tugasan semantik.docx

30
1.0 PENDAHULUAN Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Bahasa digunakan untuk menyampaikan pendapat, bertukar fikiran, menyatakan perasaan, dan sebagainya. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya. Bahasa mempunyai struktur yang kompleks dan boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik. Bahasa mempunyai struktur yang berbeza untuk menyampaikan makna iaitu dikenali dengan istilah semantik. Semantik adalah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emossi, perlakuan dan keperibadian, Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, maka semakin banyaklah idea yang mampu diungkapkan baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Semantik mempunyai peranan penting kepada semua guru yang mengajar Bahasa Melayu baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semantik merupakan cabang ilmu bahasa yang mempelajari segala sesuatu tentang makna. Semantik berada di luar gramatika bahasa yang berbeza dengan morfologi dan sintaksis yang berada pada tataran gramatika bahasa. Cakupan semantik sangat luas mencakup semua tataran bahasa, baik kata, frasa, klausa, kalimat, perenggan, maupun wacana. Dengan demikian, semantik adalah ilmu makna, membicarakan makna, bagaimana mula adanya makna sesuatu, 1

Upload: zainab-hashim

Post on 30-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Bahasa digunakan untuk menyampaikan pendapat, bertukar fikiran, menyatakan perasaan, dan sebagainya. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya. Bahasa mempunyai struktur yang kompleks dan boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik. Bahasa mempunyai struktur yang berbeza untuk menyampaikan makna iaitu dikenali dengan istilah semantik.

Semantik adalah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emossi, perlakuan dan keperibadian, Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, maka semakin banyaklah idea yang mampu diungkapkan baik yang tersurat mahupun yang tersirat.

Semantik mempunyai peranan penting kepada semua guru yang mengajar Bahasa Melayu baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semantik merupakan cabang ilmu bahasa yang mempelajari segala sesuatu tentang makna. Semantik berada di luar gramatika bahasa yang berbeza dengan morfologi dan sintaksis yang berada pada tataran gramatika bahasa. Cakupan semantik sangat luas mencakup semua tataran bahasa, baik kata, frasa, klausa, kalimat, perenggan, maupun wacana. Dengan demikian, semantik adalah ilmu makna, membicarakan makna, bagaimana mula adanya makna sesuatu, bagaimana perkembangannya, dan mengapa terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.

Tuntasnya, sebagai guru Bahasa Melayu kita hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang semantik untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kemampuan kita menguasai bidang tersebut membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan pengetahuan yang dimiliki kepada murid-murid dan seterusnya dapat membimbing murid-murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan standard.

TUGASAN 1

2.0KONSEP SEMANTIK

Mengikut Kamus Dewan semantik bermaksud ilmu mengenai makna atau erti kata, dan penambahan atau perubahan makna kata. Perkataan ini berasal daripada perkataanGreek iaitu semantikos yang bermaksud memberi tanda, sesuatu gejala atau sesuatu yang bermakna. Menurut Palmer di dalam bukunya yang bertajuk Read(1984) istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Micheal Bral daripada perkataan Perancis semantique pada tahun 1883. Istilah ini pernah digunakan dalam sebuah kertas kerja yang berjudul Reflected Meanings: a point of semantic pada tahun 1894.

Menurut Abdullah Hassan (1992), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Kajian makna kata dalam bahasa Melayu menurut sistem penggolongan semantik adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal mulanya, bahkan bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa.

F.R Palmer di dalam bukunya yang bertajuk Semantik yang diterjemahkankan oleh Prof. Abdullah Hassan menyatakan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik menjadi sebahagian daripada linguistik. Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

Kesimpulannya, semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata iaitu ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

2.1FITUR MAKNA

Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekolompok fitur distingtif. Kaedah ini diasaskan oleh Katz dan Fodor telah diperluaskan oleh Jackson(1988) dan John Lyons(1995). Penanda makna ialah gagasan teoritis bertujuan mewakili konsep yang menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa semula jadi. Melalui analisis komponen makna ini, perhubungan dan pengertian yang mengait-ngaitkan di antara satu sama lain diformulakan secara mutlak.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur atau sifat-sifat tersebut akan diberi tanda + atau -. Tanda-tanda ini mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya. Sementara tanda yang bermaksud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut.

Binatang+bernyawa

Batu- bernyawa

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna bahasa Melayu sendiri yang memberi makna kepada perkataan tersebut mengikut konteks dan penggunaannya. Di samping itu, fitur makna amat berkait rapat dengan sinonimi dan berkait dengan leksikal.

2.2Makna Leksikal

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata.Menurut Nik Safiah Karim di dalam bukunya Bahasa Melayu STPM perkataan leksikal diterbitkan dari perkataan leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna. Ini bermaksud makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referensnya, makna yang sesuai dengan pemerhatian deria kita atau makna yang nyata.

Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas, yang tinggal di dalam air tetapi juga boleh naik ke darat.Makna buaya Nampak jelas di dalam ayat berikut:

a) Buaya di sungai itu telah ditangkap.

Bagi ayat kedua kata buaya tidak bermaksud leksikal lagi tetapi membawa erti seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.

b) Jangan percaya dengan kata-kata Hafiz kerana dia itu buaya.

Makna buaya tidak bersifat leksikal lagi kerana telah berubah mengikut penggunaannya dalam ayat.

Dalam sesuatu bahasa tidak sesuatu perkataan mempunyai makna leksikal. Perkataan seperti rumah, bunga, buruk dan sebagainya memiliki makna leksikal. Tetapi perkataan yang tergolong di dalam kata tugas sepert tetapi, sebelum, walaupun dan sebagainya tidak memiliki makna leksikal. Kesimpulannya makna leksikal sesuatu perkataan ialah gambaran yang nyata tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh perkataan itu.

Perkataan yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kesemuanya mengandungi makna. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan antara makna dengan kata-kata tersebut dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Kata-kata dengan makna berhubung di antara satu sama lain dengan melalui pelbagai cara di antaranya ialah:

2.2.1Sinonimi

Menurut S Nathesan(2008) di dalam bukunya yang bertajuk Makna Di Dalam Bahasa Melayu sinonimi iaitu perkataan yang berlainan tetapi mempunyai makna dan pengertian yang sama. Umpamanya, pasangan perkataan cantik dan lawa, bijak dan cerdik dikatakan bersinonim. Hubungan makna antara dua perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik maka cerdik bersinonim dengan bijak.

Namun demikian , perkataan-perkataan tersebut tidak mendukung makna yang sama dalam erti kata yang sebenarnya jika diteliti daripada komponen maknanya. Contohnya wanita dan perempuan walaupun bersinonim tetapi penggunaannya perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks ayat walaupun mempunyai makna yang sama.

2.2.2Antonimi

Mengikut pendapat Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu II, antonimi ialah pertentangan makna perkataan misalnya sejuk lawannya panas, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah dan sebagainya. Terdapat juga sinonim sebagai perkataan berlawanan yang saling melengkapi seperti duduk-bangun, tajam-tumpul gembira sedih dan sebagainya.

Kesimpulannya antonim ialah lawan kata. Tetapi jika direnung dengan mendalam, yang berlawan itu bukan perkataan tetapi makna perkataan-perkataan. Maka ungkapan lawan makna adalah lebih tepat.

2.2.3Hamonimi

Menurut Nik Safiah Karim(2013) di dalam buku Bahasa Melayu STPM perkataan hamonimi berasal dari bahasa Yunani iaitu onoma yang bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Perkataan buku yang bererti kitab dan perkataan buku yang bererti bahagian keras antara ruas. Perkataan peria yang bererti sejenis buah yang pahit dan peria yang bererti pemuda, lelaki dan teruna. Perkataan buku dan peria walaupun mempunyai sebutan dan bentuk yang sama tetapi mempunyai perbezaan makna mengikut konteks ayat.

2.2.4Hiponimi

Hiponimi ialah ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Sebagai contoh melur, mawar, melati, kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya hiponimi ialah kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggota yang terdiri daripada kata yang khusus. Contohnya bawal memang ikan tetapi ikan bukan hanya bawal sebaliknya juga meliputi ikan-ikan lain seperti kembung, selar, sardin, salmon, kerisi dan sebagainya.

2.2.5Polisemi

Perkataan tunggal yang mendukung beberapa makna yang berlainan disebut polisemi di dalam ilmu semantik, menurut M Nathesan(2008). Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Tentang juga boleh membawa maksud berlawan. Dengan kata lain, polisem ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

2.3 MAKNA AYAT

Makna merupakan satu unsur penting untuk memahami ujaran dan penulisan.Sekiranya kita tidak memahami makna ayat, sukar untuk kita berkomunikasi atau memahami apa yang ditulis. Ayat mempunyai makna untuk kita menyatakan sesuatu.

Dalam setiap bahasa untuk membentuk sesuatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung kepada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2009) di dalam bukunya Bahasa Melayu II, makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung di dalamnya dan bagaimana perkataan tersebut distruktur dan digabungkan.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memahami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

Rajah 1: Makna denotatif dan makna konotatif

2.4 KETAKSAAN MAKNA

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, (1994) menyatakan taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya.Ketaksaan menunjukkan kesalahan tentang strukur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan.Ketaksaanbermaksudkata, frasaatauayatyang tidak pasti maknanya. Ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna.Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jikakonteks ayat ditambah.

Kesimpulannya, sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagaiketaksaan makna. Ayat taksa yangtidak menyampaikan maksudyang lengkap kepada pendengar atau pun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepatinahuyang tepat membuat pembaca keliru,tidak jelas dan kaburiaitu dari segi logik ayat. Ayat taksa ialah ayat yang betul dan tepat nahunyatetapi jikatidak dibaca dengan intonasi yang betulakan menimbulkan ketaksaan makna.Ketaksaanboleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

2.4.1Ketaksaan Struktural

Ketaksaan Struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat.

Contoh ayat

Suaranya lembut walaupun agak garau.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana melibatkan satu pentafsiran bagi satu konstituen. Di dalam ayat ini terdapat dua ayat penyata iaitu Suaranya lembut dan Suaranya agak garau. Perkataan suaranya mungkin bermaksud bahasa yang digunakan atau nada suaranya yang digunakan menggunakan bahasa yang menunjukkan bahasa yang penuh sopan walaupun bersuara garau. Jika dibaca tanpa mengambil kira intonasi, ayat ini menimbulkan ketaksaan. Tetapi mana mungkin orang yang bersuara garau dapat bertutur dengan suara lembut

2.4.2Ketaksaan Leksikal

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu penfsiran bagi sesuatu perkataan.

Contoh ayat

Sedang matahari menyembunyikan diri di ufuk barat, beberapa penduduk yang lain pula mengayuh sampan seakan membawa sesuatu

Ayat tersebut mungkin membawa maksud sampan itu membawa sesuatu benda berharga. Mungkin juga membawa sesuatu yang pelik tidak pernah dilhat oleh penulis. Ayat ini menimbulkan ketaksaan kerana perkataan sesuatu membawa pelbagai maksud yang pelbagai yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa yang dibawa oleh beberapa orang penduduk yang mendayung sampan tersebut.

2.4.3Ketaksaan Metafora

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya.

Contoh ayat

Penerbangan MH 307 hilang dari radar pada 1.20 pagi dan belum lagi di kesan, walaupun operasi mencari dan menyelamat raksasa yang melibatkan 26 negara.

Perkataan raksasa jelas menunjukkan ayat ini mengandungi unsur ketakasaan metafora kerana mengambarkan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran yang digambar secara melampau atau melebih-lebih dengan penggunaan istilah raksasa. Raksasa ialah sesuatu makhluk yang bertubuh badan yang besar dan tinggi dan ditakuti oleh manusia.

2.4.4Ketaksaan Figuratif

Lazimnya dikaitkan juga dengan ketaksaan di peringkat leksikon atau kata, iaitu kerana adanya unsur polisemi, dan ketaksaan yang ada kaitannya dengan unsur perbezaan budaya. Dalam hal ini, makna sesuatu kata itu hendaklah dianalisis dari segi makna figuratif bukan makna literal.

Contoh ayat

Apabila kubu siap dibina,ni bererti tanda nak perang.

Perang boleh membawa maksud warna, juga boleh membawa maksud perang. Jika tidak dibaca mengikut intonasi makna ayat akan berubah. Walaupun perkataannya sama tetapi sebutannya lain-lain untuk membezakan makna.

2.4.5Ketaksaan Yang Disengaja(deliberate)

Dalam sesetengah jenis penulisan, beberapa struktur leksikal dan sintaksis disengajakan ketaksaannya, misalnya dalam penulisan teks sastera, iklan, tajuk berita dan undang-undang.

Contoh ayat

Budak korban tiang gol.

Ayat di ayat merupakan sebuah tajuk berita. Ayat ini sengaja ditaksakan. Sekiranya dibaca akan memberi pelbagai makna.

2.5KEKABURAN MAKNA

Kekaburan pula dapat dibahagikan kepada empat jenis yang dijumpai dalam bahasa. Jenis pertama ialah kekaburan rujukan, kedua ketidakpastian makna, ketiga kurang ketentuan pada makna item itu dan keempat pertentangan pada penentuan makna item. Kekaburan rujukan bermaksud item itu pada dasarnya sudah cukup jelas tetapi sukar ditentukan sama ada item itu dapat digunakan pada benda-benda tertentu.

2.5.1 Kekaburan Referensi

Kekaburan referensial muncul kerana makna leksikal sebuah perkataan sukar diterapkan pada objek tertentu.

Contoh ayat

Tolong pastikan gerai anda kemas dan bersih.

Perkataan kemas dan bersih jika dihuraikan membawa makna yang hampir sama.

2.5.2 Kekaburan Makna

Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang berbeza atau tidak pasti terhadap makna kata atau frasa tertentu.

Contoh ayat

Durian Thailand(Siam)

Penyataan ini dapat dimaknakan sebagai:

a) Durian itu berasal dari Thailand.

b) Sejenis durian Thailand(Siam) yang dijual di Malaysia dinamakan durian Thailand yang berisi tebal dan berkulit tebal dan perlu diperam.

c) Durian itu dibeli di Thailand tetapi bukan durian siam tetapi durian jenis lain.

d) Sejenis durian Thailand(Siam) juga ditanam di negara kita.

2.5.3 Kekaburan Spesifikasi

Kekaburan ini disebabkan oleh sifat makna sesuatu perkataan yang terlalu umum.

Contoh ayat

Rata-rata penduduknya pada keseluruhannya sungguh menyenangkan.

Perkataan menyenangkan yang tidak dapat ditentukan kerana bersifat terlalu umum untuk difahami. Menyenangkan boleh bermaksud baik, tidak sombong , peramah dan sebagainya.

2.3.4 Kekaburan Disjungsi

Kekaburan ini disebabkan kerana terdapat pilihan yang menimbulkan penafsiran yang berbeza, sementara pilihannya juga di luar pilihan yang disediakan.

Contoh ayat

Cucu nak kaya tak?

Soalan yang ditanya boleh memberi pelbagai maksud sama ada cucu hendak jadi kaya atau hendak sejenis makanan yang boleh disapu dengan roti. Pilihan makna yang lain pula ialah sekadar menguji seseorang yang ingin menjadi kaya atau ingin memberi sesuatu yang dimiliknya yang boleh menjadikan seseorang itu kaya.

TUGASAN 2

3.0MENGKAJI DAN MENILAI ISTILAH

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka(2007) istilah ialah kata, gabungan kata dan frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu. Istilah ialah lambang linguistic yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyamapai sesuatu ilmu. Melalui istilah sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak

Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah. Tata istilah pula merupakan kumpulan istilah-istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.

3.1Singkatan

Menurut kamus dewan(2007) mentakrifkan singkatan sebagai kependekan atau ringkasan dalam pemakaian bahasa. Mansoer Pateda(1995) menyifatkan singkatan sebagai kependekan kata-kata dengan mengwujudkan satu bentuk kata berlainan. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan perkataan seperti akronim. Sekiranya diperhatikan secara mendalam, kata singkatan ini kebanyakkan dipengaruhi oeh masyarakat dalam penggunaannya untuk berkomunikasi. Setiap perkataan yang disingkatkan haruslah difahami oleh khalayak umum supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. Kata singkatan ini adalah proses pembuangan huruf dalam beberapa perkataan seperti YB-Yang berhormat, dsb-dan sebagainya, b.p-bagi pihak dan sebagainya. Kata singkatan ialah pembuangan huruf dalam beberapa perkataan seperti bilangan-bil, halaman-h, nombor-no dan sebagainya.

Contoh ayat

Universiti Tun Razak (UNITAR) membekalkan bahan melalui CD-ROM.

3.2Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2007) lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkrip fonetik atau sistem tulisan. Menurut Sibarani(2004) pula, bahasa merupakan satu sistem tanda atau sistem lambang sebagai alat komunikasi dan digunakan di dalam kelompok masyarakat. Namun begitu, dalam ilmu bahasa lambang, ia merupakan sesuatu yang dikeluarkan atau yang disebut dari mulut seseorang sebagai mewakili apa yang ada dalam kepala atau fikiran seseorang itu untuk merujuk kepada sesuatu yang lain. Oleh itu lambang tidak sama dengan benda, perbuatan, peristiwa atau sifat tetapi wakilnya sahaja. Setiap kata yang dikeluarkan adalah lambang yang mewakili sesuatu. meter-m, kilogram-kg, ampere- A dan sebagainya.

Contoh ayat

Minyak evening primrose ( 300mg setiap hari, memberikan 300mg GLA)

3.3Ejaan

Menurut Kamus Dewan(2007) , menyatakan kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Terdapat pelbagai jenis ejaan iaitu ejaan grafemik iaitu berdasarkan bunyi, ejaan estimologi iaitu istilah yang sama dan ejaan yang sama, ejaan transliterasi iaitu alih huruf kepada ejaan yang sama dan ejaan transkripsi iaitu penulisan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.

Penyesuaian ejaan di dalam bahasa Melayu ini dibuat bagi menambahkan kosa kata bahasa Melayu sesuai dengan kehendak masyarakat hari ini. Pinjaman istilah ini digunakan bagi digunakan di dalam pelbagai disiplin ilmu sesuai dengan makna sesuatu ilmu yang hendak digunakan atau disampaikan kepada umum. Istilah yang baru dipinjam di serapkan didalam bahasa Melayu dan ditulis atau diungkap berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu di dalam bahasa Melayu

.Contoh ayat

Wanita yang mengalami PMS juga sering sering kekurangan magnesium.

3.4 Tatabahasa

Menurut Kamus Dewan(1993), tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat iaitu penyusunan kata-kata di dalam ayat. Peranan semantik dalam menghuraikan tatabahasa dapat ditinjau dari pelbagai aspek diantaranya ialah:

a) Penggunaan kata akar iaitu istilah yang dibentuk daripada kata akar. Contohnya gaya, sudut, kaji dan sebagainya.

b) Proses pengimbuhan iaitu kata akar atau kata dasar diberi imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Proses ini mampu mengubah kelas kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.. Contohnya tani- petani-pertanian, sedia-penyedia-penyediaan, klorin pengklorin pengklorinan dan sebagainya.

c) Proses penggandaan iaitu kata dasar yang digandakan atau diulang. Kewujudan tanda sempang(-) untuk menunjukkan pengulangan istilah. Contoh kacang-kekacang, jari-jejari dan rumput-rerumput

d) Proses pengabungan ialah peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata akar atau kata dasar, kemudian diberi makna yang berbeza daripada kata asal.. Contohnya ketua pengarah, mesin kira dan setiausaha

e) Bentuk tata bahasa dan leksikal yang berubah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan.

TUGASAN 3

4.0 REFLEKSI

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit.Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji ketaksaan dan kekaburan makna. Di sini saya telah berjaya mencari ketaksaan dan kekaburan dalam rencana-rencana majalah dan akhbar dan membuat analisis bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji.Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru keperluan menguasai aspek semantik di dalam bilik darjah amatlah penting kerana dalam bahasa Melayu, setiap perkataan mempunyai banyak makna. Penguasaan semantik yang dimiliki oleh guru dapat memantapkan lagi penyampaian ilmu kepada murid kerana menggunakan bahasa Melayu yang tepat dan bermakna.

BORANG PENENTUAN TUGASAN

PROGRAM: PPG JUN 2011

NAMA PELAJAR: ZAINAB BINTI HASHIM(671121-02-5990)

KUMPULAN: BAHASA MELAYU KUMPULAN 2

MATA PELAJARAN: SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

( BMM 3111 )

PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN DR NOR DIANA BT HAMZAH

Bil

Tarikh

Perkara

Tanda Tangan Pensyarah

Tanda Tangan pelajar

1

15.2.2014

Interaksi kedua, pensyarah pembimbing memberi soalan tugasan secara individu dan memberi penerangan dengan lengkap tentang tugasan individu yang akan dilakukan oleh pelajar.

2

22.2.2014

Mencari bahan tugasan di Perpustakaan Awam dan berbincang kehendak tugasan dengan rakan.

3

1.3.2014

Mengumpul bahan untuk rujukan tugasan melalui buku, majalah, dan pelbagai modul-modul dari universiti.

4

8.3.2014

Interaksi ke tiga pensyarah pembimbing memberikan panduan perlaksanaan tugasan.

5

6.4.2014

Mencari ayat ketaksaan dan kekaburan.

6

8.4.2014

Menaip tugasan dan menyemak kesalahan ejaan dan tatabahasa

7

10.4.2014

Mencetak dan menjilid tugasan.

8

13.4.2014

Menyerahkan bahan tugasan kepada pensyarah.

BORANG KOLABORASI

PROGRAM: PPG JUN 2011

NAMA PELAJAR: ZAINAB BINTI HASHIM(671121-02-5990)

KUMPULAN: BAHASA MELAYU KUMPULAN 2 (BMM2)

MATA PELAJARAN: SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU ( BMM 3111 )

PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN DR NOR DIANA BT HAMZAH

Bil

Tarikh

Perkara

Tanda Tangan Pensyarah

Tanda Tangan pelajar

1

15.2.2014

Interaksi kedua, tugasan diberikan oleh En Bukhari dan memberi penerangan dengan lengkap tentang tugasan individu.

2

22.2.2014

Berjumpa di perpustakaan Awam Negeri Kedah dan mencari sumber rujukan di sana. Berbincang tentang kehendak soalan. Bertukar-tukar bahan tugasan dengan rakan dari kumpulan BM 2.

3

5.3.2014

Menelefon rakan berbincang tentang tugasan dan masalah-masalah yang dihadapi.

4

8.3.2014

Pensyarah pembimbing memberi panduan untuk melaksanakan tugasan dan buku-buku yang berkaitan dengan tugasan.

5

22.3.2014

Berbincang mengenai ayat-ayat yang mengandungi ketaksaan dan kekaburan bahasa Melayu dengan kawan-kawan di IPDA.

6

5.4.2014

Pensyarah pembimbing menerangkan fitur makna dan cara menghuraikan ketaksaan dan kekaburan pada interaksi 4.

Rujukan

1. F.R Palmer, Penterjemah Abdullah Hassan, Prof(1989). Universiti Sains Malaysia dan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

2. S Nathesan(2008), Makna Dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

3. Siti Hajar Abdul Aziz(2009), Bahasa Melayu II. Oxford Fajar, Kuala Lumpur

4. Modul PISMP Semantik Semester Enam

5. Modul PGSR Semantik Semester Enam

6. Modul PPG SGR 3038 Semantik Dan Pragmatik Universiti Utara Malaysia

7. Modul Psikolinguistik Dan Semantik Open University

Sumber internet diambil pada 1 Mac 2014

1. http://www.slideshare.net/NurFateha3/semantik-18437779

2. http://www.scribd.com/doc/134663176/UNIT-6-PJJ-SP-3-bml-3053

3. http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/semantik-dan-pragmatik-bahasa-melayu.html

4. http://www.scribd.com/doc/75831857/Nota-Assigment-BMM3111-Zaleha

Makna konotatif

-Makna tersirat iaitu kata-kata yang membawa makna langsung atau makna dasar sesuatu kata.

-Makna yang ditambah disamping makna sebenar.

-Contoh bunga bermaksud tumbuhan yang berwarna -warni dan berbau harum tetapi juga boleh bermaksud gadis atau anak dara.

Makna Denotatif

-Makna yang diterima umum yang mempunyai rujukan yang sama.

-Makna sebenar / asli yang dimiliki oleh sesuatu kata.

-Makna tersurat

-Contohnya bunga bermaksud tumbuhan yang berwarna -warni dan berbau harum.

Makna Ayat

23