teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah...

57
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE–7 (2018) KOPSYA

Upload: others

Post on 06-Nov-2019

47 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PENGERUSI KOPSYA

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN

TAHUNAN KALI KE–7 (2018) KOPSYA

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

2

4 MEI 2019 (SABTU)

2.30 PETANG

AUDITORIUM, ANGKASA

Terima kasih saudari Pengacara

Majlis,

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

3

Yang Dihormati,

- Yang Berusaha Encik Amran Abd

Kadir

Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia,

Cawangan Wilayah Persekutuan

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

4

- YBhg. Dato’ Hj. Kamarudin Ismail

Timbalan Pengerusi KOPSYA

merangkap Timbalan Presiden

ANGKASA

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

5

- Yang Berusaha Tuan Hj. Mohamad

Azmi Omaruddin

Setiausaha KOPSYA merangkap

Naib Presiden ANGKASA

- Yang Berusaha Tuan Hj. Mansor Ab

Rahman

Bendahari KOPSYA

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

6

- Anggota-Anggota Lembaga

KOPSYA

- Jawatankuasa Audit Dalaman

KOPSYA

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

7

- YBhg. Dato’ Syed Mohd Ghazali

Wafa Syed Adwam Wafa

Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA

- Pengurusan Kanan KOPSYA dan

ANGKASA

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

8

- Para Perwakilan dan Pemerhati

yang dirahmati ALLAH S.W.T.

Assalamualaikum WBT, Salam

Persaudaraan dan Salam Satu

Koperasi.

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

9

Alhamdulillah, bersyukur kita ke

hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan

limpah kurniaNya dapat kita

bersama-sama berada di

Mesyuarat Agung Perwakilan

Tahunan kali ke-7 KOPSYA pada

hari ini.

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

10

Seperti yang sedia maklum pada

mulanya Mesyuarat kita telah

ditetapkan pada waktu pagi, walau

bagaimanapun kita berlapang

dada dan meminda ke sebelah

petang kerana memberi laluan

kepada Mesyuarat Agung Bank

Rakyat. Dengan itu saya

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

11

mengucapkan ribuan terima kasih

dan tahniah di atas usaha dan

komitmen para perwakilan untuk

hadir petang ini, di mana sudah

tentu yang dari jauh terpaksa

pulang pada malam hari atau esok

pagi. InshaALLAH hari Isnin kita akan

menyambut Ramadan Mubarak.

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

12

Justeru itu, saya juga mengambil

kesempatan ini mengucapkan

Selamat Menyambut Ramadan

Mubarak dan Selamat Berpuasa

kepada semua muslimin yang

hadir.

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

13

Para Hadirin Sekalian,

Lafaz penuh kesyukuran

dipanjangkan ke hadrat Ilahi

kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya kita berjaya

mengharungi tahun 2018 yang

penuh cabaran. Walaupun begitu,

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

14

KOPSYA tetap komited

melaksanakan pelbagai inisiatif

untuk merealisasikan Visi dan Misi

KOPSYA terutama dalam memberi

manfaat kepada Koperasi Anggota

dengan memberi perkhidmatan

kewangan dan ke arah

mempelbagaikan rantaian nilai

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

15

dalam perniagaan. KOPSYA

sentiasa bersedia membantu

memacu kompetensi koperasi

dalam menjana pertumbuhan dan

pengukuhan sosio ekonomi

Koperasi Anggota.

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

16

Saya menyanjung tinggi

sumbangan bakti semua Anggota

Lembaga, Jawatankuasa dan

warga kerja dalam melaksanakan

inisiatif-inisiatif yang telah dirancang

dengan penuh tanggungjawab

dan saya berharap semuanya akan

terus gigih mencurahkan idea dan

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

17

usaha pada masa akan datang

bagi merealisasikan impian

KOPSYA. Saya juga mengucapkan

terima kasih kepada semua

anggota yang terus memberi

sokongan padu kepada KOPSYA

untuk terus bergerak maju tanpa

menoleh ke belakang lagi.

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

18

Para Hadirin dan Hadirat dikasihi

sekalian.

Bilangan Koperasi yang menyertai

KOPSYA meningkat dengan begitu

baik sekali. Sehingga 30 April 2019

jumlah keanggotaan KOPSYA

adalah 1,395 buah koperasi dengan

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

19

jumlah pegangan syer terkumpul

sebanyak RM50.62 Juta.

Untuk makluman semua, mengikut

taburan negeri, 5 buah negeri telah

mendahului negeri-negeri lain.

Didahului dengan negeri Selangor

sebanyak 217 buah koperasi diikuti

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

20

dengan negeri Perak 148 buah

koperasi, Wilayah Persekutuan 141

buah koperasi seterusnya Johor 117

buah koperasi dan negeri Kedah

92 buah koperasi. Tahniah

diucapkan kepada negeri-negeri

yang saya sebutkan tadi.

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

21

Slide Keanggotaan – jadual

mengikut negeri.

Saya menyeru Koperasi Anggota

yang sedia ada turut sama

berkempen bagi menambah

keanggotaan dan secara tidak

langsung akan meningkatkan

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

22

jumlah modal syer agar KOPSYA

dapat bergerak dengan lebih

pantas lagi seperti mana yang

dimandatkan dalam sektor

perkhidmatan kewangan.

Sehubungan dengan ini, KOPSYA

melancarkan hari ini Kempen

Penambahan Modal Syer Minimum

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

23

Koperasi sehingga tiga kali ganda

iaitu dari RM1,000 ke RM3,000.

Kempen ini telah diterangkan oleh

Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg.

Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa

sebelum Mesyuarat kita bermula

tadi. Kepada perwakilan yang

berhasrat untuk menambah syer

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

24

bolehlah mendapatkan borang di

booth KOPSYA. Marilah kita

bersama-sama menyokong

kempen dan pelbagai program

yang telah dan akan disediakan

oleh KOPSYA.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati.

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

25

Pembiayaan adalah perniagaan

teras KOPSYA. KOPSYA perlu

sentiasa kompetitif supaya banyak

koperasi dapat menikmati

kemudahan pembiayaan melalui

dana yang diberikan dan

seterusnya dapat melonjakkan

prestasi dan pertumbuhan

Page 26: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

26

perniagaan koperasi ke tahap yang

lebih tinggi.

Sehingga akhir tahun 2018, KOPSYA

telah mengeluarkan pembiayaan

kepada 99 buah koperasi dengan

jumlah pengeluaran sebanyak

RM369 juta. Pengeluaran

Page 27: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

27

pembiayaan yang paling tinggi

adalah pengeluaran untuk kredit

iaitu berjumlah RM326 juta dan

diikuti pengeluaran untuk projek

Koperasi sebanyak RM27.3 juta dan

pembiayaan Musyarakah

Mutanaqisah iaitu pembiayaan

Hartanah berjumlah RM4.3 juta.

Page 28: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

28

Slide pengeluaran pembiayaan

Untuk makluman para perwakilan,

pembiayaan kepada koperasi

kredit adalah dengan

menggunakan dana dari Institusi

kewangan iaitu CIMB Islamic Bank

Berhad, MBSB Bank dan Bank Islam

Page 29: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

29

Malaysia Berhad. KOPSYA telah

juga menerima banyak

permohonan pembiayaan

perniagaan bukan kredit yang

kebanyakannya kita tidak dapat

memanfaatkan dana perbankan.

Dengan dana dalaman yang

terhad serta syarat ketat perbankan

Page 30: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

30

telah merencatkan pengeluaran

pembiayaan. Pihak pengurusan

terus berusaha mengadakan

perbincangan dengan Institusi

kewangan bagi meluaskan sumber

pendanaan seperti usahasama

dengan Agrobank, kerjasama

strategik dengan Kerajaan Negeri

Page 31: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

31

Sembilan dan peluang-peluang

penerbitan instrumen kewangan.

Untuk Pengetahuan para

perwakilan, cadangan kerjasama

strategik bersama Kerajaan Negeri

Sembilan adalah untuk

merealisasikan hasrat YAB Menteri

Besar Negeri Sembilan untuk

Page 32: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

32

menggerakkan wawasan

Pembangunan Ekonomi Negeri

melalui gerakan koperasi bagi

meningkatkan pendapatan serta

kebajikan rakyat khususnya

golongan B40 di dalam kawasan

Negeri Sembilan dalam usaha murni

Kerajaan Negeri untuk menangani

Page 33: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

33

kemiskinan dan ketidakseimbangan

sosioekonomi.

Para Hadirin dan Hadirat sekalian.

Saya mengucapkan ribuan terima

kasih di atas kepercayaan anggota

meletakkan deposit pelaburan

Page 34: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

34

dengan KOPSYA. Melalui empat

produk pelaburan yang ada, jumlah

deposit pelaburan daripada

Koperasi Anggota adalah

berjumlah RM37.2 juta.

Slide pelaburan

Page 35: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

35

Kami berharap semoga terus

mendapat sokongan Koperasi

Anggota meletakkan deposit

pelaburan, agar KOPSYA dapat

bergerak membantu koperasi

melalui dana dalaman.

Page 36: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

36

Bagi perniagaan KOPSYA Gold

pula, KOPSYA sedang

mempergiatkan usaha untuk

melantik ejen atau wakil jualan

KOPSYA Gold melalui usahasama

bersama Koperasi Anggota. Saya

yakin usahasama ini boleh

membantu menjana ekonomi

Page 37: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

37

koperasi, dan saya menyeru

kepada semua Koperasi Anggota

yang berminat, bolehlah tampil

untuk menjadi wakil jualan KOPSYA

Gold.

Sidang Perwakilan yang dihormati.

Page 38: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

38

Perniagaan Hotel Aliya telah

berjalan dalam tempoh 3 tahun,

namun perniagaan ini masih

mencatatkan kerugian. Prestasi

Hotel Aliya sehingga 31 Disember

2018 mencatatkan kerugian

sebanyak RM1.7 juta berbanding

tahun 2017 sebanyak RM2.5 juta. Ini

Page 39: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

39

menunjukkan trend operasi Hotel

Aliya adalah positif kerana kerugian

telah dapat dikurangkan sebanyak

RM797 ribu.

Untuk makluman, bagi mengatasi

prestasi kewangan yang negatif

Page 40: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

40

Pihak Pengurusan telah mengambil

beberapa langkah seperti : -

• Mengenalpasti sektor segmen

pasaran yang tidak mendapat

sambutan dan mempergiatkan

promosi melalui sektor-sektor

tersebut.

Page 41: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

41

• Menjalinkan kerjasama bersama

Agoda International dalam

program “Agoda Guarantee’.

Agoda telah meletakkan wang

pendahuluan sebanyak RM280 ribu

sebagai jaminan komitmen dan

telah bersetuju untuk meneruskan

Page 42: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

42

program ini dengan menambah

wang pendahuluan ke RM400 ribu.

• Mengadakan rundingan semula

dengan pihak Majlis Agama Islam

Selangor untuk pengurangan kadar

sewaan bangunan.

Page 43: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

43

• Menaik taraf servis perkhidmatan

untuk tarikan pelanggan.

• Rundingan semula dengan

pembekal-pembekal bagi

mendapatkan harga yang

minimum.

Page 44: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

44

Jawatankuasa Task force juga telah

ditubuhkan bagi memantau

kemajuan prestasi Hotel Aliya. Kami

juga telah melantik Pengurus Besar

baharu dari Industri Hotel bagi

memantau keseluruhan operasi

Hotel. Justeru itu, dengan pelbagai

langkah yang telah dan akan

Page 45: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

45

diambil kami menjangkakan

bahawa, perkembangan yang

positif pada tahun-tahun hadapan.

Untuk makluman para perwakilan,

Hotel Aliya telah memenangi

tempat ke dua anugerah tandas

terbersih 2018 di Klang untuk

Page 46: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

46

kategori Hotel anjuran Majlis

Perbandaran Klang.

Saya menyeru agar Koperasi

Anggota terus menyokong dengan

menggunakan kemudahan di Hotel

Aliya seperti mengadakan

Mesyuarat Agung, Seminar dan

Page 47: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

47

program-program anjuran Koperasi

serta percutian bersama keluarga.

Dato’-dato’, Tuan-Tuan dan Puan-

puan sekalian.

Bagi prestasi kewangan, pada

keseluruhannya untuk tahun

Page 48: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

48

kewangan berakhir 31 Disember

2018, KOPSYA telah mencatatkan

keuntungan bersih kumpulan

sebanyak RM5.21 juta. Ini

menunjukkan penurunan sebanyak

3.89% berbanding RM5.42 yang

direkodkan pada tahun 2017 tetapi

melepasi belanjawan 2018.

Page 49: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

49

Penurunan tersebut seiring dengan

pengeluaran pembiayaan kepada

RM258.4 juta daripada RM294.6 juta

dari tahun sebelumnya. Bagi

makluman para perwakilan,

penurunan pengeluaran

pembiayaan ini adalah kesan

Page 50: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

50

langsung daripada isu kelulusan

50e.

Slide Kesan 50e kepada KOPSYA.

Namun begitu, pembiayaan

merupakan penyumbang terbesar

kepada pendapatan iaitu

Page 51: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

51

sebanyak RM20.87 juta di mana

jumlah pendapatan keseluruhan

adalah RM22.3 juta.

Hadirin Perwakilan Sekalian.

Cabaran 2018 yang telah berjaya

diharungi akan menjadi asas bagi

Page 52: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

52

kejayaan yang lebih besar pada

tahun-tahun yang akan datang.

Saya bagi pihak Anggota Lembaga

mengucapkan tahniah kepada

pengurusan dan warga kerja di atas

komitmen yang telah diberikan.

Page 53: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

53

Setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM) dan ANGKASA yang sentiasa

memberi sokongan, kerjasama dan

bimbingan kepada KOPSYA bagi

melaksanakan tanggungjawab

yang diamanahkan. Penghargaan

Page 54: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

54

juga kepada Koperasi Anggota,

Anggota Lembaga, Jawatankuasa,

warga kerja yang telah memberi

kerjasama, sumbangan dan

sokongan pada KOPSYA pada

majlis hari ini. Ucapan terima kasih

juga ditujukan kepada semua pihak

yang telah sudi menghulurkan

Page 55: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

55

pertolongan serta bekerjasama

dalam memajukan KOPSYA. Saya

yakin setiap bantuan dengan niat

yang baik akan mendapat

ganjaran yang setimpal daripada

ALLAH S.W.T., Tuhan Yang Maha Esa.

Page 56: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

56

Akhir kata, saya menyeru kepada

semua Koperasi Anggota agar terus

menyokong dan melanggani

produk dan perkhidmatan yang

telah disediakan oleh KOPSYA serta

memberi sokongan padu agar Visi

dan Misi KOPSYA akan terlaksana

dengan jayanya.

Page 57: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/MEI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PENGERUSI KOPSYA

57

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir

Rahim, saya merasmikan Mesyuarat

Agung Perwakilan Tahunan kali ke-7

KOPSYA.

Sekian, Wabillahi Taufik Wahidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakaatuh.