tugasan renang rflsi

4
TUGASAN C: REFLEKSI DIRI OLEH: JANETTHY RONNY ANAK SAING Sebelum ini, saya memikirkan profesion sebagai seorang pendidik sangat mudah kerana tugasnya sebab cuma masuk kelas dan mengajar sahaja. Namun demikian, memang betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Setelah saya masuk ke jurusan ini lebih-lebih lagi jurusan Pendidikan Jasmani, barulah saya tahu tinggi atau rendah langit tersebut. Meskipun begitu, berkat tunjuk ajar pensyarah serta kesabaran beliau iaitu Puan Norma BT Ali sedikit sebanyak telah membuka jalan dan juga cabaran yang akan saya lalui sebagai pendidik serta juga bagaimana jalan penyelesaiannya. Sepanjang semester 2 ini, kami telah diberi subjek renang dengan kod PJM3024 dimana kami telah didedahkan dengan jenis-jenis renang untuk kami aplikasikan. Antaranya ialah renang gaya kuak dada, kuak lentang dan juga “freestyle”. Selain itu, kami juga telah diajar mengapungkan diri, “glide”, “sculling”, dan juga terjunan. Aktiviti ini secara tidak langsung memberikan motivasi kepada saya untuk terus menguasai kemahiran ini dengan sebaik yang mungkin. Pada 25hb yang lepas, para guru pelatih iaitu kelas Asics dan juga Unite telah bergabung dalam menjayakan satu program iaitu “Water Wise”. Program ini dilaksanakan untuk murid-murid di Sekolah Rendah IPG seramai 31 orang. Program ini dijalankan bagi mendedahkan para murid tentang pentingnya pengetahuan sewaktu di dalam air. Semasa aktiviti ini berlaku, banyak kekuatan yang saya lihat dan terelit juga kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Antara kekuatan yang saya tengok dalam program ini ialah kerjasama. Melalui kerjasama, semua aktiviti yang dirancangkan pada

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 13-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan renang

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAn renang rflsi

TUGASAN C: REFLEKSI DIRI

OLEH: JANETTHY RONNY ANAK SAING

Sebelum ini, saya memikirkan profesion sebagai seorang pendidik sangat mudah

kerana tugasnya sebab cuma masuk kelas dan mengajar sahaja. Namun demikian, memang

betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Setelah saya masuk ke jurusan ini lebih-lebih lagi

jurusan Pendidikan Jasmani, barulah saya tahu tinggi atau rendah langit tersebut. Meskipun

begitu, berkat tunjuk ajar pensyarah serta kesabaran beliau iaitu Puan Norma BT Ali sedikit

sebanyak telah membuka jalan dan juga cabaran yang akan saya lalui sebagai pendidik serta

juga bagaimana jalan penyelesaiannya.

Sepanjang semester 2 ini, kami telah diberi subjek renang dengan kod PJM3024 dimana

kami telah didedahkan dengan jenis-jenis renang untuk kami aplikasikan. Antaranya ialah

renang gaya kuak dada, kuak lentang dan juga “freestyle”. Selain itu, kami juga telah diajar

mengapungkan diri, “glide”, “sculling”, dan juga terjunan. Aktiviti ini secara tidak langsung

memberikan motivasi kepada saya untuk terus menguasai kemahiran ini dengan sebaik yang

mungkin. Pada 25hb yang lepas, para guru pelatih iaitu kelas Asics dan juga Unite telah

bergabung dalam menjayakan satu program iaitu “Water Wise”. Program ini dilaksanakan untuk

murid-murid di Sekolah Rendah IPG seramai 31 orang. Program ini dijalankan bagi

mendedahkan para murid tentang pentingnya pengetahuan sewaktu di dalam air. Semasa

aktiviti ini berlaku, banyak kekuatan yang saya lihat dan terelit juga kelemahan yang tidak dapat

dielakkan.

Antara kekuatan yang saya tengok dalam program ini ialah kerjasama. Melalui

kerjasama, semua aktiviti yang dirancangkan pada hari tersebut menjadi teratur lebih-lebih lagi

dengan kerjasama yang diberikan oleh para murid kepada kami. Dalam masa yang sama,

sebagai seorang bakal guru, saya juga dapat melihat kerjasama yang utuh dalam diri murid.

Contohnya, semasa mereka diberikan arahan untuk beratur, mereka akan mencuba melakukan

sedaya yang mungkin dan saling mengingati satu sama lain agar mendengar arahan yang

diberi. Semasa dalam ice-breaking juga, para murid telah bersatu dalam menghasilkan slogan

yang direka oleh mereka sendiri bagi melambangkan kumpulan mereka. Di sini dapat dilihat,

murid-murid yang telah biasa dididik dengan kerjasama daripada mereka kecil akan dapat

melakukannya dengan baik semasa di peringkat yang lebih tinggi kelak. Bak kata pepatah,

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 2: TUGASAn renang rflsi

Selain itu, semasa program ini dilakukan, saya dapat melihat sifat kepimpinan yang

terdapat dalam diri murid dan juga rakan sekelas saya yang lain. Sebagai contohnya, saya

dapat melihat sifat kepimpinan dalam diri murid semasa mereka melakukan aktiviti kumpulan.

Memang tidak dinafikan dalam lingkungan umur mereka yang antara 7-12 tahun, sifat itu belum

dapat dilihat dengan baik. Namun begitu, mereka berusaha untuk memimpin ahli kumpulan

mereka bagi menjayakan sesuatu aktiviti di samping berani untuk berdiri di hadapan. Dalam

golongan rakan sekelas pula, saya dapat melihat banyak potensi dalam rakan-rakan untuk

menjadi seorang guru, ketua dan juga pelakon yang baik pada masa hadapan kelak. Perkara ini

terbukti dengan cara tingkah laku mereka menguruskan program ini dengan sangat berwibawa

terutamanya Andrian dan juga Asyraf serta Affandy.

Di samping itu juga, terdapat juga beberapa implikasi yang saya perolehi ketika

membuat tugasan ini. Setelah menyiapkan kerja ini, saya menyedari bahawa kemahiran di

dalam air amat penting terutama sekali sebagai salah seorang yang bakal memikul

tanggungjawab sebagai seorang pendidik Pendidikan Jasmani pada masa akan datang. Di

samping dapat memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran, kemahiran ini dapat menarik

minat para pelajar untuk focus meskipun tiada infrastruktur yang lengkap di dalam sekolah yang

bakal saya ajar nanti. Hal ini demikian kerana, kemahiran ini boleh kita tunjukkan melalui secara

lisan dan juga menggunakan kemahiran computer bagi mengajar murid kelak.

Tugasan ini juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan yang lain kerana

sepanjang membuat tugasan ini kerjasama dan tolong-menolong adalah kunci utama bagi

menyiapkan tugasan ini lebih-lebh lagi dalam memastikan kertas kerja siap dan aktiviti yang

ingin dilaksanakan berjalan dengan teratur, .Sikap berdikari dan tidak terlalu berharap dengan

orang lain juga dapat saya terapkan dalam diri saya. Sebagai contoh ketika diberi arahan untuk

menyediakan permainan kecil bagi murid-murid, saya berasa amat terkejut pada mulanya

sebab perkara ini diserahkan bulat-bulat kepada saya dalam masa akhir. Namun, berkat

daripada pengajran yang lepas, saya cuba usaha membuat permaian mengikut pemikiran saya

sendiri dan tanpa kesabaran yang dimiliki adalah mustahil bagi saya dapat membuat tugasan

tersebut lebih-lebih lagi apabila anda diberi tekanan saat akhir. Selain dari itu, dari aspek ilmu

pengetahuan, antara implikasi yang saya perolehi setelah menyiapkan tugasan ini ialah saya

dapat mengetahui bertapa pentingnya usaha untuk mempelajari subjek ini agar dapat

digunakan dalam kehiduapan seharian untuk diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Saya

juga dapat mengetahui sebab ini berlaku sekaligus membuatkan saya lebih peka terhadap isu

semasa yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan dari dalam ataupun luaran mereka.

Page 3: TUGASAn renang rflsi

Walaupun ianya adalah merupakan satu perkara yang remeh dan kurang diambil berat oleh

masyarakat, namun masyarakat harus sedar tanpa pengetahuan tentang cara bagi menjayakan

projek mengenai kemahiran renang dan juga dalam air bukanlah mudah seperti yang dilihat dan

disebut. Hal ini disebabkan keselamtan anak orang lain berada dalam pengawasan kita 100%.

Bukan hanya itu sahaja, saya juga dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa Malaysia

terutama sekali dalam membuat tugasan ini.

Secara kesimpulanya, saya amat bersyukur kerana walaupun pelbagai halangan dan

rintangan yang saya hadapi, kami masih dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh dan

waktu yang diberikan.Setelah menyiapkan tugasan ini, saya juga menjadi lebih bersedia dan

kental untuk menghadapi cabaran seterusnya. Bukan hanya mendapat ilmu yang lebih

mendalam dalam pengurusan grafik serta falsafah pendidikan kebangsaan ini, saya juga dapat

memberi motivasi dan didikan semangat kepada diri saya agar membaiki kelemahan yang ada

pada diri saya untuk menjadi lebih baik dan dapat melaksanakan tugasan seterusnya dengan

lebih baik lebih lagi dalam kemahiran renang ini. Teguran serta bimbingan yang diberikan oleh

rakan dan juga pensyarah sangat membantu saya dan dijadikan panduan untuk diri saya.