ulasan bab 1

3
AT10203 PENGANTAR KAEDAH PENYELIDIKAN SOSIAL DAN STATISTIK SEMESTER II SESI 2014/2015 PROSES DAN ATURAN DALAM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL Nama : Jasmin Norhasfitri binti Muhammad Nor No. Matrik : BA14110194 ILMU SAINS SOSIAL Sains sosial umumnya di ertikan kepada kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khusus sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya, sains sosial ialah himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan masyarakat iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan. APAKAH ITU KAJIAN SOSIAL Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,kajian merupakan proses dan usaha mengkaji. Namun bagi Graziano dan Raulin (1996) mendefinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai satu pencarian yang sistematik terhadap maklumat yang sistematik terhadap maklumat serta proses penyelidikan. Terdapat dua pendekatan kajian dalam sains sosial iaitu kajian kualitatif sebuah kajian berasaskan fakta dan analisis serta lebih subjektif. Manakala yang kedua adalah kajian kuantitatif iaitu sebuah kajian berasaskan angka dan menggunakan stastik serta eksperimen. PERBAHASAN METHODOLOGI Makna dan maksud sebenar methodologi seringkali dibahaskan kerana tiada maksud sebenar bagi istilah ini. Perbahasan yang selalu dilakukan adalah untuk mencari makna terbaik bagi istilah methodologi. Bagi Professor Ulung Shamsul Amri, beliau mendefinisikan methodologi

Upload: jasmin-norhasfitri-muhammad-nor

Post on 19-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ulasan bab 1

TRANSCRIPT

AT10203PENGANTAR KAEDAH PENYELIDIKAN SOSIAL DAN STATISTIKSEMESTER II SESI 2014/2015PROSES DAN ATURAN DALAM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Nama:Jasmin Norhasfitri binti Muhammad NorNo. Matrik:BA14110194

ILMU SAINS SOSIALSains sosial umumnya di ertikan kepada kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khusus sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya, sains sosial ialah himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan masyarakat iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan.APAKAH ITU KAJIAN SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,kajian merupakan proses dan usaha mengkaji. Namun bagi Graziano dan Raulin (1996) mendefinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai satu pencarian yang sistematik terhadap maklumat yang sistematik terhadap maklumat serta proses penyelidikan.Terdapat dua pendekatan kajian dalam sains sosial iaitu kajian kualitatif sebuah kajian berasaskan fakta dan analisis serta lebih subjektif. Manakala yang kedua adalah kajian kuantitatif iaitu sebuah kajian berasaskan angka dan menggunakan stastik serta eksperimen.PERBAHASAN METHODOLOGIMakna dan maksud sebenar methodologi seringkali dibahaskan kerana tiada maksud sebenar bagi istilah ini. Perbahasan yang selalu dilakukan adalah untuk mencari makna terbaik bagi istilah methodologi. Bagi Professor Ulung Shamsul Amri, beliau mendefinisikan methodologi sebagai salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Antara pengertian yang sering diberikan mengenai methodologi adalah seperti berikut : 1. Metodologi adalah teknik membuat kajian2. Metodologi penyelidikan adalah teknik mengumpul bahan3. Metodologi penyelidikan adalah cara mengutip data4. Metodologi adalah cara menghimpun data menggunakan surveyEPISTEMOLOGIEpistemologi adalah berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Perkataan epistemologi adalah gabungan daripada dua perkaaan dari bahasa Greek iaitu Episteme yang bermaksud pengetahuan dan juga logos yang bermaksud perkataan, fikiran atau ilmu. Bagi Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau menyatakan epistemologi adalah sebagai membicarakan hakikat, makna kandungan, sumber dan proses ilmu. Tuntasnya epistemologi adalah satu disiplin ilmu yang membicang dan menyelidiki tentang asal usul, sumber, kaedah, proses dan had sesuatu ilmu ataupun pengetahuan sehingga membawa kepada pemahaman terhadap kebenaran yang hakiki. Dalam epistemologi terdapat pelbagai aliran seperti empirisisme (pengalaman), rasionalisme (kepastian pengetahuan), positivisme (pancaindera) dan idealisme (jiwa dan roh).ONTOLOGIOntologi adalah berkaitan dengan disiplin ilmu yang membahas atau mempermasalahkan hakikat hakikat semua yang ada baik abstrak ataupun tidak. Ia juga ilmu yang membicarakan tentang hakikat ketuhanan (teologi/metaphysics), hakikat alam semesta (kosmology) dan hakikat manusia (psikology). Perkataan ontologi adalah gabungan daripada dua perkaaan dari bahasa Greek iaitu Ontos yang bermaksud wujud dan juga logos yang bermaksud perkataan, fikiran atau ilmu. Dalam ontologi terdapat dua konsep iaitu abstrak dan konkrit determinisme dan interdeterminisme.Dalam ontologi terdapat beberapa aliran iaitu monisme, dualisme, pluralisme dan agnostisisme.PERBAHASAN TEORI DALAM KAJIAN SOSIALTeori bagi pandangan Karl Popper adalah jaringan untuk menangkap yang disebut dunia. Teori ini membantu kita untuk memahami kenyaaan. Teori juga boleh diertikan sebagai kenyataan atau andaian abstrak tentang perhubungan antara pemboleh ubah bagi menjelaskan sesuatu fenomena. Kenyataan atau andaian ini terhasil daripada pemerhaiaan secara berterusan ke atas sesebuah fenomena yang ingin difahami. Dalam sains sosial, teori itu akan diuji berulang kali kerana fenomena sains sosial ini umumnya sukar dibuktikan secara tepat. Teori mempunyai pelbagai fungsi seperti berikut :1. Mewujudkan pengklasifikasian.2. Menjelaskan perkara yang telah berlaku.3. Meramal perkara yang akan berlaku.4. Menjadi panduan dalam penyelidikan.Teori boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu :1. Grand Theory2. Middle Range Theory