ulum al

33
1.0. Ulum al-Quran. Menurut Rosmawati Ali (1997), pengertian Ulum al-Quran menurut bahasa dan menurut makna idafi ialah perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm ( م عل). Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz (( ز ج ع مyang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. Ulum al-Quran menurut pengertian Istilah telah diberikan dengan berbagai pengertian, antaranya ialah ilmu yang membahaskan tentang al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan penafsiran, i’jaz, nasikh mansukh, sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-Quran. Ahmad Kamil bin Haji Mad (2005) telah mendefinisikan Ulum al- Quran dari segi bahasa, perkataan Ulum ( ومُ لُ ع) ialah kata jamak bagi perkataan مْ لِ عُ yang bermaksud bacaan. Dari segi istilah pula, al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya di kira ibadah. Manakala Ulum al-Quran pula ditakrifkan sebagai 1

Upload: ayahanda-uki

Post on 07-Feb-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulum quran

TRANSCRIPT

Page 1: Ulum al

1.0. Ulum al-Quran.

Menurut Rosmawati Ali (1997), pengertian Ulum al-Quran menurut bahasa dan

menurut makna idafi ialah perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada

perkataan ‘ilm .(علم) Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang

menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam

Allah yang mu’jiz ((معجز yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad, ditulis pada

mashaf, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan satu

ibadah. Ulum al-Quran menurut pengertian Istilah telah diberikan dengan berbagai

pengertian, antaranya ialah ilmu yang membahaskan tentang al-Quran, sama ada dari

aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya,

penulisan dan penafsiran, i’jaz, nasikh mansukh, sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-

Quran.

Ahmad Kamil bin Haji Mad (2005) telah mendefinisikan Ulum al-Quran dari segi

bahasa, perkataan Ulum (علوم) ialah kata jamak bagi perkataan علم yang

bermaksud bacaan. Dari segi istilah pula, al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang

bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril

dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya di kira ibadah.

Manakala Ulum al-Quran pula ditakrifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji

tentang al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan,

penulisan dan pengumpulannya, “" ,المكى والم��دني, “"س��بب ال��نزل

الناسخ والمنسخ“" .

1.1. Pengertian al-Quran

Al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada

Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan

secara mutawatir dan membacanya di kira ibadah.

1

Page 2: Ulum al

Hasan didalam Mohd. Yusuf Ahmad (2005) mendefinisikan Al-Quran itu ialah

bahasa Arab yang bererti bacaan. Ulama Ulumul-Quran memberi berbagai-bagai

pentafsiran tentang asal usul kalimah ini; Apakah ia diambil daripada kalimah lain atau

ia sendiri merupakan kalimah khas bagi Al-Quran. Sebahagian ulama berpendapat

bahawa kalimah Quran ((قرآن itu nama terbitan daripada kata kerja (($ أ Dalam .ق$ر$

ilmu Sorof, kalimah Quran ini membawakan imbangannya seperti berikut:

$ا أ قرآن $قر$ $ ي أ ق$ر$Oleh itu, Quran di sini memberi maksud “yang dibaca”. Ia juga sama imbangannya

dengan:

$غفر $رجع رجع$انا غ$ف$ر$ ي ج$ع$ ي ر$انا غفر$

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa ((قرآن itu bermaksud ( (اء$ة iaituقر$

bacaan. Ia ditasrifkan seperti berikut:

اء$ة $ا و$قر$ أ قرآن $قر$ $ ي أ ق$ر$Ini terbukti berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 1 hingga 8. Firman-

Nya:

Mafhumnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu

(dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami

telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka

bacalah menurut bacaannya itu.

(Surah Al-Qiyamah: 17-18)

2

Page 3: Ulum al

Konklusinya, menurut As-Saboony didalam Mohd. Yusuf Ahmad (2005)

sebagaimana yang telah disepakati ulama, Al-Quran yang ada pada kita sekarang ialah

kitab Allah yang mempunyai mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

dengan perantaraan malaikat Jibrail, yang termaktub di dalam Mushaf, yang di

pindahkan kepada kita secara Tawatur ( beransur-ansur), dimulakan denga surah Al-

Fatihah dan disudahi dengan surah An-Nas serta mendapat pahala apabila

membacanya.

1.2. Nama-nama al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang teragong dan tiada tandingannya di dunia ini.

Sesuai dengan keanekaragaman al-Qur’an yang menyentuh segala macam sisi-sisi

kehidupan manusia. Berikut adalah nama-nama lain al-Qur’an yang diturunkan Malaikat

Jibril kepada Rasulullah SAW:

1. Al-Kitab(اب$ $اب )) Al-Quran disebut juga dengan Al-Kitab .(الكت kerana الكت

merupakan sinonim baginya.

Ertinya: “Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka

yang bertakwa.” (QS Al Baqarah [2] : 2).

2. Al-Furqan .(الفرق$ان) Al Qur’an disebut juga Al Furqan (الفرق$ان) kerana

berfungsi sebagai pembeza antara yang benar dan yang salah.

3

Page 4: Ulum al

Ertinya: “Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al Qur’an) kepada

hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh

alam (jin dan manusia).” (QS Al Furqaan [25] : 1)

3. Az-Zikr Al-Quran .(الذكر) disebut juga Al Zikr kerana (الذكر) berfungsi

sebagai pemberi peringatan.

Ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an dan pasti Kami

(pula) yang memeliaranya.” (QS Al Hijr [15] : 9).

4. Al Mau’izah Al .(الم$وعظ$ة) Qur’an disebut juga Al Mu’izah(الم$وعظ$ة) kerana ia merupakan pelajaran atau nasihat.

Ertinya: “Wahai manusia! Sesungguhnya, telah datang kepadamu pelajaran (Al

Qur’an) dari Tuhanmu penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan

petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS Yuunus [10] : 57).

5. Al-Hikmah $لحكم$ة) .(ا Al Qur’an disebut juga Al-Hikmah kerana segala yang

terkandung di dalam Al Qur’an adalah kebijaksanaan.

Ertinya: “Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu

(Muhammad). Dan janganlah engkau mengada-adakan tuhan yang lain di

4

Page 5: Ulum al

samping Allah, nanti engkau dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan

tercela dan dijauhkan (dari rahmat Allah).” (QS Al Israa [17] : 39)

6. Asy Syifa’( $لشف$اء . (ا Al Qur’an disebut juga Asy Syifa’ karena mampu

mengobati atau menyembuhkan penyakit baik lahir maupun batin.

Ertinya: “Wahai manusia! Sesungguhnya, telah datang kepadamu pelajaran (Al

Qur’an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada dan

petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (QS Yuunus [10] : 57).

7. Al-Hudaa(لهد$ى$ Al Qur’an disebut juga Al-Hudaa kerana ia juga berfungsi . (ا

sebagai petunjuk.

Ertinya: “Dan sesungguhnya ketika kami (jin) mendengar petunjuk (Al Qur’an),

kami beriman kepada-Nya. Maka barangsiapa beriman kepadaTuhan maka tidak

perlu ia takut rugi atau berdosa.” (QS Al Jin [72] : 13).

8. At-Tanziil(نزيل $لت Al Qur’an disebut juga Al-Tanziil kerana ia adalah kitab . (ا

suci yang diturunkan.

Ertinya: ”Dan sungguh, (Al Qur’an) ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan

seluruh alam.” (QS Asy Syu’araa [26] : 192).

5

Page 6: Ulum al

9. Al-Rahmah(حم$ة $لر Al Qur’an disebut juga Al-Rahman kerana ia berfungsi . (ا

sebagai petunjuk dan kurniaan bagi umat manusia dan alam semesta.

Ertinya: “Dan sungguh, (Al Quran) itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat

bagi orang-orang yang beriman.” (QS An Naml [27] : 77).

10.Al-Ruh(ال��روح) . Al-Quran disebut juga Al-Ruh kerana ia mampu

menghidupkan akal fikiran dan membimbing manusia kepada jalan yang lurus.

Ertinya: “Dan demikianlah Kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) roh (Al

Qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui

apakah Kitab (Al Qur’an dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al Qur’an itu

cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di

antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing

(manusia) kepada jalan yang lurus.” (QS Asy Syuuraa [42] : 52).

11.Al-Bayaan(ان$ $ي (الب . Al-Quran disebut juga Al Bayaan kerana ia berfungsi

sebagai penjelas dan penerang kebenaran dari Tuhan.

Ertinya: “Inilah (Al Qur’an) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia,

da menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS Ali

Imraan [3] : 138)

6

Page 7: Ulum al

12.Al Kalam(م$ $ل Al Qur’an disebut juga Al Kalam kerana ia adalah firman . (الك

Allah dan merupakan kitab suci yang diucapkan.

Ertinya: “Dan jika di antara kaum musyrikin ada yang meminta perlindungan

kepadanmu, maka lindungilah agar dia dapat mendengar firman Allah,

kemudian antarakanlah dia ke tempat yang aman baginya. (Demikian) itu

kerana sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui.” ( At Taubah [9] :6)

13.Al-Busyraa(لبشر$ى$ Al Qur’an disebut juga Al Busyra kerana ia berfungsi . (ا

sebagai pembawa khabar gembira.

Ertinya: “Katakanlah, “Rohulkudus(Jibril) menurunkan Al Qur’an itu dari

Tuhanmu dengan kebenaran untuk meneguhkan (hati) orang yang telah

beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang

berserah diri (kepada Allah).” (QS An Nahl [16] : 102).

14.An-Nur(النور) . Al Qur’an disebut juga An-Nur kerana ia mampu membawa

manusia memperoleh cahaya ketuhanan.

Ertinya: “Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti dari

Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan

kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an).” (QS An Nisaa [4] : 174).

7

Page 8: Ulum al

15.Al Basaa’ir(شير$ Al Qur’an disebut juga Al Basaa’ir kerana ia berfungsi . (الب

sebagai pedoman.

Ertinya: “(Al Qur’an) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat

bagi kaum yang meyakininya.” (QS Al Jaasiyah [45] : 20).

16.Al Balagh(ل$غ$ (الب . Al Qur’an disebut juga Al Balagh kerana ia berfungsi

sebagai penyampai khabar atau penjelasan bagi manusia.

Ertinya: “(Al Qur’an) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar

mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia

adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil

pelajaran.” (QS Ibraahiim [14] : 52)

17.Al Qaul(الق$ول) . Al Qur’an disebut juga Al Qaul kerana ia merupakan

perkataan atau ucapan yang dapat menjadi pelajaran bagi manusia.

Ertinya: “Dan sungguhnya, Kami telah menyampaikan perkataan ini (Al Qur’an)

kepada mereka agar mereka selalu mengingatinya.” (QS Al Qasas [28] 51).

)mhzmc.blogspot.com/.../nama-nama-al-quran.html(

8

Page 9: Ulum al

Menurut Mohd. Yusuf Ahmad (2005), kitab suci ini mempunyai beberapa nama lain

yang sering digunakan bagi menyebut al-Quran. Iaitu:

1) Al-Quran (القرآن)2) Al-Kitab (اب$ (الكت3) Al-Furqan (الفرق$ان)4) Az-Zikr (الذكر)5) At-Tanzil (نزيل$ (الت

Nama-nama tersebut bukanlah direka oleh ulama atau diberikan oleh Nabi Muhammad

s.a.w., sebaliknya al-Quran sendiri yang menyebutnya sedemikian.

Demikianlah kitab suci orang Islam. Bukan sahaja bahasanya yang bernilai tinggi

serta makna yang mendalam, malah namanya pun banyak serta sifatnya atau

gelarannya pula berbeza-beza serta membawa maksud tertentu. Ini merupakan

mukjizat daripada al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita. Kebiasaan nama yang

al-Quran adalah lima di atas yang telah di sebutkan oleh Yusuf Ahmad.

2.0. Sejarah pengumpulan al-Quran ( .(جمع القرءانSejarah pengumpulan al-Quran pada asalnya berlaku dalam 2 keadaan, iaitu:

1. Secara hafazan.

2. Secara penulisan.

2.1. Penulisan al-Quran secara hafazan.

1. Hafazan nabi Muhammad S.A.W.

Al- Quran di turunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. baginda terus menghafaz

setelah menerimanya. Kemudian baginda membacakan pula kepada para sahabat

dengan cermat dan berhati-hati supaya dapat pula dibaca oleh mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. mengumpul al-Quran dengan hati dan ingatan. Baginda

membaca al-Quran kepada orang ramai dengan cermat dan berhati-hati melalui

9

Page 10: Ulum al

majlis ilmu yang di hadiri oleh para sahabat. Malaikat Jibril pula menyemak bacaan

baginda setiap tahun sekali dan dua kali pada tahun akhir hayat baginda.

��ل بي )ص( الق��رآن$ ك $ع��رض ع$ل$ى الن $��ان$ ي ة$ ق$ال$ ك ير$ $بي هر$ ع$ن أ$��ان$ ل��ذي قبض في��ه و$ك $ين في الع$ام ا ت $يه م$ر ة ف$ع$ر$ض$ ع$ل ع$ام م$ررين$ في الع$��ام الذي قبض$ $ف$ عش�� $ك $كف كل ع$ام ع$شرا ف$اعت $عت ي

(4614)البخاري:فيه.

Maksudnya: adalah ( jibril) mengemukakan kepada nabi bacaan al quran setiap sekali

setahun ( yakni pada bulan Ramadan). Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan

kepadanya dua kali. Adalah nabi Muhammad beriktikaf sepilih hari setiap tahun ( pada

bulan Ramadan). Maka pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf 20 hari.

2. Hafazan sahabat

Al-Quran juga menjadi tumpuan utama sahabat. Mereka seakan-akan bertanding

untuk mengingati dan menghafaz al-Quran serta mempelajari dan memahami isi

kandungannya.

Para sahabat sanggup berjaga malam semata-mata untuk menghafaz al-Quran

serta memahami al-Quran. Rasulullah juga telah memilih beberapa orang sahabat

untuk dihantar keluar Mekah bertujuan mengajar al-Quran. Antara sahabat tersebut

ialah Musa’b bin Umair dan Ibnu Ummu Matum yang dihantar ke Madinah.

Sementara Muaz bin Jabal dihantar ke Yaman.

Hasilnya, ramailah penghafaz al-Quran pada zaman Rasulullah seperti Hulafaul

Rasyidin, Talhah, Sa’ad bin Masu’d, Huzaifah bin Al Yaman, Aishah, Hafsah, Ummu

Salamah, Ubai bin Ka’ab dan lain-lain lagi.

2.2. Pengumpulan al-Quran secara penulisan.

10

Page 11: Ulum al

Pengumpulan al-Quran secara penulisan boleh dibahagikan kepada tiga zaman:

1) Zaman Rasulullah s.a.w.

2) Zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

3) Zaman Saidina Uthman bin Affan.

2.2.1.Penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.

Penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah dilakukan oleh beberapa sahabat

dengan bimbingan baginda yang mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada malaikat

Jibril. Mereka menulis di atas pelepah tamar, kulit binatang, kepingan batu dan tulang-

tulang yang kemudian semuanya disimpan di rumah Rasulullah. Penulisan pada zaman

Rasulullah juga terbahagi kepada dua golongan:

1) Golongan Mekah.

Khulafaur Rashidin (Abu Bakar, Umar Al Khatab, Uthman bin Affan dan Ali bin

Abi Talib), Talhah bin Ubaidillah, Muawiyah bin Abi Sufiyan, Huzaifah bin Al

Yaman, Abana bin Said, Al Alai bin Hadrami dan Salim Maula Abi Huzaifah.

2) Golongan Madinah:

Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Muaz bin Jabal, Umru bin Said, Abu Dardak dan

Anas bin Malik.

Kesimpulannya di sini dapatlah dirumuskan bahawa Al-Quran sudah pun tertulis

semuanya pada zaman Rasulullah s.a.w. namun begitu tulisan-tulisan ini mengandungi

ayat-ayat yang telah dimansukhkan. Ayat-ayat yang tidak teratur susunannya dan tidak

pula ditulis dalam sebuah mushaf yang lengkap tetapi masih masih berada dalam

lembaran yang berasingan.

11

Page 12: Ulum al

2.2.2.Penulisan al-Quran pada zaman Abu Bakar As- Siddiq

Setelah Rasulullah wafat, hasil suara majoriti Abu Bakar dilantik menjadi khalifah

pertama. Namun, ketika pemerintahan beliau menghadapi perbagai peristiwa besar

terutama peristiwa yang berkenaan dengan golongan Murtad dan tidak mahu

membayar zakat. Bagi menangani isu murtad beliau memerangi golongan murtad ini

sehinggakan lebih daripada 70 orang sahabat yang masyhur sebagai huffaz al-Quran

gugur syahid di medan perang. Peperang Yamamah ini berlaku pada tahun ke 12

hijrah. Oleh sebab itu al-Quran ditulis semula pada zaman Abu Bakar As-Siddiq.

Antara faktor al-Quran dibukukan semula pada zaman Abu Bakar As-Siddiq ialah:

1) Supaya mengelakkan al-Quran hilang daripada ingatan para sahabat kerana

ramai dalam kalangan sahabat telah terkorban dalam peperangan Yamamah

( peperangan memerangi golongan murtad).

2) Hasil cadangan saidina Umar Al- Khatab supaya al-Quran ditulis dalam bentuk

mushaf.

3) Abu bakar sendiri bimbang berlaku penyelewengan dalam penyusunan oleh para

pengumpul itu sendiri.

Saidina Abu BAkar telah memberi tanggungjawab ini kepada seorang sahabat yang

terkenal dengan pengalaman mengumpul al-Quran iaitu Zaid bin Thabit Al Ansori, di

bantu oleh beberapa orang sahabat yang lain.

Beliau merupakan hafiz yang telah menulis al-Quran di bawah kelolaan nabi

Muhammad s.a.w. kaedah penulisan beliau bersumberkan hafazan sahabat dan

penulisan sedia ada disamping pengesahan 2 orang saksi. Hasilnya lahirlah sebuah

mushaf al-Quran yang tersusun kemas. Mushaf ini masih mengandungi ayat yang di

mansukhkan. Namun, begitu umat islam menerimanya tanpa sebarang bantahan dan

pembetulan. Mushaf ini juga mencakupi dalam bentuknya yang asal seperti mana

diturunkan oleh malaikat Jibril a.s.

12

Page 13: Ulum al

2.2.3. Penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan.

Selepas saidina Abu Bakar meninggal dunia. Para sahabat telah melantik Saidina

Umar menjadi Khalifah yang kedua untuk memimpin umat Islam. Pada zaman Saidina

Umar Al-Khatab tidak berlaku sebarang penulisan al-Quran tetapi hanya menggunakan

al-Quran yang di tulis pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq disamping apa yang di

hafaz dalam dada para sahabat. Mushaf al-Quran tersebut dipegang oleh Saidina Umar

Al-Khatab. Kemudian, dipegang pula oleh anaknya. Hafsah binti Umar Al Khatab.

Selepas Saidina Umar meninggal dunia. Para sahabat telah melantik Saidina

Uthman bin Affan menjadi khalifah yang ketiga untuk memimpin umat Islam. Pada

tahun 23 hijrah telah berlaku satu peristiwa iaitu perbalahan umat Islam mengenai

bacaan al-Quran. Keadaan ini hampir-hampir mencetuskan peperangan dalam

kalangan umat Islam. Huzaifah bin Al Yamani telah mencadangkan kepada Saidina

Uthman bin Affan agar mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara

menyelaraskan mushaf al-Quran.

Hasil perbincangan beliau dengan para sahabat pada akhir 24 hijrah, Zaid bin

Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Al As dan Abdurahman bin Haris telah memberi

tanggungjawab untuk menyusun al-Quran dalam bentuk mushaf yang sistematik dan

diterima ramai. Saidina Uthman juga telah meminta, Ummu Mukminin, Hafsah supaya

memberikan mushaf yang disimpannya untuk kepentingan kajian semula. Dalam

penyusunan baru ini beberapa dasar telah diikuti oleh lajnah tersebut antaranya ialah:

1) Segala pembetulan dalam bacaan yang berbeza-beza dirujuk kepada sebutan

Quraisy.

2) Akan ditulis sebagai ayat al-Quran setelah didapati dengan pasti bahawa ayat itu

adalah ayat al-Quran setelah dikaji beberapa kali dan diyakini bahawa ia adalah

al-Quran yang didengar secara mutawatir daripada mulut Rasulullah.

3) Ayat ini di pastikan tidak di mansukhkan.

4) Ayat-ayat al-quran akan ditulis dalam beberapa mushaf bertujuan untuk

memeliharanya dan diedarkan keseluruh pelusuk Negara supaya dapat

mengelakkan terjadi kekeliruan denga ayat-ayat yang di mansuhkan.

13

Page 14: Ulum al

5) Di tulis tanpa menggunakan sebarang titik dan bentuk bertujuan bacaan yang

bermacam-macam tidak hilang serta boleh di terima oleh semua golongan.

2.3. Perbezaan penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar As-Siddiq dan Uthman bin Affan.

Zaman Rasulullah Zaman Abu Bakar As-Siddiq

Zaman Uthman bin Affan

1. Al-Quran ditulis atas

arahan Rasulullah

1. Al-Quran ditulis atas

cadangan Saidina

Umar Al Khatab.

1. Al-Quran ditulis atas

cadangan Khuzaifah

bin Yaman.

2. Ayat-ayat al-Quran

masih tidak tersusun

dalam mushaf( pada

batu, tulang, kuli da

pelepah tamar).

2. Ayat-ayat al-Quran

telah disusun dalam

sebuah mushaf sahaja.

2. Ayat-ayat al-Quran

tersusun dalam

beberapa buah

mushaf( 6 buah

mushaf).

3. Tujuan ditulis ayat-ayat

al-Quran untuk

memudahkan para

sahabat membaca dan

menghafal.

3. Tujuan ditulis ayat-ayat

al-Quran untuk

mengelakkan daripada

hilang kerana kematian

para hufaz.

3. Tujuan ditulis ayat-

ayat al-Quran untuk

mengatasi huru-har

yang berlaku akibat

perbezaan bentuk

bacaan.

3.0. Tokoh-tokoh yang berjasa dalam bidang ulum al-Quran pada zaman sahabat tabiin dan golongan mutakhirin.

3.1. Ubai bin Ka’ab (zaman sahabat).

Ramai golongan sahabat merupakan insan-insan yang mempunyai kelebihan

tersendiri. Dalam kalangan mereka ada yang menjadi pejuang, pemimpin, mujahid,

periwayat dan juga penulis wahyu yang di turunkan kepada Rasulullah. Catatan sejarah

14

Page 15: Ulum al

islam telah menunjukkan salah seorang penulis wahyu yang terkenal ialah Ubai Bin

Ka’ab.

Menurut apa yang telah tercatat dalam sejarah islam, Ubai Bin Ka’ab Bin Qais

Bin Ubaid Al-Ansari Al-Khazraji merupakan golongan Ansar dari suku kaum khazraj.

Rasulullah s.a.w. biasa memanggilnya dengan gelaran Abu Mundzir. Menurut Syeikh

Muhammad Sa’id Mursi, Ubai Bin Ka’ab telah meriwayatkan 164 hadis dari Nabi dan

beliau menghembuskan nafas terakhirnya di madinah pada tahun 21 hijrah. Beliau

juga pernah turut serta dalam perjanjian Aqabah 2 dan juga seorang mujahid perang

Badar serta turut terlibat dalam perperangan yang lain.

Selain itu, Ubai Bin Ka’ab juga mempunyai darjah kemuliaan yang tinggi dalam

kalangan muslimin golongan pertama. Beliau juga diriwayatkan sebagai insan yang

mulia yang termasuk dalam kalangan penulis wahyu al-Quran yang diturunkan kepada

nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah salah seorang penghafal Al-Quran pada zaman

Nabi. Ubai pernah ditugaskan oleh nabi untuk mengajar Al-Quran dan agama kepada

utusan yang datang dari pelbagai wilayah ke Madinah.

Menurut Syed Mahadzir Syed Ibrahim, dalam sebuah riwayat, pada suatu hari,

Rasulullah s.a.w telah mengatakan kepada beliau: “wahai Ubai Bin Ka’ab! Saya telah

dititahkan untuk menyampaikan Al-Quran kepadamu.”

Ubai Bin Ka’ab amat mengetahui bahawa Rasulullah hanya menerima perintah

daripada Allah S.A.W. dengan keadaan yang cemas lalu beliau segera bertanya

kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullh! Ibu Bapaku menjadi tebusan kamu apakah

kepada kamu disebut namaku?”. Lalu Rasulullah memberitahu Ubai Bin Ka,ab dan

keturunannya mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah.

Ubai Bi Ka’ab sentiasa mengingatkan kaumnya akan masa-masa Rasulullah

S.A.W. masih hidup, diperingatkan keteguhan iman mereka, sifat zuhud, perangai dan

budi pekerti mereka. beliau selalu menangis setiap kali beliau teringat kepaa allah s.w.t

dah hari akhiorat. Setiap firman Allah di dalam Al-Quran melalui surah Al-An’am, ayat

65, yang menusuk ke gendang telinganya akan menggetarkan hatinya.

15

Page 16: Ulum al

Firman allah S.W.T itu bermaksud

“ katakanlah: dia berkuasa akan mengirim siksa kepada kalian, baik dari atas

atau dari bawah kaki kalian, atau membaurkan kalian dalam satu golongan berpecah

belah, dan ditimpakan kalian dengan perbuatan kawannya sendiri…!”

Menurut sebuah riwayat, perkara yang paling dicemaskan oleh Ubai Bin Ka’ab

terhadap umat Islam pada ketika itu ialah datangnya suatu generasi umat yang

bercakar-cakaran sesama mereka. Oleh sebab itu, beliau selalu memohon kepada

Allah S.W.T semoga umat Islam tidak akan bermusuhan sesama sendiri sehingga

mampu merenggangkan hubungan wasilah. Sekiranya perkara ini berlaku maka agama

Islam akan tertindas.

Menurut Syed Mahadzir Syed Ibrahim di dalam bukunya mengatakan bahawa

perkara yang paling dicemaskan sebelum inibenar-benar berlaku beberapa tahun

kemudian. Pelbagai masalah cagun dan akhirnya agama Islam mengalami kejatuhan

terutama selepas era pemerintahan khalifah yang empat dan berlaku sehinggalah

sekarang.

3.2. Hasan Al-Basyri (zaman Tabi’in).

Nama lengkap beliau ialah Hasan bin Yasar Al- Basri. Beliau juga biasa dipaggil

dengan gelaran Abu Sa’id. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 21 hijrah pada

masa pemerintahan Umar bin Al-Khattab. Beliau meninggal dunia pada hari jumaat

bulan rejab tahun 110 hijrah.

Ayah beliau bernama Yasar, seorang hamba yang dimerdekakan oleh Yazid bin

Thabit dan Ibunya, Khairah, adalah hamba yang dimerdekakan oleh Ummu Salamah,

Ummul Mukminin. Beliau telah menghafal al-Quran pada zaman pemerintahan Khalifah

Uthman bin Affan. Beliau juga terdidik di pangkuan salah seorang isteri Rasulullah

s.a.w. iaitu Hindun binti Suhail yang dikenali sebagai Ummu Salamah.

16

Page 17: Ulum al

Beliau juga telah meriwayat sekitar 387 hadis daripada nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, beliau adalah ulama terkemuka Basrah yang terkenal kefasihannya dan

termasuk dalam salah seorang ahli hikmah. Menurut Syed Mahadzir Syed Ibrahim,

Hasan Al-Basyri meriwayatkan dari Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Musa Al-

Asy’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan

selain mereka. Beliau juga banyak meneladani Saiyidina Ali bin Abi Thalib dari segi

kesolehan agama kebagusan ibadahnya dan zuhudnya dari dunia dan perhiasannya

dunianya.

Ketika Hasan berumur empat belas tahun dan sedang memasuki usia remaja,

beliau berpindah ke Basrah bersama ayahnya dan menetap di sana bersama

keluarganya. Maka, dengan sebab itulah di akhir namanya dicantumkan ‘Al-Basyri’, iaitu

yang dinisbahkan kepada Kota Bashrah sehingga dikenali orang ramai dengan gelaran

Hasan Al-Basyri. Beliau juga mempelajari ilmu tafsir, hadis dan qira,at fikah, bahasa,

satera daripada Abdullah bin Abbas seorang ulama yang terkenal di Bashrah pada

ketika itu. Ketika pemerintahan Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi, gabenor Iraq yang

sangat sombong dan kejam. Oleh sebab itu, Hassan Al-Basyri adalah orang yang

berani menentang kekejaman tersebut. Beliau membentangkan keburukan perbuatan

Al-Hajjaj di hadapan orang ramai dan berkata benar di depannya.

Menurut Syeikh Muhammad Sa’id Mursi (2011), Hasan Al-Basri pernah menjadi

setiausaha pada gabenor Khurasan, Rabi’ bin Ziyad, pada masa pemerintahan

Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Imam Nawawi pernah berkata, “Hasan Al-Basri adalah

seorang ulama yang banyak ilmu pengetahuannya, memiliki darjat yang tinggi, faqih,

dipercayai, ahli ibadah, berpengetahuan luas, tutur katanya fasih dan berwajah

tampan”. Imam Al-Ghazali juga pernah berkata, “ Hasan Al-Basri adalah orang yang

p[aling mirip perkataannya dengan perkataan para nabi dan orang yang paling dekat

petunjuknya dengan petunjuk para sahabat”. Maslamah bin Abdul Malik juga pernah

berkata, “mana mungkin suatu kaum akan sesat jika di tengah-tengah mereka ada

orang seperti Hasan Al-Basyri”.

17

Page 18: Ulum al

3.3. Sufyan bin Uyainah ( golongan mutakhirin)

Nama lengkap beliau ialah Sufyan bin Uyainah bin Maimun Al-Hilali Al-Kufi.

Beliau biasa di panggil dengan gelaran Abu Muhammad. Beliau juga di lahirkan di

Kufah pada tahun 108 hijrah dan tinggal di Mekah serta wafat pada tahun 198 hijrah

diusia 91 tahun. Pada tahun 163 H ia berpindah dari Kufah ke Makkah, ia menetap di

kota ini mengajar hadits dan al-Quran kepada orang orang Hijaz hinggalah beliau wafat.

Beliau sempat bertemu dengan 87 tabi’in dan mendengar hadits dari 70 orang

diantara mereka. Yang paling terkenal diantaranya adalah Ja’far ash-Shadiq, Humaid

ath-Thawl, Abdullah bin Dinar, Abu az-Zanad dan Shalih bin Kaisan. Murid muridnya

yang meriwayatkan hadits darinya antara lain: Al-A’masi, Mis’ar bin Kidam, Abdullah bin

Mubarak, Asy-Syafi’I, Ahmad bin Hambal, Yahya bin Ma’in, dan Ali bin

Madini(.http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/09/05/sufyan-bin-uyainah-wafat-198-h/).

Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata mengenai dirinya:” Dia (sufyan bin Uyainah)

seorang yang Tsiqah, Hafidz, dan seorang yang ahli fiqh, Boleh jadi dia melakukan

Tadlis tetapi dari orang orang yang terpercaya”. Beliau meriwayatkan sekitar 7000

hadis, Imam Syafi’I memberikan memberi pengktirafan atas keilmuannya: “Andaikata

tidak ada Malik dan Ibnu Uyainah, nescaya hilang ilmu dari negeri Hijaz”. Menurut

Syeikh Muhammad Sa’id Mursi (2011), antara karya-karyanya ialah Al-Jami fi al-Hadis

dan Kitab fi at-tafsir.

18

Page 19: Ulum al

4.0. Rumusan

Al-Quran ialah kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara

mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan

berakhir dengan Surah An-Nas. Kits boleh menghuraikan definisi maksud al-

Quran seperti:

DefinisiAl-Quran

Huraian Definisi

Kalamullah Membezakan al-Quran dengan semua jenis kalam makhluk

Yang

Bermukjizat

Membezakan al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis

nabawi

Yang Membezakan al-Quran dengan kalamullah yang tidak

19

Page 20: Ulum al

Diturunkan diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja

Kepada Nabi

MuhammadMembezakan al-Quran dengan kitab samawi yang lain

Melalui

Malaikat Jibril

Membezakan al-Quran dengan semua jenis wahyu yang

diturunkan melalui mimpi dan percakapan di sebalik hijab

Dalam

Bahasa Arab

Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain yang

diturunkan bukan dalam bahasa arab

Secara

Mutawatir

Membezakan al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis

Nabawi yang kebanyakkan di riwayat dengan Hadis Ahad

Membaca

Setiap Huruf

Adalah Ibadah

Membezakan al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis

Nabawi

Oleh itu, daripada definisi sudah terang lagi bersuluh, betapa agungnya kitab

suci al-Quran yang telah di wahyukan kepada nabi junjungan besar kita,

Muhammad s.a.w. untuk panduan umat islam sejagat supaya tidak terpesong ke

lembah kekufuran. Dalam proses pengumpulan dan pembukuan kita dapati begitu

berat untuk menjalankan tugas tersebut. Tetapi demi kepentingan umat Islam,

para sahabat berasa bertanggungjawab untuk mengumpul al-Quran sehinggalah

menjadi satu Mushaf yang lengkap. Kebaikannya ialah kepada kita, umat Islam

pada masa kini dan seterusnya.

Ayuhlah umat Islam sekalian kita menjadi ummah yang sentiasa membaca dan

mengamalkan isi kandungan al-Quran. Akhir kalam, marilah kita mencari

keredaan Allah semoga kita mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

20

Page 21: Ulum al

Bibliografi

Abdul Munir Yaacob. (1946). Perundangan Islam: Era Kemajuan Fiqh dan Kelahiran Mazhab. Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Aceh, D. (2010). Al Quran dan Wahyu. Dilayari pada Mac 12, 2012, daripada http://alqurandanwahyu.blogspot.com/2010/02/definisi-al-quran.html

Huffaz Team. (2008). Al Quran Dusturuna. Dilayari pada Mac 12, 2012, daripada http://huffazteam.blogspot.com/2008/02/definisi-al-quran_22.html

Ibnu Thohir. (2010). Lingkaran Community. Dilayari pada Mac 18, 2012, daripada http://www.lingkaran.org/biografi-ibnu-abbas.html

Irfan Irsyad (2010). Mencari Keredhaan Illahi. Dilayari pada Mac 12, 2012, daripada http://irfanirsyad.wordpress.com/2012/01/09/sejarah-pengumpulan-mushaf-al-quran/

Jabatan pendidikan Islam dan moral. (2006). Kemahiran al-Quran tingkatan satu, dua dan tiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

21

Page 22: Ulum al

Mohd Hamyzan bin Hussain. (2011). Pemuda Selehor. Dilayari pada Mac 15, 2012, daripada http://pemudaselehor.blogspot.com/2011/12/siri-mengenali-sahabat-biodata-ringkas.html

Rosmawati Ali @ Mat zin. (1997). Teks Pengajian Al-Qur’an: Pengantar Ulum Al-Qur’an. Kuala Lumpur : Ilham Abati Enterprise.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (1961). 163 Tokoh Terkenal Islam. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Syed Mahadzir. (2005). Pendidikan Islam. Selangor: Penerbitan PCT Sdn. Bhd.

Syeikh Muhammad Sa’id Mursi. (2011). Tokoh-tokoh besar Islam Sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Al Hidayah Publication.

Wan Mohd Azmi Mamat. (2008). Nama-nama Al-Quran. Dilayari daripada Mac 10, 2012, daripada http://wmazmi.wordpress.com/2008/04/16/nama-nama-al-quran/

Wikipedia. (2011). Hassan Al Basri. Dilayari pada Mac 20, 2012, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hasan_al-Basri

Mohd. Yusuf Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Quran. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Rudiharto. (27 April 2011 ). Islam Agama ku: Nama-nama Lain Al Qur’an. Di layari

pada 21 Februari 2012. Di URL http://kr-cahelek.blogspot.com/2011/04/nama-

namal-ain-al-quran.html.

22

Page 23: Ulum al

Lampiran23

Page 24: Ulum al

24