagai-bagai sektor demi meningkatkan taraf kesihatan.

menyokong dan membangunkan program yang meningkatkan kesihatan

rakyat dengan mencegah, mengurangkan atau menghentikan penggunaan

produk tembakau.

memberi dana bagi penyelidikan yang relevan dengan promosi kesihatan

serta dana untuk kesukanan, rekreasi, dan organisasi kebudayaan yang

mempromosikan gaya hidup sihat dan alam sekitar yang selamat.

Untuk mencapai objektif di atas tadi, melalui Seksyen 15 menjelaskan bahawa Malaysian

Health Promotion Board (MHPB) berfungsi sebagai:

Page 32: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

301Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

menyediakan panduan dalam pemberian geran, menilai permohonan

mendapatkan geran bagi organisasi yang berkaitan dengan kesihatan

memastikan terma dan syarat pemberian geran atau dana memenuhi

kehendak permohonan

merancang, membangunkan dan melaksanakan tindakan perancangan dan

program yang mengukuhkan dan meningkatkan kapasiti untuk mempromosi

kesihatan

menilai dan memastikan jenis dan bentuk promosi kesihatan yang patut

disokong oleh MHPB

menjalin kerjasama erat (mutual support) dengan pertubuhan antarabangsa

yang mempunyai misi serta objektif yang sama dengan MHPB dalam

mempromosikan kesihatan

mendapatkan khidmat nasihat (consult) agensi dan jabatan kerajaan yang

relevan dengan akta ini.

Berdasarkan objektif dan fungsi MPHB di atas tadi, adalah jelas bahawa kerajaan memang

bersungguh-sungguh dalam memastikan kesihatan rakyatnya terurus dan terjaga dengan

rapi. Tanpa adanya panduan serta usaha pihak seperti di atas adalah agak sukar bagi

rakyat Malaysia menikmati tahap serta kualiti kesihatan seperti yang dinikmati pada hari

ini. Kesihatan yang berkualiti dan berpanjangan memerlukan perancangan gaya hidup

sihat yang teratur dengan teliti. Semoga semua rakyat Malaysia daripada segenap lapisan

dapat menikmati kesihatan yang baik sepanjang masa.

Akta dan peraturan yang dilaksanakan melalui penguatkuasaan oleh agensi kerajaan

terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu daripada usaha murni

yang terancang dan terpakai sebagai suatu undang-undang bagi maksud memudahkan

rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang lebih tinggi. Dengan adanya penguatkuasaan

akta dan peraturan, maka agensi-agensi kerajaan yang berkenaan akan dapat

melaksanakan tanggungjawab dengan lebih lancar dan berintegriti. Selain itu, akta dan

peraturan merupakan satu panduan (guideline) yang sah di sisi undang- kerana akta dan

peraturan termaktub di bawah peruntukan-peruntukan tertentu dengan penguatkuasaan

atas arahan mahkamah.

Page 33: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

302Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Kenal pasti agensi-agensi (kerajaan, awam, persendirian, pertubuhan bukan

kerajaan) yang terlibat secara langsung dalam aspek penguatkuasaan dan peraturan berkaitan

kesihatan di negara Malaysia. Senaraikan tugas-tugas atau peranan yang dimainkan oleh

agensi-agensi tersebut.

RUMUSAN

Rancangan Kesihatan Sekolah yang telah dimulakan sejak tahun 1967 ini lagi ,mempunyai

tujuan utamanya iaitu untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan

produktif. Sementara itu meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak

kesihatan. Semoga segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya ,hasil

kerjasama semua pihak demi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan maju.

Program-program kesihatan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh unit kesihatan di

sekolah adalah amat baik, penting dan berguna demi meningkatkan dan memelihara tahap

kesihatan murid-murid di mana sahaja berada sama ada di dalam dan di luar sekolah.

Kesihatan adalah tunggak utama dalam kehidupan. Pengamalan dan gaya hidup sihat mampu

menjadikan murid-murid dan masyarakat mencapai hidup yang cemerlang.

Beberapa perancangan dan pelaksanaan yang telah dijalankan seperti Program Rancangan

Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Program Kesihatan Pergigian

Sekolah, Prostar dan Program Kempen Gaya Hidup Sihat semuanya adalah khusus untuk

menyedarkan dan memberi ilmu pengetahuan tentang betapa pentingnya amalan kesihatan

dalam kehidupan seharian.

Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat

setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di

sekolah yang berobjektifkan dan bermatlamatkan untuk melahirkan warga sekolah secara

keseluruhannya yang sihat, berkualiti dan berkeperibadian unggul merangkumi gaya hidup

sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Situasi

memberangsangkan ini dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya

dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.

Page 34: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

303Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

Bagi masyarakat Malaysia secara umumnya pula akan dapat menikmati kemudahan

perkhidmatan daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkualiti dan

memuaskan. Kerajaan melalui KKM dapat menjalankan core duty mereka tanpa sebarang

prejudis dan dengan itu penguatkuasaan akta dan peraturan yang dilaksanakan dapat

mencapai objektif yang dikehendaki selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan

komuniti sihat dan selamat.

Tanpa melibatkan masyarakat umum, adalah sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan tugas

mereka dengan berkualiti kerana masyarakat adalah sasaran utama dalam pelaksanaan akta

dan peraturan. Tanpa kerjasama masyarakat sepenuhnya, mustahil segala perancangan dan

pelaksanaan program atau aktiviti kesihatan dapat berjalan sempurna. Ini kerana akta dan

peraturan yang dikuatkuasakan turut terpakai kepada semua masyarakat yang berada di

Malaysia.

Mana-mana individu yang melakukan aktiviti bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan

dalam sesuatu akta dan peraturan kesihatan dianggap melanggar peraturan dan boleh

disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara atau denda yang telah ditetapkan oleh

mahkamah. Pelaksanaan akta dan peraturan ini juga memerlukan kerjasama semua pihak.

Kerjasama yang erat ini merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan penguatkuasaan akta

dan peraturan yang telah ditetapkan. Secara kesimpulannya segala perancangan dan

perlaksanaan program-program kesihatan sekolah, meliputi semua kegiatan-kegiatan dan

pengalaman-pengalaman yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan di samping

dapat menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah.

KATA KUNCI

1. Program Kesihatan

2. Perkhidmatan Kesihatan

3. Pentaksiran Kesihatan

4. Pemeriksaan Klinikal

5. Pemeriksaan Persekitaran

6. Kolaborasi Sekolah dan Masyarakat

7. Akta Dan Peraturan Kesihatan

Page 35: Unit 10 Perancangan Dan Perlaksanaan Program Aktiviti Kesihatan

304Perancangan dan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan kepentingan aktiviti merancang dalam setiap program kesihatan yang hendak

dilaksanakan di sekolah

2. Senaraikan peranan yang dimainkan oleh Unit Kesihatan Sekolah dalam merancang

dan melaksanakan program-program kesihatan di sekolah

3. Bagaimanakah kolaborasi antara sekolah dan masyarakat dapat dibentuk dalam

menjayakan program hidup sihat di sekolah?

4. Jelaskan faktor-faktor yang diambil kira dalam perlaksanaan program hidup sihat di

sekolah.

5. Apakah cabaran dan halangan yang dihadapi oleh agensi-agensi yang terlibat secara

langsung dalam aspek penguatkuasaan dan peraturan berkaitan kesihatan di negara

Malaysia?

RUJUKAN

Abdul Latif Ahmad(2002). Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi:

Norkumala binti Awang.(2007). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani. Kuala Lumpur: IKIM

MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12 Jan 2013)

Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012).

http://sobhahunnur.blogspot.com/p/amalkan-aktiviti-rekreasi.html

http://sobhahunnur.blogspot.com/p/peranan-diri-kita-dan-masyarakat.html

http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar.

http://www.mysenam.com/MySENAM.asp. (akses 29 Jun 2012)

MediTV HUKM. Atas Talian. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp. (akses 12 Jan 2013)

Program Doktor Muda. Atas Talian. http://www.drmuda.gov.my/drmuda. (akses 29 Jun 2012).