tugasan refleksi (3) pjm 3103

Upload: rafiza-mohd-sanusi

Post on 10-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bacaan

TRANSCRIPT

PJM 3103REFLEKSI

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izinnya sehingga saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membuat Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan menjalankan sesi pembelajaran mikro.. Saya, Rafiza Binti Mohd Sanusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pendidikan Jasmani iaitu Encik ThanabalDesen serta Encik Madiyalagan Sathappan kerana telah membantu dan memberi panduan dalam menyiapkan tugasan ini.Tugasan PJM3103 ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini bukanlah mata pelajaran yang pernah saya ajar sepanjang saya bergelar seorang guru. Walau bagaimanapun saya tidak menganggap ia suatu perkara yang melemahkan semangat saya. Ini kerana saya juga meminati sukan dan bertekad akan membuat yang terbaik. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti Dokumen Standard Pendidikan Jasmani, Rancangan Pengajaran Tahunan Penddikan Jasmani, contoh-contoh dan format Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani, buku panduan guru dan orang perseorangan terutama guru-guru Pendidikan Jasmani. Maklumat-maklumat yang dapat dikumpul kemudiannya diteliti dan dipilih untuk kesesuaian objektif tugasan saya. Maka pada 11 September pengajaran mikro pun bermula dan dinilai oleh dua orang pensyarah PJ. Sepanjang pelaksanaan sesi pengajaran mikro yang dilakukan, secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Walaupun agak meletihkan saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajan ini.Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi perancangan yang terperinci dan tersusun. Secara amnya, perancangan telah disusun dengan rapi dimana untuk setiap langkah pengajaran mempunyai focus pembelajaran tersendiri seperti memanaskan badan dan regangan, dan permainan kecil dan yang terakhir adalah aktiviti menyejukkan. Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran inilebih lancar. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dirancang. Dengan penggunaan strategi seperti ini telah membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi alatan oleh kerana alatan yang telah disiapkan terlebih dahulu di tempat yang sepatutnya. Dengan itu, saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal dan perancangan susunan alatan adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.Selain daripada kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Sememangnya terdapat sedikit masalah semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ini kerana terdapat sedikit kekeliruan tentang tahunIni kerana saya perlu memilih satu kelas dari tahap 1 dan satu kelas dari Tahap 2 sehinggakan terpaksa membuat semula Rancangan Pengajaran Harian ini. Saya tidak mahir untuk memilih kelas untuk penyediaan rancangan tetapi kekeliruan ini akhirnya dapat dirungkai setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada pensyarah. Selama ini saya memikirkan guru boleh memilih apa sahaja kemahiran yang difikirkan sesuai tetapi hakikat sebenarnya guru terikat dengan bidang dan perlu mengetahui aspek psikomotor, kognitif dan afektif di dalam pengajaran. Aktiviti yang harus dijalakan ialah akiviti yang menjurus kepada kemahiran yang saya pilih dan aktiviti tersebut pula haruslah menarik minat dan berkonsepkan cergas.Antara penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid dirancang dengan teliti dimana saya sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap psikomotor murid. Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang paling sukar dimana guru seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat melakukan kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat. Dengan siapnya tugasan inni, ia telah memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ianya telah menjadikan saya seorang yang menitikberatkan kecergasan fizikal melalui senaman. Selain itu ia membuka minda saya dalam teknik dan kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani . Pengalaman ini memberikan saya ilmu baru dan meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang pendidikan. Saya juga memahami bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah semudah yang saya sangkakan. Saya juga bertekad akan mempraktikkan sekiranya saya diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kelak.

1