focus a · produk (frim pcs) tempat di malaysia yang berkaitan nama tumbuhan 11 frim rai sekolah...

16
Focus Article A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 1 Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) Tempat di Malaysia yang Berkaitan Nama Tumbuhan 11 FRIM Rai Sekolah Angkat dalam Program Keilmuan Santai@Lib 14 Buah Mengkudu, Morinda citrifolia 15 News 7, 16 Pemerkasaan Industri Perabot Bumiputera 2 Memastikan Keselamatan Pengguna Melalui Pensijilan Produk 3 Pembangunan Reka Bentuk Perabot 4 Keperluan Keselamatan Perabot Bina Dalam 6 Kebaikan Menjalankan Ujian Perabot di Kilang 8 Pensijilan Pintu dan Dinding Rintangan Api 10

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 1

    Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS)

    Tempat di Malaysia yang Berkaitan Nama Tumbuhan 11FRIM Rai Sekolah Angkat dalam Program Keilmuan Santai@Lib 14Buah Mengkudu, Morinda citrifolia 15News 7, 16

    Pemerkasaan Industri Perabot Bumiputera 2Memastikan Keselamatan Pengguna Melalui Pensijilan Produk 3Pembangunan Reka Bentuk Perabot 4Keperluan Keselamatan Perabot Bina Dalam 6Kebaikan Menjalankan Ujian Perabot di Kilang 8Pensijilan Pintu dan Dinding Rintangan Api 10

  • PEMERKASAAN INDUSTRI PERABOT BUMIPUTERAEnhancement of Bumiputera Furniture Industry

    Industri pembuatan perabot merupakan satu daripada sumber utama penjanaan pendapatan negara. Pada tahun 2017, eksport perabot meningkat RM10.14 bilion berbanding RM7.58 bilion pada tahun sebelumnya. Perabot kayu pula mencatat permintaan tertinggi iaitu 80% daripada jumlah eksport atau RM8.1 bilion.

    Suhana Rafidah Md [email protected]

    Faktor utama sambutan menggalakkan terhadap perabot Malaysia adalah kualitinya yang tinggi dan harga yang berpatutan. Usahawan perabot kini mampu berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Pelbagai program dan insentif ditawarkan oleh agensi kerajaan dan swasta bagi melahirkan usahawan perabot bumiputera yang kreatif dan inovatif.

    FRIM bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi anak syarikatnya Furniture Industry Technology Centre (FITEC) yang menyediakan program latihan bagi teknologi pembuatan dan pengeluaran perabot. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pula melatih pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri menerusi penubuhan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC). Program sebegini dilaksana bagi meningkatkan kemahiran pekerja sektor industri

    perabot selain menambah pengeluaran dan produktiviti sesebuah organisasi.

    Program pensijilan perabot FRIM berperanan meningkatkan nilai produk pengusaha bumiputera dengan menjalankan pengujian dan pemantauan kualiti secara konsisten. Pensijilan FRIM berfungsi sebagai tanda jaminan kualiti yang mengiktiraf produk tersebut. Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM terhadap kualiti perabot disalurkan kepada pengusaha dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti FITEC dan universiti. Modul latihan yang dibangunkan menjurus terhadap keperluan terkini industri seperti penghasilan reka bentuk produk yang memenuhi kehendak semasa dan diterima di peringkat global.

    Maklumat kepakaran dan khidmat yang ditawarkan disalurkan kepada pihak berkepentingan melalui sesi perkongsian maklumat “Dialog

    Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh” yang telah dianjurkan FRIM pada 11 Julai 2018. Program ini dihadiri 100 orang wakil industri dan pemegang taruh perabot tempatan. Melalui pembentangan “Program Pemerkasaan Pengusaha Perabot Bumiputera”, Ketua Pasukan Teknikal FRIM PCS menerangkan peranan FRIM dalam membantu memperkasa pengusaha perabot bumiputera. Kerjasama FRIM dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta diharap dapat melahirkan lebih ramai pemain dalam industri perabot, khususnya pengusaha bumiputera.

    Peserta “Dialog Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh”

    TENTANG PENULIS

    Suhana Rafidah Md Yusof ialah pegawai penyelidik yang bertugas di Unit Pengurusan Kualiti (PJK) selama lebih 10 tahun dan kini berkhidmat di Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) secara pinjaman sebagai pengurus latihan.

    Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 20182

    EDIT

    ORI

    AL B

    OAR

    D AdvisorsDato’ Dr Abd Latif Mohmod

    Dr Samsudin Musa

    Technical EditorMohamad Zaki Mohd Isa

    Editor & WriterIda Suraini Abd Shukor

    FRIM in Focus (FIF) is distributed free of charge upon request. We welcome feedback on any of the FIF articles.

    Address comments and enquiries to:

    The Editor & Writer of FRIM In Focus

    Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

    52109 Kepong, Selangor DE, Malaysia

    Telephone: +603-6279 7501 | Facsimile: +603-6273 1076

    E-mail: [email protected] | Website: www.frim.gov.my

    Design & Printing: Cetak Jitu Sdn Bhd

    Cover photo: Ujian beban mendatar kerusi menggunakan mesin in-situ

  • TENTANG PENULIS

    Nor Haliyan Tan Shilan ialah pengurus pensijilan di Unit Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM. Memiliki ijazah sarjana dalam bidang teknologi maklumat dan merupakan ketua penilai MS ISO 9001 sejak 2008. Beliau berpengalaman dalam bidang pengurusan kualiti, teknologi maklumat dan pensijilan produk.

    pensijilan. Panel pensijilan produk FRIM akan menentukan untuk melulus atau tidak melulus sesuatu produk berdasarkan tindakan pembetulan yang diambil daripada penemuan audit serta produk yang telah lulus ujian. Sijil kepatuhan produk dikeluarkan kepada pengusaha setelah diluluskan oleh Panel Pensijilan. Pelekat FRIM PCS juga turut diberikan untuk ditampal di produk yang telah dipersijilkan sebagai tanda jaminan kualiti dan keselamatan.

    Skim Pensijilan Produk FRIM PCS melibatkan audit penilaian, kelulusan ujian penuh, dan pemantauan produk yang dilaksana di kilang atau pasaran. Keseluruhan proses pembuatan perabot akan diperiksa oleh juruaudit FRIM PCS semasa audit kilang dijalankan.

    Juruaudit akan menyemak prosedur penghasilan produk, kawalan kualiti produk, serta kaedah pemeriksaan keluar masuk bahan mentah. Peralatan dan mesin juga diperiksa dari segi penyenggaraan dan kalibrasi peralatan pengukuran. Juruaudit juga menilai kaedah pemantauan produk yang tidak memenuhi spesifikasi dengan mengasingkan perabot dengan kecacatan atau tidak mencapai tahap kualiti.

    Prosedur menangani aduan pelanggan juga disemak bagi memastikan syarikat mengambil tindakan terhadap maklum balas produk. Juruaudit akan memeriksa secara rawak dan menentukan produk yang mana perlu dihantar ke Makmal Pengujian Perabot FRIM atau menjalani ujian di kilang.

    Berdasarkan laporan kelulusan ujian, serta pematuhan keperluan standard, produk akan dipertimbangkan untuk

    Insiden murid tersepit kerusi dan meja sekolah pernah beberapa kali dilaporkan dalam media-media cetak tempatan dan sosial sebelum ini. Kejadian tersepit disebabkan perabot sekolah tidak menepati spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan. Pengguna perabot domestik dan bukan domestik juga berdepan pelbagai risiko kemalangan sekiranya spesifikasi produk dan keperluan standard tidak dipatuhi. Bagi menangani masalah ini, FRIM menawarkan perkhidmatan pensijilan perabot bagi memastikan produk yang dibekal kepada pengguna adalah selamat. Selain perkhidmatan pensijilan, FRIM mempunyai makmal pengujian perabot yang mematuhi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia berdasarkan standard MS ISO/IEC 17025, serta dikitiraf makmal ujian pihak ketiga oleh Furniture Industry Research Association (FIRA).

    Juruaudit FRIM PCS menjalankan pemeriksaan produk di lapangan

    Contoh Sijil Kepatuhan Produk FRIM PCS yang dikeluarkan kepada pengusaha

    Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 3

    MEMASTIKAN KESELAMATAN PENGGUNA MELALUI PENSIJILAN PRODUKEnsuring Customer Safety through Product Certification

    Nor Haliyan Tan [email protected]

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 20184

    Proses reka bentuk produk baharu bermula dengan mengkaji, mengenal pasti isu dan menambah baik reka bentuk sedia ada bagi meningkatkan kualiti produk serta memenuhi kehendak pelanggan. Pada asasnya, penghasilan produk melibatkan perbincangan antara pasukan pereka dan teknikal. Pereka akan menghasilkan idea reka bentuk secara lukisan atau lakaran yang menerapkan aspek-aspek kegunaan, bahan, kos, kreativiti, estetika dan ergonomi.

    Sifat ergonomi adalah nilai yang diberikan terhadap saiz dan rupa bentuk badan pengguna dalam penghasilan reka bentuk bagi menghasilkan perabot yang selesa, selamat dan mesra pengguna. Ergonomi mengimbangi interaksi fizikal dan psikologi pengguna serta persekitaran dengan produk.

    Antropometri merupakan kaedah sistematik bagi memperoleh ukuran badan manusia. Data antropometri memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan reka bentuk produk berergonomik.

    Selain ergonomi, reka bentuk perabot yang berkualiti juga melibatkan kreativiti dan inovasi yang akan memberi lebih manfaat kepada pengguna. Perabot pelbagai guna contohnya, dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang berdepan dengan kekangan ruang.

    Yanti Abd [email protected]& Noor Azrieda Abd Rashid

    1

    3 4

    PEMBANGUNAN REKA BENTUK PERABOTFurniture Design Development

    2

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 5

    Beberapa siri perbincangan dan pembentangan perlu diadakan bersama-sama pelanggan sehingga perincian lukisan teknikal dapat dihasilkan. Berpandukan lukisan teknikal, satu model produk dihasilkan bagi penilaian reka bentuk dan fungsi perabot. Setelah dipersetuju pelanggan, satu model saiz sebenar dihasilkan dan diuji di makmal bagi memastikan perabot tersebut memenuhi keperluan standard. Beberapa prototaip produk yang melepasi ujian perabot akan dibangunkan untuk kajian pasaran dan proses komersialisasi. Kerusi RoVBAM (rotary veneer bamboo) adalah antara reka bentuk produk yang dihasilkan melalui acuan sedia ada menggunakan bahan baharu dan telah lulus ujian piawai perabot.

    Pensijilan perabot yang telah melalui fasa pembangunan bertujuan memastikan produk yang dibekalkan menepati ciri-ciri perabot yang berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan. Program pemerkasaan pensijilan produk Unit Reka Bentuk FRIM menawarkan perkhidmatan, latihan dan kepakaran dalam penggunaan aplikasi perisian yang digunakan dalam kerja reka bentuk produk iaitu lukisan teknikal AutoCAD, Adobe Illustrator, Sketch up, Solid Work dan Photoshop. Program ini menawarkan khidmat kepakaran dan pengalaman dalam bidang reka bentuk dan bahan mentah, serta pengujian perabot.

    TENTANG PENULIS UTAMA

    Yanti Abdul Kadir bertugas di Program Pemerkasaan Pensijilan Produk, FRIM. Beliau menamatkan pengajian Sarjana, dan Sarjana Muda dalam bidang industri perkayuan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    1. Kerusi RoVBAM

    2. Antropometri

    3. Pelenturan kayu padu

    4. Laminasi venir teracu

    5. Lukisan teknikal

    5

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 20186

    KEPERLUAN KESELAMATAN PERABOT BINA DALAMSafety Requirements for Built-In Furniture

    Siti Zaliha [email protected]

    Perabot, amnya dikategorikan sebagai jenis pasang siap dan bina dalam. Perabot bina dalam ialah perabot yang dipasang secara kekal dalam rumah atau bangunan. Perabot sebegini memerlukan khidmat jurupasang yang berkemahiran, di samping sokongan struktur bangunan seperti dinding, atau siling. Selain kekuatan struktur sokongan, teknik dan perkakasan pemasangan perabot pada struktur juga perlu dititikberatkan kerana mempengaruhi keselamatan pengguna. Piawaian ujian telah menggariskan beberapa keperluan tambahan selain ujian kekuatan dan ketahanan perabot.

    Makmal Ujian Perabot FRIM (FTL) menyediakan perkhidmatan pengujian perabot. Terdapat tiga piawai BS EN yang berkaitan keperluan keselamatan perabot bina dalam. BS EN 14749:2016 menggariskan keperluan bagi kabinet storan domestik seperti kabinet dapur, kabinet tv, rak

    buku, dan pelbagai jenis perabot yang dipasang di rumah bagi kegunaan persendirian. Manakala, BS EN 16121:2013 menyatakan keperluan bagi kabinet storan bukan domestik di tempat awam seperti perpustakaan, bank, balai polis dan pelbagai premis awam yang lain. BS EN 14073-2:2004

    Ujian sidewards detachment

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 7

    MAKMAL FRIM TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN IKM13 Disember 2018 – Makmal Komposit Kayu FRIM menerima Anugerah Emas Kecemerlangan Makmal IKM di majlis anjuran Institut Kimia Malaysia (IKM). Penganugerahan tersebut adalah ekoran kejayaan FRIM menerima Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM selama 15 tahun berturut-turut semenjak 2004.

    pula memperincikan keperluan keselamatan bagi kabinet storan untuk kegunaan pejabat.

    Ujian beban (overload test) merupakan satu daripada keperluan ujian tambahan perabot storan yang dipasang pada struktur seperti dinding atau siling. Ujian ini memerlukan semua ruang storan dimuatkan beban 250 kg/m2 selama seminggu. Dalam ujian sidewards detachment pula, daya 100 N dikenakan serentak pada dua titik di kiri dan kanan unit storan, manakala ujian vertical dislodgement mengenakan daya 100 N ke bahagian yang lemah, biasanya di bawah ruang storan.

    Setelah melalui ketiga-tiga ujian tersebut, prestasi perabot bina dalam diukur berdasarkan lekatannya di struktur.

    Piawai yang digunakan bagaimanapun tidak menetapkan teknik serta perkakasan

    Ujian vertical dislodgement

    TENTANG PENULIS

    Siti Zaliha Ali bertugas sebagai pegawai penyelidik di Makmal Ujian Perabot (FTL) yang merupakan sebuah makmal Program Teknologi Perabot dan Kejuruteraan Kayu. Bidang kepakaran beliau adalah pengujian perabot dan beliau berpengalaman menentukan keperluan bagi pengujian pelbagai jenis perabot.

    pemasangan yang diperlukan. Sebaliknya, pengeluar perlu menentukan sendiri teknik pemasangan yang bersesuaian dengan struktur sokongan, dan ujian yang dijalankan serta tahap piawaian bagi menentusahkan keselamatan pemasangan tersebut.

    News

    Ketua Pengarah FRIM (tengah) diapit pegawai-pegawai beliau dengan sijil MBR

    Penyelidik FRIM dengan sijil kecemerlangan IKM

    FRIM TERIMA DUA LAGI MALAYSIA BOOK OF RECORDS12 Disember 2018 – FRIM menerima dua lagi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR). Sijil diperoleh ekoran pengiktirafan FRIM sebagai ‘Institut Penyelidikan Perhutanan yang Pertama di Malaysia’ dan rekod individu untuk Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai ‘Penyelidik Perhutanan Pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Institusi-Institusi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) buat kali ketiga.

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 20188

    KEBAIKAN MENJALANKAN UJIAN PERABOT DI KILANGBenefits of Conducting Furniture Testing at Site

    Khairul [email protected] Zaliha Ali

    Khidmat kawalan kualiti produk yang ditawarkan Perkhidmatan Pensijilan Produk atau FRIM PCS antaranya ialah ujian in-situ, iaitu ujian perabot yang dijalankan di kilang. Makmal Ujian Perabot FRIM pula merupakan satu-satunya makmal di Malaysia yang diakreditasi Furniture Industry Research Association (FIRA), United Kingdom bagi menjalankan ujian kualiti perabot sejak tahun 1996, serta memperoleh akreditasi ISO/IEC 17025 bermula tahun 2010.

    Ujian in-situ merangkumi beberapa ujian kritikal dan praktikal yang dipilih daripada senarai ujian yang biasanya dijalankan di makmal. Ujian ini penting bagi prototaip untuk mengenal pasti aspek yang boleh ditambah baik sebelum pengeluaran dimulakan. Produk yang melalui proses ujian dan penentusahan kualiti menjamin keselamatan, prestasi dan ketahanan produk kepada pelanggan.

    Melalui kawalan kualiti in-situ serta pensijilan produk FRIM PCS, syarikat atau pengeluar berpeluang memperbaiki perabot ketika menjalani proses pembuatan. Juruaudit akan menentusahkan kualiti serta memberikan maklum balas terhadap produk yang dipilih secara rawak daripada setiap pengeluaran Sekiranya terdapat produk yang gagal, tindakan penambahbaikan

    1(a)

    1(b)

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 9

    TENTANG PENULIS UTAMA

    Penulis ialah pegawai penyelidik dan Ketua Unit Teknikal dan Industri di bawah Program Pemerkasaan Pensijilan Produk. Beliau bertanggungjawab dalam hal teknikal projek khas FRIM-MOF dan FRIM PCS

    1. Ujian in situ yang dijalankan di kilang bagi: (a) beban mendatar (b) ujian impak belakang kerusi (c) hentaman tutup buka laci

    2. Mesin in-situ

    dijalankan segera bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan sentiasa terjamin.

    Setiap produk yang lulus ujian in-situ diberikan penanda keselamatan yang ditampal bagi kemudahan rujukan pelanggan. Jenis, serta penggunaan produk yang berlainan memerlukan ujian in-situ yang berbeza yang ditentukan berdasarkan standard antarabangsa atau British Standard.

    FRIM PCS telah mencipta sebuah mesin ujian in-situ perabot yang disimulasikan daripada mesin sebenar di makmal. Mesin ini menggunakan sistem pneumatik (angin mampat) yang mengenakan tekanan atau beban mendatar mengikut nilai yang ditentukan bagi ujian kerusi dan meja. Mesin mudah alih ini juga senang ditanggal, dipasang semula dan kaedah mengoperasinya juga mudah. Alat ujian mudah alih yang digunakan untuk ujian impak belakang (back impact) kerusi telah diubah suai dan lengkap dengan sistem takal yang boleh

    digunakan bagi ujian hentaman tutup/buka ke atas laci serta pintu gelangsar.

    Melalui penawaran khidmat FRIM PCS serta ujian in-situ diharapkan pengusaha perabot bagi perolehan kerajaan terutamanya, dapat menerima sokongan teknikal bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti serta mengikut spesifikasi dan standard yang ditetapkan.

    1(c) 2

  • Focus Article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 201810

    Kemudahan ujian pintu rintangan api

    Pintu dan dinding rintangan api merupakan komponen penting sistem perlindungan kebakaran pasif yang berfungsi mengasingkan satu bahagian bangunan daripada bahagian yang lain ketika kebakaran. Kedua-dua komponen ini menghalang api dan asap daripada merebak, sekaligus mewujudkan ruang selamat bagi laluan keluar masuk penghuni bangunan dan anggota penyelamat. Pintu dan dinding rintangan api memberikan penghuni ‘masa tambahan’ untuk menyelamatkan diri.

    Keperluan pemasangan pintu dan dinding rintangan api di binaan bangunan terkandung dalam Undang-undang Kecil Bangunan (UBBL) 1984. Undang-undang tersebut menggariskan bahawa setiap bangunan perlu mempunyai ketahanan pintu dan dinding rintangan api yang sesuai

    PENSIJILAN PINTU DAN DINDING RINTANGAN API

    Fire Resistant Door and Wall Certification

    Khairul Azmi [email protected]

    TENTANG PENULIS

    Khairul Azmi Jabar ialah Ketua Makmal Perlindungan Api FRIM yang berkelulusan Sarjana Sains Teknologi Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau berkemahiran dalam bidang pengujian rintangan api dan keselamatan kebakaran, serta terlibat dalam projek penyelidikan dan perundingan.

    berdasarkan fungsi masing-masing. Bangunan persendirian seperti rumah teres memerlukan rintangan api minimum selama dua jam bagi dinding pemisah antara dua unit bersebelahan. Manakala bangunan tumpuan umum seperti bilik-bilik hotel, memerlukan pemasangan pintu dengan rintangan api minimum selama setengah jam.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertanggungjawab memastikan semua binaan bangunan mematuhi kehendak dan piawaian pemasangan pintu dan dinding rintangan api. Kegagalan mematuhi piawaian oleh pihak pembinaan seperti arkitek, jurutera, pemaju dan kontraktor akan mengakibatkan bangunan yang dibina tidak menerima Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan tidak dapat diserahkan kepada pembeli. Sistem pemantauan seperti pensijilan produk dapat memudahkan pihak industri memastikan komponen dinding dan pintu rintangan api yang diperoleh adalah berkualiti.

    JBPM sebagai badan penguat kuasa memerlukan kerjasama badan pensijilan bagi pensijilan dinding dan pintu rintangan api. Badan pensijilan yang bertauliah perlu mematuhi sama ada piawaian Malaysian Standard (MS) ataupun antarabangsa. Pensijilan memerlukan setiap proses penghasilan produk diaudit bagi pematuhan piawaian ataupun terhadap rujukan yang diguna pakai. Sampel produk diuji

    di makmal dan jika lulus, laporan ujian dikeluarkan. Berpandukan laporan audit dan ujian, panel pensijilan membuat semakan akhir sebelum mengeluarkan sijil kepatuhan produk. Pemilik produk pula menyerahkan laporan ujian dan sijil kepatuhan produk untuk semakan Bahagian Keselamatan Kebakaran sebelum Sijil Perakuan Bahan dikeluarkan JBPM.

    Pada Jun 2013, FRIM menubuhkan badan pensijilan yang dikenali sebagai Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM atau FRIM PCS. Penubuhan badan ini adalah ekoran saranan mantan Ketua Pengarah JBPM agar FRIM menubuhkan badan pensijilan bagi membantu masalah pihak industri dinding dan pintu rintangan api yang kini perlu menunggu giliran ujian yang terlalu lama di makmal-makmal sedia ada. Bermula tahun 2018, usaha giat dilaksanakan bagi menaik taraf bangunan Makmal Perlindungan Api (FPL) dan peralatan ujian. Pembesaran ruang ujian dan ruang penyediaan sampel, penambahan bilangan mesin dan kakitangan dijangka mampu menambah keupayaan pengujian. Penambahbaikan ini akan membolehkan kerja-kerja pengujian dilaksana dengan lebih lancar apabila Skim Pensijilan Pintu dan Dinding Rintangan Api ditawarkan pada tahun 2019.

  • Biodiversity article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 11

    Melaka/ Phyllanthus embilicaNegeri Melaka

    Kisah yang paling dekat di hati rakyat Malaysia ialah sejarah negeri Melaka. Melaka mendapat namanya berikutan peristiwa aneh yang berlaku semasa Parameswara serta pengikutnya pergi berburu. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok, anjing buruan Parameswara cuba menangkap seekor pelanduk putih. Walaupun tubuhnya kecil, pelanduk putih itu berjaya menendang anjing buruan Parameswara sehingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara dan para pengikutnya yang menyaksikan kejadian tersebut amat kagum dengan keberanian dan ketangkasan pelanduk putih, lantas bersependapat bahawa tempat itu sesuai dijadikan negeri. Baginda menamakan tempat itu Melaka, bersempena dengan nama pohon tempat baginda berehat. Pokok melaka, sejenis pokok buah-buahan nadir yang tumbuh menegak sehingga 25 m, dengan

    TEMPAT DI MALAYSIA YANG BERKAITAN NAMA TUMBUHANPlaces in Malaysia Connected to Plants' Name

    Zawiah [email protected]& Nik Zanariah Nik Mahmood

    batang yang bengkang-bengkok, dahan terbuka luas dan berbonjol-bonjol. Daunnya kecil, tebal dan tersusun pada ranting dalam dua barisan. Bunganya berwarna kuning kehijauan dan tumbuh dalam jambangan kecil. Buah melaka berbentuk hampir bulat dan berlekuk dengan enam jalur tegak berwarna pucat. Warnanya hijau muda, berkilat dan lut sinar ketika muda dan menjadi kekuningan apabila matang. Walaupun rasanya pahit, masam dan berserabut, buahnya biasa dijadikan jeruk.

    Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan yang menjadi sinonim pelbagai perkara dalam kehidupan harian manusia. Selain perabot, tumbuhan juga dijadikan kapal, papan, tiang, kraf tangan serta pelbagai produk lain berasaskan kayu. Kehidupan manusia amat berkait rapat dengan tumbuhan misalnya dalam perubatan tradisional, kecantikan, pemakanan dan paling istimewa, banyak nama tempat dikaitkan dengan nama tumbuhan termasuklah negeri, bandar, pekan, kampung, desa, taman, jalan, lorong dan bangunan. Wujudnya nama-nama tempat tersebut memudahkan kita mengenali dan mengingati nama-nama pokok di negara ini, daripada nama yang biasa hinggalah kepada yang kurang dikenali atau yang hampir pupus. Empat tempat istimewa yang akan dibincangkan secara lanjut ialah negeri Melaka; bandar Sepang, Selangor; daerah Dungun, Terengganu; dan Kampung Buah Piah, Kelantan.

    Pokok melaka: Phyllanthus embilica

    zh.w

    ikip

    edia

    .org

  • Biodiversity article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 201812

    Dungun/Heritiera littoralisDaerah Dungun, Terengganu

    Asal usul nama daerah Dungun, Terengganu bermula apabila pendatang daripada Kepulauan Indonesia iaitu Pagar Ruyung, Sumatera datang membuka penempatan baru di kawasan paya air tawar yang banyak ditumbuhi sejenis pokok bernama pokok dungun. Daerah Dungun terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih besi pada tahun 1929 hingga 1960-an yang akhirnya ditamatkan pada 1 Oktober 1970. Sekarang, Dungun terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti Pulau Tenggol, Teluk Gadong, hutan rekreasi Bukit Bauk, dan pantai Kuala Abang. Pokok dungun terdapat di Malaysia terutamanya di Terengganu dan hidup subur di hutan bakau dan tanah berpasir serta kering. Batangnya pendek dan bercabang rendah, manakala kulitnya merekah, berwarna coklat dan bahagian dalam kulitnya berwarna merah. Daunnya tebal, keluar secara berselang-seli, berbentuk bujur, berwarna hijau dan kelabu keperakan di bahagian atas dan bawahnya masing-masing. Buahnya keras, terbahagi kepada tiga bahagian bersayap yang tajam berukuran 3.5 cm panjang. Kayu pokok dungun yang tahan lasak dahulunya digunakan dalam pembinaan bot.

    Pokok dungun: Heritiera littoralis

    Sepang/ Caesalpinia sappanBandar Sepang, Selangor

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Lumba F1 merupakan mercu tanda bagi daerah Sepang, Selangor. Sepang pada abad ke-16 lagi sudah menjadi kawasan tumpuan peniaga yang datang mencari pokok sepang yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai. Terkenal dalam kalangan peniaga-peniaga India, maka tempat tersebut dinamakan sempena pokok sepang. Sepang sejenis pokok kecil yang berduri dan boleh dijumpai di negara-negara seperti China, Taiwan, India, Malaysia dan Vietnam. Pokok yang hampir pupus ini, merupakan tumbuhan berkayu yang berwarna merah dan jika direndam di dalam air akan mengeluarkan warna merah seakan-akan air sirap. Daunnya jenis majmuk dengan susunan berselang-seli. Dalam satu tangkai daun terdapat 10–12 pasang anak daun. Bunganya berwarna kuning manakala buahnya berbentuk seperti parang dan bijinya tersimpan dalam pod buah. Sepang dimakan bagi melancarkan kitaran haid selepas bersalin. Sepang juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam dan mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang diminum untuk mengubati penyakit disentri.

    Pokok sepang: Caesalpinia sappan

  • Biodiversity article

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 13

    TENTANG PENULIS UTAMA

    Zawiah Ngah ialah Penolong Pegawai Penyelidik di Program Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan dan telah menghasilkan beberapa buah buku mesra ilmu di FRIM.

    Buah piah/Elaeocarpus robustusKampung Kedai Piah, Ketereh, Kelantan

    Kampung Kedai Piah merupakan sebuah kampung yang terletak di Ketereh, Kelantan yang dipercayai tersohor dengan pokok piah yang banyak tumbuh berhampiran kedai di pangkalan bot. Pokok yang telah pupus ini berasal dari Semenanjung Malaysia khususnya (negeri pantai timur), Thailand dan Borneo. Pokoknya boleh mencapai ketinggian hingga 20 m dengan bentuk batangnya yang licin, bergalur dan berbanir pendek. Daun tersusun dalam lingkaran, dan tepi daunnya bergerigi. Buahnya keluar pada hujung ranting berbentuk bujur, bulat dan mempunyai biji benih yang keras. Buah yang berwarna hijau dan sedikit berkarat atau gelap hampir menyerupai buah ciku tetapi sangat keras. Isi buahnya berwarna kuning dan gebu serta rasanya hampir sama dengan kentang lecek, manis dan lemak berkrim. Sebelum dimakan, buahnya yang keras perlu diketuk sehingga lembut dan merekah dengan sendiri.

    Buah piah/Elaeocarpus robustus

  • FRIM Activities

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 201814

    FRIM RAI SEKOLAH ANGKAT DALAM PROGRAM KEILMUAN SANTAI@LIBFRIM Welcomes Foster Schools in Knowledge Sharing Santai@Lib Programme

    Peserta program keilmuan Santai@Lib

    Noor Atizza [email protected]& Ida Suraini Abd Shukor

    Program keilmuan yang bertemakan Santai@LIB telah diadakan pada 14 Ogos 2018 di Perpustakaan FRIM sempena Hari Terbuka Bahagian Perkhidmatan Teknikal 2018. Program keilmuan yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal julung kali diadakan oleh Perpustakaan FRIM dan dihadiri penjawat awam baharu, dan pelajar serta guru daripada empat sekolah angkat FRIM iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Sekolah Kebangsaan Seri Kepong, dan Sekolah Kebangsaan Kepong, FRIM.

    Program ini menyediakan landasan kepada Perpustakaan FRIM dan pelanggannya bagi bertukar-tukar pandangan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan penyampaian maklumat, menjalin rangkaian, serta kerjasama. Penyelidik, pendidik, pelajar dan orang awam didedahkan kepada industri pengurusan maklumat di samping mendapat

    TENTANG PENULIS UTAMA

    Noor Atizza Mansor ialah pegawai penyelidik yang berkhidmat di Perpustakaan FRIM.

    maklumat tentang perkhidmatan, koleksi dan kemudahan yang disediakan Perpustakaan FRIM. Program ini juga bertujuan mempromosi serta menggalakkan pembangunan R&D dalam pengurusan sistem maklumat dengan menggunakan teknologi dan sumber alam semula jadi yang bernilai tinggi.

    Beberapa aktiviti menarik disediakan seperti ‘Bicara Santai Bersama Pakar Keilmuan FRIM’ yang membicarakan perkara bersangkutan pengurusan maklumat, ‘Teka Nombor Kelas Buku’ dan ‘Cari Kata’. Pelajar dan guru sekolah diberi peluang melawat Galeri Penyelidikan FRIM dan Perpustakaan FRIM. Pelajar dan guru sekolah angkat FRIM turut menerima sijil penghargaan dan cenderahati khas daripada Perpustakaan FRIM.

    Selain memberi ruang kepada Perpustakaan bagi memupuk semangat kreatif dan inovatif, khususnya dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti pendidik dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, program

    ini turut menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan adanya program berbentuk keilmuan ini, masyarakat akan lebih peka tentang peranan Perpustakaan FRIM.

  • Nutritious Nutrients

    A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 2018 15

    Noni: A wonder fruit traditionally recommended for the treatment of diabetes, heart diseases and cancer

    ABOUT THE AUTHOR

    Dr Vimala Subramaniam is a research officer at the FRIM Publications Branch. She is the recipient of various national and international awards for her findings in herbal research.

    The Polynesian ancient healing manuscripts cite the fruit as a primary ingredient in natural healing formulations. Polynesian healers have used noni fruits for thousands of years to help treat a variety of health problems including diabetes, high blood pressure, inflammation, tumors and infections. In Southeast Asia, the noni fruits are widely used in traditional medicine and consumed raw (ulam) with salt or cooked as curry. The strong-smelling, bitter fruit is recommended for the treatment of diabetes, heart disease and cancer. In the Hawaian Islands, noni fruit is cultivated in vast organic plantations, for the production of organic health products to boost immune system and to lower blood sugar, cholesterol and blood pressure. In the consumer market, noni fruit was introduced as a supplement for preventive health care and cosmetic for skin care. The fruit preparations are sold as juice, dried fruit and dry extract in capsules.

    Noni has earned the title ‘superfruit’ due to its phenomenal antioxidant and anti-inflammatory properties. Noni possesses natural antioxidants such as anthocyanins, beta-carotene, catechins, coenzyme Q10, flavonoids, lipoic acid, lutein, lycopene, selenium, and vitamins C and E, which fight free-radicals and prevent oxidative damage. Noni fruit contributes towards preventive measures against diseases caused by oxidative stress such as diabetes, hypertension, heart diseases, cancer and age-related

    degenerative symptoms. The naturally occurring phenolic compounds—anthraquinones—prevent glucose from entering tumor cells, preventing metastasis in cancer and ultimately leading to cell death. Thus, it is helpful in slowing the growth of cancer cells and spreading of cancer. However, patients with kidney disease should be cautious in their use of noni because it may increase potassium levels.

    BUAH MENGKUDU, MORINDA CITRIFOLIANoni FruitDr Vimala [email protected]

    Morinda citrifolia is a fruit-bearing tree in the coffee family, Rubiaceae. It is a small evergreen herb tree commonly found in subtropic and tropic regions of the world. Noni originated from Southeast Asia, Australia and the islands of Polynesia, often growing along lava flows. The species is now cultivated throughout the tropics and widely used as food and traditional medicine. The noni fruit is also known as ‘starvation fruit’ because it was consumed as an emergency food by indigenous people during famine. The fruit is yellow-greenish-white in colour and large, with a pebbled surface. The ripe fruit has a characteristic cheese-like, bad odour, thus, the reason why it is also known as ‘cheese fruit’.

    Noni: A high antioxidant superfruit to boost the immune system and fight parasitic infections

    Noni juice contains 17 amino acids that can help to boost the immune system. Noni juice is prepared by blending a ripe fruit with pineapple and lemon to mask the bitter taste. Recommended dosage: 30 ml/day

    Noni Juice Nutrition

    One tablespoon of noni juice contains:• 3.5 calories• 0.9 g carbohydrates• 1.5 mg vitamin C• 300 µg zinc• 170 µg niacin• 0.12 µg folate• 2 mg calcium• 800 µg magnesium• 35 µg iron• 10 mg potassium• fatty acids & amino acids• antioxidants

  • A QUARTERLY OF THE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)FRIM IN FOCUS | DECEMBER 201816

    Ahli-ahli yang menghadiri Mesyuarat Agong APAFRI

    KETUA PENGARAH FRIM DILANTIK PENGERUSI APAFRI 2018–202129 November 2018 – Pelantikan Ketua Pengarah FRIM sebagai Pengerusi bagi tempoh 2018–2021 diumumkan ketika Mesyuarat Agung APAFRI yang kelapan di Putrajaya. Abd Latif telah dilantik pada kali pertamanya sebagai Pengerusi APAFRI semasa Mesyuarat Agung yang kelima di Kuala Lumpur pada 2009, dan sekali lagi di Guangzhou, China pada 2012 pada mesyuarat keenam. Abd Latif merupakan Pengerusi APAFRI pertama yang dipilih untuk kali ketiga. APAFRI merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai 69 ahli institusi daripada 25 buah negara termasuk negara-negara Asia Tenggara, China, Jepun, Korea dan Australia. APAFRI mempunyai kepentingan yang aktif dalam penyelidikan perhutanan, pemuliharaan, pengurusan dan lain-lain perkara-perkara berkaitan perhutanan di rantau Asia Pasifik.

    PENYELIDIK FRIM TERIMA ANUGERAH ANTARABANGSA JEPUN7 November 2018 – Penyelidik FRIM, Dr Farah Fazwa Md Ariff menerima pengiktirafan ‘Japanese International Award for Young Agricultural Researchers’ 2018 di United Nations University Tokyo, Jepun. Farah Fazwa yang mengetuai Cawangan Pembaik Baik Herba dan Pokok FRIM dipilih atas penyelidikan inovatif dan berfaedah dalam penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi bagi Labisia pumila (kacip fatimah). Anugerah tahunan tersebut diberikan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) Jepun sejak tahun 2007 sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaian cemerlang penyelidik asing muda terhadap pembangunan teknologi dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan di negara-negara membangun.

    Farah Fazwa menerima sijil daripada Yoshio

    News

    KP FRIM (kiri) dan Sarifah bergambar dengan sijil

    pengiktirafan JTFS Dari kiri: Zuraidah, Siti Hamisah, Md Salleh dan Abd Latif semasa majlis penyampaian sijil

    JTFS TERIMA SIJIL CREAM 201829 Oktober 2018 – Journal of Tropical Forest Science (JTFS) terbitan FRIM menerima Sijil Pengiktirafan Skim Galakan Penerbitan (CREAM) 2018 bagi kategori Jurnal Berprestasi Tinggi Diindeks dalam Web of Science. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod menerima sijil bersempena Majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal CREAM 2018 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM melalui Pusat Sitasi Malaysia. JTFS merupakan satu-satunya jurnal terbitan institusi penyelidikan daripada 22 jurnal universiti awam dan swasta yang terpilih untuk pengiktirafan CREAM. Pengiktirafan ini bertujuan merai jurnal-jurnal tempatan yang berprestasi cemerlang sebagai galakan peningkatan jurnal ilmiah negara di peringkat antarabangsa.

    * bersambung di muka surat 7