ulasan kritikal

6
Berdasarkan artikel ini, fokus kajian adalah mengakaji kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika, kesesuaian latihan yang diperolehi, teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui bermain, dan kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain. Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Oleh sebab itu, fokus kajian akan mendalami beberapa aspek iaitu, apakah persepsi guru tentang faedah pengajaran belajar sambil bermain? Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh guru, kelemahan-kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti dan adakah latihan yang mencukupi telah dibagi kepada guru untuk Ulasan kritikal (Fokus Kajian)

Upload: chiong-yew-tiong

Post on 01-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

esaiment

TRANSCRIPT

Ulasan kritikal (Fokus Kajian)Berdasarkan artikel ini, fokus kajian adalah mengakaji kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika, kesesuaian latihan yang diperolehi, teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui bermain, dan kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain. Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Oleh sebab itu, fokus kajian akan mendalami beberapa aspek iaitu, apakah persepsi guru tentang faedah pengajaran belajar sambil bermain? Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh guru, kelemahan-kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti dan adakah latihan yang mencukupi telah dibagi kepada guru untuk melaksanakan kaedah belajar sambil bermain akan dianalisis serta diulaskan. Semua fokus kajian ini adalah untuk memastikan pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di tadika-tadika adalah tindakan yang rasional dan efektif dalam membantu murid-murid tadika untuk mendapat ilmu dengan berkesan dan bermakna.

Ulasan kritikal ( Dapatan Kajian )

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain ini masih baru dan pihak sekolah mahupun ibu bapa kurang menyesuaikan diri dengan kaedah ini dan terdapat cabaran dan dugaan semasa menjalankan melaksanakan strategi ini dalam tadika. Dalam kajian, pengkaji mendapati hampir semua guru jelas tentang kaedah belajar melalui bermain dan ini menunjukkan guru-guru faham tentang faedah dan kepentingan belajar melalui bermain. Pengkaji juga telah meninjau dan membuat pemerhatian terhadap masalah guru menjalankan aktiviti belajar melalui bermain adalah strategi P&P guru masih terlalu tertumpu kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis dan mewarna. Dalam aspek faedah bahan bantu mengajar, pengkaji telah mendapat keseluruhannya guru faham dengan kepentingan bahan bantu mengajar. Dalam aspek, latihan yang diperolehi oleh guru dalam pelaksanaan tetang kaedah belajar melalui bermain pula, walaupun terdapat beberapa masalah, pengkaji mendapati guru-guru berupaya menjalankan aktiviti dengan lancar dan kematangan guru dalam kemahiran menjalankan aktiviti. Kesimpulaanya, guru beruapaya dan memahami aktiviti ini walaupun tidak sepenuhnya.Ulasan kritikal ( Rumusan Kajian )

Pendidikan adalah satu keperluan untuk semua kanak-kanak. Guru harus berusaha dan bersungguh-sungguh untuk memikirkan strategi yang menyeronokkan kanak- kanak semasa mengajar dan bukannya hanya memetingkan pencapaian akademik sahaja. Pendidikan prasekolah merupakan satu kesempurnaan bagi mereka untuk mendapat pengetahuan dan latihan awal untuk masuk ke sekolah rendah. Menurut pengkaji dalam rumusan kajian, kaedah belajar melalui bermain tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana murid banyak, tidak ada ruang yang cukup dan tiada pembantu yang membantu. Cabaran yang kedua adalah guru perlu peka terhadap minat murid dan kurang idea untuk menjalankan kaedah ini dan kaedah ini kurang mendapat sokongan daripada ibu bapa. Bahan bantu mengajar juga agak sukar disediakan kerana perlu menyesuaikan ABM dan aktiviti belajar melalui bermain ke dalam sukatan pelajaran serta menyukarkan guru untuk mengenalpasti tahap-tahap pencapaian murid. Guru juga perlu mempunyai kemahiran dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif, bahan-bahan pengajran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah. Kesimpulannya, guru-guru tadika harus peka dengan perbezaan individu untuk melaksanakan kaedah belajar melalui bermain. Mereka perlu menyedari bahawa kanak-kanak datang dari pelbagai latar belakang dan sosiobudaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan kedudukan sosio ekonomi.

Ulasan kritikal ( cara pembaikan)

Dalam aspek membuata bahan Bantu Mengajar, guru boleh menggunakan bahan terbuang untuk menjimatkan kos dan lebih mesra alam. Guru juga perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka. Guru juga harus banyak berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti bersama-sama kanak-kanak. Maksudnya, guru memainkan peranan lebih kepada seorang pembimbing daripada seorang pengarah. Guru harus membimbing murid mebuat aktivit sambill belajar sehingga memcapai objektif. Guru juga boleh menghadiri kursus untuk lebih memahami kosep belajar melalui bermain. Apabila seseorang guru didedahkan kepada pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, konsep pendidikan traditional dapat digantikan dengan kosep belajar bermain dan P&P kelas tersebut akan lebih lancar.bagi tadika swasta, majikan harus peruntukkan sumber kewangan untuk keperluan guru untuk menyediakan bahan abntu mengajar. Guru yang dipilih untuk pendidikan prasekolah harus seseorang yang bersedia dan memahami sebarang dan perkembangan diri pelajar dari semasa ke semasa tanpa paksaan. Guru-guru harus merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira untuk membentuk persenaliti mereka yang unggul.