ulasan buku

Upload: siti-asiah-abd-rahman

Post on 10-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulasan buku

TRANSCRIPT

Judul : 3 i : Islam, Iman, IhsanPengarang : Sakinah SallehPenerbit : PTS Millennia Sdn.Bhd.Tahun Terbit : 2011Tebal : 128 halaman.

Islam, Iman, Ihsan dalam konteks 3i adalah sebuah buku ilmiah yang ditulis oleh seorang yang tidak asing lagi dalam bidang agama dan minat dalam mengajar, berdakwah serta berpengalaman dalam bidang yang pernah diceburinya,memberi peluang kepada beliau bagi berkongsi maklumat dan ilmu dalam program ceramah dan motivasi di radio dan TV. Beliau pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah selama hampir 8 tahun, dapat membantu beliau memahami dan menghayati konsep 3i ini dengan lebih mendalam. Biarpun bergelar seorang pendidik, beliau tetap menimba ilmu dengan menghadiri kuliah agama serta wacana ilmu. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah Psikologi dan Kaunseling di Pusat Pengajian Lanjutan Universiti Malaya (UMCEED), juga menjadi Kolumis tetap ruangan Kenali Diri Bina Identiti untuk Majalah Pendidik. Beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam bidang kaunseling. Beliau merupakan perunding motivasi dan merangkap pengarah syarikat Qutreen Motivation and Consulting dan Qutreen Niaga Sdn Bhd. Selain itu beliau juga menjadi kaunselor, perunding motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti.

Konsep 3i yang digarapkan daripada perlaksanaan iman, islam, ihsan adalah luas pengertiannya. Ia mencakupi seluruh kehidupan manusia kepada tuntutan rukun yang terkandung dalam solat,zakat,haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus. Buku ini mempunyai lapan bab utama iaitu bab pertama yang membincangkan islam,iman, dan ihsan kejayaan hakiki dan abadi. Dalam bab ini, penulis membawa pendekatan maksud islam dalam bahasa arab adalah salama yang beerti selamat. Daripada istilahnya, ia membawa maksud mentauhidkan Allah SWT dengan menunaikan ajaran-Nya, firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 165, menyebut, Antara manusia itu ada orang yang menyembah selain Allah SWT,mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah SWT. Namun, orang yang beriman lebih mencintai Allah SWT. Manakala iman membawa maksud membenarkan dengan hati,berikrar dengan lisan iaitu lidah dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Dan ihsan ialah melakukan ibadah yang meliputi segala pengamalan dan perbuatan dengan ikhlas serta meyakini Allah SWT mengetahui dan menyaksikan segala perbuatan. Menurut pengarang untuk mencapai kejayan yang hakiki dan abadi perlulah menghayati konsep 3i iaitu islam,iman dan ihsan. Setiap hujah beliau, diperkuatkan dengan dalil-dalil al-quran, hadis nabi, sejarah nabi dan banyak memberi contoh yang berlaku pada masa kini yang boleh menjadi iktibar pada umat islam. Pengarang menegaskan bahawa konsep 3i iaitu islam, iman, dan ihsan adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta , sesama manusia dan alam ini, yang menjadi formula kejayaan hakiki dan abadi.

Dalam konsep 3i, mengenal dan mencari kesempurnaan diri yang telah dinyatakan dalam wahyu Ilahi yang terkandung tips, kaedah, panduan, pengalaman ,pengajaran, peringatan, amaran, peraturan, ilmu, sejarah umat terdahulu,cerita-cerita alam dan kehidupan, had dan larangan dalam kehidupan manusia,dan cara hidup yang sempurna, lengkap serta melengkapi, boleh menjadi panduan dan pengajaran umat manusia. Mengenali hakikat diri untuk mencari kesempurnaan diri dengan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesopanan, menjaga kebersihan, menghormati antara satu sama lain, menjaga perpaduan kaum serta berkasih sayang. Pengarang juga menekankan bahawa pelengkap bagi kejayaan setiap individu muslim adalah sempurnanya fardhu ain dan fardhu kifayah. Dalam bab menggapai kejayaan hakiki dan abadi, pengarang telah merujuk kepada teori-teori kejayaan daripada perspektif barat dan perspektif islam. Mengikut teori kejayaan daripada perspektif barat lebih melihat kepada kejayaan material dan bukannya spiritual apabila sesuatu itu dilihat berkuasa dan mempunyai pengaruh atas sesuatu yang lain, teori kejayaan yang hanya memenuhi kehendak nafsu, realitinya mereka gagal kerana tidak mampu mengatasi hakikat kekuasaan dan keesaan Allah SWT. Manakala mengikut teori kejayaan daripada perspektif islam, orang inginkan kejayaan perlu mengetahui apa yang diingininya dalam kehidupan.

Matlamat berpandukan quran dan sunnah adalah perbicaraan selanjutnya dalam buku ini, perbicaraan ini berkisar mencari keredhaan Allah SWT untuk mencapai kejayaan hakiki dan abadi adalah apabila berjaya menjadi muslim sejati yang memahami dunia ini hanya tempat persinggahan sementara. Pengarang mengingatkan bahawa konsep kejayaan ada dua bahagian iaitu kejayaan dunia dan kejayaan akhirat, kejayaan dunia adalah kejayaan ilmu iaitu memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan ummah, kejayaan harta apabila mempunyai harta dan memanfaatkanya ke jalan Allah SW T, kejayaan pangkat adalah dengan memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan semua, dan kejayaan rumahtangga pula apabila mempunyai rumah tangga bahagia, sejahtera dan menjadi contoh kepada orang lain. Manakala kejayaan akhirat adalah terlepas azab seksa kubur,mendapat syafaat Rasulullah SAW, melepasi titian sirat dan dipilih sebagai penghuni syurga.

Selanjutnya buku ini juga membincangkan cara mengatur strategi dan mencapai impian dalam penerapan 3i bagi mengaplikasikan strategi yang digunakan untuk mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Keseimbangan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia, jika tiada keseimbangan akan menyebabkan prinsip kehidupan dalam menentukan hala tuju lari dari landasan dan keutamaan sebenar dalam kehidupan. Integrasi iman dalam kehidupan adalah sentiasa berserah diri kepada Allah akan mendapat ketenangan jiwa yang tidak tergugat dengan keadaan sekeliling, firman Allah dalam surah Insyirah ayat 1-8 yang bermaksud, Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu beban yang kamu pikul. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami telah meninggikan sebutan namamu. Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh,bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal ibadat yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu sajalah, hendaknya engkau mengharap.

Menurut pengarang dalam mengatur strategi dan mencapai impian perlu ada penghijrahan iman yang boleh dicapai seboleh-bolehnya tahap keimanan yang tinggi, antara tahap- tahap iman ialah iman taqlid, iman aayan, iman ilmu, dan iman haq/hakikat. Selain itu, penghijrahan amal dan hijrah akhlak. Dalam penghijrahan amal, hadis nabi ada menyebut, sebaik-baik amal adalah berterusan walaupun sedikit. Hijrah akhlak, perumpamaan ada mengatakan, Seseorang insan yang berjaya dihormati dan disegani bukan kerana kejayaan yang dimilikinya tetapi kualiti yang membawa dirinya kepada kejayaan. Selanjutnya pengarang membicarakan bina semangat dan meningkatkan motivasi diri bagi mengekalkan semangat untuk berjaya dan membina motivasi diri yang berkekalan, perlulah mempunyai tujuan dan matlamat hidup, menentukan visi dan misi kejayaan, bergerak ke arah perubahan, membina prinsip diri dan mempunyai motivasi diri dan komitmen tinggi.

Mengendalikan kegagalan dan kejayaan merupakan bab yang membicarakan tentang ujian dan cabaran proses kejayaan, sebagaimana Allah SWT menyatakan dalam surah at-Talaq, ayat 2-3, Sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya nescaya Allah SWT mengadakan untuknya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Ingatlah, sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT, cukup untuk menolong dan menyelamatkannya. Selain itu, bab ini juga berkisar tentang meletakkan keyakinan hanya pada Allah SWT, mengenal erti dugaan dan musibah, dan AllahSWT sebaik-baik tempat meminta pertolongan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 23, Allah jualah hendaknya kamu berserah, sekiranya benar kamu orang yang beriman. Seterusnya bab yang ketujuh membicarakan tentang meniti sirat untuk ke syurga iaitu percutian abadi. Persediaan menghadapi kematian, tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati apabila sampai saat dan ketikanya dan bezanya hanya cepat atau lambat. Dalam surah an-Nisa, ayat 78, Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang kukuh. Dalam bab ini juga pengarang menggunakan pepatah melayu harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nyawa. Pengertiannya dalam kehidupan sebelum manusia meninggalkan dunia yang fana perlulah menjadi manusia yang boleh memberi untuk orang lain. Sebagai hamba keimanan adalah kesedaran, harapan dan berserah diri kepada Allah SWT dan menerima serta melihat sesuatu secara positif.

Cahaya illahi penyuluh kehidupan adalah merupakan bab yang kelapan dan terakhir dalam buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan. Bab ini adalah kemuncak bagi merealisasikan gabungan 3i, dalam firman Allah SWT, surah Fussilat, ayat 46, Siapa yang mengarjakan amal yang soleh, pahalanya untuk dirinya sendiri. Dalam bab ini terkandung membentuk keperibadian unggul,hijrah diri ke arah perubahan sikap, penerapan sifat mahmudah agar jadi insan kamil iaitu insane yang sentiasa mendekatkan diri dengan amalan-amalan kebaikan.

Konsep iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan iman dan islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan mengharap keredhaan-Nya.

Konteks 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesame manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi percutian abadi bertemu Allah SWT bersama persiapan yang rapi.

Buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan seperti yang ditekankan di awal tulisannya, Sakinah Salleh cuba mengetengahkan buku ini bukan dalam nada yang terlalu ilmiah sifatnya kerana sasarannya ialah pembaca awam. Namun ia juga sesuai untuk rujukan pelajar atau mahasiswa yang mengambil aliran agama.

Sesuai dengan itu, buku ini mempersembahkan gaya penulisan yang agak mudah di fahami, sekalipun seseorang itu tidak pernah mendalami ilmu agama, paparan yang menyeluruh dengan menggunakan dalil al-Quran serta hadith bagi memperkukuhkan lagi hujahnya didalam buku ini.

Namun begitu, ada dua hal yang agak menarik iaitu perbincangannya dalam mencari kesempurnaan diri dalam bab kedua, dinyatakan melalui panduan wahyu illahi yang diturunkan didalam kitab yang agung iaitu al-quran melalui kekasih-Nya nabi Muhammad SAW. Pengarang juga menggunakan contoh-contoh teladan yang kebanyakannya telah di ketahui umum memudahkan lagi untuk memahami konsep 3i, dan satu hal lagi, dalam konteks 3i, iaitu ke arah menggapai kejayaan hakiki dan abadi yang terkandung dalam bab ketiga, yang menyatakan kita adalah nakhoda yang menentukan perjalanan kita sampai ke destinasi, setiap individu merancang untuk berjaya dan membina kecemerlangan dalam hidup.Di akhir penulisan beliau mengingatkan bahawa, Aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam sebagai agamaku, Muhammad sebagai Nabiku. dan Tiada tuhan selain Allah, yang tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah pemilik kerajaan dan semua pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.