uak matematik

6
Jawapan: 1. Kebanyakan murid mempunyai salah tanggapan dan kesukaran dalam penyelesaian masalah Matematik. Dua kategori kesukaran murid dalam penyelesaian masalah Matematik berdasarkan Analisis Kesilapan Newman . I. Pemahaman Apabila membaca pernyataan masalah, murid perlu memahami apa yang dibaca dan apa kehendak penyelesaian bagi pernyataan masalah itu. Murid-murid tidak dapat memahami maksud syarat-syarat dalam perkataan masalah dan operasi matematik. Di peringkat ini, murid-murid perlu untuk mengaitkan masalah perkataan kepada konsep matematik. Masalah timbul apabila murid-murid tidak dapat memahami istilah atau frasa dalam perkataan masalah. Mereka tidak dapat memahami maklumat dengan tepat. Selain itu, murid juga tidak dapat memahami dan mengaitkan operasi matematik dan konsep (tambah, tolak, darab, bahagi) Contoh: Bagi soalan ini, kelemahan murid menyelesaikan permasalahan disebabkan kurang mahir membaca, menulis, atau bercakap. Dalam

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 15-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ujian

TRANSCRIPT

Jawapan:1. Kebanyakan murid mempunyai salah tanggapan dan kesukaran dalam penyelesaian masalah Matematik. Dua kategori kesukaran murid dalam penyelesaian masalah Matematik berdasarkan Analisis Kesilapan Newman .

I. PemahamanApabila membaca pernyataan masalah, murid perlu memahami apa yang dibaca dan apa kehendak penyelesaian bagi pernyataan masalah itu. Murid-murid tidak dapat memahami maksud syarat-syarat dalam perkataan masalah dan operasi matematik. Di peringkat ini, murid-murid perlu untuk mengaitkan masalah perkataan kepada konsep matematik. Masalah timbul apabila murid-murid tidak dapat memahami istilah atau frasa dalam perkataan masalah. Mereka tidak dapat memahami maklumat dengan tepat. Selain itu, murid juga tidak dapat memahami dan mengaitkan operasi matematik dan konsep (tambah, tolak, darab, bahagi) Contoh:

Bagi soalan ini, kelemahan murid menyelesaikan permasalahan disebabkan kurang mahir membaca, menulis, atau bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah atau terminologi yang tidak dapat dicerap dengan baik oleh mereka di dalam kelas matematik. Contohnya, soalan ini mengandungi istilah bagi berat iaitu kilogram dan gram yang mungkin tidak diingati konsepnya. Jadi, murid gagal untuk memahami masalah dan tidak berupaya menentukan operasi dengan betul.

II. KecuaianKecuaian adalah salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh murid. Murid cuai untuk memahami konsep dan idea Matematik.Oleh itu, berlakulah kesilapan pengiraan bagi penyelesaian masalah Matematik. Contoh:

Kesilapan yang dilakukan oleh murid juga kerana kecuaian dalam memahami idea matematik. Murid mahu menjawab dengan cepat sehingga tersalah kira. Dalam isu soalan di atas, operasi yang digunakan adalah betul, tetapi murid gagal mencari jumlah yang tepat kerana sikap cuai berlaku dalam diri sendiri.

2. Cadangan aktiviti pembelajaran yang berbentuk didik hibur untuk membantu murid-murid diskalkulia.

Tajuk: Nombor Bulat hingga 10Standard Pembelajaran:Menyusun nombor 0 hingga 10a) Membilang satu-satu secara tertib menaikb) Membilang satu-satu secara tertib menurunc) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaikd) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun

Langkah pengajaran:1. Murid dibentuk kumpulan (empat orang). Guru menunjukkan gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai dan melompat dari sehelai ke sehelai daun teratai yang lain.

2. Murid diminta memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga diminta beraksi seperti seekor katak. Gerak laku diiringi lagu Lompat Si Katak Lompat.3. Guru mengedarkan set keratan daun teratai bersaiz besar dan meletakkan keratan tersebut di atas lantai secara rawak.

8

5

3

6

1

7

4

10

9

2

4. Secara berkumpulan, murid bergilir-gilir melompat (secara tertib menaik) di atas keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis padanya. 5. Aktiviti diulang untuk : Membilang satu-satu secara tertib menurun Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

3. Strategi pengajaran murid berkeperluan khas.Tahun: 1Tajuk: Tambah dan TolakStandard Kandungan: 2.3: Tambah dan tolak dalam lingkungan 100Standard Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untukii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak

Aktiviti:1. Dua orang murid ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Murid lain membilang jumlah kumpulan itu. 2. Tiga orang murid lain ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Murid lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu. Komunikasi:Dua dan tiga jadi berapa semuanya?Mari kita bilang bersama-sama.(Guru menggunakan kaedah membilang kesemuanya atau membilang terus)Dua dan tiga jadi lima.( Guru menulis 2 dan 3 jadi 5 pada papan tulis)3. Guru menerangkan konsep tambah dengan aktiviti lain

Kumpulan pertama bergabung dengan kumpulan kedua Dua ekor itik berenang menuju ke kumpulan tiga ekor itik.

Kedua-dua kumpulan bergabung serentak

Kedua-dua kumpulan itik bergabung serentak menjadikan jumlah lima ekor itik.

4. Guru menerangkan dalam ayat: Dua dan tiga sama dengan lima Jumlah dua dan tiga ialah lima Dua dan tiga menghasilkan lima kesemuanya.