ucapan pengerusi

2
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tingi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya maka saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menjayakan Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2013 yang diamanahkan kepada kami oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saya selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa program dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi kesempatan, peluang dan ruang kepada kami untuk melaksanakan seterusnya merasai pengalaman yang baharu hasil daripada Program Bina Insan Guru ini. Program ini merupakan salah satu daripada kursus yang terdapat di bawah Unit Kokurikulum. Kursus ini bagi melengkapkan sukatan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Justeru itu, kami diamanahkan untuk melaksanakan program ini bagi memenuhi syarat penilaian untuk kursus ini. Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi bangsa. Rasionalnya, program ini dapat memberi pengalaman, pendedahan serta pemahaman yang lebih luas terhadap guru pelatih untuk menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Disamping itu juga meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Program ini sangat membantu dalam memperolehi pengalaman baharu untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di masa akan datang. Seterusnya, di sini tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terutamanya Datin Siti Hanifah Binti Madarsa selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana dengan memberi kebenaran serta kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program Bina Insan Guru ini. Sekalung ucapan kata aspresiasi kami persembahkan kepada semua pensyarah yang terlibat daripada Unit Kokurikulum IPGKBM dan juga mentor yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program ini yang banyak membantu dalam menjayakan Program Bina Insan Guru ini. Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa baik dan budi anda semua tidak dapat saya balas dan akan dikenang selamanya. Sekian.

Upload: muney-kiki

Post on 15-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tingi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya maka saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menjayakan Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2013 yang diamanahkan kepada kami oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saya selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa program dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi kesempatan, peluang dan ruang kepada kami untuk melaksanakan seterusnya merasai pengalaman yang baharu hasil daripada Program Bina Insan Guru ini.Program ini merupakan salah satu daripada kursus yang terdapat di bawah Unit Kokurikulum. Kursus ini bagi melengkapkan sukatan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Justeru itu, kami diamanahkan untuk melaksanakan program ini bagi memenuhi syarat penilaian untuk kursus ini. Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi bangsa. Rasionalnya, program ini dapat memberi pengalaman, pendedahan serta pemahaman yang lebih luas terhadap guru pelatih untuk menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Disamping itu juga meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Program ini sangat membantu dalam memperolehi pengalaman baharu untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di masa akan datang.Seterusnya, di sini tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terutamanya Datin Siti Hanifah Binti Madarsa selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana dengan memberi kebenaran serta kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program Bina Insan Guru ini. Sekalung ucapan kata aspresiasi kami persembahkan kepada semua pensyarah yang terlibat daripada Unit Kokurikulum IPGKBM dan juga mentor yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program ini yang banyak membantu dalam menjayakan Program Bina Insan Guru ini.Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa baik dan budi anda semua tidak dapat saya balas dan akan dikenang selamanya.Sekian.(MOHAMMAD IDRUS BIN HJ MORSIDI)PengerusiJawatankuasa Program Bina Insan GuruPISMP Ambilan Jun 2013