tugasan rekayas

28
1 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berkesan: Rekayasa Kompetensi Guru 1.0 Abstrak Model rekayasa ini dibina bermatlamat untuk membantu pemimpin-pemimpin sekolah dalam menangani guru-guru yang kurang kompeten supaya dapat menghasilkan pengajarandan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Justeru,dalam memenuhi hasrat ini, kami telah menggunakan kerangka PdP Danielson (2007) menerusi tiga domain utama sebagai “tulang belakang” rekayasa, iaitu Domain Perancangan dan Penyediaan, Domain Pengajaran serta Domain Persekitaran Bilik Darjah sebagai pemangkin PdP yang berkesan. Rekayasa ini dibentuk menggunakan kaedah gabungan “ explanatory mixed method designsyang dijalankan menerusi dua fasa: iaitu pendekatan kuantitatif (kajian data Standard 4 SKPM serta Post Mortem Peperiksaan Dalaman) dan pendekatan kualitatif (kajiantinjauan/observasi/diskusi). Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan ahli kumpulan mendapatkan data yang lebih komprehensif bagi tujuan perekayasaan modul kompetensi guru untuk mengupayakan PdP berkesan menurut Kerangka Danielson. Pemilihan subjek (guru kurang kompeten) dilakukan dengan menggunakan kaedah “purposive sampling” iaitu teknik pemilihan subjek yang sudah terbukti kesahihan dan dapat memberi data secara komprehensif. Pada fasa kedua ini juga, analisis dokumen dilakukan untuk mendapat gambaran tentang bagaimana model kompetensi guru dapat dibina menerusi kombinasi fasa pertama dan fasa kedua. Perekayasaan ini mengambil kira data pencerapan mengikut instrumen Standard 4 SKPM dan post mortem peperiksaan serta kompetensi guru yang perlu diberikan intervensi. Menerusi model perekayasaan ini, subjek dikehendaki menghadam sukatan mata pelajaran, menguasai pedagogi mata pelajaran yang akan diajar, mengetahui dan mengaplikasi perealisasian item serta teknik penyoalan mengikut aras. Diharapkan Model Rekayasa ini mendapat komitmen daripada pemimpin sekolah sebagai alternatif untuk membolehkan subjek menghasilkan PdP berkesan bagi merealisasikan kemenjadian pelajar khususnya dalam bidang akademik. Malah model ini juga boleh membantu pemimpin sekolah dalam menganjaktingkatkan keupayaan guru-guru melalui pencerapan berdasarkan instrumen Standard 4 SKPM.

Upload: mpsm-cawangan-melaka

Post on 28-Jan-2018

1.519 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan rekayas

1

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berkesan:

Rekayasa Kompetensi Guru

1.0 Abstrak

Model rekayasa ini dibina bermatlamat untuk membantu pemimpin-pemimpin sekolah

dalam menangani guru-guru yang kurang kompeten supaya dapat menghasilkan

pengajarandan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Justeru,dalam memenuhi hasrat ini,

kami telah menggunakan kerangka PdP Danielson (2007) menerusi tiga domain utama

sebagai “tulang belakang” rekayasa, iaitu Domain Perancangan dan Penyediaan,

Domain Pengajaran serta Domain Persekitaran Bilik Darjah sebagai pemangkin PdP

yang berkesan. Rekayasa ini dibentuk menggunakan kaedah gabungan “explanatory

mixed method designs” yang dijalankan menerusi dua fasa: iaitu pendekatan kuantitatif

(kajian data – Standard 4 SKPM serta Post Mortem Peperiksaan Dalaman) dan

pendekatan kualitatif (kajiantinjauan/observasi/diskusi).

Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan ahli kumpulan mendapatkan data

yang lebih komprehensif bagi tujuan perekayasaan modul kompetensi guru untuk

mengupayakan PdP berkesan menurut Kerangka Danielson. Pemilihan subjek (guru

kurang kompeten) dilakukan dengan menggunakan kaedah “purposive sampling” iaitu

teknik pemilihan subjek yang sudah terbukti kesahihan dan dapat memberi data secara

komprehensif.

Pada fasa kedua ini juga, analisis dokumen dilakukan untuk mendapat gambaran

tentang bagaimana model kompetensi guru dapat dibina menerusi kombinasi fasa

pertama dan fasa kedua. Perekayasaan ini mengambil kira data pencerapan mengikut

instrumen Standard 4 SKPM dan post mortem peperiksaan serta kompetensi guru yang

perlu diberikan intervensi. Menerusi model perekayasaan ini, subjek dikehendaki

menghadam sukatan mata pelajaran, menguasai pedagogi mata pelajaran yang akan

diajar, mengetahui dan mengaplikasi perealisasian item serta teknik penyoalan

mengikut aras.

Diharapkan Model Rekayasa ini mendapat komitmen daripada pemimpin sekolah

sebagai alternatif untuk membolehkan subjek menghasilkan PdP berkesan bagi

merealisasikan kemenjadian pelajar khususnya dalam bidang akademik. Malah model

ini juga boleh membantu pemimpin sekolah dalam menganjaktingkatkan keupayaan

guru-guru melalui pencerapan berdasarkan instrumen Standard 4 SKPM.

Page 2: tugasan rekayas

2

2.0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mewadahkan satu cita-cita yang sangat mulia, iaitu

ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam pendidikan formal peranan guru adalah sangat penting dalam menjayakan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut .

Justeru guru perlu lebih mantap dalam semua aspek yang disentuh Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, maka atas dasar ini, model rekayasa ini dibangunkan untuk

membantu pemimpin instruksional sekolah memantapkan kompetensi guru-guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan seterusnya pertingkatkan

profesionalisme guru.

2.1 Definisi Rekayasa

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa bermaksud „Penerapan unsur-unsur

ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja dan lain-lain

sebagai asas melaksanakan sesuatu‟. Kamus Perdana juga mendefinisikan rekayasa

sebagai „Penerapan unsur-unsur yang penting dan berguna dalam perancangan dan

lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu (enrichment)‟. Maka dengan itu rekayasa

kompetensi bermakna memantapkan dan memperkayakan kompetensi guru khasnya

dalam pelaksanaan proses PdP.

2.2 Definisi Kompetensi

Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan kompetensi sebagai „kebolehan,

pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan

jayanya‟. Oleh yang demikian, kompeten membawa maksud „cekap, layak, dapat

menjalankan tugas dengan sempurna‟ (Kamus Dewan Edisi Keempat).

3.0 Metodologi Perekayasaan

Rekayasa ini dibentuk menggunakan kaedah gabungan „explanatory mixed method

designs” yang dijalankan menerusi dua fasa:

Fasa Pertama : Menggunakan pendekatan kuantitatif (kajian data – Standard 4 SKPM

dan Post Mortem Peperiksaan Dalaman).

Fasa Kedua: Menggunakan pendekatan kualitatif (kajian tinjauan/observasi/diskusi).

Page 3: tugasan rekayas

3

Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan ahli kumpulan mendapatkan data

yang lebih komprehensif bagi tujuan perekayasaan model kemahiran guru untuk

mengupayakan PdP berkesan menurut Kerangka Danielson.

Pemilihan subjek (Guru) dilakukan menggunakan kaedah “purposive sampling” iaitu

teknik pemilihan subjek yang sudah terbukti kesahihan dan dapat memberi data secara

komprehensif.

Pada fasa kedua ini analisis dokumen juga dilakukan untuk mendapat gambaran

tentang bagaimana model kompetensi guru dapat dibina menerusi kombinasi fasa

pertama dan fasa kedua.

4.0 Pendekatan Kuantitatif

4.1 Dapatan Kajian Data Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Mengikut data pencerapan yang dibekalkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti (JNJK), taraf PdP sebahagian besar (75.71%) guru di negeri Melaka berada

pada taraf Harapan dan bawah Harapan (Jadual 1).

Jadual 1: Data Pencerapan Guru Negeri Melaka Tahun 2014

TARAF BILANGAN GURU PERATUS

Cemerlang (90.0% – 100%) 13 2.16

Baik (80.0% - 89.9%) 133 22.13

Harapan (60.0% - 79.9%) 363 60.40

Memuaskan (40.0% - 59.9%) 83 13.81

Lemah (20.0% – 39.9%) 9 1.50

Sangat Lemah (0 -19.9%) 0 0.00

BILANGAN GURU DICERAP 601

4.2 Post Mortem Peperiksaan Dalaman

Pemilihan subjek juga boleh dilakukan berdasarkan analisis keputusan peperiksaan

dalaman (Lampiran 1) dan pemerhatian.

Page 4: tugasan rekayas

4

5.0 Rangka Model PdP Berkesan

6.0 Kaedah Rekayasa Kompetensi Guru Dalam PdP

6.1 Pembinaan kesedaran emosi menerusi:

Baiki Diri

Imbasan Pengalaman Lepas

Usaha Berterusan

Proaktif

Keyakinan Tinggi

Kemahiran Dalam Penguasaan topik dan semua perkara yang berkaitan

dengannya (item,skema,teknik PdP , penilaian, Teknik Penyoalan dan lain-lain)

Kemahiran Menguruskan Bilik Darjah

Kemahiran psikologi

Kemahiran pedagogi

6,2 Kaedah yang digunakan

Kompetensi dan kemahiran guru sebelum dan selepas mengikut latihan model

Pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan model

Pandangan subjek (guru) terhadap „Training Model”

Perbincangan dan kesimpulan

Page 5: tugasan rekayas

5

7.0 Manual Prosedur Kerja

8.0 Kerangka PdP Danielson (2007)

DOMAIN 1 : PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN

BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB DOKUMEN

1 MENGUASAI ISI KANDUNGAN SUBJEK DAN PEDAGOGI

MESYUARAT PENGURUSAN/ BENGKEL

KP GKMP

LAPORAN KP

2 MENGENAL PASTI TAHAP KECEMERLANGAN MURID

TOV ETR KLASIFIKASI PELAJAR

GURU MP KP

DATA PEPERIKSAAN / UJIAN TAHUN SEBELUM

3. MEREKABENTUK PENGAJARAN YANG KOHEREN DAN KONDUSIF

PLC PERBINCANGAN PROFESIONAL PENYEDIAAN SUMBER RUJUKAN

GURU MP KP

BAHAN PdP

Page 6: tugasan rekayas

6

DOMAIN 2 : PENGAJARAN

BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB DOKUMEN

1 TEKNIK PENYOALAN

PENYEDIAAN SOALAN BERDASARKAN KEY WORD DAN Q TAG SOALAN KBAT

GURU MP KP

ITEM

2. AKIVITI PELAJAR

1 FLOW COMMUNICATION THINK –PAIR-SHARE GROUP WORK

GURU MP KP

HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR (FOLIO/BUKU LATIHAN/LEMBARAN KERJA)

3. ALAT BERFIKIR I THINK (8 ALAT BERFIKIR)

GURU MP KP

ALAT BERFIKIR (CTH:ISHIKAWA)

DOMAIN 3 : PERSEKITARAN BILIK DARJAH

BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB DOKUMEN

1 IKLIM PEMBELAJARAN DALAM KELAS

PAPAN KENYATAAN MP DALAM KELAS

GURU KELAS BAHAN YANG DIPAMERKAN

2 IKLIM SEKOLAH TAMAN MATA PELAJARAN

GURU PENASIHAT PERSATUAN TAMAN

Page 7: tugasan rekayas

7

9.0 Kompetensi Guru

Page 8: tugasan rekayas

8

9.1 Senarai Semak Penghadaman Kurikulum (Guru)

Nama Guru:

Mata Pelajaran: Tingkatan:

Bil Kompetensi Pencapaian

Baik Sederhana Lemah

1. Menerangkan bilangan tajuk

2. Menerangkan kaitan tajuk-tajuk dengan pengetahuan sedia

ada murid

3. Menerangkan tajuk yang perlu di dahulukan dan boleh

dikemudiankan

4. Menerangkan tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan lebih

masa PdP

5. Menerangkan tajuk-tajuk yang boleh digabungkan jika ada

7. Menerangkan format soalan mengikut tajuk

8. Menerangkan bilangan soalan yang diuji di dalam

peperiksaan

9. Menerangkan bagaimana PdP boleh dilakukan untuk tajuk-

tajuk yang tertentu

10. Memberi contoh soalan-soalan dengan pelbagai tahap dan

konstruk

11. Menyediakan dokumen rujukan bagi keseluruhan tajuk

12. Kemahiran menghasilkan nota menggunakan peta i-Think

Ulasan Mentor:

Tandatangan Mentor

(Nama: )

Page 9: tugasan rekayas

9

9.2 Perealisasian Item

Bil Soalan yang yang dibina YA TIDAK

1 AKUR KURIKULUM

2 AKUR SPESIFIKASI

3 AKUR PELUANG

4 TEPATI KONSTRUK

5 TEPATI TAJUK/KONTEKS

6 JELAS KOMPONEN

7 SESUAI ARAS KESUKARAN

8 SESUAI KEPENTINGAN

9 SESUAI ADIL

10 JSU

11 SKEMA JAWAPAN

Tandatangan penyemak

____________________

(Nama: )

Tarikh:

Page 10: tugasan rekayas

10

9.3 Teknik Penyoalan Dalam PdP

Bil. Item Tandakan “√” untuk setiap item

Baik Memuaskan Lemah

1

Soalan-soalan memperlihatkan keupayaan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis

2

Soalan guru dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan

3 Sejauh mana guru memahami prinsip-prinsip panduan penyoalan

4

Sejauh mana guru mengemukakan soalan yang mempunyai pelbagai aras mengikut kemampuan murid

5

Guru dapat mencungkil pengetahuan murid secara beransur-ansur melalui soalan yang dikemukakan

6

Melalui soalan, guru dapat : i) mengenal pasti masalah murid

ii) mewujudkan hubungan yang erat dengan murid

iii) mewujudkan PdP yang menyeronokkan/berkesan

iv) membantu murid menjangkakan soalan-soalan/tajuk penting dalam peperiksaan

Page 11: tugasan rekayas

11

9.4 Pedagogi

Senarai semak kefahaman guru terhadap kaedah penyampaian pengajaran di dalam

bilik darjah

Nama guru : Tarikh :

Mata pelajaran : Kelas :

Waktu : Kehadiran murid :

Kaedah yang digunakan Tandakan √ pada mana-mana

berkenaan

Inkuiri / Penemuan

Kajian Masa Depan

Konstruktivisme

ICT

Web based

Blog

VLE Frog

Kontekstual

Murid akses sendiri

Kecerdasan pelbagai

Pembelajaran masteri

Kemahiran berfikir aras tinggi

Simulasi

Lakonan

Page 12: tugasan rekayas

12

Bil. Perkara Tahap kefahaman guru / murid

Baik Memuaskan Kurang Baik

1 Guru memilih kaedah(-kaedah) yang

sesuai dengan topic

2 Guru menggunakan kaedah(-kaedah)

dengan Berjaya

3 Guru mengoptimumkan masa dengan

kaedah penyampaian

4 Guru memahami kaedah penyampaian

yang digunakan

5

Guru telah mengambil kira keupayaan

murid dalam pemilihan kaedah

penyampaian

6 Guru melibatkan murid-murid dalam

pembelajaran

7 Objektif pengajaran tercapai melalui

kaedah penyampaian guru

8 Hasil pembelajaran murid adalah ….

Page 13: tugasan rekayas

13

10.0 Intervensi Kompetensi Guru

10.1MENTOR

10.1.1 Pemilihan Guru Mentor

Guru mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berkemahiran yang sesuai

dengan peranannya sebagai mentor. Kualiti serta ciri-ciri mentor yang berkesan

hendaklah mengikut ciri-ciri berikut:

10.1.2 Syarat-Syarat Tambahan Pemilihan Guru Mentor:

Percaya bahawa setiap individu boleh berkembang;

Dihormati oleh rakan-rakan sekerja dan ketua atas sebab kemahiran-kemahiran

dan pengetahuan secara profesional;

Page 14: tugasan rekayas

14

Mengambil inisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh

tanggungjawab;

Reflektif dan memiliki kemahiran melatih;

Boleh mengurus masa dengan baik;

Memperlihatkan rasa kecintaan terhadap pengajar anda pembelajaran dan

komitmen terhadap masa depan pendidikan; dan

Menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.

10.3 Proses Pementoran

Terdapat tiga (3) perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran

iaitu:

i. Memerhati (Observe)

Semasa proses pementoran dijalankan, mentor perlu memerhati tingkah laku menti

bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku.

Sementara menti juga perlu melakukan pemerhatian terhadap mentor dan perlu

mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat

sepanjang perhubungan pementoran.

ii, Melibatkan Diri (Participate)

Seterusnya, dalam proses pementoran memerlukan menti/guru melaksanakan tugasan

yang dirancang untuk pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama,

menti dapat mempelajari sesuatu secara praktikal. Begitu jua perbincangan perlu kerap

dilakukan secara bersama.

iii Melakukannya (Conduct)

Pada peringkat ini, menti boleh diberi kepercayaan untuk melakukan program-program

yang dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam

proses pementoran, apabila menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif

telah berlaku kepada menti.

Page 15: tugasan rekayas

15

10.4 Tempoh Pementoran

Pementoran akan dijalankan sepanjang tempoh subjek bermula pada hari pertama GB

melapor diri di sekolah.

10.5 Senarai Semak Mentor

Nama Mentor:

Nama Guru:

Ya Tidak

1. PenghadamanSukatanPelajaran

2. PenghadamanHuraianSukatanPelajaran

3. MenguasaiBukuTeks

4. MenguasaiJadualSpesifikasiUjian

5. KemahiranMenghasilkan Nota

Tandatangan mentor

______________________

(Nama )

Page 16: tugasan rekayas

16

11.0 Professional Learning Community (PLC)

A. PEER COACHING

BORANG PELAKSANAAN MODEL 1

COACH SEBAGAI PEMERHATI DAN MEMBERI MAKLUM BALAS

BIL AKTIVITI STATUS CATATAN

1. Pra-Konferensi

a)Topik

b)Matlamat

c)Fokus

d)Data Dikumpul

e)Rumusan

2. Pemerhatian

a)Skrip

b)Rakaman

c)SenaraiSemak

d)Rajah/Jadual/Carta

e)Gambar/Visual

3. Pasca-Konferensi

a)Penilaian Kendiri

b)Menyatakan semula bidang fokus

c)Berkongsi data

Page 17: tugasan rekayas

17

d)Mengemukakan cadangan

e)Tindakan alternatif untuk dilaksanakan

f)Rumusan

KOMEN :

………………………………………………………………………………………………………

B. COACH SEBAGAI GURU (MENGAJAR) – PAIR TEACHING

BIL AKTIVITI STATUS CATATAN

1. Menjelaskan proses PdP oleh Coach

a)Fokus pengajaran

b)Objektif pengajaran

c)Penggunaan strategi instruksional

d)Jangkaan pencapaian murid

e)Langkah alternatif

2. Bentuk Pemerhatian yang diperlukan

a)Beri perhatian kepada perlakuan coach

b)Beri perhatian kepada perlakuan murid

c)Maklum balas yang diperlukan

Page 18: tugasan rekayas

18

d)Cara merekod

3. Sesi Pengajaran dilaksanakan

a)Coach mengajar

b)Guru memerhati pengajaran dalam kelas dan

merekodkan maklumat yang diperlukan

3. Pasca-Konferensi

a)Apa yang diperhatikan

b)Adakah pengajaran berlaku seperti yang diharapkan?

c)Bila strategi instruksional itu dilaksanakan?

d)Jika diberi peluang pengajaran yang sama

dilaksanakan oleh coachee, apa perubahan yang akan

dibuat?

e)Apakah yang dipelajari dari pengajaran coach

tersebut?

f)Apakah cadangan untuk penambahbaikan?

g)Ada soalan lain?

KOMEN :

………………………………………………………………………………………………………

Page 19: tugasan rekayas

19

C.MERANCANG PENGAJARAN DAN BERSAMA-SAMA MENGAJAR (CO

TEACHING)

BIL AKTIVITI STATU

S

CATATA

N

1. Pra-Konferensi (Sebelum Pengajaran)

a)Matlamat Pengajaran

b)Pelan pengajaran

c)Pengalaman pengajaran yang dikehendaki

d)Coach meminta coachee nyatakan apakah bentuk

bantuan yang diperlukan daripada coach

e)Bahan-bahan PdP

f)Indikator pencapaian

g)Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid

g)Masalah yang mungkin dihadapi

h)Bagaimana mengenal pasti murid telah capai matlamat ?

2. PengajaranBersama

a)Peranan coach boleh dipelbagaikan mengikut yang

dipersetujui :

- mengajar

- pemerhati

- demonstrasi

b)Perlu faham coach ialah seorang rakan yang membantu,

bukan pengkritik

Page 20: tugasan rekayas

20

3. Pasca-Konferensi (SelepasPengajaran)

a)Apa yang diperhatikan?

b)Adakah andaian yang dibuat betul atau tidak ?

c)Pandangan coachee tentang pengajaran yang berlaku

a)Apakah masalah yang timbul?

b)Adakah murid belajar apa yang sepatutnya?

c)Adakah pengajaran tersebut boleh mencapai matlamat

dan sesuai?

d)Menambah baik proses

e)Tindakan seterusnya yang perlu dilaksanakan

KOMEN :…………………………………………………………………………………………..

D. Learning Walks

BORANG PENETAPAN FOKUS LEARNING WALKS

1. Nama Sekolah :

2. Nama Ketua Panitia / Penyelaras PLC :

3. Nama Ketua (Lead Walker) :

4. Senarai Peserta Learning Walks:

5. Tarikh Perbincangan :

6. Fokus yang telah dipilih dan dipersetujui bersama :

Page 21: tugasan rekayas

21

…………………………… Tandatangan Ketua (Lead Walker)

…………………………… Tandatangan Penyelaras PLC

BORANG PEMERHATIAN LEARNING WALKS

1. Fokus yang telah dipilih dan dipersetujui bersama :Pengunaan Bahan Sumber

KE

LA

S 1

Berdasarkan FOKUS yang dipersetujui, senaraikan pemerhatian anda.

KE

LA

S 2

Berdasarkan FOKUS yang dipersetujui, senaraikan pemerhatian anda.

KE

LA

S 3

Berdasarkan FOKUS yang dipersetujui, senaraikan pemerhatian anda.

2. Catatan Tambahan (Jika ada) :

3. Tarikh Pemerhatian :

…………………………… Tandatangan Peserta Learning Walks

…………………………… Tandatangan Ketua (Lead Walker)

Nama:…………………………………….. Sekolah: …………………………………..

Nama :…………………………………….. Sekolah: …………………………………..

Page 22: tugasan rekayas

22

BORANG DAPATAN KESELURUHAN LEARNING WALKS

Sila lengkapkan borang berdasarkan refleksi yang telah dijalankan.

1. Fokus yang telah dipilih dan dipersetujui bersama :

2. Aspek yang telah dipelajari :

3. Senaraikan bukti pengajaran dan pembelajaran yang telah diperhatikan :

4. Tindakan seterusnya yang akan dilaksanakan :

…………………………… Tandatangan Ketua (Lead Walker)

…………………………… Tandatangan Penyelaras PLC

Nama Sekolah :

Nama Sekolah :

Page 23: tugasan rekayas

23

E. Teacher Sharing Sessions

Teacher Sharing Sessions Sesi Perkongsian Guru

Nama Ahli Kumpulan:

Tempat/Tarikh/Masa:

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada profesionalisme saya?

Page 24: tugasan rekayas

24

12.0 Kriteria Pemastian Pelaksanaan Model Danielson

13. RUMUSAN

Sebagai pemimpin instruksional, adalah menjadi tanggungjawab utama Pengetua dan

barisan pentadbir sekolah dalam memantapkan proses PdP di sekolah (Lampiran 2).

Diharapkan model rekayasa ini dapat membantu pemimpin sekolah untuk menangani

isu guru kurang kompeten dalam pelaksanaan proses PdP. Lantaran, dengan

penggunaan model ini, subjek dapat menghasilkan PdP yang lebih berkesan dan

seterusnya dapat merealisasikan hasrat kemenjadian pelajar khususnya dalam bidang

akademik.

Page 25: tugasan rekayas

25

14. APRESIASI

Pn Shamsiah bt Sira-jab (IAB Induk)

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (Melaka)

Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah

Semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung

Page 26: tugasan rekayas

26

LAMPIRAN 1

KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PT3

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEKOLAH TERPILIH

A B C D E F LULUS GAGAL Purata

SEKOLAH % % % % % % % % PNG

SMK

KLEBANG

BESAR

9.34 25.27 18.68 17.58 5.49 23.63 76.37 23.63 3.55

INFANT

JESUS

CONVENT

20.52 27.07 15.28 18.34 12.23 6.11 93.89 6.11 2.92

SMS

MUZAFFAR

SYAH

35.29 61.34 3.36 0 0 0 100 0 1.68

SMA AL

AHMADI

0 16.5 27.85 26.6 16.5 12.6 91.36 8.64 3.42

SMK DURIAN

DAUN

1.71 13.68 13.68 17.09 17.09 36.75 63.25 36.75 4.44

SMK ST

DAVID

4.6 20.8 17.8 10.6 12.5 33.7 66.3 33.7 4.3

SMK AYER

MOLEK

0.31 16.98 17.92 16.15 12.26 30.82 69.18 30.82 4.22

SMK TUN

MUTAHIR

0 6.34 7.69 6.84 15.81 62.82 37.18 62.82 5.2

SMK

KHATOLIK

1.67 15.83 15 16.67 50.83 50.83 49.17 50.83 3.99

SMK GAJAH 1.62 16.6 17.81 11.34 13.77 38.87 61.13 38.87 4.36

Page 27: tugasan rekayas

27

BERANG

SMK MALIM 2.45 12.59 14.69 13.99 19.58 36.71 63.29 36.71 4.46

A B C D E F LULUS GAGAL Purata

SEKOLAH % % % % % % % % PNG

SMK

KLEBANG

BESAR

8.06 26.88 20.97 10.22 5.91 27.42 72.04 27.42 3.6

INFANT

JESUS

CONVENT

12.23 26.2 19.65 15.72 18.34 7.86 92.14 7.86 3.25

SMS

MUZAFFAR

SYAH

38.66 58.82 2.52 0 0 0 100 0 1.68

SMA AL

AHMADI

0 31 28.4 17.3 15 8.6 84 16 3.84

SMK

DURIAN

DAUN

3.28 18.03 9.84 9.02 20.49 35.25 60.66 39.34 4.45

SMK ST

DAVID

1.6 15.5 21.8 14.2 9.8 37 63 37 4.3

SMK AYER

MOLEK

0.33 17.94 18.94 17.28 12.62 32.89 67.11 32.89 4.23

SMK TUN

MUTAHIR

0.8 8.5 6.9 7.7 14.3 55.2 44.8 55.2 4.7

SMK

KHATOLIK

0.84 9.66 8.15 12.61 14.29 54.55 45.55 54.55 4.9

SMK GAJAH

BERANG

5.9 22.6 15.1 13 15.9 27.6 72.4 27.6 3.93

SMK MALIM 3.17 15.49 11.97 14.79 22.18 32.39 67.61 32.39 4.34

Page 28: tugasan rekayas

28

LAMPIRAN 2