tutorial 3.1

7
TUTORIAL 3.1 1. Bincang dan kenalpasti semua ciri-ciri objek yang boleh diukur:- a) Papan Buletin - Ia adalah sejenis papan yang digunakan untuk melekat sebarang notis atau pernyataan. - Di bawah merupakan contoh sebuah papan bulletin Gambar 3.1.1 Lakaran Sebuah Papan Buletin - Maka, disini dapat kita melihat bahawa papan tersebut mempunyai ketingian(x cm) dan keleberan(y cm) yang tertentu. y cm - x cm -

Upload: tamayanthi-gunasegaran

Post on 06-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MATHS SEM 2 PISMP

TRANSCRIPT

TUTORIAL 3.11. Bincang dan kenalpasti semua ciri-ciri objek yang boleh diukur:-

a) Papan Buletin Ia adalah sejenis papan yang digunakan untuk melekat sebarang notis atau pernyataan. Di bawah merupakan contoh sebuah papan bulletin

y cm - LEBAR

x cm - TINGGI

Gambar 3.1.1Lakaran Sebuah Papan Buletin

Maka, disini dapat kita melihat bahawa papan tersebut mempunyai ketingian(x cm) dan keleberan(y cm) yang tertentu. Sekiranya nilai x dan y diberi satu ukuran yang tetap, maka papan tersebut bukan sahaja dapat dikira keluasannya malahan sekaligus dengan perimeternya. Jadi, meja dapat diukur dengan menggunakan samada pembaris yang mempunyai skala ukuran sentimeter atau pita pengukur yang mempunyai skala ukuran meter.

b) Meja

Sesebuah meja dapat diukur kelebaran, ketinggian mahupun perimeternya. Hal ini kerana, ia adalah sebuah perkakas yang dapat disentuh dan merupakan bahan konkrit. Maka, ia mempunyai ukurannya yang tertentu. Sebagai contoh, lihat gambar meja dibawah ini:-

y cm Gambar 3.1.2Lakaran sebuah meja makan yang bulat.

Ia adalah sebuah meja makan yang bulat disertai dengan empat kerusi. Sebaik sahaja kita mengetahui radius(y cm) meja makan ini, kita dapat mengira keluasan dan perimeter meja tersebut hanya dengan menggunakan formula tertentu. Pada masa yang sama, meja merupakan sebuah bahan konkrit yang dapat disentuh dan dirasa. Oleh yang demikian, meja adalah suatu objek yang dapat diukur dengan menggunakan pita pengukur yang mempunyai skala meter ataupun melalui penggunaan formula berikut :- c) Extension Cord Ia adalah sebuah objek yang mempunyai bentuk seperti rajah di bawah:-

Gambar 3.1.3 Lakaran Sebuah Extension Cord

Ini boleh diukur dengan dua cara iaitu pertama adalah benang yang dipotong sama saiz digunakan untuk mengira panjang wayar extension cord tersebut dan kemudian menggunakan pita pengukur atau pembaris untuk mendapatkan ukuran sebenar. Manakala cara kedua pula adalah terus menggunakan pita pengukur yang mempunyai skala meter untuk mengira panjang wayar tersebut.

d) Mangkuk Ia adalah sebuah objek yang konkrit dimana kita dapat menyentuh dan merasainya. Namun, mangkuk tidak boleh diukur kerana saiznya tidak simetri.

Gambar 3.1.4 Lakaran Sebuah Mangkuk Ianya hanya boleh dikira dari segi berat dalam ukuran gram.4. Teroka dua masalah berikut:-a) Adakah semua bentuk dengan luas yang tetap mempunyai perimeter yang sama? Apa itu perimeter? Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan). Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.

Perimeter boleh diaplikasikan dalam banyak bidang, contohnya untuk mengira panjang pagar yang diperlukan untuk mengelilingi laman atau taman. Perimeter untuk satu roda (lilitannya) adalah bersamaan seberapa jauh ia membuat satu pusingan lengkap. Jadi, jumlah panjang tali untuk sesebuah gelendong adalah sangat berkait rapat dengan perimeter gelendong itu sendiri.Contoh:-

Cara mengira perimeter adalah:-

Hitung dua perimeter objek:

Dalam contoh ini, kita perlu gabungkan dua objek ini untuk mencari atau mengira perimeter objeknya untuk mendapatkan perimeter objeknya. Tetapi, contoh kedua adalah berbeza. Iaitu kita tidak perlu mengabungkan atau membahagikan objeknya. Contoh yang kedua akan menerangkan kaedah mengiranya. Contoh kedua :- Cuba kira perimeter segi empat sama ini.

JALAN KIRA : 12cm + 12cm + 9cm + 9cm

Jawapanya ialah : 42 cm

Akhirnya, pengiraan perimeter sesuatu objek adalah berbeza mengikut jumlah dan bentuk sesuatu objek. Kita perlu meneliti objek tersebut dan mencari jalan untuk mencari perimeternya supaya mendapat jawapan yang betul dan tepat.