tugasan qgj3033

Upload: mohd-jasmin

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    1/12

    0

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    QGJ3033

    SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI11(A122PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MOHD JASMIN BIN CHE LONG D20102042811 019-4966476

    NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NUR IKHWAN BIN MOHAMAD

    TARIKH SERAH:

    PEMARKAHAN1 TUGASAN

    2 E FORUM

    JUMLAH

    KERTAS KONSEP

    SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    2/12

    1

    ISI KANDUNGAN Halaman

    1.0 Pengenalan 2

    2.0 Konsep 2

    3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 3

    4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 4

    5.0 Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 6

    6.0 Penutup 8

    Brosur 10

    Rujukan 11

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    3/12

    2

    1.0 Pengenalan

    Sukan dianggap sebahagian daripada elemen yang penting dalam kehidupan

    masyarakat moden masa kini. Sukan bukan sahaja dianggap sebagai medium riadah tetapi

    ianya menjadi simbol perpaduan, sumber ekonomi dan wadah keakraban keluarga. Sejak tahun

    1983 lagi, kerajaan Malaysia sangat menggalakkan penyertaan rakyat dalam bidang sukan dan

    rekreasi ini. Melalui perlaksaan program Malaysia Cergas yang bertujuan untuk menggalakkan

    perglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang sukan dan rekreasi. Program ini

    juga bermatlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, lasak dan terhidar dari

    penyakit sedentary seperti diabetes dan koronari. Melalui program ini juga dapat meningkatkan

    kesedaran kepentingan kecergasan kepada seluruh rakyat Malaysia.

    2.0 Konsep

    Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini tidak berfokuskan pertandingan. Ianya

    merupakan satu medium riadah dan sosiologi. Pelaksanaan sukan sepanjang hayat adalah

    untuk mengekalkan kecergasan, medium mengisi masa lapang dan mengelakkan risiko

    penyakit sedentari seperti diabetes dan koronari. Ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat dan

    rekreasi ini adalah ianya dilaksanakan pada masa senggang, intensitinya agak ringan dan

    bergantung kepada keupayaan individu yang melaksanakannya. Sukan sepanjang hayat dan

    rekreasi ini juga boleh dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan.

    Sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya digemari oleh semua orang yang

    aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilakukan yang berasaskan aktiviti air, darat, dan

    dalaman. Konsep utama sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini adalah untuk mendapat

    kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berekreasi ini biasanyamelakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.

    Dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang

    berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk

    lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar

    akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara

    mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    4/12

    3

    mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.

    Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan

    diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat,

    kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

    Secara umumnya aktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu:

    i. sukan kecergasan ( senamrobik, jogging dan sebagainya )

    ii. sukan rekreasi ( berkayak, mendaki gunung dan sebagainya )

    iii. sukan dalaman ( catur, karom dan sebagainya )

    iv. sukan riadah ( memancing, memerhati burung dan sebagainya )

    3.0 Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi

    Sukan berasal dari aktiviti kesenggangan (leisure) yang dilaksanakan pada masa

    lapang. Matlamat asal sukan adalah untuk mengisi masa lapang, bersosial, meningkatkan

    kecergasan diri dan menghayati keindahan alam. Seiring dengan perkembangan semasa

    aktiviti sukan telah berkembang dari medium kesenggangan kepada medium permainan yang

    tersusun dan mempunyai undang-undangnya sendiri. Hanlon (2009), mendefinasikan sukan

    sebagai sebarang bentuk aktiviti fizikal yang berbentuk pertandingan dan dianjurkan secara

    teratur dengan undang-undang permainannya yang tersendiri. Manakala menurut organisasi

    Sport Accord, sukan mempunyai ciri-ciri berikut:

    i. Mengandungi elemen pertandingan

    ii. Mempunyai undang-undang dan peraturan yang spesifik serta tersendiriiii. Tidak membahayakan pemain mahu pun penonton

    iv. Melibatkan penggunaan peralatan yang spesifik

    v. Tidak bergantung kepada nasib semata-mata

    Rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan

    keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Manakala kesenggangan pula

    membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    5/12

    4

    menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu. Menurut kamus, rekreasi

    bermaksud kegiataan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan

    dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melalukan aktiviti yang dapat

    menghiburkan hati.

    Mengikut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang meliputi penggunaan

    persekitaran yang semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran

    kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu

    dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan

    sepanjang hayat dan rekreasi merupakan landasan untuk mengenal pasti pelbagai

    pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

    Mengikut Knapp (1981), sukan sepanjang hayat dan rekreasi ialah alat untuk mencapai

    matlamat dan objektif pendidikan.

    4.0 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi

    Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi,

    mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga

    membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada

    nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada

    agama.

    Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan

    masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar.

    Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukanmampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN

    memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan

    Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih

    banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    6/12

    5

    Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan

    mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu

    mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran

    rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat

    berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa

    kejayaan. Murid yang aktif bersukan akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka

    juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu

    pertandingan.

    Antara kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi ialah membantu meningkatkan

    kecemerlangan pelajar termasuklah memberikan hiburan, menyihatkan badan dan riadah.

    Sukan juga dapat meningkatkan disiplin murid, justeru mampu mengawal kendiri untuk

    mematuhi peraturan yang ditetapkan dan berkelakuan yang baik.

    Selanjutnya, pelajar akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.

    Mereka akan memberikan perhatian berprihatin yang sepenuhnya ketika pengajaran dan

    pembelajaran berlangsung. Rentetannya, mampu melahirkan insan yang sihatri segi fizikal dan

    mental, sekali gus berfikiran positif dan berkeyakinan diri. Selain itu, aktif bersukan

    membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir rasional dapat

    dilahirkan.

    Sukan sepanjang hayat dan rekreasi merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan

    penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan

    antarabangsa. Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarya seperti mana keperluan

    asasi yang lain umpamanya pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara. Sukan juga

    diharapkan dapat membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan berdikari.

    Selain itu, sukan juga merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai

    potensi untuk menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan

    kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas

    manusia. Kepentingan sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui

    penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan

    masyarakat luar. Sukan dapat menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan

    mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    7/12

    6

    Sukan juga berperanan penting dalam mempertingkatkan elemen psikomotor

    masyarakat. Melalui sukan, masyarakat dapat mempertingkatkan tahap kecergasan mereka

    seterusnya dapat menghindari daripada penyakit sedentary seperti diabetes dan penyakit

    krononari. Sukan juga dapat mempertingkatkan kemahiran psikomotor individu seperti berlari,

    melompat dan menangkap. Kemahiran kemahiran psikomotor ini penting dalam melahirkan

    pekerja yang cekap, aktif dan cekap. Penguasaan kemahiran ini pastinya dapat meningkatkan

    tahap produktiviti sesebuah negara. Peningkatan kemahiran psikomotor juga dapat

    membolehkanindividu bertindak balas dengan pantas dan tepat. Keupayaan ini pastinya akan

    mewujudkan suatu budaya masyarakat yang aktif dan progresif.

    5.0 Program Senamrobik 1Murid 1Sukan

    Senamrobik 1Murid 1Sukan bertujuan untuk menghidupkan kembali dan mengaktifkan

    semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:

    i. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk

    Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk

    Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan

    ii. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979

    juga memperakukan: Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman

    beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid.

    Aktiviti senamrobik merupakan sesi senaman memanaskan badan yang menarik

    sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

    melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di

    samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik

    merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan

    kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

    Senamrobik merupakan aktiviti fizikal yang merupakan salah satu cara senaman yang

    mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    8/12

    7

    disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat

    meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa

    letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan

    serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.

    Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.

    Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari

    gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik,

    kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga

    meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan,

    koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

    Senamrobik juga adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan

    masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana

    senamrobik:

    i. merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta

    meningkatkan kekuatan fungsi otak;

    ii. dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

    jantung dan pembuluh darah;

    iii. dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan

    iv. dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat

    Senamrobik 1Murid 1Sukan merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktviti

    senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh

    negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana

    ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan disekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan

    berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

    Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak

    dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif

    kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    9/12

    8

    dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid

    yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang

    kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya

    kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat

    menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina

    keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik

    dan sukan.

    Senamrobik 1Murid 1Sukan perlu dijadikan amalan di sekolah bagi mencapai objektif

    berikut:

    i. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

    ii. melibatkan penyertaan semua murid;

    iii. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;

    iv. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;

    v. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

    Pelaksanaan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharapkan dapat mengembalikan

    semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu

    platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang

    mudah dan menyeronokkan.

    6.0 Penutup

    Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan kepada jabatan

    kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan

    sepanjang hayat dan rekreasi. Aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi seperti sukan

    kecergasan, sukan rekreasi, sukan dalaman dan sukan riadah. Sukan sepanjang hayat dan

    rekreasi ini merupakan aktiviti riadah dan medium pembentukan kecergasan juga agen

    pemupukan gaya hidup sihat. Aktiviti sukan ini dapat membentuk perpaduan dalam kalangan

    rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini pasti akan

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    10/12

    9

    menjadi sebahagian penting dalam proses kehidupan masyarakat Malaysia. Secara umumnya.

    aktiviti sukan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sukan berprestasi tinggi dan sukan

    sepanjang hayat. Kedua-dua jenis sukan ini di pantau oleh badan kerajaan yang khusus iaitu

    Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sukan berprestasi tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan

    (KBS) untuk sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Semoga penglibatan aktif masyarakat

    Malaysia dalam kedua-dua kategori sukan ini akan melahirkan warga yang aktif, cergas dan

    bebas daripada penyakitsedentari.

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    11/12

    10

  • 7/27/2019 Tugasan QGJ3033

    12/12

    11

    Rujukan

    Bammel, G., & Bammel, L. L. B. (1996). Leisure and Human Behavior. Iowa: WC Brown Co.

    Publishers.

    Barnett, L. A. (2006). Accounting for Leisure Preferences from Within: The Relative

    Contributions of Gender, Race or Ethnicity, Personality, Affective Style, and Motivation

    Orientation. Journal of Leisure Research, 38(4), 445-474.

    Bunting, C. J. (2006). Interdisciplinaryn teaching through outdoor education. Illinois: Human

    Kinetics.

    Iskandar, Y., & Kaeh, A. R. (1978). Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu perbicaraan kritis

    dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur:Hanemann Education Books (Asia) Ltd.

    Md Taff, M. A. (2011a). Kerelevenan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di

    Malaysia.ASEAN Journal of teaching and Learning in Higher Education, 3(1), 11 -27.

    Md Taff, M. A. (2011b). Pendidikan Luar: Definisi, falsafah dan aplikasi. Tanjong Malim:

    Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Mohd Salleh, A.(2006). Pengurusan sukan: Aplikasi di Malaysia (Eds).Kuala Lumpur: Penerbit

    Universiti Malaya.

    Nordin, A. B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman: SITC, MPSI, IPSI,

    UPSI. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

    Sallehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds).Selangor; Karisma Publications.