ucapan ketua pengarah frim perbincangan frim - frim.gov.my · pdf fileucapan ketua pengarah...

4
UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM PERBINCANGAN FRIM - JPSM MENGENAI PROJEK PENYELIDIKAN USAHASAMA ANTARABANGSA FRIM Tarikh : 26/1/2012 Masa : 9.30 pagi 12.00 tenghari Tempat : Bilik Mesyuarat Licuala, FRIM 1) Kata-kata Aluan Pengerusi Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj Abd Rahim Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JPSM Pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan negeri Pegawai-pegawai Kanan JPSM Pengarah-pengarah Bahagian FRIM Pengawai Penyelidik FRIM 2) Tujuan Perbincangan? FRIM telah berjaya mendapatkan empat dana penyelidikan daripada intitusi luar Negara bagi membiayai projek penyelidikan berkaitan isu-isu perhutanan dan alam sekitar. Anggaran jumlah dana yang diterima adalah lebihkurang RM 3.2 juta Projek-projek penyelidikan ini telah dibentangkan di NRE pada bulan November 2011 yang lalu dan mendapat sokongan dari pihak NRE. Minit mesyuarat perbincangan di NRE tersebut yang dipengerusikan oleh TKSU ada disertakan bersama di dalam dokumen yang diedarkan.

Upload: lykhue

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM PERBINCANGAN FRIM - frim.gov.my · PDF fileucapan ketua pengarah frim perbincangan frim - jpsm mengenai projek penyelidikan usahasama antarabangsa frim tarikh

UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM

PERBINCANGAN FRIM - JPSM MENGENAI PROJEK PENYELIDIKAN USAHASAMA

ANTARABANGSA FRIM

Tarikh : 26/1/2012

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tenghari

Tempat : Bilik Mesyuarat Licuala, FRIM

1) Kata-kata Aluan Pengerusi

Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj Abd Rahim

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JPSM

Pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan negeri

Pegawai-pegawai Kanan JPSM

Pengarah-pengarah Bahagian FRIM

Pengawai Penyelidik FRIM

2) Tujuan Perbincangan?

FRIM telah berjaya mendapatkan empat dana penyelidikan daripada intitusi luar

Negara bagi membiayai projek penyelidikan berkaitan isu-isu perhutanan dan

alam sekitar.

Anggaran jumlah dana yang diterima adalah lebihkurang RM 3.2 juta

Projek-projek penyelidikan ini telah dibentangkan di NRE pada bulan November

2011 yang lalu dan mendapat sokongan dari pihak NRE.

Minit mesyuarat perbincangan di NRE tersebut yang dipengerusikan oleh TKSU

ada disertakan bersama di dalam dokumen yang diedarkan.

Page 2: UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM PERBINCANGAN FRIM - frim.gov.my · PDF fileucapan ketua pengarah frim perbincangan frim - jpsm mengenai projek penyelidikan usahasama antarabangsa frim tarikh

Mesyuarat di NRE tersebut telah bersetuju agar Jawatankuasa Pemandu projek-

projek penyelidikan ini digabungkan dengan Jawatankuasa Kebangsaan REDD

NRE bagi tujuan pemantauan pelaksanaanya.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan juga menjemput

JPSM untuk terlibat sama sebagai rakan pelaksana di dalam kesemua projek-

projek penyelidikan tersebut.

Kami amat mengharapkan sokongan sepenuhnya pihak JPSM untuk sama-sama

menjayakan keempat-empat projek penyelidikan tersebut.

Ke-empat-empat projek penyelidikan ini akan dibentangkan dengan lebih

terperinci oleh Pegawai Penyelidik yang bertanggungjawab mengendalikan nya

(seperti di dalam agenda)

Secara ringkasnya projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

Projek penyelidikan pertama telah bermula pada March 2011;

- Tajuk: Research on Development of Carbon Monitoring Methodology for

REDD+ in Malaysia

- Sumber Dana: Forestry and Forest Products Research Institute (FFPRI),

Japan

- Kerjasama agensi luar: Forestry and Forest Products Research Institute

(FFPRI), Japan

- Tempoh Projek: 2011 – 2013

- Jumlah Dana: RM 620,000.00

Projek penyelidikan kedua pula telah bermula pada September 2011;

- Tajuk: Forest Cover and Carbon Mapping in the Greater Mekong Sub-

region and Malaysia

- Sumber Dana: Asia-Pacific Network for Sustainable Forest Management

(APFNet)

- Kerjasama agensi luar: Institute of Forest Resource Information

Techniques (IFRIT), China

Page 3: UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM PERBINCANGAN FRIM - frim.gov.my · PDF fileucapan ketua pengarah frim perbincangan frim - jpsm mengenai projek penyelidikan usahasama antarabangsa frim tarikh

- Tempoh Projek: 2011 – 2013

- Jumlah Dana: RM 296,360.00

Projek penyelidikan ketiga dalam proses menandatangani MoU;

- Tajuk: Aboveground Biomass and Carbon Stock Mapping and Changes

Monitoring in the Forest of Peninsular Malaysia Using L-Band ALOS Palsar

and JERS-1

- Sumber Dana: Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Japan

- Kerjasama agensi luar: Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA),

Japan

- Tempoh Projek: 2012 - 2014

- Jumlah Dana: RM 500,000.00 (Kos Imej ALOS Palsar)

Projek penyelidikan keempat baru sahaja bermula;

- Tajuk: Reducing Forest Degradation and Emissions Through Sustainable

Forest Management (SFM) in Peninsular Malaysia

- Sumber Dana: The International Tropical Timber Organization (ITTO)

- Tempoh Projek: 2012 - 2014

- Jumlah Dana: USD 590,922

Keempat-empat projek ini memerlukan kerjasama daripada pihak JPSM untuk

dilaksanakan terutamanya yang berkaitan dengan akses dan penggunaan hutan

simpan di Semenanjung Malaysia serta bantuan tenaga kerja.

Output yang diperolehi daripada projek penyelidikan ini bukan sahaja berguna

kepada pihak jabatan perhutanan, malah boleh menjadi sumber maklumat

penting kepada Negara dalam menjawab isu-isu berkaitan perhutanan dan alam

sekitar.

3) Bentuk Kerjasama?

Kerjasama yang diperlukan antara FRIM dan JPSM termasuklah:

Page 4: UCAPAN KETUA PENGARAH FRIM PERBINCANGAN FRIM - frim.gov.my · PDF fileucapan ketua pengarah frim perbincangan frim - jpsm mengenai projek penyelidikan usahasama antarabangsa frim tarikh

- Bantuan kepakaran dan kakitangan dalam perlaksanaan penyelidikan

antara FRIM dan JPSM.

- Penglibatan JPSM dalam aktiviti yang dijalankan oleh FRIM sepanjang

tempoh perlaksanaan projek termasuklah program-program latihan,

bengkel dan seminar.

- Keperluan sumber maklumat berkaitan perhutanan yang dapat membantu

aktiviti penyelidikan.

- Kemudahan akses dan penggunaan hutan simpan bagi menjalankan

aktiviti penyelidikan.

- Perkongsian hasil dan maklumat yang diperoleh daripada penyelidikan

yang dijalankan antara FRIM dan pihak JPSM.

- Saya ingin mencadangkan agar JPSM melantik seorang ”desk officer”

sebagai contact person yang boleh dihubungi oleh FRIM untuk

melaksanakan aktiviti ini.

- Di FRIM projek-projek penyelidikan tersebut akan di kendalikan oleh

Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar di bawah penyeliaan Dr.

Shamsudin Ibrahim selaku Pengarah Bahagian.

4. Penutup

Diharap perbincangan ini akan memberikan maklumat yang cukup jelas

berkenaan perlaksanaan projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh pihak

FRIM dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak JPSM.