b i l 1 / 2 0 1 2 i s u j a n j u n 2 0 1 2 kata aluan kjtmk it_bil 1.pdf · program khidmat...

6
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah Pencipta Alam kerana dengan berkat-Nya, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) telah berjaya menghasilkan Buletin JTMK ulung kalinya pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sidang editor yang telah mengembleng tenaga, usaha dan fikiran untuk menerbitkan buletin ini. Seperti yang kita sedia maklum, hasrat dan matlamat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang kompeten, berpengetahuan dan berahklak mulia. Justeru, sistem pendidikan di politeknik dirangka agar para graduan berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mampu menangani persekitaran global yang semakin mencabar. Maka, dengan hal ini sebagai pensyarah kita perlu lebih berupaya memperkasakan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif supaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dan disuburkan di kalangan pelajar sejajar dengan Program Strategik untuk memperteguhkan penyelidikan dan inovasi. Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat dan objektif jabatan serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan JTMK sebagai satu jabatan yang cemerlang dan terbilang. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin. Bengkel keberkesanan pen- gajaran berasaskan OBE dan XCompile peringkat JTMK telah diadakan pada 8 dan 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Kuliah Teknologi Maklumat (DKIT). Sera- mai 22 orang pensyarah telah hadir ke bengkel tersebut. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pensyarah JTMK tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan OBE. Pensyarah telah diberi pendedahan berkenaan dengan Prinsip OBE, Komponen OBE dan Rekabentuk Aktiviti P&P Berasaskan OBE. Pendedahan kepada penggunaan Aplikasi XCompile turut ditekankan dalam bengkel 2 hari tersebut. Pada keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dan setiap pensyarah telah diberi pendedahan kepentingan P&P berasaskan OBE dan penggunaan Aplikasi XCompile. Kata Aluan KJTMK INFO MENARIK Bengkel OBE & XCompile ISU JAN JUN 2012 BIL 1 / 2012 SIDANG REDAKSI Pengerusi Sudiman Bin Suhaili Ketua Editor Aisyah Suhailla Bt Hj Jili Editor Safinah Bt Nawawi Siti Hasmah Bt Abg Mon Fairose Bt Mohtar Pereka Grafik Jessie Bt Selahat Rohaliza Bt Karim Penerbitan Nazni Hani Bt Arshad Jurugambar Rudolf Bin Felix Baising Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Buletin JTMK Bil. 1/2012 berjaya diterbitkan julung kali nya pada tahun ini. Antara tujuan utama penerbitan buletin JTMK ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di JTMK sepanjang semester Sesi Disember 2011. Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama pelajar dan pensyarah tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim JTMK khususnya. Diharapkan penerbitan sulung buletin JTMK ini akan menjadi perangsang kepada semua pegawai, khususnya penyelaras yang melaksanakan aktiviti supaya menghantar laporan aktiviti kepada Penyelaras Takwim jabatan untuk dijadikan sebagai satu penerbitan.Tahniah sekali lagi kepada sidang editor buletin JTMK pada kali ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Bingkisan Ketua Editor Bengkel OBE & XCompile 1 PMU SCiESTA 2 Jom Bowling 2 Program Khidmat Masyarakat 2 Minggu ICT 3 Family Day 3 Lawatan Industri 3 Netriders Malaysia 2012 4 Pameran Projek Akhir 4 Malam Aspirasi 4 Program 3P 5 Bengkel Aset 5

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah Pencipta Alam kerana dengan berkat-Nya,

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) telah berjaya menghasilkan Buletin

JTMK ulung kalinya pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sidang

editor yang telah mengembleng tenaga, usaha dan fikiran untuk menerbitkan buletin ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hasrat dan matlamat Politeknik Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM) adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan

modal insan yang kompeten, berpengetahuan dan berahklak mulia. Justeru, sistem pendidikan di politeknik dirangka agar

para graduan berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mampu

menangani persekitaran global yang semakin mencabar.

Maka, dengan hal ini sebagai pensyarah kita perlu lebih berupaya memperkasakan pengajaran dan pembelajaran yang

kreatif dan inovatif supaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dan disuburkan di kalangan pelajar sejajar dengan Program

Strategik untuk memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.

Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi

mencapai matlamat dan objektif jabatan serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan JTMK sebagai satu jabatan yang

cemerlang dan terbilang. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin.

Bengkel keberkesanan pen-

gajaran berasaskan OBE dan

XCompile peringkat JTMK telah

diadakan pada 8 dan 10 Februari

2012 bertempat di Dewan Kuliah

Teknologi Maklumat (DKIT). Sera-

mai 22 orang pensyarah telah hadir

ke bengkel tersebut.

Objektif bengkel ini adalah

untuk memberi kesedaran kepada

semua pensyarah JTMK tentang

pengajaran dan pembelajaran

(P&P) berasaskan OBE. Pensyarah telah

diberi pendedahan berkenaan dengan

Prinsip OBE, Komponen OBE dan

Rekabentuk Aktiviti P&P Berasaskan

OBE. Pendedahan kepada penggunaan

Aplikasi XCompile turut ditekankan

dalam bengkel 2 hari tersebut.

Pada keseluruhannya, bengkel

ini telah berjaya dilaksanakan dan setiap

pensyarah telah diberi pendedahan

kepentingan P&P berasaskan OBE dan

penggunaan Aplikasi XCompile.

Kata Aluan KJTMK

INFO MENARIK

Bengkel OBE & XCompile

I S U J A N — J U N 2 0 1 2 B I L 1 / 2 0 1 2

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

Sudiman Bin Suhaili

Ketua Editor

Aisyah Suhailla Bt Hj Jili

Editor

Safinah Bt Nawawi

Siti Hasmah Bt Abg Mon

Fairose Bt Mohtar

Pereka Grafik

Jessie Bt Selahat

Rohaliza Bt Karim

Penerbitan

Nazni Hani Bt Arshad

Jurugambar

Rudolf Bin Felix Baising

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Buletin JTMK Bil. 1/2012 berjaya diterbitkan julung kali nya pada tahun ini. Antara tujuan

utama penerbitan buletin JTMK ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di JTMK sepanjang

semester Sesi Disember 2011. Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama

pelajar dan pensyarah tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim JTMK

khususnya. Diharapkan penerbitan sulung buletin JTMK ini akan menjadi perangsang kepada semua pegawai, khususnya

penyelaras yang melaksanakan aktiviti supaya menghantar laporan aktiviti kepada Penyelaras Takwim jabatan untuk

dijadikan sebagai satu penerbitan.Tahniah sekali lagi kepada sidang editor buletin JTMK pada kali ini. Diharapkan usaha ini

dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Bingkisan Ketua Editor

Bengkel OBE & XCompile

1

PMU SCiESTA 2

Jom Bowling 2

Program Khidmat Masyarakat

2

Minggu ICT 3

Family Day 3

Lawatan Industri 3

Netriders Malaysia 2012

4

Pameran Projek Akhir

4

Malam Aspirasi 4

Program 3P 5

Bengkel Aset 5

Page 2: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

M / S 2

Jom Bowling

Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012

SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang

dilaksanakan saban tahun demi memartabatkan sukan

di Politeknik Mukah Sarawak di samping menerapkan

budaya bersukan serta amalan hidup sihat dan cergas

di kalangan para pelajar serta seluruh warga PMU

amnya. PMU Sciesta 2012 telah berlangsung bermula

13 Februari hingga 16 April 2012 bertempat di

gelanggang Pusat Sukan PMU.

Pada kejohanan kali ini, terdapat 11 acara telah

dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar,

Sepak Takraw, Badminton, Squasy, Tenis, Softball, Ping

Pong, Taekwando dan Silat. Selaras dengan misi JTMK

pada PMU Sciesta kali ini, ingin meraih sebanyak

pingat. Oleh itu, para pelajar JTMK telah diwajibkan

untuk menyertai kesemua jenis sukan yang

dipertandingkan dalam kejohanan kali ini. Walau

bagaimanapun, JTMK hanya meraih 6 buah pingat

sahaja iaitu 4 Perak dan 2 Gangsa. Pada masa akan

datang warga JTMK perlu lebih bersedia dan berlatih

dengan lebih gigih lagi untuk mengumpul lebih pingat

seterusnya merangkul Johan Keseluruhan berbanding

berada di tangga ke-lima daripada enam kontijen pada

PMU Sciesta kali ini. Pada 16 April 2012 merupakan

majlis penutupan PMU Sciesta 2012 dengan Jogathon

merupakan acara kemuncak. Acara ini adalah terbuka

kepada semua warga Politeknik Mukah Sarawak. Acara

ini terbahagi kepada 10 kategori ini iaitu Pensyarah

Veteran (L) (40 ke-atas), Pensyarah Veteran (W) (40

ke-atas), Staf (L), Staf (W), Pelajar (L), Pelajar (W),

Pelajar bawah 18thn (L), Pelajar bawah 18thn (P), Pelajar

Sekolah (L) dan Pelajar Sekolah (P).

Diharap dengan program seperti ini mampu

melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi rohani,

jasmani, emosi dah intelek. Sekaligus dapat menjadikan

Politeknik Mukah Sarawak sebuah institusi yang mapan

dari segi akademik, sahsiah dan sukan.

Program ini bukan sekadar menerapkan

nilai kepimpinan di kalangan pelajar yang

seterusnya dinilai sebagai Mini Projek AS101

Soft Skills malah yang lebih penting adalah

sebagai medium untuk pelajar memperkenalkan

dunia ICT kepada masyarakat luar khasnya di

bahagian Mukah.

Bertemakan “ Explore ICT”,

Program Khidmat Masyarakat JTMK

2012 telah berlangsung dengan

jayanya pada 21 Mac 2012 di Sekolah

Kebangsaan Mukah. Program yang

melibatkan pelajar Tahun 6 ini telah

dikendalikan oleh pelajar Semester 1

program DIP, DNS dan TIP.

Antara aktiviti yang yang telah

berjaya dijalankan pada program

tersebut ialah tiga Latihan Dalam

Kumpulan (LDK), Taklimat “Don’t

Waste Your Time (Hot Key)” dan

Taklimat “How to Use Microsoft Office

Word and Microsoft Office Powerpoint”.

Perjalanan yang bermula

jam 7 pagi menyaksikan sebuah

bas membawa 40 orang pelajar

menuju ke Sibu untuk memulakan

pertandingan. Pertandingan yang

dibuat sehari ini telah diadakan di

Sibu Superbowl pada 17 Mac

2012 .

Pertandingan ini telah

menunjukkan hubungan erat di

antara pelajar dan pensyarah selain

semangat bersukan yang kental

walaupun sibuk dengan tugasan

kerja kursus.

Seramai 40

orang pelajar dan

diiringi oleh 7 orang

pensyarah telah berani

untuk bertarung bagi

merebut takhta juara

Bowling JTMK yang

julung kali diadakan.

Antara objektif acara ini adalah untuk

mengeratkan hubungan di antara pelajar

dan pensyarah JTMK. Pertandingan ini

turut disertai oleh pelajar-pelajar Semester

1 sehingga semester akhir.

Antara sukan

yang dipertand-

ingkan.

Page 3: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

Minggu ICT JTMK

M / S 3 B I L 1 / 2 0 1 2

Satu rombongan terdiri daripada 35

orang pelajar Semester 5 program DNS dan

DIP dan diiringi 2 orang pensyarah pengiring

telah melakukan lawatan industri ke beberapa

agensi/institusi/syarikat dalam industri

teknologi maklumat yang terdapat di Sarawak.

Lawatan ini telah diadakan pada 1 hingga 4

April 2012 dan antara lokasi yang telah dilawat

ialah Sarawak Information System Sdn.

Bhd. (SAINS), Centre for Information &

Communication Technology Services

(CICTS), Universiti Malaysia Sarawak dan

Unit Teknologi Maklumat, Universiti

Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.

Program lawatan industri ini bertujuan untuk

menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar melalui pendedahan

persekitaran sebenar di agensi/institusi/syarikat dalam industri

teknologi maklumat yang terdapat di Sarawak. Program ini adalah

selari dengan KPI untuk kedua-dua program Diploma Teknologi

Maklumat untuk memenuhi 30 jam interaksi yang melibatkan

pensyarah dari industri dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Pensyarah industri adalah pekerja industri yang

menyumbang kepakaran dalam penyampaian ilmu pengetahuan

semasa program lawatan ini.

Hasil lawatan ini telah mengumpul 12 jam melibatkan

pennsyarah industri meliputi kursus F4220 Server Management,

,F4119 Switching and Routing, F5108 Network Security, F5230

Java Programming 2, F5224 Web Programming, F4222 Project

Analysis and Design dan F3036 Open Source Operating System.

vendors. This story can fit 100-150 words.

The subject matter that appears in newslet-

ters is virtually endless. You can include

stories that focus on current technologies

or innovations in your field.

You may also want to note business or

economic trends, or make predictions for

your customers or clients.

If the newsletter is distributed internally,

you might comment upon new procedures

or improvements to the business. Sales

figures or earnings will show how your

business is growing.

Some newsletters include a column that is

updated every issue, for instance, an advice

column, a book review, a letter from the

president, or an editorial. You can also

profile new employees or top customers or

Lawatan Industri

JTMK Family Day

Minggu ICT JTMK 2012

yang merupakan aktiviti tahunan

Jabatan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi telah berlangsung

selama seminggu iaitu daripada 23

hingga 31 Mac 2012. Program di

bawah pimpinan Encik Hermizul Bin

Napis sebagai Penyelaras Aktiviti

dan Saudara Mohd Azis Bin Madeli

sebagai Pengarah Program.

Program ini bukan sahaja

mensasarkan warga JTMK, tetapi

kepada seluruh warga Politeknik

Mukah Sarawak.

Bersesuaian dengan motto

Politeknik Mukah Sarawak iaitu “IT

TERAS ENTITI” maka program

Minggu ICT ini telah dirancang

sedemikian rupa untuk mendedahkan

warga PMU secara keseluruhannya

dengan Teknologi Maklumat masa

kini. Program ini menjadi wadah

terbaik kepada warga JTMK

khususnya untuk mempelajari perkara

baharu dalam dunia Teknologi

Maklumat yang cepat berkembang.

Aktiviti yang paling meriah ini telah diadakan pada 31 Mac 2012 di tepi pantai berdekatan Kem Belia Mukah

selama sehari. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar JTMK bersama semua pensyarah.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar dan pensyarah JTMK

di samping untuk merehatkan minda pelajar dan pensyarah sambil beriadah bersama. Aktiviti yang bermula jam 6.30

ini dimulai dengan senamrobik dan diikuti oleh

beberapa aktiviti menarik seperti lari dalam guni, tarik

tali, lari ikat kaki dan beberapa aktiviti lain. Pelajar-

pelajar juga telah dibahagikan kepada beberapa

kumpulan yang diketuai oleh beberapa orang

pensyarah.

Aktiviti ini telah menunjukkan hubungan erat

di antara pelajar dan pensyarah di samping

kerjasama semua pihak untuk menjayakan acara

yang dipertandingkan.

Gerai Jualan Minggu

ICT

Pelbagai aktivti telah dijalankan

sepanjang minggu antaranya

demonstrasi Open Source Operating

System (Linux), Local Area Network

Gaming (DOTA & Pro-Evolution Soccer),

Tayangan Filem menggunakan teknologi

terkini, Pertandingan Kuiz IT, Gerai

Jualan (perisian dan aksesori komputer)

dan Hari Keluarga JTMK 2012.

Besar harapan warga JTMK dan

para pensyarah JTMK khususnya agar

program seperti ini mampu menjadi

medium pencetus idea terhadap dunia

Teknologi Maklumat kepada para

pelajar. Di samping itu, ia juga boleh

mengeratkan hubungan silaturrahim

warga JTMK dan pelajar PMU secara

keseluruhannya.

Page 4: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

M / S 4

Pameran Projek Akhir

Netriders Malaysia 2012

Anugerah Pelajar Terbaik dirangkul oleh

Mohamad Redzuan Bin Ismail bagi program DNS

manakala bagi program DIP dirangkul oleh Alexandra

Jadup Anak Nedy.

Malam Aspirasi anjuran Jabatan Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi telah diadakan pada 20 April

2012 bertempat di Hotel Kingwood Mukah. Seramai 117

orang pelajar semester akhir program Diploma Teknologi

Maklumat (Rangkaian) dan Diploma Teknologi Maklumat

(Pengaturcaraan) diraikan pada majlis tersebut.

Selain meraikan pelajar yang akan menamatkan

pengajian, majlis ini juga diadakan untuk memberi

penghargaan kepada pelajar yang cemerlang,

mengambilkira dari sudut akademik dan sahsiah sepanjang

pengajian mereka di Politeknik Mukah Sarawak.

lain untuk mengulangi kejayaan

yang serupa dimasa akan

datang. SYABAS JTMK PMU!

dan Kategori Diploma. Dua orang

peserta daripada Politeknik Mukah

Sarawak, Mohamad Redzuan Bin

Ismail dan Awang Nashqushayree

Bin Nasran telah berjaya mendapat

tempat keempat bagi Kategori

Diploma.

Pencapaian yang member-

angsangkan ini diharap dapat

meningkatkan motivasi pelajar-pelajar

Sejajar dengan keperluan MQA

yang memerlukan pelajar terlibat dengan

inovasi di dalam bidang pembelajaran dan

penglibatan pelajar di peringkat

kebangsaan, Jabatan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi Politeknik Mukah Sarawak

telah mengambil inisiatif dengan

menghantar pelajar menyertai Netriders

Malaysia 2012 – 7th

Cisco Malaysia

Networking Skills Competition.

Pertandingan yang dianjurkan oleh

pihak Cisco Networking Academy Malaysia

ini telah berlangsung pada 7 April 2012

bertempat di Universiti Teknikal Malaysia

(UTeM) Melaka. Pertandingan yang telah

berjaya menghimpun 240 orang peserta

daripada lebih kurang 21 buah IPTA serta

IPTS ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu

Sebanyak 60 kumpulan yang terdiri daripada 27 kumpulan program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

dan 33 kumpulan Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) telah terlibat secara langsung dengan pembentangan

viva projek akhir pada 9-11 April 2012 bertempat di Bilik Persembahan, Dewan Kuliah JTMK dan Makmal JTMK.

Antara objektif pembentangan adalah bagi memenuhi keperluan silibus Projek Akhir Pelajar di samping

mempersembahkan hasil pelajar semester akhir. Pembentangan viva yang diadakan pada setiap hujung semester ini

menjadi saat yang paling dinantikan oleh semua pelajar khususnya pelajar JTMK untuk manilai kemampuan pelajar

menghasilkan produk akhir berdasarkan proses pembelajaran sepanjang 6 semester.

Kemuncak bagi pembentangan Projek Akhir adalah Pameran Projek Akhir yang telah diadakan pada 18 April 2012.

Sebanyak 16 kumpulan yang telah disenarai pendek telah berentap untuk mendapat gelaran Projek Akhir Terbaik. Projek

Terbaik bagi program Pengaturcaraan telah dimenangi oleh Lau King Lieng dan Damien Kenny Matthew dengan

Sistem bertajuk ‘Food Delivery System’. Bagi Projek Terbaik program Rangkaian pula telah dimenangi oleh

Mohamad Redzuan bin Ismail dan Jamalyka bin Yuming dengan tajuk projek ‘Sistem Kehadiran Kanak-kanak PAKK

PMU Berasaskan RFID ’. Diharap agar pelajar-pelajar semester akhir seterusnya dapat menghasilkan projek yang lebih baik

dan bermutu tinggi.

Malam Aspirasi JTMK

Page 5: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

Program 3P

M / S 5

PMU telah mencatatkan keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan pensijilan profesional

dalam program 3P yang telah berlangsung bermula 7

hingga 31 Mei 2012. Kursus CompTIA A+ (220-701)

mencatatkan 85% peserta lulus manakala CompTIA A+

(220-702) mencatatkan 92% peserta lulus. Kursus ECSS

mencatatkan 100% lulus, ENSA 90% lulus dan AutoCAD

Associate mencatatkan 96% kelulusan penuh. Secara

keseluruhannya, 93% peserta program 3P di PMU telah

berjaya memiliki sijil profesional dalam kursus yang

diambil. Ini merupakan satu rekod yang baik dan

pencapaian yang cemerlang bagi PMU khususnya pelajar

PMU sendiri. Diharapkan dengan pensijilan profesional

yang diperolehi dapat membantu meningkatkan

kebolehpasaran graduan PMU untuk sama-sama

membantu KPT yang menyasarkan peningkatan kadar

kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara

mencecah 85 peratus menjelang 2015.

Caption describing picture or

graphic.

Bengkel Aset

Bengkel Pengemaskinian Maklumat Aset peringkat JTMK telah diadakan pada 22-23 Mei 2012 di Makmal Teknologi

Maklumat 3 (ITL3). Seramai 26 orang penyelia Makmal/Bengkel/Bilik/Kelas hadir ke bengkel tersebut.

Objektif bengkel ini adalah untuk membantu para penyelia menguruskan aset di Makmal/ Objektif bengkel ini adalah

untuk membantu para penyelia menguruskan aset di Makmal/Bengkel/Bilik/Kelas masing-masing dengan baik dan cekap.

Bengkel ini juga dilaksanakan agar dapat memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran melalui pendedahan secara

langsung dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset (MySPA). Disamping itu juga, para penyelia dapat menyediakan data

bagi aset masing-masing dengan lengkap untuk disimpan dalam Sistem Pengurusan Aset (MySPA).

Pada keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dan setiap penyelia telah berjaya menyediakan data bagi

aset masing-masing dengan lengkap.

Politeknik Mukah merupakan salah satu pusat latihan

dan pendaftaran pelajar Program Pentauliahan Profesional

(3P) bagi sesi Mei hingga Jun 2012. Program Profesional (3P)

merupakan program yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) dengan kerjasama

Prestariang Malaysia Systems Sdn. Program 3P telah

dilancarkan pada sejak tahun 2006 dan merupakan satu

program berasaskan latihan dan kelayakan dari industri

(industry based certification and training). Program ini

bermatlamat memberi nilai tambah (added-value) dan

menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan

pentauliahan profesional (vendor certifications) terutamanya

dalam bidang ICT.

Seramai 130 peserta terdiri daripada pelajar semester

akhir Sesi Disember 2011 Program Diploma Teknologi

Maklumat dan Program Diploma Kejuruteraan telah mengambil

bahagian dalam program ini. Antara kursus yang telah

dijalankan ialah CompTIA A+ Certification,ENSC-E-Council

Network Security Certification (ECSS & ENSA) dan Autodesk –

AutoCAD 2011 Associate.

B I L 1 / 2 0 1 2

Page 6: B I L 1 / 2 0 1 2 I S U J A N J U N 2 0 1 2 Kata Aluan KJTMK IT_BIL 1.pdf · Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012 SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang dilaksanakan

TEKNOLOGI TERKINI

CIDOS oh CIDOS Bersusah-susah dahulu...… bersenang-senang kemudian.… Tahniah kepada semua staf JTMK yang telah dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan Khas

Bulan Mac dan April 2012 kerana telah menunjukkan rekod penggunaan CIDOS paling aktif pada kedua-dua bulan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada

Pn. Safinah Binti Nawawi kerana telah menunjukkan rekod penggunaan aplikasi CIDOS paling aktif bagi bulan Mac 2012.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada En. Sudiman Bin Suhaili, En. Hazatta Bin Morshidi, Pn. Mazliza Binti Roslan, En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi dan

Pn. Astri Idayu Binti Athesan atas kenaikan pangkat dari DH41 ke DH44. Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.

Teruskan Kecemerlangan... Sekalung penghargaan buat staf JTMK yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan daripada bulan Januari sehingga Jun 2012 :

Pn. Jessie Bt Selahat dan En. Hermizul Bin Napis (Januari), Pn. Intan Juhaina Bt Johan (Februari), Pn. Nazni Hani BtArshad (Mac), Pn. Fairose Bt Mohtar

(April), En. Mohd. Iskandar Bin Sawar (Mei) dan En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi (Jun). Teruskan kecemerlangan anda!

Putera Puteri Baru JTMK Alhamdulillah…Tahniah buat Pn. Faizah Hani Binti Abdul Rashid sekeluarga atas kelahiran cahaya mata kedua, Muhammad Ammar Haziq Bin Anuar pada 22

Mac 2012 yang lalu. Tidak lupa juga kepada keluarga En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi dan Pn. Astri Idayu Binti Athesan yang menyambut kelahiran putera

kedua mereka Muhammad Aryan Zihni Bin Mohd Faizul Emizal pada 10 Mei 2012. Tahniah juga buat keluarga En. Muhammad Nor Ihsan Bin Md Zin atas

kelahiran puteri mereka Anis Sofiya Binti Mohammad Nor Ihsan yang juga merupakan cahaya mata kedua pada 1 Jun 2012.

Sayonara... Sekalung penghargaan buat staf JTMK yang telah bertukar dan berkhidmat di tempat baru. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kalian…

sayonara buat Pn. Fauziah Binti Basok dan En. Syaiful Bachtiar Bin Nen @ Shahinan yang kini berkhidmat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA),

En. Azman Bin Ahmad (Sektor Akademik, JPP) dan En. Muhammad Faiz Bin Pauzi (Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, JPP). Semoga ukhwah

yang terjalin akan berpanjangan hendaknya…insyaAllah.

Selamet Tapak Gak JTMK… Selamat datang daripada kami warga JTMK buat semua staf yang baru sahaja melapor diri di PMU amnya dan di JTMK khususnya. Selamat bertugas diucapkan

kepada En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi (PPPT DH44), Pn. Astri Idayu Binti Athesan (PPPT DH44), Nazarul Azril Bin Mohamad Noh (PPPT DH41),

Mohamad Nirza Yusniezam Kusuiri (PPPT DH41), Mohd Noor Bin Salleh (PPPT DH41) dan Nik Nur Faizah Binti Nik Hassan (PPPT DH41). Semoga dengan

kehadiran kalian dapat memberi impak yang lebih padu kepada PMU dan JTMK khususnya.

Sistem pengoperasian Ubuntu untuk telefon pintar sudah semakin hampir untuk

dilancarkan, merujuk kepada pegawai rasmi Canonical yang memberikan tanda awal, bahawa

kemungkinan ianya akan berlaku seawal tahun depan (kemungkinan sekitar 2013).

Canonical akan mengumumkan Sistem Pengoperasian Ubuntu untuk telefon pintar

selanjutnya pada tahun ini. Pengasas Canonical, Mark Shuttleworth berkata, “kemungkinan”, ia

akan dilancarkan pada tahun ini (2012) atau tahun depan (2013), sungguhpun begitu beliau

belum mengumumkan tarikh yang rasmi.

Setelah beberapa teaser yang mendedahkan kewujudan telefon pintar menggunakan

Ubuntu, Canonical akhirnya mengumumkan niat untuk melakukan pembangunan sistem

pengoperasian tersebut untuk kegunaan telefon mudah alih dan tablet. Versi – versi awal

telefon pintar (merujuk kepada teaser) tersebut hanyalah menggunakan Ubuntu yang khas

untuk kegunaan desktop dan komputer pelayan.

Versi Ubuntu tersebut akan menggunakan kernel yang sama dengan Android. Apabila ia dipasang pada dock, versi Ubuntu tersebut

bakal memberi pengalaman/perasaan yang hampir sama dengan versi desktop Ubuntu, yang mana memberikan akses kepada Ubuntu

Software Center untuk memuat turun beberapa aplikasi. Paparannya menggunakan persekitaran Unity sama seperti yang terdapat pada

versi desktop. Sehubungan dengan itu, pengguna boleh mengakses contacts, menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam mod

Ubuntu.