ujian kefasihan

Upload: ahmadsalim-hambiah

Post on 07-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ujian kefasihan

TRANSCRIPT

Slide 1

Ujian Kefasihan

DEFINISIUjian kefasihan merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat bagi menilai sesuatu hasil pengajaran.

Tujuan Pelaksanaan1. Menentukan setakat mana murid boleh kuasai kemahiran dan bahan isi pelajaran yang telah dipelajari.2. Berfungsi untuk uji kebolehan umum berbahasa seseorang murid.

Ciri-ciri 1. Dapat mengetahui penguasaan kemahiran BM secara menyeluruh.2. Dapat menempatkan murid mengikut kumpulan dan tahap pengetahuan murid.3. Digunakan dalam sesi temuduga (sektor awam dan swasta)

Aspek PenilaianDinilai dari segi :-Penyebutan yang betul dan jelas.Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.Intonasi dan nada yang betul.Pemilihan ungkapan yang jelas.

Mimik muka yang bersesuaian.Posisi tubuh yang betul.Kedudukan buku yang betul.Pergerakan mata.

Aspek yang ditekankan dalam pengujian lisan1. Kefahaman murid terhadap sesuatu konsep.2. Pengetahuan fakta murid3. Pemikiran peringkat tinggi.4. Kecekapan mendengar5. Penggunaan bahasa yang tepat. - sebutan jelas dan bermakna6. Gaya persembahan/ kelancaran berbahasa seseorang murid. - tidak gugup ketika menyebut7. Pertuturan dan sikap murid.8. Nada dan intonasi suara murid.

Kepentingan Untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi kriteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

Alat Penilaian Ujian Kefasihan

Skema Pemarkahan Analisis Bagi Ujian Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PeringkatSkorKonstrukKriteria / KeteranganSangat Baik09 101. Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.2. Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan betul, sangat jelas dan tepat.Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.4. Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang. Baik07 081. Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.2. Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan betul, jelas dan tepat.Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.4. BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.Memuaskan05 061. Tatabahasa dan Kosa KataBahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul.2. Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.4 . BermaknaKeseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

PeringkatSkorKonstrukKriteria / KeteranganKurangMemuaskan03 041. Tatabahasa dan Kosa KataBahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah.2. Sebutan, Intonasi dan NadaKebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.Intonasi banyak yang salah.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.4. BermaknaKebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.Lemah01 021. Tatabahasa dan Kosa KataKeseluruhannya lemah.Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.2. Sebutan, Intonasi dan Nada3. Kefasihan4. Bermakna

Kriteria Pemarkahan Ujian Lisan Bahasa Melayu

PeringkatSkor KonstrukKriteria / KeteranganSangat baik34 - 401.Tatabahasa dan kosa kataBahasa gramatis, penggunaan kosa kata sangat tepat.2. Sebutan, intonasi dan nada. Sebutan betul, sangat jelas dan tepat. Intonasi dan nada.3. Kefasihan Keseluruhan pengucapan sangat petah dan fasih.4. Idea Keseluruhan pengucapan sangat petah dan fasih. Idea sangat tepat serta matang.5. Bertatasusila Pengucapan yang sangat beradab sopan dan santun berbahasa.Baik25 - 331.Tatabahasa dan kosa kataBahasa gramatis, penggunaan kosa kata tepat.2. Sebutan, intonasi dan nada.Sebutan betul, jelas dan tepat.Intonasi dan nada betul.

PeringkatSkor KonstrukKriteria / Keterangan3. KefasihanKeseluruhan pengucapan petah, fasih dan idea tepat.4. IdeaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud.Idea tepat serta matang.5. BertatasusilaPengucapan beradab, bersopan dan santun berbahasa.Memuaskan16 - 241.Tatabahasa dan kosa kataBahasa masih gramatis, penggunaan kosa kata masih tepat.2. Sebutan, intonasi dan nada.Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.Kebanyakanintonasi dan nada masih betul.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan idea masih tepat.4. IdeaKeseluruhan pengucapan masih mencapai maksud.Idea masih tepat serta masih matang.5. BertatasusilaPengucapan masih beradab, masih bersopan dan masih santun berbahasa.

PeringkatSkor KonstrukKriteria / KeteranganKurang memuaskan16 - 241.Tatabahasa dan kosa kataBahasa kurang gramatis, penggunaan kosa kata kurang tepat dan kadangkala salah.2. Sebutan, intonasi dan nada.Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.Intonasi dan nada kurang betul.3. KefasihanKeseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan idea kurang tepat.4. IdeaKebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud.5. BertatasusilaPengucapan kurang beradab, bersopan dan kurang santun berbahasa.Tahap pencapaian minimum01 - 06

1.Tatabahasa dan kosa kataKeseluruhannya lemah.Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.2. Sebutan, intonasi dan nada.3. Kefasihan4. Idea5. Bertatasusila