tugasan pra sekolah jan 2015.doc

7
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBPS2303 PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMESTER JANUARI 2015 ____________________________________________________________________ ____ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 13hb - 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: li-ai-lau

Post on 05-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan pra sekolah jan 2015.doc

TUGASAN________________________________________________________________________

HBPS2303PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 13hb - 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 15hb Mac 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

Page 2: tugasan pra sekolah jan 2015.doc

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

2

Page 3: tugasan pra sekolah jan 2015.doc

SOALAN TUGASAN

Kefahaman dan kemahiran tentang sesuatu konsep dapat dikukuhkan dengan menjalankan

aktiviti yang relevan dalam pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak. Bagi kanak-kanak

prasekolah yang berumur lima keenam tahun, pengalaman pembelajaran melalui aktiviti

yang dialami sendiri bersama rakan, pembelajaran menerusi perlakuan dan pengalaman

adalah lebih bermakna dan berkesan.

Bertemakan alam hidupan dan subtema haiwan, rancangkan aktiviti pembelajaran yang

menggunakan pendekatan projek. Jangka masa untuk menjalankan aktiviti ialah antara tiga ke

empat minggu. Aktiviti yang dirancang adalah berpusatkan kanak-kanak dan merujuk kepada

standard pembelajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.

Sepanjang kanak-kanak menjalankan aktiviti peranan guru adalah sebagai pemudahcara dan

pemerhati untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti pembelajaran. Hasil kerja kanak-

kanak seperti penulisan, lukisan, graf atau bahan bergambar hendaklah disertakan di bahagian

lampiran.

[Jumlah: 40 markah]

3

Page 4: tugasan pra sekolah jan 2015.doc

Rubrik Tugasan

Kriteria Wajaran

Tidak Lengkap

Lemah Sederhana Baik CemerlangMarkah Penuh0 1 2 3 4

Pengenalan 1 Pengenalan tidak berkaitan atau tiada pengenalan.

Pengenalan yang umum dan lemah mengenai tema, Aktiviti pembelajaran tidak mengikuti pendekatan projek dan tiada kaitan dengan objektif penulisan.

Pengenalan yang ringkas mengenai tema, mengikuti pendekatan projek dan berkaitan dengan objektif penulisan.

Pengenalan yang baik dan mengenai tema, mengikuti pendekatan projek dan berkaitan dengan objektif penulisan tetapi susunan persembahan kurang menarik.

Pengenalan yang amat baik dan jelas. Penerangan berfokus, saling berkaitan mengenai tema dan pendekatan, berkaitan dengan objektif penulisan. Persembahan penulisan yang mudah difahami dan menarik.

4

Isi Kandungan dan Perbincangan

5 Tiada perbincangan atau perkaitan dengan tugasan.

Perbincangan yang terlalu umum dan kurang berfokus pada sub tema dan pendekatan. Aktiviti tidak berpusatkan kanak-kanak dan tidak menepati kehendak KSPK. Peranan guru tidak dijelaskan. Tiada sumber rujukan.

Perbincangan agak baik dan menyentuh pada sub tema dan pendekatan. Aktiviti berpusatkan kanak-kanak dan menepati kehendak KSPK tetapi kurang menarik. Peranan guru kurang jelas. Terdapat hanya dua sumber rujukan.

Perbincangan dan penulisan yang baik. Menyentuh sekurang kurangnya tiga aktiviti yang berpusatkan kanak-kanak, berkaitan dengan sub tema dan pendekatan serta mengikut kehendak KSPK. Jumlah aktiviti yang sesuai dengan jangka masa dan peranan guru dijelaskan dengan baik. Terdapat hanya tiga sumber rujukan.

Perbincangan dan penulisan yang terperinci . Menyentuh sekurang-kurangnya empat aktiviti yang berkaitan dan relevan dengan sub tema dan pendekatan. Aktiviti menepati kehendak KSPK. Penulisan yang tersusun, menarik serta menjawab kehendak tugasan.

20

4

Page 5: tugasan pra sekolah jan 2015.doc

Kriteria Wajaran

Tidak Lengkap

Lemah Sederhana Baik CemerlangMarkah Penuh0 1 2 3 4

Peranan guru dijelaskan dengan amat baik. Terdapat hanya empat atau lebih sumber rujukan.

Lampiran 3 Tiada lampiran

Lampiran gambar/ graf/lukisan tidak jelas atau relevan kepada pelajaran tersebut.

Lampiran gambar/ graf/lukisan jelas tetapi tidak sesuai dengan umur kanak-kanak.

Lampiran gambar/ graf/lukisan jelas dan sesuai dengan umur kanak-kanak.

Lampiran gambar/ graf/lukisan amat kreatif, jelas dan sesuai dengan umur kanak-kanak.

12

Kesimpulan Tiada kesimpulan atau tidak berkaitan dengan penulisan.

Kesimpulan yang umum. Tidak menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang boleh diterima dan menjawab persoalan secara sederhana.

Kesimpulan yang menjawab persoalan tugasan dengan baik. Memberi pendapat pada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan dengan amat jelas dan menyeluruh. Memberi pendapat yang bernas.

Organisasi dan Format Tugasan

1Tiada maklumat yang diberikan.

Maklumat tidak lengkap,tidak teratur dan sukar untuk difahami. Tiada sebarang rujukan.

Maklumat kurang lengkap dan teratur. Sebahagian sahaja yang difahami. Rujukan tidak ikut APA.

Maklumat lengkap jelas dan mudah di fahamiRujukan mengikut APA.

Maklumat terperinci dan sangat lengkapRujukan mengikut format APA.

4

JUMLAH MARKAH 40

5